........... PANAZZZ - TPPA Akan DiTandaTangani Dalam Masa Terdekat ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PANAZZZ - TPPA Akan DiTandaTangani Dalam Masa Terdekat ?

Monday, September 28, 201523comments



Dapat mesej ni dari rakan mengenai Majlis Penerangan TPPA di PWTC petang tadi. Agak mengejutkan apa yang ditulis, saya copy sepenuhnya ( dengan pembetulan ejaan ) -

Secara halusnya, Tok Pa kata kita takut terlepas peluang. Mungkin tandatangan dalam 1-2 hari, itu pun lepas sebulan akan detail perjanjian akan dikeluarkan untuk tatapan awam. Kemudian akan dikemukakan di sidang parlimen untuk dipersetujui.

Wooooo..... TPPA nak di sain dalam masa terdekat ni ? Sehari dua ni ? Oleh Najib yang kebetulan di New York .... yang kebetulan berdepan dengan siasatan FBI terhadap kelaku nya dalam soal duit bilion2 .....

Saya tak dapat mengesahkan kebenaran mesej itu tapi memandangkan keseriusan dakwaannya, saya postkan juga. Kalau benar bagaimana ? 

Kita tidak mahu modus operandi ala 1MDB berulang bawah Najib di mana digunakan cara BUAT DULU, CERITA KEMUDIAN.

Harap mendapat penjelasan dari pihak berkenaan.



KAJIAN PBB MENUNJUKKAN MALAYSIA RUGI DALAM TPPA

Satu kertas kajian baru oleh seorang pakar ekonomi kanan PBB telah membuktikan Malaysia secara terang tidak akan mendapat manfaat besar dari segi nilai tambah perdagangan domestik sekiranya menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan mungkin merugikan buat beberapa industri tertentu.

Dalam laporannya, Rashmi Banga dari Unit Kerjasama Ekonomi dan Integrasi di kalangan Negara-negara Membangun (ECIDC) mengatakan Malaysia akan mempunyai kelemahan imbangan dagangan (BOT, didefinisikan sebagai eksport tolak import) dari AS$300 juta setahun, kira-kira RM900 juta setahun ke Amerika Syarikat.

Ini adalah rendah berbanding dengan apa yang sedia ada sekarang.

Ini bermakna walaupun kerajaan menegaskan TPPA sebuah perjanjian di mana “keuntungan melebihi kos” dan sering menguar-uarkan ini kepada media, ia sebenarnya adalah separuh benar.

Menurut akhbar, sekiranya Malaysia menyertai TPPA, eksport negara akan berkembang ke negara-negara TPPA yang lain, tetapi import dari negara-negara TPPA ini akan meningkat lebih banyak, menyebabkan negara-negara ini menanggung kerugian bersih dalam imbangan perdagangan. Imbangan perdagangan ialah perbezaan antara nilai barangan eksport dan import.

Pada tahun 2013, eksport Malaysia ke 11 negara TPPA bernilai AS$93.7 bilion dan import barangan AS$73.9 bilion. Malaysia dengan itu menikmati lebihan dalam imbangan perdagangan dengan 11 negara sebanyak AS$19.8 bilion.

Kajian terbaru dalam kertas ini menunjukkan sebaik sahaja TPPA dilaksanakan, eksport Malaysia ke 11 negara akan meningkat sebanyak AS$1.5 bilion (daripada AS$93.7 bilion kepada AS$95.2 bilion). Tetapi nilai import akan meningkat lebih banyak daripada itu, dengan sebanyak AS$2.9 bilion (daripada AS$73.9 bilion kepada AS$76.8 bilion).

Oleh itu, BOT untuk Malaysia dengan 11 negara-negara rakan TPPA akan merundum sebanyak AS$1.465 bilion (atau RM4.79 bilion). Lebihan dagangan akan jatuh daripada AS$19.84 bilion kepada AS$18.37 bilion.

