........... Presiden Umno LARI Dari Bertemu Ahli2 Umno Di IbuPejabat Umno !! Adooooi .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Presiden Umno LARI Dari Bertemu Ahli2 Umno Di IbuPejabat Umno !! Adooooi ....

Saturday, September 12, 201538comments

Agak sibuk sikit beberapa hari ini jadi tak dapatlah nak update isu2 dengan cepat. Oya mesyuarat MT Umno baru ini melegakan ramai orang Umno bila tidak berlaku sebarang pengguguran sebagaimana yang disangkakan. 

Lawak juga bila baca komen2 pro Najib yang menyindir mereka yang sebelum itu bising memperkatakan tentang kemungkinan penyingkiran beberapa pemimpin yang vokal terhadap Najib. Padahal mereka bising demi mengelakkan dari perkara yang tidak diingini itu berlaku, dan ternyata ia tidak berlaku.  TAHNIAH ! 

Takut juga rupanya Najib ni ..... Yang paling tak boleh blah adalah Najib ikut pintu belakang ! OMG ....  apa ni ? Blogger APANAMA kata Najib ikut Lorong Tikus ! ( KLiK )

Tengok punyalah bersemangat mereka yang berkumpul di depan PWTC bagi memberi sokongan kepada pemimpin2 mereka .....




Siapa mereka itu semua ? Mereka adalah AHLI-AHLI UMNO yang berkumpul di depan ibupejabat Umno.

Tapi Najib selaku PRESIDEN UMNO pula LARI ? ? Ni gambar saya terima dari salah satu Whatsapp group yang katanya menunjukkan Najib tengah LARI MENGELAK dari bertemu ahli2 Umno sendiri, menggunakan pintu belakang -



Termenung sekejap beb, memikirkan peel Najib ni. Dua kali Najib LARI dari bersemuka dengan ahli2 Umno yang dikatakan menyokong penuh beliau. Pemimpin apa macam ni ?

Sebelum ni lari dari Tun Mahathir, kemudian lari dari peserta2 Persidangan Transparency, kini lari dari ahli2 Umno yang menunggu didepan pintu masuk ibupejabat Umno ! Memalukan .....

Apakah Najib ni TAKUT untuk menjawap sebarang soalan mengenai isu 1MDB dan  Derma RM2.6 billion ?

Saya difahamkan oleh seorang rakan yang pernah menganjurkan satu majlis besar di mana Najib dijemput untuk rasmi dan berikan ucapan. Diberitahu yang Pejabat PM ( PMO ) awal2 lagi dah sound pihak penganjur supaya tidak ada sebarang penyerahan memo atau bertanya soalan kepada Najib semasa majlis !

Bila difikirkan, bila kali terakhir Najib menjawab soalan rakyat atau wartawan secara spontan ?

Pernahkah Najib melayan soalan rakyat mengenai isu derma ini ? Pernahkah Najib mengaku apa2 mengenai isu derma ini ?

Jawapannya TIDAK PERNAH ! Kenapa ek ? 

Saya tak pasti apakah pernah keluar perkataan Derma atau Pak Arab dari mulut Najib ?

Dahlah tak pernah mengaku apa2, dihalangnya pula siasatan -

6.​Tindakan Najib menghalang siasatan keatas wang 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram. Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan. - chedet - Wahai Ahli UMNO.


10.​Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai Perdana Menteri. Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib bahawa 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab.


Tapi kepimpinan Umno memilih untuk mempertahankan alasan dangkal yang tidak masuk akal itu. Ini menunjukkan bahawa Umno juga turut bersekongkol dengan peel Najib.

11.​Dalam PRU14 mereka semua, Melayu, Cina dan India akan tolak BN kerana kepimpinan Najib. UMNO akan hancur kerana ramai dari ahli UMNO tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.


Apakah kepimpinan Umno tidak dapat merasai lagi denyut nadi rakyat ? Nampaknya begitulah  ...... Nada Umno sudah berbeza dengan nada rakyat.

12.​Sebaliknya jika Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan memimpin BN, besar kemungkinan BN dan UMNO akan menang. Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada UMNO atau BN. Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain.

