........... Rauf Guna Alasan Teknikal Tolak Saman Anina - Apakata Rakyat Pula Yang Repot ( Deraf Repot DiSertakan ! ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rauf Guna Alasan Teknikal Tolak Saman Anina - Apakata Rakyat Pula Yang Repot ( Deraf Repot DiSertakan ! )

Wednesday, September 23, 201533comments

astroawani

Laporan paper semalam mengesahkan Ab Rauf menggunakan alasan teknikal untuk memohon mahkamah membatalkan saman Anina yakni Anina telah dilucutkan keahlian Umno dan tidak mempunyai autoriti dan 'locus standi' (tidak mempunyai kedudukan di sisi undang-undang) untuk memulakan tindakan saman di mahkamah seperti dipohon pada 28 Ogos lepas.

Alasan Najib tidak diketahui namun dipercayai adalah sama. Seperti dijangkakan, mereka akan mengelak dari menjawab persoalan mengenai Derma RM2.6 billion itu dan memilih untuk berselindung disebalik alasan teknikal.

Oklah, itu hak mereka dan ianya dibenarkan undang2. Kita tunggu apa kata hakim nanti. Namun rakyat masih berharap Najib akan tampil menjelaskan segala persoalan yang dituntut oleh Anina mengenai Derma RM2.6 bilion itu.
                                   *****************

Susulan itu saya ada terfikir juga, apakah seorang rakyat negara ini boleh membuat Repot Polis ke atas Najib dan meminta pihak berkuasa atau Peguam Negara menyiasat apakah tindakan Najib menerima derma itu menyalahi undang2 negara ?

Ya, SPRM dikatakan masih menyiasat kes Derma itu. Tapi persepsinya kes ini seperti tidak mendapat perhatian atau minat penuh pihak kerajaan berbanding repot2 lain yang menghasilkan tindakan segera dari pihak berkuasa.

Sebelum ini saya ada menerima emel dari seorang pembaca yang telah menghasilkan satu deraf laporan polis yang boleh digunapakai oleh rakyat Malaysia. Katanya  sebagai menyahut seruan Tun Mahathir semasa majlis di JB baru ni yang meminta rakyat ramai2 buat laporan polis terhadap Najib. 

Ramai yang marah dengan isu Derma ini dan mahukan penjelasan namun berapa ramai yang sanggup buat repot ? Kita lebih suka menanti/mengharap orang lain yang bertindak. 

Di sini saya ingin kongsikan deraf berkenaan dan menanti feedback dari pembaca. Untuk pengetahuan, bahagian laporan media ( berwarna kuning ) adalah tambahan hasilkerja saya. Emel asal hanya sebut dalam kurungan - ( nyatakan akhbar mana dan tarikh )

                              *********************

FORMAT LAPORAN POLIS DARI RAKYAT TERHADAP PM

Nama:
Alamat:
No KP:
Perkerjaan:
Tarikh:
No Tel:

Saya nama dan alamat seperti di atas ingin membuat satu laporan Polis terhadap Perdana Menteri Malaysia iaitu DS Najib Bin Abd Razak kerana mengesyaki beliau telah menyalahgunakan jawatan awamnya di dalam kerajaan Malaysia sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan menerima satu jumlah wang sebanyak RM2.6 bilion dari sumber yang beliau rahsiakan.

Kenyataan beliau bahawa wang yang diterima sebanyak RM2.6 bilion telah beliau terima ke dalam akaun peribadi beliau sendiri walaupun pada mulanya beliau cuba menafikannya. 

Merujuk kepada kenyataan-kenyataan akhbar seperti di bawah -

 1 - Portal Astro Awani bertarikh 03 Ogos, 2015 di bawah tajuk RM2.6 bilion didakwa dalam akaun Najib dari dana penderma, bukan 1MDB - SPRM 

Artikel melaporkan kenyataan resmi dari SPRM yang mengesahkan dana RM2.6 bilion itu ada di masukkan ke dalam akaun DS Najib. Kenyataan SPRM itu turut diwar-warkan secara meluas oleh media perdana lain termasuk media elektronik. Tidak ada sebarang bantahan dari DS Najib sehingga ke hari ini.