Ini bermakna Malaysia tidak akan mempunyai keuntungan bersih daripada peningkatan perdagangan yang terhasil dari TPPA. Oleh kerana import akan meningkat lebih pantas daripada eksport, Malaysia akan mengalami kerugian bersih dalam imbangan perdagangan. Kerugian ini nyata, iaitu AS$1.465 bilion atau RM4.79 bilion setahun (kadar pertukaran pada 17 Oktober AS$1 = RM3.27).

Krisis keseimbangan perdagangan negara mungkin akan menjadi lebih goyah daripada apa yang dibayangkan kertas kerja ini kerana Malaysia akan berupaya mengeksport lebih banyak tekstil dan pakaian ke Amerika Syarikat pada kadar tarif sifar tanpa halangan lain.

Amerika Syarikat sebenarnya menggesa satu peraturan “Yarn-Forward”, di mana negara-negara TPPA seperti Malaysia hanya boleh menggunakan benang dari negara-negara TPPA sahaja untuk menghasilkan tekstil dan pakaian. Ini membuatkan kos pengeluaran beberapa tekstil dan pakaian dari Malaysia melonjak menjadi lebih mahal kerana tidak mendapat kebenaran menggunakan benang dari negara-negara kos rendah seperti China atau Indonesia.

Oleh itu anggaran peningkatan eksport tekstil dan pakaian Malaysia ke Amerika Syarikat dengan sebanyak kira-kira RM 454 juta (AS$139 juta) boleh dianggap sebagai sensasi penambahan keuntungan negara. Jika peningkatan eksport tekstil adalah kurang dari RM454 juta ini, maka kerugian dalam imbangan perdagangan Malaysia akan menjadi lebih dari RM4.79 bilion setahun.

Kerugian boleh mencecah lebih daripada RM5 bilion setahun.

Walaupun benar jumlah ini dianggap kecil, tetapi secara keseluruhan ia mempunyai kesan yang lebih besar ke atas rakyat Malaysia dari segi pekerjaan.

Di samping itu, Rashmi menambah sekiranya TPPA ditandatangani, Malaysia akan melihat lonjakan dalam dari Amerika Syarikat dan Jepun.

Di dalam sektor jentera elektrik, 61% import negara akan didapati dari Amerika Syarikat. Dan sebanyak 97% import kenderaan serta 90% dalam besi dan keluli akan didapati dari Jepun.

Semua industri-industri ini ada di Malaysia dan mereka bakal hadapi persaingan secara langsung – industri besi kita, mesin elektrik dan sektor automotif.

Kita semua tahu bahawa sektor-sektor ini mengambil kerja berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia, sedang tenat, amat bergantung kepada dana dan dasar-dasar kerajaan dan kini perlu bersaing di peringkat global pula.

Di samping itu, Malaysia kini merupakan pengimport kenderaan skala besar seperti kereta api dan trak pengangkut dari China.

Malaysia juga pengeluar alat ganti automotif yang merupakan sebahagian daripada Dasar Automotif Nasional yang diumumkan baru-baru ini.

Pakar ekonomi mengatakan eksport kasar perkhidmatan perniagaan kita – yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mendapat sokongan untuk pertumbuhan dalam Bajet 2015 – hanya menyumbang eksport tambah nilai domestik (DVA) sebanyak 3.8% sahaja.

Selain dari keseimbangan negatif dari nilai tambah perdagangan yang ketara ini, terdapat juga unsur negatif tersembunyi dari segi hak harta intelek yang akan mempengaruhi harga ubat-ubatan dan juga penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS), lantas membuktikan perjanjian ini tidak memberi manfaat kepada Malaysia dari apa-apa jua perspektif.

Jadi, sekali lagi, Perdana Menteri kita telah memberi gambaran fakta yang tidak benar. Bantah TPPA menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dan juga Perdana Menteri Najib Razak untuk menjelaskan pendirian mereka.

Di manakah fakta-fakta yang berbicara tentang “keuntungan melebihi kos” dalam TPPA? Di manakah janji terbitan laporan analisis kos faedah yang tertunggak sejak Mei 2014?