Bila rakyat sudah merasakan bahawa Umno tidak lagi mewakili suara rakyat dalam hal sesensitif ini, bagaimana mungkin rakyat Umno masih mengharapkan sokongan rakyat ketika Pilihanraya nanti ?

Makanya pesanan Tun Mahathir seharusnya difikirkan secara serius oleh semua ahli2 Umno -

13.​Ahli-ahli UMNO yang sayang dan ingin UMNO kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihanraya. Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan UMNO tidak mencukupi.

14.​Jika sayang UMNO tolak Najib sekarang. Jika sayang Najib, UMNO akan hilang kuasa dan berkecai.
Habis segala legasi yang ditinggal oleh orang2 lama Umno.... segala pengorbanan yang telah dicurahkan  .... semuanya hancur oleh Najib.

Ahli2 Umno masih mampu untuk mengubahnya tapi apakah itu yang berlaku ?

PS - Masih tak dapat menerima kenyataan Najib LARI dari bertemu ahli Umno di ibupejabat Umno sendiri !

Share this article :

+ comments + 38 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 1:43 AM

lari?
apa lu bebel ni dol?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 1:55 AM

bila mahathir nak bersuara, nak dapatkan penjelasan kat nothing to hide kata mahathir tak di jemput, tak ada maruah nak berucap kat tempat orang.. bila mahathir pergi bersih pon kata mahathir tak ada maruah. apa lagi CYTRO Najib yang bangang MAHU ?

habis pendekar bugis lari sembunyi sembunyi.. besar lah sangat maruahnya.

nothing to hide .. is bullshit

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 2:09 AM

Saya totok Umno...tagline TSMY !!!!!
Kemenangan indah bagi Najib setelah berjaya menjinakkan, mematahkan taring dan tengkuk TSMY utk sujud terjelepok di kakinya.
Sorakan penyokong TSMY hanya seperti episod Pak Kadok...menang sorak ,kg tergadai.
Nasib TSMY juga seperti telur di hujung tanduk, lebih2 lagi keberadaan beliau dlm MT tak ubah seperti melukut tepi gantang.

Najib sengaja mencipta provokasi2 utk membuat reverse psy terhadap Tun M dan pengkritiknya.
Agak berbaloi nampaknya, sehingga Tun ' terpaksa' turun menyertai Bersih walaupun beliau tidak menyokong semua agendanya yg lain.
Sementelahan pula, semakin ramai musuh2 Tun yg tampil memeriahkan media antarabangsa ini.
Agak berbaloi kerana Najib berjaya mengucar-kacirkan media sosial dgn provokasi murahan sebelum bermulanya mesyuarat MT.
Adikong2 Najib telah diarah 'menakutkan' TSMY dan menghuru-harakan medan media dgn berita sensasi konon2nya akan ada pemecatan dsb.
Sebaliknya, Najib dan Zahid tersenyum lebar bersama foto bersalam2an dan senyum sumbing diwajah TSMY dan Shafie.

Integriti Najib dan juak2nya langsung tak tersentuh dlm mesyuarat MT kerana ' dibunuh' oleh bom jangka provokasi ttg pemecatan!!!!!
Najib akan terus membara, mendabik dada, berselepangkan keegoan yg semakin tinggi.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 3:31 AM

Cuba baca artikel di atas atau artikel2 lepas, ada tak saya gunakan bahasa kasar ? Jadi para pengomen yang guna bahasa kasar, jangan marah kalau saya tidak siarkan komen2 anda, ya. Baik kepada anti dan pro Najib, jaga bahasa anda !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 3:40 AM

Memang ego najib semakin tinggi....lupa diri dan lupa daratan. Sekali diragut, jatuh berterabur menyembah bumi. Najib boleh mengatur apa saja tapi yg diatur Allah datang tiada terduga.

