........... Akaun 1MDB Tangguh 6 Bulan - Apasaja Berkaitan 1MDB Mesti Ada Tangguh-Tangguh ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Akaun 1MDB Tangguh 6 Bulan - Apasaja Berkaitan 1MDB Mesti Ada Tangguh-Tangguh !

Saturday, October 3, 201513comments


Kenapa ya, apa saja mengenai 1MDB mesti ada TANGGUH ?

Disebalik dakwaan semuanya adalah OK tentang 1MDB, apa yang disajikan secara realitinya adalah sama sekali berlawanan. Mula2 tangguh bayar hutang, kemudian tangguh penjelasan konon kena tunggu siasatan Ketua Audit Negara, bila siasatan interim dah siap dikatakan ianya rahsia dan rakyat diminta tangguh hingga hujung tahun sebelum siasatan penuh siap ( itu pun tidak ada jaminan hasilnya juga boleh dilihat rakyat ), PAC yang ditubuhkan juga ditangguh, Najib juga minta tangguh 6 bulan untuk selesaikan masalah hutang 1MDB .... 

Terbaru, penyata kewangan 2015 yang ditunggu2 oleh rakyat pun diminta tangguh 6 bulan. 

Apakah semua penangguhan itu mencerminkan bahawa 1MDB OK ?

Alasan yang diberikan adalah kerana dokumen syarikat dipegang oleh pihak berkuasa. TMI melaporkan komen Tony Phua yang menuduh 1MDB tidak pernah berniat menyiarkan akaunnya. - TMI. Beliau merujuk kenyataan PAC pada bulan Jun lalu yang menggesa Kementerian Kewangan supaya segera melantik firma audit untuk mula mengaudit akaun 1MDB !


Persoalan yang perlu Arul Kanda jawab adalah, sudahkah Deloitte diberi kebenaran dan arahan untuk memulakan proses auditnya terhadap syarikat 1MDB ? Dan jika sudah,  BILA arahan itu diberikan ?

Sehingga 11 Jun, BELUM ADA syarikat audit ( termasuk Deloitte ) yang memulakan audit lagi !

Persepsi rakyat kini adalah, pihak yang berkepentingan dalam isu 1MDB sedang berusaha mencari jalan untuk buat COVERUP mana2 yang patut di cover.

Dengan perhatian yang meluas diberikan kini terhadap 1MDB, gerenti penyata akaun terbaru yang sepatutnya sudah siap itu akan diteliti sepenuhnya dan disemak setiap perkembangan/transaksi mencurigakan yang pernah dilaporkan sebelum ini, apakah ada tercatat di dalam akaun 1MDB.

Contohnya deposit Aabar USD1.4 bil yang didakwa oleh WSJ tidak ada diterima atau dimasukkan dalam akaun IPIC. Begitu juga pembayaran USD975 juta yang dipinjam dari Deustch Bank yang kononnya dibayar untuk tebus Option Aabar yang juga didakwa WSJ tidak pernah diterima oleh Aabar.

Kalau dalam akaun IPIC tidak ada disebut, bagaimana mungkin dalam akaun 1MDB boleh ada ? 

Mungkinkah itu yang dimaksudkan sebagai Cashflow Mismatch oleh Arul Kanda semasa muncul di TV3 baru ni. Cashflow di sini tak match dengan cashflow di sana !

Apakah penyata akaun itu ditangguh untuk memberi peluang kepada Najib yang telah meminta 6 bulan untuk selesaikan hutang menggunung 1MDB melalui penjualan aset 1MDB ?

Sila baca analisis menarik dari blogger Rausyanfikir ( KLiK ) mengenai isu ini.

Apa yang pasti adalah - 1MDB bermasalah dan rakyat dinafikan maklumat mengenai masalah itu.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 3:12 PM

Tangguh 6 bulan kerana nak tunggu najib cairkan dulu aset yang didakwa kononnya bernilai sehingga 54 billion siapa penilai aset sehingga sebesar tu juga goldman sach, namum kenyataan nya mana2 pembeli akan gunakan penilai masing2 bukan penilai yang memihak kepada 1mdb dan tentu sekali penilain semasa adalah mengikut kemampuan fizikal aset yang diyakini jauh berganda lebih murah dari penilaian yang yang pernah dibuat oleh goldman sach kerana penilaian asal goldman sach keatas aset hanyalah bertujuan untuk menzahirkan jumlah pinjaman yang besar diberikan kepada 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 3:32 PM

PENANGGUHAN adalah acara kegemaran najib....terutama utk 6 bulan. Apa2 hal 6 bulan. Org tua2 pesan....kerja bertangguh takkan jadi. Apa mcm? Takkan mak ayah atok nenek kita dulu tipu kita? TIDAK. Yg membohongi kita ialah najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 4:35 PM

Masa terbongkar fakta bhw TH telah beli tanah di TRX yg asalnya milik 1mdb, rakyat marah lalu TH dgn segera umumkan yg tanah itu akan dijual. Beberapa hari kemudian kita diberitahu yg sudah ada 2-3 pihak minat nak beli. Kononnya TH akn berjaya buat untung RM200,000.

Masa tu saya sangka, well....that's not bad, ada pihak sanggup beli.

Rupa-rupanya smpai sekarang tanah tu blum 'TERJUAL'. Kononnya TH mahu teruskn dgn pelan asal.

Sekarang saya wonder, mungkinkah TH tak jual sbb pihak yg nak beli tu offer harga lebih rendah dr harga yg TH bayar kpd 1mdb?