2 - Portal Malaysiakini bertarikh 08 Ogos, 2015 di bawah tajuk Dah Dapat Duit jangan senyap, kata Najib

DS Najib dilaporkan berkata - 

"Sebab tu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah kata, (duit RM2.6 bilion) itu bukan rasuah, bukan duit 1MDB.

"Ia dah selesai, dah selesai," 

Kenyataan itu boleh dilihat sebagai satu pengakuan bahawa dana itu diterima oleh DS Najib.

3 - Portal Utusan Malaysia bertarikh 22 Ogos, 2015 di bawah tajuk Dasar Malaysia disenangi

DS Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata -

"Saya sendiri telah melihat dokumen asal, bukan salinan fotokopi pemindahan telegrafik (telegraphic transfer) tersebut dan berdasarkan pengalaman dalam perbankan, aliran wang yang masuk tidak ada Kumpulan Wang Amanah Pencen digunakan oleh Umno atau akaun Perdana Menteri.

"Saya bukan membela beliau kerana memilih saya sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebelum itu pun saya lihat cek pertama AS$100 juta atas nama Perdana Menteri diikuti cek seterusnya melalui pelbagai saluran dan syarikat," katanya.

4 - Portal Sinar Harian bertarikh 16 Ogos, 2015 di bawah tajuk Bukan Malaysia sahaja terima sumbangan

Ketua Umno Bahagian Kuantan DS Wan Adnan dilaporkan berkata -

Menurutnya, Najib yang juga Presiden Umno turut menjelaskan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi beliau kerana ia adalah sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

Laporan-laporan di atas serta banyak lagi laporan lain mengenai perkara yang sama tidak pernah dinafikan oleh DS Najib.

Penerimaan dana itu jelas bertentangan dengan undang undang dan beliau telahpun melakukan kesalahan dibawah undang2 Pencegahan rasuah SPRM dan undang2 Akta pengubalan Wang Haram AMLA di bawah BNM.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia percaya dan tanpa sebarang prasangka @ prejudice bahawa pihak Jabatan Jenayah Komersial PDRM, pihak SPRM dan Jabatan AMLA BNM berkemungkinan telah terlepas pandang terhadap salah laku beliau menerima jumlah wang yang dinyatakan ini.

Dengan kenyataan-kenyataan media yang mengesahkan bahawa wang yang diterima telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib sebagai kononnya wang derma maka saya dengan ini memohon satu siasatan rapi dibuat terhadap beliau melalui peruntukan2 undang2 sedia ada dan bagi menjamin kedaulatan undang2 negara dapat dijalankan dengan seadil adilnya. Sekian laporan Polis saya.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 11:17 AM

peguam ni pon agaknya pon dapat durian runtuhla gamaknya ka ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 11:37 AM

"Penerimaan dana itu jelas bertentangan dengan undang undang dan beliau telahpun melakukan kesalahan dibawah undang2 Pencegahan rasuah SPRM (nyatakan clause apa) dan undang2 Akta pengubalan Wang Haram AMLA di bawah BNM (nyatakan Clause apa)".

admin tolonglah berikan Clausenya sekali untuk memudahkan laporan.

terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:11 PM

@Anonymousrasanya tidak perlu di isi sebab kerja pendakwaan adalah diatas bahu Peguam Negara. Beliau yang lebih mahir dan akan tentukan jika didapati ada kes

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 12:23 PM

Huhuhu.... siapa nak mulakan dulu ni... kalau satu daerah satu report pun dah ok.... tapi siapa nak mulakan ? Jangan lupa panggil pemberita masa buat report nanti....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 12:24 PM

Kalaulah Tun Dr. Mahathir yang mulakan buat report tentu akan ramai rakyat ikut serta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 12:38 PM

Jom pegi balai polis terdekat dengan rumah/ofis - kita ramai-ramai pegi buat repot!

