........... Menjunjung Titah Raja2 Yang Mahukan 1MDB DiSiasat Segera, Najib Harus DiRehatkan Sementara Siasatan DiJalankan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Menjunjung Titah Raja2 Yang Mahukan 1MDB DiSiasat Segera, Najib Harus DiRehatkan Sementara Siasatan DiJalankan !

Wednesday, October 7, 201534comments

.
Mkini

Sesungguhnya kenyataan dari Majlis Raja2 semalam amat dialu2kan oleh seluruh rakyat Malaysia ! Antara lain, Raja2 Melayu mahukan:

1 - Siasatan ke atas 1MDB diSEGERAkan

2 - Hasil siasatan dilaporkan lengkap dan telus

3 - Kerajaan memberikan penjelasan yang menyakinkan kepada rakyat

4 - Tindakan tegas ke atas pihak yang terlibat

Tafsiran saya mudah jer iaitu, Raja2 Melayu kita juga sudah fed-up dengan cara kerajaan Najib menangani isu 1MDB ! Itulah yang rakyat rasa dan menjunjung kasih ke bawah Duli2 Yang Maha Mulia, kerana turut menyuarakan rasa hati rakyat.

Persoalan timbul setelah usaha2 menyiasat 1MDB sengaja dilambatkan ( dalam kes PAC ) dan ada yang dibatalkan setengah jalan oleh Najib sendiri ( Task Force ), apakah masih ada pihak yang menyiasat 1MDB ketika ini ?

Jika ada - siapakah badan berkuasa itu ?

Kalau ditubuhkan badan baru untuk menyiasat 1MDB atau badan lama disambungkan tugas mereka, apakah ada jaminan bahawa Najib tidak akan ganggu lagi siasatan ?

Apakah para penyiasat akan merasa mereka BEBAS dari sebarang pengaruh Najib dalam melaksanakan siasatan kali ini ?

Sekiranya pihak kerajaan ikhlas mahu menyiasat 1MDB untuk pusingan kedua ini dan akur kepada tuntutan pihak istana, maka sewajarnya Najib diminta BEREHAT dari jawatan-jawatannya sehingga siasatan selesai. Begitu juga mereka yang terlibat dalam membuat keputusan bagi pihak 1MDB selama ini. Ini termasuklah Pengerusi Lembaga Penasihat dan juga Menteri Kewangan.

Perlu diletakkan dateline juga kepada tempoh siasatan, contohnya 3 bulan. Maka orang lain harus memangku jawatan2 yang dikosongkan buat sementara waktu itu. Ini PERLU bagi menyakinkan rakyat bahawa siasatan KALI INI benar2 telus dan bebas dari sebarang pengaruh negatif Najib.

Rakyat hanya mahukan Kebenaran. Rakyat tidak peduli siapa itu Najib. Kalau Najib bersalah, rakyat mahu dia dibawa ke muka pengadilan. Jika Najib tidak bersalah, maka kembalikan beliau ke jawatannya semula.

Siasatan ke atas 1MDB juga harus mengambilkira kes SRC. Walaupun kini SRC di bawah Kementerian Kewangan tapi banyak persoalan timbul mengenai kewangan SRC semasa syarikat itu di bawah 1MDB.

TERBUKTI selagi Najib masih memegang kuasa dalam waktu siasatan berjalan, terdapat gangguan secara langsung dan tidak langsung ke atas badan yang menyiasat. 

Sukar untuk menyakinkan rakyat akan ketelusan hasil siasatan selagi mereka yang terlibat secara langsung dan aktif dalam 1MDB tidak direhatkan dari jawatan mereka.

Ini adalah amalan biasa di seluruh dunia malah di negara kita juga ia diamalkan ..... cuma dalam kes 1MDB ini saja, pengecualian diberikan.  KENAPA ?


Bernama
PS - Samada benar atau tidak dakwaan campurtangan Najib dalam siasatan 1MDB sebelum ini, wallahualam tapi itulah persepsi rakyat. Saya hanya menyampaikan ....

Share this article :

+ comments + 34 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 2:12 PM

Salam DT, kenapa tak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja? Kan Raja Raja dah bersuara tu!!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2015 at 2:19 PM

Pada pendapat saya sudah terlambat. Skrg Najib atas pada semua termasuk Raja2. Seharus nya awal lg Majlis Raja menyuarakan dan mengarahkan Najib ambil rehat sebentar. Tak guna mereka manyatakan ' ini Rakyat beta ' skrg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 3:55 PM

Betul daniel....kerosakkan sudah parah.Raja2 baru bangun dari tido...mau tak mau kita kena tanggung jugak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 4:39 PM

