........... Debat 1MDB Arul - Tony. Belum Debat Lagi Dah Berdebat .... Nak Cerita Tu Cerita Jerlah, Banyak Songeh Pulak... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Debat 1MDB Arul - Tony. Belum Debat Lagi Dah Berdebat .... Nak Cerita Tu Cerita Jerlah, Banyak Songeh Pulak...

Friday, October 30, 201514comments


Ada beberapa perkembangan menarik semalam yang perlu dicatatkan di sini mengenai isu 1MDB dan Derma. 

1 - Debat antara Arul - Tony Pua

Tony cabar, Arul terima tapi bagi syarat. Tony balas kata syarat bodoh, Arul akan balas bla bla bla .... 

Belum berdebat lagi dah mula berdebat tentang perkara remeh temeh. Just do it lah ! 

Saya sebenarnya tak berapa setuju dengan Debat ni sebab dari awal lagi niat mereka adalah untuk menang. Debat itu sendiri merupakan satu bentuk pertandingan. Kita bukan nak tengok pihak mana menang atau kalau. Kita cuma nak tahu maklumat tentang 1MDB jer.

Jika kesediaan Arul untuk berdebat itu diterjemahkan sebagai kesediaannya untuk berdepan dan menjawab soalan kepada umum tentang 1MDB, pentas yang lebih baik adalah satu sesi soal jawab antara Arul sebagai mewakili 1MDB dengan para pengkritik 1MDB, bukan saja Tony tapi termasuk yang lain2 seperti Tun Mahathir, para bloggers, wartawan dan pakar2 ekonomi dan perniagaan.

Itu yang saya duk sarankan selama ini. Kita bukan nak memalukan sesiapa, kita bukan nak hadiah, kita cuma mahu Kebenaran .... itu saja. Tidak ada hero, tidak ada musuh, tidak ada politik, tidak ada ego, tidak ada glamer, tidak ada sebarang niat selain dari mencari Kebenaran disebalik isu 1MDB.

Tidak perlu sesiapa pun kena berhenti dari jawatan apapun hanya kerana nak mendengar cerita 1MDB. Kenapa perlu dimerepekkan perkara yang senang ?

Tony sebagai ahli politik sudah pasti mahu perkara ini menjadi sensasi dan Arul pula .... mungkin kerana ego. Kita tidak mahu semua itu ! Tolak tepi semua itu. Rakyat dah fed-up dengan lakonan drama 1MDB.

Jika Arul ikhlas, buat saja sesi Soal Jawab dengan wakil dari rakyat. Bawa sekali semua bukti yang ada bagi menguatkan hujah. Itu yang rakyat mahukan bukan satu lagi episod drama 1MDB.


2 - Justo nak saman 3 pihak yang curi barang yag dicurinya

Yang ini lawak !  Warga Switzerland, Xavier Andre Justo, yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana cuba memeras bekas majikannya PetroSaudi International, akan menyaman pemilik kumpulan media The Edge dan eksekutif tertingginya serta editor Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di Singapura - Mkini.

Komen saya - Saya tak kisah bab saman tu. Tapi tidak ada disebut pun tentang ubahsuai maklumat ?

3 -  Najib dah saman Ling Liong Sik

YES ! Bacalah apa yang dituntut oleh Najib melalui saman beliau itu, menarik - Mkini

4 - Menteri kata SPRM akan soal Najib isu RM2.6 bil bila tiba masanya - TMI

Laaaa...... belum soal lagi ? Ingat masa SPRM keluarkan kenyataan 3 bulan lalu mengenai Duit Itu Adalah Derma, dah soal dah Najib. Rupanya belum lagi ... Bilalah agaknya akan tiba masanya itu ?

Oya, ada satu lagi cerita tentang RM ini ramai dah lupa,yang ni apa kesudahannya ?

Astroawani 10 Julai 2015

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 12:31 PM

Sebelum pegawai SPRM tanya Najib dah tanya ... soalan Najib ...
1. Awak orang Semenanjung kan saya dengar cerita banyak kekosongan jawatan kat Sabah dan Sarawak yang perlu diisi segera ... kalau tidak ada jawatan kosong pun saya boleh arahkan JPA wujudkan jawatan kosong kat sana .. er saya rasa awak seorang yang layak untuk ditugaskan di sana ... awak seorang yang berkebolehan dan berpotensi untuk maju ...