Kami di Bantah TPPA akan terus menyeru orang ramai untuk memprotes perjanjian ini sehinggalah semua soalan-soalan kami dijawab dan segala fakta, angka dan penglibatan secara langsung untuk berdebat mengenai perjanjian ini disediakan kepada masyarakat awam dan pihak-pihak berkepentingan.

Pakar-pakar ekonomi dari PBB seperti Rashmi, pemenang Hadiah Keamanan Nobel seperti Joseph Stiglitz dan juga ahli-ahli ekonomi tempatan juga telah sebulat suara mengatakan perjanjian perkongsian ini satu idea yang buruk.

Malah, Jean Pierre Lehmann dari Institut Pengajian Pengurusan yang berpusat di Switzerland (yang menawarkan program MBA terbaik di dunia) telah pun memberitahu Simposium Ekonomi Global (GES), bahawa ia (TPPA) satu “idea bodoh”. Jadi kami minta kerajaan kita untuk menjelaskan siapakah orang-orang bijak yang mengatakan sebaliknya.

NIZAM MAHSHAR

Pengerusi

Kemaskini 29/9 - The Star

Tidak ada sebarang pengesahan mengenai berita semalam itu tapi dilaporkan Tok Pa akan berlepas ke Atlanta US hari ini untuk sesi TPPA

Membaca komen2 dari artikel itu, jelas kabinet Najib semakin ke arah menandatangani TPPA


“The Cabinet last week chaired by (Deputy Prime Minister) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, reaffirmed its stand that Malaysia may lose out if we are not in TPP.”

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 11:09 PM

Dr Chandra Muzaffar dalam The Sun ari ni juga mengatakan antara motif penyiasatan FBI dan keterujaan media AS menonjolkan kepincangan 1mdb ialah untuk memastikan TPPA ditandatangani.

Kata beliau, selagi isu 1mdb tidak dijawab dengan jelas, Malaysia telah memberi peluru kepada AS untuk 'menembak' kita.

Kenapa Tok Pa nih...???

Baru last two months je dia cakap Malaysia tidak akan sekali-kali sign TPPA sebab Industri Kecil dan Sederhana akan terjejas teruk.

Majlis Raja-Raja tak nak buat apa-apa ka?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 28, 2015 at 11:58 PM

takdanya Ah Jib Gor & Co. kisah....lantak pi lah apa bijak pandai n masyarakat nak kata.....KUASA ada pada mereka.

Rakyat ni bg BR1M nnt senyap la.....implement dulu...kalau rakyat bising buat SLAMBER mcm biaseee....Ah Jib style

sambil2 tu selang selikan dgn LELUCON ANTARABANGSA dr Pontian....Mat Maslan style

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 12:18 AM

Kalau betul lah mende berlaku najib sah lah pengkhianat negara no wahid sanggup menggadai negara kerana nak selamatkan batang tengkuknya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 12:24 AM

assalamualaikum slmt mlm che din... hancur malaysia di kerjakn najib dn ahli kabinet nyer... tok pa sejak dr dlu lg x kompeten di miti... tidak sprti ds rafidah aziz...wlpn teruk tp masih sempurna utk memacu ekonomi negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 12:45 AM

Apa US akan dapat

1. Naval base kat Labuan utk tempatkan pesawat intip.Nak spy kat China
2. TPPA akan ditandatangani. Kemasukan barang dan syarikat US tanpa had.