Menjunjung kasih diatas titah Duli2 Tuanku... akhirnya patik2 sekalian rasa spt ada pembelaan untuk mengetahui apa yg sebenarnya terjadi didlm hal 1MDB ini... sesungguhnya Duli2 Tuanku tidak tergesa2 mengambil titah perintah tetapi melihat apabila tiada tindakan pantas dari badan2 penyiasat dan badan2 kehakiman lalu majlis Raja2 memutuskan untuk bertitah suara..maka sewajarnya tanpa berlengah badan2 yg terlibat harus bertindak segerakan siasatan ini dan menjelaskan dgn jujur dan terperinci hal yg terjadi tersembunyi. Sepatutnya nya sudah pasti nama2 yg terlibat yg masih memegang jawatan itu direhatkan sementara siasatan ini berlangsung dan paspot sesiapa yg terlibat serta ahli keluarga harus diserahkan sebagai jaminan. Moga yg terlindung akan terbuka, kebenaran akan terbukti agar tiada lagi prasangka yg memanjangkan episod tuduh menuduh dan mengelakkan dari fitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
Razlan
October 7, 2015 at 4:50 PM

Memang tepat titah Tuanku-tuanku. Rakyat amat setuju dan menjunjung titah. Tetapi bagaimana perlu dilakukan dan siapa yang akan menerajui siasatan ini? Polis sudah menyiasat. MACC sudah dan sedang (sampai bila tak tahu) menyiasat, Bank Negara sudah selesai siasatan dan laporan diberi, PAC cuti tanpa gaji, pejabat Pendakwa Raya mungkin dulu sudah siasat tapi sekarang draft laporan tak jumpa pulak. Tapi kita harap dan yakin kali ini lah, ada penyelesaian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 4:56 PM

Aku rasa Jibby akan buat bodoh je.. Patut DYMM Baginda YDP Agung hari tu tolak pemecatan TS Gani Patail, TS Muhyiddin dan perlantikan baru yg dicadangkan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2015 at 5:45 PM

Adusss....pasni ahli Majlis Raja2 plak kene tahan bawah SOSMA.....masalah ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 5:54 PM

Raja pulak dilibatkan?????Sapa yg arahkan??!!!
Tak cukup ker penjelasan ceo 1mdb??!!!!

Yang pasti...najib akan buat dek jer....hehehe
Dia akan teruskan kerja dia spt biasa dan yg meracau dan meroyan akan terus meracau dan meroyan....hehehehehe

Najib masih gagal dibonekakan....hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 5:57 PM

Sudah jatuh ditimpa tangga,itulah agak=agaknya?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 6:03 PM

moga majlis raja-raja bertegas dan mahukan siasatan bebas yang menyeluruh. rasanya belum terlambat, tapi pihak kerajaan ajer yang mungkin melambatkan proses siasatan ini dengan cara melayarkan siasatan sambil melabuhkan sauh.

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2015 at 6:07 PM

AsSalam.....saya berasa sceptical dgn ketaatan Najib dan kuncunya untuk menjunjung titah Majlis Raja2. Lihat sahaja tajuk berita di media2 arus perdana, Utusan dan BHarian.....langsung tidak memberi ruang kpd titah baginda ini. Sangat kurang ajar....!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2015 at 6:31 PM

Saya nampak tak ke mana-mana arahan DYM-DYM itu. Segala tindakan pihak2 berkenaan adalah di bawah telunjuk Najib. Justeru selagi dia berkuasa selagi itulah kes 1MDB akan disapu masuk ke bawah karpet.

Bukankah Najib adalah Penasihat kpd DYMM SPB YDPA? Tengok apa yg telah terjadi ke atas Gani Patail dan lantikan AG yang baru sekarang ini. YDPA terpaksa setuju saja keputusan Najib.

Who actually rules this country? Najib.., right?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 7:49 PM

Buat pertama kali dalam sejarah hidup yang separuh abad ni, satu Titah (bukan ucapan hari raya ya) Diraja TIDAK MENDAPAT TEMPAT DI MEDIA PERDANA (CETAK / ELEKTRONIK) !

Memang kurang ajar!

Tak sangka, RTM dan Media Prima BERANI MEMBELAKANGKAN RAJA-RAJA MELAYU.

Demi siapa???
Atas arahan siapa?
Adakah kerana Syed Salleh Keruak tu orang Sabah maka dia begitu berani membelakangkan satu titah diraja?

Today is the official Royal Conference, meaning all the Mentris Besar, Ketua Menteri AND the BOSS will also be present.

Will the BOSS be reprimanded in front of his colleagues? Naah.... Duli-duli Tuanku adalah orang-orang yang masih menjaga KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Saya dah benar-benar kelu seribu bahasa.... terkedu.... tak sangka anak arwah Tun Razak (PM ke 2 kita yang amat saya kagumi dan sanjungi) akan sanggup membelakangkan Raja-Raja.

