........... 1MDB dan Derma - Kalau Di Parlimen Pun Kena Cantas, Mungkin Wajar Agong Campur Tangan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB dan Derma - Kalau Di Parlimen Pun Kena Cantas, Mungkin Wajar Agong Campur Tangan !

Tuesday, October 20, 201521comments


Sejak Parlimen bersidang semalam, ramai yang berminat mengikuti perkembangannya. Rata2 rakyat cuma menantikan perbahasan isu yang berkait dengan Najib, 1MDB dan Derma.  Dan ini termasuklah Usul Undi Tidak Percaya yang mendapat tiket nombor 25 daripada jumlah nombor 28 soalan2 yang bakal dibahaskan ..... jika masa mengizinkan. Perbahasan Bajet pula bakal mengambil kebanyakan masa sidang tidak lama lagi.

Kali ini rakyat dengan jelas melihat kem pembangkang yang mewakili suara mereka yang mahukan penjelasan mengenai isu yang berkait dengan 1MDB dan Najib. Sayang .... dari awal isu lagi saya dah sarankan supaya Umno, paling tidak pun Pemuda supaya menjuarai isu 1MDB.

Jangan diheret Umno dalam isu 1MDB ! Jauhi parti dari syarikat 1MDB. Ini isu negara. Tidak ada kena mengena dengan parti. Kalau terlibat pun cuma Najib jer atas kapasiti peribadi. Yalah, walaupun Najib adalah PM dan Presiden Umno, tapi sepanjang 1MDB aktif berjoli sakan, ada Najib nak bawa Umno sama ? Semuanya dibuat senyap2.

Najib hanya libatkan Umno bila 1MDB dah terdesak. Bila 1MDB dah tak boleh nak buat pinjaman dengan mana2 bank di dunia lagi, bila 1MDB terpaksa merayu ihsan dari kerajaan untuk bayar hutang baru Najib tarik Umno dan kerajaan masuk. Itu pun supaya Umno dan kerajaan dapat menjadi benteng kepada 1MDB dari pertanyaan bertali arus yang datang dari rakyat.

Hanya bila terdesak baru nak libatkan orang lain. Masa duit banyak ? Tanyalah sesiapapun yang kononnya pro Najib, pernah mereka tahu apa2 tentang 1MDB sebelum ini ? Sedangkan mantan Timbalan PM yang setia bersama Najib sejak dari awal pun tak tahu apa2 !

Sekarang ni pun, pro Najib bukannya tahu semua tentang 1MDB. Makanya strategi mereka cuma alih isu dan serang pengkritik. 

Perkara yang sama juga dalam kes Derma RM2.6 Bilion. Semuanya game Najib sorang jer ..... hanya bila kantoi dek pendedahan WSJ, barulah diheretnya Umno dan kerajaan sama untuk dijadikan benteng kepadanya. Tanyalah juga pro Najib soalan yang sama - pernahkah mereka tahu apa2 sebelum Najib kantoi bab RM2.6 bilion itu ? Sedangkan Timbalan Presiden yang bersama Najib dari awal pun tidak tahu apa2 .....

Ahli parlimen pembangkang berang apabila soalan berkaitan syarikat 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, isu melibatkan 1MDB telah menjadi tumpuan ramai dan rakyat perlu mendapat perkembangan mengenai isu tersebut.

“Semua orang nak tahu jawapan mengenai skandal 1MDB, tetapi dalam Parlimen pun kita (ahli parlimen) tidak boleh dapat jawapan.

“Ini isu serius, melibat kepentingan awam. Kami sungguh kecewa apabila semua soalan ditolak berkaitan 1MDB dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Hsiao Leung berkata, beliau bersama Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah telah mengemukakan soalan kepada Dewan Rakyat namun telah ditolak pejabat Speaker yang ditulis oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah
. - SINAR.


Kat luar tak boleh cakap, kat Parlimen pun tak boleh cakap ..... APA NI ? ? Kenapa sampai begitu sekali layanan 'istimewa' diberikan kepada 1MDB ? Tidak berlaku dalam sejarah negara kita perkara seumpama ini di mana sebuah syarikat begitu diRAHSIAkan dari pengetahuan umum.

APA YANG MAHU DISOROKKAN ?

