........... Mengulas 3 Kenyataan Terbaru Rahman Dahlan Isu RM2.6 Bil Najib | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mengulas 3 Kenyataan Terbaru Rahman Dahlan Isu RM2.6 Bil Najib

Saturday, September 5, 201544comments


Ada 3 kenyataan terbaru Rahman Dahlan yang ingin saya ulas sedikit...... sebab beliau adalah Pengarah Komunikasi Strategik BN.

1 - Dari themalaymailonline - Najib will survive any no-confidence vote

Rahman yakin yang sebarang Undi Tak Percaya terhadap Najib tidak akan berjaya kerana ahli2 Parlimen dari Sabah dan Sarawak akan sokong Najib jika undi itu diusulkan.

Tak kisahlah samaada berjaya atau tidak, tapi ayat Rahman menunjukkan yang ia satu tindakan yang BOLEH dilakukan.... kan ? Ia tidak melanggar Perlembagaan dan tidak boleh dianggap sebagai cubaan mengguling kerajaan .... kan ?

Kerana itulah yang cuba disogokkan oleh Menteri2 Umno kepada rakyat sejak akhir2 ini. Jika Rahman benar2 yakin kekuatan Najib, maka mohon Rahman nasihatkan rakan2 Menterinya supaya jangan lagi keluarkan kenyataan2 yang membodohkan diri dan kerajaan !

Jangan keluarkan lagi kenyataan2 yang memberi gambaran proses Undi Tak Percaya itu sebagai satu tindakan yang melanggar undang2 sedangkan Perlembagaan kita membenarkannya.

Jangan kelirukan rakyat.


2 - Juga dari themalaymailonline - Malaysia will run out of PMs if Najib quits over graft allegations

Rahman kata jika PM terpaksa meletak jawatan setiap kali timbul dakwaan yang belum dibuktikan, negara akan ketandusan calon PM.

Hadoooi... nasib baik Rahman tidak sebut di Persidangan IACC ayat di atas kalau tidak bertambah2 malu negara ! Para perwakilan pasti menggeleng2kan kepala ....

Para perwakilan IACC minta Najib letak jawatan itu adalah bersifat sementara sehingga siasatan selesai. Ini bagi memastikan kelancaran siasatan dan tidak timbul sebarang campurtangan eksekutif. Apatah lagi jika yang menjadi suspek yang disiasat itu merupakan orang yang berkuasa ke atas badan/pihak yang menyiasat.

Ini adalah amalan standard di serata dunia termasuk di negara kita. Cuma bila melibatkan Najib saja, amalan ini dikecualikan. Kenapa ?

Selepas didapati tidak bersalah dan nama dibersihkan, ambil semula lah jawatan tu ! 

Jenis dakwaan pun kena ambil kira jugalah ..... bukan semua dakwaan kena diambil serius. Ini dakwaan taraf rekod dunia ! Dan ia bukan soal berlaku atau tidak perbuatan itu kerana semua pihak sudah maklum ia berlaku ( transaksi RM2.6 bil yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib ) tapi soal takrifan dana itu ..... adakah ia Rasuah dan melibatkan salahguna kuasa ?

Perletakan jawatan yang disebut oleh IACC itu bersifat sementara. Saya lupa siapa yang cakap, pemimpin itu bukan saja harus bersih tapi juga harus kelihatan bersih.


3 - Dari TMI , Menteri akui reputasi Putrajaya tercemar selepas persidangan anti rasuah

Kerosakan sudah terjadi. Ya, kita perlu selesaikan isu 1MDB. 1MDB akan diselesaikan, apa saja cabaran yang mereka hadapi.

Beliau berkata, kerosakan itu tidak dapat dipulihkan, tetapi kerajaan perlu ingat yang serangan terhadap Najib datang daripada 'mesin yang berjalan lancar.'

Huh ? Sedar tak Rahman kerosakan dari IACC dapat dielakkan dari hari pertama lagi sekiranya Najib TAMPIL di pentas antarabangsa itu bukannya lari menyorok diri !

Segalanya berkisar tentang Najib dan Najib tahu segalanya...... seharusnya Najib berada di atas pentas menjawab segala persoalan tentang masalah peribadinya.

