........... RM2.6 Billion - Apa Yang Sudah DiBelanjakan, Kenapa Akaun DiTutup dan Kenapa Dana Dipindahkan Ke Singapura ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM2.6 Billion - Apa Yang Sudah DiBelanjakan, Kenapa Akaun DiTutup dan Kenapa Dana Dipindahkan Ke Singapura ?

Tuesday, September 1, 201532comments

Saja saya mulakan artikel dengan video Janji diTepati Najib ini -





Menyebut hadis, Najib berkata, ada 3 ciri orang munafik - 

Pertama, bila dia bercakap dia bohong. Kedua, bila dia berjanji dia mungkir janji. Ketiga, bila dia galas amanah dia khianati amanah.

SO ...... RM2.6 billion itu bukankah satu bentuk amanah yang diberikan kepada Najib ? Pelbagai versi telah kita dengar mengenai dana itu tapi semuanya berdasarkan AMANAH yang kononnya diberikan kepada Najib untuk mengunakan dana itu sebaik mungkin untuk parti/orang Islam/rakyat.

Tidak ada satu pun alasan yang mengatakan dana itu adalah untuk kegunaan peribadi Najib. Malah Najib sendiri paling awal mengaku dan berulangkali mengaku bahawa dia tidak ada menggunakan dana itu untuk kepentingan diri sendiri.

Tapi bila kita tanya kepada siapa dan ke mana dana itu dibelanjakan, kenapa marah2 ? Tak boleh tanya ke ?

Kenapa kita sibuk nak tahu ? Sebab Najib adalah PM. Kita tidak mahu seorang PM yang tidak amanah. Sebab tidak amanah itu sifat orang munafik. Takkan kita nak seorang munafik jadi PM kan ?

Siapa lagi selain dari Shahrir yang telah mengaku menerima RM1 juta ? Ke mana lagi RM2 599 000 000-00 ?

OK, ok .... setelah akaun Najib itu ditutup, dilaporkan sebanyak USD650 telah dipindahkan ke akaun di Singapura. Sehingga kini tidak ada sebarang pengakuan atau penafian dari Najib mengenai hal ini. Kenapa Najib senyap ?

Ahli2 Umno sendiri tak nak tahu ke apakah benar laporan itu ? Kenapa di pindahkan ke Singapura ? Kan keseluruhan dana itu telah diamanahkan kepada Najib untuk kegunaan umat Islam di Malaysia dan/atau kegunaan parti Umno ?

Malahan, sepatutnya kita tanya juga - Kenapa akaun itu ditutup ?

Setakat ini kita hanya bising tentang asal usul dana itu dan niat disebalik pemberian dana itu. Penjelasan dari Najib masih kabur dan susah untuk diterima akal yang mamhu berfikir.

Bagaimana pula dengan persoalan2 ini -

1 - Kenapa tidak dilaporkan kepada sesiapa pun ? Rosmah tahu tak ?

2 - Kenapa tidak dimasukkan ke dalam akaun Umno ?

3 - Kenapa akaun itu ditutup ?

4 - Ke mana dibelanjakan ? Kepada siapa dan berapa ?

5 - Kenapa baki akaun itu dipindahkan ke Singapura ?

6 - Berapakah baki yang tinggal ?

7 - Apakah masih sama niat untuk dana itu walaupun setelah dipindahkan ke Singapura ? 



PS - Artikel ini lebihkurang sama dengan saman yang dikemukakan oleh Anina selaku ahli Umno terhadap Najib - Mkini

Bunyi 'saman' itu memanglah gempak tapi sebenarnya apa yang ditanya melalui saman itu bagi saya adalah persoalan2 yang biasa sepertimana artikel ini. 

Apakah ahli Umno dan rakyat Malaysia secara amnya tidak berhak untuk mendapatkan penjelasan dari Najib ?

Tak perlulah sebut nama penderma itu kalau memang benar Najib terikat dengan janji untuk tidak dedahkan. Apakah Najib juga berjanji kepada penderma untuk tidak dedahkan cara dana itu digunakan ? Apakah pindahan dana itu ke akaun di Singapura juga sebahagian dari perjanjian dengan penderma ?