Kalau 1MDB ini tidak menyusahkan sesiapa, tidak ada siapapun nak ambil tahu. Masalahnya 1MDB ini begitu banyak diperkatakan oleh seluruh dunia ketika ini ! Sebab apa ? Bukannya besar sangat pun perniagaan 1MDB ni untuk tarik minat media dunia.  Bukannya pelik pun perniagaan yang dilakukan 1MDB.

Tapi CARA perniagaan 1MDB itu yang pelik dan kini nama 1MDB itu sudah sinonim dengan perkataan SKANDAL. Tiap kali disebut 1MDB pasti akan disebut sebagai Skandal 1MDB yang sarat hutang .... ini bukan laporan media tempatan tapi media dunia !

Percayalah, perjalanan sidang Parlimen kali ini juga mendapat perhatian media dunia. Satu dunia mahu tentang tentang 1MDB.

Dan juga mengenai Derma RM2.6 bilion yang diterima secara senyap oleh Najib. Sebab apa satu dunia pun nak tahu ? Sebab ia satu rekod dunia peradaban manusia ! Gerenti masuk buku Guiness World Record tidak lama lagi. Tak masuk akal langsung ! Tapi itu juga yang mahu dipertahankan oleh Umno dan kerajaan ..... 

Makanya, jadi bahan lawak dunia lah parti Umno dan kerajaan Malaysia.

Semuanya gara-gara seorang PM bernama Najib Razak.



Sekiranya persoalan mengenai 1MDB dan Derma RM2.6 Bilion terus tidak dijawab dalam sesi Parlimen kali ini, rakyat mengharapkan pihak istana masuk campur. Jika kerajaan tidak lagi mahu memperdulikan luahan rakyat, hanya kepada Agong sajalah jalan yang ada.

Baca luahan terbaru Chedet - Separation of Powers.

Ini bukan isu politik sebagaimana yang cuba digambarkan oleh pro Najib. Ini isu rakyat, isu maruah negara, isu kesalahan jenayah ! Baca Apanama - Pergolakan politik atau kesalahan jenayah ?

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 6:08 PM

Isu-isu hangat kat Parlimen setakat ini ialah isu undi tak percaya terhadap PM dan pembentangan bajet 2016. PM mungkin tak perlu menjawab soalan berkaitan 1MDB tetapi Menteri Kewangan patut menjawabnya.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2015 at 6:29 PM

@Anonymoushmmm.... mungkin patut dijemput khas Pengerusi lembaga penasihat 1mdb untum hadir sama

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 6:35 PM

Demokrasi!, cakap tak serupa action.Yang menaya pula akan diambil tindakan apa punya perbincangan.Nampak sangat permohonan MP Seremban ditolok dengan bagitu angkok,entahlah kerana cerita 1MDB semuanya bertukar menjadi ditaktor.Baik juga cadangan DT Majlis Raja-raja Melayu tubuhkan suruhan diraja bebas bagi kendalikan penyesiatan.Ini saja jalan yang nampak.Malu betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 6:47 PM

1MDB akronim kepada
1 Malaysia dah BODOH
1 MALAYSIA DAH BENGANG
1 MALAYSIA DAH BENGONG
1 MALAYSIA DAH BAHLOL
1 MALAYSIA DAH BISING
1 MALAYSIA DAH BANKRAP
1 MALAYSIA DAH BUSUK
1 MALAYSIA DAH BIMBANG
1 MALAYSIA DAH BIOL
1 MALAYSIA DAH BERKECAMUK
1 MALAYSIA DAH BERSEDIH
1 MALAYSIA DAH BERDUKACITA
1 MALAYSIA DAH ....

angkara AH JIB GOR ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 7:39 PM

1mdb bagi pihak mt umno, ketua bahagian umno, ketua penerangan umno, ajk bahagian, ketua cawangan, ajk cawangan dan ahli umno adalah cubaan menggulingkan kerajaan ahjibgor. bukannya kerajaan barisan nasional.semua yang mengaitkan dengan 1mdb adalah musuh negara. pejuang ahjibgor pulak nampak 1mdb ni lubuk duit. lubuk yang boleh dapat duit mudah untuk bela ahjibgor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 8:04 PM

Jika pemerintahan zalim Dan diktator sebegini apa yang perlu dibuat oleh rakyat adalah revolusi berdarah.....rasanya tiada pilihan lain!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 8:34 PM

