........... Tun Mahathir - Jika Derma Itu Milik Umno Maka Najib Kena Pulangkan Baki Yang Ada Kepada Umno ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Jika Derma Itu Milik Umno Maka Najib Kena Pulangkan Baki Yang Ada Kepada Umno !

Sunday, September 13, 201554comments

Video di bawah saya ambil dari TV Selatan, saya potong dan ambil bahagian Tun Mahathir komen bab Derma RM2.6 billion. Saya harap pihak TV Selatan tidak kisah. Saya potong yang berkaitan saja supaya durasinya pendek dan mudah disebarkan. 

Wartawan TV Selatan bertanya komen Tun mengenai tindakan seorang ahli Umno yang mengemukakan saman terhadap Presidennya dalam isu Derma RM2.6 billion. Dan ini jawapan Tun Mahathir -

Jalan2 lain sudah ditutup oleh Najib. Laporan biasa tidak diterima. Kalau ada diterima pun, tidak ada tindakan diambil.

Sekarang ini rakyat sendiri berhak untuk menfailkan Civil Suit, terutama ahli2 Umno ... kerana kata Najib RM2.6 billion ini adalah duit Umno. Kalau duit Umno, Umno berhak untuk meminta supaya duit ini diberi kepada Umno. Tidak seterusnya kepada Presiden.

Presiden tidak ada hak sama sekali memiliki duit Umno.



KLiK untuk ke Youtube.

Bab baki duit Derma itu tidak dibincangkan oleh kepimpinan Umno dan Menteri2 pro Najib pun belum lagi memulakan siri alasan2 yang mereka memandai2 reka.

Mereka lebih bertumpu kepada asal usul Derma itu dan tujuan diberikan kepada Najib.

Bagaimana dengan BAKI nya ?

Bukankah akaun Najib yang terbabit sudah ditutup ? Kenapa ditutup ?

Berapa bakinya semasa ditutup dan ke mana perginya baki itu ? SEKARANG, apakah masih ada baki itu dan berapa ?

KATAKANLAH yang ahli2 Umno sudah boleh menerima alasan Derma itu, pendek kata - Duit itu diperakui sebagai Derma yang diterima oleh Najib sebagai wakil bagi pihak Umno.

Sebelum ini tidak ada seorang pun yang tahu dalam akaun Najib ada duit derma RM2.6 billion, kononnya alasan yang diberikan adalah supaya identiti penderma kekal rahsia. 

Kebetulan semalam Najib kata - "Sesetengah ketua bahagian cuma bekas penolong pegawai daerah. Berapa sangat harta yang mereka ada. Jika nak buat program sebegini tentu membebankan."

Jadi bantuan itu yang saya tawarkan adalah untuk parti, bukannya membeli ketua-ketua bahagian,"- Mkini.

Tidak dinyatakan pula dari mana datangnya dana 'bantuan' itu, adakah dari kantung Umno atau dari Derma RM2.6 billion itu ?

Berapa baki yang tinggal ? Di mana baki yang tinggal itu disimpan ?

Sekarang satu dunia sudah tahu mengenai derma yang diterima senyap2 oleh Najib. Jadi Najib sudah tidak perlu lagi menyorok tentang dana itu. 

Makanya, jika dana itu adalah milik Umno, sewajarnya Najib pulangkan kepada akaun Umno berapasaja baki yang tinggal ! Najib seharusnya berasa lega kerana tidak perlu lagi berahsia tentang Derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Lepaslah tanggungjawab Najib untuk merahsiakan semuanya tentang derma itu.SEMUA ORANG DI DUNIA SUDAH TAHU.

Najib masih boleh terus merahsiakan nama penderma sebagaimana amanat yang diberikan. Tapi duit itu bolehlah Najib serahkan kepada empunya yang hak dan dalam kes ini - UMNO, sebagaimana yang diwar2kan oleh kepimpinan Umno sendiri.

Tak perlu dah nak disimpan di Singapura atau di mana saja. Buktikan yang Najib tidak pernah menggunakan Derma itu untuk kepentingan sendiri.

Saya percaya tindakan memulangkan baki Derma itu kepada yang hak, adalah sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Datuk Mustafar Ali.

"Kita kena lihat konteks secara keseluruhannya, siapa yang memberi, kepada siapa diberikan, apa kegunaannya, apa pengaruh digunakan dan sebagainya. Ia mempunyai favour dan disfavour.

"Jadi, semua ini bukan sahaja diperjelaskan dalam akta, tetapi juga diperjelaskan dalam lunas undang-undang sebab undang-undang itu kita perbincangkan di mahkamah termasuk apa bentuknya, niat dan perbuatannya,"
- astroawani.




Tindakan memulangkan baki derma itu kepada Umno akan sedikit sebanyak membersihkan nama Najib dari persepsi negatif.

