........... Kenyataan AG Dalam Kes BNM vs 1MDB - Senangnya Lepas ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenyataan AG Dalam Kes BNM vs 1MDB - Senangnya Lepas ?

Wednesday, October 14, 201530comments

Baru sudah baca kenyataan Peguam Negara yang bersungguh2 mempertahankan tindakan nya untuk menutup siasatan Bank Negara ke atas 1MDB.

Sebenarnya saya nak tunggu jawapan dari Zeti terlebih dahulu sebelum saya komen tapi melihatkan keterujaan Rahman Dahlan yang segera menyerang Zeti sebagai cuai, saya rasa kena komen juga barang sepatah.


TMI


Peguam Negara ( AG ) hanya menumpukan hujah kepada nombor akaun bank, benefisiari dan bagaimana dana itu disalurkan.

Beliau berkata apabila 1MDB meminta Deutsche Bank  membuat kiriman wang ke satu akaun lain, bank itu meminta penjelasan daripada Bank Negara.

Bank pusat itu kemudiannya memberitahu Deutsche Bank yang kiriman wang itu adalah keputusan perniagaan dan ia tidak menyimpang dari tujuan asalnya, kata Apandi.

Bank pusat itu tidak membuat sebarang pertanyaan lanjut pada masa tersebut, katanya.

Bagaimana dengan pengisytiharaan  yang tidak tepat tentang TUJUAN/MAKSUD dana itu ? Pada ketika dana itu mahu dipindahkan, bagaimana Apandi tahu yang ia tidak menyimpang dari tujuan asalnya ?

Samada tujuan asalnya menyimpang atau tidak, akan hanya diketahui setelah dana itu digunakan. Rujuk artikel sebelum ini - KLiK.

Hujah seterusnya akan dibentangkan setelah Zeti memberikan reaksi kepada kenyataan AG di atas.

Tapi selang 2-3 jam selepas Apandi sebut itu, Rahman Dahlan tak sabar2 terus menyerang kredibiliti Zeti selaku Gabenor Bank Negara !

"So it seems 1MDB did comply with Bank Negara's requirements.

"Why did the Bank Negara governor give us the impression that 1MDB broke Bank Negara rules and regulations?" he said in a Twitter post today.

"Bank Negara is a respected institution. Reckless accusations are not helping its integrity which by the way the governor told us must be protected," he added.- Mkini.

Reckless accusations ? Bagilah peluang Zeti kemukakan kenyataan balas terlebih dahulu. Ini tidak, tak menyempat2 terus dipertikaikan kredibilit Zeti.

Terdesak sangatkah nak pertahankan 1MDB ? Laju jer Rahman nak tutup kes ....

Bagaimana jika kes maklumat palsu itu berkenaan perkara lain, bukan seperti yang disebut oleh Apandi ? Atau mungkin Zeti selaku orang yang pakar dalam bidang perbankan punyai hujahnya bagi menjustifikasikan usulnya supaya 1MDB dikenakan tindakan ?

Blogger JMD turut mengulas perkara ini ( KLiK ) dan beliau ada memberi satu analogi yang menarik.

Bayangkan kita sebagai tuan rumah dan ada seorang datang untuk menyewa rumah kita. Kemudian didapati penyewa itu adalah seorang pencuri.

Adakah kerana kita tidak meminta maklumat sepenuhnya dari penyewa itu ( yang boleh menunjukkan penyewa itu bakal mencuri ) maka kita tidak punya kes terhadap pencuri itu ?

Lebih pelik, sekarang pencuri itu pula yang buat repot polis kerana ada orang punya bukti yang menunjukkan dia mencuri !

                                               *************************

Bagaimana dengan komen Saleh Keruak ini -

The minister said the recent issue now being raised by BNM pertained to approvals given between 2009-2011, which they allege was given based on incomplete information at the time.

Salleh argued that even if that was the case, these issues were settled when 1MDB’s new management received the Cabinet’s approval for its rationalisation and debt reduction plans in June this year.

“This means events of 2009-2011 have been overtaken and superseded by the events in June 2015,” Salleh said, questioning the point in bringing it up now, so many years later. - FMT.

Huh ? Sebab kes dengan BNM itu dah lama dan memandangkan pengurusan baru 1MDB dalam proses rasionalisasi, maka tidak perlu diungkit lagi dah. Kes lama kira setel ! ?

Adakah begini cara pemimpin kerajaan kita berfikir atau hanya terhad kepada kes 1MDB saja ?

