........... Kalau Yang Bertanya Semuanya Tak Kena, SIAPA LAGI Yang Boleh Tanya Isu2 Berkaitan Najib ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalau Yang Bertanya Semuanya Tak Kena, SIAPA LAGI Yang Boleh Tanya Isu2 Berkaitan Najib ?

Monday, October 26, 201528comments

Maksum ?
Apa yang saya perhatikan selepas ucapan Muhyiddin tersebar luas menjadi viral di internet, para penyokong Najib menjadi hiper aktif, menghentam Muhyiddin dengan mengungkit kembali isu2 lama beliau, tujuannya satu saja iaitu bagi menjejaskan imej dan kredibiliti Muhyiddin.

Siapa Muhyiddin nak komen Najib ? Dia pun bukannya betul sangat pun ! Apa citer masa dia jadi Menteri Pendidikan ? Apa citer kontrek Bestari ? Bla bla bla ....

SOP Basi .....

Begitulah juga ketika Tun Mahathir mula mengkritik Najib, sehingga kini isu2 lama Tun masih dimainkan oleh pro Najib. Tujuannya sama juga, iaitu bagi MENGALIH TUMPUAN rakyat daripada apa yang disebut oleh Tun.

Tapi bila kena pada batang hidung sendiri, pandai pula mereka kata, Tumpu pada Mesej yang dibawa bukan pada pembawa mesej !

Ingat tak lagi masa Rahman Dahlan cemulut dengan orang yang pernah menghina Rasulullah hanya kerana orang itu boleh dijadikan peluru menghentam Sarawak Report. Kata Rahman  - 

"Apa yang penting adalah mesej yang cuba disampaikannya"

( Hmmmm .... apa citer si Lester Melanyi ek ? Dah habis keluar semua video2 dia ? )

Kenapa pesanan yang sama tidak diberikan kepada askar2 Najib ?

Isu yang dibawa adalah berkaitan 1MDB dan Derma RM2.6 bilion, itu juga isu yang rakyat mahu dapatkan penjelasan yang tuntas. Kenapa tidak dijawab saja sepertimana yang didakwa atau ditanya oleh Muhyiddin ( dan Tun Mahathir ) itu ?


Sebab akhirnya, rakyat juga yang bakal menanggung sebarang kerugian yang dibuat oleh 1MDB. Jadi rakyat berhak tahu.

Tapi jika setiap mereka yang bertanya atau mempersoalkan isu2 berkaitan 1MDB dan  RM2.6 bilion akan diserang kembali, makanya kita patut tanya kepada pro Najib soalan cepumas ini -

SIAPA yang boleh bertanya tentang isu 1MDB dan RM2.6 bilion ?

Adakah Najib itu maksum, bebas dari melakukan sebarang kesilapan ? 


Taaaaak, Najib itu manusia biasa jer, macam kita juga. 
Jadi, Najib pun adalah buat salah juga, kan ?

Yalah, Najib bukannya maksum
OK, kalau begitu saya nak tanya sikit hal 1MDB atau hal Derma, boleh ?

Woit, lu sapa nak tanya2 ni ?!
Pulaaaak .....

Nampaknya TIDAK ADA SIAPA yang boleh bertanya apapun mengenai 1MDB atau RM2.6 bilion. Kenapa ek ?

Yang siasat pun kena buang kerja atau ditukarkan !

Yang paling konsisten dalam isu ini adalah tuanpunya badan sendiri. Konsistensi beliau adalah - Diam membisu dan jika pentas sudah disediakan, LARIIIIIII..... !

Pernahkah Najib berdepan dengan soalan2 yang perlu dijawab secara spontan  mengenai isu2 1MDB dan RM2.6 bil ? MANA ADA !

Di Parlimen pun hanya sekadar Jawapan Bertulis ..... itu pun boleh main ubah2 kemudian hari.

Setakat ini apa yang rakyat nampak tentang isu 1MDB atau RM2.6 bil adalah - Ada yang tak kena

Ada yang tak kena itu bukannya datang hasil kritikan Tun Mahathir atau Muhyiddin atau siapapun tapi adalah hasil dari cara Najib dan kerajaan/1MDB menjawab atau menangani persoalan yang timbul.