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 6:36 AM

Aku nak Najib berundur kerana gagal memegang amanah orang melayu untuk menjaga melayu dan Islam. Hak melayu telah dihapuskan atau dimansuhkan satu-persatu. Sedangkan kehendak kaum kiasu dituruti. Inikah ciri2 pemimpin UMNO yang kita mau ? Membiarkan melayu melukut di tepi gantang. Melayu akan kekal merempat dan menjadi pengemis di bumi sendiri selagi pemimpin sebegini diberi kuasa.

Kita perlukan pemimpin UMNO yang berjiwa melayu tulen. Bukan melayu plastik. Bukan melayu yang wajahnya melayu, tapi berjiwa kiasu. Bukan melayu yang membodek bangsa lain lebih daripada bangsa sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 6:46 AM

Aku sudah tidak percaya padamu lagi
Aku bosan....bosan dengan dirimu....
Aku benci....benci dengan dirimu.....

Wahai ketua2 bahagian, ahli2 kabinet Najib's Fan Club, ketua menteri, menteri besar ahli parlimen atau sesiapa sahaja, tolonglah mengaku andai pernah terima derma itu. Atau mungkin anda rasa risau kot sekiranya ahli bawahan menanyakan kenapa duit derma tak turun ke bawah (peringkat akar umbi).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 9:01 AM

Polis takde teloq. Saman Anina sampai sekarang pun takde bunyi. Tapi anak Hijjas Kasturi lepas balloon kuning kat Pok Jib & Kak Mah kat Pavilion, pantas pulak dia tangkap.

Saya dah mula hilang kepercayaan kepada instituti2 agung negara. Dah cam diktator. Takkan Melayu tamak sampai cam tu? Habis bersembahyang 5 waktu utk siapa? Iblis? Cash is King!

Ya Allah! Selamatkan negara kita.

P.S: Apasal si Hishammuddin nak beli ni? Super Carrier? Nak berperang ke? Atau satu cara lagi untuk dpt duit 'halal' dari komisyen melalui proxi?

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2015 at 10:30 AM

Dah kompom 3 ciri2 tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Tai-pan Jr
September 1, 2015 at 11:01 AM

As'Salam... Bro DT n Sahabat3 semua..


"AhJibGo - The EXclusive PM"

-Cakap lain, buat lain.. This is AhJibGo.. Ini lah 'simbol' kebanggaan Rakyat skrang..

-Ada yg "Sanggup mati demi PM" ni lagi... Perghh! Dahsyat tuu..

-"Sanggup mati demi Tuhan" kita biasa dengar... Tapi yg ini buat kita 'tepuk dahi' jap..

-Bila kezaliman berlaku dgn terang n jelas -TAPI- Masih ada yg angkat sepanduk "I LUV U".. Masih ada yg bertindak "Kami setia dibelakang".. Masih ada yg kata "Itu semua fitnah".. -DAN- Ini yg paling hairan ni... Mereka yg menyokong ni terdiri dari 'Manusia Bijak Pandai'..
-Kita taktau nak cakap3 macam mana lagi dah.. Memang sah2 mereka ni semua 'Manusia Bijak Pandai -TAPI- Tak Cerdik'..


"Sabda Rasulullah SAW... 'Manusia Munafik' ada 3 ciri2.."

-Bila ia berCakap... Ia Bohongi..

-Bila ia berJanji... Ia Mungkiri..

-Bila ia berAmanah... Ia Khianati..


"BUDAK Sekolah beli ais-krim PUN kena GST"

"Ibu3 mengandung -DAN- Ibu2 bersalin PUN kena GST"

"Orang3 Tua/Veteran2 Uzur yg TERPAKSA BELI medicines PUN kena GST"

-'3 points' diatas ni bukan kategori 'MAHA ZALIM' n 'MAHA FIRAUN' ke???


Firman Allah SWT...
“Wahai ORANG yang BERIMAN, jika datang kepada kamu seorang FASIK membawa sesuatu berita, maka SELIDIKI (untuk menentukan) KEBENARAN-NYA, supaya kamu tidak MENIMPAKAN sesuatu kaum dengan perkara tidak DIINGINI, dengan sebab KEJAHILAN kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu MENYESALI perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)


***Gembira dalam Duka**



"The AhJibGo Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 11:25 AM

terbaik bro..insyaallah akan ada pemimpin melayu yg amanah kepada agama,bangsa dan negara, sama2 kita berdoa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 11:29 AM

Saya tertanya-tanya:

1) dalam 3 juta ahli UMNO, adakah Najib Razak satu-satunya ahli UMNO yg boleh memimpin parti itu? Lemah sangat ke ahli-ahli yg lain? UMNO takde program utk menghasilkan pemimpin pelapis ke?

