........... Minit Mesyuarat 1MDB DiDedah - 1MDB Kantoi Lagi ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Minit Mesyuarat 1MDB DiDedah - 1MDB Kantoi Lagi !

Saturday, October 10, 201529comments



Mengejutkan! bila Sarawak Report mendedahkan dokumen berupa Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 12 Januari 2015 yang lalu.

Mkini ada laporan mengenainya ( KLiK ) dan versi omputeh ( KLiK )

Menarik sebab ia berkaitan dengan dana Cayman yang disahkan oleh Najib disimpan dalam bentuk tunai di Singapura kemudian bertukar jadi aset berbentuk Just Unit.

Menurut Minit itu, Arul mengesahkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB baki blok kedua dana Cayman bernilai USD939,874,085 disimpan dalam bentuk tunai tapi telah dicagarkan bagi mendapatkan pinjaman dengan Deustch Bank sebanyak USD975 juta, jadi 1MDB tak boleh nak dibawa balik.

Ooooooooooh ...... patutlah Arul sebelum ni ada berkata -  “Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,”




Patutlah Najib pun melalui Jawapan Bertulis Parlimen mengesahkan nya -


Tapi kenapa amaunnya berbeza ? Dalam minit mesyuarat di atas, Arul sebut sebagai hampir USD940 juta, tapi Najib pula sebut USD1,103 juta ...... kenapa ada perbezaan USD163 juta ?

Dan kenapa Najib berikan alasan peraturan Bank Negara yang menghalang dana itu dibawa balik sedangkan sebab utamanya adalah kerana dana itu sudah dicagarkan kepada Deustch Bank ?

Dan juga, kenapa Najib kemudiannya buat flip flop dan menyatakannya ia adalah satu kesilapan, dan dana itu sebenarnya dalam bentuk aset, begitu juga dengan Arul yang mengatakannya sebagai satu salah faham antara 1MDB dengan pegawai Kementerian Kewangan ?

Bagaimana pula dengan alasan konon dana itu lebih baik disimpan di luarnegara  dalam bentuk matawang US Dollar kerana menguntungkan mengikut kadar tukaran wang asing ? 

SEMUANYA KANTOI !!

Adakah Arul menipu dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah  ? 

Sekarang bila Bank Negara meminta dana itu dibawa pulang, 1MDB beri alasan sudah dibelanjakan dan bakinya dalam bentuk unit sudah direzabkan untuk Pelan Jual Aset bersama IPIC.

Sebenarnya wujud atau tidak dana itu ? Tak kiralah dalam bentuk apapun ?

Pada pandangan saya, Just Unit yang direzabkan untuk IPIC itu boleh saja ditukarkan kepada aset lain yang sama nilainya. Bukan bentuk apa aset itu yang penting ( samada tunai atau Just Unit atau tanah ) tapi nilainya.

Kalau 1MDB boleh gantikan dengan aset lain yang sama nilainya, maka Just Unit yang bernilai USD940 juta ( mengikut Minit Mesyuarat di atas ) atau USD1.103 bilion itu boleh dibawa pulang.

Satu Malaysia nak tengok apakebendanya Just Unit itu ! Jadi dengan cara ini, 1MDB boleh tunaikan perjanjian mereka dengan IPIC dan waktu sama, 1MDB juga boleh akur kepada perintah Bank Negara.

1MDB kan BANYAK ASET..... jadi saya tidak nampak sebarang masalah untuk digantikan Just Unit itu dengan aset lain yang sama nilainya.

Semua pendedahan sebegini yang mana akhirnya terbukti benar, hanya menguatkan persepsi negatif rakyat terhadap 1MDB.  

Sudah2 lah cakap jawapan yang berbelit2. Rakyat hanya mahu tahu Kebenaran saja. Kenapa duk menipu, putar belit dan spin dalam penjelasan kepada rakyat ?

Macam komen yang terbaru dari Rahman Dahlan -


Mkini

"Dari satu aspek, semua orang mahu 1MDB diselesaikan tetapi pada masa sama begitu banyak pihak mengkritik hampir setiap hari hingga menimbulkan kesukaran kepada 1MDB,"

"Dalam apa juga perniagaan, setiap syarikat memerlukan masa dan ruang untuk melakukan rasionalisasi.

