........... MT Umno Esok - Ubah Agenda Dari Buang Pemimpin2 Yang Berani Kepada Buang Pemimpin Yang Penakut | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MT Umno Esok - Ubah Agenda Dari Buang Pemimpin2 Yang Berani Kepada Buang Pemimpin Yang Penakut

Tuesday, September 8, 201525comments

Orang politik ni suka beri kenyataan yang bersifat umum. Jarang yang berani nak sebut direct, kepada siapa ditujukan mesej itu atau siapa yang dirujuk dalam kenyataan itu. Yalah, kalau isu sensitif, jalan paling selamat adalah secara umum. Kalau cakap direct karang, kena hentam pulak.

Jadi bila pemimpin guna pendekatan umum, terserahlah pada kita untuk menafsirnya ikut hala mana pun. Contoh terbaru kenyataan dari Mat Maslan -

"Umno tidak boleh dihancurkan dari luar tapi Umno boleh hancur dari dalam, sebab itu kita kena kukuhkan Umno dengan penjelasan"

Apakah Mat Maslan merujuk kepada mereka yang kritikal terhadap Najib dan menuntut Najib undur demi menyelamatkan survival Umno ATAU beliau merujuk kepada Najib (!) yang menjadi dalang utama masalah kronik yang dihadapi oleh Umno ketika ini ?

TMI
Kedua2nya adalah bersifat dalaman juga. Bagi yang bersifat terbuka dan mahu menilai hujah kedua2 belah pihak, ada baiknya anda fikirkan siapakah yang menjadi masalah sebenarnya ? 

Orang yang mengkritik kelemahan atau orang yang dikritik tapi suka lari dari menjawab kritikan ?

Ni satu lagi dari Zahid Hamidi yang mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak mengamalkan budaya 'burung unta' -

Kalau nak jadi burung, jadi burung betul, nak jadi unta jadi unta betul. Kalau ada masalah jangan disorokkan badan, jangan disorokkan kepala. Ini ada masalah musuh datang, sorok kepala kita - TMI 5/9

Hmmmm .... rasanya kita semua tahu siapa yang suka menyorok kepala @ lari dari masalah, takut berdepan dengan soalan2 .... perumpamaan burung unta ini -



Jadi kepada MT Umno yang akan bermesyuarat esok, fikir2kanlah nasihat kedua pemimpin Umno di atas.

Fikirkan nasib dan peluang Umno ketika berdepan PRU14 kelak jika Najib terus dipertahankan ..... ambilkira segala perkembangan. Boleh menang ke ?

Seperti komen saudara Abu Bakar yang saya copy di bawah, anda boleh saja menukar agenda yang telah diatur demi kelangsungan Umno. Bukan saja ahli2 Umno akan berterimakasih, malah seluruh rakyat Malaysia akan memuji2 tindakan anda jika anda membuat keputusan mengundurkan Najib !

Terselamatlah juga maruah Umno di mata rakyat .... Itu bakal menjadi permulaan yang baik untuk proses mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.


Patutnya esok Ahli Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk memecat Najib dari UMNO, bukannya memecat Tan Sri Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO yang tak buat salah.

Dalam isu kemelut dalam UMNO, yang buat hal adalah Najib, apa kejadahnya kerana nak menyokong segala kesalahan Najib maka ramai pemimpin lain yang tak ada kena mengena dijadikan korban pula?

Kita tengoklah esok apakah majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO masih punya otak dan akal fikiran atau jenis manusia berotak lembu dan bodoh piang yang hanya menjadi penjilat yang lebih hina dari seekor lembu.

Kalau Najib dipecat kerana dia adalah punca segala masalah kepada UMNO, kepada Barisan Nasional, kepada kerajaan dan kepada negara ini selama ini, maka ahli UMNO jenis manusia berotak dan berakal fikiran.

Kalau majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak memecat Najib, tapi memecat pemimpin UMNO yang lain yang tak buat salah, maka Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu adalah golongan bodoh, kerana nak bela kesalahan, habis diainaya orang yang tak bersalah pula.

Kita lihatlah esok, siapa golongan yang berotak dan berakal fikiran dalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dan kita lihatlah juga siapakah Ahli Majlis Tertinggi yang berotak lembu, bodo piang yang menjadi barua belaan.

