........... Hutang IPIC USD481 Juta - Najib Tak Tipu la ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hutang IPIC USD481 Juta - Najib Tak Tipu la .....

Tuesday, October 27, 201520comments

Mkini

Menarik untuk dikomen JAWAPAN BERTULIS oleh Najib di Parlimen berkaitan hutang 1MDB kepada IPIC sebanyak USD481 juta. ( Standard Najib la kalau sebut apasaja tentang 1MDB di Parlimen sekadar Jawapan Bertulis je )

"Nota di dalam Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 dengan jelas menyatakan bahawa tiada jumlah tersebut yang ditanggung oleh 1mDB terhadap IPIC.

Ingin ditekankan juga bahawa mana-mana pihak berhak menentukan kaedah pelaporan Penyata Kewangan mereka,” katanya.

Kali ni saya cek dengan Penyata Kewangan IPIC berakhir 31/12/2014 -


IPIC Akaun 2014
Ternyata memang ada disebut dalam akaun IPIC bahawa 1MDB berhutang USD481 juta ! Habis tu ..... Siapa yang TIPU ? Takkan berani sesiapa nak tipu dalam Penyata Kewangan ? Baik 1MDB apatah lagi IPIC yang tersenarai di London Stock Exchange, takkan berani nak tipu.

Saya cek balik artikel lama berkaitan Option ni ( KLiK ) dan dapat tarikh perjanjian untuk batalkan option itu adalah pada bulan Mei 2014.

Sekarang saya dah dapat jawapannya !

Akaun 1MDB berakhir 31 Mac 2014, makanya tidak ada ditunjukkan sebarang amaun hutang kepada IPC berkaitan Option sebab perjanjian itu dibuat SELEPAS 1MDB tutup akaun. 

Pembayaran untuk tebus Option itu dibuat oleh 1MDB pada bulan Mei dan November 2014. Akaun IPIC pula berakhir pada 31 Disember 2014, makanya transaksi dan baki hutang itu ada tercatat dalama akaun IPIC seperti prinskrin di atas.

Dalam akaun 1MDB berakhir 31 Mac 2015, yang tertangguh setahun ( 6 bulan campur penangguhan 6 bulan yang terbaru ), bila keluar nanti barulah kita akan dapat lihat amaun USD481 juta itu tercatat.

Tarikh kedua syarikat itu tutup akaun tidak sama dan perkara transaksi itu pula berlaku ditengah2, antara kedua tarikh itu.

Jika betul jangkaan saya di atas, ternyata Najib tidak tipu dalam jawapan bertulisnya cuma Najib tidak menerangkan sepenuhnya. Dan IPIC juga tidak tipu dalam akaunnya, memang benar ada hutang USD481 juta itu oleh 1MDB.

Jawapan bertulis Najib selepas penyata akaun 1MDB yang terbaru dikeluarkan, bakal berbunyi seperti ini pula nanti - Nota di dalam Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 dengan jelas menyatakan bahawa memang ada jumlah tersebut yang ditanggung oleh 1mDB terhadap IPIC.

( itupun kalau Najib masih PM dan Menteri Kewangan lagi ketika itu lah .... ) 

Kenapa Najib dan 1MDB tidak jelaskan perkara ini ? Kenapa dibiarkan rakyat tertanya2 ? Kenapa tidak digunakan kesempatan ini untuk menjelaskan duduk perkara sebenar supaya tidak timbul sebarang persepsi atau tuduhan negatif ?

Inilah juga masalah besar 1MDB ..... samada tidak pandai nak beri penjelasan atau ada benda nak sorok ?

Mungkin sesiapa yang pandai dalam akaun dapat berikan pandangan .... 

PS - Bulan Mei 2015 semasa perjanjian tukar aset, kemungkinan besar hutang USD481 juta dihapuskan oleh IPIC sebagaimana dijelaskan dalam nota di atas. Tapi ia seharusnya tetap wujud dalam akaun 31/3/2015 yang kita duk nantikan ini.