2) Masa Pak Lah disuruh/digesa melepaskan jawatan PM dulu, adakah kesalahan/kesilapan Pak Lah lebih hebat daripada menyembunyikan dana berbillion ringgit dalam akaun peribadi? Kenapa ketika itu ahli-ahli UMNO cukup berani bersuara mahukan pemimpin baharu?

3) Najib Razak pernah cakap (dalam satu ucapan beliau) bahawa wang 1MDB yg dilaburkan di Cayman Island kemudian dikeluarkan dan disimpan di Singapura adalah kerana jika simpan di Malaysia, hal tersebut terpaksa dilaporkan kepada Bank Negara kerana peraturan di Malaysia, wang berjumlah lebih daripada 500 000 ribu (klu tak silap) perlu direpot kpd Bank Negara.
Soalnya, kenapa mengelak dari terpaksa repot kpd bank Negara? Apa yg hendak disembunyikan drp Bank Negara? Sekarang apabila hal itu didedahkan oleh S'wak Report, pihak Singapura pun dah buka kertas siasatan. Tapi hasil siasatannya sampai sekarang masih tak didedahkan (dah sama macam task force kat Malaysia pulak).

4) Tak lama selepas tu, Arul (CEO 1MDB) cakap sebenarnya yg disimpan di Singapura tu adalah dalam bentuk asset, bukan wang tunai. Aiik....??? habis tu kenapa Najib cakap alasan disimpan di S'pura sebab tak nak report kpd Bank Negara?

Mereka ni tak discuss dan sepakat dulu ke tentang apa yg nak dicakapkan kpd public?
Ahli UMNO yg 3 juta tu tak terfikir ke that something is very fishy bila jawapan berputar-putar diberikan oleh pemimpin mereka?

5) Adakah ahli-ahli UMNO berpegang kpd prinsip samik na wa atoq na (kami dengar lalu kami taat) terhadap pemimpin mereka? Tidakkah ahli UMNO tahu bahawa prinsip itu hanya boleh diamalkan terhadap Rasul Allah sahaja atas ketaatan kita kepada Allah. Kerana orang Islam harus yakin sepenuh hati bahawa apa yg Rasul Allah sampaikan adalah datang daripada Allah maka ia adalah benar dan tak perlu disoal-siasat akan kebenarannya. Sepertimana sikap Saidina Abu Bakar, apabila Nabi Muhammad memberitahu beliau ttg peristiwa baginda di israk dari Mekah ke Baitulmaqdis (yg jaraknya beratus kilometer) dan kemudian dimikraj dari Bumi ke Sidratul Muntaha (semuanya dalam satu malam), Abu Bakar langsung tidak personal, tidak mintak bukti, tidak ragu kerana beliau taat dan percaya kpd Allah dan RasulNya.

Tapi Najib Razak bukan Nabi, apa lagi Rasul. Najib Razak tidak maksum. Jadi kenapa ahli-ahli UMNO menerima bulat2 segala penjelasan berbelit2 dari beliau dan para pengampu beliau? Berdosa ke kalau minta penjelasan yang logic dan boleh diterima akal?

Adakah parti UMNO mempunyai peraturan melarang ahli2 nya daripada bersuara meminta penjelasan tentang tindak-tanduk pemimpin yg 'luar biasa'?

Kalau benar ada peraturan begitu, kenapa semasa Pak Lah dimalukan dengan ahli2nya lantang meminta beliau lepaskan jawatan PM, mereka yg bersuara tidak pula diambil tindakan disiplin, dipecat dr jawatan dan sebagainya?

Ada double standard ke?

Hai.... banyak betul soalan yg timbul sekarang.

Kalau UMNO sebagai parti pembela orang Melayu hanya mampu mempunyai pemimpin mata duitan dan kaki kipas, apa la nasib anak cucu saya di masa hadapan...?

Runsingnyaaaa......

I wish UMNO will have another set of Razak Hussin dan Dr Ismail.... only then Melayu takkan hilang di dunia....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 11:33 AM

susah klau bercakap tak cermin diri sendiri....munafik itu skrg nie siapa ekkkk...terbeik bro din video tue

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 12:05 PM

Bro Din,
Cam ni jelah, kita tak payahla bagi soalan cepumas kat abang jib ni.
Buat letih je.

