........... Khairuddin DiSOSMAkan - Tang Mana Tindakan Beliau Itu Mengancam Keselamatan Negara ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Khairuddin DiSOSMAkan - Tang Mana Tindakan Beliau Itu Mengancam Keselamatan Negara ?

Thursday, September 24, 201533comments


Petang tadi ada keluar TV pegawai polis kata Khairuddin akan ditahan sepenuhnya selama 28 hari di bawah SOSMA. Media sosial hari ini pula banyak yang melaporkan orangramai bertanyakan kewajaran tindakan penahanan itu dengan persoalan utamanya adalah Bagaimana tindakan Khairuddin itu boleh dianggap sebagai mendatangkan ancaman kepada negara ?

Seperti artikel sebelum ini ( KLiK ), tang mana yang dikatakan membuat repot ke atas 1MDB itu waima di luarnegara sekalipun, boleh mengancam keselamatan negara ?

Tak masuk akal langsung ! 

1MDB kan tidak ada masalah ... ?

Jika tuduhan bersandarkan wujudnya dokumen palsu oleh Khairuddin, takkan untuk mendapatkan bukti atau pengesahan akan dakwaan itu memerlukan 28 hari ?

Kalau pun dokumen yang diserah itu palsu, bukankah tujuan ia diserah kepada pihak luar itu supaya siasatan dilakukan ? Mereka akan siasat dan jika benar dokumen itu palsu, dengan sendiri kepalsuan itu akan terbongkar. 

Pihak berkuasa luarnegara itu bukannya bodoh untuk menerima begitu saja bahan bukti yang diserahkan ! Silap2 Khairuddin pula akan mereka dakwa atas dakwaan cubaan menipu.

Khairuddin bukannya menyerah dokumen kepada pihak media luar tapi kepada badan kerajaan yang mempunyai integriti dan tahap professionalisma yang tinggi. 

Dan laporan Khairuddin pula berkaitan dengan transaksi atau aset yang ada melibatkan dan berlaku di negara tersebut. Contoh, bukannya Khairuddin minta pihak berkuasaa Switzerland menyiasat pembelian IPP di Malaysia atau minta pihak berkuasa HongKong menyiasat penjualan tanah TRX. 

Khairuddin bukan bertemu media tapi dia bertemu pihak berkuasa negara2 tersebut. Dan setiap negara itu juga punya undang2 perdagangan mereka sendiri, bukan boleh sebarangan siasat atau mendedahkan sebarang maklumat rahsia syarikat.

Jadi rakyat tertanya2 ..... tang mana yang dikatakan mengancam keselamatan negara atau sabotaj negara ?

Adakah 1MDB terlibat dalam aktiviti haram di luar negara ? Tidak mungkin .....

Apakah tindakan yang sama juga boleh dikenakan kepada sesiapa yang membuat tindakan sama terhadap syarikat2 gergasi milik kerajaan yang lain contohnya seperti Petronas yang punya banyak aktiviti di luar negara. 

Atau ia khas untuk kes yang melibatkan 1MDB saja ?

Diharap pihak Polis dapat memberikan sedikit maklumat untuk menjustifikasikan tindakan Khairuddin untuk ditahan di bawah SOSMA.  Ini bagi mengelakkan persepsi negatif di kalangan rakyat ..... rakyat boleh terima sekiranya tindakan itu punya asas yang kuat.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 8:56 PM

Bukan mengancam negara..mengancam najib jer Din..

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 8:56 PM

Aku minta PEE MM Najib ni sila letak jawatan

Seperkara lagi, bila dia letak jawatan, tolong pastikan tempatnya ada di Sg. Buloh.