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2015 at 8:34 PM

Tunggu Nazri dengan lagak untouchable nya berani tak kali ni bidas Raja-Raja supaya jangan campur tangan. Silap-silap dia suruh Majlis Raja-Raja jaga tarikh puasa sudah, jangan campur.. dia ni lawak sikit..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 8:42 PM

Esok ada yg di SOSMA kan dan dipindah kan ke negeri lain atau direhatkan atas faktor kesihatan....hahahahahaha....sorry..ini tidak ada kaitan dgn yg masih hidup atau telah tiada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 9:09 PM

Rakyat mesti bangkit bersama Raja raja menuntut Najib berehat. Ngo ngo dan rakyat bersatu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 9:12 PM

Najib xperlu letak jwtan.n mmg xkan letak jwatan pun based on his statement-govt is here to stay-. just Buat siasatan n report kt agung n parlimen

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 7, 2015 at 9:53 PM

Bagaimana siasatan yang telus dapat dilaksanakan jika orang yang disiasat masih "berkuasa" ke atas semua yang terlibat dengan siasatan ke atasnya ?

Najib perlu direhatkan atau diundurkan. Tiada pilihan lain.

Jika Najib tak bersalah, beliau tentu tidak ada masalah langsung untuk direhatkan bagi memudahkan siasatan untuk membuktikan beliau bersih dari segala tuduhan. Jika beliau sendiri tidak mahu, jelas bermakna beliau tidak bersih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 9:55 PM

Raja2 suruh pencuri buat siasatan siapa yg mencuri. Adakah pencuri dapat ditangkap????
Sepatutnya raja2 tubuhkan satu badan siasatan yg tiada kena mengena dgn kerajaan utk membuat siasatan dan dipantau oleh majlis raja2.....barulah kita dapat keputusan yg tidak berat sebelah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 10:27 PM

Nampaknya kenyataan ini hanya akan tinggal kenyataan saja. Macamana nak suruh pencuri mengarahkan orang menyiasat siapa yang mencuri. Itu gila namanya. Majlis raja2 sepatutnya lebih tegas dalam isu ini.Tapi apa nak buat,Rosmah lebih berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 10:58 PM

Tapi dia kata no winning jadi PM ni.
Bagi penjelasan orang tak faham.
Susah susah takyah la kot jadi PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 11:28 PM

Anon 9.55pm,

Raja-raja tak boleh buat gitu. Itu dah dianggap mencampuri urusan kerajaan. Malaysia ialah Negara Raja Berparlimen. Kuasa Raja-raja telah dihadkan kepada beberapa bidang kuasa tertentu sahaja.

Namun, dalam perlembagaan Malaysia, Yang Dipertuan Agong ada diperuntukkan kuasa untuk 'mengambil tahu' tentang apa-apa yang Baginda ingin tahu (translate: macam kes 1mdb ni) daripada Kerajaan dan Kerajaan wajib memberi kerjasama (translate: mesti patuh, mesti berikan maklumat yg diminta) kepada Tuanku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 12:06 AM

Hanya 2 perkataan je saya boleh jelaskan kat sini. Kalau ada yg paham, baguslah... LIP SERVICE.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 12:13 AM

Mohon Majlis Raja2 sound pasal TPPA. Takde rakyat yang mau TPPA. Najib sorang je yang nak, telur dia dah kena genggam Obama dan Lee Hsien Loong.

Tolong la, somebody, please do something!

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2015 at 12:16 AM

Ada kuasa ke Najib & kitchen kabinetnya menggunakan Cili SOS ROSMAH...????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 3:38 AM

Belum pernah dalam sejarah Majlis Raja Raja Melayu membuat teguran sebegini keras keatas pucuk pimpinanan Kerajaan ini lah kali pertama, adakah pemimpin2 kanan UMNO masih mau memekak kan telingga sudah tiada lagi rasa malu alah serta ikrar taat setia menjunjung kasih kebawah duli2 Tuanku sebagaimana yang tercatit dalam Perlembagaan UMNO itu sendiri.

Institiusi Raja2 beserta Yang Di Pertuan Agong adalah ulil amri maka mengikut islam adalah wajib kita patuh pada saranan ulil amri, berehatlah najib tak guna dilawan lagi dilawan akan bertambah buruk padahnya dan bertambah besar ruginya,.

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2015 at 12:23 PM

Baguslah akhirnya Raja Raja Melayu telah bersuara. Kalau dibiarkan DS Najib, tentu akan ramai yang lebih dianiayai dan tidak berbuat apa apa akan menyebabkan Negara mungkin menerima kemurkaan Allah SWT.

