........... Bibir Manis ! - Kemahiran Najib dan Arul1MDB Yang Tidak Dapat DiSangkalkan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bibir Manis ! - Kemahiran Najib dan Arul1MDB Yang Tidak Dapat DiSangkalkan

Wednesday, October 28, 201530comments

KUALA LUMPUR: Syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tidak pernah gagal membayar balik pinjamannya dan komited sepenuhnya untuk melunaskan hutangnya sebanyak RM42 bilion.

Langkah itu akan memberi lebih ruang untuk syarikat melaksanakan pelan rasionalisasinya dengan berkesan, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy.

"Kami secara konsisten menjelaskan bayaran faedah dan pinjaman pokok tepat pada masanya.

"Pada 2015, kami telah membayar balik pinjaman pokok dan juga faedah," 



astroawani
Arul Kanda berkata, pada Februari 2015, 1MDB telah membayar balik pinjaman RM2 bilion kepada satu konsortium bank tempatan dan berikutan itu ia telah menjelaskan kira-kira RM800 juta bayaran balik pinjaman pokok berkaitan hutang dengan bank tempatan lain.

Pada Jun, 1MDB membayar balik RM3.6 bilion atau US$975 juta pinjaman bersindiket kepada satu konsortium bank asing diketuai Deutsche Bank.

"Pada tahun ini kami secara konsisten memenuhi pembayaran balik pinjaman pokok dan menjelaskan faedah ke atas hutang 1MDB," katanya. 


Seperti biasa, SOP 1MDB dan Najib ketika menjelaskan apa2 isu mengenai 1MDB adalah dengan tidak menceritakan sepenuhnya. 

Seperti juga semalam ketika Najib menjelaskan 1MDB tidak ada berhutang USD481 juta kepada IPIC setakat 31 Mac 2014, memang betul apa beliau katakan tapi itu bukan cerita sepenuhnya. ( KLiK

Kenapa dibiarkan penjelasan itu tergantung ? Jawapan sebegitu tidak menjawab soalan. Jawapan itu kita sifatkan sebagai jawapan longgar kerana ia mencetuskan lebih banyak persoalan. 

Apakah Najib mahu mengelak persoalan baru pula bercambah jika penjelasan penuh diberikan ? Contohnya, takut nanti rakyat akan minta penjelasan penuh mengenai Option, berapa sepatutnya yang perlu dijelaskan oleh 1MDB dan berapa sebenarnya yang telah dibayar kepada IPIC ? Kenapa perlu dibayar bodoh2 je duit itu kepada IPIC yang sekadar menjadi penjamin kepada pinjaman Goldman Sachs yang telah mengenakan caj yang begitu tinggi ? Apa pula citer deposit bilion2 yang dipegang oleh IPIC/Aabar sebagai syarat menjadi penjamin pinjaman yang sama ? Selepas ditolak komisen kepada Goldman Sachs serta deposit dan bayaran tebus Option, berapa je BAKI dari pinjaman yang diterima oleh 1MDB ?

Semua itu saling berkait dan belum ada penjelasan lengkap lagi. 

Sama juga seperti kenyataan Arul di atas....

"Kami secara konsisten menjelaskan bayaran faedah dan pinjaman pokok tepat pada masanya.

Sebelum kita keluarkan hujah2, kita kena baca ayat seterusnya pula -

"Pada 2015, kami telah membayar balik pinjaman pokok dan juga faedah," 

dan sekali lagi diulang -

"Pada tahun ini kami secara konsisten memenuhi pembayaran balik pinjaman pokok dan menjelaskan faedah ke atas hutang 1MDB,"

Maknanya, kenyataan Arul itu hanya merujuk kepada TAHUN 2015 saja ! So... jangan salah terjah.

Saya lebih suka kalau ayat Arul itu berbunyi seperti ini -

Kami secara konsisten telah menjelaskan hutang 1MDB melalui cara berhutang dengan pihak lain. 1MDB tidak punya wang tunai untuk bayar hutang, makanya kami secara konsisten telah menggunakan method gali lubang tutup lubang.