2. Er ... awak tidak mahu ke sana ... tidak mengapa ... banyak jawatan kosong di Putrajaya ... sama ada jawatan itu ada atau tidak ada saya boleh uruskan ... tetapi malangnya di Putrajaya tidak ada pejabat atau bilik pejabat untuk awak ... masalahnya kalau awak tidak hadir di pejabat ... awak akan dikenakan tindakan tatatertib ...

3. Er saya dapat maklumat yang awak kurang sihat semenjak kebelakangan ini, saya ada doktor yang boleh mengsahkan maklumat itu tanpa awak perlu dirujuk kepadanya .

Dengan soalan dari Najib tu ... berani ker pegawai SPRM menyoal Najib ...

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2015 at 12:36 PM

Kalau NR pon belum disoal, RM apatah lagi. Tak payah ingat la. Buat kerja lembab, bila orang ramai bawak hal keluar ditahan Sosma pulak.

Oh tanah tumpahnya darahku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 1:13 PM

Sembang debat plak dah nak debat kaa nak melingkup kaa buat ajelah duk kepoh bersyarat jadah apa, dua2 sama kaki belit putar alam elok sangat lah tu, dulu pac panggil tau kecut macam2 alasan bagi time tu kenapa tak pergi debat dengan pac, makin lama semakin bodoh aku tengok penganut2 agama 1mdb ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 3:02 PM

Bro Din,
Debat tak debat tu aku tak nak tau, yg nak tau cuma duit yg BNM mintak bawak balik dah sampai kat negara kita dan disahkan oleh Puan Gabenor BNM...

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2015 at 3:18 PM

Din,

Pandangan aku berbeza. Tony memang patut melepaskan jawatan dalam PAC kerana beliau adalah salah seorang yg akan menyoal Arul bila Arul berdepan dengan PAC.

Ditakdirkan Tony dimalukan dengan hujah2 Arul dalam debat nanti bolehkah Tony berlaku adil masa hearing PAC nanti. Beliau tentu akan emosi dan cuba memalukan Arul pula dalam hearing. Bolehkah 1MDB mendapat keadilan?

Hari ini ada pula berita dari Lim Guan Eng minta Arul resign dari 1MDB sebelum berdebat dengan Tony. Kalau dah resign buat apa Arul nak berdebat. Dia dah tak da lagi locus standi mewakili 1MDB. Nama aja CM tapi bodoh bertingkat-tingkat.

Pandangan aku tak payahla debat2 nak tunjuk kehebatan masing2. Arul pun dah berjanji nak hadir PAC hearing. Biarlah PAC menjalankan tugasnya.

Yang beloger2 nak bersoal jawab ni pun satu kerja yg sia2. Cuba tanya diri sendiri patutkah kita bersoal jawab dengan CEO genting jika genting rugi walhal kita tak da share 1 sen pun. Nanti ada pula yg kata Genting lain dan 1MDB lain kerana semua rakyat Malaysia ada share dalam 1MDB. Habis tak da kerja lain ke yang kita mesti bersoal jawab dengan semua syarikat2 kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 3:49 PM

debat nak buat kecoh jer lebih. bukan isu 1mdb pun. apa kejadahnya tony pua nak debat dengan arul. tanya ajer arul masa soal siasat kat pac. tapi berani ke arul pi jawab soalan kat pac. nanti ada hal lain pulak. pengerusi pulak dah tukar, tahu ker pac pasa masalah 1mdb. tony tahu ker nak bertanya? semuanya kecoh, tapi habuk pun tak ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 4:02 PM

Sudahlah Tony Pua, Kau mencabar ... Arul dah terima, apalah songeh sangat kau ni. Rakyat tak nak dengar drama mainan kau orang. Syarat yang dikemukakan Arul, memang logik dan masuk akal. Inilah peluang wahai Tony Pua, kalau kau betul bukan pakar kaki putar belit, memang seorang yang mewakili rakyat ... debatlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 8:24 PM

Debat2 ni nak kalih isu saja daaa, toksah di layan tumpu pada isu 1mdb & 2.6 billiyon penganut agama wan emdibi dah gelabah beruk cuba kalih isu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 11:35 PM

Nampak sangat DAP ni tak ikhlas nak tahu pasal 1mdb. Just nak gain political mileage. Kalau dah dasar parti #$%# tu... memang gitu lah pesennya..