Perlu diperhatikan mangsa mangsa penganiayaan DS Najib didalam usaha menutup skandal 1MDB ini semakin meningkat. Penganiayaan ini adalah samada di lucutkan jawatan, di boikot, disaman, disiasat, ditahan polis, dibodohkan dan sebagainya. Senarai nama berikut adalah mengsa penganiayaan Kerajaan sekarang dibawah pentadbiran DS Najib

1. Tan Sri Muhyiddin Yasin
2. Dato Seri Shafie Apdal
3. Dato Mukhriz Mahathir
4. Dato Khalid Nordin
5. Tun Dr Mahathir
6. TS Sanusi Junid
7. Datuk A Kadir Jasin
8. Dato Zainudin Maidin
10.Datuk Khairuddin Abu Hassan
11.Tan Sri Ling Liong Sik
12.Tan Sri Abdul Ghani Patail
13. Pegawai pegawai BNM
14. Pegawai pegawai SPRM
15. Public Account Committee (PAC)
16 Dato Hamid Bahador
17. Ainina (ahli Umno Langkawi)

Dalam pada itu yang memuji dan memuja DS Najib dinaikkan pangkat:-

1. Dato Seri Zahid Hamidi
2. Dato Rahman Dahlan
3. Dato Salleh Keruak
4. Teuku Adnan Teuku Mansor
5. Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah
6. Blogger Tun Faisal
7. Azalina Othman Said

Bahagian Bahagian UMNO pula telah dikakukan dengan jawapan luaran mengenai 1MDB dan Derma 2.6b yang menjengkelkan dan tidak ada sessi soal jawab DS Najib bersama sama ahli ahli UMNO. Perlu diperingatkan bahawa DS Najib ini lah orang yang lari dari berhadapan dengan Tun Mahathir semasa program Nothing to Hide anjuran DS Najib sendiri. Ternyata, DS najib berani dengan orang kampung sahaja.

Sayugia, ini lah masa bertindak dengan menyokong perisytiharan Raja Raja Melayu yang mahu kepada penyelesaian segera. Kerajaan DS Najib perlu menjelaskan perkara perkara seperti berikut.

1. Siapa penderma wang RM2.6b
2. Apakah perniagaannya
3. Kenapa dia menderma?
4. Bagaimana wang tunai yang begitu besar masuk ke akaun peribadi DS Najib? BNM tahu ke?
5. Selain DS Najib, siapa lagi yang tahu derma diperolehi? MKT UMNO tahu ke?
6. Bagaimana DS Najib membelanjakannya
7. Berapa baki wang derma itu?
8. Dimanakah baki wang derma tersebut
9. Adakah cukai telah dibayar oleh DS Najib
10. Kenapa 1MDB meminjam sehingga RM43billion? Asset RM52B.. Bagaimana cara perolehan asset ini?
11. Kenapa audit 1MDB tidak didedahkan
12. Kenapa buat usahasama dengan Petro Saudi dan menamatkannya dalam tempoh beberapa bulan
13. Kenapa wang pelaburan 1MDB ditukar menjadi pinjaman
14. Dimana wang tersebut sekarang
15. Siapa Jho Low
16 Kenapa sampai sekarang tidak dipanggil untuk siasatan
17 Kenapa juga tidak dipanggil dua ahli lembaga pengarah SRC International untuk siasatan
18.Siapa yang mengarahkan KWAP memberikan pinjaman sehingga RM4billion kepada SRC International
19.Kenapa SRC International dijadikan GLC Kerajaan

Banyak persoalan yang belum dijawab.

Tekanan demi tekanan pelu dilakukan kepada Kerajaan DS Najib untuk menjelaskan semua ini kepada Yang Mulia Raja Raja Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

Bersatulah kita sekarang untuk sebuah kebenaran. DS Najib sekiranya gagal menjawab, perlulah berundur dengan semua menteri menteri kabinetnya sekali.


....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2015 at 2:38 PM

Syukur...rupa2nya.masih ramai rakyat yg masih berani & msmpu berfikir secara ilmiah & bernas.

Teruskan Sdra Pemikir...Salam Perjuangan...!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 4:36 PM

Salam perjuangan ! ! !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2015 at 5:10 PM

Pening-pening la kata... suib..maharaja lawak.

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2015 at 11:20 PM

Platini dan BLatter di rehatkan 90 hari sementara siasatan rasuah di FIFA dijalankan. Di Malaysia itu tidak berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 1:33 AM

Agreed with u bro

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 1:35 AM

Nampaknya macamtulah

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 1:42 AM

Sebenarnya DYMM SPB YDA ada satu last triumph card yg dia xguna lagi (dan kalau boleh dia xnak guna pun) iaitu PENGISYTIHARAN DARURAT.

Namun Raja Bumiphol Thailand pernah menggunakannya beberapa tahun lalu bagi menangani masalah peringkat tertinggi kuasa eksekutif di Thailand. Walaupun kesannya buruk, tetapi hasilnya amat bermakna.

Bilalah di sini nak dilaksanakan.. amin..

Post a Comment