........... Najib Bangga Bergolof Dengan Obama Ketika Rakyat Menderita Banjir ? ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Bangga Bergolof Dengan Obama Ketika Rakyat Menderita Banjir ? ? ?

Tuesday, September 29, 201527comments

Mkini
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tersenyum bangga apabila boleh bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Disember lalu.

"Saya kini, untuk rekod, sebagai perdana menteri tunggal yang boleh bermain golf dengan Obama," katanya berseloroh dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam.

Dalam rakaman ucapan yang diperolehi Malaysiakini, Najib berkata bahawa beliau tidak mendapat manfaat dari segi politik daripada perlawanan golf itu.

"Saya lakukannya kerana saya fikir ia adalah langkah positif untuk kita membina hubungan peribadi dengan presiden Amerika Syarikat. Saya lakukannya demi Malaysia, saya lakukannya demi rakyat.

"Malangnya masanya salah, saya tidak mendapat sebarang keuntungan politik," katanya, yang mengundang ketawa hadirin.


Tak reti saya nak ketawa atau nak menangis bila baca kenyataan Najib di atas .....

Kita semua masih ingat bagaimana seluruh rakyat terkejut bila mendapat tahu Najib dan Rosmah sedang bercuti di US semasa negara dilanda banjir besar hujung tahun lepas.

Dalam kita gusar menatap gambar2 keadaan banjir tetiba keluar gambar Najib sedang bergolof tepuk2 bahu dengan Obama di Hawaii !

Bila masa pulak Najib Rosmah pergi US ? Pergi senyap2 ..... bila kantoi oleh paper US, barulah nak keluar kenyataan. 

Kalau tak kantoi waktu itu, apakah Najib akan komen apa2 mengenai nasib negara yang dilanda musibah ? Kalau tak kantoi waktu itu, apakah Najib akan bergegas pulang meninggalkan isterinya yang meneruskan percutian ?

Hmmmm .... Kalau tak kantoi dek pendedahan WSJ mengenai transaksi RM2.6 bil ke dalam akaun peribadinya yang berjaya disenyapkan selama 2 tahun itu, apakah Najib akan mengaku ?

Kalau tak kantoi sebab bank duk kejar hutang dan kantung dah kering, apakah rakyat ( dan kabinet! ) akan tahu mengenai masalah 1MDB ?

Dah jadi macam satu trend pulak Najib ni ..... Buat SENYAP2, bila kantoi baru nak mengaku. Lepas tu kelam kabut pro Najib akan pertahankan dan sesiapa yang kritik akan dilabel pengkhianat negara !

Balik kepada cerita golof Najib-Obama di atas, kita boleh bayangkan sikap Najib. 

Kalau kitalah di tempat Najib, apakah cerita bergolof dengan Obama ketika rakyat menderita sehingga menimbulkan kemarahan rakyat, merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan dan dijadikan bahan cerita umum ? Tak de perasaan malu atau menyesal ke ?

Bagi saya itu merupakan Bangga tak bertempat !

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 1:29 PM

Hubungan baik dengan Obama? Lepas tu sign TPPA senyap2.. jual negara? Apa punya nasib Malaysia dapat PM tak guna macam Najib ni? Hancur negara dibuatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 1:58 PM

bangga tak bertempat = bangang + bangsat

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2015 at 1:59 PM

Bangga berkwn rapat dgn Polis Dunia dan tidak lama lg membiarkan Amerika mendominasi Malaysia. WTF this Najib is..selling the Msian souls...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 2:13 PM

Malu sangat aku pm msia lurus bendol dan bebal. Takde benda lain ke nak ckp di amerika tu? Kalau dia merayu pelabur utk kekal di msia, barulah rakyat nampak ko pergi sana buat kerja...phuii...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 2:44 PM

huhuhehehaha.... (semua perasaan ada...), Bangganya sungguh dengan Najib Razak yg sentiasa buat rekod dunia.... penerima sedekah terbanyak di dunia... PM pertama main golf dgn Obama.... PM kurap pertama Malaysia. Aarrgghhh !! Bangga sungguh !!! Tahniah rakyat Malaysia mempunyai PM sebegini punya "BAGUS" !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 2:46 PM

Obama gave Najib some grain of salts in his speech hitting precisely Najib's nut yet as usual he remained clueless.

Najib's man should at least read Obama's speech at the UN to get a sense of shame bigtime!