PS - Apapun, kita tunggu reaksi balas dari Zeti yang saya percaya akan tampil segera dengan hujah balasnya.

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 12:44 AM

At the end of the day no matter what is the argument used by any party, Zeti and the rest of the country (except the company concerned and its associates) want the money which is close to US2 billion to come back to the country! Do those who have that money understand this simple demand? Or, you are still living in the world (separate from the rest in Malaysia of course) where Malaysians are still lembu? May the end come nearer to you as the days passed...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 12:57 AM

Pada saya begini. Katakan saya ada dua (2) akaun dimana kedua duanya dibawah nama saya. Customer saya nak remit duit dlm jumlah yg besar ke akaun saya. Pada awalnya customer saya (1mdb) kata nak masukkan duit tsb ke akaun saya (1atau 2) dan ini telah diluluskan oleh bnm kerana 1mdb bgtahu bnm beneficial owner adalah saya dimana 1mdb berikan no. akaun dan bank akaun saya tsb.Tiba tiba 1mdb meminta banknya (remitting bank) supaya memasukkan duitvtsb ke akaun orang lain ie bukan akaaun saya. Oleh itu remitting bank tadi nenghubungi bnm dan memaklumkan pertukaran penerima (beneficiary owner). Oegawai bnm memaklumkan itu business decision remitting bank. Maka duit tsb di hantar kpd penerima lain.
Sepatutnya sebelum 1mdb membuat pertukaran penerima beneficial owner tadi, 1mdb mesti mendapatkan kembali kelulusan bnm kerana pertukaran maklumat penerima, tujuan duit tsb di hantar. Tetapi 1mdb hanya mengarahkan banknya utk buat penghantaran kpd penerima lain dan ini membuatkan remitting bank menghubungi bnm. Disinilah kesalahan 1mdb kerana tidak memaklumkan terus kpd bnm akan pertukaran penerima. Jadi, memang 1mdb melanggar ECA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 1:00 AM

Borang borang yg disebut AG itu mesti di isi semula oleh 1mdb dan diserahkan kpd bnm utk kelulusan dan rekod transaksi wang asing. Inilah yg tidak dilakukan oleh 1mdb Makanya penghantaranvremittance di buat dgn butiran yg tidak tepat....samada disengajakan oleh 1mdb ataupun tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 1:16 AM

1) Saya tak curi, kata 1mdb. Saya hanya ambil tanpa pengetahuan pemiliknya. Kalau pemilik tak perasan barangnya tiada atau tak pernah bertanya tentang barangnya tu, itu bukan salah saya.

2) Saya curi 6 tahun lalu, kata 1mdb. Baru sekarang nak tanya? Kenapa ungkit lagi. Mengungkit-ungkit ni tak elok.

3) Memang benar dulu saya bagitau yg duit tu saya ambil untuk beri kepada Leha, kata 1mdb, dan Puan Zeti benarkan. Saya buat gitu sbb saya tahu kalu saya bagitau yg saya sebenarnya nak bagi kpd Salmah tentu Pn Zeti tak benarkan. Saya tak tipu Pn Zeti. Saya cuma tak berterus-terang. Takkan itu pun salah???

Ahak....ahak...ahak..... Daddy N!....Daddy N!.... uncle Apandi!.... tolong sayaaa....... Pn Zeti dah marah sayaaaa....... Mommy Rose.........!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 5:18 AM

Pelik..pej peguam negara kata bnm incompetence? Jadi tutup kes?

Apakah pej peguam negara lupa kata2 ajib bahawa bnm terlalu banyak birokrasi dan prosedur yang menyebabkan just units sukar dibawa masuk...sebab tu terpaksa parking kat singapore...

Hmmmmm....very interesting. Xsabar tunggu respon balas dari zetty....

Tapi yg memang pasti....zetty dah kata 1mbodo merupakan salah satu sebab hutang negara meningkat dan RM jatuh......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 6:07 AM

Sdra Din,

Ini kes benar berlaku dalam sebuah syarikat minyak dan gas di malaysia timur dan kawan saya sendiri adalah terlibat secara langsung.

Seorang pekerja jabatan am telah mengisi borang permohonan untuk satu jawatan kosong. Dalam borang tersebut ada soalan berbunyi antara lain, "pernah kah anda disabit kesalahan oleh mahkamah atas mana mana salahlaku?". Jawapan beliau adalah tidak pernah. Dalam borang tersebut juga ada menyatakan jika pemohon didapati memberi maklumat palsu, syarikat berhak untuk menamatkan perkhidmatannya.