"Anda perlu berikan 1MDB ruang untuk bernafas, ruang untuk bergerak, barulah kita boleh menyelesaikan isu ini," katanya.

"Jika semua orang mahu isu 1MDB diselesaikan, berilah masa. Lagi pun, perdana menteri telah meminta tempoh sehingga enam bulan,"



Ya, kita semua mahu masalah hutang 1MDB diselesaikan dengan baik sebab ia telah memalukan nama negara dipersada dunia ! Tapi itu bukan bermakna kita harus memaafkan mereka yang bertanggungjawab disebalik segala kemelut yang memalukan ini.

Menyelesaikan masalah 1MDB adalah dalam konteks ke depan. Apa yang kita mahu penjelasan adalah dalam konteks ke belakang, yakni mahu tahu apa sebenarnya yang telah berlaku dalam 1MDB sehingga terpaksa menyusahkan rakyat dan aset2 dijual semata2 mahu bayar hutang.

Makanya sekali lagi saya ingin sarankan agar 1MDB adakan satu perjumpaan terbuka bersama Tun Mahathir dan para pengkritik lain dalam satu sesi soal jawab agar semua pihak berpuashati dengan penjelasan 1MDB.

Hanya mereka yang banyak benda nak disorok saja yang takut untuk berdepan dengan rakyat.

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Kedah Mai
October 10, 2015 at 7:46 PM

Pelik, cagar USD939mil utk pinjam USD975mil. Baik tak payah pinjam. Ni kerja bangang namanya. Kan dah ada cash dlm tangan. Pi pinjam USD975mil tah berapa pulak interest nak kena bayar. Apa jenis game yang Wan EmDiBi main ni????

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2015 at 7:48 PM

@Kedah Maiterimakasih,saya tertinggal poin itu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 10:11 PM

Kalau 940,000,000 x 42,000 = ??,???,???,???,??? apa sal tak boleh dapat hutang banyak tuh ekk? 1MDB nih kan mula hanya dengan 1 Juta?

Jadi lah Malaysia negara KAYA! KAYA dengan HUTANG!

Titah Raja-Raja pun dia buat selamba badak, tipu kat Parliament tak ada hal lah......

Allah bagi kita 2 pemimpin yang tersohor

1- Tun Mahathir membawa Malaysia ke persada Dunia dan di hormati

2- Najib membawa Malaysia ke lubang aib dan terlalu hina

Maka seimbang lah Malaysia ada yang Gemilang dan Terburuk!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 10:26 PM

Bekawan jow low. Kafirun tu bukan tau halal haram.
Makan duit haram buncit perut.
Bagi anak beli condo terbakar condo.
Tunggu masa jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 11:46 PM

@Kedah Mai

Baru je tengok flow chart macamana duit 700 juta usd masuk ke akaun ambank najib. Duit tu masuk melalui bank Falcon Private Bank di Singapore. Bank Falcon ni ada kaitan dgn Aabar Investment. Kemungkinan, DB Singapore bagi pinjam duit kat Aabar dan masukkan duit melalui Falcon. Ini yg dikatakan Money Laundering. Najib dah menggunakan duit awam, buat loan, lepas tu duit tu dimasukkan dlm akaun peribadi dia, utk kegunaan peribadi. Yg membayar loan tu nanti kerajaan Malaysia iaitu sudah tentunya Rakyat Malaysia. DB bank bagi usd 970 juta. usd 700 juta masuk dlm akaun peribadi Najib, lagi duit lebih masuk ke akaun Jho Low buat beli condo kat US.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 12:06 AM

Kedah Mai, poin awak memang patut ditanya oleh semua orang.

To some people, borrowing is a symbol of status... a sign that you are trusted by a bank or a credit provider, enough to lend you money.

Mereka akan pinjam wang hanya untuk tunjukkan yang mereka MAMPU pinjam wang. Lagi banyak nilai pinjaman, lagi hebat mereka pada pandangan rakan2 niaga mereka.(Kalau tanya saya, ia adalah prinsip yang bodoh sebab ada banyak lagi cara lain untuk tunjuk hebat! )

Tanyalah orang-orang kaya, many of them will tell you that that is the way to go in the corporate world (which is bertentangan dengan cara berniaga dalam Islam). Tan Sri Ismee seharusnya AMAT maklum dan faham tentang perkara ini since dia dah lama uruskan Tabung Haji.