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 27, 2015 at 4:30 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Kenapa Najib cuma berani buat kenyataan atau jawapan bertulis saja di Parlimen?
Adakah bila cuma jawapan bertulis, maka soalan tambahan untuk soalan berkaitan tidak boleh dikemukakan oleh sesiapa pun di dewan mulia itu?
Tak paham ler saya Din....
Tolong jelaskan jika tak keberatan?

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2015 at 4:33 PM

@hasnul rahmanerrr.... payah nak jawab ni. MUNGKIN sebab selain dari tidak perlu layan soalan tambahan, jawapan bertulis juga boleh tarik balik dan salahkan pegawai Kementerian Kewangan yang salah faham !

Terbukti cara ini menyelamatkan Najib dalam kes Tunai-Aset-Unit :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 5:08 PM

Sepandai2 tupai melompat, insyallah, akhirnya akan jatuh ke tanah juga

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2015 at 5:44 PM

Dan kita pun selalu lihat banyak dah TUPAI yang jatuh ke TANAH

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 27, 2015 at 6:02 PM

@dinturtleAssalammualaikum wmt,
Terima kasih Bro Din!
Kalau begitu baru ler saya faham apa maksud saudara bahawa 'PMNajib hanya berani jawab dalam bentuk jawapan bertulis'.
Mungkin juga dgn cara ini panglima2 Najib boleh mendabik dada lalu berkata dgn bengis, "Siapa kata PM tak pernah beri jawapan?"
Kah...kahh...kahhh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 6:40 PM

Hehehehe...mmg bijak ler pm nih...patut ler masih bertahan... moral of the story...regardless what u guys do, this pahlawan bugis will remain up there till 2018...

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2015 at 6:47 PM

actually ADA SEBAB tu kenapa Najib dan 1mdb sengaja tak mahu cerita sepenuhnya .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 7:02 PM

Bila mau main wayang muka mesti dihias cantik-cantik,juru solek senantiasa stand-by.Kita semua lihat apabila selesai dibelakang tabir saja.Bagi penonton dihadapan hero sangat hensom semua suka,bagi orang dibelakang stage menyampah.Inilah lakonan pentas dunia.Banyak auta!.

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2015 at 7:09 PM

Bro Din, saya dah penat mengikuti perkembangan skandal Najib ni. Dah banyak FAKTA yg berterbangan mengelilingi dunia menunjukkan 'penyundalan' kuasa oleh Najib ni. Namun, tiada tanda yg menampakkan kedudukan Najib tergugat. Malahan dilihat semakin kukuh lagi cengkaman Najib baik di Putrajaya mahupun di Parlimen. Apa sudah jadi ni Bro Din....pening arrrr!! Tinggi sungguh ilmu Pahlawan Bugis ni.....hinggakan macai dungu Najib yg bertaraf menteri pun dengan mudah mematahkan semua fakta dengan alasan bangang dan semakin berani memperbodohkan, memperlekehkan Negarawan kita dengan confident!! Apa agaknya kesudahan cerita krisis ini......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 7:20 PM

betol la tu ape yg jib buat.....lawan dulu.....salah betol citer lain....hanya najib je yg tau hakikat salah betol.....
mgalah skrg,...nampak dah salah.......so lawan dulu laa....mana taun akhir citer....jd betolll......hahahahhaahah.......
barang leh ejass bohhhhhh.............

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 7:45 PM

Paling lama tahun 2018. Lepas PRU 14 Najib dan pembodek2nya semua akan lari macam anjing bercawat ekor. Itulah senario kurun ke 21.
Kalaulah kita berada dikurun ke14 dah lama dah kepala bercerai badan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2015 at 7:56 PM

Bukan tupai ajer yg jatuh.
Daun,ranting jugak bersepah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 9:07 PM

Bukan bijak...penakut namanya... Dah terbukti pun...memang leh bertahan sampai2018....sebab ada 2.6..,semua bolih beli

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 11:20 PM

Balance Sheet:
Apa yg ditunjukkan adalah 1mdb telah membayar sejumlah US486mil utk option, berbaki sebyk USD481mil (note 23 tidak disertakan) dengan jumlah keseluruhan nilai option lebih kurang USD967mil.