Ya Allah....selamatkan kami dari pemimpin yg korup dan penakut....amin.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 4:17 AM

Adzzam, Adzzam....poor analysis....kesian aku tengok ko ni....buta hati, buta minda, walau mata celik. Ini lah satu lagi contoh terbaik pro-Najib yang asyik syok sendiri...hehehe!! Pelik, kat celah mana yg ko nampak hebat sangat si Najib ni....ada kah dicelah ketiak RM nya atau di celah akaun RM nya?? Kihkihkih....tapi Adzzam, bagus gak ada manusia yg minda berotak udang mcm ko, mcm A.Maslan, mcm anak Keruak....buat kelakar, terhibur jugak hati ni sementara nak menunggu musim baru Maharaja Lawak kat ASTRO tu....kipidap bro!! Show us more of your stupidity, make us laugh so that we may enjoy the show....hahaha!!

#sayNOtoNajib

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 4:23 AM

Dah tu....klu bukan 'lari' apa namanya...?? Ceciter....Oh ya....Najib tak sihat la masa tu bro Din, cirit birit(sama gak mcm Nothing2hide dulu)...tu yang kene 'lari' camtu takut la kalau terkencit kat depan orang, semua orang nanti dapat bau busuk....malu laaa....

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 5:58 AM

Salam Bro Din...

Kita rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada PM najib kerana hasil penat lelahnya sejak 6 tahun lepas, slogan 1Malaysia telah pun menjadi trending yang cukup terkenal di seluruh dunia. Selepas Malaysia, Singapura, Thailand, UK & Swiss kini tiba pula giliran Hong Kong membuka siasatan dan membekukan segala akaun bank yang mempunyai sangkutan dengan 1Malaysia DB.Terima kasih dan tahniah juga perlu diberikan kepada najib kerana selepas mendapat laporan sensasi WSJ dalam soal rekod dunia sedekah 2.6 bilion kini Al-Jazeera pula menyiarkan dokumentari 'meletop' mengenai pengakuan Sirul mengenai Altantuya Shariibuu.

Ibarat 'belum jatuh lagi tapi dah ditimpa tangga dan lif' sekalung bunga taik ayam perlu kita kalungkan ke leher najib atas penat lelahnya dalam mencemarkan negara Malaysia. Nama najib telah pun menjadi sebutan rakyat dunia hingga mengalahkan populariti Obama. Mungkin kerana inilah Tun Mahathir berasa cemburu hingga terpaksa membuat rayuan gombal kepada ahli umno dalam posting terkini chedet.

Sama samalah kita tunggu apa pulak rekod dan pencapaian yang seterusnya yang akan dicapai lagi oleh najib anak razak ini... #Nothing2Hide

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 7:05 AM

Apa yang diaorg bincang dlm mesyuarat, laluan selamat utk najib atau terus berkeras menyalahkan ahli umno yang membangkitkan isu, nk tanya pro najib?? Sape yg akan buat kerja masa mengundi?? Ahli akar umbi kn?? Mcm mane nk berhadapan pihak lawan kalau bos kita terpalit dengan isu yg tak sudah?? Atau terus buat mcm lembu kenyang mcm najib, buat bodo je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 7:16 AM

Bagi saya umno dah tak ada makna buat melayu beragama islam dan negara

Umno sekarang hanya pada nama yang telah dihancurkan oleh pemimpin melayu islam yang tak afa maruah kecuali hamburan wang ringgit, jawatan in exchange for BLIND LOYALTY

Umno bukan lagi teras dN tulang belakang negara

Umno dikuasai oleh KBUs dan MTUs yang korup, selfish dan munafik

Umno hari ini menuju kehancuran yang tak mungkin boleh diselamatkan lagi

Kecuali veteran umno, melayu muslim yang tulin dan patriotik bertindak pantas, tiada lagi umno pada masa hadapan. Yang ada melayu muslim yang bangsat dan tak bermaruah.

Terima kasih pemimpin bumiputera muslim sarawak kerana tidak menerima masuk umno ke negeri yang kita cintai.

Selamat Hari Malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 7:27 AM

Najib dan Rosmah paling dibenci masyarakat Majmuk di negara kita. Tanya je lah kat sesiapa je di luar sana.

Malah rata2 org kata PM malaysia ni Rosmah. Najib hanya boneka.