Lagi baik jika Najib dapat serahkan sama senarai nama2 penerima dan amaun yang mereka terima sebelum ini supaya jumlah kesemuanya termasuk baki adalah sama dengan RM2.6 billion. 

Itu bagi membuktikan Najib tidak menggunakan derma itu untuk tujuan peribadi.

PS - Saya rasa artikel ini pasti disokong oleh semua orang termasuk askar2 Najib ..... kan ? Jika tidak setuju, jelaskan kenapa.Tak perlu nak maki hamun atau menghina sesiapa.

Share this article :

+ comments + 54 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 5:58 AM

"Saya tak beli ketua bahagian, saya bantu mereka..."- Najib in Pekan.

Sama macam 2 ❌ 5 = 5 ❌ by jawapan tetap 10 juga brother Din. Jika betul presiden niat nak bantu bahagian then duit itu semestinya la dari tabung Umno, 2.6B ini mesti la dimasukkan dalam tabung Umno. Now 1 dunia dah tahu hal ini then betul la pendapat Tun M, bawa la pulang then masukkan dalam tabung Umno. Kenapa tidak...?

Saya kurang bersetuju jika seseorang itu terbukti bersalah then tiada tindakkan dikenakan padanya walaupun seseorang itu penjawat awam. At least, orang itu mesti dikenakan tindakkan disiplin by tukar jabatan or turun pangkat or lucut jawatan then terima hukuman perundangan negara Malaysia.

Ini tak, kata mereka jika PM dipaksa turun jawatan maka itu sama macam menjatuhkan kerajaan sebuah negara yang boleh akibatkan huru-hara hal kestabilan . Saya kurang setuju pendapat ini, kita mahu our PM bertanggungjawab pada masalah ini, turun la secara berhormat. Negara lain when pemimpin mereka didapati bersalah or tersalah urustadbir negara then dipaksa turun juga, tak juga berlaku pun huru-hara (kecuali in Arab country yang memang country pun tahap ideologi mereka)...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 6:08 AM

Duit derma masuk akaun peribadi najib sudah menjadi satu kesalahan.

Apa lagi nak siasat??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 6:09 AM

Najib pernah berbicara apa itu seorang munafik:

1. Bila bercakap, cakap bohong
2. Bila berjanji, mungkir janji
3. Bila diberi amanah, mengkhianati amanah

Kita renung dengan teliti tanpa prasangka dan prejudis;

1. Bercakap pasal duit dipindah dari cayman island ke akaun di singapura, najib BERCAKAP BERBOHONG DALAM PARLIMEN........No?

2. Berjanji menubuh Task Force/PAC menyiasat 1MDB, najib MUNKIR JANJI DENGAN MEMBUBAR KEDUA2 BADAN TERSEBUT........No?

3. Diberi amanah dalam syarikat 1MDB, najib MENGKHIANATINYA DENGAN MENERIMA RM2.6 BIL WANG RASUAH DALAM AKAUN PERIBADI........No?

Persoalannya siapakah sebenarnya MUNAFIK?

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 6:56 AM

Dah takde baki dah. Habisss! Bnyk kepala kena bayar ooooo....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 6:58 AM

Saudara Din
Memang setuju kalau disenaraikan penerima dan amaun diterima serta baki yang masih ada didedahkan. Tapi saya rasa seperti mengharapkan buah yg tidak gugur. Kalau betul didedahkan saya takut nak bayangkan suasana dan kekalutan yang akan berlaku selepas itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 7:26 AM

Dari pandangan sprm istilah derma dan rasuah hendaklah difahami betul-betul.Jadi pada sesiapa-sesiapa yang telah ditangkap dengan kes rasuah boleh kut membuat rayuan dimakamah untuk meneliti pekara tersebut sama ada pemberian yang tuan/puan dapat itu derma /rasuah.Ini mungkin memberi keadilan pada individu terbabit.Hanya pandangan dari apa yang dikatakan oleh pegawai sprm itu yang boleh difahami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 8:58 AM