1Mdb terpalit dengan segala masalah ni, saya fikir, sebab:
1) gelojoh nak buat untung cepat
2) gelojoh nak kaya cepat
3) so gullible hingga tak sedar kena tipu (oleh IPIC semasa dibawah si Pengerusinya yg dah kena pecat tu)
4) so trusting hingga tak sedar kena tipu (oleh Goldman Sachs - si yahudi yg talam dua muka, dengan IPIC pun dia makan, dgn 1mdb pun dia makan)
5) terpukau dengan duit ribuan juta hingga sanggup masuk akaun sendiri

Wallahu a'llam bissawab....

Sekarang ni.... kita tidak tahu kerana Allah masih belum benarkan segala penipuan tu terbongkar..

Kita mesti berdoa. Itulah antara senjata kita. In shaa Allah, bila sampai masa dan ketikanya, bila Allah dah izinkan....kita akan tahu juga. Allah tahu apa yang baik untuk kita. Tengoklah sekarang...sedikit demi sedikit kita tahu juga.

Boleh anda bayangkan adakah PM tidur lena malam ni?

pasti esok, KBAB akan beritahu yang polis akan siasat siapa yg bocorkan minit mesyuarat tu. Same old story.....

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2015 at 12:06 AM

Emmm, saya ni SPM pun tak lepas but jelas nampak pelik perkara ini yang kata ada cash in Singapore but jadikan cagaran untuk buat pinjaman lain dalam jumlah yang lebih kurang sama.

But AG kata 1MDB 'clear' lak...

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2015 at 12:34 AM

"Jika semua orang mahu isu 1MDB diselesaikan, beri la masa. Lagi pun, perdana menteri telah minta tempoh sehingga enam bulan,"...

Rakyat memang boleh beri masa lagi 6 bulan untuk perdana menteri selesaikan masalah itu. But rakyat juga mahu tau & lihat pihak yang cuai dipastikan menerima hukuman.

Langgar lampu isyarat merah then rakyat kena saman $300 tanpa rundingan. Jika tak bayar juga saman tersebut then 'waran tangkap' dilaksanakan pe. So, undang-undang yang sama perlu la dipraktikkan dalam masalah 1MDB ini yang lebih besar nilai kesalahannya.

Beli mesin fax untuk berniaga kecil dari rumah kena gst. Tak apa la cos saya berusaha & dipaksa jadi rakyat yang taat pada perundangan Malaysia. Maka pada pemimpin negara, anda juga jadi la rakyat yang patuh pada perundangan negara. Tadbir dengan baik la duit rakyat. Jika duit itu pusaka peninggalan keluarga anda then lantak la nak buat apa pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 1:15 AM

Masaalahnya najib banyak masaalah jadi semua pro najib kena masaalah, rakyat biasa tak tahu masaalah najib, yang tahu masaalah najib minta najib undur supaya negara tak bermasaalahl

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2015 at 1:27 AM

doa kan semoga Najib dan mereka kat 1MDB tu disambar petir...baru bersambung sel-sel otak mereka....then bolehlah berfikir dan cari kemajuan

....................
Reply To This Comment ...................
eri
October 11, 2015 at 1:39 AM

tuan din....cuba korek2 tengok agak2 brapa bugis tu dapat interest tuk duit 2.6B dlm akaun dia tu...sy pernah dengar cerita mcm mana pengarah2 jabatan or kementerian yang ambik duit peruntukan kerajaan dan parking peruntukkan2 ni dlm akaun peribadi diorg semata2 nak masuk FD tuk makan interest....ada kemungkinan tak??sapa2 banker kat sini tolong kira sat 2.6B masuk FD 6bulan brapa boleh dapat??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 3:40 AM

Majlis raja raja masih ada hak untuk masuk camoor kes yang terjadi dalam prntabiran negara.lebih elok majlis raja raja susun team work untuk jumpangan pihak PM.sy yakin adanya sultan perak dan tengku mahkota yang lain sangatlah arif pasal benda neh.apapun hasilnya diumumkan kat rakyat eh pihak majlis raja raja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 3:48 AM

