........... TS Abdul Samad Letak Jawatan Penasihat 1MDB Selepas Pertanyaan Tidak DiLayan - Tak Percayalah .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TS Abdul Samad Letak Jawatan Penasihat 1MDB Selepas Pertanyaan Tidak DiLayan - Tak Percayalah ....

Monday, September 7, 201533comments


Artikel Mkini saya copy sepenuhnya -

Bekas anggota lembaga penasihat 1MDB berkata beliau melepaskan jawatannya selepas cubaan mendapatkan taklimat berhubung hal ehwal syarikat itu tidak dilayan.

Dakwa Tan Sri Abdul Samad Alias, beliau mengambil tindakan itu setelah membuat cubaan itu dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata demikian dalam sebuah persidangan antarabangsa hari ini.

Abdul Samad dilantik sebagai panel penasihat 1MDB pada 25 Januari 2012.

Beliau cuba mendapatkan maklumat berkaitan berkaitan hal ehwal syarikat, terutamanya berkaitan untung rugi firma pelaburan negara itu.

“Saya tunggu enam bulan.

“Walaupun berulang kali minta, saya tidak dapat apa-apa,” katanya yang juga penceramah dalam persidangan itu.

“Pada 29 Julai saya saya hantar surat letak jawatan,” katanya lagi dalam sesi soal jawab, yang kemudian mengundang ketawa dan tepukan orang ramai.


Betul ke ni Tan Sri ? Tak percaya lah .....Bukan nak kata Tan Sri berbohong tapi dari apa yang saya lihat ketika ini, usahkan tunggu 6 bulan, orang tak tanya pun, Najib akan bersungguh2 kumpulkan ahli2 Umno dalam dewan dan berikan taklimat tentang 1MDB !

Bukan sekali malah dah beberapa kali taklimat 1MDB diberikan oleh Najib. 

Dan setiap kali lepas taklimat, para peserta akan kata TERBAIK ..... semua dah jelas, 1MDB OK ! Tapi masing2 tetap juga blur .... takde siapa yang tampil berikan penjelasan kepada rakyat.

Hmmmm ..... apa yang buat Najib berubah, ek ? Tan Sri ni sampai merajuk terus letak jawatan sebab tak dilayan pertanyaannya.... itu Najib duluuuuuuuu .... Najib sekarang ?

Pendedahan Tan Sri Abdul Samad di atas hanya menguatkan teori kita selama ini yang 1MDB ini beroperasi secara rahsia. Melibatkan berbillion2 komitmen kerajaan/rakyat, tapi Najib yang mempunyai kata putus dalam semua hal berkaitan kewangan 1MDB, tidak pernah mahu memaklumkan kepada kabinet atau parlimen, sehinggakan rakan dalam panel penasihat 1MDB pun tak tahu apa2 !

Sedar2 jer hutang dah RM42 billion. 

Bila dah sangkut hutang, terpaksa pinjam lagi, terpaksa jual aset dan tanah .... barulah nak jadi mesra rakyat, kan ? Itupun hanya rakyat terpilih saja yang diberi taklimat. Rakyat jenis yang kesetiaan lebih diutamakan dari kecerdikan

Rakyat lain yang tidak punya apa2 kepentingan dalam Umno bila pula nak diberikan taklimat oleh Najib ? ( taklimat dua hala ok ) Asyik lari jer ....

Sebenarnya siapa yang tahu sepenuhnya cerita 1MDB ni ? Saya rasa Najib ni pun blur juga .....