Walau apa pun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO esok perlu sedar bahawa keputusan dalam mesyuarat itu adalah keputusan melibatkan kelangsungan parti, kalau buat keputusan yang salah, maka koranglah pengkhianat parti.

Maka kepada ahli UMNO sekalian, kalau korang semua menyokong para pemimpin berotak lembu dan bodo piang, maka teruskanlah.

Kalau ahli UMNO yang nak pertahankan parti yang mempunyai pemikiran manusia yang berakal, tentu akan ada penentangan terhadap kepimpinan penyamun yang diketuai oleh Najib itu.

Ahli UMNO boleh pilih, nak menjadi manusia berakal dengan membela kebenaran atau nak jadi si bodoh hanya menjadi pak turut hinggakan benda salah di depan mata pun dia sokong kata betul juga.

Pilihlah apa yang ahli UMNO suka, kerana kepimpinan UMNO yang dikuasai oleh ketua penyamun Najib dan kuncu-kuncu sudah tidak pedulikan apa yang akan berlaku kepada parti, bagi mereka parti hanya untuk dipergunakan selagi mereka masih punya masa untuk merompak harta negara, tak tahulah kalau ahli UMNO rela diperbodohkan oleh Najib ketua penyamun dan kuncu-kuncunya.

Saya berharap tulisan saya ini diviralkan ke semua blog, semua facebook, e-mel atau dicetak dan disebarkan di seluruh negara untuk dijadikan pilihan oleh ahli-ahli UMNO yang selama ini kelihatan macam tunggul membiarkan apa sahaja yang dibuat oleh Najib tanpa sebarang tentangan dari mereka, kecuali adalah sebahagiannya yang lantang menentang Najib.

Sedarlah semua.

Ikhlas dari,

Abu Bakar.

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2015 at 2:27 PM

tuan din;

seperti saya maklum dahulu setelah WANG BESAR memang ujud akan berlaku BALA UMUM;

1. mereka yg pro kerajaan menjauh diri, baik dari kalangan rakyat atau pelabur asing, kecairan bursa saham malaysia petunjuk aras ekonomi menjunam.

2. RINGGIT MERUDUM, BNM hanya mampu melihat, campurtangan perlu margin yg besar. ( kesan utama kejatuhan harga minyak, lambakan penjualan minyak menampung kos peperangan dinegara2 arab). Berapa lama peperangan ini berterusan hanya Allah swt Maha
Mengetahui.

3. Kita mohon pada Allah swt, semoga esok 9hb September keputusan yg rumuskan jangan menjadi asbab keruntuhan negara.
kita mampu berdoa dan memberi pandangan, keputusan terletak pada mereka yg bersidang esok.

seperti yg sebut dahulu, bersedia apa yg patut merasai kesan2 mendatang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 2:38 PM

Mensyuarat mt jika membuang najib selamatlah umno n rakyat.jika tdk habislah umno jika ada undi tak percaya kabinet baru bakal diangotai pembangkang.jika najib selamat lagi mungkin umno akan terkankang masa pilihanraya.jika mngpun rakyat mungkin akan bangkit melawan krn keadaan dlm negara yg tdk selesa.sendiri mahu ingat lah.pembangkang mungkin akan dpt harapan yg cerah krn najib.pilihlah sendiri najib atau umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 2:41 PM

Mana ahli UMNO sayang? Najib atau UMNO
Mana ahli UMNO nak pilih? Najib atau UMNO?
Siapa yang merosakkan UMNO kalau bukan Najib.
Masa depan UMNO cukup gelap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 2:48 PM

Adakah Majlis Tertinggi UMno terdiri daripada mereka yang berani dan ikhlas berjuang di jalan kebenaran seperti dilakukan oleh Dr Mahathir dan rakan-rakannya di suatu masa dahulu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 3:34 PM

Korupsi boleh menghancurkan UMNO. UMNO harus kekal bersih dan mesti kelihatan bersih. UMNO harus membuang persepsi negatif yang mencalar imej baiknya selama ini. Dari dulu lagi, UMNO memang menggalakkan ahlinya supaya setia kepada pemimpin. Tapi bukan setia membabi-buta. Bukan sekadar angguk sahaja. Ada masa-masanya pemimpin UMNO tersasar dari landasan. Teguran dan kritikan itu perlu demi kelangsungan UMNO. Ahli UMNO berhak mempersoalkan apa jua yang tidak kena di mata kerana pemimpin UMNO bukannya maksum. Pemimpin UMNO juga adalah manusia biasa yang tidak sempurna dan tak lari daripada melakukan kesilapan.