Kirim salam ler si jibrauok tu nk serah balik pd pengurusan umno. Apa lg nk terima pendapat org mcm kita ni. Jibraouk tu hnya dgr pendapat bini dia sj. Bukan ke dia bos besar umno, menteri kewangan, bos besar 1mdbengong, pie em..? Segalanya dia. So jibraouk ni akn berkuasa hingga mampus masuk kubur. Pru 14 ni pun dia akn menang. Tak caye tunggu dn lehat. Sb duit ada bnyak bleh lar tabur sna tabur sini apa susah. Si melayu ni plk, dapat 300 hinggit, kain plekat beras skampit minyak masak sbotol je trus lupa asal usul..muka jibraouk jugak dipangkah undi. Takde maknenyer melayu kita skrg ni. Maruah letak kat punggung. Tgok isu gst..nk hidup, truk cmna pun kna beli jgk. Kilang dh bnyk tutup or kurangkan kos operasi..melayu jd mangsa tp cuma abis takat tu ajelah, time mengundi nnt jibraouk ni akn tabur duit..gelap mata seketika then jibraouk mng lagi..jd pee emm lg..bgitulah sampai jibraouk mampus. Nk tunggu ahli MT ubah? Taik ler! Smua xde otak termasuklah mahyudin etc..konon nj jd hang tuah ler tu..setia sampai mampus biarpun kena buang negeri! Raja2? Itupun boneka smuanya. Dh sedap duduk istana mna nk pikir rakyat kt bwh? Apapun, kita usahalah unt hidup walau nnt bumi dipijak milik org. Sudah itu kehendakNya kerana kita sdiri umat yg tak nak ambik kesah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 9:24 AM

Nak cerita pasal baki macam mana soal derma masuk akaun peribadi pun belum lepas ada ker patut penjilat najib duk putar fasal 27.2 perlembagaan umno harta alih & berkenaan pemegang amanah sebenarnya mereka sendiri blur akan definasi maksud fasal 27.2 yg jelas di tulis 'DIDAFTARKAN' atas nama pemegang amanah.

Apabila di tulis di daftarkan bermaksud pihak pendaftar pertubuhan (ROS) dlm kata lain didaftarkan atas nama & maklumat akaun pemegang amanah makanya terikat pula di bawah fasal 28 pemeriksa kira-kira yakni sykt audit yg bertauliah diperakui kerajaan yg mana akan menbentangkan penyata kira2 setiap penghujung tahun termasuk semasa mesyuarat perhimpunan agung umno yg lepas2 tapi dalam penyata 2013 & 2014 takda pun ditulis perihal duit ni so najib kena jelas yang ini lebih dulu sbelum cerita si keldai mana yg bagi derma billion2 ni atau brapa lagi jumlah baki.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 9:33 AM

Elah Tun M......, zaman die mana p duit tu? Kot2 masuk poket sendiri dan poket anak-anak.... tu sbb jadi jutawan dlm j/masa singkat. Dia buat Xpe... orng lain buat Xleh... apa ra...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 9:40 AM

Saya sudah 2 hari murung Dan saya perlukan kegembiraan yang nyata...harap tuan din dpt ajukan persoalan ini kepada salah seorang daripada mereka iaitu saleh keruak,Ahmad maslan ataupun zahid hamidi!!!!mintak tolong sgt2 din....sebelum saya bertindak luar batasan Islam.....

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 11:01 AM

Sebenrnya Mahathir ni x dpt kepentingan drp krj....proksi2 zaman Mahathir semua dh x kpntingan...satu...ipp...ytl corporation...proksi mahathir dulu..krj dh beli ipp tsb...so mcm mana dia org nk support mahathir...sbb x kepentingan..tu yg marah sangat ke najib..1MDB..prnh kita trpikir...mahathir ke sana ke mari..guna apa..pesawat pribadi..brp kos dia pakai jet...dgn duit pencen brp la sangat...so mana nk dpt..proksi2 ni la yg support....tun M..jadi2la mmburukkan kepimpinan negara dgn isu 1MDB..dana 2.6 b...tun pon pernah jd presiden..tkkan bende2 tu x pernah buat...aku org politik..dana2 ni biasa la bg org politik...x buruk sangat Najib tu smpai serang bertali arus...krn apa..krn x dgr cara tun..x nak ikut cara tun..zaman tun dh berlalu..knp nk campur lg urusan krj....sudah2 la...lebih baik tun tumpu k0d kerja2 NGO dn sebagainya....dulu saya amat respect Tun..tp skrg..respect saya dh kurang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 11:09 AM

xper Din..sebenarnya..ahli2 UMNO dah redho nak bagi 2.6b tu kpd Najib dan keluarganya...so..kita redho lar sama..huhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 11:47 AM

Itu yang mesti di patohi dalam undang2 dan perlembagaan. Detail kan kepada siapa, jumlah, keperluan untuk apa, kalau lah derma itu untuk parti!.. Benda ini tidak akan diketahui kalau WSJ tidak kabarkan, maksud nya Presiden yelah membohongi raayat dan tidak amanah...raayat mahu tahu bagaimana derma itu diterima kalau duit itu untuk parti dan bukan duit peribadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 12:13 PM

ada lagi ker balancenyer... mcmana nak kasik balik..... berapa kali pak arab akan bagi derma kat DSN neh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 12:21 PM

Rakyat Malaysia dan ahli2 Umno semuanya sangat berlembut hati terhadap pemimpin yang korup, hingga sanggup melupakan salah laku, asalkan mengakui kesilapan dan membetulkannya. Kalau kat Jepun dah pasti si pemimpin perangai lanun ini akan diperangi habis-habisan hingga si pengkhinat itu sendiri akan melakukan hara-kiri sebagai penebusan dosa secara bermaruah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 12:29 PM

