........... Penahanan Khairuddin - Satu Perkembangan Besar Dalam Mencari Kebenaran 1MDB dan Derma RM2.6 Bil | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Penahanan Khairuddin - Satu Perkembangan Besar Dalam Mencari Kebenaran 1MDB dan Derma RM2.6 Bil

Sunday, September 20, 201521comments


FBI dah buka file siasatan 1MDB ? Ikut laporan WSJ, begitulah ... Semalam pun ada dilaporkan oleh media yang Datuk Khairuddin dijadual bertemu FBI esok ( astroawani ).

Tapi Khairuddin ngan Matthias Chang telah dihalang dari meninggalkan negara oleh Jabatan Imigresen dengan arahan Polis. Dan semalam Khairuddin telah ditahan reman 6 hari ( Mkini )

Khairuddin disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.

Huh ? Mengancam demokrasi berparlimen ? Macamana tu ? Kalau ikut astroawani, disebut sebagai tuduhan cuba menggulingkan kerajaan !

Tak habis2 Najib ni dengan propa konon kalau rakyat nak tukar PM itu bersamaan dengan nak tukar kerajaan. PM dan kerajaan adalah dua perkara yang berlainan. PM adalah ketua kerajaan. Tukar ketua kerajaan bukan bererti tukar kerajaan. Kerajaan tetap sama cuma ketuanya saja diganti dengan orang yang lebih baik.

Ini jelas menunjukkan Najib menyorok dibelakang kerajaan. Seperti juga Najib yang menyorok di belakang Umno. Dek sebab isu peribadinya, habis diheretnya Umno dan kerajaan sama....

Langsung tidak ada keberanian untuk tampil sendiri mempertahankan maruah dirinya  ! Sanggup guna jentera parti dan kerajaan untuk menyorok diri.

Bila kali terakhir Najib berdepan dengan wartawan atau rakyat untuk soal jawab secara spontan mengenai isu2 peribadinya yang hangat diperkatakan  ? Takde siapa ingat dah .... kan.

Dahlah memalukan Umno di depan rakyat, kini memalukan negara di mata dunia pula ...... semuanya kerana Najib takut berdepan dengan masalah yang diciptanya sendiri !

Augustin juga menjelaskan, polis mendakwa bahawa dokumen mengenai 1MDB yang diserahkan Khairuddin kepada beberapa pihak berkuasa antarabangsa adalah palsu.

"Mereka kata dokumen yang diberikan Khairuddin kepada pihak berkuasa Switzerland dan Perancis adalah palsu. Hujah saya ialah, bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa ia adalah palsu sedangkan kamu tidak pernah melihatnya," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebentar tadi.

Bukti Palsu ? Ini lanjutan dari spin kes Justo la ni ..... Baguslah kalau itulah dakwaan pihak polis dalam menahan Khairuddin. Kerana dakwaan itu akan menjadi satu beban kepada Najib yang berselindung di sebalik agensi kerajaan untuk membuktikan maklumat berkenaan adalah palsu.

Sebelum ini rakyat disogok dengan dakwaan maklumat yang diubahsuai atau dipalsukan tanpa sekalipun ditunjukkan maklumat berkenaan, kini dakwaan itu terpaksa dibuktikan.

Kini rakyat menanti BUKTI. Tunjukkan yang mana satu info yang palsu mengenai 1MDB dan yang mana satu yang benar. Cukup2lah duk mengelak dan spin ...

Sekiranya benar pihak FBI nak siasat kegiatan 1MDB, baguslah ! Banyak transaksi 1MDB di luarnegara termasuk di US yang boleh disiasat oleh FBI. 

Rakyat cuma nak tahu fakta sebenar.

Jika Khairuddin ada melakukan kesalahan, ya... dakwalah beliau dan kita dapatkan kebenaran di mahkamah.  Jika Khairuddin benar, bebaskan beliau dan jangan lagi memutarbelitkan fakta.

Makanya saya katakan penahanan Khairuddin merupakan satu perkembangan besar dalam isu 1MDB. Ia juga merupakan satu pengorbanan besar di pihak Khairuddin dalam perjuangannya mencari Kebenaran.

Jika penahanan Khairuddin adalah bagi menghalang beliau bertemu pihak FBI di US, well .... saya melihat tindakan itu LEBIH menarik minat pihak FBI untuk menyiasat 1MDB ! Ia seperti mengesahkan bahawa sememangnya ADA sesuatu yang menarik untuk disiasat.

Jangan lupa, kes 1MDB dan Derma Najib sememangnya sudah menjadi perhatian dunia.

