........... Tolak PM = Tolak Kerajaan, Tolak Najib = Tolak Melayu , Kini Tolak 1MDB = Tolak Negara ! ? ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tolak PM = Tolak Kerajaan, Tolak Najib = Tolak Melayu , Kini Tolak 1MDB = Tolak Negara ! ? ? ?

Wednesday, September 23, 201533comments

astroawani

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan sekali lagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di sini, hari ini.

Peguamnya, Matthias Chang ketika dihubungi Astro AWANI hari ini berkata tangkapan yang kedua ini adalah di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan atas kesalahan mengancam keselamatan negara.

Khairuddin yang dibebaskan selepas ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan pada Jumaat lalu ditangkap semula ketika beliau meninggalkan kompleks mahkamah bersama-sama peguamnya itu pada kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Seksyen 124K dan 124L masing-masing mengenai sabotaj dan cuba untuk mensabotaj negara.

Di bawah SOSMA, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 28 hari. Beliau pada mulanya ditangkap kerana disyaki bertindak untuk 'menjatuhkan kerajaan.'

"Mereka ingin menggunakan SOSMA yang bermakna Khairuddin boleh ditahan selama 28 hari tanpa perbicaraan," kata Matthias.

SOSMA telah digubal bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan untuk mengawal keselamatan negara termasuk ketenteraman awam, tindakan keganasan, sabotaj dan pengintipan.

Menurut Seksyen 4 (peruntukan utama) Akta ini , seorang pegawai polis mempunyai kuasa khas penangkapan dan reman ke atas orang yang disyaki mempunyai penglibatan dalam menyebabkan ancaman keselamatan berisiko tinggi.



Baru je dibebaskan, dah kena tangkap semula ..... kali ini di bawah Akta lain pula.

Tak boleh nak komen banyak2 ni ..... sensitif ! Mengancam keselamatan negara !

hmmmm ......

Kalau tolak PM, dikatakan kita tolak kerajaan ....

Kalau tolak Najib, dikatakan kita tolak Melayu ......

Kali ni ... kalau tolak 1MDB, kita dikatakan mengancam keselamatan negara !!

POWER nya 1MDB ni ......

Tak boleh sentuh langsung. Tak boleh dikritik. Tak kira siapa dah .... Gabenor Bank Negara yang dihormati peringkat dunia pun, bila kritik 1MDB terus kena hentam !

Ada apa dengan 1MDB ni ? 

Sekejap kata 1MDB ni walaupun dimiliki kerajaan, ia bergerak sendiri.  Ia tak kacau pun kerajaan. Tapi bila Khairuddin buat laporan di luarnegara tentang apa yang beliau rasa sebagai salahlaku, Polis pulak tahan dia.

Sekali lagi saya tanya, kalau maklumat yang diberikan oleh Khairudin itu yang benar, tanpa ubahsuai ... apakah beliau masih dianggap mengancam keselamatan negara ?

Takperlah, kita tunggu perkembangan seterusnya kes ini. Tapi secara jujur saya katakan, semua ini nampak PELIK.

Tak pernah berlaku dalam sejarah negara kita sebuah syarikat milik penuh kerajaan boleh membawa pelbagai masalah kepada negara !

Apa sebenarnya mengenai 1MDB ni ? ? ? 

RAHSIA APA yang boleh sampai ke tahap mengancam keselamatan negara ?

PS - Mereka yang dicari kerana terlibat secara langsung dengan 1MDB tapi dah lari, tak pula nampak begitu serius usaha nak bawa mereka balik .....

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 12:26 AM

heeeeeeeee....takut nk komen..stg kena sos...tomato sos ke cili sos ka...tp sos maaaa.......relax din....biaq pi kat depa..tu kerje depa...kita pun ada kerje juga....sampai pru...kita buat kerje...tk penat pun...tukar je...meluat. dgn parti najib...pilih parti mat sabun...bagi dia kerje 5 tahun..tk puas hati...tukar plak ke parti mat shampoo....apa susah...kan najib kata rakyat ada kuasa tukar kerajaan bila pilihanraya...tukar je..org kelantan blh tukar gomen...org trengganu blh tukar...lg kerap tukar gomen..mcm biskut chipsmore...nw u see now u dont...org perak blh tukar gomen..org kedah mcm org trenganu..boleh pun tukar gomen...bukan tukar aqidah...bkn tukar agama...tukar gomen je..fahsm..mamak penang tukar gomen ke gomen vina..pun boleh..tk pun mamak tukar jd cina..mamak tetap mamak..walau gomen cina kontrol..awat..sb tukar gomen di penang habis semua mamak jd cina ka....tak kann...so apedehal...ini kali lah..megeran?biaq di buat mageran..brape lame..sebulan setahun dua tahun tiga tahun...lama lama kena ngadap rakyat juga' kan...kena buat pru...u can control the system...but can u contorl peoples power...?at the end of the day...it s the people who decide who to governs the nation..so y wori...we dnt hve to fenin fenin thinking about them...they should think bout themselves...we decide...who to be there..pilih yg dok ada ni...berserabai negara...the choice is ours...tu dia bro bro skelian..respect n appreciate ur one n only one vote...ini kali lah...;ur vote money cnnt buy...its our pride...our dignity..u r free to vote who...its a free contry...xcept for the GST...u kena bayar...to cover his bullshits..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 12:35 AM