Melayu di NY State

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 2:56 PM

Jangan la marah kat najib tu..... kesian kat dia... kan dia dah ngaku... katanya dia lakukannya kerana dia fikir ia adalah langkah positif untuk kita membina hubungan peribadi dengan presiden Amerika Syarikat. Kan ke dia dah ngaku tu yang dia sebenarnya tak reti pun berfikir.... hehehe... Oh... sebab dia dah bina hubungan baik utk kita dgn presiden AS tu... lepas ni buleh ler kita semua berhubungan dengan Obama tu... muehehehe.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 2:57 PM

cerita golf ni dah lama ade yang ingat baik ade yang ingat buruk, aku rasa blog din penyu ni kena tukar nama, dari din turtle kepada blog bantai najib 24 jam. seingat aku tak pernah pun ade satu komen baik tentang najib, umno dan kerajaan yang pernah disiarkan dalam blog ini. tak kan minyak turun pun takleh puji skit kut. cukup2 lah, blog ni dengan pak syed dan pak kadir sama je, pak syed lagi teruk dengan islam islam dia bantai sekali. perangai hangpa ni lebih kurang ketua dap di pahang katanya orang melayu ugama islam, tapi ugut mufti suruh tarik balik khutbah aidiladha sal kutuk dap. nak saman lagi lak tu. boleh belakangkan ugama kerana lebih sayangkan cina, melayu melayu ape nak jadi. nasib baik aku ni jawa.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
September 29, 2015 at 3:19 PM

Caddie (atau Keldai??) Obama

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2015 at 3:29 PM

@Anonymouslaaaa.... kan dah terang2 blog ini kata yang Najib itu liabiliti kepada agama bangsa dan tanahair.....

oya, terimakasih kerana terus juga klik dan baca, siap komen lagi :)

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2015 at 4:14 PM

Blog ni mmg tak setuju dgn Najib.
Takkan ko tak sedar2 lg betapa peritnya rakyat menanggung malu dan beban kerana perangai2 bodoh sombong Najib.

Salah satunya, isu terbaru, DAP nak saman MAIP.
Kenapa ini berlaku.
Pendapat aku senang.
Siapa yg mansuhkan ISA?
Apa itu ISA dan kenapa akta ini dikatakan benteng terakhir keselamatan negara?
Kenapa Singapura ada ISA dan Amerika Syarikat ada akta Patriot?

Sebelum Najib mansuhkan ISA, mana berani Cina2 DAP dan puak2 liberal nak hina Islam dan org2 Melayu?
Mana berani puak bedebah ni turun jalanan buat demo?
Ini punca sebenar, bila akta yg mengekang ancaman terhadap perpaduan kaum sdrta agama, memelihara kesejahteraan dan keselamatan negara ditobohkan oleh Najib.
Coming soon, TPPA yg sebelum ini ditolak oleh ahli ekonomi kerajaan bakal ditandatangani.
Sebelum ini sampai patah2 tengkuk mereka menolak kononnya takut nanti usahawan/syarikat tempatan tak mampu bersaing diperingkat antarabangsa sebab semua dah open.
Bila timbul berita Najib sedang disiasat sebuah badan perundangan mengenai rasuah dan money laundering( 2.6b), tiba2 saja Tok Pa buat ceramah kebaikkan TPPA.
Tiba2 saja, ahli2 mesyuarat tingkap Najib kata, kalau tak joint TPPA, Malaysia akan rugi.
Pendapat aku, sama sprt dlm kes 1MDB dan 2.6b, sesuatu kena dilakukan utk tutup kes dan mulut rakyat.
TPPA akan ditandatangani utk jadi galang ganti supaya Amerika tidak lagi menyiasat kes Najib dan anak Rosmah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 4:14 PM

cerita lama pun di kitar semula.macam mana nak maju blog ni. carilah cerita baru bosan lah penul;is blog ni tak ada akal untuk cari cerita baru

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 4:29 PM

@dinturtleKomen tu dari seorang penganut ugama baru yang percaya 'Money is God' dengan mantra mereka 'Cash is King".!!!! Hahahaha

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2015 at 4:49 PM

@Anonymousramaila pulak yg mengekor ikut makihamun saya hahahahaha ...... spt biasa saya tak siarkan komen2 biadab.
Kenapa ni marah ? Anda tahu dah kan mcmana blog ni, yang pi klik juga kenapa ? Lepas tu berusaha pulak tulis komen. Sila report polis jika ada pihak yang memaksa anda klik blog ini ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 5:09 PM

najib liabiliti? betul latu..
apsal? klu najib takde memerintah, DAP boleh ambik alih ke?
kitorg tak nak najib.. menyusahkan rakyat..
GST pun dah cukup sangap rakyat kena... belum lagi duit 1mdb, entah ke mana hilangnya.. tau2 , tanah ni nak dijual..loji ni nak dijual.. tujuan 1mdb ni apa sebenarnya?. beli tanah dari kerajaan murah2.. lps tu jual?.. beli ipp mahal2 utk kroni?..
belum masuk bab derma lagi.. jelas2 menipu rakyat dari awal. mcm ni pemimpin? terang2 beli orang ,siap bagi sejuta sorang.. itu yg kita tahu... kalau terbongkar yg lain2?..
cukup2 lah menipu, menjual hasil negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 5:13 PM

En Din, mula2 baca posting nih, saya tertanya-tanya kenapa En Din recycle isu lama. Kemudian saya surf blog2 lain, baru saya faham, rupa2 nya Najib sendiri yang duk recycle cerita ni.

