........... Bancian Merdeka Center - Rakyat TOLAK Najib ! ( Hanya 23% Sokong Kerajaan Najib ? Gila .... ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bancian Merdeka Center - Rakyat TOLAK Najib ! ( Hanya 23% Sokong Kerajaan Najib ? Gila .... )

Sunday, October 18, 201518comments


Tak ramai ... errr .... sebenarnya tidak ada blogger pro Najib yang mahu memperkatakan tentang Bancian Merdeka Center semalam yang meninjau tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan Najib. Kenapa ek ?

Padahal hasil tinjauan itu amat penting untuk dikupas kerana at the of the day, apa yang penting bagi Najib adalah UNDI. Sokongan bersamaan dengan UNDI. Kalau tak sokong Najib, bagaimana nak undi BN ?

Tidak dinafikan bancian adalah satu tinjauan semata2 dan ketepatan hasil sesuatu bancian itu biasanya akan diragui .... jika ia tidak memihak kepada kita. Standard lah tu ...

Tapi bila bancian itu dibuat oleh Merdeka Center, selalunya ia menarik perhatian penganalisa politik kerana Merdeka Center sedikit sebanyak ada kredibiliti. Contohnya sebelum PRU13, Merdeka Center menunjukkan tahap sokongan rakyat kepada kerajaan adalah 43% ...  dan ketika itu pecahan mengikut kaum yang sokong Najib adalah -

Melayu  - 61%
Cina       -  9%
India      - 41%

Hasil keputusan PRU13 menunjukkan kerajaan Najib mendapat sekitar 48% jumlah undi. Tak lari jauh tu .... beza sekadar 5%.


Pada bulan Januari 2015, bancian sama mendapati tahap sokongan rakyat kepada Najib dah jatuh kepada 38% dan pengundi Melayu jatuh kepada 52%.

TERKINI - bancian bulan Ogos 2015 menunjukkan sokongan rakyat Malaysia kepada kerajaan Najib jatuh lagi teruk kepada hanya 23% dan pengundi Melayu hanya 31%  ! Sokongan Cina pula 5%.

Kalau semasa PRU13, bancian menunjukkan sokongan 43% dan BN dapat 48% actual undi, agak2lah, kalau bancian menunjukkan 23%, berapakah actual undi yang BN mampu dapat jika diadakan PRU14 sekarang ?

Bagi saya, penurunan drastik sokongan Melayu dari 61% ( semasa PRU13 ) kepada hanya 31% menunjukkan orang Melayu menolak Najib ! Rakyat Malaysia (23%) menolak Najib !

Pendek kata - Rakyat TOLAK Najib.

Inilah realitinya !

Itulah mesej penting yang harus diambil serius oleh kepimpinan Umno jika masih punya angan2 untuk terus memegang kuasa. 

Jika terus bergantung harap kepada Najib, alamat Umno bakal berkubur selepas PRU14. Jika Najib dibuang, sekurang2nya masih ada harapan buat Umno untuk mengembalikan sokongan rakyat.


Dibawah pula bancian tentang pandangan rakyat terhadap cara kerajaan Najib menangani masalah ekonomi negara.



PS - Rujuk -  

TMI - Ramai Melayu tak setuju pentadbiran Najib

Mkini - Poll: Malay approval for Najib's gov't hits all-time low

TMI - More Malays disapprove of Najib administration, survey shows

Mkini - Sokongan pengundi kepada Najib terendah

Straitstimes Singapore - Approval sinks for Malaysian PM Najib's government

( oya, Laporan dari Straitstimes Singapore ini amat dipercayai oleh kerajaan Najib sepertimana ditunjukkan semasa kes Justo baru ni )

UMNO ( bukan Najib, ok ) wajib bertindak segera !

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Razlan
October 18, 2015 at 1:55 PM

Selamat tinggal BN. Siapa yang hancurkan? Bukan pembangkang, bukan Melayu, bukan UMNO...kita semua tahu jawapannya. Malah, penasihat dia sendiri pon tahu siapa yang menghancurkan BN. Dia, penyebab tu, masih tidak mahu menerima kenyataan. Macam cerita gangster Hollywood, " If I go down, I'm taking all of you with me..".

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2015 at 2:17 PM

Yang kita takutkan, Najib terus-terusan berpegang pada jawatan dia walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap rakyat. Bila perkara tu berlaku, adakah babak-babak pertempuran di negara bergolak yang selalu kita tengok di TV akan terjadi juga di Malaysia? Sudah pasti ya, bersedialah wahai rakyat sebab nampak gayanya - NAJIB akan sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan jawatannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 3:30 PM