Bermakna, hutang 1MDB tidak pernah berkurang malahan semakin besar walaupun kami konsisten bayar hutang tepat pada masanya. 

                                                          *********************

Arul duk sebut lagi tentang Perjanjian Tukar Aset antara 1MDB dengan IPIC yang dikatakan bakal mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16 bilion.

Tetapi, Arul TIDAK PERNAH mahu menjelaskan apa yang 1MDB perlu korbankan kepada IPIC untuk mendapat pulangan itu.

Aset dari IPIC saja yang diceritakan, bagaimana dengan aset dari 1MDB ?

Jika aset Edra mahu dijual kepada TNB, sementara TRX dan Bandar Malaysia dibuka kepada pelabur luar .... apa lagi yang 1MDB ada untuk dijadikan aset tukaran kepada IPIC ?

Melainkan pegangan saham/ekuiti dalam 1MDB !! 

Woooo.... saya harap bukan itu. Kerana jika itu yang berlaku, ia bukan lagi menjadi milik rakyat Malaysia sepenuhnya !

Makanya disini saya berharap Najib dan 1MDB dapat berikan penjelasan sepenuhnya tentang perjanjian bersama IPIC itu. Jangan menyorok dibelakang ayat2 yang lunak didengar sedangkan kenyataannya umpama racun yang memakan diri.

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 1:23 PM

Itu la fakta sastera klasik. Tak perlu bukti selain air liur. Itu untuk penyokong ahjibgor. Kalu fakta ekonomi, sains, math, itu 1mdb tak mampu beri, bukti bayar tarak. Itu bukti tdm dan pengkritik tak dpt dari 1mdb

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2015 at 1:31 PM

Din,

Kau ni suka sangat ambil pandangan negatif. Orang bayar hutang pun kau komplen kalau orang tak bayar hutang lagi kau belasah cukup2. Apa pendirian kau sebenarnya. Nak melingkupkan 1MDB ke atau nak menjatuhkan Najib supaya Godfather kau tu puas hati.

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2015 at 1:45 PM

@Esa AdamPandangan negatif ? Kalau dah semuanya negatif, macamana nak lihat secara positif ?

Saya cuma nak penyelesaian yang terbaik dan yang berslah dihukum

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 2:08 PM

Apa ni, apa punya jenis pnafian ni.. Menafikan terus jenayah 1mdb yg terang2 dh membangkai. Pk la sikit kai otak tu. Memang la xsalah byr utang. Wajib la byr kalau dh brhutang.
Tp masalahnya mana dpt duit byr hutang. Dari keuntungan bisnes ke?? Kau xtau ke 1mdb ni dlm pnyata kwgn manada pernah catat untung. Kau paham ke tak macai oi..
Dhtu dr mna dpt duit ???. Kalau menjual aset bmkna suma staf 1mdb adlh amat bahalol tmasuk ktua lanun laki hippo tu. Bahlol la dh la xpandai bniaga. Dijual plak harta yg tak sberapa. Tu namanya PENGKHIANAT bahlol. Kau paham ke tak macai oi..
Atau dpt kumpul duit sbb pau rkyat kai GST, TOL, DAN SGALA MCM SMAN SERTA CUKAI???? Waaa hebatla cmtu ek???? .. Brtuahla kau kan macai dpt PM prihatin. Bini plak segak chubby. Cash is king. Tbukti dh
Brim dan sgala mcm lg duit ditabur kt rakyt. Memang nampak baik. Tp hakikatnya skadar mengaburi segala jenayah dan skandal. Yg trpedaya hanya macai-macai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 2:29 PM

Kalau dah kaki mohong tu sampai bila pun akan tetap mohong, buatlah apa pun najib rakyat dah hilang kepercayaan dah, tengoklah sambutan pembaca pada fb & blog2 pro najib ibarat hidup segan mati tak mahu depa pro najib duk sembang sama sendiri saja seperti hidup segan mati tak mahu bandingkan fb & blog2 anti najib pula ibarat langit dengan bumi yang menjadi tumpuan pembaca.

