........... Kenyataan Media Tun Mahathir Dan Barisan Pejuang Kebenaran Terhadap Penahanan Khairuddin dan Matthias DI Bawah SOSMA | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenyataan Media Tun Mahathir Dan Barisan Pejuang Kebenaran Terhadap Penahanan Khairuddin dan Matthias DI Bawah SOSMA

Monday, October 12, 201528comments




KENYATAAN MEDIA Tun Mahathir BERSAMA Barisan Pejuang Kebenaran

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)​untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)​untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) ​yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

atau

(4)​untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.


YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd
YABhg Tun Ling Liong Sik
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat
YBhg Tan Sri Sanusi Junid






Dari Mkini -


Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura.

Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.

Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Perbicaraan bawah akta ini harus dibuat di Mahkamah Tinggi.


PS - Komen DT - GILA BABI punya pertuduhan !  

"attempting to sabotage the Malaysian economy and the country's financial and banking system"

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 12:59 PM

Kalau dah susah sangat tak boleh buat apa2 sebab semua pentingkan pangkat dan kedudukan....jatuhkan aje bom atom mcm di jepun. Barulah semua sedar diri...sekelip mata semua hilang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 1:01 PM

Sekarang melapor jenayah kepada pihak berkuasa adalah satu jenayah.. MAMPUS orang Malaysia. TERBUKA KEPALA HOTAK NAJIB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 1:19 PM

Finally the big shots are doing something for Datuk Khairuddin and Matthias Chang. These two memang mangsa aniaya paling besar dibuat dek Najib. Takde DAP nak buat candlelight virgil for those two? No Bersih demo to demand their release?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 12, 2015 at 1:23 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din! Terima kasih dgn paparan ini.

Saya harap akan ada ramai lagi pemimpin-pemimpin Melayu UMNO yg tampil memberi sokongan kpd gerakan terbaru Tun M ini. Itupun kalaulah mereka tak terikat dgn sogokan wang yg diberi PM Najib. Kalau dah terikat dgn Najib kerana duit, apa nak buat. Ikut sajalah si Najib dan konconya atau kalau tak dapat banyak, cukup sekadar mendiamkan diri. Buat donoooooooo... jer!

Selain itu saya juga harap lepas ini akan ada sokongan dari bekas MB Terengganu - Mohd Said, yg pernah berjanji akan dedahkan lebih lanjut mengenai penubuhan awal 1MDB yg bermula sebagai anak syarikat kerajaan Terengganu itu.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 1:25 PM

Bro..
Apa punya rapuh la sistem kewangan dan perbankan kita hanya dengan sorang dua manusia yg bukan trilionair pun...

Agak-agak nak buktikan ada kesan sabotaj ekonomi tu boleh ke..? Apa dah jadi kat negara ni...? walhal kita ada pahlawan boggies yang jaga. Dialah perdana menteri + menteri kewangan + pengerusi penasihat 1mdb + pengerusi khazanah + bla bla...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 1:52 PM

Najib dari liabiliti negara telah bertukar menjadi musuh kpd rakyat. Bercakap tak serupa bikin. Lain di cadang lain di praktik kan. Jika beliau buleh buat tak tak tau dgn rungutan rakyat selayaknya nya event2 beliau pula dipulaukan saja....namun masih ada segelintir yg masih buta dan mengganggap najib pemimpin yg bagus. BAGUS KEPALA HOTAK DIA NAJIB NI.

NAJIB WAJIB DI BERSARAKAN DAN DI HUKUM KERANA MENIPU RAKYAT.

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2015 at 2:05 PM

Itu yg mengherankan saya, kenapa mereka hadir d event2 tersebut. Sepatutnya kita pulaukan dan beri alasan atas sebab sebab keselamatan Negara, itu sebab kami tak dtg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 2:14 PM

Salam.

Teringat saya cerita koboi 1960 The Magnificent 7 di bintangi oleh steve mcqueen, yul bryner, james coburn, charles bronson, elli wallach, robert vaughn and brax dexter.

