........... 1MDB Kalau Labur Di ASB adalah LEBIH UNTUNG dan Lebih Selamat Dari Labur Dengan Petrosaudi ! Duit Pun Masih Cash Bukan Just Unit.. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Kalau Labur Di ASB adalah LEBIH UNTUNG dan Lebih Selamat Dari Labur Dengan Petrosaudi ! Duit Pun Masih Cash Bukan Just Unit..

Monday, October 19, 201522comments




Membaca jawapan 1MDB terhadap dakwaan terbaru ekoran pendedahan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah nya oleh Sarawak Report, buat kita rasa loya ..... sebab jawapan mereka dah basi ! 

Basi kerana seperti biasa, langsung tidak menjawab hujah2 yang dikemukakan. Hujah basi yang sering digunakan oleh 1MDB dan oleh pro Najib adalah - Pelaburan itu menguntungkan kerana dari pelaburan asal USD1.83 bil akhirnya jadi USD2.33 bil ..... ini bermakna 1MDB UNTUNG USD500 juta !

Selain itu, adalah penting untuk menjelaskan bahawa nilai ekuiti keseluruhan dan pelaburan murabahah US$1.83 bilion oleh 1MDB dalam PSI akhirnya meningkat melalui satu siri urus niaga kepada US$2.33 bilion dalam bentuk unit dana setakat 31 Mac, 2014

( Rasanya sebelum ini mereka hanya sebut untung USD488 juta je kan ?  Takperlah, kita ambil yang terbaru iaitu USD500 juta )

Artikel ini akan menghancurkan dakwaan mereka yang USD500 juta merupakan bukti pelaburan itu menguntungkan.

Pelaburan bermula dari tahun  September 2009 hingga Oktober 2014, ini bermakna pelaburan adalah selama 5 tahun. 

Untung USD500 juta itu adalah untuk tempoh 5 tahun. Ini bermakna, secara puratanya, pelaburan itu menjana keuntungan USD100 juta setahun.

USD100 juta setahun dari modal USD1.83 bil bermakna kadar peratusan untung adalah 5.5% setahun.

OK tak setakat ni ? 

Ya, untung tetap untung ..... TAPI bagaimana dengan kos kewangan 1MDB ? Ingat ..... modal 1MDB datangnya dari pinjaman/bon RM5 bil pada tahun 2009. 

Jadi untung dari pelaburan harus ditolak kos modal sebab dana pelaburan itu sendiri adalah hutang. Lepas ditolak, bakinya baru kita boleh anggap sebagai untung.

OK, berapa pula interest bon itu ? - 5.75% setahun !

So.... untung dari pelaburan adalah 5.5%  tapi kos kewangan adalah 5.75% .... untung ? Pinjam duit modal dengan kadar interest yang lebih tinggi dari pelaburan ? Tang mana yang untung tu ?

Itu belum ambil kira kos2 lain yang pasti terlibat. Saya tak tolak sikit pun. Itupun tak cukup nak cover kos modal.

Kemudian kita diberitahu kesemua dana itu dah tak boleh dibawa balik sebab lebih setengah dah hangus buat bayar hutang dan bakinya direzabkan untuk IPIC. 

Tapi bon yang dijadikan modal asal itu adalah selama 30 tahun ! Ada baki 24 tahun nak kena bayar dan setiap tahun interestnya 5.75%.

Yang itu nak bayar pakai duit mana pula ? Nak jual aset apa pula ?

 Masih nak kata untung lagi ?

Adalah lebih baik dan benar2 untung kalau 1MDB laburkan kesemua RM5 bil dari bon itu dalam ASB. Pokok tak usik selama 30 tahun dan setiap tahun boleh dapat lebihkurang 7% !

Cuma kalau labur dalam ASB jer, tak nampaklah pulak sudut strategiknya 1MDB ni, kan ? Nenek kita semua pun boleh buat. Tapi bukankah itu jauh lebih baik dari melabur dalam Petrosaudi ? Lepas 30 tahun, modal pokok pun masih ada berbanding sekarang ..... Tak perlu pun Just Unit.

Nota : Ada 3 sumber modal 1MDB itu - 1b, 500 juta dan 330 juta. Saya ambil secara mudah dengan kumpulkan semuanya dan guna interest yang paling rendah iaitu 5.75%. Kos kewangan akan lebih tinggi jika dihitung lebih detail.

                                   ****************

Satu lagi point utama yang gagal dijawab oleh 1MDB adalah - Dimana strategiknya dan di mana kesannya pelaburan dengan Petrosaudi kepada negara ? Apakah projek yang di bawa masuk ke dalam negara ?