Seperti kata Tun Mahathir dalam artikel video sebelum ini ( KLiK ) -


Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 11:32 AM

PENGKHIANAT sebenar dlm isu negara parti dan rakyat serta hubungan antara kaum adalah NAJIB sendiri. Beliau telah merosakkan sistem perundangan dgn campur tangan secara ghaib dan RASUAH KUASA.Ekonomi semakin terjejas ekoran tiada perancangan jangka panjang yg baik. Apa yg d lakukan najib pada hari ini adalah sistem mempertahankan beliau dari d dakwa dgn pelbagai kesalahan pecah amanah dan penyelewengan yg jelas. Maka pembodek2 beliau mengambil kesempatan memperalatkan kelemahan najib dgn pura2 menyokong demi habuan yg bakal atau telah d terima. Apa pun sokongan terhadap najib sebenarnya telah lama terhakis dlm minda org MELAYU yg bijak dan berfikiran waras.

SALAHKAH MENUNTUT NAJIB LETAK JAWATAN.BUKAN MENJATUHKAN KERAJAAN. NAJIB LIABILITI TERBESAR NEGARA......FAKTA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 11:40 AM

betul tu, rakyat hanya mahu kebenaran, siasatan kes 1MDB kini tergantung, tergantung entah sampai bila? report polis dia pula yg kena. nak harap ka siapa lagi? Najib mengharap rakyat akan melupakan 1MDB & 2.6b begitu saja. Satu dunia tahu kes ini.. Ini bukan soal nak gulingkan kerajaan, hanya mencari kebenaran jika ada penyelewagan dari individu yg terlibat.. Jhlow,, kenapa dia & 2 ekor melayu ni menyorok. Apakah polis & SPRM serious mecari 3 individu ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 11:42 AM

abis lah najib kali ni selama mana nak spin & selama mana balaci2 upahan boleh tolong cover semua dah terdedah bukan dedah dalam negara terdedah di luar negara siap lah najib dlm negara boleh lah nak tunjuk samseng luar negara takda siapa boleh nolong terimalah akibat kerana mengianaya org yg tak bersalah kepada pemimpin2 umno dari peringkat bahagian hingga kementerian bukak lah mata luas luas tidak ada gunanya pertahankan seorang manusia yg terang2 telah melakukan kerosakan kepada parti, rakyat & negara terimalah hakikat jika masih mau kekalkan najib bererti mengheret ahli & parti umno ke lubang kubuq, ayuh berdirilah wahai pemimpin2 umno memperbaiki kerosakan yg di cipta najib berdirilah demi maruah kerana masa tidak menanti kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 12:46 PM

Di suatu persidangan agensi anti korupsi seluruh dunia bersidang...
Duduk lunch bersama agensi polis dr swiss,usa & mesia
Mereka ini sering berlagak dgn mengatakan institusi mereka paling kurang korup di dunia
Swiis kata: di tempat kami, sebaik dapat laporan, x kira siapa terus kami tangkap utk siasat sehinngakan semua rakyat malah presiden takut utk melakukan korup di negara kami!
Usa: di tempat kami media sering menjadi mata & telinga sehinggakan semua politicians takut utk korup kerana takut ditangkap oleh kami..institusi kami paling bersih x korup.
Mesia: kamu perlu belajar dr kami...di sini tiada langsung kes korup! Sehingaakan kami tiada kes utk disiasat!
Swiss & usa: wow!! Bagaimana begitu?
Mesia: kami tangkap siapa yg report kes korup itu dahulu! Dan kami tangkap siapa yg cuba lapor pd kamu..sb itu tiada kes korup di sini..hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 12:51 PM

da hampir 5-6 bulan da kita sok sek sana sini suruh najib undur, tapi dia masih utuh kental dipuncak malah semakin kukuh sebagai pm...kesilapan kamu adalah menjadikan 1mdb sebagai senjata untuk najib berundur sedangkan isu2 yg akar umbi bisingkan adalah kepimpinan najib yg lemah dan masih lagi mahu bertenggek dgn kaum cina...skandal 1mdb bukan sahaja buatkan keadaan kucar kacir malah menyebabkan ekonomi negara kurang stabil disbbkan itu...pendedahan demi pendedahan juga dibuat oleh pihak kerajaan ttg konspirasi 1mdb membuatkan saya juga sedar pihak yg sana juga buat benda salah...pada najib juga kalau mahu demokrasi terus dipertahankan haruslah dgr dan balas budi orang yg mengundi kamu...jgn kata orang nak hancurkan demokrasi guling kerajaan bagai....klu ko najib hendak terus menjadi pm tentu saja boleh tapi kamu harus berubah jgn buat orang yg selama ini sokong kamu abaikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 1:30 PM

A very fine example of democracy in Australia.