Takkan laa dalam ramai-ramai ahli DAP tu hanya Tony Pua aje yang minat atau punya maklumat tentang salah urus 1mdb?

Tak boleh ke Tony kekal aje pegang PAC tp ahli DAP lain yg berdebat dgn Arul?

Takkan Tony tak boleh pass segala info tu kepada orang lain dlm DAP utk bersemuka dgn Arul?

**************

Menarik saya baca komen-komen dr Encik Esa Adam. Encik sememangnya seorang yang taat dan setia kepada Najib ya? Walau apa sekalipun fakta hitam putih yang diberikan, encik Esa tetap percaya kepada 'fakta' air liur si Arul, Najib dan the Geng. You will always see things to justify your loyalty to your Tuan.

Dulu bila dunia dikejutkan dgn gelagat Hitler , saya tertanya-tanya kenapa Hitler berjaya buat pengikut2nya buat apa yg dia nak mereka buat walaupun apa yg dia nak buat tu (sperti bakar orang hidup2, sumbat orang dlm bangunan dan lepaskan gas beracun..etc) diluar peri kemanusiaan. Selepas dia mati, saya sangka kita takkan jumpa lagi org macam tu.

Tapi muncul pula Pol Pot. Dia suruh pengikutnya bunuh budak2 dgn hayun kepala budak ke pokok hingga pecah, dia bunuh orang dgn siksaan yg dahsyat...etc... tapi...pengikut2nya tetap patuh....mereka buat segala perkara dahsyat tu..

Kemudian muncul pula Si Serbia tu... pun sadis juga. Dan pengikut2nya juga taat dan patuh tanpa soal...

Sekarang baru saya faham.... some people would twist their mindset just to justify their loyalty to their Master. I guess in their mind, 'I believe in my Master....therefore I obey... no matter what people say about my Master... He's the Chosen One.."

Kalaulah mereka ni boleh taat kepada Allah dan RasulNya dengan ketaatan yang sebegini... tentu aman dunia ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2015 at 11:37 PM

Waah.... Justo nak saman orang yang CURI barang yang dia CURI?

hahahhaaaaa....... dah sah dunia dah hampir ke penghujung...! kah..kah..kah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 5:33 AM

Kalau duit tu melibatkan harta encik esa shj lantaklah...ini duit dtg dr pemerasan kpd rakyat. Yg nak tanggung pun rakyat. Kalau esa nak tanggung semuanya blh le nak suruh org x bersuara...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 6:32 AM

Nak buat cth kurang sgt cerdiknya. Genting ngan 1MDB????....Langsung tak relevant

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2015 at 8:33 AM

@Esa Adam
EA,
Tau pun nko kita semua ada share dalam 1mdb nih. Selama ni pernah ke sesapa mintak untuk bersoal jawab dengan GLC/GLICs? Tak pernah kan, melainkan bila ada skandal besar bercorak pelik macam 1mdb ni sahaja. Jadi isu "tak da kerja lain ke....." yg nko terbitkan tu x timbul langsung le bro.

So, kalau jadi pun program bersoal jawab (yg nko x minat ni) nanti, ko tonton je la TV3 1/4 yang tak akan siarkannya.....habis cerita. Negara ni kan mengamalkan "free speech". Tengok, free speech; x tengok pun free speech jugak. Pilihan ditangan anda

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2015 at 3:19 PM

Debat je la byk bunyik lak arul ni.. Bro esa boss 1mdb xsilap ialah najib. Xsokong tony letak jwatan. Apa yg akn ditanya pac tony tnya live at least kite rakyat leh tengok n nilai sendiri. Finding of Pac xtentu akan di dibentangkan di parlimen or dekat rakyat. Cth mc finding bank negara apa jd bg kat AG? Tony lpaskan jawatan PAC tup tup arul xjd debat.haha

Post a Comment