........... Collateral Damages Of 1MDB Polemic ( Kesan2 Sampingan Polemik 1MDB ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Collateral Damages Of 1MDB Polemic ( Kesan2 Sampingan Polemik 1MDB )

Tuesday, October 27, 201510comments


Collateral damages caused by prolonged polemic of 1mdb. 

It was a straight forward issue of governance from the part of 1mdb. The original incorporation itself below the radar of treasury instruction for such goverment investment, circumventing financial procedure, no check and balance in place while the goverment has developed such system, procedure or even law to avoid such circumstances. 

In an effort to conspire to cover up, the perpetrators are undermining the goverment instruments or regulating agencies or enforcement agencies. This will compromise the integrity of the goverment and made worse by silly diversion, responses and political landscape itself is perfect stage for negative perception.

The conspiracy to cover up has destroyed the faith in Malay leadership through Umno, sanity and ability of Umno to protect the truth, sanity, rule of law and and reality are dragging the country from a model state to a laughing stock. The logic of defending 1mdb is beyond any sensible logic or reality.

The very foundation of the country structure are undermined and are compromised. AGC ( Attorney General Chamber ) as the protector of the law are criminalising BNM who is the regulator and guardian of financial act. BNM reputation is a cornerstone of Malaysian progress in banking integrity of the region, the leader of Islamic banking and a reference by OIC and the emerging economy. This assassination is done by none other then AGC themselves who are also part of the rule of law supply chain of the country. This is sabotage of the highest order.

AGC is undermining SPRM integrity by dragging the investigation and prosecution. AGC integrity themselves has lost whatever credibility they had when the the timing for the abrupt change of AG with very very poor execution. Conspiracy of KSN to dismantle the SPRM investigating team and detention should only happen in Africa not in Malaysia who is the chairman of Asean. Can the leadership in Asean be effective with such dented crediblity. Sprm public outburst and statement is clear manifestation of strong undercurrent.

The outburst of former SB which is critical branch of PDRM is strong proof that the system failed. The interpretation of plot to topple the goverment or rampasan kuasa are laughable logic. How could internal goverment regulator INVESTIGATING a breach in the banking or financial security is interpreted as rampasan kuasa. 

What make the goverment exist is the system and the agencies as the implementors or enforcers of the very instrument of the goverment. That is huge difference between the goverment, leader of the goverment and the servant of the goverment. Changing of leaders not necessary leads to change of goverment let alone rampasan kuasa. Election itself is for that purpose,  impeachment, criminal charges, vote of no confidence and so on are provided for in the constitution.

MRR ( Majlis Raja-raja ) statement is unprecedented and its not a laughing matter. MRR is a functional entity within the goverment structure. Undermining that is a breach of agreement between the goverment of the day with the independence agreement when Raja raja Melayu agreed or consented to the independence proccess, Raja raja melayu delegated that sovereignty, not dismantle them, thats why Malaysian are know as constitutional monarchy

The whole goverment fighting each other....its anarchy in the making. For what ? What was the cause ? Is this not seen as crisis still ? The federation is disintegrating with growing regional demand from Sabah, Swak, Kelantan and now Johor. The whole federal understanding are compromised, for what ? Is 1mdb the binding factor to the Federation of Malaysia or the begining of the end to the empire. Is the nation worth 42 bil ? Is Jho Low with his arabs bandit greater then Tun Mahathir ? Is the sincere advice of solving the 1mdb issue, wrong for it to undermined the result of pemilihan Umno. For what ?

Whats wrong to investigate 1mdb openly...by a 3rd party maybe, royal commision of inqury maybe ? In the first place 1mdb should be audited without fail by Auditor General of Malaysia, since the ultimate ownership of 1mdb is the goverment.

1mdb is a case of investment gone bad by mismanagement or failure in governance, why does Umno coming out strongly shooting at whoever asking or questioning 1mdb ? What does the cabinet have to be dragged into it when the cabinet not aware of its existence in the first place ? In any case its a private co owned by Mof and Mof must answer for it

                                    ********************

Artikel di atas adalah dari kiriman watsapp seorang rakan yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan isu 1MDB. Saya cuma perbetulkan mana2 ejaan yang asalnya menggunakan ejaan ringkas, pengisiannya tak diubah.