Pru depan.. kalau najib terus jadi ketua. Saya cadangkan boikot undi BN utuk parlimen. Undi umno untuk dun saja.

Denga cara ni kita boleh tukar pm .. dan kekalkan penguasaan umno di negeri negeri melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 12:41 AM

Sama la macam parti syurga.

Parti syurga = Islam
Tolak parti syurga = tolak Islam

Ah Jib Gor = kerajaan Malaysia
Suruh Ah Jib Gor letak jawatan = tumbangkan kerajaan

Tapi kalau difikirkan, memang betul pun. Kenapa? Sebab RM is king.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 12:43 AM

kalau macamni lagi rosak lah imej najib di dalam & luar negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 1:06 AM

Fbi kan siasat beberapa rumah yg dibeli oleh 2 org yg sangka dia licik sgt. Beli rumah cara penipuan. Hanya beberapa org yg disiasat. Dimana pula negara terancam???? Gila ke apa???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 1:16 AM

Tu dia akta terorist sudah di gunakan.kesian beliau xdpt raya bersama keluarga. Hmmm. 1mdb is too powerfull.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 1:33 AM

nanti bila matthias chang fail habeas corpus untuk cabar penahanan itu, kerajaan najib jawab lah di mahkamah....
(sekarang tak boleh panggil kerajaan BN dah sebab mereka sendiri yang kata jatuhkan najib = jatuhkan kerajaan)

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 1:35 AM

Kalau ada kezaliman, doa sangat mustajab.
Yang lain2 hampeh..tak ada power.

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 1:39 AM

PM boleh isytiharkan darurat..dan kita tak boleh mengundi lagi...pau pun tunda 18 bulan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 7:15 AM

Poochik!....jaga-jagalah semua yang menentang 1mdb dalam perhatian.yang utama dalam kiv TDM agak-agaknya.Banyak cctv telah dipasang bagi memantau siapa-siapa yang suka membuat onak untuk mengulingkan kerajaan najib.

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 8:12 AM

Hanya yang bersalah saja takut dgn bayang2 sendiri..kalau benar biarkan lah brp ribu aduan meraka nak buat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 9:22 AM

Setuju dengan Anon@12.35am. If Najib still muka tak malu nak jadi Presiden UMNO masa PRU14, kita (BN supporters) undi BN di peringkat DUN and buat undi rosak di peringkat Parlimen... tulis #UndurNajib kat kotak BN. Apa punya nasib Malaysia dapat PM korup yg kulit sangat tebal.

Kudos to Datuk Khai, the lone ranger yg berani buat lapuran polis terhadap Najib. Semoga dia tabah menghadapi cabaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 10:25 AM

12.35
Amat setuju. Memang itu pun yang saya akan lakukan.
Saya jijik dengan tingkah laku PM dan kabinet kayu nya, tapi saya amat sayang kepada UMNO.
So jalan yang terbaik adalah boikot undi Parlimen tapi beri undi DUN kepada BN.
Itu saja opsyen yang ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 10:35 AM

ingin mencari kebenaran, itu je..sepatutnya polis wajib siasat najib...ini tidak orang yg buat laporan polis pula kena siasat,..apa nak jadi dgn Malaysia ni..suka hati mak bapak dia je. Sepatutnya bos2 1mdb wajib di tendang..hutang bertimbun..syarikat bemasalah. Najib kata beri tempoh 6 bulan..secara tidak langsung, diakui syarikat ini memang bermasalah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 11:03 AM

Kenapa siasatan kes 1MDB tergantung begitu saja, kenapa tidak diteruskan??? Pelik bin ajaib..orang yg buat laporan polis pula kena siasat dan ditahan. Belum apa2 lagi Polis sudah kata Khairudin ada maklumat palsu, tak ke gila tu. Apa nak jadi dengan Malaysia ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 11:24 AM

Tak semudah itu nak tukar mcm tukar minyak rambut bro. Musuh menanti, ko bg pd mat sabun ko ingat senang senang geng cina dap yg rantai mat sabun boleh kasik. Dia ubah perlembagaan, ko nak kata apa? Dia tukar semua ketua polis, ko nak kata apa? Bro ingat LGE tu bodoh? Kominis campur yahudi ko tau apa punya makhluk LGE boleh jelma?