Amat berbeza sekali cara mereka menanganinya kalau nak dibandingkan dengan isu2 lain. 

Tengok kita sendiri cukup dah, kalau sesuatu isu itu kita YAKIN kita dipihak yang benar, pastinya kita akan segera tampil mempertahankan diri. Tapi ..... kalau kita tahu ada yang tak betul atau kita sedar kita bersalah ( tapi tidak mahu mengaku ), cara kita berdepan dengan mereka yang bertanya adalah SEBIJIK macam mana Najib dan askar2nya buat ketika ini !

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 5:56 PM

Maaflah kalau pemahaman saya agak terkeliru. Maklumlah bukan sekolah tinggi.
Kalau satu hari Datuk Tajuddin A Rahman pergi melawat Dato Sri Najib, lalu keluarlah hidangan bak kut teh. Najib pun cakap takpa boleh makan. Agak-agaknya nak makan ke si Tajuddin tu.
Komen ini sebagai menjawab komen Dato Tajuddin tu yg kita mesti menerima apa yang pemimpin telah tetapkan, yg ditujukan pada TSMY.
Pada saya makan bak kut teh tu lebih baik dari makan rasuah.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 26, 2015 at 6:01 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din! Jangan susah hati.... setelah berikhtiar, serahkan segalanya kpd ketentuan Allah swt. yg Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Rakyat kini sangat-sangat faham siapa Najib dan bala tenteranya serta pemimpin yg mempersoalkan kewibawaan Najib sebagai pengawal 1MDB. Rakyat faham dan tahu bahawa PM Najib memangnya bersalah. Rakyat faham pabila Najib tak pernah jawab apa yg ditanya oleh Tun M dan kin TSMY mengenai masalah 1MDB yg jadi musibah kpd bangsa, negara dan agama Islam di Malaysia.
Walaupun Tun M beberapa kali menyebut "Najib curi duit...." secara terbuka, tapi Najib membisu tidak menjawab. Tidak menafi dan tidak juga mengiyakan. Maknanya, kita fikirlah sendiri kewajarannya. Rakyat bukan bodoh, cuma tak mampu melawan pihak yg ada kuasa. Rakyat adalah timun dan Najib adalah durian.

Tapi oleh kerana rakyat kini bagaikan umat Palestin yg tak mampu melawan Israel, maka terpaksalah berpolitik dan berbincang setakat 'warong kopi' saja. Nak buat macam mana? Tangan dan kaki dah diikat. Senjata untuk melawan tak ada yg boleh diguna. Undang-undang dan apa jua akta semunya tunduk kpd kuasa milik PMNajib.

Senjata yg ada hanyalah berdoa dan berserah kpd Allah swt. Bila pertolongan Allah swt akan tiba hanya Dia saja yg tahu. Rakyat Palestin telah berjuang sejak tahun 1948, hakikatnya hingga kini Allah swt masih belum membebaskan mereka dari permasalahan yg dicetuskan Yahudi dan Zionis itu.

Apapun usaha jangan dihentikan. Kesalahan dan penipuan Najib mesti terus didedahkan oleh mereka yg benar-banar tahu dan berani mengenai 1MDB dan mereka yg ada kaitan dengannya. Tak kira sama ada syarikat atau individu durjana.

Kalaulah Najib masih tak mampu diturunkan, maka redha sajalah bahawa UMNO/BN akan terlungkup pada PRU akan datang. Ketika itu barulah mereka sedar akan kesalahan dan nasib mereka.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 6:15 PM

En DT tulisan & pendapat yg sgt baik! Jelas membuktikan pembohongan secara meluas & keruntuhan moral yg kronik! Najib & hampir keseluruhan jemaahnya tidak bermoral!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 6:16 PM

Mungkin najib menunggu soalan Dari langit barangkali....