Baik jadi kawan Amerika dari hamba Cina komunis laknatullah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 3:06 AM

anom 12:45AM baik kawan dgn amerika kenapa tak terus kata baik kawan dgn yahudi, amerika takan kawan dgn negara yg boleh merugikan dia itu cara yahudi sejak berzaman membuat keuntungan dgn menindas & menjajah negara2 islam apakah kita sudah tiada pilihan lain sehingga sanggup tunduk kepada yahudi laknatullah yg jelas sekali merugikan kita, apa kita nak jawab kepada anak cucu kita esok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 7:24 AM

Semalam aku bermimpi tppa telah dipersetujui dan mungkin benar sumber mengatakan tppa akan ditandatangani, lihat senario yg berlaku kebelakangan ini.
Obama melawat Najib 2 x,
Najib pergi main golf peribadi dgn Obama mungkin lebih sekali,
Lapuran 1mbd dibuat dia tak peduli, mungkin kah wang 2.6 duit dari Israel Yahudi, itu kita belum pasti.
Lapuran dibuat Najib akan disoal tangkap oleh FBI diluar negeri sebaliknya Najib keluar negara seperti tiada apa akan terjadi, mungkin kah juga dah kautim awal-awal kagi.
Saya terbangun.. astafirullah ,... rupanya aku bermimpi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 7:41 AM

Apa salahnya kawan dgn yahudi.melayu selalu dimomokkan yahudi itu semua jahat Dan tok Arab semua suci.kita cuma tolak zionisma

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 7:45 AM

Syabas Anon 3:06!,bila menulis atau memberi pandangan dengan tidak mengunakan akal hanya nafsu yang mengawal maka paparan yang kita turunkan menjadi cacamarba.terima kaseh atas pandangan dan nasihat saudara.

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2015 at 8:07 AM

Dah agak dah.
Najib mesti jual negara utk lepaskan diri dari tindakan polis antarabangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2015 at 8:19 AM

plot cerita mudah FBI siasat dan ugut Najib....Najib adalah lemah dan bermasalah...Najib tunduk dan takut kepada Amerika (Pahlawan Bugis ada waktunya didatangi rasa takut) maka bersetuju tandatangani. Mustapa kata akan dibawa keparlimen untuk disetujui...hoi Stopa bila dah tandatangani buat apa bincang lagi...perbincangan grup sumpah seranah, komedi dan tidur@ MP2 tak mengikat di USA lagipun sapa kamu ahli parlimen Malaysia....rakyat mesti ke jalanraya untyuk menentang TPPA @ Tipurakyat.....menteri Malaysia dibawah Najib lebih banyak tidur dan ampu,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 8:41 AM

sain ke tak sain, untung ke rugi ke, berat sebelah tak berat sebelah ke, amerika ke cina ke yahudi sekali pun ape nak kisah, cina kat malaysia ni pun lebih kurang yahudi gak, ramai orang melayu kawan dengan cina malah menyokong dia, semua kata cina dap baguih. tapi aku biar pilih amerika sekurang kurang nya dia hormat kita sebagai satu bangsa dan tidak memanggil 'malay is stupid'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 11:15 AM

Aku dh agak dh...xkan kmana isu 1MDB bila FBI cpurtngn buat siasatan. Ajib dn oBama dh feal baiknya.
Tp yg aku heran dn trtanya2, menteri2 kita xda ke nk bsuara mbantah apa yg ajib buat tu. Majlis Raja2 pun xbsuara.
Aku sedih tau...yg teruk nnti golongan kbanyakan spt aku yg gajinya ckup mkn jw.
Tambah pulak, ni yg Haji Hadi dn Haron Din sokong slamanya ni nmpk smua ajib buat tu btul.
Psoalan
1. Sapa pengkhianat negara ?
2. Sapa pengkhinat parti ?
3. Sapa pengkhianat rakan dlm parti ?
4. Sapa pengkhinat amanah rakyat ?
5. Sapa pengkhianat pd orang Melayu ?
Nk jwp ni, korang tanya Ajib, Hadi, Harun Din, Tok Pa, Dr Zahid, Jamal, Ku Nan, Tok Ali, Annuar TRW, Menteri Komunikasi, dan rmai lg...

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2015 at 11:44 AM

OK juga, kalau Najib sain TPPA. Lagi cepatlah dia letak jawatan. Mungkin ramai Ketua Bahagian2 yang tidak sokong TPPA akan bangkit menetang Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Baru
September 29, 2015 at 12:55 PM

Malaysia akan sain TPPA???