Bukankah itu yang diisytiharkan kepada Bank Negara ?


Kemudian disebut oleh pro Najib kononnya Petrosaudi itu satu syarikat minyak yang besar dengan pelaburan dimerata dunia dan punya dua buah kapal bla bla bla ......

Haloooo ...... itu mungkin Petrosaudi sekarang. Tapi kita bercakap tentang Petrosaudi pada tahun 2009 la.

Mengikut laman web Petrosaudi sendiri, mereka hanya aktif selepas sain kontrek dengan 1MDB ! Sebelum itu Petrosaudi tidak ada aktiviti pun. Kedua kapal yang disebut itu pun dibeli SELEPAS 1MDB bagi lagi pinjaman kepada Petrosaudi. ( rujuk artikel bulan Julai lalu - KLiK )

Pada masa 1MDB sain kontrek itu, tidak ada siapapun pernah dengar nama Petrosaudi. Kita sendiri pun mula dengar nama Petrosaudi selepas isu 1MDB ini panas .... kan ?

Paling penting adalah fakta ini - 1MDB buat perjanjian usahasama dengan Petrosaudi (Cayman) BUKANnya dengan Petrosaudi International !

Dalam perjanjian usahasama itu pada awalnya ditulis sebagai perjanjian antara 1MDB dengan Petrosaudi (Cayman) -yang kemudiannya akan dikenali sebagai PSI. Itu yang ramai orang keliru konon perjanjian itu adalah dengan Petrosaudi International. ( KLiK ) Akronim yang digunakan adalah sama iaitu PSI.

Banyak lagi point yang tidak dijawab oleh 1MDB. Ini pun saya tulis cara semudah dan seringkas mungkin.

Memang licik perancangan mereka yang terlibat ini. Mungkin saja semuanya dirancang semasa percutian di kapal mewah Tatoosh ?


Eh, bukan Jho Low ke kat hujung tu ?

Baca juga artikel terbaru oleh JMD.

1MDB is only good at words but lack the substance and substantial evidence to prove them innocent.


Betul juga ... 1MDB hanya jawab dalam bentuk cakap-cakap saja tanpa satu pun bukti dikemukakan. Contohnya duit pelaburan dengan Petrosaudi tu .... pernah tak ditunjukkan walau satu bukti bagi mengesahkan kewujudannya ?

Apa yang 1MDB buktikan hanya cakap-cakap saja. Last2 semua dah hangus ....

Kenapa tak buat saja pertemuan soal jawab antara 1MDB dengan pengkritik, kasi settle semua secara berdepan ? Tunjukkan semua bukti yang ada dan jawab apasaja dakwaan dan soalan berbangkit. Kan itu yang terbaik ?
 

Najib pun tak perlu nak LARI memanjang....

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2015 at 10:35 PM

Saya hairan..takde sekorpun cai cai najib yg jawap setiap tulisan kau din. Kalau jawap pun hanya komen maki hamun tak cerdik. Sekurangnya saya nk jugak baca tulisan bantahan atau pendapat berilmu dari cai najib. Cubalah cai sanggah. Manatahu kot tulisan din atas tu tak benar. Kalau just "anjing-babi-zionis-dapig" saja, nenek dr zimbakwe pun reti tulis.

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2015 at 10:43 PM

org cerdik kalo nak tutup salah mmg..nampak bodoh......skrg ni.....tunjuk laaa...beribu fakta pun.....kalo kunci dok ngan jib....dok lam peti je laaaa fakta2 tu........

mintak2 laa ada org yg ad master key....leh bukaa fakta ni...ke depan.......huuuuuuuuu

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2015 at 11:02 PM

@AnonymousAda yang jawab tapi seperti biasalah, jawapan dipenuhi dengan maki hamun dan perkataan/label menghina.

Satu lagi, mereka lebih suka alih topik kepada isu2 lama Tun Mahathir, bukannya menjawab apa yang saya tulis dalam artikel.

Paling favoret adalah kritikan umum - semuanya fitnah, tanpa disebut mana satu yang dikatakan fitnah itu.

Komen2 sebegitu saya tidak siarkan. Ini termasuk juga komen2 kasar yang ditujukan kepada Najib Rosmah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 12:38 AM

Cuba singgah di MYKMU dan tepek hujah2 bro Din...lagi kronik maki2 puak tegar Najib kat situ...skrg saya dah tak baca lagi blog2 prepaid dan postpaid si Najib nie...mmg dah buta hati dan buta mata pada kemungkaran yg berlaku depan mata.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2015 at 12:56 AM

Ada angka lain pula yang diberikan bagi keuntungan pelaburan dengan Petrosaudi. Apa yang penting di sini adalah kadar peratusan untung itu berbanding jumlah pelaburan iaitu USD1.83 bil. Dan % itu harus dibahagi 5 supaya dapat % setahun.

