........... Jemputan Terbuka Kepada Tg Adnan ! Dari Penganjur HiTea Bersama Tun 3 Oktober. TERBAIK !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jemputan Terbuka Kepada Tg Adnan ! Dari Penganjur HiTea Bersama Tun 3 Oktober. TERBAIK !!

Thursday, October 1, 201532comments


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka di ibu negara supaya tidak mengadakan program untuk melaga-lagakan pemimpin parti.

Tengku Adnan berkata beliau tidak mahu terdapat pihak mengambil kesempatan melalui penganjuran program-program tertentu.

"Saya tak tahu. Saya tak tahu kenapa dia nak panggil Tun Mahathir. Apa niat cawangan di Pandan ini.

“Kita akan tanyalah apa niat. Kalau niat baik, tak menjejaskan perjalanan parti, ikut etika, boleh buat. Tapi kalau langgar etika kita akan ambil tindakan yang perlu diambil tindakan.

"Kerana kita tak mahu orang ambil kesempatan melaga-lagakan pemimpin," katanya - Mkini.

Apabila ditanya komen Syed Saifuddin mengenai kenyataan Tg Adnan di atas, beliau punya komen ini -



KLiK untuk ke Youtube.


- Umno berdepan dengan krisis kepimpinan

- Penjelasan dari Tun Mahathir kenapa beliau mementang kepimpinan yang ada 

- Akan diadakan sesi dialog antara Tun dengan hadirin, baik yang pro Najib maupun yang pro Tun Mahathir. 

Saya selaku Pengerusi penganjur dengan berbesar hati secara terbuka ingin menjemput Setiausaha Agung kita, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk hadir bersama dalam program kita pada 3 hb ini. Kami mengalu-alukan kehadiran beliau.

Kami akan terima beliau dengan tangan terbuka. Ini adalah satu kesempatan yang baik untuk Tg Adnan jika beliau hadir, untuk beliau  sama2 mendengar pandangan Tun Mahathir tentang situasi dan senario politik negara dan masalah kepimpinan negara, sebagai Setiausaha Agong.

Kami harap Tg Adnan dapat menerima jemputan kami ini yang lahir daripada hati dan jiwa yang ikhlas.


Memang terbaik lah ! Jangan berkonfrantasi sesama sendiri. Dari berterusan memusuhi Tun dan berbalas2 kenyataan, adalah LEBIH BAIK jika Tg Adnan berdepan dengan Tun dan dengar sendiri apa masalah Tun.

Pastinya selaku Setiausaha Agong Umno, Tg Adnan punya semua maklumat yang perlu bagi menjawab apajua persoalan dari Tun Mahathir dalam suasana adik beradik sambil disaksikan oleh para hadirin dan dirakam oleh media.

Saya percaya Syed ikhlas dalam jemputan ini. 

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 11:07 PM

“Kita akan tanyalah apa niat. Kalau niat baik, tak menjejaskan perjalanan parti, ikut etika, boleh buat. Tapi kalau langgar etika kita akan ambil tindakan yang perlu diambil tindakan." Cehh... Setiausaha Agung sebut perkataan etika! Presiden/PM Najib tak beretika dan tak bermoral, apa tindakan?!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 11:43 PM

Terrrrrbaik Tuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 11:44 PM

Tak akan tieku aceh tu berani datang.dia pun sama mcm najib.sapu semuavmana yg nampak.semua kaki ampu dan kaki kelentong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 12:03 AM

Bro Din,
Pahlawan bugis dah lari tercicir telor, apakah bangsawan acheh juga terkecut telor..? Harap2 bangsawan acheh tak gagal hadir, kalau boleh tu heretlah sekali bala tenteranya untuk bersemuka dengan cucu Wan Hanaf Kedah ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 12:09 AM

Agaknya PM Najib kata begini kepada Ku Nan, "No, no... You don't go there. Don't accept their invitation. Jangan hantuk kepala you kat tembok...You just get ready to take discilinary actions on them". Ha ha ha...!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 12:16 AM

dirty politic this is ... DAPigs puppet !!

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2015 at 12:31 AM

Huh ? Tolong jangan jadi batu api ! Saya baca ayat kunan.... baik jer. Saya tengok ayat syed .... pun baik jer. Jadi apa salahnya ?

Nak berbaik macamana kalau berjumpa pun payah ? Org2 mcm saudara inilah yg tidak suka lihat pemimpin2 Melayu berbaik2.

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2015 at 1:40 AM

Bro, ada beberapa lagi cawangan berminat untuk mejemput Tun malah kalau boleh mensemukakan dengan Najib di cawangan mereka.

Bagaimanakah cara mendapatkan persetujuan Tun untuk hadir di cawangan.mereka, siapa yang perlu dihubungi dan apa terma dan syaratnya.
Setakat ini saya sudah mendapat persetujuan lisan dua cawangan yang berminat, satu di Johor dan satu lagi di Selangor.
Malah saya percaya banyak lagi cawangan akan bersedia untuk menjemput Tun terutama dari cawangan yang sudah lama tidak sebulu dengan KBU sekarang.