Pendekkan cerita, masa PRU akan datang nanti kalau Abang Jib masih jadi PM, kami satu family 9 orang pakat undi pembangkang. Tapi kalau sebelum PRU Abang Jib turun dan orang UMNO lain yang jadi PM kami akan pangkah BN. Sejak dulu kami memang sokong BN tapi sekarang ni cerita dah lain. Nak buat cam mana dah tak de pilihan.
Dah malas nak cakap banyak.

Assalamualaikum,
.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 12:20 PM

PM yg tak bermoral bercakap pasal munafik...ha Ha...ha...semalam hari kebangsaan harus dia melafazkan ikrar juga. Sekurang2 nya 2 prinsip PM tak bermoral ni langgar...(1) kedaulatan undang2 (2) kesopanan & kesusilaan...yg ni sbb dia adalah satu2nya PM yg sebut bangang, bangsat dsb...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 12:44 PM

Bnyk perkara dh terbongkar. Semua ni pun dh cukup JELAS bermula isu cash>>asset>>unit. Buat siasatan pastu TUNGGU.... TUNGGU... TUNGGU... TUNGGUL.... Desak cmna pun najib tetap begitulah rupa dia. TUN may be ada penyelesaiannya. Yg diperlukan hanyalah MORAL SUPPORT yg padu dr rakyat....

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 1, 2015 at 12:57 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din, saya yakin Najib tak ingat pun apa yg dia pernah cakap atau ucapkan itu.
Lebih teruk lagi dia tak faham pun apa yg dia ucapkan. Yg dia tahu ucapannya itu baik dan disanjung pendengar. Ditepuk dgn gemuruh oleh hadirin.

Hakikatnya, apa yg diucapkan tak mampu diamalkan. Ianya sekadar ucapan yg disediakan para pembantunya saja. Dia baca saja macam burung kakak tua yg boleh ajuk kata-kata manusia tapi tak faham pun. Maka jadilah 'cakap tak serupa bikin'.

Itulah akibatnya apabila tek ucapan pemimpin tidak ditulis sendiri, tapi disediakan oleh pembantu atau oleh orang lain. Maka apa yg diucapkannya itu bukan datang dari dirinya. Yg diucapkannya hanyalah kata-kata penulis ucapan.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 2:31 PM

NAJIB mmg buruk perangai...mula2 haram jadah lepas tu bangang lagi bangsat. Terkini dia panggil peserta bersih sekor sekor mcm binatang. Dia lupa semua sifat tu cukup ada pada beliau. Low class punya org.... bagus sangat ke? Mmg beliau seorg yg hina...sesuailah kejatuhannya Nnt cukup mengaibkan.
JGN BERBOHONG.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 3:36 PM

Kita sependapat.

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2015 at 5:29 PM

Bro, masa Najib pindah USD=RM3.50, sekarang RM4.30... now dlm ringgit Najib untung RM500 juta beza 3.50 dgn 4.30

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 5:58 PM

salam.
antara jawapan bagi persoalan berikut yang akan dijawab oleh para penjawab, bukannya pm. apa darjat pm nak jawab soalan rakyat. no standard, taik ayam ajer.
1 - Kenapa tidak dilaporkan kepada sesiapa pun ? Rosmah tahu tak ? bnm dah buat laporan kepada kementerian kewangan dan lapor terus ke pm. kira dah dilaporkan, cuma ag tak boleh bertindak kerana tidak bertindak ke atas laporan tersebut. tak puas hati. bukan ahjibgor yang jawab. gabnor bnm yang jawab tu. laporan dibuat tapi tiada tindakan. ahjibgor mana mungkin bertindak, itu semua kerja ag. kalu bertindak, tukar tempat kerja. itu pun ksn dan ksu yang buat. pm tak buat apa pun. sudah tentulah kak ros tahu. kak ros sentiasa di hadapan suami. benda kecil ni kak ros tak campur tangan, cuma kak ros selalu pesan jangan fitnah ahjibgor dan tak kisah pun kalu orang buat cite. kalu kak ros layan, kusut rambut kak ros.
2 - Kenapa tidak dimasukkan ke dalam akaun Umno ? dari naib presiden, sua, bendahari, mkt, kbu, ajkb, serta ahli percaya kat presiden. presiden sangat amanah dan dipercayai. kalu kasi kat bendahari, belum tentu selamat. lihat ajer, tdm serah rm200juta cash, hilang tak dapat dikesan. ini pulak 2.6ribu juta. bendahari dan kakitangan ibu pejabat buat kenduri wang pun, tak sedar. nasib baik presiden ada akaun sendiri, boleh masuk duit ke situ. lihat, dah tutup pun akaun tu. duit pi mana tak boleh tanya, kerana presiden umno sorang yang amanah. tak perlu tanya kerana kalu tanya nanti boleh jadi khianat parti dan merosakkan parti serta berniat nak jatuhkan kerajaan.
3 - Kenapa akaun itu ditutup ? duit dah tak ada, tutup la. kita pindah ke akaun lain. ambank kasi ciput jer kot duit hibah. masuk ribu juta, kasi hibah tak sampai juta juta. kena tukar bank la. itu pun mau tanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 5:59 PM