Itu kalau Najib jenis yang bertanggungjawab dan jenis pemimpin yang tidak rela negara dimalukan angkara dirinya sendiri.

Kenapa Najib terus diam membisu dan langsung tidak memberi sebarang komen sepanjang 3 hari persidangan berlangsung ?

Malah, selepas mendengar kritikan2 pedas terhadap dirinya dan negara pada hari pertama persidangan, Najib seharusnya sudah tampil pada hari kedua untuk mempertahankan maruah dirinya dan negara. Tapi .... ?



'Serangan' apa yang dimaksudkan oleh Rahman ? Semuanya angkara Najib lah ! 

Sebab Najib mengelak dari mahu membuat pengakuan dan berselindung dibelakang kerajaan dan Umno, makanya isu ini jadi panas dan berpanjangan. 

Masalah berpunca dari Najib dan masalah bertambah besar dek penakutnya Najib untuk berdepan dengan rakyat.

Apakah kerajaan akan terus mendiamkan diri dan tidak mengendahkan kesemua kritikan memalukan yang dilemparkan oleh para perwakilan IACC terhadap Najib dan negara Malaysia ?

Share this article :

+ comments + 44 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 3:49 PM

wei raman...dollah salleh pun ada maruah segera resign sebab pasukan bolasepak negara dimalukan 10-0 tau tak? beliau tahu beliau salah seorang yang bertanggungjawab. maka beliau sanggup letak jawatan. itu baru manusia ada integriti.

tapi pee em ajib..? dah la pondan..tak tahu malu pulak! auwwwwww

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2015 at 3:51 PM

Aku naik menyampah betul dah dgn kaki bodek UMNO ni.....dah mcm bangang pun ada......mcm Najib....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 4:03 PM

"Money is SUPER king and SUPER power !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 4:08 PM

Kita kena akui menteri yang dilantik oleh najib kebanyakannya berotak lepasan pra sekolah....1 israel...(opsss ) maksud aku 1 malaysia kena la akui!!!!aku tak salahkan r.d....yang aku salahkan cina dap Dan yahudi!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2015 at 4:43 PM

Mereka semua beria-ia menyokong penuh PM kerana mereka lebih pentingkan diri dan jawatan dpd parti dan negara. Org kampung pun dah tahu tembelang mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 4:53 PM

hee hee

Inilah akibat memilih menteri sehati sejiwa yang kuat semangat solidariti.

Yang kesiannya mereka mempunyai taraf pemikiran dunia keempat.

ray

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 5:19 PM

Ayoo! abang Din,itu cakap punya orang dia menterikah atau scuarity guard?.Saya sikit tanya.Abang Din lu jangan ini macam cakap "lari sorok diri",semua juga cakap itu PM secuarity punya pasal dia tara attend itu meeting.Ada ingatkah itu "noting to hide" ada samala ini kis.sikit-sikit tanya ok G/B.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 5:28 PM

Menteri2 kaki bodek Ada masyukk sikit kot,kalau najib kena dakwa yg lain2 pun terpalit juga, itu yang cover kaw2 buntut masing2 dan BOS diaorng.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 5:56 PM

2 ekor macai najib dari Sabah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 6:19 PM

"Huh ? Sedar tak Rahman kerosakan dari IACC dapat dielakkan dari hari pertama lagi sekiranya Najib TAMPIL di pentas antarabangsa itu bukannya lari menyorok diri !

Segalanya berkisar tentang Najib dan Najib tahu segalanya...... seharusnya Najib berada di atas pentas menjawab segala persoalan tentang masalah peribadinya."

You nailed it Din! Berani kerana benar... menyorok sebab salah. Memalukan negara betul siNajib ni..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 5, 2015 at 7:18 PM

Assalammualaikum wmt,
Ayoo,,,, yooo,,, Bro Din!
Hari ini TPM Zahid kata, "Pemimpin jangan jadi macam burung unta........".Maksudnya jangan bebankan orang lain dgn masalah yg dicipta sendiri.....
Beliau berucap demikian ketika meresmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhgn Pasir Salak.