Since 2007 : -

Kevin Rudd was a first term PM dumped by his Deputy,
Julia Gillard became PM but became victim of her own scheming,
Kevin Rudd became PM of Australia, AGAIN
Tony Abbot beat Rudd at the election and became PM of Australia but also ditched,
Malcolm Turnbull became Prime Minister of Australia just recently....

And this is 2015.

Inside 10 years we saw Australia changes its PMs numerous times but the government DID NOT FELL except at the general election! A very fine example for 'Demokrasi BerParlimen' as belted out by the charges and Najib and his footlickers.

Can someone please knock these HARD FACTS into UMNOs and all the Bonehead in the current Malaysian government including PDRM, SPRM, AG, BNM, JPA that Parliamentary Democracy does not mean you can do what you like with the apparatus of the government which is to safeguard the nation and its people, not to be ABUSED like you have OWNERSHIP to the country!

Melayu Luar Negara

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2015 at 1:49 PM

Salam bro Din

Menarik topik terbaru anda dan sebagaimana yg telah saya katakan dlm komen saya yg lepas bahwa kes ini akan diadili diluar negara kerana segala avenue dlm negara dah ditutup dan kemungkinan permohonan Anina utk mendapatkan perintah mariva injuction kpd najib juga mungkin gagal kecuali ianya dilakukan oleh pihak luar. Perkembangan terbaru ini juga bakal kita saksikan byk benda2 yg pelik yg mungkin tidak diketahui ramai akan terbongkar dan yg pasti najib tidak akan keluar negara walaupun ke Singapura dan berkemungkinan juga lawatan Obama ke Malaysia pada november ini pun dibatalkan atas sebab2 yg berkaitan dan mungkin pihak FBI yg akan mengarahkan interpol utk menangkap sekutu2 beliau spt Jho Low dan yg lain utk mengumpul bukti. Apa yg kita harapkan baik pihak mana sekalipun yg bakal mengadili kes ini rakyat terutama ahli2 Umno harus menerima hakikat yg sebenar perkara yg sebelum ini dikatakan fitnah dan dpt menilai dudok perkara sebenar dan saya yakin ramai ahli2 umno termasuk MT juga menunggu dan mengharapkan siasatan yg bakal dilakukan oleh FBI dan yg lain dpt menhuraikan masaalah parti dan negara. Kita lihat bro next episode yg akan ditayangkan dan dilakonkan diluar negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 1:58 PM

saya dah malas nak berharap... suruh jelaskan sampai kesudah tak jelas jelas lagi. harapan yang tinggal kalau najib kantoi akhirnya, tolong sumbat dia dalam penjara. pastikan hukuman setimpalnya.. dan semua kroniya dibuang negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 2:16 PM

Semua ahli poltik sama je. Khsiruddin pun politician. Bila kroni bkuasa maka nasib ok bila tak mcm ni. Ape2 pun rakyat gak yg di tarik bersama isu2 ni. Ade masa d ats dn ade msa kita d bwah. Dn satu kita pun akan mati. Hye Allah je yg thu sape benar sape salah. Dn sbagai umat islam lpas d dunia d akhirat mnanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 3:37 PM

agaknya ahjibgor dinasihatkan agar tidak keluar negara kerana tidak selamat baginya untuk menjawab soalan pemberita di luar negara. cer bayangkan bila sampai kat airport, wartawan luar negara pakat serbu dia macam selebriti antarabangsa, dok tanya pasal 1mdb, althantuya dan derma 2.6b serta yg terbaru bab penahanan khairuddin. kak mah possing gila depan kamera, ahjibgor pula terkelu lidah untuk jawab soalan. fuhhh memang tak selamat ahjibgor keluar negara sekarang. kondom dia pakai 4 5 lapis pun boleh bocor. tak safe untuk play ni.

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2015 at 3:42 PM

DT,
Memang benar najib berlindung dibelakang kerajawn dan umNo..masalahnya, pemimpin2 umNo. Yg ada melihat isu najib sebagai personal tetapi mrngentengahkan isu bangsa dalam mempertahankan umNo...jadi memang hancurlah dek sibuk spin isu sebenor demi menyokong ketua kankong tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 4:33 PM

Josef..kahbarnya Jho Low dah relocate ke Taiwan..safe haven utk org2 yg diekstradiksi...Taiwan xder undang2 xtradiksi ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 4:47 PM

My prayer is with Datuk Khai. Dia sorang aje yang berani berbuat sesuatu untuk menentang kemungkaran. Sanggup pergi ke luar negara untuk buat lapuran polis sebab polis kat Malaysia ni hampeh. Kita semua cuma keyboard warriors je.