Setelah lebih 3 tahun berlalu, kawan saya bertemu seorang pegawai polis yang pernah terlibat menangkap beberapa orang sedang berjudi di sebuah hotel termasuk kakitangan yang berkenaan.

Setelah dipanggil untuk satu inkuiri dalaman, beliau mengaku bersalah kerana tidak menyatakan maklumat yang betul dan atau palsu dan perkhidmatannya ditamatkan.

Nah......kes di atas mudah dan straight forward. Kes 1MDB serupa, borang diisi tidak diisi dengan maklumat yang tidak betul dan atau palsu demi untuk mendapat kelulusan. Tiap2 kelulusan selalunya bersyarat. Pelanggaran syarat boleh membatalkan kelulusan yang diberi terdahulu

Persoalannya....apakah AG condone act of crime? Adakah pesalah jadi betul walaupun tidak menyatakan maklumat yang benar? Mana ada pesalah yang mahu menyatakan yang betul sebab mereka ada niat tersembunyi yang tertentu!

Sah....dari sekarang apandi diganti untuk tujuan "membenarkan 1MDB menipu" dan melepaskan najib untuk merompak negara.

Nenek saya pernah berpesan pada ayah saya agar jangan galak anak2nya jadi peguam dan atau hakim.....mereka akan mungkin terlibat dalam "membenar kemungkaran" dan atau "membunuh kebenaran".......

Walkahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 8:05 AM

Menurut Peguam Negara, Bank Negara Malaysia memberi maklum balas dengan menasihati Deutsche Bank (Malaysia) bahawa ia adalah keputusan perniagaan dan pihak mereka tidak berniat untuk mendapat penjelasan lanjut selagi ia tidak lari dari tujuan asal permohonan.

apa tujuan asal permohonan yg dimaksudkan dlm kenyataan ag ini?

rasanya ini akan diulas bnm nanti...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 8:58 AM

Masalah di Malaysia ni terlalu banyak persepsi, andaian, komen dan pendapat.

Sebab tu kes tak akan selesai....

Benda baik pun kalau disiarkan dalam internet, akan ada org kata macam macam.
Benda tak tak baik pun sama jugak.....

So, kalau ada berjuta org nak bagi pendapat dan andaian, mana nak selesai...

Komen kita pun bergantung kepada yg nak komen tu di pihak yg mana...

Kalau dia di Pihak A, maka dia akan pertahankan pihak A atau sekurang kurangnya akan cuba menyiasat.

Tapi kalau yg komen adalah musuh kepada A, maka apa aje berita yg buruk tentang A akan dipercayai 100% tanpa fikir...

Itulah realiti sekarang....semuanya hipokritttt

Bukannya nak cari kebenaran.....tapi nak menghentam biar pun kebenaran telah dibuktikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 9:04 AM

Tu bkn AG bro...tu AC ,setakat jd juri maharaja lwk blh la..ckp pun kat tv mcm gabra..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 10:33 AM

Demand?!!! Who the h*** you think they are , to demand? Is the demand substantiated by any provision of the law.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 10:39 AM

En Din, off topic nih tp tak tau nak luah kat sapo, terkejut teramat sangat nih!

Pertama kali dalam sejarah hidup saya, agong tak hadir di majlis maal hijrah peringkat kebangsaan!

Yg lg obvious, vvip yg hadir hanyalah pm and the gang minus rahman dahlan dan keruak.

Buat pula kat mana? Kat masjid PDRM bkt aman.

Agong marah ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 10:45 AM

Eh bukan masjid pdrm, sorry, masjid negara.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 10:49 AM

Sudah terang lagi bersuluh AG bersungguh-sungguh mempertahankan 1MDB. Sebab itulah Apandi dilantik sebagai AG dalam sekelip mata bagi memastikan kes 1MDB tidak didakwa. Justice is Dead!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 11:12 AM

wassalam. well said and very clear and understood by all ,I hope. simple and good expression by tru Malaysian. I agree that the money must be brought back at whatever cost. Kalo ado o head to be chopped for this fiasco please do but the money must be brought back-thats final no argument.All Malaysians no matter they are Malays,Chinese or Kadazan, Muruts etc must join hands to ask the gomen to bring back the money.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 11:30 AM

Bro Zack,

Justice shall not be dead for as long as we believe in Allah, the creator.

Yang mati adalah manusia baik yang baik atau pun jahat.