itu ikut merdeka centre yang tak diakui oleh blogger prepaid dan postpaid serta punahsihat. kalu ikut punahsihat dan blogger berbayar, jumlah dalam bloglist bro din ajer dah tunjuk sokongan blogger kepada ahjibgor lebih tinggi daripada yang dok kritik. jangan dok kira tang hit pembaca. itu belum lagi masuk pewakilan umno yang melihat sokongan kepada ahjibgor dalam ramainya yang dok like serta follower yang jauh lebih ramai daripada bang non dan tdm. ramai tu . jangan dok kira yang dok kutuk. kira yang masuk aje udah ler. kalu dibandingkan dengan tdm, hampir semua kbu telah memberi sokongan kepada ahjibgor untuk terima wang 2.6 billion sebagai derma dan juga sokongan untuk ahjibgor terus kekalkan kuasa sebagai pm. tolak, ku li, tsmy, sa, tak sampai pun 5 jari yang menentang. seramai lebih 186 kbu beri sokongan. tu baru kbu yang berkuasa penuh ke atas semua ahli dalam bahagiannya yang memberitahu kepada kbu agar terus sokong ahjibgor. belum lagi masuk parti lain seperti mca, mic, gerakan. semuanya memberi sokongan dan jaminan penuh untuk terus sokong ahjibgor sebagai pm dan presiden bn. mereka terima penerangan bahawa wang yang masuk akaun ahjibgor sebagai derma. bab 1mdb ni boleh selesai lagi 2 bulan. ok belaka. ahli semua dah terima dengan hati yang terbuka segala penerangan yang disampaikan kepada ketua mereka. jadi, mana datang 23% peratus jer yang sokong? ahli pas pun dah sokong ahjibgor kerana mereka lihat hj hadi kata terima ahjibgor sebagai pm. yang tak sokong ahjibgor tu cuma tdm, ku li, tsmy, sa, yang semua tu dalam keadaan terdesak sebab kroni mereka tak cukup makan. kata ahjibgor, saya dengar mereka sokong saya. saya lihat ramai yang datang ke majlis saya. ramai yang nak salam dengan saya. ramai yang nak berselfie dengan saya. sokongan semakin meningkat tu. cash is king. brim naik tahun hadapan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 3:31 PM

Tu la Tun..Yg pi sokong Dsn ganti Pak lah sapa suruh.Kan dah mkn tuan..Najib tu nmpk aje cool n bijak tp kalau Big Mama dah siku pun kecut mcm mana tu..Punasihat pun hancur lebur.Dok jaga hati cina lagi.Ni pun silap2 Selangor lebur terus langsung xde wakil Umno dan Bn,dlm pru 14 akan dtg.Umno sgor pun di landa badai.Saya sbg penyokong Umno di sgor pun dah naik menyampah dgn Umno dan Dsn.Jaga hsti rakyat konon.Uuweeekkk...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 4:28 PM

harap TDM tidak ditangkap. klu TDM diapa2kan confirm gua turun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 5:31 PM

Next pru najib juga akan menang
pengundi2 hantu berjuta2 masuk malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 6:17 PM

kajian itu ada kebenaran nya sebab majoriti melayu dah hilang keyakinan pada najib. orang yang cari makan dengan cash is king saja yang menyokong. itupun sebelum najib rebah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 7:33 PM

Camne nak sokong PM yang sengal lagi bebal gini. Soalan mudah pun tak mau jawab. Mangkuk hayun gila mana mau derma USD 700 juta? Laki bini anak beranak kaki kantau. Rakyat jugak tanggung semua. Eloklah,bila PRU 14 nnt tahu la korang nasib UMNO nanti. Akan naik batu nesan yang besar punya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 9:37 PM

Naik batu nesan dgn kita sekali masok dlm kubur. Tak suka saya akan apa pm lakukan saya tetap akan pangkah BN sbb saya tak nak limkomunis tu perintah kampong saya yg saya tahu yg akan halau org2 melayu guna lawyer melayu juga.
harap maaf.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 9:41 PM

Aku pon nak ikut jugak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 9:46 PM

Menteri kabinet nanti smua org luar...pm dan tpm je org tmpatan...
Pm ...apandi
Tpm....jamal
Dua2 sengal dan bengap

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 9:47 PM

Apa? 23% saja? biar betul pru13 merdeka centre tersasar 5% mungkin pru14 merdeka centre boleh tersasar juga beberapa %, oleh demikian kita bagi markah simpati 10% pada bn so up 10% = 33% alamakkk sudah up 10% pun kalah lagi macamna ni najib, macamna umno sudah sedia jadi pembangkang pru14? kalau umno nak jadi pembangkang kenalah terus buat macam sekarang pertahankan najib bermati matian besar peluang jadi pembangkang cara gini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 10:18 PM

Bro Din,

Najib dah hanyut. Hanyut menggadaikan bangsa melayu dan menghina Raja-Raja Melayu bila mengatakan imigran yang dibawa oleh penjajah bukan pendatang. Ini bermakna kita dah tak perlukan taraf Bumiputera dan juga tak perlu lagi ada Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Raja-Raja Melayu untuk menguatkuasakan peruntukan memberikan keistimewaan kepada orang melayu dan pribumi.

Rujukan ringkas kat sini...(https://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_153_Perlembagaan_Malaysia)

Natijahnya, Malaysia ni dah macam negara Republik, perdana menteri macam dah berkuasa mutlak seperti presiden boleh ubah benda yang termaktub dalam perlembagaan sewenang-wenangnya. Malah presiden pun kena melalui dewan senat dan kongres. Kita dah tak perlukan pengkhianat lain sebenarnya sebab kita dah pun dikhianati sekarang. Dan mana macai2 ketuanan melayu..?

Mohon Duli Raja-Raja Melayu menyemak keadaan ini dan bendunglah ia jangan jadi lebih parah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2015 at 6:06 AM

Terimalah hakikat...

Bn akan jadi pembangkang tak lama lagi...

Tapi mcm yg aku selalu ingatkan...never ever trust politicians...yg menang nanti pun hampeh..

Tapi buat masa ni...ajib and the gang memang lebih hampeh...sebab tu akan jadi pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2015 at 2:21 PM

Din,

Banyak yg results survey Merdeka Centre yang lalu kurang tepat. A survey must be 95% probability accuracy.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 12:53 AM

Samalah aku pun

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 12:56 AM

Apa kata kau pulak yg buat survey? Sembang lebat je aku tengok kau ni.

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2015 at 3:52 PM

najib.. PM terbaek masia hahahha

Post a Comment