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 1:10 PM

Tun Dr. Mahathir tak boleh buat report nanti kena pecat dari UMNO - nanti beliau tak boleh bersuara bagi pihak ahli

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 1:21 PM

Lawan tetap lawan.ainina jgn mengalah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 1:46 PM

Khairuddin yang kena remand dah buat 3_4 bulan lepas all it needs now is to snowball with the above-stated format will suffice.

Lets do it!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 1:55 PM

begitul lah selalu nya, semua berkata tentang najib menerima 2.6 billion bersama dengan dokumen yang diambil dari claire, tapi seorang pun tak berani buat laporan polis atau laporan ke sprm, begitulah ceritanya dari awal hingga sekarang, tetapi masih ramai yang percaya walaupun terdapat keraguan didalam laporan ini. itulah nama nya fitnah, allah maha besar sesiapa yang memfitnah akan menerima balasan yang setimpal. allah akan bayar cash.

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 2:38 PM

Ianya sepatutnya dimulakan oleh Muhyiddin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 3:15 PM

susah la macamni. sebab anytime ada ahli nak buat lapora, tunggu esok kena pecat.

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 3:28 PM

@Anonymousnajib terima rm2.6 bil itu fitnah ??? Saudara cuba fitnah ke ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 3:41 PM

Bro...
Umno tu maksum. Sesiapa nak bawak kes ke mahkamah baik kes kriminal atau urusan politik mesti kena pecat dan suaranya tak laku lagi. Jadi, bila join parti politik yg perlembagaannya ada klausa macam ni, hak sebagai warga negara untuk menyertai dan mengganggotai mana-mana parti politik berdaftar terbatal. Klausa ni melebihi kuasa Perlembagaan negara bro.. Malah perlembagaan parti yg didaftar kat ROS melebihi darjatnya dari perlembagaan.. Cer test kat mahkamah tengok mana yg lebih berkuasa..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 3:43 PM

erkorbanlah pahlawan Bugis!

Hari Raya Korban

tiap tahun berpanjangan



ibadah penuh keberkatan
haiwan-haiwan dikorbankan

maka meriah para dermawan

sama ada dengan derma 2.6 bilion

atau marhaen bersedekah kecilan

termasuk 539 ekor lembu di Pekan

meraikan sokongan kepimpinan

sebagai simbol pengorbanan

kekal merentas zaman.


Mungkin lebih berkat

untuk negara dan rakyat

Pahlawan Bugis handalan

terkenal satu galaksi

dengan pelbagai skandal

kebobrokan bertaraf global

perompakan dan penyelewengan

pembohongan dan pemborosan

siri penggubahan wang haram

berkorban penuh tawaduk

segera turun singgahsana

sebagai marhaen biasa

yang insaf bertaubat

menghabiskan sisa usia

kalau tidak sebagai pelarian

mungkin sebagai banduan

tanpa penghormatan.


Berkorbanlah Pahlawan Bugis

berkorbanlah seperti pejuang masa lalu

bukan Marcos atau Suharto

bukan juga seperti

539 ekor lembu di Pekan

tetapi sebagai manusia

yang takutkan Tuhan! – 23 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/berkorbanlah-pahlawan-bugis-fudzail#sthash.50FA4v5W.dpuf

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 4:25 PM

Terpaksalah orang2 dpd PAS, PKR atau DAP buat laporan polis seperti itu. Umno tak boleh pecat keahlian parti mereka.

Bagaimanapun, saya yakin tidak akan ada tindakan dpd pihak yang berkuasa. Dikhuatiri semua laporan akan di'bakulsampahkan' sahaja. Siapakah yang berani nak kena hilang kedudukan dan jawatan dalam tempoh 24 jam seperti Gani Patail?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 5:17 PM

Padanlah dia dimalukan satu dunia ya...
Padanlah badan da makin kurus ya...

