........... Apakah FBI Perlu Maklum PDRM Untuk Siasat 1MDB Dan Derma Najib ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakah FBI Perlu Maklum PDRM Untuk Siasat 1MDB Dan Derma Najib ?

Sunday, October 4, 201520comments

Beberapa portal hari ini ada menyiarkan artikel Bernama yang mendakwa Ketua Polis Negara ( atau dikenali dengan akronim manja KBAB ) menafikan FBI telah memulakan siasatan keatas 1MDB dan Najib.

Saya copy artikel bernama itu -

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan kononnya pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan ke atas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menerima sebarang pemakluman berhubung dakwaan siasatan yang dijalankan oleh pihak FBI.

"Saya merujuk kepada beberapa artikel yang disebarkan di dalam media sosial yang mendakwa pihak FBI telah memulakan siasatan ke atas 1MDB dan perdana menteri.

"Agensi terbabit juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama," tegasnya dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkaitan perkara berkenaan supaya berhubung terus dengan pihak FBI di Washington dan tidak merujuk kepada laporan media semata-mata.

Ada sesuatu yang pelik dengan artikel Bernama itu, maka saya cek dengan FB KBAB pula -

KENYATAAN MEDIA: DAKWAAN BAHAWA 1MDB DAN YAB PERDANA MENTERI SEDANG DISIASAT OLEH PIHAK FBI

SAYA MERUJUK KEPADA BEBERAPA ARTIKEL YANG DISEBARKAN DI DALAM MEDIA SOSIAL YANG MENDAKWA KONONNYA PIHAK FEDERAL BUREAU OF INVESTIGATION (FBI) TELAH MEMULAKAN SIASATAN KE ATAS 1MDB DAN JUGA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA.

POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) TIDAK PERNAH MENERIMA SEBARANG PEMAKLUMAN BERHUBUNG DAKWAAN SIASATAN YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK FBI. AGENSI TERBABIT JUGA TIDAK MEMOHON UNTUK MNENDAPATKAN SEBARANG BENTUK BANTUAN DARI PDRM BERHUBUNG PERKARA YANG SAMA.


MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENDAPATKAN PENGESAHAN BERKAITAN PERKARA INI, DINASIHATI BERHUBUNG TERUS DENGAN PIHAK FBI DI WASHINGTON DAN TIDAK MERUJUK KEPADA LAPORAN MEDIA SEMATA-MATA.

(Tan Sri Dato' Sri Khalid B. Abu Bakar) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia


Perenggan pertama artikel Bernama itu yang pelik -

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan kononnya pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan ke atas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebab dari kenyataan KBAB, beliau tidak ada menafikan siasatan FBI itu, KBAB sekadar menyatakan secara resmi bahawa tidak ada makluman dari FBI dan tidak ada permohonan dari FBI.

Adakah itu SAMA dengan menyatakan bahawa tidak ada siasatan FBI ?

Persoalan utama di sini adalah, apakah pihak berkuasa luarnegara ( dalam kes ini FBI ) perlu memaklumkan PDRM jika mereka mahu menyiasat organisasi atau individu dari Malaysia berkaitan aktiviti meragukan di negara mereka ?

Jika tidak dimaklumkan, maka tidak adalah siasatan ?

Saya bukanlah nak pertahankan kewujudan siasatan oleh FBI itu, tapi janganlah pihak Bernama menyatakan fitnah ke atas KBAB ! Tak baik tu .....

KBAB tak kata begitu tapi Bernama spin ayat KBAB untuk menunjukkan seolah itu yang KBAB kata. 

Mungkin PDRM ada keluarkan kenyataan lain yang mana ADA sebut penafian itu tapi yang nyata, ia bukan dari kenyataan KBAB seperti yang dirujuk.


bernama

kbab51

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 3:42 PM

Kelakar la mamat twitter ni....hang fbi ke nak declare? Yg hang blh declare apa yg hang ada jer dan BUKAN apa yg org lain ada/kerjakan...TOLONG JGN JDI JURUCAKAP SEMUA PIHAK DLM DUNIA

Yg bg maklumat tu NYT/WSJ atas aktiviti pihak berkuasa dorang....kita sapa nak ya atau tidakkan kata dorang? Fbi sendiri pun x kata apa2 lg...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 3:46 PM

Sorry...saya silap baca...mohon maaf.

Kelakar la mamat twitter ni....hang fbi ke nak declare? Yg hang blh declare apa yg hang ada jer dan BUKAN apa yg org lain ada/kerjakan...TOLONG JGN JDI JURUCAKAP SEMUA PIHAK DLM DUNIA

Yg bg maklumat tu NYT/WSJ atas aktiviti pihak berkuasa dorang....kita sapa nak ya atau tidakkan kata dorang? Fbi sendiri pun x kata apa2 lg...