Saya sebagai macai najib masih buntu untuk menjawab saranan admin.... saya sedang mencari2 alasan bagi mengelakan pm saya terpaksa menyerahkan baki duit tersebut... atau mungkin saya akan dapatkan peluru baru bagi menembak kembali anti najib ni... hingga menenggelamkan pokok pangkal cerita.... hi hi hi!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 12:37 PM

Dah tersekat dah. Ke depan tak boleh ke belakang tak boleh ............ duit tu duit haram, nak bincang apa lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 12:38 PM

Encik Din
Saya setuju dengan cadangan Tuan itu. Malah saya cadangkan ahli2 UMNO buat laporan Polis atau Surohanjaya Anti rasuah supaya siasatan boleh diambil. Oleh kerana polis dan SPRM tidak bertaring terhadap PM maka ada lebih baik lagi jika ramai ahli UMNO saman Presiden UMNO dimahkamah supaya pulangkan duit yang berbaki kepada UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 12:53 PM

Salam
Macam mana ahjibgor nak kasi baki kat umno , semua yg ada dlm umno tak amanah dan ikhlas. Hanya ahkibgor ajer yg ikhlas dan amanah. Tu pasal derma tu masuk akaunnya. Dulu tdm serah duit kattun lah 200 juta, mana pi duit tu? Habis dikebas ahli umno yh tak ikhlas dan amanah. Pasal tu la duit tu masuk akaun ahjibgor. Kalu masuk akaun amanah, alamatnya, org kat bahagian tak dptla pasal dah disapu kat pusat dan ibu pejabat. Orang yang tak amanah dan tak ikhlas jaga. Nasib baik ada presiden sorang yg ikhlas dan amanah. Mana ahli umno berani nak minta duit tu. Mereka tidak amanah dan ikhlas untuk jaga duit tu. Ingat semua, yg pegamg jawatan dlm umno tiada yg amanah dan tidak ikhlas. Hanya presiden ajer yg mampu jaga wang derma tu kerana presiden sorang yg amanah

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 1:00 PM

Sudah terang lagi bersuluh.

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 1:05 PM

@Nizam ZaidTun hanya menjadi wakil suara rakyat dalam isu2 ini. Kalau Tun diam pun, rakyat tetap tak puashati. Kesannya di PRU14.

Itu yang Tun mahu elakkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 1:05 PM

OK. Nizam Zaid. Kita tangkap Najib dulu. Lepas tu kita tangkap Mahathir.

Macam mana sekalipun Najib penjenayah tak boleh lepas. Setuju ?!?

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 1:06 PM

@AnonymousMakanya, buatlah repot sama terhadap Tun. Tapi kita settlekan isu Najib dulu sebab dia BERKUASA dalam kerajaan ketika ini. Dah selesai isu Najib, kita buka isu Tun pula, amacam ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 1:07 PM

Isu 1MDB Rafizi/Pua punya angkara, Najib perlekeh itulah kerja pembangkang
Bila Mahathir/SR ungkit isu yang sama,
Najib terkedu, goyah dan naik berang

Strategi najib nafi dan "silence is golden",
ingat isu hilang sendiri dengan masa
Namun setelah SR/WSJ londeh bukti berdokumen,Najib ngelabah cepat salahgunakuasa

Timbul pula isu RM2.6 billion, masuk ke dalam akaun persendirian najib
Rasuah dinafikan "derma" dicanangkan, ahli
Umno dan rakyat langsung tak "believe"

Rakyat didongengkan konon dah keluar saman, rupanya surat untuk cari maklumat
Tak berani saman kerana dah kantoi, melayu bukan bangsa bangsat

Hantu altantuya datang kembali, penuh dengan fakta dan bukti
Kononnya lagi fitnah dan konspirasi, silap langkah penjara dan taligantung menanti

Turunlah najib dari takhta, agar rakyat teruskan kehidupan
Doa kami semua anda masih waras, demi anak cucu generasi masa depan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 1:09 PM

Tapi rakyat marah sebab 1mdb dgn isue 2.63bilion. Pinjam duit dampai 42 billion. Kerajaan jadi penjamin. Beniaga entah apa2. Setakad ni yg nampak berniaga buloh kasap. Pangkal hilang hujung lesap. Yg kendalikan j low. Dah kaya raya. Pun dah lesap.
2.63billion tak payah citer ler. Najib tak pernah jawsb. Yg jadi tukang jawab panglima cangkol jerr. Tambah besar lubang nampaknya.
Semua tu bukan kepentingan mahathir. Itu kepentingan rakyat dan negara.
Orang puteh kata as simple as that.. Tak paham ke buat2 tak paham ?
Dgn sebab itu rakyat yg cerdik dan celik bersama dr mahathir. As simple as that.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 1:10 PM

Oklah, kita terima derma tu sebagai dana untuk parti. Tapi apa buktinya yang derma itu diagihkan kepada parti ? Ada tak pihak UMNO masih menyimpan rekod transaksi yang membuktikan pernah menerima dana parti daripada akaun peribadi ? Kita naklah jugak tau rekod perbelanjaan, ke mana dibelanjakan dan baki yang tinggal. Takkanlah UMNO nak tiru style tabung milo milik PAS yang tak pernah diaudit.