Silver fighter

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 11:36 AM

Najib adalah liabiliti Umno!! apa perumpamaan BODOH kata jatuhkan Najib sama dengan jatuhkan kerajaan..Najib Jatuh BN masih lagi kerajaan!!woofff..wooff..woooff..hanjing jibby meriyan sampai nampak BANGSAT!!

#pecatJibby
#selamatkanUmno

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 12:35 PM

12:35

Betul betul betul
Kita buat presiden unno ketua pembangkang biar dia terkangkang

Di mana pulak mengancam keselamatan negara nya perbuatan kharuddin ni ?
1mdb ni berhutang berbilion2 dengan jaminan kerajaan.
1mdb melabur dalam projek2 yang meragukan.
1mdb melabur di sarang duit kotor
1mdb tak boleh tunaikan bayaran faedah pinjaman dan kena buat pinjaman lain untuk bayar faedah
1mdb beli harta alnost salvage value highly overpriced
1mdb beli tanah kerajaan sangat murah dan jusl dengan harga sangat tinggi
1mdb pakai nasihat jho low yang kita dah tahu kaki putar alam
1mdb tidak mengurus penyata kewangan dengan telus
Dah berapa dah ? Ada banyak lagi berjela2..

Jadi siapa yang mengancam keselamatan negara ni ? Kharuddin ke menteri kewangan ?
Menteri kewangan bertanggungjawab sepenuhnya keatas pengendalian setiap urusniaga 1mdb yang tidak nenguntungkan sebab 1mdb adalah syarikat di bawah selia kementerian kewangan.

1mdb mengelak menjawab tuduhan.
Menteri kewangan ganggu dan bantutkan siasatan keatas urusniaga 1mdb oleh SPRM, JAWATANKUASA KIRA KIRA WANG NEGARA, BANK NEGARA MALAYSIA. POLIS DIRAJA MALAYSIA dan JABATAN KEHAKIMAN diLIHAT rakyat dijadikan alat mengenepikan segala usaha bagi rakyat mendapatkan KEBENARAN di sebalik kemelut 1mdb ni.

Rakyat mahukan KETELUSAN kerajaan dalam menangani apa yang RAKYAT PERCAYA kemusnahan yang bakal melanda dan yang telah pun melanda negara kita MALAYSIA ni. Rakyat tidak berpuashati tiada jawaban yang ditampilkan kementerian kewangan yang boleh meredakan kegusaran rakyat yang lama terpendam. Kita semua rakyat. Kita BERHAK mendapat jawaban. Kata NOTHING HIDE tapi bikin tak serupa cakap.

Siapa yang mengancam ketentetaman negara ni ?

Saya dangat HAIRAN. Kesemua ahli parlinen ni diundi RAKYAK untuk diwakilkan ke persidangan Parlimen bagi memgetengahkan hasrat, masalah, kebimbangan, kerukunan yang memang ditagih rakyat pada masakini.umno yang dikstakan mewakili orang Melayu memounyai paling ramai wakil yang dipilih rakyat untuk kerja yang diAMANAHKAN. Kelihatan wakil2 pilihan rakyat UMNO ini telah sangat menegcewakan, tidak berpendirian berkhidmat kepada rakyat walaupun telah diucap dalam majlis angkat sumpah.

Jadi rakyat kena bertindak sendiri bagi menuntut tindakan yang boleh menyelesaikan segala kemelut depan mata kita.

Adakah ini boleh ditafsir mengancam ketenteraman ? Kalau negara MALAYsia ini bukan sebahagian besar warganegara nya orang MELAYU, dah tumpah darah di tanahair ku dah..KESABARAN orang MELAYU ni amat tinggi. Lebih tinggi dari saudara saudara kita yang pertama diajarkan Nabi Muhamad sifat sabar ni.

Jadi manusia yang kita amanahkan untuk memimpin kita yang MEGAH mengaku pemimpin pada hari ini (tapi masih perlu dipimpin), sedar lah akan AMANAH yang kita wakilkan dan pimpin lah kami kearah kejayaan seperti yang dulaungkan azan sementara kami masih ada lagi sekelumit kepercayaan kepada kamu.

Tolong jangan kecewakan harapan KAMI.