Berjayakah 1mdb mencairkan aset-asetnya by the end of this year ( yg tinggal 3 bulan saja lagi) utk membayar hutang?

We'll just have to wait and see.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 4:51 PM

Pembelian ipp yg nak luput kontrak dgn harga melampau menjadi tanda tanya takan 1mdb begitu bodoh membayar setinggi tu tentu ada yang tidak kena betulkah pemilik ipp menerima jumlah setinggi itu atau ada bentuk komisen pembelian terlibat kenapa tidak di siasat audit syarikat pemilik ipp yg memungkin sebarang bentuk transaction komisen dan sebagainya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 6:41 PM

Segala tindakan dan action yang di ambil oleh Ah Jib Gor sebelum ini ada lah 'short term' solutions untuk menutup írregularities dan 'wrongdoing'nya sebelum ia menjadi chronic tapi malang nya ia tidak berjaya menyakin kan rakyat Malaysia.

Pembohongan Ah Jib Gor tentang derma yang diterimanya dan juga 'declaration' Zahid yang berkata dia telah bertemu dgn penderma TIDAK menyelesai masalah keyakinan rakyat terhadap mereka.

Sekarang insiden majlis perkahwinan Zahid di Jakarta boleh di samakan dengan Ah Jib Gor di Khazakhstan, mengguna lawatan RASMI untuk personal mileage. Bayangkan besan Zahid yang di Jakarta di lawati oleh FUTURE Prime Minister of Malaysia yang datang dengan entourage nya, secara tak langsung besan nya sudah di 'position'sebagai the 'go-between man' in the Malaysian Government.

Yang peliknya bila Ah Jib Gor hapuskan ISA ,rakyat Malaysia sudah berani bercakap dan tidak lagi berahsia activity mereka, Kesian saudara Blogger Budin dan Bro Khairudin sudah kena SOSMA,harap2 Bro Din kita minta simpang tak kena!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 6:43 PM

berkenaan artikel ini dengan jelas telah melakukan perbuatan khianat terhadap negara. mempersoalkan 1mdb bermakna blog ini telah melancarkan serangan yang ingin menggulingkan kerajaan. fakta yang jelas bahawa 1mdb ini belum lagi diodit untuk tahun ini jelas menentang dan cubaan menjatuhkan kerajaan dan negara yang dipilih secara demokrasi. tuduhan terhadap 1mdb yang jelasnya dan berfakta belum lagi mengarahkan akaun syarikat diodit dengan jelas telah mencabar kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. blog ini akan disiasat di bawah akta hasutan dan juga sosma kerana cubaan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan tuduhan berfakta bahawa 1mdb belum lagi diodit. 1mdb adalah syarikat negara dibawah kementerian kewangan yang dipengerusikan oleh perdana menteri. jika pm tiada menteri kewangan yang akan melaporkan terus kepada perdana menteri. maka odit bukanlah sesuatu yang perlu kerana derma masuk akaun pun tak perlu diodit. kalu odit banyak la pulak soal jawab yang ini pun tak terjawab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 7:51 PM

Kepada Anon 6.43pm.

Janganlah anda temberang dengan gertak gempak anda. Analisa anda tak ubah macam Pak Pandir.

Isu 1MDB dan derma 2.6Bil adalah dua isu berlainan. Isu 1MDB adalah hutang menggunung yang boleh membengkrapkan Kerajaan Malaysia. Isu derma 2.6bil dari Pak Arab yang dibogelkan oleh WSJ pada 8 July 2015 mengambil 1bulan untuk PM kata ITU ADALAH DERMA POLITIK. Bolehkah rakyat percaya? Flip flop dari pihak atasan?

Bagaimana kalau kita andaikan bahawa dia adalah derma dari jiran tetangga yang telunjuk lurus kelingking berkait.

Insya Allah dianya akan dibentangkan oleh Allah dalam masa terdekat.

Perancangan Allah lebih hebat.

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2015 at 8:54 PM

Bro, Anon 6.43 pm tu menyindir Najib dan konvo2nya bro...cuba baca betul2...jangan terjah aje..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2015 at 9:04 PM

Anom 6:43PM 1mdb syarikat negara tak perlu audit? sebelum menulis perlu semak dulu dgn SSM mana2 pertubuhan @ syarikat tertakluk dibawah seksyen 165(4) & 169(1) Akta Syarikat 1965 menyerah penyata kira2 untung rugi Syarikat mengikut setiap kalendar tahun semasa, berkenaan akaun peribadi pula perlu di istiharkan kepada jabatan hasil dalam negeri samada perlu dikenakan cukai atau pelepasan cukai atau mana2 tindakan yang perlu, Negara ada undang2 kenapa susah sangat nak ikut undang2.

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2015 at 12:51 AM

Aku sokong, memang semuanya kerana komisen.
Untung buta atas angin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2015 at 10:53 AM

"Jasa" Najib sepanjang menjadi PM ke 6 Malaysia - hutang 1MDB, dapat "derma" US$700m, TPPA (?). Sayang betul bila isteri dan gila kuasa boleh menjadikan Najib sehingga sedemikan rupa. Sejarah tidak akan melupakan "jasa" Najib kepada Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2015 at 2:28 AM

Takpe.. saya yakin ramai paham.. hati tengah panas tu..

Lepas ni jabatan audit negara & sprm boleh bubar je la sbb semuanya boleh di'deem'kan sebagai DERMA

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2015 at 2:29 AM

Bang, baca ayat dia yg last sekali then baru u fhm yg the whole story tu pemerlian semata2 daa..

Post a Comment