........... Bila 1MDB dan Najib Nak Buat Repot "Maklumat Yang DiPalsukan" ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila 1MDB dan Najib Nak Buat Repot "Maklumat Yang DiPalsukan" ?

Wednesday, October 14, 201515comments

Saya teringat kembali repot polis yang dibuat oleh 1MDB baru2 ini, ada ayat yang menyebut tentang maklumat yang dipalsukan. Sebelum ini pun kerajaan Najib riuh rendah dengan isu maklumat yang dipalsukan selepas Justo didapati bersalah oleh mahkamah Thailand atas cubaan perasugut Petrosaudi. Hairan kenapa isu berkaitan Justo itu dah senyap ?

"Biarpun adanya pengakuan ini, tiada tindakan telah diambil sama ada terhadap pihak yang telah menerbitkan dokumen berkenaan, juga terhadap pihak yang membocorkannya yang menyalahi undang-undang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Syarikat itu berkata buat kali kedua, Sarawak Report kendalian pihak asing yang sekarang ini disekat di sini kerana menerbitkan bahan dicuri dan dipalsukan, telah mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB yang kelihatan seperti tulen.

"Kami sangat bimbang, ini berikutan kenyataan Sarawak Report sebelum ini yang menyatakan ia telah memperoleh dokumen daripada siasatan Bank Negara," katanya .- mkini 13/10

1MDB
Begitu juga ketika Rahman Dahlan membawa Lester Melanyi, seorang yang pernah menghina Rasulullah untuk dijadikan saksi bagi pihak kerajaan Najib bagi menguatkan dakwaan maklumat yang dipalsukan terhadap Sarawak Report. Hairan kenapa kes itu pun dah senyap ?

Kes penggantungan permit oleh kerajaan atas dakwaan maklumat yang dipalsukan ke atas The Edge juga digugurkan kerana pihak kerajaan tidak dapat menunjukkan dengan jelas mana satukah maklumat yang dipalsukan itu. 

Tapi kenapa 1MDB hanya buat repot Polis berkaitan kebocoran maklumat dan BUKANNYA berkaitan maklumat yang dipalsukan ?

Ramai yang sudah lupa akan satu kenyataan dari The Edge pada 24 Julai lalu ketika menyiarkan artikel berkaitan Jho Low dan 1MDB-Petrosaudi -


.... ada disebut pihak The Edge akan menyerahkan segala maklumat yang mereka ada kepada pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia, Polis dan SPRM.

There was no tampering because we immediately did a digital fingerprint of the hard disc that contained over 400,000 emails and documents and secured it. What is in the discs we have given Bank Negara Malaysia, the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission this week is the exact copy as the one Justo passed to us and he has said he did not tamper with it. - TMI 24/7/2015.


Hampir 3 bulan berlalu ........ cukup masa untuk pihak berkuasa membuat perbandingan antara apa yang diserah oleh Justo dengan apa yang disiarkan oleh The Edge/SR dan dengan apa yang ada dalam rekod 1MDB, untuk dikenalpasti apakah maklumat yang dipalsukan itu.

Mudah sekali untuk pihak 1MDB dan kerajaan Najib untuk matikan atau paling tidak, lumpuhkan serangan bertali arus ke atas 1MDB ...... hanya tunjukkan maklumat yang dipalsukan itu.

Jika maklumat yang dipalsukan itu berupa data2 yang menyokong segala dakwaan/persoalan yang diajukan kepada 1MDB, pendedahan itu bakal menghancurkan asas hujah2 pengkritik .... GAME OVER.

Senang kan ? Tak perlu dipanjangkan lagi perdebatan 1MDB sehingga habis kredibiliti kerajaan dipersoalkan bila hujah2 longgar dijadikan sandaran bagi membela 1MDB.

Sekali lagi saya ulang -

1 - Kenapa Arul Kanda tidak buat repot Polis atas isu maklumat yang dipalsukan ? 1MDB ada semuanya yang asli, bandingkan saja dengan apa yang disiarkan oleh TheEdge dan SR .... dan dakwa mereka !

2 - Apakah pihak BNM, Polis dan SPRM setelah menerima segala maklumat yang dimiliki oleh The Edge hampir 3 bulan yang lalu, masih tidak dapat mengesan maklumat yang dipalsukan itu ?


Seriusli, rakyat dah bosan dengan kemelut 1MDB ini. Rakyat hanya mahu Kebenaran saja. Selesaikan secepat mungkin isu 1MDB ini dan tumpukan kepada isu2 rakyat dan negara. 

Nah, jalan penyelesaian paling mudah sudah terbentang - buktikan dakwaan maklumat yang dipalsukan itu, and the country can move on ...... 

PS - Saya yakin para pengkritik 1MDB akan akur dan tidak lagi kritik jika dapat dibuktikan dengan jelas bahawa segala maklumat yang dijadikan sandaran kritikan adalah maklumat yang dipalsukan. Mudah kan ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 5:30 PM

blongang akan lupa benda-benda lepas atau buat-buat lupa sebab tugas mereka menepis/spin isu-isu semasa je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 7:32 PM

Kononnya 1mbodo diisytihar bersih oleh ag....come on la...kita tau ag ni sebab apa tiba2 jadi ag.