....................
Reply To This Comment ...................
October 26, 2015 at 6:23 PM

Pembohon bisu. Tak berani buka mulut. Suruh kaki bodek ampu untuk cakap. Bohong untuk tutup bohong. Begitu lama buat silap mata, buat bodoh. Gas berbauh tak dapat dicekup. Bau mengalir. Hari ini mula tangkap orang yang bongkar rahsia. Jika mengikut trajedi pembohongan besar langkah seterusnya ia-lah orang yang tuntut kebenaran akan "hilang". Lepas tu mayat akan dijumpai. Dan lepas itu diktator akan wujud. Bermaharajalela bersenjata. Jika tidak disekat sekarang negara tercinta akan dikuasai diktator.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 6:33 PM

Tergelak baca komen anon 556 dan 601.Bagi contoh bak kut teh? dgn perjuangan Palestin...? Lepas tu kata terlungkup pada PRU akan datang? Istiqamah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 6:37 PM

alangkah senangnya hati kiranya dapat aku membela anjing anjing yang garang yang akan menyalak dan menggigit mereka mereka yang ingin mendekati aku. alangkah terhibur dan lenanya tidurku jika punyai beberapa ekor anjing yang akan meyalak dan menggigit mereka mereka yang menghampiri aku. alangkah gembiranya hati setiap kali aku melihat dan mendengar anjing anjing belaan aku menyerang mereka mereka yang cuba merapati aku. alangkah selamatnya aku bila segala harta benda aku dikawal oleh anjing anjing belaan aku. aku tetap akan menjaga anjing anjing yang aku bela dengan baik dan berikan makanan yang baik juga. semoga segala impian aku dan isteri tersayang tercapai.

....................
Reply To This Comment ...................
October 26, 2015 at 7:27 PM

Saya juga tertarik komen Tajudin Abd Rahman...sejarah tidak berbohong tapi manusia yg hipokrit sentiasa akan berbohong utk menegak benang basah...Sejarah Tajudin Abd Rahman sebelum seperti sekarang lebih teruk lagi selepas beliau xditerima menjadi ahli umno baru oelh Bahagian Pasir Salak melalak mengata dan mencaci UMNO melalui platform Semangat 46...sehingga melibat beberapa individu terpalit dengan tindakan beliau...pepatah mengatakan Kata dulang paku serpih...mengata orang dia lagi lebih...

....................
Reply To This Comment ...................
October 26, 2015 at 9:31 PM

Mungkin Najib belajar dari video ini kut..terrrmasuk ' penderma ' nya

https://www.youtube.com/watch?v=Zw9EhjyU3JU

Setelah saya nonton video ini,apa yg berlaku skrg di negara ini..seakan ada mirip pulak...

....................
Reply To This Comment ...................
October 26, 2015 at 10:59 PM

Salam DT
Segala kepincangan dlm 1mdb dan 2.6 billion akan terhurai tak lama lagi tapi bukan dari dlm negeri kemungkinan dari pihak luar spt Spore, HK, Switzerland dan kemungkinan dari pihak FBI juga dan saya yakin pihak2 luar ini menunggu masa yg sesuai utk mengambil tindakan dimana mereka2 ini juga ada bukti yg kuat dan kukoh dan pada masa itu Najib dah tiada idea utk spin lagi dan sudah tentu para pemimpin dunia yg lain akan mengutuk Najib dan para askarnya dan dlm masa yg sama nilai ringgit dan saham akan jatuh lebih teruk dari hari ini oleh itu kpd yg menyokong Najib haruslah fikir sebaiknya adakah dgn menutop mulut mereka2 yg membuat aduan dpt menjamin kedudokan mereka di masa depan terutama para exco Umno dan menteri yg menyokong Najib kerana harus diingat jika perkara ini terjadi maka akar umbi umno dan ahli2 diperingkat cawangan tidak akan memilih mereka2 yg bersekongkol dgn Najib dgn itu sebelum terlambat utk negara bangsa dan ugama ahli2 umno mesti lah berfikiran terbuka jgn terlalu taksub menyokong pemimpin yg tersesat maka kembali lah ke pangkal jalan dan saya yakin org2 yg selalu menjadi jurucakap najib mereka2 ini pun tak tahu what is going on in 1mdb dan dari mana dan kemana 2.6 billion itu mereka2 ini pun tak tahu hanya sekadar melindungi boss yg mereka anggap maksum dan yg pasti masanya akan tiba segala nya akan terbongkar demi masa dan waktu...kita tunggu ,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 11:17 PM