Jika pemimpin UMNO melakukan kesilapan, mengaku sajalah. Bukan susah pun. Setau aku pemimpin UMNO tak sama macam Anwar Ibrahim. Apabila ditanyakan kepada Anwar Ibrahim, apakah beliau seorang gay atau biseksual, beliau nampak macam menjawab soalan tapi sebenarnya tidak. Jawapannya bukan Ya atau Tidak tapi jawapan yang tidak menjawab soalan.

Sila lihat video tersebut di sini :---> https://www.youtube.com/watch?v=05C62Aa0GWk

Soalan kita ialah, adakah pemimpin UMNO nak jadi sebijik macam Anwar Ibrahim yang susah nak jawab soalan yang senang ?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 8, 2015 at 4:02 PM

Assalammualaikum wmt,
Memang sepatutnya ahli MT mencadangkan dlm mesyuarat esok, minta Najib berundur secara terhormat. Tapi siapa atau 'muka mana' yg berani sokong kalaupun ada cadangan seperti itu?

Katakanlah yg cadang TS Muhyiddin dan disokong oleh Datuk Shafiee Apdal atau sebaliknya, siapa ahli MT yg berani sokong? Bukankah semuanya nak jaga poket dan kedudukan dlm parti dan kerajaan? Sayang wooooooooooo!

Jangan haraplah mesyuarat MT esok boleh selesaikan masalah negara yg ditimbulkan Najib melalui 1MDB itu.

Besar kemungkinan akan ada masalah baru yg diputuskan demi menurut kehendak dan kepentingan Najib mengekalkan kuasa. Takkan para penasihat Najib yg tentukan segala tindakannya selama ini, benarkan dia berundur begitu saja setelah berhempas pulas cuba kekalkan kuasa.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 4:08 PM

Nampak macam takde harapan...semua playsafe nak jaga periuk nasi. Yg kepala-kepala tentu PM tak bermoral settlekan jln belakang. Semua tunjuk imej melayu, profesional & islamik. Dia tunggu dia tunggu dia...semua duduk saf belakang..yg duduk saf depan salin kulit ikut arah angin sbb bos tak bermoral ada pasang perangkap!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 4:21 PM

Aku risaukan kedudukan TSMY, TSSA dan Mukhriz. Bila2 masa jer kedudukan mereka terancam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 4:22 PM

Tak payahlah nak berharap ............. UMNO dah rosak.Dah tak ada common sense.

Najib akan kekal disitu sampai bila - bila. PRU pun tak tentu lagi umno kalah. Kita setakat boleh menyampah dengan Najib dan UMNO ajelah.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 4:33 PM

Pemimpin yang pikir pasal bangsanya harus dikekalkan. Pemimpin yang pikir pasal perutnya sorang2 memang patut disingkirkan. Pemimpin yang masuk UMNO demi nak meraih projek atau tender atas dasar kroni wajib disingkirkan. Pemimpin UMNO yang berjiwa liberal pon patut disingkirkan. Kita hanya mahukan seorang pemimpin yang berjiwa melayu 100%. Kita mahukan pemimpin UMNO yang sentiasa prihatin dan sering ambik berat keluhan bangsanya sendiri lebih daripada bangsa lain. Senang citer, kita nak pemimpin UMNO yang mengutamakan dan mendahulukan melayu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Pemimpin UMNO tak patut bersifat play-safe. Pemimpin UMNO sepatutnya tak takot digelar rasis andai melebihkan bangsa sendiri. Rasiskah jika melayu dibantu ? Rasiskah jika melayu dibela ? Rasiskah jika melayu diberi layanan istimewa ? Kena tau bezakan antara hak sebagai pribumi dan hak sebagai warganegara. Nampak sama, tapi sebenarnya tak sama. Konsep samarata atau samarasa hanyalah bertujuan untuk meruntuhkan tiang seri negara yang bertunjangkan Melayu, Raja dan Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 4:46 PM

Cash is king... Sy selalu terpikir kenapa org still sokong najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 4:58 PM

Ni cadangan aku.....