Ok, fine...kita bersetuju supaya nama penderma dirahsiakan. Tapi, selepas derma itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi, apa yang berlaku selepas tu ? Harap mana-mana pemimpin UMNO atau Ketua Bahagian mengaku ajerlah jika pernah menerima wang derma berkenaan. Susah sangat ke nak mengaku ? Kalau taknak mengaku, makin susahlah Tuan Presiden sebab beliau dah awal2 lagi dah mendakwa yang wang berkenaan memang untuk parti.

Untuk membersihkan nama Tuan Presiden, kita kena ada bukti dan saksi bahawa wang berkenaan benar2 digunakan untuk UMNO. Bukti adalah melalui rekod transaksi pemindahan wang dari akaun presiden ke akaun mana-mana pemimpin UMNO. Manakala saksi pulak ialah pemimpin UMNO sendiri yang kena mengaku pernah menerima wang berkenaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 1:18 PM

RM 2.63 bilion ini duit derma untuk siapa sebenarnya ni? Derma kepada UMNO seperti yang dikatakan oleh Tengku Adnan ke atau derma kepada kerajaan sebagaimana yang dikatakan oleh Wan Adnan Wan Mamat Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Zahid Hamidi TPM baharu, Aziz Kaprawi Timbalan Menteri Pengangkutan? Mana satu yang betul?

Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan kata RM 2.63 bilion itu adalah derma kepada UMNO, dia siap kata lagi bahawa dia dan Bendahari UMNO Ahmad Husni tahu pasal hal ini. Tetapi apa yang menjadi persoalan adalah jika dah tahu mengapa tidak dicatatkan ke dalam Penyata Kewangan UMNO bagi tahun 2013 yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan? Apakah Tengku Adnan dan Ahmad Husni mahu bersubahat dengan Najib untuk menipu Pendaftar Pertubuhan ke?

Kemudian Wan Adnan Wan Mamat Ketua UMNO Bahagian Kuantan pula kata wang derma RM 2.63 bilion itu adalah derma untuk kerajaan, dia kata Najib beritahu kepadanya dan 145 ketua bahagian UMNO yang lain dalam suatu perjumpaan pada hari rabu lebih kurang sebulan yang lalu.

Lepas tu Zahid Hamidi TPM baharu pula kata dia dah jumpa dengan wakil keluarga diraja Arab Saudi yang kononnya beri derma itu, dia siap kata dah lihat segala dokumen derma itu, dan dah mendapat penerangan yang jelas mengenai derma itu bahawa derma itu adalah untuk kerajaan Malaysia kerana Malaysia mengamalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan untuk melawan IS.

Tak berapa lama lepas itu, Aziz Kaprawi Timbalan Menteri Pengangkutan pula kata wang RM 2.63 bilion derma dari Arab Saudi itu adalah untuk digunakan bagi melawan Yahudi dan DAP pula.

Mana satu yang betul ni? Derma kepada kerajaan ke derma kepada UMNO? Malahan kalau derma kepada kerajaan, apakah kerana amalkan ahli sunnah wal jamaah dan untuk menentang IS atau untuk melawan Yahudi dan DAP? Mana satu yang betul ni, berbeli-belit?

Malahan kalau derma kepada kerajaan, sila jelaskan apakah peraturan kewangan yang digunakan oleh Najib untuk menyimpan wang itu dalam akaun peribadinya sekiranya wang itu didermakan untuk negara? Kerana kalau derma untuk negara, maka jadi wang milik negaralah, malahan dalam Perlembagaan Malaysia, dalam Arahan Perbendaharaan yang menjadi panduan utama pengurusan kewangan negara, serta pekeliling perbendaharaan dan surat pekeliling perbendaharaan yang menjadi bahan rujukan menjalankan tugasan kewangan negara, tak ada satu pun peruntukkan yang membenarkan wang milik negara disimpan dalam akaun peribadi mana-mana individu, semua perlu disimpan dalam akaun negara di mana setiap kementerian, setiap jabatan kerajaan, setiap kerajaan negeri di dalam Persekutuan Malaysia mempunyai akaun masing-masing dan segala kewangan yang milik kerajaan yang diperuntukkan kepada kementerian, jabatan, kerajaan negeri perlu disimpan dalam akaun kementerian, jabatan dan kerajaan negeri yang terlibat, tak boleh disimpan dalam akaun peribadi menteri, tak boleh disimpan dalam akaun peribadi ketua jabatan, tak boleh disimpan dalam akaun peribadi menteri besar sekali pun.