Siapa yg TPM Zahid maksudkan?
Lain macam jer bunyinya?
Apa dah jadi?
Jeng.... jengg.... jenggggg.......
Berubah hatiku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 7:29 PM

Masing2 sblum ni dah dpt bahagian... mesti lah terpaksa kaw2 sokong Pok Jib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 7:46 PM

1. Saya orang sabah, melayu muslim

2. I have always been a staunch supporter of BN both at state and federal level

3. Since 1MDB fiasco started and later compounded by issue of RM2.6bil "donation", my trust in PM and his cabinet ministers is totally ZERO

4. What further embarass me is the actions and statements made by my countrymen moronic rahman dahlan and salleh keruak....real bootlickers.

5. I, like all other malaysians, would like to see najib removed and put behind bars.

6. Sdra Din Turtle......keep on exposing the weaknesses of rahman dahlan and or salleh keruak so the they would be brougt to their knees.

7. Semoga berjaya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 7:49 PM

jgn dipanggil pondan...sebutlah najib bacul sahaja
dikalangan pondan pun ada yg lebih berani berdepan dgn masyarakat berbanding najib

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2015 at 8:01 PM

Jika Muhyiddin diapa-apakam oleh MT pada 9/9, Umno harus bersedia menanngung kesannya. Beberapa cawangan telah bersedia untuk memfailkan saman terhadap Najib seperti yang dilakukan oleh Anina. Umno boleh mengambil tindakan melucutkan keahlian Anina kerana beliau bertindak secara insividu. Jika saman dikemukakan oleh cawangan, kita mahu lihat sama ada Perlembagaan Umno mempunyai klausa yang membolehkan tindakan diambil terhadap cawangan. Buang cawangan Umno agaknya. Jika Mukhriz disentuh, hal serupa akan berlaku. Bermain dengan undang2 adalah kerja peguam.

Kalau surat pemecatan Anina bertarikh 2/9 boleh sampai ke tangan peguam pada 1/9, kita boleh nilai bagaimana kecekapan SUA Umno bekerja. Tarikh itu hanya bahan jenaka dalam mahkamah nanti tapi tafsiran undang2 dalan Perlembagaan Umno mungkin membuatkan Hafarizam pun berpeluh sejuk. Dan bila cawangan yang memfailkan saman, kita akan saksikan kecekapan mereka bermain mewakili bos mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 8:21 PM

Bagus gak tu, bagi orang asing pulak tibai dan judge kita, kerana mereka lah yg paling layak untuk menilai kita. Sama macam Al Gore dulu yang berucap dimajlis rasmi negara , kutuk Dr M , sokong reformasi jalanan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 8:32 PM

Jadi maksud anda najip lagi pondan daripada pondan...what a shame! Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2015 at 8:35 PM

Berapa lamakah mereka2 tu dapat bertahan asyik nak mempertahankan Najib. Sebagai manusia beragama, lama kelamaan mereka akan sedar dan menyesal. Mereka sebenarnya tahu yang halal Dan yang haram. Lama kelamaan mereka Akan sedar yang mereka dipergunakan Najib. Mereka Akan tertanya pada diri mereka, sampai bila? Zahid sudah berbah bunyi kenyataan2 dia kerana dia juga sedar sampai bila dan orang ramai Akan tahu kebenaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 8:37 PM

aku tetap sokong bn tapi mahu najib letak jawatan..tu je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 8:39 PM

Well said my fellow sabahan. Those two annoying a$$lickers really put us sabahan in great shame.

I personally believe both of them also got some share of $$$ just like amat mazlan and others....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 9:28 PM

Najib sebenarnya membangsat kan rakyat dgn menghantar wakil menjawab isu2 beliau dgn menteri bodoh nya. FAKTA. Najib sendiri tak cakap apa2....cuba imbas kembali....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 10:06 PM

Dia seronok la orang nak dengar apa dia nak cakap. Kalau tak jadi menteri tak ada orang nak dengar.

Mungkin dia tak perasan benda yang dia cakap tak berapa cerdik.

