........... Lagi Pendedahan Minit Mesyuarat 1MDB - Benarkah Arahan BOD DiLanggar Dalam Kes 1MDB-Petrosaudi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lagi Pendedahan Minit Mesyuarat 1MDB - Benarkah Arahan BOD DiLanggar Dalam Kes 1MDB-Petrosaudi ?

Saturday, October 17, 201524comments



Minggu lepas Arul Kanda ada mengesahkan sebagai benar salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 12 Januari 2015 seperti yang didedahkan oleh Sarawak Report. Minit2 itu menunjukkan Arul menyatakan yang dana kedua dari Cayman disimpan dalam betuk tunai tapi telah dicagarkan kepada Deustch Bank - KLiK.

Tadi saya terima lagi beberapa imej yang didakwa sebagai Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 3 Oktober 2009, juga dikatakan dari Sarawak Report. 

Pandai SR pancing Arul ....  sengaja dikeluarkan Minit yang dihadiri oleh Arul supaya senang Arul nak sahkan keasliannya. Kemudian disusuli pula dengan Minit Mesyuarat 6 tahun lalu, yang pastinya akan diminta oleh wartawan supaya Arul turut mengesahkannya.

Kalau Minit Januari 2015 Arul boleh sahkan, tidak ada sebab Minit Oktober 2009 Arul tidak boleh sahkan juga .... 

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengesahan dari 1MDB akan kesahihan Minit Mesyuarat di bawah sebagai yang benar. 






Untuk refesh, TIA bertukar menjadi 1MDB pada 18 September 2009, dan pada hari yang sama juga syarikat 1MDB-Petrosaudi didaftarkan di Cayman. Ia didaftarkan lebih awal dari tarikh perjanjian iaitu pada 28 September 2009.

Menariknya, pada 25 September, iaitu 3 hari sebelum sain kontrek usahasama, 1MDB-Petrosaudi ada membuat perjanjian pinjaman USD700 dengan Petrosaudi yang perlu dibayar balik penuh selewatnya 30 September 2015 ! ( rujuk artikel bulan Jun - KLiK )

Pada 28 September, termeterailah perjanjian usahasama 1MDB-Petrosaudi (Cayman) dan 2 hari selepas itu, 1MDB pun bayar USD700 juta kepada Petrosaudi melalui akaun syarikat milik Goodstar.

OK ? Jom kita layan apa yang didakwa SR sebagai minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 3 Oktober 2009, iaitu 5 hari selepas sain kontrek usahasama dan 3 hari selepas dibayar USD700 juta itu -





Ternyata pembayaran USD700 juta dari 1MDB kepada Petrosaudi itu amat tidak disenangi oleh ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB ! 

BOD tidak diberitahu apa2 pun. Mereka ingatkan keseluruhan USD1 Bil dari 1MDB itu akan dimasukkan ke dalam akaun usahasama 1MDB-Petrosaudi dan terpulang kepada lembaga pengarah 1MDB-Petrosaudi pula untuk meluluskan pembayaran itu kepada Petrosaudi.





BOD juga masih belum jelas status 'aset' yang dibawa masuk oleh Petrosaudi. Mereka terkejut kerana laporan penilaian (valuation report) aset tersebut dapat disiapkan dengan begitu pantas sekali kerana sebelum itu, BOD dimaklumkan laporan penilaian tersebut hanya boleh disiapkan pada bulan Mac 2010.

Dengan jumlah pelaburan sebesar USD1 bil, seharusnya usahasama itu disiasat dan dipertimbangkan sepenuhnya sebelum sebarang keputusan dibuat. Namun segalanya berlaku begitu pantas sekali hingga menimbulkan keraguan apakah sudah ada langkah2 kawalan, check and balance bagi menjaga kepentingan syarikat.


Memandangkan tahap keseriusan keadaan yang berlaku, BOD membuat keputusan untuk mengarahkan pihak pengurusan 1MDB supaya bertindak -

1 - menuntut kembali pembayaran USD700 juta itu supaya dana itu dapat dibayar mengikut cara yang telah dipersetujui sebelum itu ( yakni, dibayar kepada akaun bersama 1MDB-Petrosaudi terlebih dahulu )



2 - Mendapatkan pengesahan bertulis bahawa aset yang dibawa masuk oleh Petrosaudi itu sudah dimiliki oleh 1MDB-Petrosaudi.