Dia yang pi sebut semula kisah ni dalam pertemuan dengan pelajar2 Malaysia di New York ya?

Kenapa laa penasihat2 dia tak advise against it? Kalau dia tak buka mulut pi cerita lagi, kita pun takkan tahu.

Tahun lepas bila gambar dan cerita tu keluar, saya sangka dia 'terpaksa' pi main dgn Obama sbb ia adalah satu program yang dah lama dirancang oleh pihak White House ( I thought it was a way for Obama to get Najib on his toes since US was not happy with Najib's friendship with China ).

Aduhai.... rupa-rupanya Najib pulak pi dedahkan yang dia sendiri yang minta utk main dgn Obama utk 'look good' in Obama's eyes demi Malaysia/rakyat tercinta....

Takkan laa Obama tak boleh faham kalau Najib bagitahu, "Mr President, I'm so sorry I can't play golf with you tomorrow coz my rakyat in the East Coast states are facing the biggest flood in decades!... I have to go back ASAP!"

Ntah2... Obama siap offer bantuan lagi.

Tu barulah untuk rakyat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 5:40 PM

Subjek nya Najib! Cerita baru ke Najib ni? Dah lama dah tanya soalan... Jawapan & org nya yg tak de akal! Takde moral ada le...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 6:13 PM

Mainlah GOLF DS Najib, lepas tu main Badminton pulak...rakyat Malaysia kebanyakannya bukan hargai pun kalau DS redah banjir. Jadi eloklah main GOLF tu. Pedulikan diorang. Buat baik pun yang tak baik juga mereka Nampak. Tak reti bersyukur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 6:56 PM

@Anonymousda bosan jgn la masuk blog nie

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2015 at 9:23 PM

Memang Obama akan jd Presiden USA selama2 ke. Kalau tidak salah tahun depan dia tidak lg jd Presiden USA. Selepas itu yg akan jd presiden tetap pro- Israel. Mati la rakyat Malaysia nanti. Saya yakin selaen tandatangani TPPA, mungkin si Bangang ni beri kerjasama dengan Tenetera USA utk jadikan Malaysia sebagai Pengkalan udara, Laut ,dll...dgn alasan utk menyekat kemrakkan China.

Ketawa nya saya si Bangang ini seperti memberi satu ' briefing ' ke pelajar malaysia. memang pelajar Malaysia sama bangang ke dgn si bangang nih. Mereka hadir sebab dapat makan free. makan sedap2 lagi. Mungkin di beri duit ' Kehadiran ' ikut konsep Kumpulan Baju Merah. Dah kenyang mereka pulang dan ketawakan Najib Bangang dgn Rosmah mata duitan tuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Kedah mai
September 29, 2015 at 10:38 PM

Tuan Din,

Patutla isu WanEmDiBi depa tak dapat jawab sampai sekarang. Rupa2nya depa tak paham bahasa. Terang2 dlm artikel tuan kata Najib yang pi bukak cerita golf ni pada student Malaysia la ni. Depa dok kata tuan recycle cerita lama. Nampak sangat bengap depa ni. Baca artikel simple pun tak paham, macammana la nak menganalisa penyata kewangan WanEmDiBi yang tebal tu. Gone case la tuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2015 at 12:11 AM

Siapa yg recycle cite lama ni? Najib sendiri ke bro din? Sebelum jwb usha dlu speech majib di ny then check the time of this article posting , then br u start typing ya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2015 at 1:51 AM

mcm bodoh ajer. kalu duk jaja semula cerita yg memalukan... utk di paparkan kembali, dan gelakkkan diri sendiri.. hasil kebodohan diri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2015 at 2:01 AM

najib bukak citer hebat dia main golf dgn presiden usa pada student2 di NY smalam dia lah pm pertama malaysia dapat main golf dengan presiden usa kira hebat lah tu, adoii geli gelemang telingga aku dengar audio speech dia sendiri naik sendiri angkat bakul hahaha najib tak cerita pada student2 tu apa pulangan hasil pada negara bila main golf dgn obama hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
September 30, 2015 at 10:34 PM

Hanya Pak Lah & Najib saja yg teruja bila menerima jemputan dari president Uncle Sam. Tun Mahathir pernah menolak jemputan president Bill Clinton untuk persidangan APEC di Hawaii walaupun President Bill Clinton secara peribadi menelefon meminta Tun Mahathir hadhir. Itulah perbezaan pemimpin sejati dgn pemimpin tak bermaruah yg mudah termakan umpan & jebak Zionis-Yahudi-USA.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 3:18 AM

Minyak turun? Woi kau pergi check kat pam minyak skarang? Bodoh punya statement

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 8:41 AM

najib= bodoh takleh diajar pandei takleh di ikot + cakap tarak serupa bikin + butew peghot + ati kaldu =perasan bagus.walhal zero miro...

Post a Comment