Kalu fd 3.6% p.a
sebulan leh dpt 0.3%,
so drbkn 2.6b dgn 0.3% then drbkan tempoh simpanan. Calculater kit xsup sampai billon

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 6:30 AM

0.3% sebulan...
Nilai pokok 2.6b...
simpanan 6 bulan...
sebulan dpt 7.8 juta...
6 bulan dpt 46.8 juta...
pergh...buta2 6 bulan bole dpt 46.8 juta...
untung siot....2.6b tu aku bagi balik nanti ek...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 7:48 AM

Tolong bersopan dlm memberi komen. Najib mengaku dia kaum bugis, tp tak perlulah merujuk 'bugis' kpd tingkahlaku najib. Itu biadap namanya. Bukan semua bugis sama seperti najib. Ko ni rasis sgt, kaum apa asal usul ko ni?

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2015 at 9:06 AM

Jazlan gagal memahami masalah.. ini bukan masalah 1MDB tiada masa, ini masalah apa sebenarnya yang berlaku. Rakyat nak tahu apa pelaburan yang dilakukan olehnya dan kemana atau bagimana duit itu dilaburkan .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 9:24 AM

Betul tu bro..simpan FD 2.6billion memang akan dapat juta2..

kaya sioot...boleh derma sini derma sana dengan DUIT RIBA..dapat gak political mileage..

nanti kat AKHIRAT tahu kan apa balasan RIBA? tolong fwd kepada mereka2 yang gilakan kekayaan dunia tu..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 9:52 AM

KORANG PERASAN TAK?

punyalah TERUK isu 1mdibee nih sampai Majlis Raja2 pun terpaksa bersuara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 12:00 PM

Kepada Najib, Zahid dan Arul,

EXPLAINING AWAY THE TRUTH

It is no good at all to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

One could subscribe to truth
only when one has self-respect in the first place;

When a man tells untruths, he has no respect for himself and little would he do better for others except for his own gain;

And when a man tells lies, he has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he would be caught
in his own tangled web:

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 12:26 PM

Anon 6:30..salah kiraan tu Bro.
Cuba tanya banker kiraan betul.
Bukan begitu cara kiraan FD.

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2015 at 1:06 PM

Yg ni saya setuju... Saya pun bekas banker... Duit peruntukan..duit jabatan maduk FD... Tentunya islamic..fixed profit?...thats is not islamic .... Dan apa yg ketua jabatan dpt??...free gift..sponsorship... Profit... U know the game...i assume u know Islam rules...but you just ignore it... For dunia...so..alangkan pihak bawahan dpt hasil atas nma amanah...apa lagi pihak atasan....

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2015 at 3:06 PM

Aiiik terbalik lak.

Patut MRR minta Najib dan segala mangkuk ayun dipanggil mengadap.
Suruh dia bukak satu persatu alkisah 1MDB ni.
Jangan lupa jemput juga, BNM, SPRM, Polis,ROS dll.

Buat live telecast utk rakyat siap dgn hotline.
Kita tak mahu lagi dengar berita daripada pihak kedua atau ketiga.

Biar depa bersidang sebulan pun, asal penyangak2 ni tak boleh nak sorok apa2 lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2015 at 4:49 PM

Salam Bro Din..

Membaca tentang kesihatan Tun M yang kurang sihat jadi ada baiknya kita beramai-ramai mendoakan agar Tun M cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Datuk Scribe AKJ pula 'tidak kelihatan' di Masjid Negara jumaat lepas. Tak tahulah samada beliau juga tidak sihat atau ada hal lain. Sejak kebelakangan ini posting The Scribe penulisannya agak berlainan dan seperti ada sesuatu yang telah terjadi yang hanya AKJ saja yang tahu apa dia. Saya berhenti dari berkomen di sana apabila AKJ menganjurkan supaya najib diberikan peluang berundur dengan diberikan 'kekebalan dan perlepasan tanpa sebarang pendakwaan' setiap kesalahan jenayah walaupun jika terbukti telah dilakukan oleh beliau. Komen terakhir saya disana adalah saya membangkang sekeras kerasnya cadangan AKJ itu dan saya mahukan najib, isteri dan para kaldai balacinya dihadapkan ke mahkamah dan jika terbukti ada kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman yang setimpal walaupun pada akhirnya najib bakal diberikan pengampunan oleh mahkamah tertinggi persekutuan atau DYMM Agung.