3 - Mendapatkan pengesahan bertulis akan status/kualiti aset berkenaan

4 - Mendapatkan salinan Laporan Penilaian yang disediakan oleh Edward L. Morse untuk dipertimbangkan oleh BOD ( huh ? ! adakah ini bermakna 1MDB menandatangi perjanjian usahasama dengan Petrosaudi itu tanpa dinilai terlebih dahulu oleh BOD akan aset2 yang dibawa masuk oleh Petrosaudi ? )

5 - Memanggil wakil penilai aset itu untuk hadir pada mesyuarat BOD selepas itu

6 - Melantik penilai aset bebas untuk menilai aset2 itu.


Turut tercatat dalam Minit itu adalah arahan dari BOD kepada CEO 1MDB ketika itu, En Shahrol supaya mematuhi arahan BOD dan apa yang telah dipersetujui oleh BOD. Shahrol juga dinasihatkan supaya merujuk kepada BOD jika tidak faham atau ragu2 mengenai apa jua perkara.

                              *******************

WOW ! Panas beb .......

Apa yang dapat dirumuskan secara kasar, terdapat tangan ghaib yang lebih berkuasa dari panel ahli lembaga pengarah 1MDB dalam membuat keputusan usahasama 1MDB-Petrosaudi !

Semuanya dibuat dalam keadaan tergesa2. Entah apa yang nak dikejar, wallaualam.  Segala prosedur normal yang perlu dipatuhi sebelum terlibat dalam sesuatu projek termasuk prosedur yang telah dipersetujui oleh lembaga pengarah, semuanya dilanggar.

Patutlah banyak masalah yang timbul sekarang ........ 

Ya, jika benar dokumen2 di atas adalah dokumen yang asli, sewajarnya tindakan diambil ke atas mereka yang membocorkannya. Namun harus diambilkira juga niat sipemberi maklumat itu.

Jika sesuatu kemungkaran besar berlaku di depan mata, apakah kita harus akur dan diam ?

Disamping itu juga, jika dokumen di atas adalah benar, disamping mencari siapa yang membocorkannya, apakah pihak berkuasa harus berdiam diri ke atas apa yang telah didedahkan ?

Pihak 1MDB harus tampil mengesahkan kebenaran dokumen Minit Mesyuarat di atas ! Waktu sama, pihak berkuasa harus bertindak menyiasat pendedahan itu kerana ia jelas berupa satu kesalahan pecah amanah.

Dana yang disebut itu adalah milik 1MDB yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan yang akhirnya bakal ditanggung oleh rakyat sekiranya lesap.

Pendek kata - itu adalah wang rakyat. Kerajaan memegang amanah dari rakyat. Kerugian sesuatu projek itu boleh diterima asalkan segala prosedur yang telah ditetapkan, diikuti sewajarnya. 

Dalam kes ini, apakah Shahrol bertindak sendirian melanggar arahan dan prosedur atau Shahrol hanya mengikut arahan seseorang ? 

Oya, jika segalanya mengikut prosedur, kenapa usahasama 1MDB-Petrosaudi itu dibatalkan selepas 5 bulan ? 

Selepas dibatalkan, kenapa dana yang dibawa masuk oleh 1MDB itu tidak dikembalikan sebaliknya ditukar kepada pinjaman ? Apakah perkara ini dimaklumkan kepada Bank Negara kerana tujuan dana itu dibawa keluar sudah diubah ?

Apakah BOD setuju dana itu dijadikan pinjaman kepada Petrosaudi sedangkan dana itu sendiri asalnya dipinjam oleh 1MDB ?

Seterusnya 1MDB menambahkan lagi pinjaman kepada Petrosaudi sebanyak USD500 juta ( yang disebut kepada Bank Negara sebagai pelaburan dalam syarikat dari Perancis ) dan sebanyak USD330 juta ( yang disebut kepada Bank Negara sebagai pelaburan strategik dalam sektor tenaga dan mempromosi pelaburan ke dalam Malaysia ). 

Apakah Kebenaran sebenarnya ? ? ?

Baguslah Parlimen akan bersidang minggu depan. Diharap ada wakil rakyat yang akan minta pencerahan dari Najib. Kalau tidak pun, wartawan boleh bertanya kepada Najib. Itu pun kalau soalan sebegini dibenarkan dan Najib tidak lari.....

Apakah Jho Low terlibat sama ?

PS - Jika anda terkejut dengan pendedahan Minit Mesyuarat di atas dan agak ragu2 dengan isi kandungannya, anda boleh rujuk kepada artikel The Star bertarikh 11 Julai, 2015 yang mana mengesahkan apa yang diceritakan di atas ! - KLiK.