Maka tindakan Najib ni dah melanggar undang-undang iaitu pecah amanah, mengapakah pihak berkuasa tak ambil tindakan? Rakyat makin hari makin melaut dengan perkara ini. Ada sesuatu yang disembunyikan, malahan pihak berkuasa pun satu hal, rakyat dah melihat pihak berkuasa sekarang ini adalah seperti barua belaan Najib yang melindungi segala kesalahan Najib.

Jika ini berterusan, keyakinan rakyat terhadap kerajaan akan terhakis, akhinya kerajaan jadi mangsa disebabkan perlakuan salah yang disorokkan oleh agensi penguatkuasaan sendiri.

Sedarlah semua.

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 1:22 PM

kita sekarang di era kemusnahan pemimpin. jika semua ketua bahagian menerima habuan maknanya semua barisan pemimpin akur apa kata najib, semua persoalan akan dipadam..rakyat akan menghukum umno pru14, that's is nightmare for rakyat, perebutan kuasa akan berlaku, umno akan mencari nyawa bersama parti lain..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 1:30 PM

Jawap dengan Tuhanmu najib

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 1:38 PM

Ahaiii
Betul la tu, dia dah daftar bawah ROS...MAH / n suku sakat punya akaun la pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 1:43 PM

Kalau Najib sedar dia tak buat semua2 ni.
Ego tinggi melangit dia ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 1:50 PM

Zaman tun, masuk akaun peribadi ke????..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 2:00 PM

Hallo bro 9:33 am....
Orang sudah buktikan penyelewengan dlm isue 1mdb dgn isue 2.63 billion dgn keterangan yg sahih.
Tapi lu buat tuduhan pdb tun m pakai " kot kot ". Tolong jgn pakai kot kot. Kita mau keterangan nyata. Contoh 2.63 billion ada keterangan dari sprm mengesahkan dimasukkan dlm akaun peribadi najib. Paham ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 2:04 PM

@Nizam Zaid
Salam Din & Nizam Zaid..
1. "sbb x kepentingan..tu yg marah sangat ke najib..1MDB"
- hanya persepsi sedare saje. 1MDB ni memang diakui bermasalah oleh kerajaan (DSN) sbb tu nak kena buat rationalisation.
2. "prnh kita trpikir...mahathir ke sana ke mari..guna apa..pesawat pribadi..brp kos dia pakai jet...dgn duit pencen brp la sangat...so mana nk dpt..proksi2 ni la yg support....tun M."
- wajib ada bukit yang nyata. Adakah sedare punyai bukti atau sekadar ber"fantasi" saje?
3. "jadi2la mmburukkan kepimpinan negara dgn isu 1MDB..dana 2.6 b...tun pon pernah jd presiden..tkkan bende2 tu x pernah buat...aku org politik..dana2 ni biasa la bg org politik...x buruk sangat Najib tu smpai serang bertali arus"
- Adakah meminta penjelasan memburuk2kan negara? Isu 1MDB sendiri telah memberikan imej negatif terhadap negara diSELURUH DUNIA, apalagi "derma" 2.6B tu. Atau sedare ada penjelasan yg lebih terang?
- Setiap derma yg dikutip parti dimasukkan ke dalam akaun dan diAUDIT. Adakah 2.6B ni tertera dlm akaun UMNO/KErajaan?
4. "krn apa..krn x dgr cara tun..x nak ikut cara tun..zaman tun dh berlalu..knp nk campur lg urusan krj"
- Sedara ada bukti atau sekadar nak menegakkan sesuatu yg sedara sendiri tak faham? Kesinambungan pembangunan diperlukan dgn cara (PM) masing2, tak perlu ikut cara TDM dan tentunya bukan dgn buat hutang 42B..!! Sekiranya PM tidak berada dilandasan betul, perlulah seseorang menegur, tak gitu?
5. "sudah2 la...lebih baik tun tumpu k0d kerja2 NGO dn sebagainya"
- Sekarang pun banyak organisasi dari dalam & luar negara SELURUH DUNIA menjemput TDM utk event2 tertentu & Alhamdulillah, TDM masih mampu memenuhinya & menggalas tanggungjawab itu.
6. "dulu saya amat respect Tun..tp skrg..respect saya dh kurang"
- Respect is EARNED NOT DEMANDED..sampai sekarang di usia sebegini masih ada jemputan2. PM sekarang? Adakah respeknya di "EARED" atau "DEMANDED"..? Cuba tgk balik isu2 pemecatan2 & ugutan2 yg sedang berlaku sekarang..??? Kebanyakannya hanya memalukan PM & Negara..tak gitu?
Wallahu'alam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 2:05 PM