Jalan cerita lebih kurang sama, iaitu kezaliman, rompak harta awam dsbnya. ITS PURELY COINCIDENTAL

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 2:28 PM

Malaysia sudah di perintah oleh Rejim Najib berkuku besi yang sangat berkuasa kini sudah hilang nilai murni rejim ini sudah mula melakukan pencabulan keatas hak demokrasi yang bertentangan sama sekali dengan Keluhuran undang2 dalam Perlembagaan Negara, rejim ni tak ubah macam komunis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 2:41 PM

Macam mana tejim Najib dikira SANGAT berkuasa pula? Mereka penindas yg amat sedikit jumlahnya berbanding dgn yg kena tindas yg SANGAT banyak (termasuk sedara mara penindas)!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 2:54 PM

soalan pertama yg patut Pendakwaraya tanya diri mereka sendiri ialah adakah 1MDB layak utk dikategorikan sebagai the Malaysian economy and the country's financial and banking system...

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2015 at 3:07 PM

xda video ke

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 5:08 PM

Semuga Allah memberkati usaha murni ini insyallah......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 5:24 PM

Tan Sri Ong Tee Keat seorang pemimpin Cina yang sangat berkeliber, Parti MCA berjaya dibawah pimpinan beliau







....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 5:33 PM

Menzahirkan penolakkan secara aman....jadi kita pulaukan najib dan acara2 rasmi beliau. Jika ikut rungutan rakyat taklah mustahil buleh di lakukan,tapi mahu kah org kita melayu buat begitu sbb melayu ni mudah lupa. Hentikan rungutan laksanakan secara tenang dan berani atas sifat kita....BOLEH?

#waristunkuhitam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 5:58 PM

Jadi Khairuddin dan Mathias dah dituduh sebagai economic and financial terrorists. Bangang punya pertuduhan. Inilah standard AG baru kita Apandi Ali. Hampas. Yang jelas kes nya seperti dilapur oleh Bank Negara tak ada kes katanya. Yang tiada kes kerana hanya buat laporan, ada kes. Dunia akhir zaman.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 12, 2015 at 6:28 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Tentu tak boleh jawab sebab 1MDB adalah sumber 'cash is king'. Sumber membeli sokongan untuk Maharaja Najib.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 7:01 PM

Ya Allah.. Selamatkan Malaysia dari kezaliman kerajaan najib ini. Ya Allah.. berikanlah kelapangan kepada mangsa2 dan keluarga2 mereka didalam menghadapi penganiayaan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2015 at 8:54 PM

Sebenarnya siapa musuh negara? we are confuse rakyatsss already atau ramainya musuh2 yg sengeh2 macam kerang busuk dan tikam2 dari belakang. Bersih yg tak bersih...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 12, 2015 at 10:29 PM

1) Alhamdulillah Muhyiddin sudah berani keluar dari zon selamat! :) Bagi orang UMNO, anda semua dah ada seseorang untuk berpaut.

2) Sebenarnya semua salahguna kuasa ini boleh dihentikan jika Ketua Polis Di"RAJA" Malaysia berani kerana benar.

3) Apabila berlaku percanggahan kuasa, bukankah titah-titah "RAJA-RAJA MELAYU" yang membela rakyat sepatutnya didengar oleh Polis DiRAJA Malaysia ?

4) Apakah PDRM sebenarnya membawa maksud Polis DiNAJIB Malaysia ?

5) Begitu juga Peguam Negara yang perlantikannya diperkenan YDP Agung. Apa sudah jadi ?

6) Satu perkara yang AMAT penting pada semua kakitangan kerajaan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka dengan AMANAH.

7) ....dan jangan lupa masa depan anda semua sudah tidak "secerah" yang disangka apabila KWAP telah di"ganggu"......fikir-fikirkanlah...