Jangan beri dia apa2 pengecualian dari segi perundangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 9:17 PM

Harap kerajaan yang akan datang dapat mengenal pasti orang orang yang bertanggung jawab keatas penindasan saudara Khairuddin dan mengena tindakan sewajarnyanya walaupun 20tahun dari sekarang(kalau masih hidup dan kalau dah mati biarlah Allah yang menuntut bela keatas kezaliman ini)supaya dimasa hadapan tak ada pihak berkuasa yang menggunakan kuasa sesuka hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 9:21 PM

Sebab dia membongkar kegiatan si bangsat merompak wang rakyat sebab mereka sedang mecipta berbagai alasan untuk mendakwa Khairuddin. Percayalah,lepas 28 hari, beliau akan ditahan lagi untuk satu tempoh yang agak lama.

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2015 at 9:28 PM

Kepada pengomen yang komen mereka saya padamkan, sila baca ini - http://dinturtle.blogspot.my/2015/09/khas-buat-para-pengomen-contoh2-komen.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 9:56 PM

ai yoyo bro DT. janganlah tanya soalan ini punya susah. tanyalah soalan kacang macam "macamana tunai boleh magik jadi units just units?"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 11:59 PM

En DT perasan tak, The Boss dan deputy tak respon langsung kpd komen Zeti yg mengaitkan ringgit dengan 1mdb.
Penasihat sedang cari idea untuk "menangani" Zeti kut sekarang.

Tp komen yg paling dlm perbincangan tersebut, bagi saya, datang dari Idris Jala: if I were the Barisan Chief, I would ....

Wow... berani betul dia cuba mengajar The Boss.

Wah....klu mereka dua orang ni dah start berani menyindir The Boss in public, adakah itu bermakna The Boss memang dah tak dihormati oleh top level officers?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 12:56 AM

Wonder if the penultimate intention to establish a mega project like bringing Malaysia into nuclear fraternity (Nuclear Power Plant that is) is hindering 2 potentials
ie.

1- LEGACY?
2- LOADS of MONEY to be made if Nuclear Project finally gets into place (2.6 billion will be a mere 'chicken-feed')?

Hence, Najib is hellbend not wanting to relinquish his position of power despite all dirts coming out to the fore implicating 1MDB and PERSONAL DONATION issues and Najib himself!

W.A.F (rausyanfikir) did an excellent dig and interestingly brought into the picture that MNPC - Malaysia Nuclear Power Corporation is actually within the wider web of 1MDB future project? Mind you in both entities ie. 1MDB and MNPC (exact same under MOF), Najib has the final Say and Control as stated in the Article 117!

Tun M's assertion that Najib making HIMSELF, the centre of ATTRACTION or ATTENTION be it on domestic stage and/or the more favourable, THE International Stage (so proud to be projected to the front in Nuclear Power Summit 2010!) seem so true!

The 2 MIA - missing in action 'bagman' (Nik Faisal with Power of Attorney to Najib's account?) and Datuk Suboh Md Yasin (MNPC Chairman) which are also in tangled web of SRC and Gandingan Mentari are not being pursued by PDRM or whatever left of the integrity of investigating authority, is mind boggling!

You no longer hear nor see the call to,

- Tunggu Audit
- Tunggu Siasatan

But we saw very BLATANT ....ab.....use of POWER by,

- Purging TASK Force
- Dismembering PAC
- Attempt to SILENCED notable CRITICS eg. ex DPM, ex Minister and Tun M
- Eliminating AG
- Handicapping SPRM
- firing of Investigators (after 20 years as PR only just realised she is dealing with STATE SECRETS???)
- Using the Power of Government to CLIPPED The Edge etc etc
- Nipping SB DyDir
- subtle Forewarning BNM's Governor
- Entire government shielding of 1MDB & 2.6 Billion itches
- Implementing SELECTED arrest like this one using SOSMA (when initial arrest clause cannot sticked!)
- and the worst is getting IGP & PDRM to PLAY BALL?

Have all these above-mentioned not waking up the UMNO hierarchy??? Because they are the only instrument most effective and left to be actioned to stop all these detriments that is bringing down Malaysia!!!

And Najib still wanting to FRONT the world at the UN after being tainted BIGTIME yet could not muster credible excuse for Nothing2Hide and would not even face his OWN UMNO members via its OWN HQ FRONT DOORS at its OWN MEETING???