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2015 at 3:48 PM

@AnonymousKBAB tak kata, Bernama yang kata

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 4:16 PM

Bertimpa2 masalah yang dihadapi najib yang beliau sendiri timbulkan...rasa diri ini jijik sekiranya bersangka baik terhadap beliau.....rasanya negara ini sudah dijual kepada us atas perjanjian tppa!!!harap mn2 individu yang terlibat dalam kementerian perdagangan sila tampil nafikan!!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2015 at 4:30 PM

Pihak Special Branch PDRM pakar semua. Mereka tahu siapa intip siapa, siapa siasat siapa., wang RM2.6billion datang dari Arab mana, siapa ketua-ketua bahagian UmNO yang masuk berjuta dalam akaun masing-masing, mereka tahu mana penukar wang yang bantu melarikan wang ahli politik ke HK, London, Singapura, Sydney..mereka tahu semua!! Kita saja tak tahu dan buat teka-teki! Diapa tahu FBI tak siasat PM kita yang disayangi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 5:00 PM

Komen saya cuma nak beri semangat kat tuan blog saudara Din begitu juga kat semua pengomen yg pro beliau dan Tun dan hampir kesemua rakyat yg mahukan Najib LETAK JAWATAN.

Teruskan perjuangan tanpa rasa putus asa terutama lepas apa yang berlaku pada Datuk Khairudin. Malah kita harus lebih berani sekarang. Semoga kalian semua dilindungi Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2015 at 5:49 PM

Amerika cakap.."tak sain TPPA rahsia bukak haa..." (kalau tak betul sila abaikan)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 6:00 PM

Apa yg TS Khalid adalah supaya sesiapa yg nak tahu maklumat tentang siasatan FBI mengensi 1MDB supaya berhubung terus ke FBI sbb PDRM tak ada diberi apa-apa maklu at mengenai siasatan FBI tst. Maksudnya PDRM tak ada apa-apa maklumat menge ainya. Itu sahaja. Yg hang pi spin macam-macam apa hal. Elok sgt la kalau PDRM pangggil kau utk beri keteravngan......

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2015 at 6:08 PM

@Anonymoushang baca artikel tak ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 6:47 PM

Amin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 8:27 PM

@Anonymous Hang gila ka? org sembang pasai ayam, hang tulih pasai itik. Baca la dulu...jgn dok terjah ja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 8:31 PM

Bodoh punya IGP
FBI siasat benda d US
Buat apa nak inform kt PDRM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 9:20 PM

Kalau tak silap saya, semasa KBAB berada di mekah menunaikan haji, Timbalan beliau telah membuat statement (ini disiarkan dalam berita TV RTM dan Media Prima):

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis juga tidak pasti sekiranya laporan oleh The New York Times baru-baru ini berasas, lapor The Malaysian Insider.

“Saya tidak tahu sama ada wujudnya siasatan. Apa yang saya tahu, pihak berkuasa luar negara belum lagi menghubungi polis di sini.

“Sekiranya ada siasatan, maka mereka akan hubungi polis di sini, jadi sukar untuk saya mengulas lebih lanjut,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis di Bukit Aman, hari ini.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/23/pdrm-belum-dihubungi-berkaitan-siasatan-babitkan-najib/#ixzz3nbYw8TXc

.......................
p/s: saya juga tertanya soalan yg sama seperti admin; wajibkah FBI hubungi/maklumkan PDRM terlebih dahulu sebelum menyiasat perkara yg berlaku DI NEGARA mereka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 9:43 PM

Kesian KBAB tungkus lumus nak cover big boss langsung tak nampak cerdik, FBI menyiasat kerana menerima laporan berkenaan aktiviti penggubalan wang haram atau money laundering yang melibatkan USA Financial System dibawah kawalan negara mereka, buat apa FBI nak maklumkan pada KBAB atau 1MDB, FBI bukan nya menyiasat Bank Negara Malaysia, alooo apa yang KBAB dan pdrm boleh buat dengan sistem kewangan usa, nak bantu jadi drebar atau tukang buka pintu tutup pintu kereta FBI ker

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 10:02 PM

http://www.timesofisrael.com/malaysian-pm-calls-for-new-dawn-in-muslim-jewish-relations/

Brader Penyu.

Bukankah 'derma' yang diterima oleh Ah Jib Gor tu untuk melawan pengaruh Yahudi? Sekarang Ah Jib Gor tengah nak berjinak2 dengan bapak Yahudi pulak. Macai Ah Jib Gor nak jawab macam mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 10:05 PM

KBAB kalau jawab soalan, muka dia arah lain, mata dia pandang sipi aje....sori ye komen kosong aje.... Akronim KBAB sgt menarik, mujur takde angka '1'

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2015 at 11:16 PM

Ooo kalu nak siasat kena bgtau dulu patutlaa ac ambank ditutup.bijak pdrm

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2015 at 3:05 AM

Sedih bila kita dibodoh2kan dengan kenyataan yg bodoh2 belaka oleh orang2 yang bodoh2 juga..

Tambah sedih bila kerana sayangkan jawatan sanggup nampak bodoh

Paling bodoh ialah orang yang menulis komen mengatakan orang yang sanggup nampak bodoh tu betul..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2015 at 12:43 PM

kah..kah..kah..Ketua Twitter Negara ni buat lawak bodoh pulak. Polis Thailand pun tak hiraukan dia ini pulak FBI.

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2015 at 9:50 AM

Jgn mudah lupa ya......penasihat Apco Paul Linden itu bangsa apa? Banker Goldman Sachs itu bangsa apa? Duit 1mdb berbilion-bilion itu, sumber dari bangsa apa? Oleh kerana Najib dah termakan budi, dia dah jadi balaci atau budak suruhan Zionist yahudi.

Post a Comment