........... Najib Salahkan Media Sosial ? Apakah Najib Tidak Sesuai Untuk Era Kini ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Salahkan Media Sosial ? Apakah Najib Tidak Sesuai Untuk Era Kini ?

Sunday, September 13, 201550comments


Dalam tulisan terbaru blog Najibrazak.com yang mengulas tentang Persidangan Perwakilan Umno Pekan, ada beberapa point menarik untuk diulas.


Dulu tidak ada senjata untuk mencerca, fitnah dan mengaibkan pemimpin mahupun ada juga cubaan jatuhkan pemimpin. Kalau ada pun, mereka hanya gunakan surat layang dan cara lain. 

Hari ini, media sosial hanya di hujung jari untuk kita menyatakan sesuatu yang benar, atau menabur fitnah. Kita berdepan dengan satu suasana baru yang mana media sosial digunakan untuk menyebarkan kebencian kepada pemimpin sehinggakan budi pemimpin tidak bermakna. 

Inilah mainan yang berlaku sekarang dan kebetulan pula ia berlaku pada masa saya sebagai pemimpin parti. 

Kalau orang nak hancurkan parti, mestilah serang pemimpinnya. Kalau sudah hilang kepercayaan pada pemimpin, maka mudahlah parti itu tumbang pada bila-bila masa.

Dalam politik, bagi menjatuhkan seseorang pemimpin, akan ada pelbagai konspirasi dalam dan luar negara kerana ini semua nak menjatuhkan UMNO sebagai parti yang menunjangi kepimpinan dan pentadbiran negara.

Najib menyalahkan medium media sosial kepada kemelut politik yang beliau dan Umno hadapi ketika ini. Hujah sebegini sudah biasa kita dengar dari pro Najib dalam komen2 dimerata blog sebelum ini cuma Najib saja yang baru mahu menggunakannya.

Pendek kata - Sentiasa mencari alasan lain selain dari diri sendiri !

Panjang kata pula, Media sosial adalah sebahagian dari arus pembangunan. Kita perlu mengikut arus pembangunan dan mengadaptasikan diri dan cara kita sesuai dengan arus itu. 

Lainlah kalau cara pemikiran dan cara kita bertindak itu kekal tidak berubah ( stagnant ) sementara di sekeliling kita semuanya bertambah moden, barulah kita boleh salahkan teknologi. Barulah kita boleh buat perbandingan cara dulu lain dengan cara sekarang sebagai jalan keluar dari masalah kita.

Setiap pemimpin ada caranya yang sesuai dengan zamannya. Zaman Tun Mahathir tidak sama dengan zaman Tunku Abdul Rahman. Jika cara Tun Mahathir masih mengekalkan cara Tunku Abdul Rahman dalam era 80an dan 90an, pasti banyak juga masalah ketika itu. 

Samalah juga, cara Najib juga harus sesuai dengan masa kini. Jangan salahkan teknologi atau arus pembangunan !

Tun Mahathir kalau diberi peluang memerintah pada masa kini, sudah pasti caranya juga berbeza kalau nak dibandingkan sewaktu beliau jadi PM dulu. Cara Tun Mahathir juga pasti sudah berubah sesuai dengan peredaran masa. Itu namanya Adaptasi.

Kita semua boleh lihat bagaimana cara Tun mengaplikasikan media sosial untuk terus memperjuangkan agenda agama, bangsa dan tanahair. Zaman 80an dan 90an tidak ada media sosial, tapi apakah Tun Mahathir ketinggalan kini ? Tidak ..... Tun ikut sama arus pembangunan.



Dalam konteks isu semasa, Tun Mahathir akan punya caranya pula dalam menangani penyebaran maklumat tanpa had ini. Kita tidak boleh semudah itu mengambil cara lama Tun dan letakkan cara lama itu dalam situasi sekarang. Sebab cara Tun tidak akan sama dulu dan sekarang.  Tun akan punya cara lain yang sesuai dengan zaman kini termasuk dalam berdepan kemunculan media sosial.


Jadi bila Najib menyalahkan medium media sosial sebagai punca kemelut yang dihadapinya, ia seperti mengaku caranya memerintah tidak sesuai untuk masa kini ! Jadi letaklah jawatan dan lantik orang lain yang lebih maju/advanced pemikirannya sesuai dengan teknologi yang ada.

Keduanya, yang ini tidak berubah ikut masa iaitu ungkapan Berani Kerana Benar. Yang membiarkan segala isu peribadi Najib menjadi viral dimedia sosial adalah kerana Najib sendiri yang takut untuk ke depan menjawab segala persoalan yang dilontarkan.