Dalam kita membicarakan tentang kesan isu 1MDB ( dan RM2.6 bil ), selalunya kita hanya sentuh nilai RMnya saja, dalam kes ini, angka RM42 bil jumlah hutang 1MDB sehingga akaun 2014 sering disebut. Sekarang amaun itu pastinya dah meningkat beberapa bilion lagi dek sebab tukaran wang kita yang merosot teruk berbanding US Dolar kerana hutang luar menggunakan matawang itu. Juga kerana kos kewangan yang disebut oleh kerajaan sebagai RM2.4 bilion setahun.

Walaupun ada dibayar hutang ( yang kita tahu seperti hutang Deustch Bank hampir USD1 bil ) tapi pembayaran bukan dari duit 1MDB, ini bermakna kos kewangan akan meningkat ( lubang makin besar ) dan jumlah hutang juga makin besar.

Bagaimana pula dengan kesan sampingan lain ( yang tidak boleh dinilai dalam bentuk duit ) kesan dari isu 1MDB ? Perkara2 lain yang memberi kesan tidak langsung gara2 isu 1MDB termasuk cara kerajaan Najib dan 1MDB sendiri menanganinya ?

Bila isu 1MDB tidak ditangani dengan segera dan dengan cara yang efektif, dilengah2kan siasatan, jawapan2 longgar yang diberikan, jawapan2 alih isu yang diberi oleh pro Najib serta beberapa tindakan pihak kerajaan sendiri terhadap mereka yang terlibat dalam menyiasat .... apakah semua itu tidak ada memberi sebarang kesan kepada negara ?

Itu yang dimaksudkan sebagai Collateral Damage atau Kesan2 Sampingan oleh penulis di atas. Kesan2 ini tidak boleh dinilai dengan wang ringgit tapi impaknya adalah kepada sistem nilai yang dikaitkan kepada kerajaan dan rakyat sendiri.

Integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap agensi2 kerajaan tercalar, imej kerajaan dan negara rosak di mata masyarakat antarabangsa dan lain2 kesan negatif .... semua itu mengambil masa yang lama untuk dibina tapi musnah dalam sekelip mata .... gara2 1MDB !

Imej bersih dan telus merupakan impian setiap kerajaan, makanya dicipta pelbagai undang2 dan prosedur yang harus dipatuhi oleh setiap kakitangan awam dalam setiap agensi kerajaan. Semua ada tatacaranya sendiri apatah lagi yang melibatkan pelaburan jumlah kewangan yang besar oleh syarikat2 yang dimiliki oleh kerajaan.

Setiap tahun Ketua Audit Negara pula akan memeriksa akaun dan perbelanjaan .... tapi adakah 1MDB tertakluk kepada semua itu ? Apakah mungkin segala kemelut 1MDB ini mencapai risiko  bernilai RM42 bilion sekiranya semua pemantauan di atas dilakukan keatas 1MDB sedari awal penubuhannya ?

Ternyata 1MDB berjaya mengelak dari dipantau ! Semuanya dibuat secara senyap2 tanpa pengetahuan kabinet. Semuanya pakai main redah jer.  Nah ... kesannya kita boleh lihat sekarang.

Integriti kerajaan tercemar, persepsi negatif yang dipalitkan dengan 1MDB semakin berleluasa dan keadaan semakin buruk bilamana kerajaan dan parti kerajaan diheret sama supaya mempertahankan 1MDB. 

Semasa gah berbelanja dengan hasil hutang berbilion2, dibuat senyap2 tapi bila timbul masalah nak bayar balik hutang, baru dilibatkan kerajaan dan parti !

Kita boleh saksikan sendiri bagaimana Bank Negara Malaysia dan Gabenornya yang selama ini dihormati dan dikagumi, sesuatu yang mengambil usaha berterusan bertahun2 lamanya sejak kemelut ekonomi 1998, telah diperlekehkan oleh Peguam Negara sendiri dan pro Najib .... semuanya gara2 mempertahankan 1MDB.

Kredibiliti SPRM diperlekehkan .... juga oleh pihak yang mempertahankan 1MDB. Ketua Setiausaha Negara sewenang2nya menukar pegawai2 yang terlibat dalam siasatan. Mereka yang menjadi mangsa ini merupakan tulang belakang yang memastikan nilai2 murni dan ketelusan kerajaan terpelihara ! Tapi mereka pula yang disiasat dan dicemuh ...... semuanya gara2 mempertahankan 1MDB.

Tahap kebiadapan melampau disaksikan oleh seluruh rakyat bilamana Majlis Raja-Raja yang buat pertama kalinya menegur cara kerajaan menangani isu  1MDB turut diperlekehkan. Juga gara2 mempertahankan 1MDB.