Buat TSMY, tidak dipecat bukan bererti kemenangan. Menang bila bercakap tanpa rasa takut pada manusia. Bercakap kerana benar. Dan tidak makan bodek, ugut atau untuk kepentingan diri.

Contohi Tun M...baru rakyat sokong walau tak de jawatan sekali pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 7:28 AM

Kalu gini soheh PRU 14 nanti Najib confirm bungkuih. Elok la PM jenis bodo piang camni bungkuih, asyik menyusahkan rakyat di buatnye. Org tanya mana mai 2.6 Billioin boleh dia suruh sokong katanya dulu dia sokong kepimpinan yg terdahulu. Apa punya biol la jawapan mangkuk ni.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 7:51 AM

Brother Din, apa sudah jadi pada 'orang kita' lately ini...? Menipu terang-terangan, lebih munafik dari yang bukan Islam. Saya masih lagi ingat & berpegang pada pesanan terakhir arwah atuk sebelum beliau hembus nafas terakhir. Pesannya :- Buat la apa sahaja yang kita suka selagi tidak menyusahkan orang lain & diri sendiri. Jangan sekali-kali menganiaya orang.

Najib sebagai pemimpin, menipu sudah macam perkara 'tipu sunat' pula. Orang bawahannya apa lagi, turut sama la cos big boss pun macam tu. Sehingga kini, Najib memang tak jawap secara tepat pun tentang isu 1MDB & derma diterimanya. Hairan, yang lain pula tukar jawap till terbelit then menampakkan terdesaknya mereka-mereka ini munafik tanpa segan silu.

Lihat sahaja ADUN Sg. Panjang yang berhari-hari menjaja isu DEIG, tv3/4 pula sambung sahut by buat tuduhan macam-macam till tentang SPRM yang tak ambil apa tindakan pun terhadap laporan mereka. "ADUN Selangor kesal masih tiada siasatan, tindakan keatas DEIG". Semalam SPRM melalui Facebook & Website mereka telah begini "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan setakat ini Darul Ehsan Invesment Group (DEIG) tidak melanggar sebarang kesalahan dibawah akta SPRM 2009.

Kain bini sendiri koyak tapi tak tahu, tak nak ambil tahu tetapi 'pencacai menanti habian' ini sibuk pula pada kain bini jiran. "Ketua Audit Negara sedia audit penubuhan DEIG. 05/09- Astro Awani. Ni lagi seorang, Audit Negara tak mampu lengkapkan audit 1MDB kerana tidak diberikan penyata kira-kira tetapi sibuk tetap nak ambil tahu kain buat bini jiran yang terkoyak. Selesaikan la dulu satu persatu perkara. Ini tak, asyik melompat-lompat sahaja then semua perkara tak selesai. Saya setuju jika siapa yang bersalah then tetap bersalah, siasat then
ikut perundangan. Now, mana tv3/4 ini nak sembunyi hipokrit mereka dengan kenyataan rasmi SPRM yang jelas semalam ini...

Pada pendapat saya la brother Din, sama ada Najib turun now or terus kekal as PM till pru-14 nanti, BN tetap goyang cos damaged dah berlaku. If turun secepat mungkin ini maybe kesannya tak ketara sangat. Jika kekal till pru-14, UMNO tetap ada tapi BN memang akan jadi pembangkang pula buat kali pertama dalam sejarah Malaysia.

Suasana selepas mesyuarat MT Rabu lepas, kelihatan 'janggal' je ccs timbalan presiden Umno bukan TPM. Naib presiden pula jadi TPM. Naib presiden bukan menteri tetapi ahli MT pula jadi menteri... 'Nikah tapi tak kahwin' bak kata AKJ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 8:01 AM

Admin menteri yg jaga hal ehwal agama islam kenapa bersekongkol dgn raja pencuri dan penyamun 1 malaysia?? ..Dia sebelum jadi menteri di dlm forum agama bukan main pandai nasihat rakyat suruh buat baik dan tinggalkan perkara mungkar.Bila benda jahat dan mungkar di depan mata buat2 buta.Inilah alim ulamak baik umno atau pas sama saja.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 8:03 AM

