........... 'DERMA' RM2.6 Bil Masih Dalam Siasatan SPRM - Najib Belum Lepas Lagi ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

'DERMA' RM2.6 Bil Masih Dalam Siasatan SPRM - Najib Belum Lepas Lagi !

Tuesday, October 20, 201515comments

Semalam ada satu artikel yang saya kira penting untuk direnungi dalam kita membicarakan isu Derma RM2.6 bil Najib. 

Dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan.

Sehubungan itu, penilaian terperinci berasaskan tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu dilaksanakan untuk melengkapkan kes berkenaan.

mstar  19/10

"Jika ada ketiga-tiganya baru ia boleh dikatakan rasuah, sama ada nak dakwa pemberi atau penerima.

"Ikut cakap-cakap orang ramai, penerimanya adalah Perdana Menteri, tetapi siapa pemberinya, sebab itu kita perlu cari kerana dia akan jadi saksi utama, tetapi kedudukannya di luar negara sudah tentu akan melambatkan proses siasatan,"

-  "Orang ramai kata dakwa saja nak siasat apa lagi, tapi nak dakwa macam mana, bukan senang, kena cari dokumen, lepas tu cari orang yang akan bercakap atau saksi sebab dokumen yang ditemui tu tak boleh bercakap dan kita perlukan pengesahan pihak berwajib.


Pendek kata - Kenyataan SPRM awal Ogos lalu tidak sebut soal Benar atau Salah. Kenyataan itu cuma sebut dana itu adalah sumbangan derma dari Timur Tengah dan bukannya dana 1MDB. Satu lagi, siasatan tentang kes derma itu masih berjalan dan begitu juga kes SRC.

Masalahnya, bila pemimpin2 Umno termasuk Najib sendiri sering keluarkan kenyataan2 yang memberi gambaran seolah SPRM sudah bersihkan Derma itu dan Najib seolah tidak bersalah, kenapa tidak ada penjelasan dari SPRM bagi memperbetulkan fakta supaya rakyat tidak tertipu dengan lakonan mereka ?

Kenapa bila dah pencen baru pegawai SPRM berani nak bersuara ? Apakata bos SPRM yang masih dalam jawatan, pula tampil berikan penjelasan ?

SPRM juga jangan lupa untuk bertanya kepada Zahid yang mengaku sudah bertemu dengan ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga penderma.

                                  **********************

Oya satu lagi, perkataan DERMA itu disebut kerana bersandarkan surat penjelasan kepada pihak bank. Dinyatakan di atas, pihak SPRM perlukan pengesahan pihak berwajib ...... habis tu, kenapa yang keluarkan kenyataan resmi ( Ogos lalu ) menyatakan sesuatu yang masih belum pasti ?


Bagaimana kalau dana itu bukan derma  dan juga bukan rasuah ? Maksud saya, bagaimana kalau dana itu merupakan harta yang disonglap dari SRC dan surat dari penderma itu palsu ?

Kemungkinannya tetap ada .... kan ? Sebab siasatan masih berjalan, so belum ada hasil siasatan yang muktamad lagi. 

Dari SPRM 5 Ogos 2015 - Penjelasan siasatan RM2.6 bilion ( KLiK )

- Bagaimanapun untuk makluman orang ramai, SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

- SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut.

- Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.

- SPRM juga ingin mengulangi bahawa siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM. Siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan dua perkara yang berbeza.
 
Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup. Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB.

Pening ? Sekejap macam confirm, kejap masih dalam siasatan ? Kenapa tidak tunggu saja siasatan selesai dan baru umumkan !

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 11:00 AM

Hanya siasatan diraja je yang aku boleh harapkan kes ini berjaya membawa syaitan2 ke penjara....yang ada sekarang semua karton!!!apa pandangan tuan penyu???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 11:30 AM

Biasanya kalau kita istiharkan kat borang KP tu sebagai donation, kita tak perlu sertakan dokumen lain yg berkaitan. Terdapat kelompongan dalam kes2 seumpama tu.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 20, 2015 at 12:41 PM

Assalammualaikum wmt,
Memang pening Bro Din!
Nampak sangat macam ada yg suruh cakap - macam ni, macam tu. Begitu. begini. Yg ada cuma bunyi saja. bendanya tak nampak. Halimunan!

Apakah SPRM juga telah tercemar bagaikan kapal yg ada ramai nakhoda?
Nakhoda mana yg boleh dipakai cakapnya? Atau SPRM juga terlibat sebagai agensi kerajaan yg dikawal sepenuhnya oleh orang yg Maha Berkuasa di Malaysia masakini?

