........... Mengulas Kenyataan2 Ekoran Titah Majlis Raja2 - ( TPM, 1MDB, AG, BNM ..... eh, di mana PM Najib ? ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mengulas Kenyataan2 Ekoran Titah Majlis Raja2 - ( TPM, 1MDB, AG, BNM ..... eh, di mana PM Najib ? )

Friday, October 9, 201533comments



Dua hari selepas keluar kenyataan dari Majlis Raja2 yang menitahkan siasatan 1MDB di segerakan dan dipastikan ianya telus dan bebas, tetiba isu 1MDB ini jadi panas balik. Semalam pelbagai kenyataan keluar hasil dari perutusan itu. Dari TPM Zahid, dari Hishammuddin, dari Muhyiddin, dari Pejabat Peguam Negara, dari 1MDB .... semuanya tercetus dari ketegasan warkah istana.

PALING MENARIK sekali adalah kenyataan dari Najib - SENYAP SUNYI SEPI TAK BERDECIT ! 

Ada tak Najib jawab komen pihak istana ? Manalah tahu kot saya termiss ..... Takde kan ? Ini Raja-raja Melayu yang komen dan seharusnya reaksi atau jawapan datang dari ketua kerajaan atau PM. Bukannya dari TPM.

Saya tak tahu orang lain, tapi secara peribadi, saya lihat ini satu sikap BODOH SOMBONG di pihak PM Najib yang ditunjukkan kepada pihak istana. Pendek kata - BIADAB !

Pihak istana komen tentang cara kerajaan menangani isu 1MDB yang lembab dan kelihatannya seperti tidak ada ketelusan. Pihak istana menyuarakan pandangan rakyat.  

Kenapa TPM pula yang jawab ? TPM tu tahu ke tentang isu 1MDB ? Serius saya tanya .... sebelum ini pernah TPM bercakap apa-apa tentang 1MDB ?

Paling tidak pun, kalau nak lari dari tanggungjawab sekalipun, biarlah mereka yang terlibat secara langsung dengan isu 1MDB yang jawab .... contohnya Menteri Kewangan ke, tak pun Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ke  .... Takkan kesemua mereka pun lari ? Pelik ....

                         *************************

Takper, kita layan kenyataan2 resmi pelbagai pihak itu. Mula2 kenyataan seharusnya datang dari PM tapi dijawab oleh TPM -


KENYATAAN MEDIA
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri
8 Oktober 2015

1) Kerajaan menjunjung kasih dan mengambil maklum intipati kenyataan ‘pre council’ Majlis Raja-Raja. Sesunguhnya ini menunjukkan bahawa prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia berpisah tiada.

2) Kerajaan komited dalam mendukung sistem pemisahan kuasa (separation of powers), justeru setiap organ kerajaan perlulah dibenarkan berfungsi seperti yang dijelaskan dalam konteks Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuklah peruntukkan berkenaan kuasa-kuasa yang tersurat dan tersirat Majlis Raja Raja.

3) YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Ketua Pentadbiran Kerajaan dan anggota kabinet yang lain mendukung sepenuhnya dan menghormati sistem Raja Berpelembagaan dan juga konsep pemisahan kuasa antara organ-organ Kerajaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

4) Segala titah Majlis Raja-Raja dinilai baik dan pihak kerajaan telah pun mengambil langkah-langkah proaktif bagi menangani isu yang dititah. Sememangnya kesejahteraan rakyat dan kedaulatan undang-undang harus diberi keutamaan dalam apa jua keputusan dan kenyataan oleh semua pihak.

5) Justeru segala siasatan kepada mana-mana pihak sekalipun harus berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang, malah desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak patut berlaku.

6) Namun begitu pihak kerajaan ingin menegaskan bahawa segala maklumat tentang siasatan berkenaan akan dilakukan secara adil dan terbuka. Sistem perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan adalah jelas dan jika terdapat pihak yang didapati bersalah, maka tindakan undang-undang akan diambil.