Kenapa aktiviti cawangan dianggap cuba melagakan pemimpin sedangkan hakikatnya pemimpin yang tidak menunjukan contoh tauladan untuk bersepakat dan bersatu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2015 at 1:58 AM

Jangan jadi macam N2H dulu udahle.. tengah rancak orang nak tengok dan dengar, tetiba je bebudak mat khalid datang dan batalkan majlis atas sebab 'keselamatan' huhu..

Saya tak dapat hadir ke majlis tu. Namun saya doakan program itu berjaya mencapai matlamatnya tanpa ditimpa musibah.

Ku nan nak datang? Baik ajak mat zahid je selaku tailong umno sekarang tengok dia nak kata apa masa perjumpaan tu sebab haritu dia yang berdegar2 cakap mahathir nak jatuhkan kerajaan. Boleh juga dia tunjuk gambar pak arab penderma mat najip tu kot2 dia dah selfie dengan pak arab tu. Ye la kan kata dah jumpa. Jangan dia tunjuk gambar mamat sewel yang lempang pak imam haritu udahle.

Ku nan tu habis salem sekotak dia pun belum tentu dia berani nak turun kereta so macam tara guna je ajak dia datang. Tapi kita tengok je la nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2015 at 2:08 AM

Teuku Adnan??? No kelas laa...

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2015 at 3:20 AM

Emel saya dinturtle@hotmail. com

saya cuba ikut saluran yg saya ada.... insyaAllah...

....................
Reply To This Comment ...................
Mat Duit
October 2, 2015 at 7:36 AM

Ini lah masa terbaik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerangkan kepada chedet ... yang PM Najib adalah pemimpin yang bertanggongjawab, bersih, amanah, beretika ..... dan beritahu beliau nama tok arab .. penderma yang mulia itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 8:40 AM

I note that not only umno is headed by a weak president and yes men umno mtus and kbus, it also not only has the most ineffective and inefficient secretary general but a dumb one only living in katak baeah tempurung in putrajaya.

Take not adnan, civil servants shall definitely vote you out in pru14....no two way about it.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 9:13 AM

Jaga jaga Tuan Syed! , Kalau Teuku Adnan sambut pelawaan tu Alhamdulillah,Tapi kalu dia tak sambut emm... Alamat nya hang kena paku ler lepas ni! Secara peribadi saya tak yakin Teuku Adnan akan hadir.Pun saya harap saya silap

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2015 at 9:36 AM

Saya salah seorang ketua cawangan umno dr kelantan ingin menjemput mana mana pemimpin yg sanggup turun ke tempat kami.atas dasar perjuangan utk ugama dan bangsa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 9:54 AM

Bertindaklah wahai umno. Pm dan kabinet dan geng sekufu sekutu dah hati batu tutup hati tak nampak apa dah tak dengar apa dah melalut cakap tak pikir abis. Entah apa dia dah declare kat UN tu. Rohinya dihalaunya cina lahir kat Malaysia di ancam halau oleh kuli dia tup tup geng dia dah declare nak bawa Bangladeshi dan syria tiga tahun akan dtg. Ketua mu dah tak betul dah oooo.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 10:21 AM

Adnan Mansur..tujuan dia hanya lah untuk menghalang ahli2 Umno tahu perkara sebenar akan skandal dan rasuah Najib. Najib hilang jawatan PM, dia pun bungkus lahhh..Tak kan PM baru nak lantik Adnan yg kurang cerdik ni jadi Menteri lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 11:40 AM

Semua Menteri Umno dalam kabinet Najib perlu dijemput. Kita mahu tengok siapa yang berani berdepan dgn Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 11:49 AM

Asalkan poket pemimpin bariiisan berisi.. Dulu kini dan seterusnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 11:57 AM

salam,
semoga majlis esok dapat diadakan dengan lancar tanpa gangguan. mohon juga su agung umno terima jemputan untuk hadir. mohon semua ahli umno yang tak puas hati dengan tdm agar hadir dan sediakan soalan untuk bertanya. setakat 80 hinggit dapat makan lagi, apa kes nak bersungut pasal kena bayar demi perjuangan mempertahankan presiden. moga ahli umno yang hadir berpuas hati dengan penerangan tdm. moga tuan blog dapat hadir juga serta menyiarkan rakaman. usaha ini didahulukan dengan ucapan terima kasih. bawalah jawapan 1mdb untuk memberi jawapan kepada tdm dan dibahaskan. bawalah jawapan presiden semasa berjumpa kbu untuk jawab isu derma. bawalah data kewangan untuk berikan fakta bahawa tdm salah dalam semua hal agar kabus hilang nampak gunung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 12:58 PM