Agensi2 kerajaan bercakaran sesama sendiri. Timbul pula tuntutan2 bersifat kenegerian dari beberapa kerajaan negeri. Perjanjian2 antara kerajaan negeri menjadi kompromi ..... untuk apa ? Kerana apa ?

Apakah negara ini bernilai RM42 bilion ? Adakah Jho Low dan kuncu2nya lebih besar dari negarawan Tun Mahathir ? Apakah kerana nasihat2 ikhlas mengenai 1MDB maka kepimpinan Umno pula berdepan perpecahan .... juga gara2 mempertahankan 1MDB.

Hebat sekali 1MDB ini ! Biarlah hancur apa yang dibina selama ini baik diperingkat parti Umno maupun negara .... adalah lebih penting untuk mempertahankan 1MDB. 

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 11:21 AM

DT... atrikel yang amat berguna dan bermakna ... tolong simpan ia baik2 kerana kelak bila tiba masanya akan terjadinya yuntutan yang bukan2, kemelut2 yang tak dijangka atau dah dijangka, maka artikel ini adalah sebagai bahan rujukan... puak2 tak bermaruah ini mungkin akan menyalahkan Tun atau pihak2 yang kini mempersoalkan 1MDB... almaklumlah, sekarang ini, asal bertanya saja akan dicop menentang kerajaan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 11:22 AM

Bro Din,
Dah malas nak pikir sangat psl wan endibi ni. Wan yg sekor ni dah macam dewa dipuja dan dan diagungkan sehingga prinsip moral dan Islam yg kita junjung tinggi terbarai. Harap2 tak adalah mamat2 yg pertahankan wan emdibi ni time nazak nanti menyebut2nya instead of nama Allah SWT. Mana tau.. Entah2 bumi pun kecewa menerima jenazah @ bangkai2 pemuja wan emdibi ni. (Maaf sebut bangkai kerana perilaku dah macam binatang, semua dilanggar mcm x tak wujud halal haram lg..)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 12:02 PM

Dear Din and the writer of the English writing piece, I beg to differ for it has never been about 1MDB per se. It is about you-know-who or rather a couple of you-know-who!

It is due to him or them that Malaysia is to be sacrificed. Sad but true.

But, there is a blessing in disguise for now we all know that our instruments of government are truly not working in stressful time. Actually, for some years now so many have already said it over and over again that our institutions are "indah khabar dari rupa". And now the truth is staring at us.

A way out? Malaysia needs to hit bottom in more than one way. We have not reach that level yet. But be rest assured that with the implementation of the TPPA (local companies closing down leading to high unemployment) and the nation reaching bankruptcy (funds need to be spent paying the debts) to be added to the present situation that the rakyat is left without much money in the pocket, Malaysia will meet its moment of reckoning sooner rather than later.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 12:34 PM

Apakah sudah hilangnya moral Najib sebagai orang Islam? Adakah Najib lupa bahawa semua ini akan di tanya di hadapan Allah SWT pada hari pembalasan nanti? Adakah najib lupa cermin akhirat sekiranya beliau membuat onar apakah balasannya? Sebagai seorang pemimpin adakah beliau lupa apakah yg Rasullulah SAW katakan nilai2 murni yang mesti ada sebagai seorang pemimpin?? Ingatlah pembalasan tidak semestinya di akhirat.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 12:36 PM

Najib ibarat lumpur tanah liat yang dikutip oleh seorang tukang ukir lalu dibentuknya sebagai sebuah patung ... setelah itu patung itu diletakkanlah diatas takhta lalu disembah oleh para pemuja yang hipokrit lagi pura pura (Ketua Bahagian) ... maka si pemuja pun baliklah menyebarkan ilmu khurafat itu itu kepada para pengikutnya .. maka tiba pula gilirannya semua para pengikut tadi mencari tanah liat untuk dibentuk menjadi patung yang menyerupai ketua ketua bahagian lalu disembah dan dipuja sehingga mereka takut dan menurut apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin mereka ..dengan alasan nanti Melayu akan hilang kuasa ... apabila sudah lengkap semua ajaran sesat ini maka bermaharajalelah para pemimpin melakukan apa sahaja tanpa boleh dibantah .. mereka semakin lupakan Allah yang telah memberi mereka sedikit kuasa dan nikmat hingga sanggup menipu dan berbohong serta menzalimi manusia lain .. UMNO dah menjadi seperti satu mazhab baharu yang sesat ..maka wajarkah aku bersekongkol dengan kelompok kelomp[ok sesat ini ???? .. sehingga Allah menunjukkan jalan dan kebenaranNya ..aku terpaksa bermufarakah dengan kelompok yang menjadi kesayangan aku satu waktu dahulu .. I will be back when the situation is right ..