7) Kita sedia maklum bahawa pihak Kerajaan sedang dalam proses menjayakan pelan pengurangan hutang (Debt Rationalisation) bagi syarikat 1MDB. Pelan ini telah disambut baik oleh pelbagai pihak pelabur dari dalam dan luar negara. Pihak kerajaan akan membentangkan pada masa terdekat segala transaksi pengurangan hutang 1MDB melalui pelaburan kepada aset syarikat tersebut.

8) Pihak kerajaan sentiasa mengambil berat dan menghormati titah-titah Majlis Raja-Raja. Oleh itu kestabilan ekonomi Negara, pemulihan nilai matawang Ringgit, keharmonian antara kaum dan pengurangkan kos beban hidup rakyat menjadi fokus utama kerajaan. Segala usaha sedang dilakukan bagi memastikan isu-isu ini dapat diselesaikan pada masa terdekat.

9. Diharapkan tidak ada pihak yang menangguk di air yang keruh dan mengeluarkan kenyataan seolah-olah pihak kerajaan tidak berbuat sebarang usaha untuk mendepani semua isu yang dipolemikkan. Berilah kesempatan dan ruang secukupnya kepada pihak berwajib untuk menyelesaikan semua permasalahan dengan sebaik mungkin.

                                       
Sekali lagi saya sebagai rakyat Malaysia berasa jengkel dengan jawapan pihak kerajaan di atas. Sepertinya TPM mahu mengingatkan pihak istana akan Sistem Pemisahan Kuasa ..... Ini urusan kerajaan, pihak istana jangan masuk campur ! Begitulah pemahaman saya...

....... malah desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak patut berlaku.
.
? ? ? Sesiapapun waima pihak istana tak boleh tegur kalau jelas nampak ada sesuatu yang tak kena ?

...Namun begitu pihak kerajaan ingin menegaskan bahawa segala maklumat tentang siasatan berkenaan akan dilakukan secara adil dan terbuka.

Masalahnya, setakat ini, rakyat tidak nampak akan Keadilan dan Keterbukaaan itu.


Repot yang dah siap ( interim report dari Ketua Audit Negara ) di rahsiakan. Apakah itu Keterbukaan ? Pentas dah tersedia, hadirin dah menunggu .... Menteri Kewangan pula takut nak hadirkan diri ..... Orang tanya lain, 1MDB pula jawab lain .... apakah itu Ketelusan ? Bila ada rakyat yang tak puas hati dengan cara siasatan yang dijalankan dan mengambil tindakan membuat pengaduan ke pihak berkuasa luar supaya menyiasat kes 1MDB yang di bawah jurisdiction mereka ( contohnya meminta pihak berkuasa Swiss menyiasat akaun2 berkaitan 1MDB di negara mereka ), si pengadu pula ditangkap dan ditahan di bawah SOSMA ...... apakah itu Keadilan ?

Kenyataan TPM di atas seolah berkata, tidak ada siapa berhak mempersoalkan tindak tanduk kerajaan.

                                           *****************************

Kita lihat jawapan 1MDB kepada kenyataan Muhyiddin ( KLiK )-

"Sebagai anggota Kabinet ketika 1MDB ditubuhkan, Muhyiddin amat sedar struktur modal 1MDB. Dengan RM1 juta dalam bentuk ekuiti yang disediakan oleh pemegang saham iaitu Kementerian Kewangan, 1MDB menjana modal di pasaran yang merupakan hutang kepada akaun syarikat," katanya.

Errr .... seingat saya, semuanya tentang 1MDB ini dibuat secara senyap-senyap. Kabinet tidak tahu apapun tentang 1MDB. Tidak pernah dibawa dalam mesyuarat kabinet atau dibentangkan dalam Bajet Tahunan walaupun melibatkan komitmen kerajaan sehingga berpuluh billion RM !