Apapun kita tunggu serangan pro Najib terhadap Tan Sri Abdul Samad pula lepas ni ..... diorang tak kira siapa dah, asal kritik je Najib atau 1MDB, memang kena serang  la ! Orang Malaysia ke orang luarnegara ke ... semua kena hentam. Obama kalau kritik pun pasti kena serang balik.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 10:23 PM

Bukan serang balik bro, cume pertahankan.. tak kan nak suruh diam jer jadi tunggul.. otak letak kat mane turtle?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 10:23 PM

Ts samad ni silap. Kenapa dia tak terus tanya penasihat 1mdb ? Kalau penasihat 1mdb taknak jawab dia boleh tanya terus kpd menteri keewangan. Kalau menteri keewangan tak nak layan kenapa dia tak nak tanya terus kpd perdana menteri ?
Salah dia sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 10:43 PM

Ya din... puak2 menteri dan penjilat najib ni iti aje kerjanya... hari2 pikir mcm mana nak selamatkan tengkuk najib... nasib ada beberapa kerat penjawat awam yang dedikasi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 11:08 PM

TerbaikkK la DT!

ko ni buat aku tergelak je la, kalau aku kat restoran mamak ni....mesti orang keliling ingat aku ni mereng....tergelak sorang2 tak habis2..

kehkehkehkehkehkehkeh

Jib Jib....habis terkesan kami semua di sebabkan engko sorang....

Resign je laa Jib!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 11:09 PM

Ya din..puak2 ni macai dap dan penjilat anwar ni iti aje kerjanya...hari2 pikir mcm mana nak jatuhkan tengkuk najib... Nasib ada beberapa kerat penjawat awam yg berdedikasi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 11:13 PM

Pertahankan kepala otak kao....kalau pertahankan siapkan jawapan kepada soalan yang ditanya bukan serang peribadi orang tu dan korek kisah2 lama dia...bahalol...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 11:15 PM

@Anonymous

Anon 10:23PM

Najib tuu pulak letak otak dia kat mana???

"MISTERI 1 Malaysia"


Teloq dia pulak letak kat mana??

"MISTERI Nusantara"


kekekekekekekeke....Penjilat Ahjib pegi tido laa!

Esok kan sekolah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 11:24 PM

Najib dah penghujung jln...satu dunia dah tau siapa pm... Malu malu malu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 11:25 PM

Mempertahankan apakah bende nya...saman jelah...biar jd tunggul Jgn jadi barua

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 11:28 PM

TS Samad bukan kaki politik. Asal ada yang mintak servis dia, dia berikan. Dulu dia pernah jadi board member SEDC Kelantan. Niat dia cuma nak tolong bila diminta. Saya pernah berurusan dengan dia. Very straight forward person. Saya hormat professionalism dia. Kalau betul, dia akan kata betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 11:32 PM

Pertahan apa kalau maki sumpah seranah jadi pujaan hati pro jibun....masih nak bertahan jugak? Kesian... jgn tanya otak org bro...tanya sendiri pakai otak ke tidak. Mudah je!
Jgn bohong la...kan senang. Cuba jawab kenapa boss kau bohong dlm parlimen....tu je kita nak tau setakat ni. Kang tanya banyak2 yg duluuuuuu pun tak berjawab lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 11:53 PM

Lucu bila baca jawapan Anon 10.23pm

Kenapa dia tak terus tanya penasihat 1mdb ?

~ bukan ke tan sri ni sendiri ialah salah seorang ahli panel penasihat 1mdb? Suruh dia tya ahli panel lain ke maksudnya? 1mdb tak buat mesyuarat bulanan ke bagi taklimat kpd SEMUA ahli lembaga penasihat ttg perkembangan syarikat? Abis tu kenapa tubuhkan Lembaga Penasihat 1mdb? hahahaaa......


Kalau penasihat 1mdb taknak jawab dia boleh tanya terus kpd menteri keewangan.

~ bukan ke menteri kewangan tu bernama najib razak? hahahaa....


Kalau menteri keewangan tak nak layan kenapa dia tak nak tanya terus kpd perdana menteri ?


~ bukan ke perdana menteri tu juga bernama najib razak? hahahaaa...