Sampai bila nak lari..awat takut sesangat nie....takkan nk lari smpai pru kot.
.najib..face it la..u kan pahlawan...hanya pengecut sahaja yg lari...tp yg pasti ramai pengundi yg ikut u lari...LARI DARI U N LARI DARI UMNO N BN......once n for all..face the people...n lepas tu u turun lah..nk tgk u p tak ke perhimpunan baju merah..takkan nk lari juga.kot...tu semua sokong u tau..2.6bil% sokong u..kalu tk pergi...rskyat malaysia lepas ni JANGAN MAKAN ROTI CANAI TELOR...ROTI TELOR N TELUR SEPARUH MASAK..TELOR MATA KERBAU..DAN SEGALA TELUR..EH..KENAPE PLAK..SB SEMUA TELUR TU NAK BG KAT NAJIB..MALU LAH KITA PAHLAWAN BUGIS TAK BERTELUR..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 8:13 AM

Bagus, as moderator memang patut jangan siarkan bahasa yg mencarut atau maki hamun, baik yg menyokng atau mengkritik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 8:23 AM

Itu lah langkah Dan bunga silat sorang pahlawan Bugis.. Sauh dah di labuh sama seperti labuhnya telor. Lariiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 9:10 AM

jgn kita putus berharap kepada Allah swt

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 10:02 AM

MT UMNO sudah tidak boleh diharap, sekarang ini kita lihatlah apa lagi yang boleh diharap kepada UMNO di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015. Jika masih dengan keadaan biasa dengan membodek pemimpin, membiarkan segala salah laku Najib berleluasa, maka orang-orang Melayu serta seluruh rakyat Malaysia perlu berfikir beberapa kali sebelum mengundi Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak. Bukannya apa, antara sayangnya rakyat kepada Barisan Nasional dan meluatnya kepada perilaku buruk dan jenayah Najib serta kuncu-kuncunya menyebabkan rakyat berasa serba salah. Rakyat majoritinya masih menyakini Barisan Nasional, tetapi kerana Barisan Nasional dipimpin oleh pemimpin korup yang mengetuai penyelewengan di dalam 1MDB, menyonglap wang pengubahan wang haram yang dikelentongkan sebagai derma untuk UMNO, lepas tu derma untuk kerajaan pula, tapi masuk akaun peribadi pemimpin korup itu pula, apa kejadahnya semua ini?

UMNO dan parti komponen Barisan Nasional perlu memikirkan apakah Najib dan skandal jenayahnya itu lebih penting kepada mereka atau sokongan rakyat dan undi rakyat kepada Barisan Nasional itu lebih penting.

Kalau mereka lebih mementingkan Najib dan skandal jenayah Najib itu, maka UMNO dan parti komponen boleh pergi melingkup, korang harapkanlah undi dari ahli korang sahaja kerana rakyat pengundi atas pagar ni tak mau dan tak suka dengan parti yang mengutamakan pemimpin secara buta tuli hingga pemimpin itu penjenayah pun mereka boleh sokong juga, ini dah jadi gila, pergi mampuslah dengan kegilaan korang tu semua.

Kalau UMNO dan parti komponen Barisan Nasional lebih mengutamakan rakyat, mengharapkan undi dari rakyat, maka satu tindakan tegas terhadap Najib dan kuncu-kuncunya perlu dilakukan dengan samada memaksa mereka meletak jawatan dan memberikan kebebasan kepada pasukan penyiasat untuk menyiasat kes tersebut tanpa sebarang kacau ganggu, atau kalau mereka degil, maka Najib dan kuncu-kuncunya itu perlu dipecat dari UMNO dan mana-mana parti komponen yang ada kuncu Najib ini, serta mereka ini dihadapkan ke mahkamah atas segala salah laku dan jenaya mereka selama ini.