Bandingkan dengan 5.75% bunga yakni kos modal itu. Adakah masih besar untung itu ? Berbaloikah semua itu ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2015 at 1:39 AM

Ke mana perginya Profesor2 Ekonomi & Politik di universiti2 tempatan yang biasanya mengeluarkan pelbagai alasan dan kajian untuk menyokong atau membela Najib? Bentangkanlah kertas2 kajian masing2....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 2:29 AM

Din, itu belum di tolak kos Komisen ajen waktu uruskan bon, kos pengurusan dll.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 3:15 AM

puak2 najib ni cap ayam.....dok serang dr m......dlm hal ni mmg laa masing2 akan ad salah....cuma skrg dlm situasi niperlu dilihat pd pro n kontra, (+ and - =?) ..dr m = + sbb tgk laa kemajuan malaysia skrg mcmn.....
kalo dr M x der..tak tau malaysia mcmn skrg....so letak la pd syukur ape yg ad.....
Kalo jib plak = - alasannya....tgk skrg laa mcmn..... reti eh nak cakap....
odo tol laaaa puak2 jib ni..........

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 20, 2015 at 7:31 AM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din! Tahniah atas hujah-hujah anda yg 'mematikutukan' juak-juak Najib yg terima wang saguhati bagi membela PM tersohor itu.

Apa yg anda hujahkan dgn istiqamah dan berasas, membuatkan mereka terkedu. Bukan saja para juak-juak, malah PM Najib sendiri dah mula menampakkan kekalutannya. Cakapnya dah memakan diri dan menyerlahkan segala kelemahan yg ada pada dirinya.

Para menteri yg ditugaskan khas untuk bela Najib dlm isu 1MDB pun dah tak ada modal lagi bila mereka mula sedar bahawa boss mereka dah banyak 'salah cakap', 'salah fakta' dan macam-macam kesalahan yg terdedah nyata dikhalayak dan mata rakyat.

Mungkin 'ilmu hitam' yg mengawal Najib selama ini dah teruk sangat kesannya hinggakan PM Najib jadi sasau atau dia sendiri tak tahu nak fikir sebelum cakap. Maka jadilah cakap dulu baru fikir. Bila cakap dulu baru fikir maka banyaklah salah dan silapnya. Maka para menteri yg jadi pembela pun terkedu dan dok konar dgn isu-isu lain yg tak ada kaitan dgn 1MDB.

Permasalahan 1MDB sekarang dijawab sendiri oleh pengurusannya. Kecualilah ada satu NGO tu cuba masuk daun suruh siasat Gabenor BNM. Nak cari makan dgn kesempatan yg ada.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2015 at 8:12 AM

nak tahu BN/UMNO kuat/hebat/termashyur/tiada cacat cela/tak pernah buat salah, cuba rampas Selangor...(eh! buat apa susah payah ye tak? kita rembat duit senyap-senyap lagi bagus..ahli-ahli kita seramai 3 juta pun bukan bijak pun..kita hulur sikit-sikit dah kira ok dah)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 8:34 AM

Tak sabar nak tunggu pembentangan bajet 2016

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 8:55 AM

saya kesian gak tengok pak din ni sejak cerita 1mdb keluar tak abih abih dari dulu masih meroyan, kalau menulis penuh dengan tanda soal memang mudah, manipulasi ayat skit ramai lah dok singgah nak komen. saya selalu kata malah najib pun kata mereka yang bersalah dalam 1mdb akan dihukum, memandangkan pak din terlalu banyak teori dan mempunyai bukti yang amat kukuh dari kawan2, spt tun m, pua, claire, dan lain mari kita set satu tarikh dan bawa semua bukti, kita buat himpunan baju hitam kita kumpul puluh puluh ribu orang dan setiap 10 ribu kita buat laporan ke pdrm, sepuluh ribu kat bnm, 10 ribu lagi kat sprm, 10 ribu lagi kat istana negara, 10 ribu kat kedutaan amerika, 10 ribu lagi kat parlimen sekarang tengah bersidang, tun m ambil satu, pak din ambil satu, pua ambil satu begitulah seterusnya, pak din melalak kat blog je buat ape, buat dosa kering je, walk the talk, jgn mcm setengah orang malaysia yang kata polis teruk, rasuah lah, diskriminasi lah tapi bila rumah kena rompak polis polis rasuah tu lah yang dipanggil untuk membantu. cepat pak din pengikut blog pun dah ramai buat sesuatu. kami akan sokong.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2015 at 9:03 AM

@Anonymousni pun contoh lari topik, tak boleh nak jawab point artikel :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 9:21 AM

Untuk orang yang boleh berfikir, 1MDB dan Petrosaudi memang dah sah komplot mencuri duit. Business model yang tak masuk akal. Dalam mana kita bising pasal Jho Low jangan lupa pada penyangak2 yang buat untung berlebihan dengan pembelian IPP dan tanah kat Penang tu. Kita pun tak boleh lupa pada Goldman Sachs yang buat untung berlebihan. Kalau tak dapat nak recover duit pun, kerajaan Malaysia pasca Najib patut blacklist GS.