UMNO members and its hierarchy have still not REALISED???

GE14 is part of it, the Economy is essential, the well-being of the Rakyat are PARAMOUNT, the SECURITY of the COUNTRY is ABSOLUTE but the prospect for this beloved MALAYSIA to be PAWNED aka COLONISED AGAIN for perhaps another couple of hundred years is darned upsetting!

Tun M's has build and projected (of course with foundation laid prior to his time) Malaysia to be RECOGNISED on the TRUE WORLD STAGE over his 22 years, unfortunately for the last 6 SHORT YEARS the process of DEMOLISHING what has been built is quicker than ever!!!

Bangkit lah UMNO memperbetul kan keadaan yang PARAH ini!!!!!!!!



Melayu Luar Negara
Bekas Ahli UMNO Luar Negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 1:54 AM

Kerajaan yg akan datang kerajaan mana tu...keh...keh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 3:36 AM

Kalau saya ada syarikat yg sedang sakit..tiba2 muncul pula kacang hantu yg entah dari mana cuba keruhkan lagi keadaan.. Memang saya bengang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 7:51 AM

aku rasa din tak kesah lah kalau duit jatuh sampai rm 5 pun tak pe, jatuh di luar negeri je di malaysia tatap sama je teh tarik pun kalau naik 10 sen je. pengomen pun bukan melabur berbillion duit di luar negara, sampai masa biar bangsa cina ni rasa susah skit. kalau tidak terlalu sombong dengan kekayaan yang dia dapat dinegara ini. bila dah kaya kata kerajaan tak betul, ade you all dengar cina cina ni nak tolong negara dlm keadaan ni tidak, pakat lari ade lah, syk cina yang kaya pun buat tak tau je. lagi lama lagi baguih biar dia jatuh rm 10.00 pun tak pe, baru melayu pun sedar skit baru nak belajar berusaha, berjimat, masa tu nak hisap dadah pun tak mahu dah mahal, nak enjoy kat siam pun tak mampu, nak rempit pun tak berani, baru lah orang melayu ingat allah, baru masjid penuh bila dah susahkan, aku pun nak tengok gak dalam pembangkang ade ke cina nak tolong melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2015 at 8:31 AM

@Anonymousapa kaitannya ngan1mdb?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 8:40 AM

Din,

Najib sekarang dah sampai Amerika. Kalau ikut kata Tun ada orang nak tangkap dia bila dia kelar negara. Berani sungguh Najib dan Kak Mah keluar negara. Ini betul2 pahlawan Bugis. Tak takut pun kena tangkap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 8:49 AM

3.36....
Sbb tu anda hanya kata kalau.....
Anda mmg tak layak ada syarikat pun. Bengang bukan jalan selesai. Cara mentadbir dan bagaimana kita selesaikan masalah itu yg seharusnya ada. Dan kes syarikat ni mempunyai kepentingan kpd rakyat secara indirect. Siapa yg bakal tanggung semua masalah yg d cipta penyamun itu? Bukan rakyat? Istilah duit kerajaan ni hanya d msia je....sebenarnya kerajaan tak pernah ada duit pun melainkan memakai duit rakyat. Buka lah minda anda yg terlalu kolot itu. Waspada dlm memberi kritikan....pikir jauh supaya tindakan kita bijak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 9:44 AM

Syarikat tu sakit sbb tuan punya syarikat tu hantunya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 9:44 AM

"Jadi rakyat tertanya2 ..... tang mana yang dikatakan mengancam keselamatan negara atau sabotaj negara ?"