sambung
4 - Ke mana dibelanjakan ? Kepada siapa dan berapa ? kat mana pun tak apa. apasal nak ambil tahu. mana masuk audit negara, atau audit untuk mesyuarat agung umno, atau untuk ros. semua tu kena lapor kat pm. so pm dah tahu, tak apa kalu tak kasi laporan audit. ahli umno ok, pasal presiden orang yang amanah. kita tahu presiden amanah pasal mkt yang cakap. apa bukti, kita dah cakap, presiden amanah, noktah. kalu tanya nak jatuhkan kerajaan. kat sharir 1juta, mat cgpa 3.85, sr kata 2juta, puteri 50k, yang lain tu sonyap jer, makan sorang kot. buktinya, presiden dah kata, duit dah kasi kenapa tak sokong. kat pelda mana tah yg pm cakap tu. ke mana dibelanjakan, tak kena audit mesyuarat agung, kira jangan tanya la. ahli tak kisah pun. kbu pun amanah macam presiden juga. mungkin ketua umno bahagian pekan dapat lebih banyak kot.
5 - Kenapa baki akaun itu dipindahkan ke Singapura ? kita dah kasi tahu, presiden amanah. jangan tanya. kau nak khianat parti ke? kau nak jatuhkan presiden ke? kau nak burukkan presiden ke? presiden amanah. jangan tanya orang yang amanah. duit tu tak ke mana, singapura ajer, bukan untuk kegunaan presiden pun. tu presiden yang cakap. percaya jer apa yang presiden cakap. kalu tak percaya, ertinya kau ni musuh umno yang nak rosakkan umno, nak busukkan umno, nak bakar kelambu.
6 - Berapakah baki yang tinggal ? presiden amanah. jangan tanya baki. ni semua nak jatuhkan presiden. presiden dah kata, duit bukan untuk kegunaan peribadi. kalu isteri presiden guna, itu peribadi isteri, bukan peribadi suami. tanya baki bermaksud berusaha untuk jatuhkan kerajaan bn. cubaan rosakkan parti umno. dah berbuih dah kita jawab, tak caya juga. presiden amanah. dia tak guna duit tu untuk kegunaan peribadi. percayalah dan telanlah bulat-bulat jawapan ni. kalu tanya lagi khianat bangsa melayu.
7 - Apakah masih sama niat untuk dana itu walaupun setelah dipindahkan ke Singapura ? presiden orang yang amanah. duit tu lebih selamat berada dalam akaun dia berbanding akaun amanah umno. kaki kelebet, kaki curi, tukang pecah amanah ramai dalam umno. presiden ajer yang mampu jaga duit tu. dana tu ikut niat para penjawab. kalu para penjawab kata niat serupa, kira serupa la. presiden tak jawab soalan tu.
lebih kurang macam tu nanti para penjawab soalan untuk presiden umno aka pee mmm aka ahjibgor. ikut la lagu mana nak jawab. kalu tanya lagi, engkau ni khianat negara dan buat fitnah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 6:44 PM

Bila bercakap, dia dusta:
Mula dia kata dah tengok penyata kewangan tunai. Kemudian dia kata kalau dia nak menyamun takkan dia masukkan dalam akaun sendiri. Lepas tu dia kata pasukan petugas khas ada mandat untuk siasat sampai habis.

Bila berjanji, dia memungkiri.
Hari tu dia janji kat mangsa banjir Kelantan nak bagi rumah free. Lagi 3 bulan nak masuk setahun, tiang rumah pun belum nampak.