By the way.. gambar kat atas tu memang patut disimpan dalam lipat sejarah hitam Malaysia. Gambar penyamun duit rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 9:22 AM

Sdra Din,

Do not be disheartened by the above comments.

These are not najib's real supporterd. They are paid cyber troopers to dilute your articles in the hope low IQ readers will be confused.

I no longer read blogs of mykmu, dr mim, tun faisal etc etc. These are paid bloggers who have been "dibangsatkan dan maruah dijual pada najib" in return for duit haram atau rasuah.

Sdra Din.....i and a group of non bangsat malays yang masih ada maruah akan terus befjuang bersama mu, akj, apanama jmd, pm, cg dan lain2.

Insyallah, we will prevail. Its a matter of patience, perseverance and commitment.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 10:23 AM

En Din....tak dpt nak tolong org macam ni. Mgkn mamat ni adalah Najib sebenarnya...!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 11:06 AM

Mmm cer tengok komen balas mamat cai di atas. Ni ke rupa pendapat bg membahaskan entry din tu? Langsung takde fakta dan kaki berhimpun saja yg dia tahu. Suruh org berhimpun baju biru merah hitam klabu taik anjing purple dah mcm2 warna dlm otak diorang. Tau ajak demo saja kerjanyer. Inilah mentaliti mamat cai najib. Otak diguna bkn untuk kearah ilmuan. Renung dan fikir taknak sebabtu rabun mata hati, next chopkan org yg tak sependapat sbg pembangkang kerajaan. Padahal rata2 yg kutuk najib tu adalah org yg sygkan kerajaan sedia ada cuma membangkang pada bnda yg salah, kotor, korup dsb. Yg betul kitaorang sokong. Salah tetap salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 11:32 AM

@Anonymous
Pak Din, biarkan lah si bangang (najib sebut) dan si bangsat (juga najib sebut) ni dengan buta hatinya. Dia tak akan terima apa pun fakta yang diberi. Dah buta hati, penuh dengan makanan dari duit 2.6 billion najib agaknya...apa nak kata lagi.

Ingatlah Anonymous 08:55, berikut adalah petikan dari Al-Quran berkenaan sifat orang MUNAFIK untuk kita sama-sama renungi yang perlu kita jauhi iaitu:

1. Munafik Itu Penyakit Hati
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

“Dalam hati mereka ada penyakit , lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta”. (Al Baqarah 10).

2. Berbuat Kerosakan Di Muka Bumi
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
“Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi ". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan pembaikan." (QS. Al Baqarah 11)

أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَـكِن لاَّ يَشْعُرُونَ

“Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar”. (QS. Al Baqarah 12)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 11:32 AM

Sambungan ya Pak Din.

3. Keras Kepala Dan Merasa Mulia Berbuat Dosa

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ
وَإِذَا َوَلَّى سَعَى فِي الأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيِهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ الفَسَادَ
وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللّهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالإِثْمِ فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ
“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan . Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya”. (QS. Al Baqarah 204 – 206)

4. Menipu, Riak Dan Malas Dalam Melaksanakan Ajaran Agama
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
مُّذَبْذَبِينَ بَيْنَ ذَلِكَ لاَ إِلَى هَـؤُلاء وَلاَ إِلَى هَـؤُلاء وَمَن يُضْلِلِ اللّهُ فَلَن
تَجِدَ لَهُ سَبِيلاً
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka . Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali .
Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman atau kafir): tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang-orang kafir) , maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) baginya”. (QS. An Nisaa’ 142 – 143)

5. Mendustakan, Menakut-nakuti Dan Membenci Kaum Muslimin
وَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ إِنَّهُمْ لَمِنكُمْ وَمَا هُم مِّنكُمْ وَلَـكِنَّهُمْ قَوْمٌ يَفْرَقُونَ
لَوْ يَجِدُونَ مَلْجَأً أَوْ مَغَارَاتٍ أَوْ مُدَّخَلاً لَّوَلَّوْاْ إِلَيْهِ وَهُمْ يَجْمَحُونَ
“Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa sesungguhnya mereka termasuk golonganmu; padahal mereka bukanlah dari golonganmu, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sangat takut (kepadamu). Jikalau mereka memperoleh tempat perlindunganmu atau gua-gua atau lubang-lubang (dalam tanah) niscaya mereka pergi kepadanya dengan secepat-cepatnya”. (QS. At Taubah 56 – 57)

Diantara sifat-sifat orang munafik adalah berdusta dan bersumpah palsu, seperti sabda Rasul SAW., “Tanda orang munafik ada tiga perkara; apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila diberi amanah ia berkhianat”. (Al-Hadis).