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2015 at 11:42 PM

Pagi tadi, seorang wartawan The Malaysian Insider (TMI) bertanyakan soalan berhubung respon saya terhadap kebimbangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa penyiasatan ke arah YAB Perdana Menteri tidak akan dapat dilaksanakan secara telus memandangkan mereka bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.
Saya menjawab bahawa jika pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai tetap akan menuduh pihak penyiasat sebagai tidak telus.
Sebagai contoh, sekiranya mereka bertanggungjawab kepada Parlimen, orang ramai akan berkata bahawa mereka tidak telus memandangkan ada lebih ramai ahli parlimen BN di Parlimen berbanding pembangkang.
Walau pihak penyiasat bertanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong sekalipun, orang ramai akan tetap menuduh Yang di-Pertuan Agong sebagai menyebelahi sebelah pihak sahaja.
Dengan kata lain, saya hanya menjelaskan bahawa sekiranya pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai akan tetap menuduh mereka sebagai tidak telus.
Saya turut menambah bahawa pengundi-pengundi sahaja yang boleh menentukan keputusan pilihanraya umum yang akan datang. Mereka boleh terus mengundi kami, dan mereka jugalah yang boleh menghukum kami.
Malangnya, kenyataan saya ini telah diputarbelit oleh The Malaysian Insider. Tajuk utamanya dengan gah mendakwa, “Tiada siasatan terhadap Najib akan telus, kata menteri.” Tajuk berita ini ternyata sungguh tidak bertanggungjawab.
Saya tidak pernah berkata sedemikian. Apa yang saya katakan adalah bahawa sekiranya pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai akan tetap meragui ketelusan mereka.
Saya harap TMI akan lebih bertanggungjawab dan telus dalam laporan mereka dan berhenti dari memutarbelitkan kenyataan-kenyataan saya. Saya telah meminta mereka membetulkan laporan mereka dengan segera.

Dato' Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anon
September 6, 2015 at 12:31 AM

Keras kepala dia ni. Buat apa pun tak berkesan

....................
Reply To This Comment ...................
September 6, 2015 at 12:35 AM

@Matkilau penangsatu fakta yg Rahman terlupa, bezanya dalam kes ini, pihak penyiasat bertanggungjawab kepada SUSPEK yang sedang disiasat kesnya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 12:42 AM

Whatever lah my dear Minister.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 12:54 AM

1) Najib will survive any no-confidence vote :- Rahman Dahlan hanya nyatakan bahawa Sabah & Sarawak akan sokong Najib. Hairan juga yea kenapa RD tak kata yang seluruh ahli parlimen BN akan tetap sokong Najib? Ke RD dah tau desas-desus lain then nak play safe dalam perkara ini? Wah... Sungguh yakin kenyataan RD ini seyakin Selangor akan jatuh semula to BN pada pru-13 lepas. Sabah & Sarawak ini sepenuhnya UMNO ke wahai RD till beriya-iya akan sokong dan pertahankan presiden UMNO ini untuk terus jadi PM? Adakah ahli parlimen dari UMNO sendiri akan terus sokong Najib jika pada mesyuarat MT Rabu depan Muhyiddin ini dihadapkan to lembaga disiplin then dipecat...?

2) Malaysia will run out of PMs if Najib quits over graft allegations :- Run Out of PMs - No-Confidence Vote - Graft Allegation ini adalah 3 perkara yang ada bezanya. PM yakin then yang lain sokong bahawa PM tidak melakukan apa kesalahan, ini hak PM & penyokongnya. Pada pihak yang tak yakin pada penjelasan PM dan masih ingin teruskan 'no-cofidence vote' ini tetap punyai hak mereka juga. Perkara yang awalnya mudah untuk diselesaikan, Tun telah berusaha seawal 2014 secara hormat lagi but dibiarkan menjadi rumit till babitkan keseluruhan rakyat & negara pula. Logik ke 30 juta rakyat Malaysia but tiada seorang pun tahu dimana Jho Low, Nik Faisal & Mohd Suboh ini berada...?