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 5:19 PM

Aduh takut pula nak pi buat report, jom pergi ramai ramai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 5:35 PM

hang baru kluar dari gua kaa bro, 2.6B tu fitnah camna zahid hamidi ku nan malah najib sendiri mengaku ada terima dlm akaun personal, takda sorang report tu khairuddin & anina yg buat report patutlah dekat setengah tahun peguam negara tak buka kes report khairuddin agaknya depa tu bukan orang kot depa tu makhluk asing kaa, ya setuju Allah akan bayar cash tu sudah jelas tak pernah dlm sejarah 6 org PM hanya najib yg di malukan di dalam & di luar negara tu janji Allah bayar cash bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 5:45 PM

Buat laporan POLIS, SPRM, SPR dan ROS. Laporan ROS yalah perihal annual return UMNO tahun 2013 tidak tunjuk derma 2.6B ini jadi akaun UMNO tipu, bila tipu ROS UMNO yalah organisasi yang haram. Organisasi haram masuk bertanding PRU13 pun tak sah dan tak legal. Jadi kemenangan UMNO di PRU13 boleh null and void.

Gara2 duit haram 2.6B semua boleh diharamkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 6:29 PM

Berak tengah jalan hampa mau mengakukah?.Dalam kes begini pun mesti mau tunjuk bahawa benang itu basah mesti mau tegak punya Naluri manusia yang beada diatas rasa apa juga tingkah laku tak bersalah,bagai durian dengan mentimun depa sangka golek pun kena sakit dan sebaliknya pun sama 2x5=5x2. Dulu mungkin boleh tetapi sekarang nak mungkin.Pemerintahan mereka demokrasi tulin (makan tuan).Kezaliman terhadap ahli akan makan tuan ".Dont worry be happy".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 10:25 PM

Astarafirullah tak sampai satu jam mahkamah bebaskan khairuddin pihak polis tangkap reman balik ni apa punya gila esok umat islam sambut raya aidil adha dia pun nak sambut raya dgn keluarga nak pergi solat raya lagi tak boleh tangguh untuk satu dua hari? apa sudah tak ada hati perut? aku sebagai penyokong tegar dato najib sejak dato najib tpm lagi, tapi arini aku betul2 sudah naik meluat & menyampah melihat satu tindakan penuh kebodahan lagi melampau yang di buat keatas seorang islam, aku kira sudah cukup lah bagi aku menyokong dato najib selama ini enough is enough !.

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 10:40 PM

Apa kata abg Din mulakan dulu,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 11:03 PM

kita orang melayu banyak mengikut pemimpin. banyak yang tak mahu glamer. diam ajer, tapi hati banyak simpan perasaan. tak ramai yang nak jadi hero, tapi kalu ikut belakang tu ramai la. tu pasal kita merdeka dengan cara rundingan. nak marah pun tak berapa nak keluar bila berhadapan dengan boss ataupun orang pangkat besar. boss saya kata telur tak ada. saya pulak terfikir bimbang kena tukar terutama yang kerja kerajaan. so, sapa yang tak terikat, boleh la mulakan buat report.kerana tak ada kaitan untuk tukar atau tindakan lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 12:56 AM

"kerja pendakwaan dibahu peguam negara". siapa yg melantik peguam negara?. tutup kes...

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 3:50 AM

Bro Din...

