........... Tun Mahathir - The Proof Of The Pudding Is The Eating | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - The Proof Of The Pudding Is The Eating

Monday, September 28, 201521comments


Di bawah adalah video interview dari BBC yang disiarkan pada awal Julai lalu semasa pendedahan WSJ mengenai transaksi USD700 juta ke dalam akaun peribadi Najib. 



Ternyata masih relevan point2 yang diperkatakan.

Ingat kembali waktu mula didedahkan isu ini dulu, jelas Najib cuba menafikan dakwaan WSJ itu dan mngelak dengan menuduh Tun Mahathir berkomplot dengan pihak luar untuk menjatuhkannya. Konon semuanya hanyalah satu sabotaj politik ...

TERNYATA ..... transaksi itu WUJUD ! Alasan Derma itu hanya muncul selepas sebulan heboh diperkatakan.

Oya maksud peribahasa omputih yang disebut oleh Tun di atas adalah - Jangan hanya cakap saja tapi tunjukkan buktinya.


                                               *****************************


Ingatkan berita memalukan negara mengenai Najib dan 1MDB disiasat FBI cuma disebarkan oleh media cetak dunia saja, rupanya turut disiarkan oleh media elektronik. Di bawah adalah video dari ABC News yang disiarkan minggu lepas.





Perhatikan minit 1:55, reaksi wartawan ABC bertanya mengenai reaksi rakyat Malaysia menerima pendedahan Derma ... tergagap juga minah ni nak sebut. Ternyata orang luar merasa kaget bagaimana mudahnya rakyat Malaysia boleh menerima alasan longgar sebegitu.


Begitu juga dengan reaksi mereka berdua semasa memperkatakan tentang misteri transaksi2 yang melibatkan 1MDB ... ternyata penjelasan2 yang dibuat oleh 1MDB selama ini masih tidak lengkap untuk diterima begitu saja oleh orang luar.

Bukanlah nak kata yang kita perlu memaklumkan kepada pihak luar apa yang kita buat tapi bila dah buat penjelasan itu, biarlah penjelasan itu masuk jelas dan tepat kepada sesiapa saja yang mendengar.

                                     ********************

Ketika ini Najib sedang bersama2 pemimpin2 dunia di Persidangan Bangsa2 Bersatu di New York. Mungkin ada baiknya Najib adakan satu program sampingan khas buat ketua2 negara dunia yang hadir. Satu Bengkel Dua Sesi yang topiknya -

Sesi Pertama - How to accept HUGE sum of money without anybody knowing

Sesi Kedua - How to explain when the HUGE sum of money as per above, became known after some time.

Mesti ramai yang hadir .... kalau bukan hadir sendiri, mungkin mereka hantar proksi ! Sebab HANYA di Malaysia perkara sebegini boleh berlaku dengan jayanya ..... wajar menjadi contoh kepada dunia.

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 8:49 AM

salam pak din, tidak kah kita hairan begitu hebat kah najib ni sampai satu dunia dan dengan apa cara sekalipun digunakan untuk menjatuhkan dia, bekas bekas pemimpin. negarawan, bangsawan, sasterawan, media tempatan, internet, pembangkang, blogger, cina cina yang kaya, parti baru yang ditubuhkan, bangsa melayu, cina, india, bengali, orang putih, belum kira negara lagi, belum kira FBI lagi, dulu bila nak jatuh kan pemimpin tak payah sampai cam ni, guna dalam negara je, musa, aruah ghafar, pak lah, anwar kalau setakat ketua bahagian umno lagi senang cam tu je, aku pun hairan sangat mengapa sampai begitu besar pengaruh digunakan untuk menjatuhkan najib. aku tengok najib biasa je tak lah habat sangat, hansem adelah skit, berucap pun tak berapa pandai, kata bijak biase je, belajar pun tak tinggi, heran gak ia mengapa sampai begini, tidak kah pernah kita tertanya tanya, kalau dia buat salah, rasuah ke, main perempuan ke, selalu nya senang nak bagi jatuh, cam anwar, mb selangor, mb melaka, mb kedah, mb terengganu, mb perlis yang dulu2, kalau dia buat cover up semua kesalahan dia tak kan tak de bocor skit pun, tak kan dia begitu teliti sampai tak de kelemahan, setahu aku polis malaysia paling hebat sekali kalau nak selesai satu kes tu sama ade dia nak dengan tak nak je, kes morais, pembunuh kakitangan ambank kejap je, takkan najib begitu berkuasa, sampai sume jabatan kerajaan takut pada dia, tak kan najib boleh kontrol sume, begitu hebat ke kawan dia,mcm zahid, shahrir dan lain lain, kalau tun m ke guan eng aku percaya gak, mengapa sampai begitu sekali aku masih tertanya tanya. pak din tak pernah kah tertanya tanya. aku pun masih tercari cari jawapan nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 9:33 AM

assalamualaikum...slmt pg che din...hehehe baik pnye cite arini...thnx alot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 9:41 AM

Best dengar ucapan The Boss di PBB yang disiarkan dlm Berita RTM pagi tadi. Dia cakap :

1) ...jurang kemiskinan antara negara kaya dan miskin harus dikurangkan... ehem..ehem..
2) ...kat Malaysia dia dah berjaya tingkatkan jumlah pendapatan isi rumah yang "tidak berjaya dilakukan 15 tahun dahulu.."

Sempat lagi tambah sambal cili padi dalam ucapan tu.... bijak betoi sipenulis ucapan tu
hihihi....

Sempat masuk bakul angkat sendiri...