Biarkan lah pro najib hidup dalam khayalan dunia mereka dengan merasa mereka kuat hakikatnya mereka bersembang dalam kelompok mereka saja, bila tiba ketika pru14 menangis keluar darah pun tak guna waktu tu jangan pula nak salahkan rakyat yang mengundi, selamat berangan & berkhayal pro najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 2:43 PM

ini bukan soal pandangan negetif or positif........ini berdasar kan fakta n kajian....lebih2 lg asas berniaga......kalo ikut kan mcm si din ni plak ceo 1mdb sbb penerangannya detail.......ada tolak campur bahagi...baru tau mana duduknya syarikat....
ini arul ngan jib.....penerangan pakai air liur....haaa.....seme elok...syarikat x ad ape2...beres semenyaa jgn risau..kalo mcm ni,aku boleh jd ceo 1mdb....

kalo arul n jib ni betol n ceredikkkkkk.....terangkan la cara org berniaga....sampai x timbul pandangan negetif....rakyat yg cerdik leh tau laaaa negetif or x dr penerangan mrk tuu..
nak berniaga tp bodohhh...org jual cendol tepi jalan lg pandai berniaga......adoiiiiiiiii....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 3:00 PM

@Esa Adam
Salam DT & Esa Adam,
- Betul cakap DT tu, masih belum ada penJELASan dr pihak Cik Wan (WanEmDiBee)
- JELAS di atas maksudnya tak kabur, terang, berfakta, ada data & statistk
- JELAS jugak bleh membawa kepada mematikan soalan2 yg mgkin akan timbul
- JELAS jika Cik Wan terus2an menjawab secara jujur sehingga tiada lagi soalan mendatang
- Apa kata Cik Wan buat N2H dgn orang2 yg masih blurrr, bersoal-jawab dua hala..ada bran..??

Wallahu'alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 3:01 PM

Kalau nmpk ular dgn Arul dan ahjib,pukul la Arul dan Ahjib dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 3:49 PM

@Esa Adam

Ape bende la si esa adam ni.... aku tak nampak pun bahagian mana yg negatif... ce kau bg tau aku yg mana satu yg kau nampak negatif? Sebab yg aku nampak cuma konsisten dan memang yg nyatakan oleh dinturtle tu kehendak ramai rakyat senyap dan duk atas pagar mcm aku ni... jd boleh kau tunjuk apa bende yg kau nampak tu? ke kau nampak RM? klu yg tu, aku xleh nak kata apa dah la... suke ati kau la... hehehehe.

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2015 at 3:58 PM

Pada aku yg jelas sejak terbongkarnya skandal 1MDB ni, ialah cerita2 hutang dan bagaimana nak bayar hutang.

Sepatutnya syarikat yg punya wibawa tinggi jenis superduper copper apa bala dgn modal ciput 1 juta ni, mestilah nak layan cerita untung.

Begitu punya kepercayaan bank2 dunia konon2nya bagi pinjaman sampai puluh2 bolion, takkan tak untung.

Paling gelak, pemakan dedak Najib kata 1MDB untung buat klinik 1Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 4:21 PM

Ni syarikat pelaburan ke syarikat broker angin...??

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2015 at 4:42 PM

Din,
Ramai betul penyokong kau kat sini. Yang aku tahu penubuhan 1MDB bermodalkan cash injection dari Khazanah dan aset tanah di TRX dan Sungai Besi Airport. Dengan aset tanah ni maka bermulalah business model 1MDB yang permulaannya mengambil alih IPP Kroni mantan PM yg kita kasihi dulu. Nak ambil IPP tu tentunya kena pakai duit bukan air liur. Jadi kenalah berhutang. Tujuannya selepas diambil IPP ni akan di senerai di Bursa. Malangnya timingnya dah tak kena kerana kejatuhan pasaran saham dunia, turunnya harga minyak dan komoditi seperti minyak sawit. Dalam keadaan pasaran saham dunia yg suram sudah tentulah pelabur2 akan duduk di sideline. Pemulihan ekonomi dunia bukan boleh berlaku sekelip mata. Jadi berlakulah permasaalahan pembayaran hutang kerana IPP telah pun dibeli. Untuk memulihkan 1MDB dan membayar hutang2nya perlukan banyak cara. Kita yg hanya pandai mengkritik dan tak faham masaalah kewangan korporat patut tidak menggangu senario ini. Pelabur2 yg berminat membeli tanah misalnya akan menekan 1MDB yg mereka tahu mendapat tekanan dari kamu semua yg memburukkan keadaan. Jadi berilah kesempatan kepada 1MDB memulihkan keadaan kewangannya. Dengan kita terlampau kritikal ianya akan menyusahkan pengurusan 1MDB. Atau ada orang yg sengaja mahu menyusahkan negara kerana hajat memenuhi agenda masing2.