Dalam semangat Maal Hijrah.....saya akan berlaku perkara berikut:

1. "Kekecohan" antara Apandi dan Zeti in terms of professionalism

2. "Perdebatan" provokatif amat tinggi antara pro najib dan anti najib

3. "Pengisytiharaan" dari MACC yang menyebelahi rakyat namun akan "dibunuh" oleh apandi serupa kes BNM

4. Swiss, Hongkong, Singapore, FBI and UK investigators will up the "ante" on najib's involvement in money laundering. Founded rumours by malaysians overseas will be that before end of october, a few shocking revelations will be published. INTERPOL INVOLVED?????

Wallahuaklam



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 11:37 AM

Saya pun sama masa tgk tv pelik pastu sy fikir sy kot yg mudah lupa. Kalau sebelum ni cam kt tmpt dewan.. agong ada...hmmm

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 11:38 AM

Majlis Raja2 minta Kerajaan percepatkn isu 1MDB. Justru Peguam Negara ambil keputusan utk tutup kes nya dgn segera.

Cepat la tu...hehehe

Yg bikin masaalah hanya 3-4 manusia saya. Yg menderita dan trus menanggung beban ialah 30 juta Rakyat.

This is Najib' s style of governance.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 11:52 AM

so anon 8:58am

camne nak elak persepsi, komen negatif, pendapat yang selari dan andaian yang logik? cuba cakap...MACAM MANA?

MESTILAH dengan berkata benar dan jujur dari awal kan?

sekarang apa jadi? dari awal kata tak kenal Jlo...rupa2nya dah dilantik pun jadi advisor.

awal2 kata semua ok..akhirnya orang bertanggungjawab dah lari hilangkan diri...OK ke tu?

awal2 kata takde duit masuk akaun peribadi...tapi tup tup memang ada.

awal2 kata SR dan WSJ memfitnah...rupa2nya itu semua dokumen TULEN.

SO..BOLEH AWAK BAGITAU TAU TAK CAMNE NAK ELAKKAN PERSEPSI SEMUA TU KAT ORANG2 1MBODO?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 12:13 PM

AG APANDI ,dia ingat dia pandai jawab laporan dari BANK NEGARA MALAYSIA,INI adalah Jawapan untuk melepas diri dan untuk membetulkan 1MDB.DIA mana tahu macam mana BANK NEGARA BEKERJA.. Untuk pengetahuan semua Banking and Financial Institution Act,Exchange Control Act ,Companies Act dan Act2 lain adalah akta2 yang mesti dipatuhi dan diikuti olih bank2 dan institusi kewangan.Semua pegawai 2 bank dan institusi kewangan telah dilatih untuk mematuhi semua akta2 ini.Contraventions dan kesalahan2 yang dilakukan mesti diambil tindakan olih Bank Negara.Bank Negara tidak akan campurtangan dalam urusan2 bank dengan pelanggan atau urusan bank dengan sesama bank.Bank Negara berpandangan bahawa semua bank2 dan institusi kewangan mematuhi semua provisions didalam akta2 tersebut dan Bank Negara.telah menubuh satu jabatan iaitu Jabatan Pemeriksaan Bank untuk melakukan pemeriksaan dan juga forensic audit keatas bank2 dan institusi kewangan.Tiap2 kesalahan akan diambil tindakan.Dalam kes 1MDB dengan bank2 Bank Negara mungkin tidak tahu bahawa beberapa kesalahan besar telah berlaku kerana urusan ini dilakukan antara bank dengaN 1MDB.melainkan ada surat layang atau "whistle blower"yg memberitahu Bank Negara.barulah Bank Negara menghantar pegawai2nya dari Jabatan Pemeriksaan bank untuk memeriksa rekod2 bank dan melakukan forensic audit.Apabila kesalahan dijumpai baru Bank Negara mengambil tindakan dan meminta Peguam Negara memulakan tindakan undang2.Semua kesalahan sudah pun berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 12:29 PM

Depa ni tak ingat bahawa pada akhirnya kita kan di soal di hadapan Allah SWT. Depa ingat apa depa buat ni semua ok dengan duit yg banyak depa boleh merasuah para malaikat yakni mungkar dan nakir. Takpe biarlah depa leka dengan dunia depa....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 12:37 PM

Bro Din,
Saya nak cadangkan BNM dibubarkan. Letak je di bawah satu jabatan baru kat pejabat AG. Kesianlah kat Abang Pendi nak jawab benda dibawah tangan org lain. Nanti tak la nampak bebenor dia menipu sb asyik jilat menjilat bibir.. Dari segi pembacaan rahsia gerak hati, mmg qalbu dia ckp benda lain tp mulut terpaksa lafaz benda lain..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 12:50 PM

AG telah berkomplot dgn 1mdb di mana AG telah bertindak sebagai peguam yg mewakili 1mdb, perhatikan kenyataan AG:-

Beliau berkata apabila 1MDB meminta Deutsche Bank  membuat kiriman wang ke satu akaun lain, bank itu meminta penjelasan daripada Bank Negara.