Aku perhatikan budaya kita di msia ini mmg x sama dgn di negara lain...kenapa ya...mcm thailand...thaksin sampai la x boleh masuk thai lg...pm korea selatan letak jawatan isu rasuah...dll...agaknya sbb kita ni majoriti melayu yg sentiasa patuh dan taat pd pemerintah...berjaya juga indoktrinasi kerajaan selama 57 tahun plus minus...kpd pemikiran org malaysia...majoriti melayu masih sokong najib...cina mca pun sama...india mic pun sama...sabah sarawak lagilah...mmg ikut pemimpin...maknanya ..zaman najib ini mmg majoriti takut pada dia di depan...belakang tak tahulah...kasihan tun.mahathir...tsmy baru nak mengorak langkah...belum terlambat aku rasa...bayangkan jika majoriti melayu bersepakat...pemimpin yg terang2 ambil rasuah atau seleweng harta negara...kita turunkannya dgn apa cara sekalipun...
Akhirnya...apa yg aku nmpk...syria adalah contoh terbaik...assad setiap hari membunuh rakyatnya...tapi najib tak bunuh rakyat cuma dlm kelas kategori yg lain ada semacam penindasan dari segi kos hidup...itu pun x banyak sbb rakyat masih lagi ramai aku tengok makan di mc donald...kfc...secret recipe...happy happy...majoriti melayu lak tu...baik d kg atau d bandar...so...kita kena tunggu lagi 50 tahun untuk mendapatkan budaya atau..falsafah mcm negara bukan islam yg lain...kau buat salah...akan dihumban dlm penjara...
Bayangkan kalu tun m xda...pembangkang xda...siapa lg yg kita nak harapkan membuka pekong kerajaan...alamatnya kita smua hanya mampu membaca blog din turtle yg penuh info dan sarkastik ini...cuma sekadar membaca shj...
muncullah seorang ikon baru penentang rasuah di malaysia ini hendaknya...susah...di sini..pemimpin buat salah akan di sanjung n protect sbb ada power...xda power...mcm sampah dibuatnya...contohnya khir loyo...hampeh mcm sampah jdnya...kesian...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 11:24 PM

UMNO dah dipenuhi oleh hipokrit2 tahap kronik...sgt merbahaya utk dijadikan payung utk generasi akan dtg. Maka tugas kita menjatuhkan MP2 sampah nie termasuk la MP2 pembangkang oleh org2 melayu yg membentuk majoriti pengundi2. Jgn pangkah calon2 hipokrit nie...rosakkan undi...biarlah MP2 bangang nie tau yg takde sapa pilih diorang lagi dan kalau calon pembangkang menang pon bukan atas undi kita tapi undi ahli2 diorang. Masa tu muka2 hipokrit nie akan jadi muka sardin ler bila nak berdepan dgn org ramai atau berucap kat mana2 sebab mmg org dah tak suka. Tapi realiti srg ialah seperti Tun M cakap melayu mudah dibeli dan penakut utk bertindak. Cuma segelintir kecil jer yg berani...so salah melayu jugak la nampaknya. Drp beribu2 cawangan cuma tak seberapa je berani bersuara...yg lain senyap sebab takut...dan ada yg terlebih makan dedak si Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2015 at 11:42 PM

memang betul pun ahjibgor dan para pembelanya tidak menjawab persoalan. mereka asyik spin persoalan cerita dan alih tiang gol. kemudian memburukkan orang yang tidak sependapat dengan ahjibgor. abis dibuatnya fitnah cerita pemimpin. tdm dah kata, buat laporan polis dan siasat. tdm dah tak ada kuasa ke atas polis dan ag. bila nak buat laporan polis atas segala tuduhan tersebut.

bagi pihak ahjibgor pulak, orang bertanya hal 1mdb. tak ada kaitpun dengan ahjibgor. yang terkait apabila orang melihat hubungan ahjibgor dalam salasilah keluarga besar bod 1mdb. rupanya menteri kewangan pengerusi dan mempunyai power untuk meluluskan. bukan macam bod dalam glc lain. bod felcra pun kena tegur audit pasal luluskan pemberian wang kepada bod yang tak ikut tatacara kewangan. tak sampai pun sepuluh juta ringgit. ini makan billion, sonyap sunyi tak ada yang bertanya. sedar-sedar dah puluhan billion. tu pun tak boleh tanya kerana melibatkan kerajaan dan ekonomi negara. amboi besarnya 1mdb, lebih besar daripada kabinet. kita tanya 1mdb, tapi jawapannya yang diberi menimbulkan persoalan lain. tak ada pun sebut ahjibgor. 1mdb dan ahjibgor, jauh bunyi tu dan jauh beza perkataan. apa sal para pejuang ahjibgor gelisah bila persoalan 1mdb tak pernah padam dan asyik keluar. cuba jawab sehingga bro din terus kelu dan akj, ostb, apanama serta tdm terdiam tak tahu nak tanya dah. gi jumpa tdm dalam forum terbuka tanya sampai tercirit tdm nak jawab. biar masuk dalam youtube, tdm tergagap nak jawab bila pejuang ahjibgor tanya. sekarang kita, anda jawab la.