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2015 at 4:56 PM

Mereka pakai skrip. Mereka akan pastikan apa yg diucapkan adalah sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 5:18 PM

saya sokong Din..... macam mana nak pandang yang positif sedangkan Pencipta 1MDB diam seribu bahasa dan tidak berani bercakap benar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 6:28 PM

Bro din,saya sebenarnya tak faham sgt ttg 1mdb ni.jadi nak tanya dari mana sumber kewangan yg 1mdb guna utk bayo semua hutangnya

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2015 at 6:51 PM

@Esa Adammereka bukan penyokong saya tapj mereka sependapat dgn saya.

modal awal adalah hutang bon 5b dari tempatan bukan dari khazanah dan bisness awal adalah skandal petrosaudi. Pembelian ipp juga byk isu yg tak tèrjawab cthnya kenapa beli terlalu mahal.

ipo gagal sebelum kita mengkritik lagi.

Pendekatà, bagaimana nak sokong atau diam kalau tindak tanduk 1mdb spt pencuri ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2015 at 6:57 PM

@Anonymous1mdb berhutang lagi dan jual harta nak bayar hutang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 7:22 PM

Org melayu sudah didoktrin sehingga akal ditidurkan drpd berfikir yg baik itu baik dan yg buruk itu buruk. Apa yg pemimpin buat wlwpun tidak syarak sbb melesapkan duit atau menerima duit tak tau dr siapa org melayu yg lemah tetap diam atau terus sokong juga. Jumlah org melayu yg celik sudah bertambah bilangannya cuma tak cukup sbb penipuan fakta dan digelap kebenaran menjadi berluas luasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 7:57 PM

Bodohnya saya ni....patutlah sampai hari ini saya masih tak faham penjelasan Najib tidak bermoral & pasukan nya.
Esa Adam, mantan perdana menteri maksud awak Pak Lah ke? Sbb dulu dia kata Malaysia nak bankrap....skrg saya pun keliru ...Tun M ke atau Najib yg buat Malaysia bankrap? Sorry en esa, saya bodoh & menyusahkan org!

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
October 28, 2015 at 7:59 PM

Sdr. Esa,
1 - Jangan cakap ikut style boss anda. Cakap yg cantek-cantek aja tapi bukti.... Kosong.
2 - Saya bukan penyokong DT. Tetapi cuma seorang suami dan bapa yg semakin lama terasa semakin tertekan untuk menyara kehidupan keluarganya seharian akibat polisi-polisi yg dibuat oleh kabinet kesayangan anda seperti kenaikan harga barang, GST, kenaikan tol dan sebagainya demi untuk menutup lobang yang digali oleh 1MDB.
3 - Berbalik kepada perkara #1 di atas, bolehkah anda buktikan bahawa Khazanah yg memberi suntikan modal bagi 1MDB? Kalau tak boleh, bawak-bawak la berenti dari menyemak kat blog DT ni.
4 - Sama seperti persoalan Sdr. Din, mengapa 1MDB harus membeli IPP yang sudah hampir tamat tempoh kontraknya dengan harga yg begitu tinggi? Seperti kata anda sendiri, ekonomi dunia berada didalam keadaan tidak menentu, jadi adakah pihak 1MDB tidak melakukan "due diligence" terlebih dahulu sebelum pembelian dilakukan?
5 - Begitu juga dalam hal tanah yg anda sebutkan. Hanya disebabkan 1MDB terlalu bangang untuk melakukan "due diligence" dalam sebarang urusan mereka, ianya tidak bermakna pelabur-pelabur yg anda nyatakan itu juga sama bodoh macam 1MDB. Sekiranya 1MDB meletakan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran, sudah pasti tiada siapa yang ingin membeli. Jadi jangan la pulak dengan mudah mengatakan pelabur-pelabur menekan 1MDB. Sebagai contoh, sekiranya anda tahu saya ada membeli sebidang tanah dengab harga RM10 sekaki persegi, kemudiannya saya offer untuk menjual tanah tersebut kepada anda dengan harga RM200 sekaki persegi, adakah anda tetap akan membeli tanah tersebut apabila due diligence anda menunjukkan harga pasaran tanah itu cuma RM90 dan setelah di bangunkan ianya cuma mampu mencecah RM130-150 sekaki persegi?
Fikir-fikirkan lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 8:29 PM