Walaupun syarikat itu memberi penjelasan berulang kali namun ia kesal dengan tindakan beberapa ahli politik dan bekas ahli politik mencanang maklumat separuh benar mengenai syarikat itu.
"Ia kini jelas bahawa ini merupakan sebahagian daripada serangan sengaja dan bermotifkan politik untuk mensabotaj bukan sahaja rancangan tawaran awam permulaan (IPO) dalam bidang jana kuasa sebelum ini tetapi juga pelaksanaan pelan rasionalisasi yang sedang berjalan sekarang," katanya.


Asal bertanya jer tentang 1MDB, pasti dikaitkan dengan politik. Alasan basi lah ! Penjelasan berulangkali yang tidak pernah tepat menjawab soalan.

Ia berkata bahawa banyak perniagaan di Malaysia dan di luar negara telah menggunakan hutang untuk membina dasar aset mereka dengan berjaya.

Namakan satu saja syarikat lain diseluruh dunia ini yang meminjam 42 ribu kali ganda dari modal berbayar .... kalau ada.

Dalam kes 1MDB, ia berkata daripada jumlah ekuiti RM1 juta, jumlah ekuiti pemegang saham berkumpulan sebanyak RM1.7 bilion telah dijana setakat 31 Mac 2014.

"Walau apa pun cabaran semasa dan berikutnya, yang didokumenkan dan perakui dengan baik, 1MDB tetap yakin untuk menjana lebihan nilai ketika melangkah maju dalam pelan rasionalisasi," katanya.
- Bernama


Pelan melelong harta negara .... atau panggilan manjanya Pelan Rasionalisasi itu pun tidak dinyatakan dengan jelas. Pinjam dari IPIC billion2 ooooppps... bukan pinjam tapi minta IPIC tolong bayarkan, tapi pulangannya kepada IPIC tidak pernah mahu dinyatakan. 1MDB hanya tahu bercerita yang indah2 saja ..... betapa indahnya dunia berniaga ini bila ada syarikat luar mahu tolong bayarkan hutang.

Tentang apa yang perlu digadaikan oleh negara sebagai balasan kemurahan hati IPIC tidak pula diceritakan. Ke IPIC nak derma jer ? Pak Arab lah katakan ....

Baca juga artikel dari JMD mengenai isu sama - KLiK.

Oya, 1MDB ada juga beri alasan konon usaha mahu mengIPOkan Edra Energy telah disabotaj oleh para pengkritik ..... padahal cubaan IPO 1MDB itu dirancangkan seawal tahun 2014 lagi dan tertangguh beberapa kali. Waktu itu rakyat belum pun panas dengan isu 1MDB pun ! Takkan itu pun nak disalahkan kepada pengkritik.


                                                   ********************************

Last sekali, kita lihat kenyataan dari Pejabat Peguam Negara sebagai respon kepada titah Majlis Raja2 Melayu.

Pejabat Peguam Negara (AG) membersihkan pegawai 1MDB daripada sebarang salah laku mengenai siasatan yang dijalankan oleh Bank Negara.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 21 Ogos 2015.

"Kertas siasatan itu dikaji, Timbalan Pendakwaraya Persekutuan 1 Abdul Majid Tun Hamzah memutuskan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh pegawai 1MDB dan mengarahkan tiada siasatan lanjut dibuat," kata Pejabat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pejabat itu berkata kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan untuk tidak mendakwa telah dimaklumkan kepada bank pusat itu pada hari yang sama.

Susulan itu, Bank Negara, dalam surat bertarikh 1 Oktober, mencadangkan supaya Pejabat Peguam Negara menyemak semua keputusannya.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa selepas mempertimbangkan pemintaan dan fakta bahawa tiada bukti baru ditemui, maka peguam negara memutuskan untuk mengekalkan keputusan sebelum ini.

Kenyataan itu juga menyebut, pejabat itu menegaskan bahawa laporan antara 12 September 2015 sehingga sekarang berkaitan kertas siasatan itu masih berada di Pejabat Peguam Negara dan perbincangan mengenainya masih berlangsung adalah tidak tepat dan tidak benar. - Mkini.

.
Paling tak boleh blah adalah laporan media pro Najib yang melalak hari ini kononnya AG dah kasi clear nama 1MDB ! Satu percubaan terdesak mahu menipu rakyat.