Rakyat sudah menyampah, sudah meluat dengan drama gila babi tak tentu hala serta sewel oleh Najib dan kuncu-kuncunya ini, malahan rakyat juga meluat dengan sikap UMNO dan parti komponen UMNO yang menjadi seperti golongan yang tak berguna, seperti peminta sedekah yang mengharapkan kepada Najib serta takut kepada Najib sedangkan rakyat makin hari makin meluat dengan segala karenah dan jenayah yang makin menjadi-jadi dibuat oleh Najib ini.

Sedarlah bahawa kehilangan wang berpuluh bilion ringgit dalam 1MDB serta pengubahan wang haram sebanyak RM 2.63 bilion @ USD 700 juta itu adalah sangat sukar untuk diterima oleh rakyat, mana boleh kita semua terima perlakuan jenayah seperti itu.

Kalau seorang mat gian mencuri duit tabung masjid dengan hanya dua tiga ratus ringgit sahaja dipenjarakan selama bertahun-tahun, tetapi seorang pemimpin yang diberikan amanah untuk membangunkan negara, tetapi mengkhianati amanah itu, malahan menyamun harta negara, melakukan penyelewengan hingga berpuluh bilion ringgit, serta membuat pengubahan wang haram sebanyak berbilion ringgit, tetapi dibiarkan oleh pihak berkuasa begitu sahaja.

Di manakah keadilannya? Mat gian curi duit tabung masjid dua tiga ratus adalah salah dan wajarlah dia dipenjarakan, Najib pula membuat penyelewengan wang hutang 1MDB sampai berpuluh bilion ringgit, melingkupkan wang GLC berbilion ringgit untuk topup hutang 1MDB, membuat pengubahan wang haram berbilion ringgit, setakat yang diketahui USD 700 juta @ RM 2.63 bilon, tetapi tidak diambil tindakan, mana dia keadilannya?

Sila UMNO dan parti komponen Barisan Nasional serta pihak berkuasa memberikan penjelasan mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,

Abu Bakar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 10:20 AM

Najib tak bermoral ikut pintu belakang- konsisten dlm setiap tindakan.
Bekas timb perdana menteri dulu pun ikut pintu belakang.
#sehati sejiwa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 10:38 AM

Najib je lari tapi p.m,president umno,menteri kewangan,pengerusi 1mdb mana lari....din tertelan penyu ke???-pengarah strategic PMO

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 11:05 AM

Takut - lari.....!
Takut bini.....?
Hehehe...
Sehidup semati...!
"Apa dah jadi?"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 11:34 AM

@Anonymous
Perkataan "lari" pun ko tak paham?....or itu pun nak spin?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 12:15 PM

kenapa sampai nak menghina najib?
apa yang najib buat kat korang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 12:28 PM

Apala Din ni. Dia nak pi asah keris dia dalam gua atas api kemenyan. Pahlawan boo geys la katakan. 16 Sept si Sekinchan mental kurang pendidikan tu nak buat rally untuk dia, sekali lagi dia ghaib. Hebat betul kuasa ajaib boo geys ni. Dengan harapan bila naik private jet atas tajaan rakyat Malaysia, mintak mintak adalaah ordinan emergency dek akibat rally red shit shirt. Boleh balik dan ronggeng lagi atas pentas.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 12:38 PM

Tak boleh la hanya berharap kepada Allah SWT tanpa buat apa yg patut.....kita kena lah berusaha untuk mengubah keadaan yg tak betul skrg ni.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 1:13 PM