Bila kita habis sain je....Maka akan habis juga 'Kemerdekaan' kita.....Kita akan 'Dijajah Semula'.....Tapi kali ini Kita dijajah dengan cara yg "lebih halus"....

Adoi! Apa nak jadi dengan 'MalaysiaKu' ni? Penuh dengan pemimpin2 bersifat "Kayu Hulu Kapak"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 2:09 PM

Pemimpin UMNO tau ke or amek kisah ke benda ni semua. Diorg hanya tau 'What's in it for me?' je. Kang bila org bantah cakap nak khianat negara pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2015 at 1:42 AM

Sila hayati firman Allah S.W.T

 “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah.” (Surah al-Ahzab ayat 69)

atau nak aku letak hadis hadis sohih nabi tentang yahudi, jangan terlalu sombong mengata orang sedang diri sendiri jahil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2015 at 8:00 AM

Adakah haiwan babi itu diminta dijadikan babi? Sehingga memudaratkan? Sekiranya ia memudratkan, makanan asas gula, garam juga memudaratkan jika diambil berlebihan bukan? Adakah bangsa yahudi diminta dijadikan yahudi?
Maksud tersirat dlm al quran dan hadis patut dihalusi lagi saudara... Semuanya berkaitan perbuatan dan bkn nye bangsa itu.Adakah boleh dikatakan Islam seseorg itu jika perbuatannya menonjolkan kekafiran, keyahudian? Renungkan kan la ye...

....................
Reply To This Comment ...................
bluk
September 30, 2015 at 1:35 PM

Sy syak apabila mlsia tndatgn tppa sbnrnya mlsia tndatgn surat perang.mksud sy,apbila pjanjian itu dtndatangani,ekonomi kita akn btambah truk akibat dcengkam kuasa2 besar dlm tppa.maka rakyat yg berang akn bgkit mrusuh utk jatuhkn krajaan sedia ada.bila krajaan jatuh,naik pmerintah baru.pmrintah baru ini akn keluar dr tppa.maka dsnilah mulanya mlysia akn dserang oleh kuasa2 besar dlm tppa dgn alasan mlanggar pjanjian tppa.wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
October 6, 2015 at 12:33 PM

So skrg dh di sign blum?

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2015 at 1:59 PM

Di DLM Al Quran telah menyebut ada 10 ayat yg menggesa org Islam jgn sesekali bekerja sama dengan org yahudi Dan nasrani... Kamu tau... Kaum yahudi Dan nasrani juga tidak boleh masuk kota mekah... Begitu lah amaran yg telah Allah berikan... Jgn mempersolakan kenapa... Dan jika seseorg itu berkerjasama dgn mereka INI. Maka org ITU pun serupa mcm yahudi dan nasrani... Sila buka AlQuran...BACA dan FAHAMkan maknanya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2015 at 10:27 PM

tah ler... tp bunyinya akan merosokkan ekonomi trading... yg ketara kompem puak2 dkt bandar... yg jenis berniaga... yg jadi kontraktor...yg jadi trader.... mmm sbb aku rasa nisbah org melayu yg berniaga ni kurang... banyak yg terlibat dgn agriculture... maaf jika silap... sekadar speculation.... so kalau silap mintak maaf...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2016 at 9:23 AM

Najib ni hanget taik ayam je lebih,korng tngok la pojek dia dari ape pun mne ade dtng keuntungan.sumenye negatif hutang dan bebankan duit rakyat.tppa disain sebenarnya terdesak ntuk tutup kes besar supaya amerika tak amek kisah kes berkenaan.Kiamatlah Malaysia,memang dah tak boleh buat ape dah.pandai la korang hadapi culture shock.jp lagi hidup kita modern,tpi belum tentu tenteram,disco sana sini,dadah berleluasa.bukan nak ckp ape.itula hakikat.sendiri jadi mntri kewangan tapi sendiri banyak berhutang.tu la susah bila dalam kerajaan bnyak salah kuasa jual beli.bersedialah...

Post a Comment