Patut la Tan Sri Ambrin juga cakap Pihak Audit Negara tak dapat lengkapkan audit sebab 1mdb tak mahu serah penyata kewangan.

hahahaaaa..... semua orang yg belajar perakaunan tahu bahawa Penyata Kewangan tu dokumen asas. Klau dokumen asas pun tak diberi kepada Auditor, macamana nak audit? hahahaaa....


Adusss lucu betul drama 1mdb nih... boleh pecah panggung nih! kalah Senario The Movie!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 12:00 AM

Apa punya Tan Sri daaaa.....kata penasihat, tapi hal ehwal syarikat pun nak kena 'spoon feed'. Tak reti cari sendiri ke ? Sah bengap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 12:03 AM

Anon 11:15 pm.
Tlg bagi tau dorang esok kamu nk pegi sekolah.
Penasihat 1mdb siapa ?
Siapa menteri keewangan ?
Perdana menteri siapa ?
Najib tu siapa ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 12:14 AM

Senang sangat panggil orang lain bengap. He is not the management. Can't just bulldoze his way in. His capacity is advisory.

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2015 at 12:35 AM

Mohon elakkan dari memberi gelaran atau menghina sesama pengomen, ok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 12:52 AM

4 soalan anda setelah d analisa ini lah jawabannya.....
KAKI KELENTONG...ok?
Huhu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 3:23 AM

Pertahankan dengan spin sini spin sana? Tipu sini tipu sana?

Itu bukan pertahankan..itu vangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 7:21 AM

Selang seli baca komen2 dlm ni...x sangka masih ramai jugak lagi yg pro najib...giler aa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 9:57 AM

Bijak TS Samad ni. Bila dia rasa something wrong, terus aje resign. Tak nak makan gaji and elaun buta. Too bad dia tak bawa the inconsistency of 1MDB to Tun M in 2012 (or maybe he did?), we could maybe then save billions from plunder?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 11:20 AM

Ertinya 1mdb ni one man show by najib. Cuma najib yg tahu.
Yg lain tu cuma puppet jer.
adan hutang 42 billion.
Aziz reza dgn j low senang 7 keturunan.
Rakyat malaysia boleh tanggong hutang jer ler.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 11:34 AM

Bro. . .lu punya najib lagi kuat kelentong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 11:38 AM

salam,
sebelum 1mdb jadi isu hangat, saya lihat 1mdb ni di 2 tempat. setelah berfikir, tak ada pun kaitan dengan kerja 1mdb ni, tapi telah memainkan peranan besar. pertama semasa melihat botol vitamin 1 malaysia yang diberi kepada sekolah. ada tulis 1mdb. sekarang dah tak ada . yang kedua semasa banjir di kuantan, datang beri sumbangan ke sekolah tahun 2013. yang jadi hangat tahun 2014, itu pun hujung tahun bila tdm bersuara. orang lain punya suara tak sepanas suara tdm yang membakar.

so, apa kaitannya dengan topik artikel? tak ada pun kaitnya. cuma nak maklumkan, memang patut la tak dapat nak jelaskan bentuk perniagaan kerana tumpuan perniagaan ke laut. lebih kepada khidmat sosial. duit banyak guna untuk mempopularkan diri. kalu tsmy kata tak tahu 1mdb, memang menteri kita ni tak tahu apa pun. ada gambar tsmy bergambar berlatar belakang 1mdb. semua bentuk perniagaan banyaknya tak jelas, itu sudah pasti. sebab tu banyak spin spin spin fakta kerana tiada fakta yang tepat ke mana duit dah pigi. mungkin ahjibgor tak guna duit tu, tapi duit itu yang digunakan untuk segala keperluan. semasa zaman tdm, mana ada kita lihat pemberian wang secara terang dan terus kepada mana 2 pihak. perlu ada kelulusan terutama daripada agensi yang terbabit, tapi sejak zaman tun lah, duit pm beri macam keluar dari poket sendiri ajer. kalu ada kertas kerja tipu, maka ke laut la duit tu. zaman ahjibgor, cash is king, maka mana duit nak cekau? kalu zaman tdm, sharir minta wang untuk umno johor baharu, agaknya dapat ke 1juta? 1mdb ni, memang syarikat kasi pusing duit untuk aktiviti kasi duit agaknya. tu yang meraban nak jawab kerana duit kasi tarak perincian jelas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 12:10 PM