PM(Perdana Mencuri) ni akan buat apa saja sbb nak menyelamatkan tengkuknya. Setelah berbulan2 pelbagai bukti sahih dan tepat tapi masih ada hati nak memimpin. Segala cubaan utk bertindak di sekat dgn helah yg tak masuk akal. Sampai dlm parlimen pun di soal jawab masih ada pengampu yg tolong jawabkan. Pemimpin jenis apa....jenis tak bertelur la tu. Ciri2 itu cukup bertentangan dari pandangan dan syarat2 wajib ada. ISLAM KAH ITU? Jawabnya....TIDAK. Sbb pemimpin yg baik tidak MENIPU rakyat dan memusnahkan NEGARA. Najib seorang yg GAGAL dlm serba serbi.....sungguh hina sifat beliau. HINA....mmg hina...tiada maruah sebagai manusia. Berambus adalah yg terbaik buat beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2015 at 8:55 PM

Aduhhh bro Din

Gelak guling2 aku.
Slow tapi kena.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2015 at 9:16 PM

@Anonymoussaudara dah buat repot Polis ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 9:53 PM

Last PM from UMNO...mana ada peradaban temadun dunia yg kekal..!! Semua bermula dan berakhir..kini legasi BN kian sampai kehujung..cepat atau lambat..terpulang kepada yg kita undi nak guna OTAK atau NAFSU..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2015 at 11:10 PM

Tambah satu lagi
1MDB
1 Malaysia Dalam Bahaya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 1:08 AM

Setuju tak pernah terjadi dalam sejarah permasalahan melibatkan isu kepentingan rakyat & negara di tolak mentah2 oleh pejabat speaker dewan, semuanya telah dirancang awal semasa pertemua dgn kesemua ahli2 dewan BN dikediaman najib pada malam sehari sbelum sidang dewan berlangsung.

Semua sudah diberi tugas dimana tugas speaker menghalang sebarang pertanyaan & perbahasan ttg 1mdb manakala tugas mp bn membawa isu2 remeh seraya mencuit mp pembangkang supaya hot bagi mengheret perbahasan tidak peduli walau terpaksa menherdik & menghina dgn gelar mengelar bodoh asal dapat mengalihkan tumpuan perbahasan dari isu 1mdb kepada isu bodoh, persidangan akan jadi sia2 jika mp pembangkang mengikut rentak game bodoh ini.

Oleh kerana tancangan rejim diktator sudah di susun maka tumpuan sepatutnya di beri keatas pbentangan bajet dimana pengundian akan di buat bagi meluluskan pbentangan bajet inilah peluang terbaik bagi mp2 yg tidak bersetuju dgn rejim najib mengundi untuk menolak bajet di mana kegalan mendapatkan jumlah undi yg cukup bagi meluluskan bajet secara automatik telah menolak rejim najib dari bertahta tidak perlu lagi menunggu vote of no confident.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 21, 2015 at 7:09 AM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Sejarah negara pernah mencatatkan bahawa kuasa Raja-Raja Melayu pernah cuba diturunkan ke taraf KADHI sahaja oleh penjajah British melalui Malayan Union l.k. 70 tahun lalu.

Tindakan British itu membangkitkan semangat orang Melayu untuk bersatu menentang British demi kelangsungan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Kesatuan dan kesepakatan umat Melayu ketika itulah yg menzahirkan UMNO atau PEKEMBAR di Istana Johor pada 1946.

British mengalah apabila Raja-Raja Melayu tidak mahu menandatangani perjanjian penubuhan Malayan Union di Malaya. Akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari penjajah British pada 1957 dan Raja-Raja Melayu diletakkan sebagai Raja Berpelembagaan dalam sebuah negara Merdeka.

Kini, UMNO berada diambang maut. Sedang nazak kerana Presidennya salahguna kuasa. Bukan saja salahguna kuasa tetapi mahu terus mengekalkan kuasa dgn melakukan pelbagai kecemaran dari segi Perlembagaan, Undang-undang, Parlimen dan semua agensi kerajaan takut serta tunduk kpdnya. Tunduk kerana penjawat utama telah samada diugut atau dirasuah oleh PM.