Segala persoalan dibiarkan tanpa jawapan. Elegant silence lah konon. Lepas tu nak salahkan rakyat yang terus berspekulasi ..... alasan yang diberikan pro Najib adalah, kalau Najib jawab pun bukannya kita nak terima. Masalahnya jawab pun tidak ! Cuba jawab dulu ....

Ketiganya, selepas elegant silence itu dipecahkan melalui jawapan2 oleh pihak lain, kenapa rakyat terus juga bergossip ? Sebab jawapan2 yang diberikan tidak menjawap dengan tepat segala persoalan !

Malangnya rakyat pula yang disalahkan kerana tidak dapat menerima jawapan yang diberikan. Balik kepada no2 di atas. Kerajaan jangan anggap rakyat bodoh untuk menerima apasaja jawapan termasuk jawapan yang memperbodohkan sesiapa yang sanggup telan begitu saja.

Jawapan kena tepat. Sebarang persoalan yang timbul susulan jawapan, harus juga dijawab dengan baik ..... bukannya dimarahi !

Barulah tepat sebagaimana yang dicanangkan oleh Najib sewaktu mula jadi PM dulu bahawa - Era kerajaan lebih tahu / lebih pandai / betul segala2nya - telah berakhir.

Lihatlah keadaan sekarang...... bukannya era itu sudah berakhir atau bergerak ke arah itu, malah semakin teruk !


Rakyat sekarang dipaksa terima bahawa segala2nya tentang Najib, Rosmah dan tindakan pemimpin2 Umno semuanya betul dan tidak boleh dipertikai langsung. Kalau Najib pilih untuk berdiam diri tanpa menjawab sebarang dakwaan pun, itu pun rakyat kena anggap Najib betul dan segala dakwaan itu sebagai fitnah.

Kalau orang nak hancurkan parti, mestilah serang pemimpinnya.
.
Dok eeeehhhhh .....kita kena serang orang gaji dia, drebar dia, kucing dia ......  hadooooi lah, dah namanya PEMIMPIN, memanglah kena serang ! Dari zaman batu lagi orang akan target pemimpin terlebih dahulu. Itu memang SOPnya sedari azali.

Bila tidak ada pemimpin, tidak adalah orang yang memimpin. Maka bercelarulah askar2.  Kecuali ada orang lain yang mengambilalih kepimpinan itu.

Apakah Umno sudah ketandusan pemimpin ? Cakap Najib seolah2 dia satu orang saja yang layak untuk memimpin Umno !

Makanya setiap pemimpin itu harus menjaga dirinya supaya tidak mudah diserang. Jangan buat peel tak senonoh yang mudah dieksploit oleh musuh. Jika terima duit derma bagi pihak parti, kenalah berhati2 supaya perkara itu tidak dijadikan isu kalau diketahui umum. 

Pemimpin juga kena pastikan keluarganya tidak menjalani kehidupan mewah melangkaui pendapatannya sebab sebagai pemimpin, hidupnya menjadi perhatian umum. Kalau mahu kekalkan privasi, jangan jadi pemimpin !

Nanti bila masalah bertimpa2, mulalah muka pun hilang seri....


Memimpin kerana amanat dari Allah .... bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Pemimpin yang bersalut dengan kemungkaran dan peel yang tak senonoh bukan saja mencipta musuh baru tapi juga mencambahkan ketidakpuasan hati penyokongnya sendiri. Bukan sebab dengki tapi sebab takut pemimpin itu bakal menjadi liabiliti kepada parti. 

Kalau pemimpin itu sendiri tidak pandai menjaga dirinya, bagaimana hendak diharap untuk menjaga parti, bangsa dan negara ! 

Kita mahukan pemimpin yang boleh memimpin BUKANNYA pemimpin yang harus dipimpin.

Sekali lagi pendek kata - Jika kita sendiri benar, tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Bila kita sendiri kuat, kita tidak perlu bergantung kepada kelemahan lawan sebagai sumber kekuatan kita.

Duluuuu ..... contohnya zaman Tun Mahathir, apakah pihak Umno sibuk menyerang dan mencari kesalahan pihak lawan ? Tidak perlu ....sebab waktu itu Umno kuat. Sekarang ?

Banyak masalah yang panas ketika ini adalah berpunca dari Najib. Cuba fikir ...... kalau buang Najib, pastinya terbuka luas ruang untuk bernafas kepada Umno, kan ?

Share this article :

+ comments + 50 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 4:18 PM

Elegant silence sebab dia tak berani jawab yang BENAR.

Tapi najin berani MENUDUH Tun Dr Mahathir tanpa bukti.