Bila diberi amanah, dia mungkiri.
Duit derma untuk parti masuk akaun dia, bukannya akaun amanah parti. Duit dua juta masuk akaun isteri, dia tak ada kata apa-apa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 7:30 PM

Salaam bro din....
Najib nak jawab semua soalan tu? Nak ulang semula...soalan yg dulu dah jawab ke belum? Kita takkan lupa sbb kita tanya.
Jenis mcm najib ni maaf katalah kena paksa baru dia jawab. Nampak mmg mcm baik je. Tu la lakonan beliau.Jadi pilihan yg ada? Satu je...
Tangkap,utk soal siasat. Kenapa tak boleh? Mana SPRM? Polis tentu tak mahu...sbbnya diaorg je yg tahu kenapa kan? Fungsikan SPRM ke tahap maksimum. Kalau org biasa dah jatuh hukum dah ni......lama sangat nak melayan kerenah beliau. Terbukti wujud rasuah kuasa yg jelas dgn penyingkiran luar biasa....tunggu apa lagi?Bangsa kita ni terlampau berseni sangat....lepas tu tak bertempat pulak.
Apa istimewanya beliau hingga susah sangat nak ambil tindakan drastik? Tlg bagi saya satu pendapat bernas. Nak bukti mcm mana lagi?
Asyik2 kita soalkan 42 bil....2.6 bil...tak payah. Tu yg nyata RASUAH KUASA. Lepas tu baru d rungkai satu persatu.
Takut? Kita tak salah apa nak takut? Boleh terbalik pulak kita takut nak ambil tindakan.....apa besar sangat ke beliau tu? Sama je mcm kita beb! Bezanya beliau selalu berbohong utk kekal berkuasa. Tu je.Kesedaran kena wujud dlm diri kita bahawa negara kita d ambang kemusnahan atau pun telah musnah ekonominya kerana kelemahan pentadbiran beliau. Beliau bukan seorg yg ada bisnes minded. Sibuk dgn penampilan zahir je......
Pelik ke ? Tak. Biasa.....Salah tetap salah. Hari2 negara kita skrg d momokkan dgn cerita2 indah .......isinya? Hampas!
Kembalilah semua kpd kenyataan.
Atau kita suka d haram jadah kan...d bangang kan...d bangsat kan.... terkini ....panggilan mesra utk rakyat msia dari najib ialah SE EKOR! Seekor peserta bersih....
TERPULANGLAH WAHAI BANGSAKU. AKU TETAP BEGINI.
#Maaf agak emosi sikit.....berani kerana benar....Islam itu adalah benar.....AlQuran itu adalah benar....Rasul Junjungan adalah benar....ALLAH itu BENAR.
Salaam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 8:29 PM

Munafik yang NYATA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 8:32 PM

Suka hati dia lah nak buat dgn duit tu, dah dlm akaun dia, yg kau sebok sgt apahal? Dia kna report pd kau ke dia nak bg pd sapa 2?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 8:38 PM

Kenapa Najib boleh bagitahu siapa Arab penderma tikar terbang tu kepada Zahid TPM baru tapi Najib tak boleh bagi tahu kepada Muhyiddin TPM lama.

Walhal, Muhyiddin lebih tinggi kedudukan dalam parti berbanding Zahid.

Ini dah pelik lagi aneh perangai Najib. Tak masuk akal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 9:28 PM

Anon 8:38

Apa yg nak pelik nya, dia ni memang banyak buat perkara tak masuk akal..

Cuba imbas balik semua tindakan2 yg dia dah buat..

Kita akan nampak ada "satu pattern"..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 9:31 PM

Kita tgk je episod terbaru Umno ni..Team Pm dok sibuk2 merangka strategi melucutkan Tsmy sbg timb pres.Mb kedah pun dah ada dlm list.

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2015 at 10:52 PM

Tuan Din, puak DSN kata semua okay. Ini apa pulak? "Tue Sep 1, 2015 12:33pm IST
REFILE-Fitch warns of downgrade risk in Malaysia's rating outlook" http://in.reuters.com/article/2015/09/01/malaysia-ratings-fitch-idINL4N1132NF20150901

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2015 at 11:44 PM

Maaf kpd semua tpi sya nak komen ckit (x sempat komen ditajuk sebelumnya)

Ada yg kta sembahyang hajat & sya stuju cuma plu ada tindakan. Sembahyang shj x ckp...walau sejuta org, walau sebilion org...mesti ada tindakan...bayangkan 1juta/1billion org blh wat apa?
Cuba tanya knp org islam susah nak maju? Cina india dan bangsa lain xde agama ke? Knp dorang blh bersama2 berhimpun? Knp dorang x berdoa/sembahyang je? Knp dorang mcm lebih paham maksud "x kan berubah nasib seseorang jika dia x ngubahnya"...knpa dorang seolah olah lbh paham qada qadar? Bukan ke semuanya di ajar dlm Quran? Kenapa biarkan bangsa asing lebih maju walhal kita adalah pemegang hak utama Al Quran?