6. Khianat Dan Tidak Menepati Janji
وَمِنْهُم مَّنْ عَاهَدَ اللّهَ لَئِنْ آتَانَا مِن فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ
فَلَمَّا آتَاهُم مِّن فَضْلِهِ بَخِلُواْ بِهِ وَتَوَلَّواْ وَّهُم مُّعْرِضُونَ
فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقاً فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُواْ اللّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا
كَانُواْ يَكْذِبُونَ
“Dan diantara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah: "Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurnia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh. Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurnia-Nya, mereka kedekut dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran). Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan juga kerana mereka selalu berdusta”. (QS. At Taubah 75 – 77)

Moga dapat memberi ingatan kepada kita semua. Amiiiin Ya Rabbal Alamin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 2:41 PM

sekarang penyokong ahjibgor dah tak jawab persoalan. sekarang burukkan tdm, alih tiang gol, alih padang, alih permainan. semuanya dialih belaka. kalu boleh semua isu bab 1mdb ni benam dalam lumpur sedalam mungkin. pusing macam mana pun tak untungkan ahjibgor.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2015 at 7:37 PM

Apa yang dilakukan oleh 'mereka' hanyalah menepis, mengelak, mengalih, memesong semata-mata untuk membeli seberapa banyak masa yang boleh.. 'labu peram' sememangnya perlu diperam sebelum di'tuai hasilnya.. begitu jugak aktiviti pengubahan wang haram.. perlu di'ubah' ke sana ke mari sebelum ianya menjadi nampak 'halal'.. segala aktiviti menyemai, membaja dah pun dilakukan.. sekarang hanya menunggu 'masa' untuk mengaut hasilnya.. sebab itulah 'mereka' memohon diberi masa untuk selesaikan kemelut wanemdibi nihh..
Mmm.. Entah.. tak tau la nak kata 'mereka' ni bijak terlampau atau bodoh yang tak boleh dibendung.. mm. Mungkin bijak kot sebab boleh terfikir nak mengikut cara billionaire-billionaire antarabangsa menggandakan wang mereka dengan cepat tanpa perlu bersusah payah berniaga ke apa.. mungkin niat 'mereka' baik untuk menggandakan wang negara dengan segera kerana 'tabung ayam' semakin kering dek terlalu seronok dengan aktiviti menabur duit macam menabur dedak itik.. so kalau duit negara berganda boleh la tabur dedak lebih sikit di masa akan datang.. baru la rakyat sayang.. macam 'robinhood' dari hutan sherwood..
Opss.. jangan salahkan jho low.. dah orang tanya, so dia just ajar je cara memeram labu peram.. lagi pun bukan dia sorang je buat keje macam tu.. ramai lagi yang dah 'berjaya' dalam aktiviti peram mermeram nih.. err tapi yang membezakan, mereka semua lepas.. cuma yang 'ini' terkantoi.. tapi nasib baik bang non dah turunkan ilmu 'jangan ngaku & buat bodo sepat'.. itu yang masih dapat bertahan sampai la ni.. biarla beratus-ratus bukti dibentang & beribu-ribu fakta dikemuka.. selagi 'dia' mempraktikkan ilmu bang non tu, tak mustahil 'dia' akan terus kekal berkuasa di singgahsana buat seberapa ketika.. lagipun 'dia' dah kata apa yang dibuat tu bukan la untuk kepentingan peribadi.. tapi untuk ditabur pada rakyat juga.. tak gitu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2015 at 7:44 PM

dulu aku pengikut tegar MYKMU, APR dll blog pro UMNO BN, tapi semenjak kes 1MDB ni , aku dah mula hilang pertimbangan dan tidak sudi lagi membacanya , sebab ... mereka bukan lagi menulis untuk kepentingan awam dan rakyat.. sebaliknya mereka menulis semata mata untuk melindungi najib sehingga memperlihatkan kebutaan dan ketidakpedulian mereka terhadap negara kecuali najjib dan kantung mereka ...

Post a Comment