bab derma 2.6b, kita tanya apasal masuk dalam akaun ahjibgor? pi la tanya ikan bilis yang sprm tangkap, semua kata duit sedekah, orang kasi tak minta pun. sumbangan ikhlas daripada penyumbang. kita nak tanya, kenapa lantik bendahari umno yang tak amanah, jujur dan bersih. kenapa lantik yang songlap duit sampai duit sumbangan pun tak boleh masuk akaun umno. apa nak jadi kat ahli umno ni, sorang pun tak jujur, amanah dan ikhlas sehingga duit sumbangan derma pun presiden kena jaga. bila dah masuk dalam akaun, maka kena la tanya, buat apa duit tu? mesti la kena audit? tdm pun kata, kena bayar cukai kalu masuk dalam akaun sendiri. ahjibgor tak bayar cukai ker? salah tang mana persoalan 2.6b tu jadi cerita? kenapa tak jawab sehingga semua mp muntah darah dengar jawapan. biar terlopong mulut kami mendengar jawapan bertapa amanahnya ahjibgor dalam menjaga kewangan negara. banyak lagi persoalan. jawab la dengan baik dan gred A jawapan tu kerana anda mempunyai maklumat bukan main tembak, dah sah jawapan gred F

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 12:19 AM

Bang din.apa zahid hamidi buat perasan tak...TPM dah mula mancing di air keruh.siapa yang paling diuntungkan kalo najib jatuh.mustahil zahid tak minat jadi PM.Bulan hadapan statemen TPM akan start berubah.percaya jer..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 12:39 AM

Selasa hari ni..saman satu Malaysia dah mula ke...ini pertanyaan... Selamat jawab

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 2:00 AM

Sekarang sudah di suap dengan alasan baru dalam siri kursus khas kepada semua ajk2 umno bahagian seluruh negara bahawa jika tidak kerana 1mdb & dana 2.6 billion umno sudah tewas pada pru13 & pada hari ini pembangkang sudah memerintah negara kemudian di lontar soalan pada semua ajk2 bahagian adakah itu yang kita mahu maka semua ajk menjawab TIDAK, kemudian di lontarkan lagi soalan oleh itu perbuatan menggunakan dana 2.6 billion tersebut salah atau tidak semua ajk2 yg hadir berteriak menjawab TIDAK, akhir sekali di beri soalan terakhir perlukah kita bertanya tentang 1mdb & dari mana datangnya 2.6 billion sekali lagi semua menjawab TIDAK.

Semua itu di suap dalam kursus 2314 semua ajk bahagian di seluruh negara sudah di brainwash bagi tujuan menghalalkan perkara yang haram sementara MT menangguhkan mesyuaratnya sehingga kesemua ketua2 bahagian membuat keputusan bahawa tsmy TIDAK perlu di kekalkan dalam umno.

Bersiaplah sedialah umno untuk menerima hukuman dari ahli akar umbi dan pengundi pada pru14 kelak kerana perbuatan yang haram tetap haram pada hukumnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 3:36 AM

Itu hanya perumpamaan.
Rasuah lagi besau salahnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 3:37 AM

Hidup penuh dengan paranoid la tu namanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 7:20 AM