Lagi satu, rakyat juga tertanya-tanya, mengapakah Najib perlu menutup akaunnya di AmBank itu selepas baru lebih kurang 5 bulan dibuka? Adakah Najib membuka akaun di AmBank untuk ambil duit dari tok arab tu diketahui oleh MKT UMNO dan mendapat kebenaran MKT UMNO? Apakah bila Najib tutup akaun berkenaan pun, MKT UMNO tahu atau benarkan ke pasal penutupan akaun tersebut? Ini perlu dijelaskan, ini bukan isu peribadi Najib, ini isu melibatkan kepentingan parti yang berkeahlian 3 juta orang, RM 2.63 bilion itu pun, Najib kata derma untuk parti, maka ahli parti perlu tahu dari siapa, malahan ke mana wang itu dibelanjakan, mana buktinya perbelanjaan tersebut.

Najib kata dia berkelulusan dari Nottingham University dalam bidang ekonomi, dan pernah bertugas di Bank Negara, takkan Najib tak tahu mengenai perkara ini? Sila berikan justifikasi, bukannya menafikan tanpa sebarang bukti.

Rakyat sedang menilai UMNO hanya disebabkan Najib, UMNO berada dihujung tanduk kerana skandal jenayah Najib.

Tapi yang lawaknya ahli UMNO masih lagi syok sendiri ditipu oleh Najib. Bila dah jadi pembangkang barulah ahli UMNO nak celik mata kot, itu pun sambil meraung nasib diri, seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai, ahli UMNO syok tepuk tangan, sorak riang membela Najib sedangkan Najib ada isu integriti. Terpulanglah kepada ahli UMNO sekalian untuk membuat pilihan.

Sedarlah semua.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 2:34 PM

Pengaruh bro. Pengaruh RM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 3:29 PM

baik punya swing lah nko nizam zaid semata nak menghalalkan rm2.6b yg jelas satu kesalahan kalau tun salah songlap duit report lah tun pun cabar soh siasat & dakwa dia bukan cam najib task force yang sedang menyiasat kes dia pula yg kena siasat apa cer malu lah muka sikit kat negara luar duk cerita tentang kepelikan benda ni lainlah kalau nko takda muka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 3:34 PM

Urusniaga 1MDB tu urusniaga puaka sbb idea dan diurus oleh org yg berhati puaka. Kalau ilmu puaka tak ada jgn harap billion dpt lesap

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 3:41 PM

RM....Rosmah Mansor ke Ringgit Malaysia..??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 3:46 PM

Faktanya mana tuan...? Merapu macam bersyair gurindam je hujah tuan. DEIG bersih & sudah disahkan SPRM. Bila yea SPRM akan sahkan 42 juta dari SRC Internasional to akaun peribadi presiden Umno ni nak disahkan bersih...?

Ke tuan sedang berusaha keras mencari 3 orang yang keterangan mereka sangat diperlukan oleh SPRM...!

Kami tak hirau 'hanky-panky' zaman Tu M ni cos kami tak merempat. Zaman Najib la the worst cos paksa & merompak terus dari poket & tabung kami by gst... Tuan tak pe la kot cos tiap hari dpt sarapan percuma dari ketua bahagian kot.

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 3:54 PM

Kalau ada kepentingan namanya rasuah. Kalau takdak kepentingan, bukan rasuah namanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 4:27 PM

@Anonymous Kalau masuk pun tapi Tun dak BODOH sampai kena tangkap macam Ah Jib Gor!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:00 PM

@AnonymousMASAALAHNYA, Pegawai tinggi SPRM sendiri sedang menyabarkan rakyat dengan segala spinnya untuk menampakan bersihnya PM kita... yalah, pegawai yang cekap, berdedikasi dan lurus semua sudah ditukar, digertak dsb... tinggal pegawai yang makan dedak lah yang mengatakan derma tu jangan disamakan dgn rasuah!!! nanti jangan lupa untuk memberi jawapan yang sama di padang Mahsyar!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:05 PM

Egypt's President Abdel Fattah el-Sisi has accepted Prime Minister Ibrahim Mehleb's resignation of the cabinet, a statement from the presidency has said.

Sisi told the cabinet to remain in a caretaker role until a new cabinet was formed, according to Saturday's statement.

The statement did not give an explanation for the move, but it came days after the agriculture minister was arrested over corruption.

A senior government official told the AFP news agency the reshuffle was intended to "pump new blood" into the government in light of the scandal.

Reports in local media outlets said the Egyptian president had asked the former petroleum minister Sherif Ismail to form a new government.