Ahaiii Mr.Saint hood

Aku rasa ko baru masuk gelanggang.
Rabun tak kenal mana satu kawan atau lawan.
Kalau rajin, ko boleh check balik komen2
aku dlm blog ni.
Boleh juga tgk dlm celah gelegar, putramerdeka, IBM,mykemut2, kadir jasin,Dr Mim, beliabangkit etc. Nanti kau akan tahu pendirin aku.
Satu pesan aku, jgn jadi pejuang kalau hanya menambah beban dan menyebabkan pasukan anda ditembusi peluru musuh.
Komen aku berdasarkan situasi semasa.
TSMY punya peluang utk bersuara dlm mesyuarat MT tetapi lebih utk berhemah, menarik rambut dlm tepung.
Masalahnya, Najib dan kuncunya2 sedar, mereka semakin terhimpit di hujung tembok.
Sesuatu yg ajaib mesti dilakukan utk survival diri, pangkat dan harta.
TSMY terlalu berlembut, kelemahan ini dijadikan senjata utk Najib bina semula imej.
Lihat juak2 pengampu dan pejuang siber Najib, mereka tidak menjawab pun soalan dgn fakta, tapi maki hamun dan carutan.
Utk tutup isu mereka tunding salah kpd Tun M. Lihat bagaimana mereka menguasai media sprt TV3, Utusan ,BH dan media sosial.
Itu sebab aku kata, Najib dah pandai guna media sosial utk bina semula imej.
Mereka provoke, agar ada yg melatah.
Pejuang2 siber tidak menjawab ttp menggunskan bahasa kesat dan carutan.
Bagi yg lemah dan malas utk melayan apa yg dianggap kerenah budak2 akan meninggalkan media pertempuran ini.

Oleh itu, baca dgn mata dan hati.
Aku maafkan kau.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 2:07 PM

Menteri berkenaan adalah Ulamak Dunia yg menggunakan gulungan kertas sarjana untuk kemewahan. Mana dia berani lagi muncul di kaca TV (forum perdana) sebab rasa bersalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 2:23 PM

Nice one

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 2:50 PM

Untuk bro adzzam,
baguslah kau dapat maafkan dia,aku rasa dia tak dapat menangkap message yang kau cuba sampaikan.So marilah kita bersama-sama membulatkan tekad untuk mencari kebenaran.
TERUSKAN PERJUANGAN KITA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 2:54 PM

Berapa banyak kau dah dapat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 4:29 PM

Ada tak pemimpin dalam UMNO adakan kompromi dengan DSN(slow talk) bagi jalan keluar pada beliau Easy way meninggal semua jawatan dan pilihlah negara mana yang beliau suka untuk bermustautim.Tutup saja apa yang dah berlaku dan cari kambing hitam untuk pikul kerosakan.Satu pandangan jika betul terjadi.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 5:30 PM

Sekarang ni mereka lebih sayangkan Najib sebab dapat derma. Bila Najib sudah tidak menderma, mereka akan membenci Najib pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 9:03 PM

Mr sainthood,
Tu lah.. lain kali baca baik2 sebelum kalut nak reply.. kan dah terkemut sendiri.. ini semua pasai nak show off yang hang 'oh so into the warfare' sampai gajah depan mata pun tak nampak..
Kita tak sempurna, jadi silap jangan diulang. Aku yakin hang Islam, aku yakin hang Melayu, aku yakin hang sekapal dengan kami semua sini. Jadi pertahankan kapal kita. Jangan jadi Najib- layar naik sauh turun. Lingkup la.. Belajaq dari silap, jadikan iktibar. Ada lagi 2-3 orang yang aku dah jumpa tersilap macam ni, so relax..

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 9:24 PM

Anon 1:43,
Dol, bos hang mana penah lari. Dia kan pahlawan bugis. Dia satu-satunya pahlawan berdarah bugis dalam sejarah yang boleh tak hadir dalam conference, event, dan sesi soal jawab (dah banyak kali dah, so please) atas sebab 'keselamatan', dan tetap sah pahlawan..

Bini aku bugis, dol. Hang tak tau berapa banyak bugis yang ludah tepi bila dengaq nama dia. Tapi yelah, dimata hang dia kan hebat. Jadi cakap banyak pun tak guna.

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 8:29 AM

Sapa cakap takut? Dia berani...berani untuk bermain dengan pelaburan yg belum tentu untong,berani untuk tidak meletakkan jawatan walau di hentam di balun kiri dan kanan,berani berbohong,berani membuat lencongan dan ada bermacam2 berani lagi,korang ada berani?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 12:40 PM

kerna terlihat rangka dan tulang
pahlawan lari melintang-pukang
penyokong puji tinggi menjulang
pemimpin 'cabut' di pintu belakang

-anti-bangsat-

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2015 at 9:03 PM

Setuju

Post a Comment