Rakyat bawahan resah dan gelisah dgn tindak tanduk PM Najib. Macam-macam cuba dilakukan tapi tindakbalas PM Najib semakin kelihatan kejam. Pemimpin UMNO diperingkat bawahan semuanya takutkan Najib kerana telah terima banyak wang sogokan atau ugutan. Rakyat kini dah tak ada pilihan.

Kalau dulu UMNO membela nasib dan kedaulatan Raja-Raja Melayu, apakah kini - ketika UMNO mahu dihancurkan, Raja-Raja Melayu membiarkan saja ianya berlaku? Tidak adakah kuasa sedikitpun dikalangan Raja-Raja Melayu yg mampu menyelamatkan UMNO drpd cengkaman PM Najib? Susah sangatkah Raja-Raja Melayu mahu bertindak untuk melucutkan jawatan Najib sebagai PM?

Kalau melalui Parlimen tak boleh kerana kekangan Speaker, tidak bolehkan Raja-Raja Melayu mendapatkan 'akuan bersumpah' majoriti Ahli Parlimen yg menolak Najib sebagai PM?

Dan kalau majoriti MP dah tak mahukan Najib jadi PM secara 'hitam putih', tak bolehkah Yang Di Pertuan Agong pecat Najib sebagai PM atas keputusan Mesyuarat Raja-Raja Melayu?

Apapun, hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 8:50 AM

Tak blh ke repot dibuat keatas pandikar psl menghalang proses demokrasi di parlimen yg mungkin memudaratkan negara?




....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 9:06 AM

Dukacita betul dgn keadaan ini. Jelas bukan Najib sahaja yg belot & terlibat dgn kejahatan yg membinasakan!. Malah seluruh menteri, pentadbir & ketua turut bersubahat! Nilai agama & moral hancur!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 10:47 AM

Din pengecut....semakin selalu dan kerap menidakkan tulisan pro Najib.... tak ada carut..dan tak ada perkara menghina...sekadar memberi kredit kepada kerajaan sedia ada...lalu tidak disiarkannya.... huh....

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2015 at 11:10 AM

@AnonymousSaudara LARI TAJUK. Artikel tentang 1MDB dan Derma tapi saudara melalut ke topik lain, maka saya padamlah :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 11:48 AM

Apalah yang nak Diharapkan pada Agong dan Raja2. Mrk pun tiada kuasa,hanya blh bsuara je.Lg pun mrk x rasa tertindas mcm rakyat malaysia...Mrk lahir pun diberi duit, rezeki dtg bergolek.Rakyat yg bergolok gadai....Terimalah hakikat Dmalaysia ni.mcmtu la hakikatnya.Apa2 rakyat juga dimangsa kan

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
October 21, 2015 at 12:22 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Apabila UMNO lingkup atau tidak menerajui kerajaan nanti, tak mustahil Malaysia akan jadi sebuah negara republik macam Indonesia atau Singapura.
Maknanya, Raja-Raja Melayu akan terhapus terus atau tak akan ada lagilah Institusi Raja-Raja Melayu. Ketika itu yg ada hanya Presiden - macam US atau paling dekat macam di Indonesia.
Ketika itu menangis keluar air mata darah sekalipun dah tak berguna.
Wallahhu'alam.
Ketika itu jangan ada y

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 3:51 PM

Dulu di Thailand, Thaksin juga bergelut dengan masalah yang sama. Dan cara Thaksin menangani masalah dia juga hampir serupa dgn cara Najib dan rakan2nya sedang buat sekarang.

Kalaulah tidak kerana beberapa orang yang mengambil tindakan demi utk selamatkan Negara Thailand, mungkin hingga sekarang pun Thaksin masih selesa memegang tampuk pemerintahan. Walaupun Thaksin berjaya melarikan diri dan masih hidup mewah dalam buangan, namun dia hidup dalam keadaan terhina.

Saya berdoa semoga pemimpin Umno yang lain sedar akan kemungkinan perkara yg sama berlaku di Malaysia. Saya berdoa semoga mereka sendiri berani membuang nanah di kaki Umno sekarang sebelum ia merebak ke seluruh batang tubuh Umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 3:53 PM

Azalina dah beri janji yang PM akan jawab SEGALA soalan tentang isu derma RM2.6 billion tu PADA SUATU HARI NANTI.

Bila lah gamaknya tuh.... hmmm????

Post a Comment