TS Samad letak jawatan adalah tepat sekali. Reputasi TS diguna untuk dipamerkan kepada rakyat bahawa syarikat ini berintegriti bukan untuk TS menyoal akaun syarikat. Kalau TS sebagai penasihat tidak tahu hal syarikat ini, apa lagi Rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 12:40 PM

Patutnya esok Ahli Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk memecat Najib dari UMNO, bukannya memecat Tan Sri Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO yang tak buat salah.

Dalam isu kemelut dalam UMNO, yang buat hal adalah Najib, apa kejadahnya kerana nak menyokong segala kesalahan Najib maka ramai pemimpin lain yang tak ada kena mengena dijadikan korban pula?

Kita tengoklah esok apakah majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO masih punya otak dan akal fikiran atau jenis manusia berotak lembu dan bodoh piang yang hanya menjadi penjilat yang lebih hina dari seekor lembu.

Kalau Najib dipecat kerana dia adalah punca segala masalah kepada UMNO, kepada Barisan Nasional, kepada kerajaan dan kepada negara ini selama ini, maka ahli UMNO jenis manusia berotak dan berakal fikiran.

Kalau majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak memecat Najib, tapi memecat pemimpin UMNO yang lain yang tak buat salah, maka Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu adalah golongan bodoh, kerana nak bela kesalahan, habis diainaya orang yang tak bersalah pula.

Kita lihatlah esok, siapa golongan yang berotak dan berakal fikiran dalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dan kita lihatlah juga siapakah Ahli Majlis Tertinggi yang berotak lembu, bodo piang yang menjadi barua belaan.

Walau apa pun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO esok perlu sedar bahawa keputusan dalam mesyuarat itu adalah keputusan melibatkan kelangsungan parti, kalau buat keputusan yang salah, maka koranglah pengkhianat parti.

Maka kepada ahli UMNO sekalian, kalau korang semua menyokong para pemimpin berotak lembu dan bodo piang, maka teruskanlah.

Kalau ahli UMNO yang nak pertahankan parti yang mempunyai pemikiran manusia yang berakal, tentu akan ada penentangan terhadap kepimpinan penyamun yang diketuai oleh Najib itu.

Ahli UMNO boleh pilih, nak menjadi manusia berakal dengan membela kebenaran atau nak jadi si bodoh hanya menjadi pak turut hinggakan benda salah di depan mata pun dia sokong kata betul juga.

Pilihlah apa yang ahli UMNO suka, kerana kepimpinan UMNO yang dikuasai oleh ketua penyamun Najib dan kuncu-kuncu sudah tidak pedulikan apa yang akan berlaku kepada parti, bagi mereka parti hanya untuk dipergunakan selagi mereka masih punya masa untuk merompak harta negara, tak tahulah kalau ahli UMNO rela diperbodohkan oleh Najib ketua penyamun dan kuncu-kuncunya.

Saya berharap tulisan saya ini diviralkan ke semua blog, semua facebook, e-mel atau dicetak dan disebarkan di seluruh negara untuk dijadikan pilihan oleh ahli-ahli UMNO yang selama ini kelihatan macam tunggul membiarkan apa sahaja yang dibuat oleh Najib tanpa sebarang tentangan dari mereka, kecuali adalah sebahagiannya yang lantang menentang Najib.

Sedarlah semua.

Ikhlas dari,

Abu Bakar.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 8, 2015 at 12:45 PM

Assalammualaikum wmt,
Ini komen adik Najib mengenai isu ini, sepertimana yg terdapat dalam MStar hari ini:

"Seorang yang dihormati, jujur, profesional yang dilantik oleh Kerajaan dan dialu-alukan kehadirannya oleh Pengerusi.