Sekarang ni kita cuma boleh harap foreign authorities untuk siasat Najib and if tebukti benar dakwaan Datuk Khai, moga-moga Interpol akan keluar waran arrest untuk tangkap Najib for money laundering. Sedih betul kita tak boleh nak harap Malaysian authorities to do the right thing. Malaysian authorities sekarang ni sibuk nak tangkap orang yg buat aduan dari siasat aduan.

Apa-apa pun Najib Razak, Bapa Kemaluan Besar Malaysia. Malu! Malu!

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2015 at 4:59 PM

Terbaru, Najib nyorok belakang pertubuhan seni silat.
Sebagai pengamal, aku naik jijik dikaitkan dgn si Najib ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 5:31 PM

Din..apa pandangan ko..kalau PDRM ni diletakkan direct bawah DYMM YDP Agong..sesuai dengan status DiRaja yang dibawa oleh polis. Segala pelantikan KPN dan pegawai2 kanan PDRM hendaklah diperkenankan oleh baginda. Menteri KDN hanya berperanan sbg penasihat dan melihat kpd lain2 agensi di bawah KDN spt RELA dsb. Semoga ini akan boleh menjadikan PDRM lebih bebas dan berkecuali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 6:14 PM

Sedarlah semua,

" When exposing a crime is considered a crime, you are ruled by criminals. "

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 9:27 PM

kita tengok akhir tahun ni ahjibgo holiday tak seperti biasa
ingat tak tahun lepas jet kerajaan pi mana sampaikan rakyat dilanda musibah banjir pun kakmah tak pi nangis air mata buaya bersama

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 9:55 PM

Tak perlu. Yg penting tukarkan pemimpin yg suka menyalah gunakan kuasa. Malaysia akan selamat. Kalau tidak bermacam2 bala yg akan datang. Tunggu lah.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 21, 2015 at 12:26 AM

Saya doakan keselamatan hero2 kita...Dato' Paduka Khairuddin, Saudari Anina, ahli UMNO Pasir Gudang yang buat laporan polis dan sesiapa yang terlibat.

Najib sepatutnya sudah meletak jawatan pada ketika ini untuk tidak lebih memudaratkan keadaan beliau dan juga untuk mengelak tempias kemudaratan akibat tindakan beliau kepada negara ini.

Keadaan ekonomi di negara ini begitu runcing dan menteri2 kabinet & pemimpin2 pembangkang masih kata okay ? Mereka masih hendak mengekalkan Najib walaupun tahu kesan dan akibat yang tidak baik kepada negara ini.

Saya tak faham....

....................
Reply To This Comment ...................
September 21, 2015 at 12:26 AM

Samalah saya pun. Tak pasal2 kita terkait

....................
Reply To This Comment ...................
krengkrong
September 21, 2015 at 10:07 AM

Saya tidak pikir Najib akan letak jwatan (dengan sendirinya), seperti katanya (ikut bhasa mudah sy):
Jika aku karam, korang semua akan ikut karam.
Jahat tak perangai org bugis ni sekor ni?

Tapi ikut naluri saya sejak 2009 (bila tgk mukanya pada masa tu), sya cakp dalam hati, dia akan mati. Mati apa sy tak tau dan kerana apa (pada masa itu). Ntah mati nyawa atau mati nyawa politik.
Tapi sy semakin mengerti, knapa naluri saya berkata demikian dahulu.....

Jawatan PM akan meninggalkan dia jua bila ALLAH telah tetapkan Qada & QadarNya serta waktuNya (yang sesuai) kepada hambanya bernama Najib.

Sungguhpun demikian, mahapkanlah dia sebanyak2xnya. Kita selalu mengaminkn doa supaya ALLAH ampunkan dosa seklian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat setiap hari.

Jika ada sesuatu yang buruk mendatangi kita kerna perbuatannya suatu masa itu nanti, yakinlah, yakinlah:
ALLAH TELAH MENETAPKAN SESUTU PERKARA UNTUK KITA SEMUA KERANA ITULAH ATURAN YANG TELAH ALLAH TAKDIRKAN UNTUK KITA DAN CUCU CICIT KITA DI BUMI INI. DIALAH MAHA MENGETAHUI SESUATU PERKARA LAGI MAHA BIJAKSANA (MENGATUR KEPADA SUATU PERKARA LAIN YANG SEMUA MAHKLUK DI DUNIA BAHKAN MALAIKAT TIDAK MENGETAHUINYA)

Banyakkan bersabar-sabar dan redhalah. Mungkin bukan salah Najib seorang, tapi salah kita semua (bangsa malaysia) dosa pahala tak kira masa. Pahala melambatkan azab dosa, mungkin pahala-pahala anda semua sedang melambatkan2x azab neraka dunia kita, tapi apa kan daya, dosa juga telah/sedang berlumba-lumba mencurah-curah di bumi kita.

Innalillah wainna ilaihi rojiun.

Post a Comment