“The latest allegation is that I have taken state-linked funds for personal gain. I believe Tun, working hand in glove with foreign nationals, including the now discredited political attack blog Sarawak Report, is behind this latest lie,” Najib wrote on Facebook.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 4:28 PM

Memang betul. Orang2 cam PENYU ni yang dok menghasut dan memusingkan fakta X sudah2. Patut dikurung di Sg. Buloh je kaum2 spt kao ni PENYU....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 4:29 PM

Wow ! good writeup bro ! tun is lucky to have reputable bloggers such as you, kadir jasin, apanama, syeds, jmd among others backing him. these are bloggers who can think n write convincingly. hmmmmm that itself is a point to consider ! kipidab bro. keep on writing the rakyat's mind.

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 4:32 PM

@Anonymousbiasanya komen umum yang menuduh tanpa isi sebegini saya tak lepaskan. Tapi saya nak tanya, fakta mana yang tak betul ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 4:32 PM

salam,
memang la orang nak jatuhkan organisasi tu mereka serang drebar dia, tukang masak. amah. tukang kebun. memang bangang la kerja tu. dulu orang serang tdm, tapi pasal tdm seorang pemimpin yang bagus, tetapi serangan itu tak goyah tuan punya badan. ramai pulak yang dok berlindung di sebalik tubuh tdm. baling batu sembunyi tangan pun ramai, tapi tdm tak goyah selama 22 tahun. datang pulak tun lah, orang serang dia, tak dapat, orang serang anak menantu, maka angkat bungkus. bila orang serang pemimpin, pemimpin kuat, maka orang serang parti, tapi tak berkesan juga. berbagai juga orang kata kat parti, tapi kukuh pasal pemimpin kuat. sekarang pemimpin lomah. alahai lomahnya. layar dikembangkan seolah nak berlayar menuju lautan dan meredah ombak dan gelombang. mengharungi ribut taufan tanpa gentar. rupanya sauh dilabuhkan. tunjuk kuat tapi tak ke mana. nasib baik dia tak tambah tali ditambat di pelabuhan, habuk pun tarak.
sekarang orang serang pemimpin, pemimpin tak dapat nak elak diri, kena ajer. datang pulak yang nak melindungi pemimpin, tapi tak dapat nak melindungi pemimpin dan diri sendiri juga. bini pemimpin pun orang serang, habis kena kat parti. pemimpin tak dapat nak selamatkan diri dari serangan, macam mana pemimpin nak selamatkan parti. parti dah kurang serangan, tapi pemimpin tak habis orang serang sampai parti pun dah lembik kena serangan pemimpin. macam parti kat depan pemimpin di belakang parti. orang serang pemimpin kena kat parti dulu.
sekarang orang marah kat pemimpin dan isteri, bukannya parti. kalu sebut parti, orang tak marah sangat, tapi kalu sebut pemimpin, kuat jer suara orang, bila nama bini naik, terus berdiri orang dengan suara lagi kuat. parti nak harap lagu mana kat pemimpin macam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 4:47 PM

Kalau Ah Jib Gor nak salahkan sosial media maka ini bermakna dia ada lah peminpin yang sudah OBSOLETE dan tidak lagi revelant kerana sudah ketinggalan ZAMAN. Ah Jib Gor is suffering syndrone yang sama macam peminpin British party Labour ia itu Michael Foot nya pernah aktif semasa zaman RADIO dan bila television wujud dia terus jadi tak relevant kerana selain dari suara yang sedap dan pandai berpidato,rakyat British mahu MELIHAT wajah yang handsome dan orang yang kemas and this he was NOT!!!

Turut patut di persalahkan juga adalah tukang2 kaki spin media untuk dia,orang macam Rahman Dahlan nya approach nya kebudak budakan. Ibarat Ah Jib Gor hantar "a boy with a knife to a adult gunfight'! International media dengan simpati mereka terhadap Anwar Ibrahim is NO match dengan Ah JIb Gor punya macai media nya!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 4:57 PM

Kalau pemimpin tak buat salah, takde saper nak serang....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:00 PM

Hehehe. . .bro 4:28 pm.
Hehehe. . .supaya senang ali baba dgn 40 orang penyamun menyamun hasil mahsul ?
Hehehe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:03 PM

Anon 4:28...