Selamat Hari Raya Qurban

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 12:36 PM

Dalam keadaan negara macam ni, lebih baik diberi pada cina yang memimpin negara dan ketua polis pun tukar kepada cina. Sebab melayu tak guna dan menindas melayu. Cuba tengok ahlong2 bermaharajalela dibawah KPN melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 12:38 PM

Anon 11.24am itu lah sbb kita nak suruh Najib berenti. Yg ini tak perlu komunis + Yahudi, melayu bugis sudah bikin punah negara...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 2:35 PM

Anon 1124.., bercakap kurang guna akal dikepala tapi lebih dkt lutut..
Dia ingat nak ubah perlembagan mcm. tukar baju kot.., apa semua 28 juta rakyat Mesia.. cha nun alif...??

baca sefir biar betul, biar habis..,
agung nak buang mana..??, raja n sultan2 melayu, tak kan nak anggok saja..??,

kita nasihatkan anon 1124 , bercakap berpada2, jngn. dikata orng. makin banyak cakap, makin menyerlah ke boxxhan nya...
jngn. mara...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 3:08 PM

Cukuplah dengan sokongan selama 60tahun kepada BN.Selepas masa yang begitu lama masih oarang Melayu ketinggalan dan tak mampu bersaing dengan kaum lain .Yang berjaya ialah orang yang berada tak kira kaum.Kroni mereka tak kira kaum asal untung bersama,rakyat dibawah disuruh benci membenci supya mereka terus mendapat sokongan untuk berkuasa dan terus memperdaya semua kaum terutama mereka diperingkat mengah dan bawah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 3:10 PM

Patut pun Si Kgairuddin tu ditahan dibawah SOSMA. Seorang pejuang bodoh yg x bertempat.
pejuang yg pintar dgn straregi berkesan x akan kena tahan. Yang dia pi cabar polis siapa suruh, kemudian bila polis dtg nak tangkap dia nak lari ikut pintu belakang.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 3:28 PM

Suruh je putera Arab tu mengaku bagi 2.6b abis cerita,x pyh nak korner2 lagi.Kan dato zahid dah jmpa??.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 4:16 PM

Melayu kerja bwh kerajaan benci org melayu memimpin.. melayu kerja swasta tertekan bwh cina.
Tolak najib tp jgn sesekali terima dap

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 5:08 PM

Cover up bro....cover up...

Tangkap menangkap si khai tu untuk beli masa je...mcm kes nak saman tapi mintak surat penjelasan dulu tu la....just to buy time...nothing else...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 5:16 PM

En khai...you sabar dan kuatkan semangat je...bila dah lepas nanti...anda ada peluang besar utk dapat gantirugi ratus ribu atau juta2 RM jika didapati penahanan anda tidak sah...

Alaaa..macam kes pemimpin2 pembangkang tu laaa...

Hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 5:59 PM

They just want to silent up Khairuddin - and to frighten others from doing what he has been doing. These are the intentions?

Now, when you have the power, you do whatever it is that you want. It is as if one is never going to die or shall never meet the day when one's power shifted to others. If is as if there is no consideration whatsoever that one fine day the table may be turned against you? Allah swt who owns heaven and earth and what is in between is JUST. And be fearful of the do'as of those who have been unjustly treated. To Khair and Umie, hang on there. People's do'as are with you. History shall record your sacrifice... Just look at the sacrifice made by the prophet Ibrahim alaihis salaam. To this day thousands of years later Moslems the world over show appreciation of what they did in every single solat wajib done and in every Hari Raya Qurban! As Allah swt has said in the Al Qur'an the truth is not the same as falsehood.

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 6:45 PM

@Anonymousrasanya khairuddin tinggal di kondo/apartmen.... apartment ada pintu belakang, ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 7:52 PM

tak habis dgn fitnah lah puak nko ni kondo pak nko buat kaa ada pintu belakang? hari raya pun masih nak jual fitnah kalau tak takut dosa pun kurang2 ada rasa malu jual temberang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 8:02 PM

Sdra Din,

Kalau irrational melayu islam beria2 sangat nak mempertahankan kuasa najib yang bukan berjiwa melayu yang islamik, bersedialah dipimpin oleh bangsa malaysia yang tak pentingkan bangsa dan agama.

Jangan ditangisi kehilangan kuasa ini kerana kecuaian dan kebodohan kita sendiri pada pru14.......sebab kita tuli telinga, tutup mulut dan buta mata dan secara langsung pertahankan pemimpin melayu islam yang apa,

1. Apabila bercakap......dia bercakap bohong
2. Apabila berjanji......dia mungkiri janji
3. Apabila diberi amanah.....dia mengkhianati amanah

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 11:48 PM

Clearly... Najib ada 3 sifat tu ! Wow...

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2015 at 8:08 PM

Mu cakap memamg betul anon 2.35 ........jumlah kerusi MP dap + mca +++ mana cukup nak ubah Perlembagaan Malaysia. Semua rakyat Malaysia sudah cukup bijak untuk tidak bersikap "perkauman" . Yang masih tertinggal ialah ahli2 umno yg ada kepentingan peribadi aje......

Post a Comment