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2015 at 3:06 PM

Din, saya kini sedang berada di luar negara.
Beberapa tahun lepas, semasa saya bertugas di Australia dan di Jepun, respon yang saya dapat bila memaklumkan kawan2 antarabangsa yang saya dari Malaysia, majoritinya positif. Mereka maklum tentang Malaysia, dalam kebanyakan konteks.
Hal FELDA membantu keseimbangan kaum, bagaimana perbankan Islam dan makanan halal yang cukup terkenal menerusi Malaysia, perihal masyarakat majmuk yang aman, pendekatan agama Islam yang sederhana, kepimpinan yang bagus, etc antara topik yang ada kami bincangkan. Nama Mahathir memang akan disebut. Tetapi ada juga kekurangan. Malaysia tetap dikritik, tetapi saya menilai kritikan itu sebagai sesuatu yang wajar dan sesuai dengan situasi maklumat di hujung jari ketika itu.
Kini, saya bertugas pula di Belanda. Dan di sini, antara rakan sekerja saya selain dari Belanda, datang dari Kenya, Thailand, Indonesia, Jepun, Taiwan, Italy, Namibia, Egypt, Korea Selatan, Singapura, Iran, German, dan USA. Rakan sekerja saya disini lebih international berbanding semasa saya bertugas di Australia dan di Jepun dahulu, dan kami lebih kerap duduk semeja untuk berbincang dalam banyak hal berkaitan kerja dan sosial.
Sejak isu MH370, MH17 dan 1MDB ini timbul, jika ada isu berkaitan Malaysia timbul, persoalan mereka berbaur negatif. Tidak seperti mana pengalaman saya di dua negara lain sebelum ini. Bukan hanya saya tidak mampu menjawab, bahkan mereka sendiri melihat isu 1MDB (khususnya) sebagai tidak masuk akal. Lebih tepat lagi, mereka bukan lagi bertanya, tetapi menghukum dan memberikan label (secara tidak langsung). Situasi di Malaysia diletak setara dengan situasi korup di negara2 Afrika (seperti perkongsian Din di atas). Demo baju kuning dan merah dan nilai RM menjadi bahan gurauan antara mereka. Saya hanya mampu tersenyum sungguhpun hati saya amat kecewa dan marah. Salah seorang rakan saya membatalkan percutian ke Malaysia hujung tahun ini, sungguhpun telah merancang berbulan lamanya kerana risaukan dengan situasi demonstrasi. Dia meminta pandangan saya. Sungguhpun telah saya yakinkan beliau yang keadaan di tanahair selamat untuk pengunjung, apakan daya persepsi negatif lebih kuat dari pujukan saya.
Rakan sekerja Melayu Singapura pula pernah senyap-senyap berbisik dengan saya, bertanya, "Apa sudah jadi dengan Malaysia?"

Sekadar perkongsian pengalaman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 3:33 PM

Kalau kita lihat cara mereka mempertahankan syarikat sampah itu lebih dasyat drpd mempertahankan agama bangsa Dan negara seperti sebelum pru13 dahulu yang diserang segenap penjuru....

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2015 at 4:23 PM

@Kolek KecilTerimaKasih ! Komen saudara mengesahkan cerita2 yang hampir sama yang selalu kita baca sebelum ini, termasuk dari TS Sanusi dan Tun Mahathir dalam ucapan mereka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2015 at 8:03 PM

Betul tu.. saya juga telah keluar dari Umno disebabkan kebangsatan dan kebangangan najib memimpin Umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 9:03 AM

Tuan,

YAB DS Najib sudah tentu ditanya di ahkirat kelak.

Bagaimana pula jawapan kita bila disoal tentang usaha2 kita menentang kebatilan demi kesejahteraan anak cucu kita nanti?

Memang betul pembalasan tidak semestinya diakhirat.

Kerena menyokong, menggundi & membiarkan pencuri, penipu & penindas berleluasa, maka dgn "tunai" harta kita kena curi, kita kena tipu & ditindas.

Sesungguhnya hisab Allah itu TUNAI dan janjiNya itu PASTI!!!

Bro DT sudahpun dan sentiasa menjalankan tanggungjawab beliau menentang kebatilan dan semoga beliau dirahmati Allah didunia & akhirat.

Tks Bro DT.

Post a Comment