Bank pusat itu kemudiannya memberitahu Deutsche Bank yang kiriman wang itu adalah keputusan perniagaan dan ia tidak menyimpang dari tujuan asalnya".

Itu kebiasaan merupakan penerangan dari pihak peguambela dalam perbicaraan tidak sepatutnya menjadi kenyataan AG yg bias & bertindak menkritik sebuah instituasi kewangan negara, jika terdapat sebarang laporan polis sprm kastam @ bnm kepada AG untuk tindakan keatas mana2 individu @ korporat adakah AG akan menemuduga serta menerima pakai alasan pihak yg di tuduh melangkau pihak berwajib yg menjalankan tugas untuk kerajaan & negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 2:48 PM

Pada 11.30 pagi tadi saya ada warwarkan "founded rumours about fbi will be investigating on issues related to 1MDB.

True enough, saya terbaca baru tadi dalam malaymail online that US now investigating role played by Goldman Sach in relation to 1MDB....semakin dekat membawa findings of overseas investigator

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 4:38 PM

Pendangan anda juga separuh benar. Kami komen mengenai kebenaran, Najib et al komen membenarkan perkara yd tidak benar!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 9:35 PM

Actually 1MDB was telling the truth when they applied to BNM. IT BECAME A LIE WHEN 1MDB used the money not in accordance to what they declared. BNM only discover the lie now as most of the lie was committed overseas. So is it wrong to charge 1MDB once the lie is discovered?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 11:07 PM

Bila bekas CEO Sime Darby kena dakwa atas tuduhan pecah amanah, takde pun sesapa orang gomen nak bela dia macam mereka bela 1mdb. Padahal Sime Darby sebuah syarikat gergasi yang telah banyak berjasa kepada Malaysia, dah banyak sumbang pendapatan negara. 1mdb satu sen pun belum sumbang apa-apa lagi (menghabiskan harta negara ada laa.)

Pasti sekarang ni, syarikat2 besar spt Petronas, Gamuda, DRB Hicom duk jeles tengok betapa 1mdb dibelai dengan begitu manja oleh kerajaan. Tak boleh dimarahi, tak boleh dipukul, tak boleh ditegur! Macam ......"anakku Sazali" lah pulak dah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 11:09 PM

So..... maknanya..... kalau saya buat laporan polis tentang penyelewengan dalam syarikat utility seperti Syabas ke.... TNB ke.... Telekom ke.... saya boleh dipenjara selama 15 tahun???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 11:17 PM

So..... maknanya.... kalau saya memiliki barang curi dan ketika kenderaan saya ditahan polis semasa road block, saya beritahu polis bahawa barang2 tu kepunyaan saya, tapi selepas beberapa bulan polis mendapati yang saya ialah pencuri barang2 tersebut. Maka, ketika dibicarakan, saya boleh beritahu yang saya tidak boleh dipersalahkan kerana polis tidak soal banyak semasa memeriksa kenderaan saya.

Betul ke saya boleh buat lagu tu? AG dah set a precedent tu, jadi boleh laa kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 5:38 AM

Sebenarnya kes 1MDB ni sama dengan kes UBAT BATUK BERALKOHOL.
First, syarikat pembekal dah declare yang ubat batuk tu tidak mengandungi alkohol, jadi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun membelilah ubat tersebut.
Tetapi, beberapa lama kemudian, setelah ujikaji rambang dibuat, didapati ubat batuk tersebut mengandungi alkohol dan tidak diisytiharkan pada label ubat tersebut.

Tindakan KKM? Isytihar penarikan semula ubat tersebut dari klinik dan hospital kerajaan.

Dalam hal ini, adakah KKM yang patut dipersalahkan atas penarikan semula ubat tersebut?

Seperti kes 1MDB, adakah patut BNM yang dipersalahkan sedangkan 1MDB yang membuat transaksi palsu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 10:07 AM

kalau kes seorang bangsa cina yang mati semasa siasatan SPRM boleh membuatkan siasatan Diraja ditubuhkan, kenapa kes yang sebegini besar dari itu tidak di wujudkan nya?

Post a Comment