Pejabat AG cuma bersihkan pegawai 1MDB dari laporan ( dakwaan ) Bank Negara saja bukan bersih dari keseluruhan isu 1MDB !

Saya tidak mahu komen lebih awal kerana adalah penting untuk mendapat reaksi balas pihak BNM tentang kes yang dimaksudkan itu. Terimakasih kepada BNM kerana segera beri respon.


Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.5 bilion pada kadar pertukaran semasa).

Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) kepada 1MDB untuk menghantar balik sejumlah AS$1.83 bilion ke Malaysia dan mengemukakan satu pelan baginya untuk tujuan ini. - Mkini.

Nah, pasti ini merupakan satu kejutan baru dalam kes 1MDB !

Kalau anda masih ingat, amaun USD1.83 bilion itu adalah SAMA dengan dana yang dibelanjakan oleh 1MDB semasa bersama dengan Petrosaudi. USD1 bilion sebagai pelaburan 1MDB-Petrosaudi di mana 1MDB dapat 40% pegangan sementara Petrosaudi tak sumbang apap-apapun tapi dapat 60%. Kemudian usahasama itu dibatalkan selepas beberapa bulan ( ini persoalan yang tidak pernah mahu di jawab oleh 1MDB - Apakah tidak ada sebarang kajian yang lengkap dilakukan sebelum membuat perjanjian bernilai besar itu ? ) dan dana USD1 billion itu dijadikan pinjaman pula kepada Petrosaudi.

1MDB kemudian tambah lagi pinjaman itu sebanyak USD500 juta dan selebihnya beberapa bulan kemudian menjadikan jumlahnya USD1.83 bilion.

Dana itu kemudian kononnya ditebus setengah buat bayar hutang ( yang turut dipertikaikan kesahihannya kerana didakwa oleh WSJ sebagai tidak diterima/direkod oleh Aabar ) Setengah lagi disahkan oleh Najib ada di bank di Singapura tapi kemudian bertukar bentuk menjadi aset dan akhirnya menjelma sebagai Just Unit. Sehingga kini, tidak ketahuan rupa bentuk terbaru dana itu .....

Nah, sekarang Bank Negara kata terdapat masalah dengan kelulusan awal yang diberikan dan telah meminta 1MDB bawa balik keseluruhan dana USD1.83 bilion itu. 

Itulah kes yang disebut oleh BNM dalam laporannya kepada AG. Pihak AG pula yang patut melakukan pendakwaan. 

Tapi kenyataan dari Pejabat AG menyatakan TIDAK ADA KES.

Sebagai menjunjung titah Majlis Raja2 yang menuntut Keterbukaan dan Ketelusan, di harap pihak AG dapat menjelaskan kenapa kes itu dibuang.

Perjanjian usahasama 1MDB-Petrosaudi adalah antara isu utama yang tidak dapat dijelaskan oleh pihak 1MDB. Rakyat berhak mendapat Kebenaran.

Satu lagi, apakah kes itu ada kena mengena dengan dua nama WANTED oleh BNM sebelum ini ? - KLiK.

Sekali lagi saya tanya - Di mana Najib ? Kenapa senyap ? Bukankah Najib selaku orang yang sepatutnya tahu segalanya tentang 1MDB ( sebagai Menteri Kewangan dan Pengerusi Penasihat 1MDB ) dan selaku ketua kerajaan, seharusnya beliau yang tampil menjawap ?

PS - Oya, satu lagi ...... tuntutan dari BNM supaya 1MDB bawa balik dana 1MDB-Petrosaudi itu SEBELUM atau SELEPAS Najib kata payah nak bawa balik dana yang ada di BSI Singapura sebab peraturan Bank Negara yang menyusahkan ?