Poin 1. 1mdb bersetuju menyerah hak aset pegangannya kepada IPIC pada harga USD1b.
Poin 2. IPIC membayar semua interest dari prinsipal pinjaman 1mdb sebyk USD3.5b.
Poin 3 dan 4. 1mdb menyerah kpd IPIC aset yang berkadar nilai = USD1b + liabiliti 1mdb (assumption of debt) - Debt forgiveness.

Tp Najib kene belajar lg Financial Reporting Standard (FRS) kalau nk cakap hak syarikat menentukan kaedah pelaporan. 1MDB tetap tertakluk kpd FRS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 4:47 AM

Najib takan turun...itu sume org sudah maklum...cuma yg syok makan dedak tak abis2 sampai kembung perut tu kita pelik skit...tak rasa senak ke hari2 kena maki dgn orang ramai sebab sanggup jadi haprak semata2 kerana Najib? Hairan nengok masing2 selamba badak je dok canang hari2 kata ada konspirasi nak jatuhkan kerajaan...nak hancurkan melayu..walhal ini kes peribadi Najib dan salahlaku dia...bukan masalah kerajaan atau UMNO pon...takde kena mengena dgn politik pon...cuma kes sorang penjawat awam kerajaan yg disyaki menerima rasuah dan mesti disiasat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 6:56 AM

Najib and Arul,

EXPLAINING AWAY THE TRUTH

It is no good at all to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

One could subscribe to truth
only when one has self-respect in the first place;

When a man tells untruths, he has no respect for himself and little would he do better for others except for his own gain;

And when a man tells lies, he has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he would be caught
in his own tangled web:

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 9:59 AM

Sdra Din,

1. Pasal 1MDB dan RM2.6 bil, mengapa ahli akar umbi percaya najib dan zahid?
2. Adakah rata2 ahli umno memang kurang intelek?
3. Tiadakah ahli umno yang terror dalam disiplin undang2, kewangan, perakaunan, psychologist (and psychistrist?), economists etc yang boleh berkata tegas "yang salah tetap salah" , bertindak dengan jujur tanpa rewards, ......?

4. Selaku rakyat malaysia berbangsa melayu dan islam, saya agak pelik dengan bangsa saya sendiri beragama islam

5. Mahathir dikutuk dihina....apakah beliau tak pernah berbakti selama 22 tahun selaku PM?

6. Apakah just because was alleged to be corrupt during his tenure, maka berhak juga najib jadi korup, salah guna kuasa, berbohong dalam menjawab soalan2 1mdb.....dan sekarang hutang IPIC?

Sdra Din, saya minta sdra buat written summary on 1MDB

1. Apa yang telah berlaku vrs apa yang najib jawab
2. Apa yang tak kena dengan management vrs jawapan arul
3. Pandangan pro najib vrs rakyat termasuk magnificent 7
4. Pandangan orang luar vrs pro najib.

Saya faham banyak dah ditulis. Orang melayu pada keseluruhan malas membaca. Jadi kalau dibuat "point form" macam OTSB, barangkali ahli umno khususnya dan rakyat amnya dapat cepat memahami.

Saje pandangan saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 2:40 PM

Kalu yg tak paham juga macam kita gali tasik nak tutup kolam,gali kolam nak tutup perigi.lepas tu gali perigi nak tutup lobang.gitu lah gamak nya 1MDB punya hutang ler ni.Lama lama bankroop Malaysia kita ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 3:03 PM

Din, ko ni still nak lawan Najib pakai logic akal. Si pencuri tu mencuri. Dia special. Tak payah pakai logic. Terima ajelah apa dia cakap sebagai benar belaka.

Bangsat punya Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2015 at 12:27 PM

DS Najib. Our best PM so far.

Post a Comment