PRESIDEN : YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Wajib disingkirkan)

TIMBALAN
PRESIDEN : YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Mohd Yassin (Wajib dikekalkan)

NAIB
PRESIDEN : YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Wajib disingkirkan)

NAIB
PRESIDEN : YB Dato’ Seri Mohd Shafie Bin Apdal (Wajib dikekalkan)

NAIB
PRESIDEN : YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein (Wajib disingkirkan)

KETUA
PERGERAKAN
WANITA : YBhg. Dato’ Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil (Wajib disingkirkan)

KETUA
PERGERAKAN
PEMUDA : YB Khairy Jamaluddin (Wajib Disingkirkan)

KETUA
PERGERAKAN
PUTERI : YB Mas Ermieyati Binti Samsudin

SETIAUSAHA
AGUNG : YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (Wajib disingkirkan)

BENDAHARI : YB Dato’ Seri Hj. Ahmad Husni B Mohamad Hanadzlah

KETUA
PENERANGAN : YB Datuk Haji Ahmad Bin Maslan (Wajib disingkirkan)

AHLI
MAJLIS
TERTINGGI

YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed (Wajib dikekalkan)
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Wajib dikekalkan)
YB Mejar Jen. Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B)
YAB Datuk Seri Ir. Haji Idris Bin Haji Haron
YB Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh
YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Bin Cheek (Wajib disingkirkan)
YB Dato’ Hj. Abdul Azeez Bin Abdul Rahim
YB Datuk Abd Rahman Bin Dahlan (Wajib disingkirkan)
YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim (Wajib disingkirkan)
YB Dato’ Seri Hasan Bin Malek (Wajib disingkirkan)
YAB Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan
YB Dato’ Razali Bin Ibrahim
YB Dato’ Seri DiRaja Haji Mahdzir Bin Khalid
YB Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin
YB Tan Sri Annuar Bin Musa
YB Dato’ Hj. Tajuddin Bin Abdul Rahman
YBhg. Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi (Wajib disingkirkan)
YB Dato’ Sri Azalina Binti Dato’ Othman (Wajib disingkirkan)
YB Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff Bin Ahmad
YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Nasarah
YB Datuk Bung Moktar Radin
YB Datuk Ab. Aziz Bin Kaprawi
YB Dato’ Seri Reezal Merican Bin Naina Merican
YBhg. Datuk Sohaimi Bin Shahadan
YB Datuk Seri Hj. Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz (Wajib disingkirkan)
YB Dato’ Hamzah Bin Zainudin
YB Dato’ Hj. Mohd Sharkar Bin Hj. Shamsudin
YBhg. Datuk Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin
YB Dato’ Hj. Johari Bin Abdul Ghani
YB Dato’ Irmohizam bin Haji Ibrahim
YB Sen. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Abu Shah
YBhg. Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki
YB Datuk Hjh. Azizah Binti Datuk SP Hj. Mohd Dun
YB Datuk Rosni Binti Sohar
Saudara Khairul Azwan Bin Harun
Saudari Zahida Binti Zarik Khan
YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Hj Aman
YAB Dato’ Sri Adnan Bin Yaakob
YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir
YAB Dato’ Seri Ahmad Bin Said (Wajib dikekalkan)
YAB Dato’ Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin
YAB Dato’ Seri Mukhriz Bin Tun Mahathir (Wajib dikekalkan)
YAB Tuan Azlan Bin Man
YB Datuk Seri Noh Bin Hj Omar (Wajib disingkirkan)
YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Osman

SETIAUSAHA
KERJA : YBhg. Datuk Ab Rauf Yusoh (Wajib disingkirkan)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 5:06 PM