Sayang The Boss tak guna peluang tu utk bagitahu bagaimana dia agih-agihkan 'derma' berbilion tu untuk 'bantu' orang-orang Umno...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 9:52 AM

rakyat malaysia pun tak boleh terima alasan duit derma 2.6b budak2 pemakan dedak pmo di mulut saja kata terima sebab nak jaga perut, rakyat malaysia bukan bodoh yg bodohnya najib kerana menyangka rakyat malaysia boleh di perbodohkan.

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
September 28, 2015 at 10:33 AM

Cube try cari Jho Low. Mane la tau kot2 dia tgh tunggu Najib kat sane tu nak discuss next step action utk selamatkan punggung masing2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 10:53 AM

Terbaikkk Din... kpd yang ,masih menjilat dan mengampu, seruan saya, berhentilah dari menjadi manusia!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 11:43 AM

Dia ni muka tak tau malu.
Kalau tau malu masa keputusan pru 13 dulu yg gagal dpt 2/3 dia sepatutnya dah letak jawatan.
Sebabnya dia tak tau malu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2015 at 11:54 AM

Najib dan Rosmah ke New York tu bkn utk hadir petsidangan PBB. Sebenar nya ialah satu ' Family gatherings '. Setelah selesei di PBB, nanti nak tengok apartemen baru anak Rosmah yg bernilai RM110 juta. Oh yah kalo ada yg dah lupa, duit tu dtg dari Jho Lo, penasihat ala penyamun Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 1:13 PM

ala apa susah. najib ni adalah pelajar terbaik Anwar Ibrahim. apa2 tuduhan sekali pun, buat selamba je...

tp selamba tu mesti konfiden la. tengok macam Pak Sheikh. tuduh main dgn China doll siap ada video sampai jam hilang pun selamba je dia sampai hari ini. kata kuncinya ialah selamba. Cuba tengok Najib. selamba tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 2:17 PM

Kalau nak tahu lebih pasal "wayang" NAJIB & FRIENDS" -buang le sedikit masa tengok drama purba cina,korea dan cerita tamil, kat situ baru kauorang tahu apa itu - 'kuasa' dan menjaga isi perut para juak-juaknya. Pusing kot mana pun, semua bangsa percaya - yang benar akan mengatasi yang salah. Cuma, lambaat cepat aje balanya...!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 3:38 PM

Bila moral & etika sudah tiada, minda tak berguna lagi...itulah Najib! Tak perlu ambil soal agama pun.

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2015 at 4:00 PM

Ceritanya Najib goes International -

New York - Najib pergi UN mempromosikan 1Malaysia kepada 1World hasil ushasama campaign from media consultancy Apco Worldwide.

Selepas dia berjaya kelentong rakyat Malaysia 1MDB. Najib dengan rasa banga menperincikan 1WDB (One World Development Berhad) di PBB, dengan modal sekupang Najib telah mendapat pinjaman 42 terlion melalui Goldman Sachs dengan modal sekupang. Goldman Sachs mendapat 25% komisyen. Sebijik macam cerita 3 abdul da...

Balaci2 kat baguih...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 4:09 PM

Bini dia yg miskin boleh dapat duit juta2...memang hebat. Tentu syok bawa masuk kubur kan? Hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 4:20 PM

Tak lama lagi agaknya Najib samalah tarafnya dengan Robert Mugabe. Satu dunia kutuk Mugabe tapi dia buat selamba jer.
Negara kita pun nanti akhirnya macam Zimbabwe lah. Nak beli sebuku roti kena bawak seguni duit. Masa tu kita semua dah jadi trillionnaire, bukan billionnaire lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 8:34 PM

Memang sangat bertuah bumi ini mempunyai PM Najib yang terkenal di seluruh dunia. Sebagai penghargaan kepada jasa dan keupayaan luar biasa beliau, bolehlah dari sekolah rendah sampai ke universiti diajarkan kursus bagaimana menjadi pengutip derma tersohor di dunia. Menghargai jasa Bapa Penerima Derma Malaysia, mudah2an Malaysia menjadi negara penerima derma terkemuka di masa akan datang. Tahniah PM Najib. Tahniah sekali lagi.... kehkehkeh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 8:57 PM

Memandangkan dh hampir enam thn yg nampak cuma derma wajar diberikan bapak derma.

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2015 at 9:26 PM

cash is king

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 10:07 PM

Mesti diadakan hadiah nobel terbaik bagi menhargai pencapaian meminta derma paling tinggi seluruh dunia.

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2015 at 10:48 PM

Teringat semula kata-kata ini "See you at 5" by George Soros kepada Malaysia-Tun M dalam tahun 1997. Namun atas ksungguhan Tun & team nya, kata cabaran Soros itu berjaya dipatahkn.

Kini kita menghampiri semula kepada cabaran Soros ini by Ringgit menghampiri 5. But lihat la sikap PM kita, tetap canang satu dunia bahawa kita lebih kukuh hadapi krisis ekonomi kali ini banding 97/98.

Lidah & akal bercabang cos awal dulu kata Malaysia tidak berada dalam krisis but now sendiri akui krisis ini. Kita tengok la sama ada PM & perabotnya mampu tangani situasi ini atau gagal...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 10:53 PM

Agaknya dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman, PM Najiblah manusia pertama menerima derma terbanyak dalam sejarah manusia. Yang lain kalau ada pun memang tak de bukti atau dah mati..... PM Najiblah manusia yg masih hidup yg paling cemerlang dengan tembelangnya lagi temberang satu-satunya bilionwan sedekahwan didunia seawalnya hingga akhirnya.... bangganya aku padamu PM Najib.... weekkk.... hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 3:07 AM

Guiness World Record tu bro!

Post a Comment