Harap ahli UMNO bermufakat dan panggil meeting bagi membolehkan menjernehkan situasi sekarang.Buat pemilihan baru dengan segera untuk membuktikan siapa yang tak berguna dalam parti dapat dibendong.Buat apa mau takut nak lanjutkan pemilihan inilah masanya.Baru kita tahu siapa yang layak memimpin UMNO untuk masa depan.Dok bising tak ada fadeahnya.Sekira ahli rasa najib benar maka lanjutkan kepimpinanya dan bagitu juga dengan penatangnya dan penetangnya.Bukankah senang.Menteri dari UMNO masa kini berjalan masih memakai tongkat lagi,bukan diatas kaki sendiri.Harap faham maksud yang disarankan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 7:29 AM

Zahid pun tahu kedudukan dia di sisi Najib, bukan setakat kalau Najib tumbang tetapi bila-bila saje dia juga boleh disingkir seperti TSMY oleh Najib Dan digantikan dengan h20. Najib pun tahu perangai Zahid. Massing-massing sentiasa berjaga-jaga. Kadang2, tumbang Nya tamadun atau negara bukan Dari luar tetapi dari dalam, antara dia sama dia, antara penipu sama penipu, antara pencuri sama pencuri. Masing 2 sebenarnya tidak percaya antara satu sama lain. Senang cakap memang tak Lena tidur antara dia sama dia sebab apa - sebab perbuatan tak amanah, tak jujur, zalim Dan khianat. Ini semua bermula dengan hanya 1 persoalan mengenai 1mdb dan kemudian timbul soalan kedua yang membuahkan banyak jawapan tentang 2.6 oleh balaci 2 dia. Sekarang dah jadi macam2 Dan timbul macam2 untuk tenggelamkan 2 persoalan tersebut. Itu pun tak menjadi sebab bagaimana nak menutup bangkai gajah atau badak?

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2015 at 8:12 AM

Ya, daging khinzir lebih baik untuk dimakan oleh orang melayu dari duit rasuah. Quran kata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 10:12 AM

Theory conspiracy ku
Negara luartak akan bt apa2 coz tppa .
Negara2 tak berkepentingan tppa akm ada kepentinggan mrk. Coz klu nk ambil tindakan sepatutnye da ambil.Buang ms je semua ni. najib untouchable. Parlimen kli ini soalan diajukan tp timbalan yg disuruh jwb walaupun hadir skali dlm parlimen. Org akkan ttp sokon

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 10:18 AM

"Isu yang dibawa adalah berkaitan 1MDB dan Derma RM2.6 bilion"

Bro, jangan lupa RM2 juta yang Kak Mah dapat tu.. dari mana sumbernya?

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2015 at 11:28 AM

Najib xperlu jawab ape2..kite pulak xpyh tanya ape2...sbb ape kite xperlu tanya ape2?? sbb dia mmg xkn jawab..dh banyak soalan berkaitan konflik dia kite ajukan..tapi,adakah dia mjawabnya? x...menteri2 sebulu yg pencacai je yg tlg jwb tuk dia...skg kite serahkan pada Allah yg Maha Kuasa....masa ni dia boleh buat ape dia nak..ape yg dia suke..malaysia ni dia punye skg..kite rakyat ni seolah xde hak ape2 tuk pertikai kan apa yg dibuat.. nanti dlm alam barzakh sana dia tau la nk mjwb kat sane..klu xjwb,salah jwb..kene la hukuman Allah..
- Siapa TuhanMu,Siapa Nabimu,Apa Agamamu,Apa Kiblat mu,Apa Peganganmu,Siapa Saudara kamu..Apa Jalan Hidup mu..

# Tindas la sesama saudara seagama mu wahai najib...t kau jugak akan dipersoalkan..skg buat la apa yg kau suke

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 12:34 PM

Orang yang tidak boleh menjawab pertanyaan adalah orang yang sudah mati sebenarnya.Kabinet pemerintah sekarang ini adalah kabinet yang mati..Negara dipimpin oleh GBS (golongan bodoh semulajadi).

....................
Reply To This Comment ...................
Razlan
October 27, 2015 at 1:38 PM

Hanya seorang yang boleh bertanya dan tidak akan diambil tindakan, nama dia,
Claire Rewcastle Brown.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 5:40 PM

Malaysia Tu dah jadik milik najib skrg...nobody can stop him except Allah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 5:52 PM

Relex bro...tunggu masanya bila durian dah jadi tempoyak. Masa tu lah kita tenyeh dia cukup-cukup...dah tak lama dah bro....pejam celik 2 tahun tu habih la...

Post a Comment