"Tetapi dinafikan akses maklumat oleh pihak pengurusan. Jika ini adalah benar dan ditoleransi, apakah mesej yang dihantar kepada agensi/GLC lain?," tanya pengerusi CIMB Group ini dalam akaun Instagram beliau, Selasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 12:48 PM

Tabik Din. Tak penat ke? Malas dah nak dengar Najib dan gomen cakap apa.Kenyataan -kenyataan yang tak masuk akal dan menganjing anjing kan kita.

Tapi kalau Din berhenti. Najib menang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 2:01 PM

Syabas Din, teruskan perjuangan hingga titisan darah terakhir...

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2015 at 2:15 PM

Tan Sri Datuk Dr. Abdul Rahman Haji Alias :- Has extensive experience in auditing and accounting, and is a member of the Malaysian Institute of Certified Public Accountants and the Malaysian Institute of Accountants.

Jelas, kepakaran beliau yang punyai PhD & pengalaman luas hal accounts tidak boleh dipertikaikan. Pro Najib berhak jadi benteng pada PM but biar ada fakta. Maybe selepas ini pro PM & tv3/4 ni akan cuba mencari 'hanky panky' untuk salahkan TS Abdul Aamad pula kot...

Perlembagaan Negara-Perkara 105 :- Ketua Audit Negara. (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Audit Negara, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Tuan-tuan nilai sendiri, Perlembagaan Negara pun 1MDB boleh langgar by tidak beri penyata kira-kira mereka till audit negara tak dapat dilengkapkan sepenuhnya. Ini kan pula TS Abdul Samad yang sekadar dilantik sebagai penasihat oleh Pengerusi penasihat 1MDB. Perlu kita ketahui bahawa TS Abdul Samad ini hanya Penasihat sahaja, beliau bukan Azmi Tahir as Chief Financial Officer of 1MDB.

Perlembagaan Negara Perkara 107 :- Laporan Ketua Audit Negara. - Ketua Audit hendaklah mengemukakan laporan-laporan kepada yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan dihadapan Dewan Rakyat.

Emmm, sama-sama la kita brother Din & yang lain nantikan the next taichi dari pro PM tentang perletakkan jawatan TS Abdul Samad ini. Sama-sama kita nantikan bila laporan itu dibentangkan dalam parlimen, bagaimana pro PM akan bertaichi again...

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2015 at 11:48 PM

Pertahankan apa kalau masing2 dok selongkar habis sejarah silam mencari salah si pengkritik supaya dapat membuktikan yang si pengkritik mempunyai salah atau silap yang tak kurang hebat dari yang dikritik.. malah ditokok tambah supaya rakyat dapat membanding siapa lebih bangsat sebagai penjahanam negara..
Mempertahankan konon.. aduyaii.. tolong la simpan2 sikit bodo tu.. buat malu kat ayam je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 9:29 AM

Saya ada di persidangan tersebut, TS Abdul Samad memang berani dan ada telor. Dia cakap perkara berkenaan di sebelah Ketua Audit Negara TS Ambrin yang juga salah seorang panel penceramah pada masa tu. TS Ambrin kelu tak terkomen cuma cakap perkara ini masih dalam siasatan. Hadirin yang terdiri dari macam2 bangsa Melayu, Cina, India dll termasuk Mat Salleh semua memang tepuk tangan kuat2 atas komen TS Samad

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 1:24 AM

Mat najip dah la kaki KENCING

Terbaru ni mat najip jadi TIKUS

Habisla.. satu Malaysia kena KENCING TIKUS..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 12:03 PM

Uish! Kencing Tikus???

Bahaya tuu bro....Boleh bawa maut tuu!

Najib dah kencing 1 Malaysia sampai hancing......Kita semua kena buat samak ni....

Ni masuk 'kategori najis' apa eh? Mughalazah ke Mutawasyitah ke apa ni??

Post a Comment