UMNO dah jadi parti lembu kerbau dah sekarang. Esok sama-sama kita tengok. Kalau yg tak bersalah dihukum maka betul lah telahan saya. Mana tidaknya pemimpin UMNO sekarang hanya sebok utk mengisi perut dan tembolok masing-masing saja. Masalah ringgit merudum , GST dan pasaran saham menjunam hanya di biarkan utk rakyaat menanggung kesan nya..
Ahli baru yg berpendidikan tinggi dan profesional di cantas atau disekat pendaftaran keahlian diperingkat cawangan lagi. Maka ahli yg tggal skrg ni cuma peringkat lembu kerbau saja lah taraf pendidikanya. Suap ja skit 'yes boss' la jawabnya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 6:39 PM

Menurut National geographic untuk kanak-kanak (YA ianya standard untuk kanak-kanak aje) di

http://kids.nationalgeographic.com/explore/nature/animal-myths-busted/#myths-toad.jpg

burung unta masukkan kepala adalah kerana hendak memelihara telurnya agar terus sihat dan menetas.

Maka sepatutnyalah kita mengikut resmi burung unta iaitu menjaga telur kita sebaik-baiknya. Janganlah kita ikut resmi orang yang tak beri kita ikut resmi burung unta kerana beliau sendiri mungkin tidak bertelur atau telurnya sudah di pegang oleh seseorang yang tidak bertelur atau tidak tahu menjaga telurnya sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 7:53 PM

Sesuatu yg takkan berlaku...cuma berharap. Semua yg ada dlm mt ni majoriti menyembah najib. Yg menentang tak berapa orang...tu pun dah d kenakan tindakan. Tetapi jika benar akan berlaku sebaliknya...wira baru pula muncul! Tapi mahu kah mereka2 ini memikirkan rakyat? Cuba lihat kenaikkan gaji MB tganu......16k utk gaji baru 30k sebulan! Ish...ish...ish. Zalimnya.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 8:09 PM

Nakmungkin/mustahil ahli majlis tertinggi akan menentang presiden parti.Mereka-mereka ini terdiri dari 2/3 adalah pilihan presiden bagi menjawat jawatan dalam kabinet.Periuk nasi sendiri nak campak pasirkah?.Hanya timbal balik diatas apa yang dipaparkan oleh saudara Abu Bakar.Sebagaimana yang diutarakan oleh Ahmad Maslan hanya UMNO boleh dirobohkan oleh orang dalaman.Salah langkah memang tepat Umno menunggu kehancuran dengan ahli-ahli yang terlalu taksaub dengan kekayaan mudah di cari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 9:50 PM

Harap2 kubur UMNO terletak di Jalan Ampang, senang nak melawat selepas membeli belah di KLCC.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 9:54 PM

Sdr din dan semua ahli mt, ingatlah keputusan mesy adalah keputusan collective, nama sdr2 akan tercatat dlm sejarah sebagai penyelamat umno atau yg telah 'membangsatkan' orang Melayu kerana mempertahankan president. Jujurlah selamilah hati jangan sampai ALLAH SWT tutup pintu hati SDR. Ingatlah yg memberi rezeki, pangkat dan kuasa ialah ALLAH SWT bukan presiden.

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2015 at 10:39 PM

Salam Bro Din..

Jangan bermimpilah dan jangan berharaplah majoriti 2/3 ahli MT umno mahu memilih opsyen memecat atau menggantung bos yang telah menyuap temolok mereka selama ini dengan juta-juta RM. Secara logik akal, jkalau najib dah tak ada jawatan dalam parti maka secara otomatik dia terpaksa pulak mengosongkan jawatan dalam kerajaan. Maka disinilah implikasi kemungkinan yang tidak akan memungkinkan mereka memilih opsyen memecat atau menggantung najib tersebut.

Logik akal mengatakan jika najib dipecat atau digantung daripada jawatan presiden maka dia juga terpaksa melepaskan jawatan PM negara. Maka najib sudah tidak boleh menyalahgunakan lagi segala kuasa PM untuk menghalang segala penyiasatan ke atas kesemua pertuduhan dan skandal yang membabitkan dirinya seperti sekarang.

Logik akal juga mengatakan mana mungkin najib akan membiarkan saja tanpa memberi kata dua kepada setiap ahli MT umno tersebut. Najib pastilah akan 'blackmail' kesemua ahli MT yang pernah terima wang 'sedekah' dari dia contohnya seperti Mat Maslan 3.85 yang dikatakan pernah mendapat 'sedekah' 2 juta dari najib. Andai dia disabitkan pertuduhan undang-undang pasti dia juga akan mengheret kesemua mereka yang mendapat sedekah daripada dia dulu. Yang kita tahu cuma 3-4 orang saja yang disebut namanya oleh SR. Tapi yang kita tak tahu, entah berapa ramai lagi di kalangan 25 ahli MT yang layak secara merit dipilih oleh perwakilan dahulu yng turut mendapat sedekah ini.