Aku bukan penyokong din turtle macam mana rupa din pun aku tak tau laki kaa pompuan aku tak nak amik tau yang aku tau najib 1mdb & 2.6b satu penyakit sejenis jika di biarkan akan membuat semua rakyat merana dan mana2 blog yang memberi penekanan berkenaan penyakit sejenis yg sangat merbahaya ini wajib diberi pujian kerana mereka menjalankan tanggung jawab kepada Allah dengan memberikan kesedaran pada rakyat.

Kepada pro najib berusahalah lagi keras supaya dedak ditambah terutama di fb najib tu tolong lah backup najib sekiranya mampu melawan gelombang komen2 pembaca yang jelas sudah menyampah dengan kebobrakan najib.

1mdb merupakan sebuah syarikat broker tanah broker ipp & broker duit tak perlu pengalaman luas dalam urus niaga hanya perlu pengetahuan dalam tipu muslihat seperti yang kita lihat sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
rakyat dilembukan
October 28, 2015 at 9:07 PM

Mohon sahabat esa adam terbukalah minda, cerahlah matahati tentang apa yg dikata anti najib ni berfikir. Apa yg ada dlm kotak fikiran kitaorang yg tak stuju dgn operasi 1mdb. Kalau 1mdb ni cuma syarikat interprise atau sdn bhd saja, kitaorang tak hingin nk ambik tahu. Tapi 1mdb ni rakyat yg jd taruhan. Maka kami sbg rakyat perlu tahu apa saja yg terjadi dlm 1mdb. Mohon sahabat esa adam akan terbukak pintu hati. Tp jutaan terimakasih juga kp sedara esa kerana memberikan komen bersopan. Tiada caci maki mcm anjing2 belaan jibby tersedak dedak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 9:12 PM

kenyataan dia org pasal 1MDB ni dengar boleh la. pecaya jgn

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2015 at 11:11 PM

Salam DT
Apa cerita tentang akaun bank 1mdb yg dibekukan oleh pihak2 tertentu di luar negara yg ini pun jadi persoalan mungkin kena gali lobang lain utk byr hutang....

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 12:22 AM

Salam brother Din...

Wah! Panas la topic ini bila tuan Esa Adam memasuki pasaran. But saya tetap hormat pendapat beliau itu cos ada betul & ada tak betul dari segi fakta. Begitu juga pendapat saya ini maybe betul pada saya then tak betul pada pihak lain.

"kita hanya pandai mengkritik dan tak faham maksud masalah kewangan korporat patut tidak menganggu senario ini"...

Rasanya elok tuan baca semula tulisan tuan ini. Lain je bunyinya jika saya bandingkan pendapat bawah ini yang tuan sendiri luahkan.

"Tujuan selepas diambil IPP ni akan disenarai di Bursa. Malang timingnya dah tak kena kerana kejatuhan pasaran dunia, turunnya harga minyak dan komoditi seperti minyak sawit"...

Boleh tak tuan rujuk website Suruhanjaya Sekuriti untuk pastikan hujah tuan berada atas landasan or sebaliknya. Jika saya jelaskan disini then penat saya & belum tentu tuan boleh faham & terima fakta.

1) Tujuan selepas diambil IPP ni akan disenarai di Bursa :- Itu fakta but persoalannya kenapa perlu masuk Bursa? Kan dah ada TNB, better serah pada TNB sahaja.