Mmg le bangsa dorang akan lebihkan bangsa dorang tpi bangsa melayu tak ke? Cuma pondan bugis je yg manjang bg kpd bangsa lain.

Tuan2/puan2 semua, masa utk kta ikut shj tanpa blh bertanya kpd ustad2 da tamat...masa utk kta akur shj kpd pemimpin tanpa soal da tamat!!!

Umno skrg dan pas sangat x relevan dgn pembangunan islam...mereka lebih relevan kpd kepentingan masing2 menggunakan nama bangsa dan agama sahaja. Malaysia perlu pemimpin yg radikal...yg blh membawa negara dan rakyatnya maju spt yg di gambarkan tun...Bila maju, negara, rakyat dan agama akan dipandang tinggi!!!

yg penting skali ialah usaha utk membuang pemimpin yg mencuri/mengkhianat/menipu rakyat...kemudian memilih pemimpin baru yg blh memajukan kita

utk peniaga yg komplen bisnes rosak psl bersih, sta nak tanya klu duit jatuh teruk, ekonomi x bagus, gst, rakyat ramai kena buang keje...sape yg nak datang beli lagi? Kalau cina blh tutup kedai 1-2 hari utk pastikan pemimpin bangsat ini jatuh kenapa tak melayu? Busnes melayu akan turut maju jika ekonomi baik, duit stabil, pekerja ada kerja dan tiada gst.

singkatnya ialah jadi lah praktikal berlandaskan ajaran Quran yg betul...

LK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2015 at 5:41 AM

menarik, kat TIM ada article pn.aminah kena pecat sudah. Betul ke? Kite nantikan press confrence. nntikan drama bru ni

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2015 at 6:45 AM

Cantik lah, nak copy.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2015 at 8:41 AM

BETUL tu saudara LK..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2015 at 4:14 PM

Sdr Din, persoalan yang sdr senaraikan sesuai untuk ahli MT tanya secara sopan pd presiden,itu pun kalau mereka masih ada maruah. Jangan takut kena pecat, hilang jawatan dan hilang rezeki kerana ini semua Allah yang bagi. Siapa yang lebih berkuasa ? Najib ke Allah SWT. Tapi kalau MT sehati sejiwa dengan presiden......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2015 at 4:14 PM

1) Ahmad Maslan-RM 2juta
2) Shahrir Samad-RM 1juta
3) Nur Jazlan-RM 1 juta
4) Salleh Keruak-RM 2juta
5) Syed Ali-RM 500k
6) Rahman Dahlan-RM 1juta
7) Mas Ermieyati-RM 50k
8) Ahmad Lebai Sudin-RM 50k
9) Baki-Rosmah beli Birkin, Hermes etc

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2015 at 8:36 PM

Tunggu laporan Audit Negara...
Tunggu siasatan PAC...
Tunggu siasatan Task Force...

PUTRAJAYA:- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan Bank Negara boleh menjalankan siasatan terhadap mana-mana isu tanpa kelulusan kabinet atau perdana menteri, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low. -Astro Awani.

Datuk Paul Low hampir-hampir jawap persoalan rakyat ini. But, tunggu lagi yea brother Din, kita disuruh tunggu till 'mayang mengurai penuh'... Tergelak je baca kenyataan Datuk Paul Low ini.

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dinasihatkan agar tidak hadir pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (AICC) di Putrajaya. Selepas menimbang aspek penerimaan daripada peserta serta faktor keselamatan. -Astro Awani

Sekali lagi saya tergelak. Tumpu pada perkataan "faktor keselamatan" ini. Macam alasan sama je dengan event 'Nothing to Hide' je as faktor keselamatan. Sekali lagi Datuk Paul Low hampir-hampir jawap persoalan dari rakyat tentang one em di beb & derma ini...

Post a Comment