Senarai ahli MT yang dipilih diundi oleh perwakilan bagi penggal 2013-2016 hanya 25 orang dan seorang telah pun meninggal dunia ( Datuk Jamaludin Jarjis ). Manakala ahli MT tambahan yang dilantik pula adalah terdiri dari kalangan mereka-mereka yang telah kalah undian perwakilan sudah tentulah yang direkemenkan oleh najib sendiri dan bolehlah dianggap sebagai 'orang najib'. Jadi logik akal mengatakan bahawa mereka ini sudah pastilah akan menyokong najib atas dasar 'terhutang budi' atas perlantikan tersebut.

Semenjak najib menjadi PM, negara kita sebenarnya saban tahun telah pun diperturunkan bala satu persatu oleh Allah SWT tetapi kesemuanya tidak dipedulikan oleh mereka kerana jawatan dan $$$ adalah lebih penting dan itulah sebenarnya perjuangan setiap ahli umno yang bertanding merebut jawatan tertinggi parti setelah negara merdeka.

Hanya kuasa rakyat dan PRU 14 yang akan datang sajalah opsyen yang ada. Ahli MT umno masih terleka dan terlupa, andai mereka tidak membuat apa-apa untuk memperbetulkan keadaan sekarang maka apabila tiba masanya rakyat menggunakan salah satu opsyen yang disebut di atas nanti bukan saja najib yang bakal dijatuhkan tetapi umno dan BN juga akan turut dinyahkan oleh rakyat Malaysia daripada geografi politik negara ini. Maka menyesal pun dah tak berguna waktu tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 11:13 PM

PM tak moral dulu cakap pasal munafik...
Makin hari sedar tak sedar, PM tak bermoral perangai dah macam dajal, pengikut keliling pun dah macam pengikut dajal...

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2015 at 11:50 PM

Dulu org2 Rome kata, "Cesar, not that we don't love you anymore, but we love Rome more".

Akhirnya Julius Cesar mati dibunuh oleh org2 kanannya sendiri demi untuk menyelamatkan Rome.

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 12:21 AM

Mesyuarat MT esok sekadar mesyuarat biasa bulanan yang tertangguh sahaja, tak ada apa yang luarbiasa. Walaupun pada asalnya, memang kuat angin menghala PWTC but angin itu sudah dilencongkan untuk sementara waktu ini jika kita sandarkan pada berita ini.

Bandar Tun Razak UMNO nixes (tangguh-batal) appreciation dinner tonight for Muhyiddin, says HQ order. Malay mail 6pm.

Rasanya akan berlaku pembatalan penangguhan PAU then PAU akan berlangsung mengikut jadual pada tahun hadapan. Emmmm, makin amarah la hati rakyat. Speaker Pandikar Amin pula menjelaskan hanya PM yang ada kuasa membawa usul 'no confidence vote'. Benar but macam lawak je undang-undang ini...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 2:56 AM

Selagi org di atas terus2 aniaya rakyat....selagi itu bala takkan berhenti. Amat mazlan...kamu antara org yg paling tegar menganiaya rakyat....bilalah org2 seperti kamu semua tu nak sedar?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 3:48 AM

Mesyuarat MT akan tetap singkir Muhyiddin,Shafie Afdal,Ahmad Said. Bukankah kerajaan Terengganu baru meluluskan kenaikan gajiMenteri Besar/Exconya? Kerana bagi menarik Dato Ahmad Said dan kucu2nya berpaling tadah dan mengucar kacirkan Dewan Negeri apabila Dato Ahmad Said disingkirkan nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 12:16 PM

Hahahahahaha.....Semalam Najib datang HQ Umno guna "lorong tikus"

Najib beredar dari HQ Umno PUN guna "lorong tikus".....Kekekekekekeke

Pahlawan Tikus ke apa ni???

Post a Comment