2) Malang timingnya dah tak kena kerana kejatuhan pasaran saham dunia :- Persoalan saya, tuan kaki melepak kat Bursa ke tak...? Fakta tuan ini langsung tak ada kena mengena kegagalan SC lulus untuk IPO IPP ini. Jika syarikat itu utuh fakta bukan auta yea tuan then sesuatu IPO tu akan lulus & tetap ada langganan.

3) turunnya harga minyak dan komoditi seperti minyak sawit :- Emmmm, apa yea kena mengena harga minyak & sawit ini pada industri tenaga bebas? Boleh tuan Esa Adam bagi penjelasan cikit pada saya ini yang SPM pun tahap cukup makan je but selalu gak melepak kat Bursa.

Lari tajuk cikit brother Din...

Bajet Jumaat lepas tidak beri apa impact besar pada Bursa & Ringgit sejak Isnin lepas. Jumaat lepas PM bangga nyatakan Index Bursa berada tahap 1,705 sewaktu bajet dibentangkan. Saya & rakan lain senyum je dengan hujah our PM cos kami tahu sangat hal Bursa ini.

Rabu sudah turun bawah 1,700 mata. Khamis till Jumaat kita tengok la apa reaksi Bursa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2015 at 1:45 AM

@Esa Adam
Salam DT & Esa Adam..
Rasanya apa yg Tuan DT cakap ni betullah, bukan menyokong DT tapi persamaan dlm pendapat..
- Maksud Tuan Esa, beli IPP dgn harga yg mahal ni untuk listing purposes je ke? Suatu yg teramat risky utk modal yg terlampau tinggi. Semua ni bergantung kpd IPO je ke utk setel utang semata2? Kat manalah Cik Wan ni belajar perngurusan Corporate?
- Maksud Tuan Esa, IPP ni tidak menguntungkan? Kenapa beli? Kenapa tidak minta TNB ambil alih dgn bayaran minima apabila sudah tamat konsesi?
- Tidakkah IPP itu sepatutnya menjana keuntungan? untung RM200 juta setahun...betul ke? Hmmm.."Inherited Dets (ID)" yg RM 6 Biliyon tu macamana kira ekk? Kenapa tak guna duit untung utk bayar utang IPP? Kenapa kena masukkan ID ni ke dalam harga pembelian IPP? Kan bertambah interest utk RM6B yg terpaksa dibayar oleh Cik Wan, kan?
- Beli tanah murah, tak dibangunkan..pastu buat rasionalisasi, nak jual aset2. Akhirnya aset2 pindah tangan, KERAJAAN yg rugi. Kalau Cik Wan tak bermasalah, kenapa nak kena buat rasionalisasi? Cik Wan dah jadi macam broker harta plak dah...
- Kita bukan nak memburukkan kerajaan, tapi nak menyelamatkan kerajaan drp masalah & hutang Cik Wan ni.
- Negara akan susah kalau masalah ni tidak diselesaikan dengan cepat, faham kan maksud cepat.
- Kalau Tuan Esa boleh jawab soalan2 yg dikemukakan oleh ahli2 forum, silakan lah supaya kita boleh sama2 war2kan kpd mereka2 yg masih blur...
- Soalan mudah utk pengurusan koperat, baca ni https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/10/28/1mdb-please-answer-simple-questions-first/

PS: Tuan Esa, maaf ya, adalah lebih bijak & baik tidak melibatkan mantan PM, tp kita fokus pada isu & sama2 cari jawapan. bila sebut kroni ni, sampai bila2 pun tak habis..