Kalau sebelum ini harapan rakyat tertumpu kpd SPRM, tapi dgn perkembangan dan kenyataan akhir-akhir ini menjadikan SPRM juga diragui sama juga macam PDRM, PAC, AUDIT NEGARA dan PEGUAM NEGARA.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 12:46 PM

Sudah lah Najib tidak bermoral! Pihak berwajib & ketua2, menteri juga berkolaborasi.

Walau SPRM, Najib , AG, polis kata selesai...ia masih belum selesai. Kami tidak akan lupa!

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2015 at 12:49 PM

SPRM pun berani berani goyang jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2015 at 2:30 PM

Pelbagai alasan pihak SPRM, PDRM dan AG kena wujudkan untuk mempertahankan PM. Kesian, kesuan, kesian.... Bimbang jadi sprt Gani Patail yg sehingga kini hati dan mulutnya dah kena tutup rapat.

....................
Reply To This Comment ...................
Zarin
October 20, 2015 at 3:20 PM

Bak kata omputeh, "Don't hold your breath". Maknanya, tidak akan ada penutup keatas "derma" ni. Tidak ada siapa yang mahu atau berani (ada telur) untuk menyasat. MACC tu dari dulu sampai sekarang, blur dan kabur macam kena jerebu. PDRM nak siasat? Hmmm...I reserve my comments. AG's Chambers nak siasat? Makin lawak ada. Parlimen nak usul untuk siasat? Pandikar (Pendekar Kelakar) tu dah terang-terang akan selamatkan Jibby. Jadi, rakyat Malaysia tidak perlu risau. Isu RM2.6 billion tu macam apa yang ada dalam bank tu, lesap, gone with the wind,.yilek...finish.

Ok, here's the deal. Pengampu, penasihat, dan semua dikeliling Jibby tu sekarang tengah set stopwatch dia orang countdown untuk 2018. Sekarang semua tengah sibuk "make hay while the sun shines". Rebut apa yang dapat, buat apa yang patut. Sebat mana yang boleh. Beli rumah kat England, Australia dan mana-mana lagi. Bila 2018 datang, mereka semua akan cabut. Sebab dah tentu BN kantoi. Masa tu dah takda Jibby nak tolong dia orang dah. Tapi, no problem, dia orang dah buat persiapan awal-awal lagi.

Kepada cybertrooper Jibby, korang ada kurang dari tiga tahun lagi untuk buat pocket money korang. Lepas tu...dia orang peduli pon tidak kat korang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 3:45 PM

Percayalah... akhirnya wang 2.63 B tu akan habis dan lenyap dek kerana mengupah para macai dan pemakan dedak untuk buat back-up dan cover-up pada setiap sendi ......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 4:31 PM

Teknik biasa.Masih dlm siasatan.Masih menyiasat smpi la bbrp tahun lps tu.Bersih tiada unsur rasuah..kahkahkah. Rakyat dh tau wayang kulit ni sama je skrip nye.kahkahkah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 4:33 PM

zahid hamidi kata dah jumpa penderma.. dia pon boleh jadi saksi la camtu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 5:01 PM

Saya yakin dan penoh percaya kes ini akan terlepas begitu saja......SPRM pun flip flop juga....dah lama dah dok perhati......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 6:29 PM

We do not have trustworthy people in the persons of najib, zahid, igp, ag, abu kassim/shukri.

Semua cakap tidak serupa bikin.

Yang saya boleh harap buat setakat ini adalah zeti itupun kalau dia does not chicken out. If she proceeds to act on IMDB, i respect her. If not, not only i lose respect in her but also his father who was our lecturer in MU.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 8:27 PM

Believe it or not, the CC for MACC stands for double cartoon!

Perhaps the flip flop is due to the fact that MACC is afraid people the world over will laugh at it once the overseas' foreign investigators find faults with so many associated with the 1MDB - whereas thus far there is nothing concrete coming from MACC. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak as far as the MACC is concerned. All the millions budgeted for the MACC coming from the rakyat's pockets have led to nothing as far as the 1MDB is concerned. And they still dream/want/hope for more supports from Malaysians? What for? Are the rakyat all lembu? It makes me want to puke (muntah).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 11:30 PM

Apa lak nak kaitkan ngn bapaknya?
Cakap senang la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2015 at 8:55 PM

Sejarah Gelap Malaysia ... duit tu nak lesap ke, duit tu derma ke.. yang penting ... Aku cuma mengharapkan Najib dipenjara ...

Post a Comment