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2015 at 10:55 PM

Bila segala2nya dah jadi kalut macam ni sebaiknya DYMM Raja2, terutama YDP Agong mengarahkan Najib direhatkan buat sementara penyiasatn menyeluruh dilksanakan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2015 at 11:02 PM

Hmmm....setiap hari jantung rasa nak meletup baca skandal 1mdb. Apalah nak jadi dengan anak cucu kita dimasa depan. Ini pemerintahan cengkaman kuku besi. Jangan harap kita dapat tukar masa pilihanraya nanti....percayalah ada saja helah untuk menang undi....sama seperti helah 1mdb.

4 tahun lagi kita semua mungkin jadi seperti rakyat syria yg berhijrah demi kehidupan anak2 kita. Bila keadaan dah nazak, kita pos saja anak2 kita kemana mana negara yg nak terima pelarian macam ibubapa syria.

Apa yg berlaku dinegara kita sekarang telah pun berlaku di syria dulu...rakyat langsung tidak boleh bersuara....ditangkap dan penjara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2015 at 11:28 PM

Dalam kes 1MDB, ia berkata daripada jumlah ekuiti RM1 juta, jumlah ekuiti pemegang saham berkumpulan sebanyak RM1.7 bilion telah dijana setakat 31 Mac 2014.

But the amount is mostly derived from paper profits (as opposed to real profits) caused by repeated revaluations of the lands that it bought dirt cheap from the federal government!

1MDB, your time is up. No more lies. No more games. Only in Malaysia you could do these things - overseas you will have long gone get your just desserts!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2015 at 11:44 PM

Tgk tajok blog KL chronicle "#1mdb response on bank negara idiotic statement"
Wow...baru belajar menaip papan kekunci, blog ciput visitor, bkn sampai 1juta viewer pon dah berani ckp bank negara bodoh?
Wow...just wow...
Ikut perangai bos la tu...mcm bgus

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2015 at 12:01 AM

Memang biadap.
Akibat sekor2 tak boleh diharap.
Naik kapal, ayuh layar dikembangkan.
Tapi jangan lupa sauh kena turunkan.

Bodoh, sekor2 tak boleh diharap.
Melayu akan jadi terbangsat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 12:06 AM

@Anonymous
Salam...
1. Saya setuju dengan tuan, ie paper profit (dan banyak lagi dokumen2 yang tak "jelas/tak benar/ kurang lengkap/ tipu" spt dlm kenyataan BNM dan juga dlm kenyataan kerajaan spt "just units"....)
2. Dan lapuran audit 1EMDiBi kerugian 600juta utk 2014 kan, camne ada profit plak..
3. RCI adalah jalan terbaik...
...wallahu'alam

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2015 at 12:25 AM

Salam brother Din...

"Ini urusan kerajaan, pihak istana jangan masuk campur" = separation of powers = "Ini tugas hamba, datuk tak payah la masuk campur. Bagaimana kalau ini tugas datuk?" Dialog filem PGL. Kenyataan TPM ni terlalu luas limpangnya cos :-

1) Kenapa TPM yang jawap persoalan ini...?

2) Zahid yang dulu bawah Muhyiddin lebih tahu ke dari Muhyiddin tentang RM2.6B & urusan 1MDB ini...?

Hairan juga kenyataan dari AGC yang mengistiharkan 1MDB 'Bersih terlebih Suci'... Yang buat kenyataannya lak bukan Apandi. Kebetulan kot boss sibuk then orang lain lak yang beri kenyataan. Pertikaiannya adalah :-

1) SPRM masih mencari Nik Faisal & Suboh berkenaan SRCI yang awalnya memang suku-sakat 1MDB pe.

2) BNM dah minta 1MDB bawa balik to Malaysia USD1.83B = RM7.5B ini. Ini pun kalau wujud lagi la yea cos duit ini dari 2009 till now berubah-ubah tempatnya berada.

Kesimpulannya, saya tak nampak apa kewajaran AGC keluarkan kenyataan begitu. Macam betul tapi tak betul. Macam tak betul tapi betul pulak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 12:32 AM

Najib malas nak layan kau..makin dilayan makin mengada gada ..p lah sembah sujud pada Mahathir..