Fakta mana yang memusing tu??? Ooo aku tau..part units...just units...eh tu menteri kewangan 2 ckp...tolonglah beritahu maklumat mana yang memusing tu plisssssssssssssssssss

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:24 PM

Bukan senang tegakkan benang basah bro.....bersepai air liur dari hujung tanjung ke hujung tanjung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:30 PM

mudah je ..


yang benar tetap benar
salah tetap salah.
yang fitnah tetap fitnah
yang kangkung tetap kangkung
yang bangang tetap bangang
yang bangsat tetap bangsat.
yang melayu tetap melayu
yang bugis tetap bugis
yang derma tetap derma
yang rasuah tetap rasuah

pelik sungguh .. kerajaan bukan setakat boleh guna media sosial.. juga media perdana-
media elektronik dan cetak. kedua duanya dalam tangan kerajaan.

hanya mengatakan segala info yang berkaitan dengan najib adalah adalah fitnah ... tanpa menjawab dengan jelas sedangkan tiba-tiba info yang dikatakan fitnah akhirnya ada kebenaran, ada asas

siapa yang memfitnah ?
siapa yang biarkan fitnah ini terus bermain dalam persepsi rakyat ?
siapakah yang menganggu siasatan untuk mengakhiri fitnah ?
siapakah yang lari semasa ramai orang bersedia untuk mendengar penjelasan mengenai fitnah ?

semua fitnah ini akan terus akan dipercayai selagi orang yang difitnah "berlagak" seperti bersalah.

salahkan media sosial tidak membantu sedikit pun memperbaiki persepsi. apa yang perlu dilakukan adalah bercakap benar dan beri penjelasan sebaik mungkin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:30 PM

Najib betul?.... yang memusingkan fakta adalah Najib yang tak bermoral tu!

Semak la semula fakta yg dinyatakan sendiri oleh Najib tak bermoral dalam rujukan2 yang berwibawa termasuk dinyata dalam parlimen.

Memang patut dikurung di Sg Buloh je!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:33 PM

salahkan media sosial plak seolah2 hanya pihak pengkritik najib saja yg guna medan media sosial bagaimana pula dgn pyokong najib yg berbayar blum lagi di amik kira medium arus perdana tv radio & akbar tak cukup ker nak tangkis kritikan jgn plak salahkan zaman nabi s.a.w yg serba kekurangan tapi agama islam tetap gah sampai ke akhir zaman, najib ni memang serba serbi fail lah totally failed.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:40 PM

@Anonymous dan dia juga canang mana mana pemimpin dalam PAU yang dah tak relevan kena letak jawatan atau berundur. bagi kat orang lain

Najib sendiri dah akui dia tak relevan untuk memimpin erah masa kini maka dia sendiri harus kotakan kata dia dulu.

atau seperti selalu.. janji dicapati

hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:41 PM

Kepada Najib, bila masa kitorang fitnah kau? Kitorang hanya tanya mengenai RM 15.4 bilion yang kau luluskan untuk dilaburkan di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit tu, apakah bidang pelaburannya, di manakah pelaburan itu dibuat? Ini adalah pertanyaan, bukannya fitnah.

Lagi satu, berdasarkan kenyataan dari Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat, Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh merangkap Timbalan Perdana Menteri yang baharu merangkap Menteri Dalam Negeri serta kenyataan oleh Aziz Kaprawi Ketua UMNO Bahagian Sri Gading merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan yang mengatakan RM 2.63 bilion itu adalah derma kepada kerajaan, malahan Zahid Hamidi siap kata dia dah jumpa dengan keluarga diraja Arab Saudi yang beri derma itu, Zahid siap kata bahawa derma itu adalah kerana Malaysia mengamalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kerana untuk melawan IS, tapi lepas tu Aziz Kaprawi siap kata derma itu Arab Saudi beri untuk lawan Yahudi dan DAP. Tetapi Tengku Adnan pula kata derma RM 2.63 bilion itu adalah dari tok arab yang sangat baik hati kepada UMNO.

Mana satu yang betul ni? Derma untuk UMNO ke derma untuk kerajaan? Kalau derma untuk UMNO, mengapakah dalam penyata kewangan UMNO tahun 2013 tak ada dicatatkan derma ini pun? Malahan penyata kewangan itu adalah dokumen rasmi yang dihantar ke Pendaftar Pertubuhan, apakah Najib, Tengku Adnan dan Bendahari UMNO Ahmad Husni nak menipu Pendaftar Pertubuhan?

Lagi satu pasal apa buka dua buah akaun dalam tempoh yang sangat singkat? Buka hanya 5 bulan, lepas tu tutup, pasal apa tutup, apakah MKT tahu pasal akaun dibuka dan ditutup?

Kemudian kalau wang derma itu adalah untuk kerajaan, peraturan kewangan mana yang Najib pakai untuk simpan wang milik kerajaan dalam akaun peribadinya?

Saya bertanya, bukannya fitnah pun. Kalau bertanya soalan pun dituduh sebagai fitnah, maka bebudak darjah 6 yang baru lepas ambil periksa UPSR itu difitnahlah ye, sebab mereka diberikan soalan, maka mereka diberikan fitnahlah ye?