Bermakna, ceritanya sudah lama keluar cuma buktinya baru keluar sekarang.



PS2 - Baca juga artikel yang lebih menyeluruh dari blogger Satd - KLiK. Panjang giler tapi jika anda faham jalan cerita mudah di atas, anda akan mudah faham.

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Dapatkan balek duit KWAP!
October 17, 2015 at 4:35 AM

Kita kena dapatkan balek 2.6 billion duit Kumpulan Wang Pencen. Itu duit orang Melayu, duit rakyat.
Kenapa Shahrol tak ditangkap bawah kecuaian atau CBT?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2015 at 4:51 AM

Adakah AG membaca minit mesyuarat yang ada di dalam setiap kertas siasatan task force yang menyiasat 1MDB. Atau dia tidak nampak minit mesyuarat itu sehingga dengan mudah dia tutup kes yang disiasat oleh bank negara ....

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 17, 2015 at 8:10 AM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Harapan anda agar ada MP yg akan tanya Najib di Parlimen, rasanya kalau ada pun ianya akan dipintas oleh 'peluru berpandu' Tuan Speaker.
Maksudnya tak akan dibenarkan... sebab bla...bla....bla...

Bro Din!
Dato Hasan Ariffin - MP Rompin dah dilantik jadi Pengerusi PAC.
Apakah ini yg diperibahasakan sebagai "Bersaksikan ke lutut"?
Tak kemana ler jawabnya.
Semuanya dah dikawal dan sangat terkawal.

Kalau Raja-raja Melayu pun tak boleh buat apa, inikan pulak kita rakyat biasa yg cuma lima tahun sekali ditageh undinya. Dok tengok jer ler....

Siapa yg ada sakit jantung dinasihatkan janganlah ikuti sangat kisah 1MDB, Najib Razak dan Rosmah Mansor. Takut semakin memudharatkan penyakit kalian.
Wallahhu'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
ShukorAnakDesa
October 17, 2015 at 10:01 AM

Seseorang dari rskyat msia yg ada pengetahuan dlm isu ini bangkit dan tubuhkan ngo "1mdb watch"...korek dan bg pencerahan kpd semua pigak dan memberu tejanan kpd agensi berkaitan...masalah kita ialah kita tidak bersatu dlm isu ini..masing masing syok sendiri yg akhirnya mereka dsri puak najib...terlebih syok sb kita syok sendiri..ayuh..bangkit dan tubuhkan 1mdb watch..ramai lawyer n juru ulas yg berkeliber di luar sana tu..selagi tidak bergerak sederap sehat sejiwa... senada kita akan tertiarap...tiada,siapa secara individu blh goyahkan najib n kroni...bro din..ur circles around u boleh memulakan sesuatu..kami pembaca blog ni betapalah sgt pengetahuannya....

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2015 at 10:19 AM

290909 sejumlah dana dialir keluar oleh 1MDB kemudian 031009 bermusyarat lagi! Arul kena kena cek Minit Mesyuarat ini sebab dia belum bertugas, masih dibawak WAk Lodin!
SR terbaik!

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2015 at 10:27 AM

@Sabihah GhazaliBukan di bawah Wak Lodin tapi di bawah Shahrol :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2015 at 10:51 AM

mohon bloger penkritik Jibby supaya buat backup semua dokumen2 berkaitan..jgn simpan dalam M'sia kalau boleh...buat copy byk2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2015 at 10:57 AM

kenapa 1mdb bocor sana sini kerana mastermind dah tak ada di dunia. kalu kita faham cara kerja peeeee eeeeemmm kita, dia hanya angguk dan sign ajer. yang lain orang lain fikirkan. kenapa saya cakap macam tu berdasarkan bukti bahawa memang pm tak ada kat pejabat.pi rasmi sana sini, kecil besar. biarlah lah orang kata boleh kerja luar pejabat, tapi kat pejabat banyak orang dan boleh arah untuk tanya dan dapatkan fakta dengan cepat. kertas kerja pun di pejabat. takla orang lain baca, pm angguk dan sign ajer.
bukan nak buat fitnah, tapi itu la yang boleh saya nampak dan fikirkan. kalu cakap Allah sahaja yang tahu, maka biarlah apa nak jadi, kerana Allah Maha Mengetahui.

