........... Kenyataan TERBAIK dari Umno Semporna dan Rafidah Aziz ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenyataan TERBAIK dari Umno Semporna dan Rafidah Aziz !

Saturday, October 31, 201520comments


Kenyataan dari Umno Semporna pimpinan Shafie Apdal ini memang kena copypaste di sini ! Sebenarnya tak banyak beza dengan apa yang kita duk sebut selama ini tapi bila pemimpin yang sebut, selalu impaknya lebih terasa.

Mkini telah gariskan kenyataan itu berdasarkan point2 penting -

1 - Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?

2 - Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding Umno?

3 - Adakah 1MDB ini milik Umno?

4 - Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?

5 - Adakah melalui penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?

6 - Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong Umno sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?

7 - Kuat sangatkah Umno pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?

8 - Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selarin dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?

9 - Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyatakan kebimbangan terhadap parti? 

Seharusnya membuka matahati ahli2 Umno untuk merenung kembali segala tindak tanduk kepimpinan Umno yang dilihat seperti sudah lari dari perjuangan asal dari mempertahankan agama, bangsa dan negara kepada mempertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low.

Sungguh memalukan !

Kepimpinan Umno seperti sudah hilang akal .... atau sudah kena mandrem. Sudah tidak peduli apa kata rakyat, pandangan rakyat sudah tidak lagi menjadi perkiraan. Yang penting, Najib , 1MDB dan Jho Low kena dipertahankan apa jua kosnya.

Bayangkan satu hari nanti, bagaimana pelajar2 Universiti di seluruh dunia akan mempelajari kes 1MDB yang dijadikan satu case study bagaimana satu penipuan terbesar dalam sejarah dunia ala money laundering telah berjaya dilaksanakan ! 

Begitu juga semua badan2 penguatkuasa seluruh dunia turut mengkaji case study 1MDB dan mempelajari langkah2 pengawalan supaya kes sama tidak berulang lagi ..... Glamer Malaysia !

Tidak ketinggalan nama Najib sebagai penerima Derma individu terbesar dalam sejarah peradaban manusia !

Tapi hairan juga ya, kenapa alasan derma itu diberikan kepada rakyat tapi tidak kepada wakil2 persidangan anti rasuah dunia yang bersidang di sini dulu ? Apakah alasan itu hanya layak untuk rakyat Malaysia saja ? Entahlah .... Bodoh agaknya rakyat Malaysia ni pada pandangan Najib !

                                       ******************



Satu lagi komen terbaik adalah dari Tan Sri Rafidah Aziz melalui FB beliau -

Saya copy komentar dari Mkini -

- "Perkara menjadi sangat peribadi... sehingga semuanya kelihatan seperti ada dendam peribadi. Tumpuan difokus kepada individu berhubung pelbagai sebab dan bukan kepada parti serta kepentingan ahli.

- "Kata-kata yang menyakitkan hati dilempar, serangan peribadi menjadi norma. Paling teruk, tiada tolak ansur langsung kepada sebarang suara yang ingkar atau berbeza pandangan,"

- Rafidah memberi amaran bahawa akan menjadi "kesilapan besar atau persendaan" jika pemimpin hanya mendengar suara penyokong mereka sahaja. "Tidak ramai penyokong yang mahu menghulur tengkuk untuk menyatakan sesuatu yang berbeza. Dan dalam politik, adalah lumrah untuk tidak mempersoalkan atau untuk menunjukkan perbezaan pendapat, "

 - Rafidah berkata isu yang dihadapi oleh parti dan negara bukan isu peribadi pemimpin, justeru, elemen peribadi mesti diketepikan.
 


RafidahAziz FB
Rafidah juga menegaskan - JANGAN LARI dari masalah sebenar. Hadapi dan selesaikannya. Rakyat akan berasa yakin dan lega jika nampak agensi2 kerajaan berfungsi dengan bebas dan penuh integriti, tidak diganggu gugat oleh sebarang campurtangan.

Nak buat macamana, bukan saja parti Umno, tapi kerajaan juga telah diheret sama macam kena mandrem - apa yang penting adalah Najib, 1MDB dan Jho Low !

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 7:00 PM

Dato Sri Najib adalah pemimpin Umno yg paling berjaya dan bergaya di dlm sejarah Umno.Umno adalah parti keramat org melayu Kami ada 4 juta ahli yg setia Jgn sentuh presiden dan pemimpin2 kami.Kecuali yg dah diturunkan atau dibuang.Dgn isu 1mdb Umno dan Bn akan sapu bersih semua kerusi di dlm Pru 14.Presiden kami adalah pemimpin yg terhebat di masa kini.Hidup Umno.Yg dah pencen elok duduk rumah jaga cucu.Ingat jgn main api yg membara karana jika ia marak bahaya sudahnya.Keris Umno akan mencari mangsanya kelak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 7:28 PM

- apa yang penting adalah Najib, 1MDB Dan Jho Low........
dan kuncu-kuncu yang sanggup terjun laut menpertahankan Najib....