Harapnya Najib berfikir dengan akal yan waras, jangan berfikir guna kepala butoh yang gersang kelak fikir merapu tak tentu hala macam yang Najib buat selama ini. Apakah kerana terlalu takut dengan pembongkaran demi pembongkaran salah laku Najib hingga menyebabkan Najib jadi tak keruan dan tak tentu arah?

Saya bertanya lagi ni, bukannya fitnah ye.

Selamat menjawab.

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 6:32 PM

media sosial pula yg salah bawa bawa mengucap lah najib oii semakin hari semakin merapu lah nko najib abis dengan umno2 sekali di heret untuk sama2 merapu udah udahlah najib oiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 6:33 PM

Fakta atau auta,lebih banyak fakta...cer cierite pasai ape AG kena bungkus? Kawan tu dok duduk sihat2 di katakan sakit. 2 top brass SPRM hampir masuk cold room kat JPM. Satu Malaysia kecoh. Cuba renungkan kata2 Tun M, kalau duit halal pasai apa nak takut? Timb Pengarah Caw Khas dah kena cold room. Jadi takkan nak salahkan mediasosial...ini bukan cobaan,ini betoi2. habis PAC,AG Chambers dan SPRM yg menyiasat duit derma terus kena bubar...kenape?? Takut pecah lobang?? Fikir2 kanlah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 6:42 PM

Yg tukang pusing aka spin tu bukan pro ajib ke? Cash dipusing pusing pusing dahnjadi units...

Duit masuk akaun peribadi dipusing pusing pusing jadi fitnah la...konspirasi la...tak betul la....last2 dah tutup akaun...

Hanya si bangang yang kekal menyokong ajib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 6:44 PM

Memang Najib tak akan berundur, sebab dia takut kalau berundur maka dia dah tak ada kuasa, maka dia akan diheret ke mahkamah atas segala salah laku yang dia buat selama ini.

Najib bukannya berjuang untuk rakyat dan negara, Najib hanya 'berjuang' untuk dirinya, 'berjuang' untuk menyembunyikan segala skandal jenayah peribadinya itu, mempergunakan agensi penguatkuasa untuk menyokong segala perbuatan jenayahnya, malahan pegawai yang jujur dalam agensi penguatkuasa disingkirkan, ditukarkan ke unit yang tak pernah wujud, perjawatan pun tak ada lagi, tapi kerana nafsu serakah Najib, semuanya boleh buat.

Najib memang jenis tak tahu malu, di Mesir baru-baru ini seorang menteri di Mesir telah didakwa atas kesalahan rasuah, seluruh jemaah kabinet Mesir termasuk Perdana Menteri Mesir meletak jawatan, tapi di Malaysia pula, walaupun dah terbentang di depan mata mengenai salah laku pemimpin seperti Najib ini, pihak berkuasa tak ambil tindakan, malahan jemaah kabinet pula bermatian membela Najib kerana nak jaga jawatan mereka, rakyat sudah mereka tak pedulikan.

Walaupun Mesir itu negeri yang agak bemasalah, tetapi tindakan Perdana Menteri dan jemaah Kabinet Mesir yang meletak jawatan di atas skandal rasuah yang dituduhkan kepada salah seorang menteri dalam kabinet Mesir itu, menunjukkan mereka lebih berintegriti dari Najib.

Ini kerana Najib sudahlah laporan polis dibuat terhadapnya mengenai isu penyelewengan 1MDB, malahan tindakan mahkamah diambil mengenai isu RM 2.63 bilion yang sekejap wang derma untuk UMNO, lepas tu jadi derma untuk kerajaan pula, tapi masuk dalam akaun peribadi Najib, tak ada tindakan yang serius dari pihak berkuasa di Malaysia.

Kemudian kerana sedih tiada langsung usaha untuk menyiasat Najib mengenai kes penyelewengan wang hutang 1MDB, maka laporan polis dibuat di Switzerland, di Britain, di Hongkong, di Perancis di mana wang seleweng tersebut dipercayai berlaku, tetapi Najib dengan muka tak tahu malu berlagak kata rakyat sokong dia, sedangkan rakyat begitu menyampah dengan perangai buruknya itu.

Blah la Najib, Malaysia aman tanpa Najib, UMNO lebih kuat tanpa Najib, malahan Barisan Nasional akan lebih kukuh dan mantap tanpa Najib, kerana selama ini Najib adalah liabiliti kepada Malaysia, Barisan Nasional dan UMNO, kerana tak pasal-pasal Najib buat jenayah, dibebankan pula kepada kerajaan, dan parti.