Jangan buat lawak la Bro... esok kan dah nak raya korban. Buat repot polis pasal najib ni ibarat kita dengan relahati pulak nak buat 'korban' diri kita kat polis raja di Malaysia tu. Semua orang termasuk yang tak cerdik pun tahu, bukan kita tak mahu tapi tengoklah sendiri, tanyalah diri sendiri kenapakah rakyat dari bangsa cina dan india yang peratusan per bangsa adalah lebih besar tak suka najib dan juga paling memanaskan telinga dan hati kita bila baca komen-komen depa dalam mana-mana media bebas dan sosial kat internet pun tak mahu atau tak berani nak buat repot kat polis raja di Malaysia. Cukup cukuplah rakyat sengsara dengan segala masalah negara, dengan masalah bebanan akibat nilai duit menjunam, cukai yang menindan nindan, masalah harga barangan dan perkhidmatan yang melambung naik sekarang. Rasanya tak kira daripada bangsa apa sekali pun semuanya ada pilihan dan semua memilih untuk tak mahu tambahkan kesengsaraan andai nanti akan terkorban hidup dan menambahkan kesengsaraan keluarga setelah balik dari balai polis buat laporan mengenai salahlaku najib. Macam-macam boleh jadi yang tak ada pun boleh ada, yang sihat walafiat dengan tiba-tiba boleh tidur dalam tong dram, segalanya dah tak mustahil lagi di negara kita sekarang.

Bila tanya kena pecat, bila siasat kena dibersarakan, bila kritik kena tuduh nak jatuhkan kerajaan dan negara apalagi kalau buat repot pulak nanti kena tangkap..... jadi sapa la yang sanggup. Negara kita sekarang ni bukan lagi macam dulu, perdana menteri yang ada pejabat di putrajaya tu sekarang dia sendiri dah naikkan pangkat dia jadi presiden. Kuasa presiden Malaysia ni lebih berkuasa dari kuasa presiden USA atau presiden dunia yang kat PBB tu.

Maaflah.. segalanya ada limit dan limit kita sebagai rakyat yang walau anggap diri cerdik tapi kemampuan kita cuma cukup2 makan saja tiap2 bulan adalah cuma setakat baca dan bagi komen itu saja...

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 7:42 AM

@Nick Bagania berkesan jika ramai yang repot. Itu yang bezanya kita dgnmereka ..... niat kita nak selamatkan umno pru14 nanti. Mrk lebih suka status quo beginj kekal kerana mudah bn kalah.

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 10:23 AM

Ada kan satu tmpt seperti dewan atau balai perjumpaan di semua daerah, di mana rakyat boleh datang untuk mentandatangani laporan itu. Mereka hanya perlu beri nama,alamat,nombor kad pengenalan.

Dapatkan nasehat dari peguam kalau boleh lakukan seperti itu.

Saya yakin ramai yang akan mampir

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 9:48 AM

semua party ade klausa mcm tue yop...party mne yg x ade klausa yg cmgitue kt malaysia ni...cer cite cer cite

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 9:57 AM

pahlawan bugis die igt die cm robinhood yop..tp malang nyer die rompak rakyat marhaen skali....nk loundering money kne la derma blk...org naik haji...derma kt mesjid..dn bg lembu korban...huhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2015 at 4:51 PM

Din,

Macam ini susahlah aku nak pungut derma. Nanti ada orang kata rasuah pulak. Pelik betul rakyat Malaysia ni. Orang nak derma kita kata macam2 pulak. Kalau tak boleh nak menderma buat satu undang2 haramkan saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 2:25 PM

Jom aku nk gi report. Smpi bila camni...najib dn rosmah tetap bjln kmna2... Klu aku mintak derma utk PIBG, pulak tu msuk dlm akaun aku, smua ajk tanya. Blum lg polis....ni 2.6b tanya je, repot je, ckp je....smua yg buat kna tangkap.
Aku polis sprm kna buat kerja utk rakyat utk negara, bukan jadi barua pmimpin yg korup....
Mna gi Ketua Pgarah SPRM, abu kassim yg dulu kononnya nk tegakkan integriti. Pun kna tutup mulut. Apatah lg kita yg dibwh ni.
TAPI AKU YAKIN SUARA RAKYAT YANG MENENTANG KEZALIMAN ADALAH SEGALA2NYA. Itu pun entah, dpt Brim, dpt duit kopi pru smua yg marah najib, polis, tiada kdengaran...MELAYU MUDAH LUPA...

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 1:52 AM

JOM

Post a Comment