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2015 at 12:42 AM

@Anonymouseh eh ada org najib komen la !! Terimakasih... tambah satu hit blog yang tak ramai baca ni. Syukur.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 1:45 AM

Apa la kenyataan zahid, pejabat peguam negara, imdb bunyi nya macam kita rakyat Malaysia tak ada kebolehan berfikir. Zahid bongkak bunyi nya walaupun mengulas titah majlis Raja Raja. Pejabat AG ulas nak tak nak aje dan berputar putar satu malaysia. 1mdb tak payah cakap apa apa la..buat tambah sakit hati. Tapi Gabenor BNM kenyataan nya berlandas Akta dan peraturan. KBAB1 tak payah bersuara la...menyampah nak baca.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 2:23 AM

Salam sdra Din,

1. The Malay Rulers have spoken. Need complete and transparent investigation.

2. Zahid (not najib) has responded no one (including the rulers?) should impose to hasten or slow down investigation and to give the government (1MDB?) the needed time to recover debts according to rationalisation plan.

3. AGC (tun azmi) had "cleared" 1MDB. I believe this must have been endorsed by apandi (at najib's instruction).

4. BNM responded they wanted AG to prosecute 1MDB for "false declaration". BNM also require 1MDB to repatriate the money back to malaysia.

5. 1MDB acknowledged this directive but DID NOT DENY they have given false information when applying for overseas investment . 1MDB even admitted money already spent on paying debts and convert to loan or the like.

Clear cover up job by newly appointed AG

Now I understand why

> mahathir has been so insistence to get najib to resign.
> ex SB no.2 man, hamid so confident of his actions

Ini belum kes RM2.6 bil lagi.....

Mintak KBAB and Macc commissioner to be honest, sincere and takut Allah daripada najib. At least kita tahu zeti ada guts.

Now I also understand why my grandfather disliked his grandchildren to become lawyers.......



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 2:56 AM

Tentang respons AG:

Yang paling buat saya tergelak ialah bila si AG baharu ni cakap (kalau betul lah dia yang tulis respons tu..? ) :

" .... Pasukan Petugas Khas menyiasat firma pelaburan 1MDB tidak pernah dibubarkan, kata Pejabat Peguam Negara.

Dalam kenyataan hari ini, pejabat itu berkata pihaknya tidak pernah membuat sebarang kenyataan yang bermaksud sedemikian. ..."

Ruj: http://www.malaysiakini.com/news/315057

Sedangkan pada 21 September lalu, Tan Sri Dr Zeti telah berkata:

“We know that there is ongoing investigations, but we also need to know who are doing what investigations,” she added. -

Ruj: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/malaysians-deserve-answers-on-1mdb-and-rm2.6b-donation-zeti-says#sthash.QokDriD7.dpuf

Terjemahan:

"Kita tahu bahawa ada penyiasatan yang sedang berjalan tetapi kita juga ingin tahu siapa yang sedang menyiasat apa. "

......................

Adakah ini bermakna:
1) Zeti sudah tidak lagi berada dalam Pasukan Petugas Khas ?

( yang si Rahman Dahlan cakap : " In the first place, the taskforce was illegally constituted. They were not supposed to be investigating the PM or any individual for that matter,” he said in an interview run by English daily The Star.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/special-taskforce-illegal-bn-strategic-comms-chief-says#sthash.ryrhVdz0.dpuf )

2) Kalau begitu, siapa yang berada dalam Task Force tu sekarang?

3) Kalau si Rahman cakap Task Force tu tak sah, kenapa AG benarkan pasukan tu terus beroperasi/wujud ?
(masih berpasukan ke? atau anggotanya dah buat kerja sendirian sekarang ? )

4) .....dan.... seperti soalan Zeti juga... siapa yang menyiasat? apa yang disiasat?

Soalan demi soalan pula yang timbul dari respons para pendokong PM nih.