Kepada ahli-ahli UMNO yang masih tidur tu, sedarlah diri segera, tak guna dah terhantuk baru nak terngadah, sudah-sudahlah dibuai mimpi mainan Najib tu, makin hari makin banyak Najib menipu tetapi korang pula dengan bodoh bendulnya mempercayai segala penipuan Najib itu.

Sedarlah semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 6:46 PM

Din...agak2 ah jib gor ni boleh ke menulis sebaik Tun menulis...rasa2nya FB dia pun org lain yg uruskan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 7:21 PM

Apa orang UMNO sendiri kata :

https://www.youtube.com/watch?v=2zgsqIS6GxA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 7:30 PM

lagi banyak Najib keluarkan pendapat lagi bagus ..........

Nampak tak pandai dan syok sendiri dia ............

Bila la nak jawab soalan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 7:51 PM

Anon 6:46...

Jangan cakap sebaik Tun menulis...tapi ikhlas saya cakap bro DinTurtle pun Najib tak leh makan.

Tabik kat tuan blog sentiasa menulis secara kritikal berdasarkan fakta.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 13, 2015 at 8:13 PM

Assalammualaikum wmt,
Kalau tak silap, Pak Lah dulu pun Presiden UMNO.
Kepimpinan Pak Lah pun pernah kena hentam melalui media sosial.
Sebagai seorang yg beriman dan tahu 'bermuihasabah diri', Pak Lah pun berundur secara terhormat.
Aman dan selesai dgn baik.
Kerana pengunduran Pak Lah itulah Najib jadi PM.

Persoalannya, apakah UMNO dan negara Malaysia lumpuh kerana PM dan Presiden UMNO bernama Abdullah Ahmad Badawi dikecam dan seterusnya meletakkan jawatan?
Lemahkah UMNO kerananya?
Hancurkah UMNO kerana Presidennya diserang media sosial?
Mufliskah negara?
Huru-harakah negara Malaysia?

Sedarlah wahai PM Najib dan para penasihatnya bahawa masalah, kemelut dan hilangnya keyakinan rakyat kpd UMNO adalah kerana Najib tak mahu letak jawatan setelah lakukan kesalahan pecah amanah dan tidak jujur.

Lebih teruk lagi apabila para menteri baru yg dilantik jelas kelihatan sebagai perisai dan 'tukang cuci' permasalahan yg dilakukan Najib dlm keadaan sedar.
Wallahhua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 8:36 PM

Bro Din,
Tiap hari aku aku akan buka blog kau dulu. Minda tebuka luas. Aku harap semua orang terutama penyokong bn dapat mesej ini. jika tidak, sampai bila pun kita jadi mangsa kencing. macam kita sayangkan anak. kalau salah,kenalah tegur dan baiki kesilapan. kalau dah tk leh tegur, rotan jawabnya. Tindakan Tun memang betul. tapi admin tk pernah lepas komen saya. tk pe lah. lain kali tk yah komen.

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 8:44 PM

Din
Singapore LSH menang 69% votes tanpa masalah. Dia mengahdapi media sosial yang lebih terbuka.Macam mana kita nak salahkan media sosial................

....................
Reply To This Comment ...................
aku
September 13, 2015 at 8:48 PM

bro Din, adakah TS Ghani Patail tak boleh bersuara selepas ditamatkan kontrak awal? Bukan kah dia tahu cerita sebenar! Musykil lah..thanks

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 9:21 PM

tak ado pulak PM Lee Hsien Loong komplen media sosial jadi rintangan bosa di Singopuro. Malah monang bosa laie PAP dlm pilihan rayo semalam...PM Najib nak bodohkan sapo????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 9:28 PM

hahahaha...tergelak aku bro...good one

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 9:31 PM

Ko mmg bangang najib..ko tsk reti nk beza bola dgn pemain bola dan padang bola..ore klate kate benak kabo..mung tk gheti beza tuak dgn tuki..ta wau kaf..tuak tu air nira nyor..tuki tu bekas takong air nira nyo tu..org tembak presiden..bkn org tembak parti...biarlah najib memerintah selagi mau...kot nnt tgal salleh kruak je yg ada tepi dia..time sosak tu..kakmah pun blh lari ooo...ongat yg lain nk tgu jatuh sama ke...bodo piang punya pm cum presiden...ingat dia nk p pbb nnt org nk peluk n comfort dia n... kata.sabar lah jib..dugaan je tu...entah entah org boo lagi ada kot.....elok student sana buat demo

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 9:41 PM

ha..tengok tu. setakat tu je la yg terbaik boleh dibuat oleh pro Najib. setakat buat kenyataan umum.
memusing2. apa yg memusing2 tu? lepas tu sebut kena penjara...aduih..apa lah malangnya Najib ada peminat yg macam ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 9:55 PM

@AnonymousBetul Bro, macai Media dia pun ada access yang sama kepada internet, malahan pak2 menteri nya yang control infra dan undang2 internet. Ini tak dak,setaip kali kesalahan dan KEBODOHAN dia timbul,dia asik asik nak blame Dr M. Nampak sangat dia seorang pemimpin yang LEMAH minda!!!!! Tak layak memimpin rakyat Malaysia yang celek I.T..