Lets hear from former ag..sdh tentu dia tahu lebih byk drpd ag skrg ni sebab beliau terlibat secara langsung dln menyiasat semua tu...ag skrg blm siasat lg dah nak tutup kes...

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 8:27 PM

Ahaiii

Siapa yg dah istihar 1MDB bersih?

Pak guard Nepal?
Usin Tom Yam?
Bibik Cleaner?
Bouncer Lambada Dangdut?

Ada sesiapa boleh bagi biodata Apandi ni?
Dengar2 banyak yg keruh semacam je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 8:34 PM

Mcm mana nak repot sedangkan mereka lah yg memalsukan segala2nya. Dgn tindakan bodoh itulah nasib mereka nyawa2 ikan je.....rakyat belum lupa,najib! Andalah pengkhianat dan penipu besar buat negara. Masa pasti sampai buat kalian....bersedialah ke arah itu sbb anda takkan selamanya selamat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 8:50 PM

Dulu kita nak dia turun,tapi tak mahu....nak buang pulak mcm2 benteng dia buat....apakata sekarang kita humbankan saja najib ni. Pasal tak sudah2 menipu. HUMBAN KAN SAJA YG PALING LAYAK. Hina sungguh perbuatan beliau. Janji kalau tak di tepati mmg sah MUNAFIK. Tak layak jadi pemimpin.

#waristunkuhitam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 9:20 PM

yang pasti maklumat 1mdb dalam borangnya ke bnm untuk bawa duit keluar adalah palsu. tapi ag tak ambil port kerana borang dah bnm terima, duit dah keluar. bila maklumat palsu, duit rm1.83b pun lesap la dengan maklumat putar alam kerana dari awal lagi dah palsu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 10:00 PM

Najib memang masyhur dgn Gertak Kelingnya. Asyik-asyik nak saman, tapi habuk pun tarak...!!! Baru2 ni kata nak saman Tun Dr. Liong Sik, apa dah jadi....????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 10:27 PM

Saya tertanya-tanya, bagaimana agaknya conscience para wartawan professional di media arus perdana dalam menangani isu/skandal 1mdb ini.

Maksud saya, people like Hanim Muheli of RTM, Amin Hayat of TV9 or Karam Singh of TV3 (sekadar menyebut those yg menang award... sorry yg lain ) .... sudah pasti mereka nampak apa yg kita nampak, serta faham apa yg kita faham ttg isu 1mdb ni. Namun tangan mereka terikat, mulut mereka tersumbat. Mereka tak dapat peluang utk jadi seperti Carl Bernstein dan Bob Woodward yang membongkar skandal Watergate.

Tapi takkan dah takde ruang untuk mereka gunakan kepakaran mereka untuk tolong bongkar skandal 1mdb ni. Pasti ada ruang. Gunalah peluang ini utk jadi seorang patriot. Kata orang, wartawan mudah dapat cari maklumat sebab mereka tak terikat dengan peraturan ketat seperti anggota penguatkuasa.

Come on Hanim... Amin... Karam...! It's time for you guys to shine for the nation!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 10:33 PM

@Othaman Ahmadtunggu hari selasa minggu depan. tarikh dan tahun tak ada. cuma ada hari dan minggu depan ajer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 11:23 PM

Ada sorang blogger tulis yg ada 4 orang penasihat dibelakang PM. Yg herannya kenapa takde nama Omar Ong?

Saya teringat sebelum ni sorang blogger pro Najib (The... kononnya tak pandai spin) cukup kuat menghentam si Omar ni. Tapi sekarang Omar ni dah lenyap ke? Takkan dia takde peranan dalam skandal as juicy as 1mdb nih kan...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2015 at 11:36 PM

Elok cari jalan tengah yang bleh menjernihkan situasi.maki hamun kat blog mereka tak baca.ringgit semakin jatuh $ara hidup naik.beberapa bijak pandai bersama sama jumpa Mp buat usulan perjumpaan ngan PM.rakyat jelata yang akan menanggung efek dari kes ini.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2015 at 11:48 PM

@Anonymousmereka baca ..... kalau tidak buat apa belanja juta2 untuk bela cytro Najib ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2015 at 12:48 AM

Baru tadi first time jenjalan kat FB Najib.
Dah lama nak pergi tapi tak tergamak.

Aduh, patut pun Najib boleh buat muka toya, poyo, koyo, boyo dll mangkuk.
Dah tebal dinding Pudu Jail rupanya muka dia.

Sarat dengan maki hamun, sumpah seranah je.

Aku ingat dah salah masuk, click out, click in balik..sama..sahih.

Aku sanggup tengok 4/5 pos, lepas tu chow.

....................
Reply To This Comment ...................
jangan mimpi
October 15, 2015 at 8:18 AM

xkan selamat selama nya najib n pro nya dgn sumpah seranah rakyat yg di aniaya..mungkin macai2 najib dpt back up njib hbis2an skrg.suatu hri kelak masa najib jatuh tsungkur akn tiba.xkan selama nya berada di atas.AG skrg nmpk berat sebelah.mcm mna jdi peguam sdgkn sndri pun x btindak mcm peguam yg adil lg bijaksana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2015 at 9:04 PM

Mereka baca....betul cakap din tu,aku setuju. Kalau tidak takkan depa tak siarkan posting2 aku.@dinturtle

Post a Comment