8) Akhir sekali, saya harap Khairuddin & Matthias akan dibebaskan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 12:29 AM

Kalau itulah pertuduhan yg akhirnya dikenakan kpd DS Khairuddin dan Mathias Chang (asalnya : kerana mengancam demokrasi berparlimen kan?), maknanya lepas ni Zeti jg pasti akan diheret ke mahkamah atas tuduhan yg sama.

Semalam, saya perasan kebanyakan blogger pro najib sudah tidak menulis ttg 1mdb atau isu2 yg berkaitan dengannya. Hanya 3-4 blogs aje yg masih gigih mendokong PM dan tumpuan mereka ialah memburuk-burukkan Zeti dgn pelbagai tuduhan.

Saya nak tgok berani tak Najib and the Geng rekayasa pertuduhan ke atas Zeti (antara banker yg paling dihormati di dunia). Klau dulu mereka boleh tipu Agong ttg status kesihatan Gani Patail hingga Agong bersetuju melantik AG baharu, sedangkan sekarang semua orang ( termasuk Agong ) nampak dgn jelas yg Gani Patail boleh berjalan cergas ke hulu ke hilir), sekarang takkan mereka nak tipu Agong dgn cakap Zeti sakit kan? Pasti mereka terpaksa guna SOSMA jg.

Tapi beranikah mereka?
Zeti seorang wanita yg bijak. Seorang wanita yg dapat bertahan begitu lama menerajui satu kerusi yg dikelilingi oleh lelaki pastinya adalah seorang wanita yg tahu how to play the men's game of power.

Stay strong Zeti! We Malaysian women are with you!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 1:02 AM

Allah hu Akhbar.....!

I never thought I will see the day when Tun Mahathir would be sitting side by side with Tg Razaleigh, fighting for the same cause..... Subhanallah.....

Sekarang saya nak tengok current sitting cabinet members pulak yang come out and resign.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 1:03 AM

Finally...hukum karma masih dlm proses...najib n rosmah masih belum dlm aman...tetapi apa yg TUN M..kata mmg betul...yg lapor ditangkap...yg buat salah masih bebas...dulu pembangkang buat laporan dtangkap...kini yg tentang najib pula terima giliran....stakat ini...pembangkang dg masalah mrk...umno bn dgn masalah najib...

huhhhhh...TOL NAIK LAGI BRO DIN...Nak bayar hutang gst n 1mangkuk db kot ni...

ssshhhh...SODMA@ROSMA ADA...nnt kena tangkap...x boleh kritik....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 1:52 AM

Sayang..Umno rosak dek kerana pemimpin yg tamak haloba dan pentingkan diri sendiri.Derma untk parti konon.Org dlm parti pun x tau!!.Syg anda Dsn pada mulanya seorg yg ok tp rosak kerana org yg disebelah kamu dan punasihat2 yg nak buat duit shj.Negara dan bangsa letak no 2.Sayang kamu gunakan Dato Zahid jd pak sanggup,kenal putera arab lah bla2.. Untk Dato Zahid jgn jd kuli yg asyik menguli tepung smbil menarik helaian rambut.Kita tgk apa jd pada Umno slps ini.Pada dato salleh Keruak...Sudah2 lah mengampu,kamu bkn pandai pun,tp bodoh x kena tempat.Anjing menyalak jika nmpak pencuri atau hantu,tapi kamu menyalak kerana duit dan pangkat kamu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 3:30 AM

Melayu kita ni hypocrite,bermuka-muka,bukan diri sendiri bila ada orang,bukan ikhlas,jujur. Pergi atas dasar orang ajak,atas dasar tunjuk hormat orang yg ajak atas dasar keje atas dasar dia pernah tlg anak dia. Tu je. Ramai melayu kita tak de prinsip. Nak buat cmne. Acara yg najib anjur smua mkn free,seronok berlagu lagu untuk seronok seronok. Melayu tak kuat prinsip moral.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2015 at 11:04 AM