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2015 at 11:15 AM

Why everyone in UMNO is so blind about these dirts is baffling. Where do we place our Al Quran? Under the bed?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2015 at 11:23 AM

Tunggu apa kata Kandasamy. Nak diam org dok gerudi... amat susah sekiranya nak kona2. Semakin detail!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 17, 2015 at 11:28 AM

@dinturtle Salah tu. Najib bossnya masa tu dan juga sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2015 at 11:30 AM

Semlm spotted arul kanda di menara maybank around 8.0pm plus...hmmm...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2015 at 12:43 PM

As far as we can remember, don't they always shoot the messenger? As for the message, that will be the least of their concern............

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2015 at 4:25 PM

most UMNO people dont have data-plan or Unifi or streamyx to browse internet...tv3 suku terbaik..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2015 at 5:05 PM

Yang RM4Billion duit KWAP tu bagaimana pula?

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2015 at 5:22 PM

Bukan main banyak telah terbongkar. Malangnya, AG sudah umumkan 1MDB tak buat salah apa-apa. As such, no futher actions. Melaunglah kita beramai-ramai tapi AG dan geng ketawa terbahak-bahak agaknya.

Raja-Raja pun tak boleh buat apa-apa inikan pulak kita rakyat biasa.

Keliling pinggang Najib sekarang adalah budak-budaknya. Tempat Zeti pun tak lama lagi akan digantikan dengan budaknya. Ketua SPRM pun digantikan dalam sedikit masa lagi atas alasan kesihatan sprt apa yg terjadi ke atas Gani Patail.

Gani dulu bersungguh-sunggugh dan berterih-terih menyediakan bukti agar DSAI diaibkan dan didapati salah dan dihukum. Fair enough, but where is he now? Di dunia lagi nampaknya dia dah terima balasan yg mengaibkan juga. Kesian, kesian..., dia bolehlah diibaratkan umpama melepaskan anjing tersepit, ygmana akhirnya dia yang kena gigit teruk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2015 at 5:39 PM

BEtul Bro, sepatutnya ahli Umno yang wajib bertindak segera iaitu fahamkan isu yang diketengahkan oleh pihak penentang Najib. Dah faham barulah timbul dalam jiwa raga untuk membetulkan keadaan. Semoga Negara Malaysia dapat bergerak kembali di landasan yang benar. Najib dari mula jadi PM dah memang pasang niat jahat untuk menyonglap kekayaan Malaysia. Paling lawak kini nak lantik boneka jadi pengerusi PAC. Kalau betul gentlemen dan maksum bagai dikatakan oleh para penjilat beliau,yang sepatututnya lantik TS Muhyiddin atau DS Shafie jadi pengerusi barulah boleh cakap Najib di pihak yang berlaku benar. Kalau skrip dari awal hingga kini hanya sekadar kona sana sini mengelak proses undang-undang berjalan tanpa menjawab segala pokok soal isu yang mengancam kemakmuran Negara. Ya Tuhan kami, tolonglah kami, lemah dan jatuhkanlah pemiampin kejam seperti yang ada hari ini dan digantikan dengan pemimpin yang jauh lebih baik lagi berhati mulia. Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2015 at 5:53 PM

Sdra Din,

1. Mengapa BNM, MACC tak nak temuduga all 1MDB Board of Directors especially ex chairmen bakke n zainol and wok ladin?

2. Penipuan ini sangat ketara tapi sangat heran mengapa apandi AG menyalah BNM and zeti?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 18, 2015 at 1:00 AM

@mustapa m said

Tuan Mustapa m said,

Setuju dengan semua yang diperkata kecuali perenggan akhir.

Anwar tidak diaibkan melainkan dia yang mengaibkan dirinya sendiri. Begitu juga dengan bukti tidak "disediakan" oleh orang lain melainkan dirinya sendiri iaitu pada kedalaman 4cm....

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 18, 2015 at 1:22 AM

Sekarang ini semua masalah berkaitan syarikat sarat hutang yang menyusahkan rakyat tidak dapat diselesaikan disebabkan oleh Peguam Negara.

Siasatlah dan kumpullah sebanyak mana pun bukti tetapi jika Peguam Negara kata tiada kes masalah ini tak akan selesai.

Peguam Negara mungkin tak kisah mengenai KWAP kerana dia punya banyak wang untuk menyara keluarganya. Dia juga tentu tak kisah mengenai ekonomi negara kita sekarang kerana baginya yang penting dia hidup senang.

Apa bentuk jawatankuasa sama ada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau suruhanjaya berkaitan jika ianya ditubuhkan oleh PM maka tak perlu kita harap apa-apa akan berlaku.