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 10:01 PM

16 haribulan nanti adalah himpunan mempertahankan kepala lanun. Tak payah lah nak menyorok di belakang tabir "maruah melayu" kononnya. PESAKA yang menganjur perhimpunan tersebut pun tak cakap apa pasal maruah melayu, yang bersungguh-sungguh lanun peringkat bawahan dari Sg Besar tu jer, tak lama lagi boleh la jadi menteri. Kalau tak dapat restu kepala lanun, agaknya kenapa markas besar lanun keluar surat suruh hantar 1000 orang setiap bahagian?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 10:04 PM

Najib sengaja tidak mahu menjawab. Dia sengaja menyeret UMNO dan kabinet utk bersama2 memikul masalah peribadi dia. Semua org tau dan semua org dah takde ruang mcm mana nak seret Najib keluar drp kepompong UMNO supaya org tu sendiri yg cari penyakit org tu sendiri la yg patut selesaikan. Maka bercambah2 la cerita2 melalut drp org2 sekeliling dia semata2 kerana the boss is always right and the boss always got money to pay. Ini je kesimpulan yg saya dapat fikirkan sebagai org yg takde kena mengena dgn Najib, takde makan satu sen pon duit Najib dan takde apa2 faedah atau pangkat yg saya dapat drp Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 10:38 PM

Pelik tak en a bakar? Tanya jadi fitnah...jawaban pembodek lagi la tak boleh pakai.
Mcm mana diaorg fikir rakyat boleh atau mesti terima?

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 11:27 PM

Najib akan cuba mempertahankan kedudukannya sehingga PRU 14. Jika dia turun sebelum PRU 14, teramat malunya dia dan keluarga. Selepas PRU14 jika menang dia akan bertambah sombong sekiranya kalah dia akan jawab itu pilihan raayat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 11:36 PM

Laaa...najib tak sedar ke yg org tak kritik parti pun? Kita dok tanya kenapa kepimpinan beliau teruk sangat? Kenapa banyak masalah? PERIBADI plak tu....tanya tak boleh ke en najib. Tanya sbb nak tahu bukan nak gantikan kau jadi pm. Kami mmg berhak tahu apa yg kau buat kat putrajaya tu....saja2 lepak atau menguruskan negara dgn amanah? SALAH KE? Tak patut betul la en najib ni....sensitif sangat! Jawab je la kita tanya...ye? Jawab la en najib....en kan pahlawanita.....d bawah kawal selia menteri kpd perdana menteri!!!

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 11:57 PM

Aku berpendapat DSNajib tidak menanggung peratusan kesalahan yang besar dalam permasalahan sekarang ini. Yang bersalah 90% adalah rakyat Malaysia....sikap suka berdiam diri, sikap 'tak apa' dan sikap terlampau menyerahkan kuasa tindakan/lepas tangan kepada wakil rakyat di Parlimen(Demokrasi berparlimen kononnya) merupakan penyakit yang ada pada kebanyakan rakyat Malaysia hari ini sebenarnya menjadi pemangkin kepada timbulnya masalah di depan mata kita sekarang. Najib hanyalah instrumen kepada berlakunya permasalahan sekarang. Kita lihat saja di Thailand bagaimana rakyat akhirnya terpaksa menggunakan 'people power' sebenar ke atas kerajaan mereka. Umpama kalau kita nak tangani masalah sepohon pokok yang menghasil buahan yang busuk, kita kena cari punya penyakitnya sampai ke akar umbi serta faktor2 luaran seperti baja, cuaca dan sebagainya sebab masalah UTAMA bukan disebabkan oleh pokok itu sendiri!! Maka, dengan sikap negatif berterusan yang ada pada rakyat Malaysia, walau siapa pun yang menjadi kerajaan selepas ini....masalah 'Cash is King' yang sama seperti sekarang tetap akan membiak dan menjadi permainan dunia politik tanahair. Salah siapa???