Ismail had been in his former role since July 2013, shortly after the overthrow of former president Mohamed Morsi.

In February 2015, Ismail and four others, who had served under Mubarak, were acquitted in a retrial after a 2012 conviction for selling Israel natural gas at below-market price.

..seluruh cabinet resign termasuk PM hanya kerana seorang Menteri dituduh korup....tu kat Mesir..di Malaysia..PM yang merupakan suspek utama masih bebas kesana sini disokong oleh kabinet yang korup...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:15 PM

kesimpulannya awak rumuskan Najib tak bermoral tu sah menyalah guna duit lah ye??

tuan- dalam television nasional pun ada iklan belanja nasi lemak untuk sokong pun di interpretasikan sebagai rasuah lah!

Atau tuan hanya nak maklumkan dia cuma terpakai kepada rakyat jelata sahaja ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 6:51 PM

Nizam zaid

Nak tanya je...salah atau dak 1mdb ditubuhkan tanpa melalui parlimen? Salah atau tidak 'derma' berbillion masuk akaun seorang pm sedangkan pm itu sendiri kata bnm byk karenah dan wang yg byk xboleh masuk negara ini tanpa pengetahuan bnm?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 6:55 PM

Kepada penjilat Najip...rakyat malaysia tahu atau tidak pasal duit bilion masuk akaun peribadi najip dan juta2 masuk akaun rosma jika bukan kerana pendedahan wsj? Semua orang tak tahu! Itu apa maksudnya? Jangan jadi bangang dan bangsat boleh tak?

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 7:49 PM

Tangkap Najib dulu...kemudian tangkap Mahathir...pastu lepaskan Anwar Gay...gitu..?? Banyak cantik...!!!! Ataupun biarkan Guan Eng & Kit Siang perintsh...pigi jalanlah kau punya idea..!!!

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 13, 2015 at 8:56 PM

Duit UMNO tapi yang "merasa" cuma beberapa kerat. Dalam beberapa kerat tu "kepala" UMNO yang dapat lebih diikuti oleh kuncu2nya yang ada di antaranya BUKAN ahli UMNO malah mereka ini bukan bumiputera pun!

Apakah pemimpin2 UMNO tidak sedikit pun rasa marah atau paling tidak pun rasa terkilan ? (Saudari Anina terkecuali kerana dia sudah nampak apa yang pemimpin2 lain gagal untuk lihat dan bertindak).

Najib tidak mahu bertanggungjawab. Apa pemimpin2 UMNO masih tunggu ?

Kredibiliti Polis "DIRAJA" Malaysia jatuh merudum. Amat memalukan apabila polis2 di negara lain pula sanggup bertindak menyiasat aduan rakyat Malaysia yang "diperam" oleh PDRM.

Kepada Anon2 di atas yang mempersoalkan integriti Tun Dr Mahathir semasa zaman pemerintahan beliau, anda2 semua dipersilakan membuat laporan polis ataupun menyaman beliau. Dakwaan2 yang tidak mempunyai asas dan tidak dapat diterima akal tidak boleh diterima.



....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 11:38 PM

Tuduh pakai 'kot-kot' tu dah jadi fitnah.. cita-cita memang nak jadi kayu api neraka ke?

....................
Reply To This Comment ...................
September 14, 2015 at 1:23 AM

Sifat2 penjilat mat najip memang macamni.

Bila org kata ekonomi skg dh jahanam, mereka kata zaman tun lagi teruk

Bila org kata duit kita makin susut, mereka kata zaman tun lagi teruk.

Skg bila kita cerita pasal duit 'derma' yg xpernah dideclare, sumber yang tah langit mana dtgnya, ke poket doraemon siapa duit tu pergi (sebab duit tu byk gila - poket biasa xmuat), ke mana.arahnya belen duit tu, mereka tetap kata zaman tun 'kot2' ada.

Berapa sen la kau dibayar mat najip utk buat serkap jarang murahan ni.. kalau bercakap biarlah berfakta. Ruangan ni untuk orang2 yg ada sekolah sahaja. Buta kayu (tapi dah kenyang) macam kau duduk je la diam2. Malu la ada melayu bodoh macam kau.

....................
Reply To This Comment ...................
September 14, 2015 at 1:42 AM

Korang perasan tak iklan tu dah di'tiada'kan? Maka berjayalah mail menjadi ketua kampung..

Atas arahan menteri skmm ke..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 8:44 AM

Tu lah sebenarnya PENIPUAN. Msia d perintah org penipu utk kepentingan diri. Selagi boleh bodohkan rakyat apa ada kisah? Dan rakyat pulak sanggup di bodohkan. Mengapa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 1:22 PM

orang lama menegur cara
tapi dituduh khianat bangsa
pasangan bangsat kekal berkuasa
Tersenyum lebar sehati sejiwa

-anti-bangsat-

Post a Comment