Kita menunggu sekiranya ada wakil rakyat kita yang benar-benar berani untuk mengusulkan undi tidak percaya. Kita juga tahu speaker mungkin "flip-flop" tapi tak tahulah kalau kali ini beliau boleh jadi "pendekar".

Terima kasih Dato' Paduka Khairuddin kerana membuat laporan polis di serata tempat. Jika tidak tentu tak ada siasatan berjalan langsung. Pelik saya dengan PDRM yang tak tahu malu dengan negara-negara yang menerima laporan yang terus melakukan siasatan tetapi PDRM memilih untuk menahan pemberi maklumat.

Najib menyebabkan imej negara jatuh. Memalukan. Malaysia yang dulunya dihormati sebagai sebuah negara Islam yang progresif kini dilihat sebagai sebuah negara yang korup. Ini semua kerana seorang PM yang terlalu banyak skandal.

Najib mesti diundurkan.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 5:04 AM

AG nantinya bersara dalam keadaan mencipta sejarah yang sangat mengaibkan dirinya malah seluruh keluarganya akan turut sama akan terasa aib diatas sikapnya yang menyalah guna kuasa, sudah terang lagi bersuluh gabenor bank negara telah menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang kakitangan kerajaan & mengikut lunas2 undang2 di bawah perlembagaan persekutuan, syabas gabenor bank negara keberanian anda untuk menegakkan kebenaran amat dipandang tinggi malah anda lebih berani dari kaum lelaki bergelar AG.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 6:49 AM

To all pro najib bloggers in the likes of The Unspinners, Rocky Bru, Dr MiM, The Flying Kick, MYKMU, Tun Faisal dan banyak lagi,

1. Dalam kes liwat Anwar Ibrahim vs Saiful, saya suka menyokong dan mengikuti blog2 mereka ini kerana hampir kesemua tulisan mereka bersandarkan fakta yang telah diperjelaskan not only in the print and online portals but also in the court.

2. Dalam kes najib dan 1MDB serta RM2.6 bil "wang derma", mereka yang sebut di atas bersikap berat sebelah atas dakwaan salahlaku najib dan his accessories. Langsung their opinions become worthless.

3. On the other hand other bloggers like DT, JMD, PM, AKJ, ZAM, CG dan lain2 who also wrote on anwar's case seemed to be very objective in their blogs in the case of najib. At times thier blogs would prominently promote TDM's pressure for najib to step down. Of course, as a reader, I would have my opinion but normally it would be difficult for me to dispute their arguments simply because of their rational thinking.

3. Setelah pendedahan demi pendedahan minit mesyuarat oleh Sarawak Report kononnya dulu "dicop" oleh pro najib bloggers as "false, manipulated, doctored, tampered" or what have you, it seems now that they have begun to remain quiet and forget about these. With TDM declaring that he would not lodge a police report, these bloggers attacked him that he has lied because he has no proof or evidences.

4. These bloggers are having problem of understanding concept of reverse psychology strategy. Who has confirmed recently the leaked document on MOM of 1MDB Board?......A R U L. He is yet to confirm the second MOM... Look friends, TDM does not have to prove all allegations document wise, SR has provided it all........ sebab itu SR kena block. Now with the EDGE won their case, i expect more sparks followed.

Kepada blogger2 yang telah dibangsatkan dan maruah tergadai, masih ada masa untuk anda semua untuk balik ke pangkal jalan. Ingat nyawa umno sekarang adala nyawa2 ikan.....thats realilty and not fantasy. You lose pru14, all malays lose all. I prefer to lose najib rather than losing my race, religion and the country to the dogs.

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 9:47 AM

Setuju dgn pak kadok.
Akal yg waras dpt menimbangkan yg mana betul yg mana salah.

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2015 at 2:32 PM

Ahaii

Soalan yg baik bro.

Pendapat aku, AG akan tolak semua kes yg berkaitan dgn 1MDB kerana ia dah terkait dgn 2.6b.

2.6b pula dah terang2 dikatakan utk membantu Umno.

Apandi, AG tahu, jika ia berjaya dibuat kes, pihak pendakwa mesti minta dia digugurkan atau undur diri dari kes tersebut.

Apandi mmg punya latarbelakang kuat dan berkepentingan dlm Umno.

Kes ini jika berjaya ke mahkamah akan menyebabkan kedudukan AG terumbang ambing.

Paling menyeramkan Apandi, dia sekali lagi akan ditendang keluar seperti mana kesnya dlm perbicaraan Anwar dahulu.

Post a Comment