Yang bertambah lucu bila AG kata pihaknya mendapati tiada salah-laku oleh pegawai2 1mdb (ye laa.... what do you expect kan? He was appointed for that purpose kan) sedangkan laporan yang BNM serah tu meminta AG ambil tindakan.

makna kata, BNM dah dapati telah berlaku kesalahan tapi AG cakap..."takde laa"

hahahahaaa...... AG ingat BNM ni budak tadika ke? AG ingat pihak dia aje yang tahu Law?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 3:00 AM

Matthias Chang dipanggil oleh PDRM untuk beri statement sebagai saksi kes DS Khairuddin. Tapi hasil dari statement yang dia beri tu, dia pulak dikenakan tindakan, boleh ke macam tu?

Should we allow the police to lure us to incriminate ourselves?

Boleh ke macam tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 3:08 AM

KUALA LUMPUR, July 11 — The hurried signing in 2009 of 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB) now-aborted deal with PetroSaudi International (PSI) had led to two board members resigning from the Finance Ministry-owned company, investigators have revealed.

According to The Star today, former 1MDB chairman Datuk Mohd Bakke Salleh and board member Tan Sri Azlan Mohd Zainol quit in protest after US$700 million (RM2.6 billion) that was meant for the 1MDB-PSI joint venture were diverted to another company without the board’s approval.

Quoting an investigator, the report said the board had directed that the money be returned to the JV company “but no action was taken”.

Bakke resigned on October 19, 2009, while Azlan left the board earlier this year on January 11, it said.”

..............................
Saya petik dari respons seorang pembaca blog JMD. Wow.... interesting! Jom kita tanya Datuk Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol !

Rupa-rupanya dah ramai juga unsung heroes dalam skandal 1mdb ni.

Saya yakin.... kalau Enron pun boleh roboh, inikan 1mdb. Mesti boleh!

Malaysia Boleh..!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 3:21 AM

Bro 12:32....

Pengikut ah jib gor sembah najib ?
Masya Allah. . .Syirik !

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2015 at 4:20 AM

Bukan malas nak layan, tapi clueless, lidah kelu tak mampu jawab seperti biasa & menyembunyikan diri lagak panglima bacul. TS Zeti yg banyak kali dianugerah Gabenor Bank Terbaik Dunia diremehkan oleh Peguam Negara budak suruhan Najib seolah-olah Bank Negara tidal tahu buat kerja. Masuk akal ke...??? Lebih teruk lagi, si Zahid keparat tak agak2 terus meluru, keluar kenyataan b/pihak Najib (kecut sembunyi) bahawa 1mdb tidak ada kes untuk dibicarakan menurut AG Chambers. Paria..memang.Paria..!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 8:06 AM

Bila nanti Najib pergi, yang tinggal2 itu tak terfikir ke apa Akan jadi pada diaorang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 8:14 AM

TPM dilantik sebagai penolong kpd.PM.Sebab itulah dia mesti menjawab segala masaalah,tak guna bila dilantik tak dapat buat kerja.Inilah yang DSN kehendaki berkerjasama berpasukan.Sama ada jawapan diberikan oleh orang pasukanya itu betul/tidak itu bukan hal,yang utama jawapan telah diberi,lu mau terima atau tidak hampa punya pasai.Mau main wayang mesti mau ikut itu pengarah cakap,tarak mau boleh jalan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 8:17 AM

Tak apalah. Hari ini mereka berkuasa. Kuasa yg ada kpd mereka adalah satu Amanah kpd rakyat yg perlu mereka jawab di hadapan Allah. Apa yang ada di dunia hanya pinjaman dan sementara sahaja. Hukuman Allah di akhirat adalah kekal selama lama nya. Kuasa di dunia pun hanya sementara.Pasti akan rakyat akan hukum mereka dlm pilihanraya akn datang. PASTI sekali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 9:00 AM

I read with interest an encouraging comment by one lawyer by the name of Amir that the public, BNM etc could challenge decision of AG not to proceed with prosecuting 1MDB officials over breach of BNM's Act.

Just before Merdeka Days Bersih 4 had managed to raise more than a million RM from supporters and or sympathisers to finance the 2 day rally and its other undertakings.