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 31, 2015 at 7:51 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Selain kajian antarabangsa di universiti2 mengenai kegiatan 1MDB sebagai syarikat kerajaan Malaysia yg beroperasi 'ala money laundering', para pengamal ILMU HITAM juga akan merujuk kes pemimpin dan rakyat negara Malaysia yg lumpuh 'otak mereka' kerana MANDRUM.

Tukang mandrum yg terlibat dgn isu di Malaysia ini mungkin akan menjadi 'Tok Moh' yg paling laris didunia dan diiktiraf sebagai yg terbaik dikalangan 'pakar mandrum'.

Sama-sama kita nantikan apa kesudahannya kisah 'mandrum' yg disoksekkan rakyat umum sejak sekian lama itu. Ianya bukan baru.... dah lama dahhhhhhh!
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 7:53 PM

Mereka yang tahu awal akan penyelewengan 1MDB ialah Juru Audit KPMG dan ERNST AND YOUNG. Sebab itu mereka tidak mahu menandatangani neraca timbangan kira2 kerana 1MDB enggan bekerjasama penuh.

Kemudian Deloitte menjadi Pak Sanggup untuk menandatangani laporan timbangan kira kira yang masih lagi dipersoal dan disiasat oleh Pasukan KetuaJuru Audit Negara.

Rakyat mengharapkan Tan Sri Ambrin Buang akan mempunya kekuatan untuk memberikan lapuran sebenar.

"Good Governance" atau tadbir urus Negara Malaysia sedang diperhatikan dunia dan di perlekeh oleh Masyarakat Antara Bangsa.

Tidak malukah UMNO dan seluruh ahli ahlinya dengan masyarakat dunia. Dulu ditahun 70an nama Malaysia tercalar dengan skandal Bank Bumiputra dengan Carrian Group yang diketuai oleh anak Penang George Tan dengan lesapnya wang lebih kurang 1 billion ringgit. Allahyarham Jalil Ibrahim auditor dalaman Bank Bumiputra matidi di bunuh diladang pisang di Hongkong. Dan kini satu lagi episod kewangan yang memalukan negara.

Seluruh kepimpinan UMNO di pusat dan bahagian beria2 mempertahankan satu orang yang memulakan episod 1MDB saga yang memalukan seluruh rakyat Malaysia amnya dan BANGSA MELAYU khususnya.

Cukup2lah SETIA USAHA AGONG UMNO mengampu pemimpin untuk kelangsungan hayat yang semakin nazak. Jangan jadikan dendam peribadi sebagai pembakar nafsu amarah yang akan menghancurkan Bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

Saya mengharapkan Tan Sri Ambrin Buang, Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Zeti Akhtar Ungku Aziz dan yang mempunyai maklumat sahih mengenai 1MDB akan berani mengatakan yang haq.

Ya Allah Engkau menangkan lah yang haq dan Engkau kalahkanlah yang bathil.

Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
October 31, 2015 at 8:10 PM

Keris UMNO cari puki mak kau la Anon 7pm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 8:19 PM

Cukup2 lah saudara. Jangan lah memberikan komentar lawak bodoh. Malaysia dalam kedukaan dan anda memberikan komen sebegini.

Adakah anda MENYINDIR atau MENGAMPU?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 8:26 PM

@Anonymous

Anonymus 7.00pm

Mr Bean sedang perati je ..
Dia sedang cari ilham ..
Bagaimana nak buat lawak supaya 1 dunia ketawa ..
Mungkin tulisan saudara dah cukup lawak buat Mr Bean ..hahahahahahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 9:08 PM

menyatakan 1mdb syarikat yang banyak berhutang bermakna menyerang kerajaan kerana 1mdb ditubuhkan oleh kerajaan. komen terhadap salah tadbir dan urus 1mdb sehingga kerugian dan keberhutangan bermakna serang perdana menteri. ini kerana perdana menteri adalah orang yang memegang tampuk kuasa ke atas bod 1mdb sebagai menteri kewangan. pertikai pinjaman hutang berkait dengan kebolehan menteri kewangan dan juga pm. so, bila sebut 1mdb tu , serupa pm la. jadi jika meletak 1mdb di atas macam letak pm dan presiden umno di atas la. mendahului 1mdb bermakna meletakkan pm di hadapan. serang 1mdb bermakna pm kena serang , itu juga bermakna kerajaan akan dijatuhkan, maka kena pertahan. itu agaknya dibrainwashkan kepada ahli umno.

....................
Reply To This Comment ...................
October 31, 2015 at 10:04 PM

Anon 7:00

Mengapa undi majoriti utk BN begitu merudum dlm PRU13 dan PRKecil2?

Siapa General Perang BN dlm PRU13?

Silakan. Gelanggang sedia terbuka.