Wallahu'Alam

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 9:10 AM

@abdul majid

Tuan Abdul Majid,

Terima kasih kerana masih bersopan dgn saya. Cuma satu yg saya nak katakan TNB walaupun GLC ianya tetap milik syarikat awam yg disenaraikan di Bursa. TNB ada pemegang2 sahamnya. Ia perlukan banyak masa utk buat keputusan seperti perlu panggil EGM utk meluluskan sesuatu proposal. Ia lebih mudah dilakukan dgn sykt private seperti 1MDB kerana pemegang sahamnya hanya Khazanah. Segala urusan boleh diputuskan dgn hanya satu pemegang saham. Perkara2 lain tu biarlah yang bijak2 pandai disini fikirkan betul ke tidak apa yg saya katakan. Saya ni bukan dibayar atau kroni Najib cuma hanya seorang hamba Allah yg memerhati keadaan yg berlaku sekarang. Tak da syarikat yg dpt lari dari berhutang. Sime Darby yg besar tu pun berhutang walau pun setiap tahun mencatit keuntungan. Bukan kecil hutangnya berbilion juga. Oleh kerana kejatuhan nilai ringgit terpaksa menstruktur hutangnya juga. Iaitu berhutang menglangsaikan hutang. Ini common bagi syarikat2 besar.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 9:48 AM

@abdul majid

Sanbungan-

Salam Tn Abdul Majid,

Jawapan kepada perkara #2

Kenapa buat IPO. Syarikat memasuki pasaran kerana mencari modal. Ada cara lain tapi kebanyakan melalui route ini. Itu pun kalau pasaran saham domestik dan dunia berada pada tahap tinggi dan baik. Jika sentimenya baik syarikat boleh meletakkan harga yg lebih tinggi dan tidak akan ada masaalah langanan. Pemegang saham boleh monetise sahamnya dan buat keuntungan sebanyak mungkin. Jika pasaran saham muram dan tak menentu akan berlaku kurang langanan dan juga penurunan harga par bila tersenarai nanti. Itu sebab ada syarikat yg terpaksa menangguh penyenaraian disebabkan pasaran saham yg tak menentu.

#3. Apa kaitannya penurunan harga minyak dgn penurunan harga sawit.

Walaupun kedua-duanya minyak dan diguna dalam dua industri ia tetap berkait. Kenapa?

1. Bila berlaku penurunan harga minyak ia akan dikait dengan penurunan perduktiviti perkilangan di serata dunia. Bila ini berlaku makan akan berlaku pengurangan pekerja diserata dunia. Gaji tidak akan naik dan take home pay juga kurang atau stagnant. Consumer consumption juga akan turun atau stagnant. Oleh kerana minyak sawit adalah komoditi yg diguna setiap hari macam nasi maka permintaan akan menurun. Bila permintaan menurun maka harga pun akan turun. Ini adalah ekonomi demand and supply. Itu sebab bila harga minyak turun harga sawit juga turun. Penurunan harga sawit juga kadang2 dimain oleh perdangan future. Saya pernah terlibat langsung dengan dagangan future ni. Ia banyak speculative dari reality. Tapi itulah perdagangan future (future trading).

#4. Pasaran saham selepas bajet.

Dengan keadaan pasaran saham dunia yg muram dan tak menentu apa juga bajet yg dibentang tidak akan mendapat response dari pelabur luar kerana ramai fund manager pergi ke aset yg lebih stabil seperti bond dan kurang expose kepada pasaran equity. Kepada mereka yg tak faham mereka akan cepat mencemuh bajet ni tapi realitinya bukan begitu.

Assalam mualaikum.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2015 at 5:59 PM

Assalam Tuan EsaAdam dan semua ahli forum......
Semua fakta perbincangan dapat saya hdham dan faham......yang kepala hotak ni tak boleh faham ialah......kenapa cik Wanemdibi mesti libatkan penyangak JHO LOW apasal !!!!!!!
Tuan EsaAdam kalau TAK KEBERATAN sudi apalah kiranya beri sedikit PENCERAHAN !!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2015 at 10:14 AM

@NAA ZAR

Tuan Naa Zar,

Tentang Jho Low ni jangan tanya saya. Mengikut kata Kandasamy Jho Low tak da kena mengena dgn 1mdb. Jlow sebenarnya terlibat dgn TIA (Trengganu Investment Authority) syarikat yg diambil alih oleh 1mdb. Org yg sepatutnya tahu pasal Jlow ni sudah tentu mantan MB trengganu Dato Ahmad Said. Bro Din kita tentu boleh korek cerita dari Ahmad Said yg benci kat Najib tu. Apa kata bro Din boleh tolong jawab ke permintaan Tn Naa ni. Boleh juga saya tumpang dengar.

Post a Comment