Kalau mahukan perubahan, rakyat Malaysia sendiri yg kena mengubah sikap dalam diri masing-masing terlebih dahulu....fikirkan lah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 12:56 AM

Najib tak mau turun tu kita pahamlah sebab dia takut akan kena dakwa kerana itu dia seret umno kedalam masalah peribadi dia yg mana kalau dia jatuh dgn umno sekali dia akan heret jatuh bersama tapi apa yg kita tak paham ni ahli kabinet, menteri serta barisan kepimpinan dlm umno sendiri kenapa dibiarkan najib sewenang2nya merosakkan imej parti walhal parti umno ni bukan bapak dia yg punya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 1:24 AM

@dinturtle
Salam DT,
Anon September 13, 2015 at 4:28 PM tu masih pening & takkan bleh jawab tepat sbb kapal yg dia naik tu dok berpusing2 kerana sauh dah berlabuh & layar dah pun kembang..
Tak gitu anon...hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 3:33 AM

Sedara Abu Bakar,

Adakah Najib masih atau memang WARAS?

Kita bakor je yop...alang alang panas biar jadi abu.

Najib dah tak peduli, rakyat apa lagi....dia sedap bahasa orang,

Haram jadah,
Bangang,
Bangsat,
Sekor sekor,

Jadi yang dia laki bini tu, Jantan Betina?

Kat luar negara pun orang melayu panas!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 7:24 AM

Isu 1MDB Rafizi/Pua punya angkara, Najib perlekeh itulah kerja pembangkang
Bila Mahathir/SR ungkit isu yang sama,
Najib terkedu, goyah dan naik berang

Strategi najib nafi dan "silence is golden",
ingat isu hilang sendiri dengan masa
Namun setelah SR/WSJ londeh bukti berdokumen,Najib ngelabah cepat salahgunakuasa

Timbul pula isu RM2.6 billion, masuk ke dalam akaun persendirian najib
Rasuah dinafikan "derma" dicanangkan, ahli
Umno dan rakyat langsung tak "believe"

Rakyat didongengkan konon dah keluar saman, rupanya surat untuk cari maklumat
Tak berani saman kerana dah kantoi, melayu bukan bangsa bangsat

Hantu altantuya datang kembali, penuh dengan fakta dan bukti
Kononnya lagi fitnah dan konspirasi, silap langkah penjara dan taligantung menanti

Turunlah najib dari takhta, agar rakyat teruskan kehidupan
Doa kami semua anda masih waras, demi anak cucu generasi masa depan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 8:50 AM

“Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak?

“Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?”


Bila rakyat marah jer, mulalah Ah Jib Gor nak mengungkit jasa2nya sejak jadi PM....
Tun M yang banyak berjasa pada negara pon, tak pernah sekali pon mengungkit apa yang telah dibuatnya sebelum ini. Tapi rakyat tetap kenang jasa Tun M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 8:50 AM

Dulu salahkan orang. Skrg ni salahkan media sosial. Esok lusa salah sapa pulak? Sendiri tak pernah salah ke? Nnt jgn terkejut salah satelit pula....? Kunci nya cukup mudah...BERANI KERANA BENAR.
Karier najib telah berakhir dgn siri penipuan beliau,cuma kita sebagai rakyat.....apa tindakan kita? BAJU MERAH? Ish...ish...ish....lemah betul minda! Kuasa RM......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 9:01 AM

Malunya aku pd kekawan luar negara.
mereka tahu jugak sikit2 pasal maksud kata bidalan melayu ni.
malu punyai pm yg blajar tinggi2 tp bodoh tahap jamban.
apa pulak layar sudah berkembang, sauh pulak dilabuhkan??? Pening aku nk huraikan cacamerba katabicara pm sekor ni.
patutlah kapal tanahmelayu nk karam. Layar kapal dh ditiup angin, brek plak tak lepas..bodoh betullah..itu bermakna pilot kapal very very very stupid!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 10:00 AM

Bro 9.01am

Dia belajar tinggi ke? Belajar tinggi tapitak habis = belajar tak tinggi mana pon.

Tu yg senang kena kelentong kat jolo dan mamat arab semua tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 11:39 AM

masa dia kawin dgn rosmah dulu pun dia dh tertipu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 2:33 PM

Saya sebagai rakyat Malaysia merayu kerjaan agar atasi masalah jerebu dan kejatuhan matawang, kasihani lah kami rakyat bawahan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 6:36 PM

Anon 2:33

"Saya sebagai rakyat Malaysia merayu kerjaan agar atasi masalah jerebu dan kejatuhan matawang, kasihani lah kami rakyat bawahan.."

Berapa kali nak kita semua maklumkan.......NAJIB MEMANG TAK PEDULI!

Korang rayu la macamana pun........NAJIB TETAP TAK PEDULI!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 11:38 PM

Kenapa dia tak jawab tapi orang lain yang tolong jawab..... Sebab dia pandai sgt yang lain sekor- sekor mcm haram jadah, bangang & bangsat.

Malu wei..... Sorg pm bole kluaq ayat tak elok

Post a Comment