Sejak itu sampailah sekarang sudah 2x The Scribe mencadangkan hal yang sama dan inotasi tulisannya juga seperti sudah semakin kekurangan cili padi di dalam menunya. Sebagai pembaca setia, saya terperasan akan perubahan The Scribe tetapi hanya AKJ sahaja yang tahu kenapa jadi begitu.

Jadi moga Bro Din pun jagalah kesihatan dan keselamatan diri kerana seperti yang kita sedia maklumi, Malaysia sekarang bukan lagi seperti Malaysia yang dulu yang pernah kita semua sebagai rakyat berasa sangat berbangga bila memperkenalkan diri kita kepada orang asing sebagai rakyat Malaysia dengan slogan yang mahsyur sedunia 'Malaysia Boleh'.

Disini cuma satu saya nak tambahkan. Mereka para penjilat dan kaldai PM yang juga merupakan penyokong 1MDB mungin agak sibuk menjaja 'pelan rasionalisasi 1MDB' yang sentiasa disebut sebut tanpa penjelasan panjang apadia pelan tu sebenarnya. Jadi kerana sibuk siang malam menjaja pelan tersebut di mana mana pun hatta kepada Majlis Raja-Raja yang bertitah pun jadi mereka terlupa bahawa pelan 6 bulan itu bukan lagi 6 bulan yang tinggal. Dibentangkan di parlimen pada 29 Mei 2015 dengan janji 6 bulan maka sekarang ini yang tinggal cuma 1 setengah bulan saja lagi tempohnya.

Samalah juga dengan jumlah hutang 1MDB dalam nilai Ringgit yang terus terusan dijaja mereka pada nilai 42b. Oleh kerana hutang itu di dalam matawang USD maka nilai hutang sebenar USD 11 Bilion bukan lagi 42b tetapi telah pun melonjak menjadi RM 50 Bilion mengikut nilai tukaran semasa RM berbanding USD yang semakin 'freefall' setiap hari...

Terima kasih..

....................
Reply To This Comment ...................
eri
October 11, 2015 at 7:28 PM

anon 7.48,
kan aku cakap 'bugis tu'...,maknanya specific tuk najib la tu....kalau aku cakap 'bugis' sahaja mungkin la boleh dikatalan aku mengutuk kaum bugis secara amnya....tak brapa cerdik ni sti penjilat tegar bugis tu....hahaha....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 9:24 PM

abdul majid, sy lulus MCE dan sy cuba terangkan. Cash USD939 mil jadi cagaran untuk loan USD975 mil. Loan USD975 mil tu kalu x leh bayar, Deutshe Bank forfeit cash USD939 mil. Wan Emdibi dah untung USD36 juta kah kah kah. Padan muka Deutsche Bank, Wan Emdibi kira terror lah dapat kemut bank german tu. Kah 3 kali lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 11:58 PM

Nak tumpang tanya: adakah loan USD975 juta tu yang telah 'ditolong bayar' oleh Ananda Krishnan?

Tapiiiii..... Ananda Krishnan dapat apa sebagai 'ucapan terima kasih' 1mdb kerana tolong bayarkan hutang ya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 8:10 AM

@Anonymous
Gi shopping london, new york, milan bagai ponoh lagi barang satu kapaterobang, sampai samoado orang duduk ateh barang or barang duduk ateh orang...hmmm macam tu lah dunio! Jobo! Malu den oghang rombau!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 8:14 AM

@Anonymous
Rileks la bro....bugis ke, minang ke....sama je bila dah bersekongkol. Takde rasis nya. Kalau tak suka dgn perangai seseorang bugis tu, kenalah orang bugis ramai-ramai perbetulkan. Tak perlu marah-marah kat orang lain, di sini, di sana or di mana-mana pun... Tee hee!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 8:39 PM

Kadang pelik juga dah ada tunai tp pi dok pinjam duit lagi. Bila pinjam nk kena byq pokok dgn faedah. Klu guna saja duit tunai ada buat pelaburan, klu untung dpt bersih x payah nk byq sapa2 lagi, klu rugi pon x la berhutang

Post a Comment