....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 31, 2015 at 10:33 PM

Elok Najib buang semua yang persoal mengenai wang 2.6bil & 1MDB. Tinggal saki-baki yang dungu saja yang berjawatan dalam UMNO supaya senang untuk kalah PRU akan datang ni.

Elok juga Najib duduk lama2 pegang jawatan supaya merasa jadi pembangkang.

Pemimpin2 yang kita harap untuk melakukan sesuatu yang baik untuk kita tidak berani berbuat apa2. Mungkin elok saja mereka ini hilang deposit pilihanraya nanti.

Sampai satu tahap sudah meluat nak berkata apa-apa. Penat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2015 at 1:26 AM

Penubuhan wan emdibi pun dah tak betul dah sebab kita sudah ada khazanah nasional yg PM juga sebagai pengerusinya, buatpa pi tubuh syarikat wan emdibi tadak sebab lain melainkan hanya satu sebab saja mau ciluk.

Duk mati matian pertahankan najib dgn syarikat wan emdibinya, umno diserang hancur takpa lagi asal jangan di serang najib dgn wan emdibinya, kalau tak percaya serang lah umno 24 jam tak henti2 ok aja tiada actian sekasar bertikam lidah adalah tapi kalau serang najib & wan emdibinya ada lah yg akan kena paling koman pun sosma itu fakta bukan dongeng.

Kat situ pun sudah nampak kebahalolan tahap maksima pemimpin2 & pyokong yg mati matian membela najib.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2015 at 7:50 AM

komen beliau patut dibaca dengan nada sarkastik,bukannya serius...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2015 at 9:03 AM

@Anonymous Inilah salah satu contoh manusia yang telah dibangang dan dibangsatkan oleh Najib. Ada otak yang tidak boleh memikir dengan sempurna...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2015 at 11:05 AM

Begitu agung & mulianya 1mdb ni,
Begitu agung & mulianya Jho Low,
Begitu agung & mulianya konco2 1mdb ni,,
Apa jasa,bakti & sumbangan mrk kpd agama bangsa & negara????
....sehingga sanggup d pertahankan sebegini rupa.
Tersangat hinanya puak2 ni yg sanggup bersekongkol..
Najib and the gang...x bermaruah

....................
Reply To This Comment ...................
Mat Duit
November 1, 2015 at 1:35 PM

Hanya mereka yg terhutang budi kpd pemimpin berkata begitu. Semua nya dah gelap. melayu dihina kerana yang memimpin dah nampak tidak bersih .... lebih lebih lagi dengan adanya penyokong ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2015 at 1:56 PM

Komen secara berhemah bro. Apa untungnya mencarut di sini. Pro & kontra tiada masalah, yg masalah ialah tak pandai kawal emosi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2015 at 3:15 PM

DULU ada seorg Dato yg tinggal di Kajang yg asalnya hanya seorg peon di BBMB dan mula brjinak2 brniaga dan akhirnya brjaya menguasai kbykn projek bhn Sisa pepejal-bahasa mudahnya tender angkut sampah di seluruh MDHL. Dgn memiliki hampir 70 buah co class F memonopoli hampir semua tender di MDKL. APA kaitannya pulak dgn cik wan emdiebee ni. Adaaa. Dialah pembekal mendrum utk chairman cik wan tu...
Klu tak ke tanah jawa, wak jawa yg dr tanah jawa tu akan menaiki kapal sponsored penuh ole dato pembekal mandrum yg tuan2 hebohkan tu. Semua yg dimandrumkan smenjak si chairman cik wan di jwtn mentri kmentah lg smpilah skrg dia yg atur wlupun kuasa yg mengaturnya dn menentukannya ALLAH SWT. Klihatan mcm rekaan..tp inilah yg berlaku. Jika mana2 menteri atau bkan mnteri brkenaan tel je, dato kajang ni la yg menjadi anchor utk masukkan DLM envelop bsar utk si drebar dispatch pelbagai kandungan di dlmnya kp yg mminta. Samada "tengkolok besar" a tau brgn lain.lebih2 lg bila waktu hmpir pru. Tak prcaya tak mgapa..bkan aku paksa korang percaya pun. Org Sg Merab Luar Kajang knal sapa dato ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 1, 2015 at 7:48 PM

Agaknya kalau ditanya pada rakyat jelata atau pada pelajar sekalipun berapa peratus agaknya yg menjadikan DSN sbgai pemimpin idolanya.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2015 at 3:18 PM

Din,
Boleh terlepas pulak carutan melampau kt sini. Mintak tapis lebih sikit din, jangan sebabkan dua tiga orang yg terlepas ni, jatuh grade blog yg kami sayangi ni. Kita bukan macai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2015 at 6:56 AM

Kalau hati dh jadi hitam yg buruk pun disangka baik disebabkan mungkin terhutang budi atau dh banyak termakan hasil jolokan yg mengenyangkan sebab tu Najib buat pi apa pun tetap baik pada pandangan dia.....

Post a Comment