Jemputlah sekali CEO 1MDB tu. Boleh la kita tengok siapa yg nak terkincit ciret biret nanti.. Jangan lupa jemput Ali tinju dan jamal pak tongko sebagai tetamu jemputan. Boleh la kita tengok Ali tinju dan jamal berteriak macam org gila nanti..hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 1:46 PM

Attendees should comprise the following:

1. Najib, the creator of 1MDB
2. Arul, Hazem, Shahrol, current and ex ceos
3. All existing and ex board members of 1MDB
4. Zahid....yg pernah lihat cek pak arab

5. Mahathir, the stirrer
6. Muhyiddin and shafiee, the hammers

7. The auditors

Let us see the fireworks

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2015 at 5:16 PM

Macamana la Ku Nan ni boleh jadi Menteri WP ngan SU Umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 5:18 PM

Cuba baca blog ni:

http://www.rausyanfikir.com/2015/09/percubaan-membantu-najib-razak-dan-1mdb.html

Rupa-rupanya Tun M telah banyak kali nasihat Najib secara sulit tentang 1mdb tapi malangnya Najib lebih mendengar penasihat2 beliau.

Gerun bila tengok gambar TS Zeti, Datuk Shamsiah (Deputy Governor BNM), Shamsudin Mahyiddin (BNM bhg Foreign Exchange), DS Mohd Syukri (SPRM) dan Abd Rahman Abu Bakar (BNM bhg Financial Intelligence and Enforcement) kini dilabel sebagai Conspirators kepada pihak yg nak menggulingkan kerajaan.

Astagfirullah hal aazhim....

Dalam berita di TV semalam, dalam ucapan najib semasa majlis tengahari dengan pengurus2 dana US, bebarapa kali Najib cakap," I am in favour of TPP.."

Tapi syukurlah, Najib ada sebut yang kut-kut mana2 pun Bumiputera's rights is still the domestic agenda. Harap2... negotiation yg sedang berlangsung di Atlanta di antara Tok Pa dan pihak US, akan bertegas bab menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kebajikan Industri Kecil dan Sederhana (PKS).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 7:47 PM

Kerana pandai MENGAMPU.

Sekian adanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Razlan
October 2, 2015 at 11:01 PM

Saya setuju sangat dengan jemputan yang diberikan kepada Ku Roti Nan. Kita bukankah negara berdemokrasi, asal tak menyalahi undang-undang dan bertujuan baik, teruskan. Kalau dirasakan menyalahi undang -undang, Polis boleh ambil tindakan, bukan begitu ? Sekarang ni, semenjak Syed Ketiak dapat menerajui agensi kerajaan, SKMM pon dah pandai ambil tindakan, bukan begitu ? Kita harap banyak lagi cawangan membuat acara ramah-mesra seperti ini. Ini memang dialu-alukan oleh UMNO bagi mengeratkan siratulrahim, bukan begitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 11:10 PM

Terbaikla Tuan Syed. Fair and accurate. Kita tggu Ku Man dtg atau tidak...! And then we can know the story at dePalma... Jgn tak datang Ku Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2015 at 11:57 PM

Kok nya teuku Adnan sudah jd Tengku? Bisa tlg gue jd tengku jgk di malasia.Aduh x sangka dulu sama2 jaga sapei sudah jd tengku juga yah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 3:08 AM

Bagus Tuan Syed begitulah caranya malah sebaiknya jemputan bukan setakat Tengku Adnan saja malah mana2 pemimpin UMNO yang tidak berpuashati dengan Tun M inilah peluang terbaik untuk bersemuka secara depan dengan beliau daripada menghentam jauh dari belakang jadilah anak jantan bukan mencari permusuhan tapi berdepan bagi mencari kebenaran & penyelesaian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 6:25 AM

Saya orang melayu islam dari bumi kenyalang dan akan hadir untuk mendengar mahathir berucap petang ini. Saya luangkan masa, korbankan wang ringgit untuk hadir program ini.

Yang saya tak faham dan kalau boleh tolong beri pencerahan:

1. Mengapa pemimpin umno takut Mahathir bersuara?

2. Mengapa takut akar umbi mendekati Mahathir?

3. Apa yang Mahathir ada yang menyebabkan orang ramai masih perlu "kehadiran" beliau dalam kecelaruan konflik dalaman umno?

4. Dalam satu ayat, Apa yang pemimpin umno takut?

Hairan dan terus hairan

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2015 at 2:08 PM

Sebutan Syed Keruak dalam bahasa Jawa.....'Ndass mu Kerewak'. Tak percaya tanya si Zahid 'Over'.

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2015 at 2:08 AM

Hehe.. inilah jawapannya..

1) Sebab tak ada telor

2) Juga sebab tak ada telor

3) Sebab tak ada telor la tu

4) Dah sah sebab tak ada telor

Sekian jawapan saya.

Post a Comment