NOW would it be appropriate for any NGO or members of public to start raising donations to challenge AG in the court? The money raised PUBLIC MONEY FOR JUSTICE should be sufficient for the legal team expenses. Of course those lawyers must contribute their energy and expertise if justicd is to be won.

What say you?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 9:09 AM

ya Najib tak bermoral malas nak layan! Kami tidak sujud pada Mahathir pun & Mahathir tidak pernah minta sujud kepadanya pun. Kamu sujud pada Najib dan/atau Najib buat kamu sujud padanya?

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2015 at 9:29 AM

Nothing2Hide except your telor..(not sure still there or telah dikembangkan bersama layar hari tu)..maaf kalau tak betul..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 10:58 AM

Sdra Din,

1. Tak payah buat lapuran polis

2. Buat apa marina chin abdullah telah usahakan....tetapi buka demonstrasi tapi cari derma seberapa banyak yang boleh dari rakyat untuk challenge AG dalam mahkamah tentang ketidakadilan beliau dalam menolak permohonan BNM untuk ambil tindakan undang2 ke atas 1MDB. Tajuknya Rakyat vs AG........demi keadilan

3. Kalau kes ini menang, ada domino effect on all outstanding injustices viz 1MDB and the perpetrators.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 1:07 PM

Childish nya kamu ni. Najib must be real proud to have a supporter like you.
Klu tak setuju dgn pandangan blogger DinTurtle, jwp lah dgn fakta. Nasib baik hang tak maki hamun mcm Somebody. Wakaka

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2015 at 1:35 PM

AG dah jadi boneka dan barua Najib.

Tentera tolong ambil alih, tangkap semua2 ni sumbat dlm jel terus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 3:09 PM

T/PM n KBAB harus di pertanggung jawab atas salah laku 1MDB kerana gagal jalankan tugas siasatan.Mungkin mereka ini telah di rasuah olih PM untuk menutup kes.Rakyat berharap mereka akan di dakwa dan dihukum seberat beratnya serta disumbat ke dalam penjara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2015 at 4:30 PM

TPM dah kata bahawa UMNO ler ni dipimpin oleh burung unta. Sebagai burung unta apabila ada masalah yang dihadapinya dia akan menyorok kepalanya. Makanya orang lainlah yang perlu menjawab bagi pihak burung unta itu. Jadi janganlah heran jika setiap masalah akan dijawab oleh ahmad maslan, zahid komedi, malek hassan dan setaraf dengannya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2015 at 2:23 PM

@Anonymous Cuba pergi jenguk tengok ke pejabat AG tu... muka siapa dalam pejabat tu yang duduk dikerusi AG.. tah tah, muka Najib tak???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 10:23 AM

Aku pun pening dengan TPM yang ini. Pegi jauh jauh ke New York, jumpa John Kerry. Syok sendiri buat press conference tapi mic atas meja cuma dari media aliran utama Malaysia. Balik Malaysia terus kluar tv dengan muka cebek cebek dia tu cakap takdanya FBI buat siasatan 1MDB. Dia ingat rakyat sekarang ni duduk bawah tempurung ke? Kalau ada jumpa sesiapa dari pihak atasan FBI mesti kita ditayangkan dengan visual, diulang ulang visual itu. Kalau tidak pun dipetik petik nama pegawai FBI berulang ulang. TPM yang paling low class Malaysia pernah ada.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 2:13 AM

Apa guna jadi PM kalau tak boleh jawab sendiri?

Patutlah mat najip masih berkuasa. Kelilingnya penuh dek macai bodoh macam kau.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 2:15 AM

Ni bangsa sujud kat najip sambil najip selit duit kopi kat kolar baju tang tengkuk. Macamtulah analoginya

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 2:17 AM

Aku rasa muka rosmah silap2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2015 at 3:40 PM

Tangga ajib makin tinggi tp x perasan yg ank tangga
D bwh byk yg nk patah...
Klu jatuh....hihi....gerenti mampus.. .kui.kui..kui

Post a Comment