3) Menteri akui Putrajaya tercemar selepas persidangan IACC ini :- Allahuakbar... Siapa yang biarkan pencemaran ini berlaku? Kegagalan PM untuk hadir merasmikan & berucap dalam persidangan antarabangsa ini seolah mengiyakan, seolah mengesahkan bahawa persepsi selama few months ini bukan sekadar persepsi but itu adalah realiti...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 1:06 AM

Saman je TMI jika mereka benar putarbelit kenyataan Rahman Dahlan ini. But masa RD beri kenyataan ini, beliau atau pembantunya ada ke record sebagai bukti...? Buang la jauh-jauh sekadar penafian sahaja semata-mata setiap masa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 1:19 AM

Sesuatu yg berlawanan dgn perlembagaan secara aotumatik ia terbatal. Peraturan menghalang ahli membawa hal party ke mahkamah tidakkah dilihat sebagai menafikan hak dan kebesan ahli ?
Satu lg yg perlu dinilaikan seperti yg dinyatakan oleh anina ini bukan soal party. Ini soal pecah amanah dan penyalah gunaan kuasa. Soal jenayah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 1:44 AM

@dinturtle

Kualiti jawapan yang diberikan oleh juak UMNO wajib buat kita khuatir dengan kualiti yang ada di dalam UMNO hari ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 3:01 AM

Man Dahlan,

Aku arap ko baca komen aku ini.

Mengapa kamu bangang sangat? Kamu ni sama dengan si salleh. Buat malu kita orang sabah.

Kamu kata kau graduate, tapi cakap macam budak keluar F5 aja

As a sabahan, malu jumpa dengan other rational thinking malaysians

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 4:50 AM

Masalah kerajaan Malaysia ia lah ia di pimpin oleh orang Bodoh macam Ah Jib Gor,reputasi dan image nya dia bela oleh orang amatur dan yang kurang cerdik seperti Rahman Dahlan dan raykat Malaysia yang CERDIK tak percaya kepada berbohongan mereka semua.

To Rahman Dahlan remember,just because you answered the questions and brave enough to face the question doesnt mean the MATTER is resolved. The issue here is about credibility and intregrity of the answers! Rahman Dahlan you lack substance,political savvy and intelligence in convincing the Malaysians!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 5:12 AM

@AnonymousBetul Bro, basically Ah Jib Gor got a BOY to do MAN's job, itu pasal rakyat tak yakin dengan mutu jawapan nya!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 6:06 AM

Adoi!!!

Macamana KITA BANGSA MELAYU akan kekal selamat jika kita BER-TERUS-AN ada "pemimpin2 seperti ini" ???

Ya Allah! SUCI kan lah BANGSA KU... Ameeenn!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 9:35 AM

@din.....
Salaam.
Malaysian Insider: ISTERI PENENTU KEJAYAAN WAKIL RAKYAT BN~ NAJIB.
Allah hu Akhbar! Patutlah kita mempunyai pemimpin yg bodoh dan bangsat kerana itulah kenyataan najib. Secara JELAS dia mengaku cara beliau dan menolak bahawa ALLAH yg Maha Berkuasa. Patut lah negara kucar kacir......
Jadi selama ini penentu kejayaan negara d buat oleh rosmah! TLG PERJELASKAN PEMBACA SEKELIAN. Hal ini amat kritikal.

....................
Reply To This Comment ...................
September 6, 2015 at 10:05 AM

@Anonymoushehehe .... cakap apapun tak boleh blah !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 9:52 PM

Kah kah kah statement isteri penentu kejayaan wakil BN macam isteri tu sendiri yang suruh laki dia cakap kat orang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 10:54 PM

Anon9.52pm.
Mcm tau2 je......hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 2:26 AM

2 orang tu kalau campak kat kandang buaya Tuaran tu pun belum tentu buaya2 situ nak makan

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2015 at 2:31 AM

Setuju sgt2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 2:35 AM

Gila tak cakap macamtu? Kalau tak cakap macamtu nanti mau kena siku dek bini siap keluar tv3 org record & upload dlm youtube dapat berbelas juta view nanti kahkahkah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 7:33 AM

wassalam. here is another tukang kipas this time from Sabah. Sudah jadi montori dio pun kipas lah. cakap tak serupo bikin lah budak ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 10:38 AM

yuhuuuu anon sept 5/2015 0519pm..
lu worang ingat security guard bodoh ka.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 12:32 PM

bila bumi Sabah bergegar
terbang ke Arab tak sabar-sabar
tapi RD pembela tegar
tetap menyokong janji dibayar...

-anti-bangsat-

Post a Comment