Memang penangan Otai-otai masih berbisa. Nampak gaya Najib makan tak lalu, tidur tak lena & mandi tak basah le.......!!!!! Kail hanya sejengkal, Ilmu tak seberapa, Najib dah melawan orang tua & Zahid Komidi pulak, nak tunjuk hero pada Majlis DYMM Raja-raja pula. Siapa pariah...siapa bangsat.....?????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 3:52 PM

Saya nak Tanya kemana perginya Pemuda UMNO, x dengar apa2 berita drp mereka, jadi pak turut saja ke, x kan x ada apa2 nak di katakana, klau nak jadi pak turut saja dan bersukan saja x payah susuh2 nak masuk politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 1:29 PM

SEBAB KUKUH NAJIB RAZAK TAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

1) timbalan pm tak sokong 1mdb dipecat
2) ketua siasatan cawangan khas pdrm dipecat
3) ketua siasatan khas SPRM diarah pindah ke JPM
4) timbalan ketua bahagian umno yg buat Laporan polis mengenai 1mdb dipecat, diarah disiasat, diserbu, didakwa muflis, Dan dituduh mgubah wang haram
5)menafikan ada menerima Dana 2.6 billion, bila didedahkan SPRM, Tiba2 pusing cerita bahawa wang tersebut adalah DERMA
6) Kerajaan rugi berbilion ringgit selepas penjualan tanah TRX dengan harga murah dari pasaran kepada 1mdb Dan 1mdb cuba jual perpuluh Kali ganda harga tanah tersebut kepada tabung haji.
7) ketua hakim negara dipecat
8) gabenor bank negara diarah disiasat salah laku pembocoran maklumat akaun pm..
9) dakwaan berjuta ringgit masuk ke Akaun isteri pm gagal dijawap
10) menteri luar bandar Dan wilayah yg tidak sokong 1mdb dipecat
11) kes pembunuhan altantuya masih berteka-teki
12) pm berjanji mahu saman wsj, sampai hari ini masih belum saman..
13) pendedahan terbaru dokumentari al-jazeera pembunuhan altantuya memalukan malaysia di seluruh dunia
14) bekas perdana menteri Tun Dr mahathir tidak sokong pm dituduh dalang cuba jatuhkan kerajaan
15) sehari sebelum program nothing to hide , pm mengaku keturunan Dan berdarah PAHLAWAN BUGIS , bila Tun M didakwa hadir sama, beliau gagal muncul dlam program tersebut atas alasan keselamatan
16) bekas MB terengganu mengaku 1mdb mahu cagarkan telaga minyak Terengganu untuk dapatkan pinjamAn berbilion ringgit tanpa sebab untuk apa kegunaan wang pinjaman tersebut
17) ketua siasatan PAC dilantik menjadi menteri Dan melumpuhkan siasatan yg sedang berlangsung terhadap 1mdb
18) kehilangan wang pelaburan 1mdb berbilion2 ringgit masih belum dijawap
19) nilai ringgit terus menjunam tetapi mengecewakan apabila jawapan yg diterima adalah ekonomi malaysia masih KUKUH
20) dakwaan terbaru Tun M bahawa ketua2 bahagian umno disogok tidak diambil tindakan sebaliknya Tun M pula akan disiasat
21) Pm gagal hadir dalam persidangan anti-rasuah dunia yg sepatutnya beliau memberikan ucaptama sebaliknya tempat beliau diganti dengan menteri JPM , lebih memalukan alasan pm gagal hadir adalah atas faktor keselamatan sedangkan ia diadakan di putrajaya sama tempat dimana terlataknya pejabat beliau...

Rakyat tak bodoh, rakyat bukan seperti dulu yg harapkan berita di tv, sebaliknya maklumat kini dihujung jari, buatlah sesuatu, jangan salahkan rakyat Dan org melayu sekiranya parti keramat yg sedia ada akan musnah pada pilihan Raya akan datang.. Rakyat tak tolak parti, TETAPI parti akan jadi mangsa jika pemimpin lupa sebab Dan siapa yg membuat mereka berada diatas../::|

Post a Comment