Segala persoalan terjawab dengan hanya menukar "negara" kepada "Najib", itu sebab sebenar Datuk Khai kena cekup. Negara kita dah jadi negara cowboy where the might is right. Siapa sangka Najib yg ramai orang sangka a gentleman rupanya a tyrant in sheep's clothing!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 9:52 AM

Din, saya nk minta din buat artikel khas dituju kpd org2 trtinggi umno. Yg smpai skrg tak brbuat apa2 mmbiarkn sj najib brsembunyi di celah ketiak. Yg mmberikn lesen mmbenarkn najib brlagak mcm pemimpin padahal dh hilang maruah dimata sapa2 pun. Saya tak
Heran najib brsikap mcm ni. Dia ketakutan Dan tdesak nk slamatkn diri. Tp knapa umno masih biar ni trjadi. Saya tak phm din. Knapa umno sepengecut Dan sebusuk ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 10:05 AM

Sy rasa dr gaya tulisan, diani bukan melayu. Allah pun guna tulisan kecik. Biasanyer org islam kalau tulis nama Allah ni terbiasa guna huruf A besar.
bukan apa, ramai cina kapir ambik kesempatan dlm mengomen sesuatu isu. Melagakan kita.
waspadalah sahabat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 10:20 AM

Ada kaitan tu... nilai rm jatuh sbb 1mdb mcm zeti ckp dan anonymous 7.51 ckp psl chain reaction.. yg dia nk bgth sbnrnya jgn kritik najib dgn najib sbnrnya sbb mat rempit berleluasa dan dadah murah..?????????

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2015 at 11:14 AM

@Anonymouscuba dengar balik apa yang Tun cakap.... Tun cuma kata MUNGKIN saja ... itupun kalau pihak luar siasat dan dapati Najib ada buat salah.

ketika ini masih dalam siasatan lagi :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 11:41 AM

@Anonymous entah entah dah sign TPPA.. hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2015 at 11:57 AM

Mana-mana pihak berhak & layak untuk membuktikan PM Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan baik dari perundangan antarabangsa & dalam negara kerana beliau adalah pemimpin tertinggi negara. Setiap percakapan, perbuatan, tindakan & keputusan beliau adalah mewakili negara. Tidak tahu berkenaan orang lain tapi saya sebagai rakyat Malaysia, saya tidak sesekali mahu pemimpin No. 1 saya membuat kesilapan yang akan menggadai kedaulatan negara. Sekarang, hampir seluruh dunia memperkata serta mempertikai integriti PM Najib, sebagai rakyat saya berhak untuk merasa malu & marah lebih-lebih lagi tiada tindakan atau langkah bersungguh-sungguh dari pihak kerajaan Malaysia dalam menangani isu-isu berkaitan selain dari momokan demi momokan yang mengatakan ianya hanya berita palsu & fitnah. Dengan kecanggihan teknologi zaman ini, informasi boleh didapati dengan mudah. Bagi rakyat yang dambakan kebenaran, kami akan berusaha mendapat kebenaran yang mampu melerai permasalahan yang menjadi tanda tanya kepada kami sehingga hari ini. Yang menjadi harapan utama adalah untuk PM Najib selesaikan masalah yang diciptanya sendiri secepat mungkin. Kalau perlu letak jawatan, lakukanlah..

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2015 at 3:01 PM

Baru nak siasat. Belum salah lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 3:27 PM

Kerajaan Yg diterajui umno...tp bukan najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 3:30 PM

Knp syarikat sakit? Salah sendiri... Tutup je....senang cerita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 5:07 PM

Penasihat @ punahsihat ni sebenarnya lupa 1 perkara utk dilakukan. Bnyk sgt silat dan kuntau yg diajar kpd najib, namun.semuanya kurang membuahkan hasil. Sebenarnya najib perlu satu nasihat sahaja utk selesaikan bnyk perkara. Tunjukkan PINTU KELUAR yg betul dari pejabat pm. Jgn beri nasihat yg salah demi mempertahankan perut sendiri. Makin lama makin haru biru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 8:37 PM

Pandai gomen Ah Jib Gor spin cerita, bila nak guna akta SOSMA atas Bro Khairudin ,kita di gembar gembur tentang insiden bom yang akan berlaku di Jalan Alor oleh penyokong ISIS

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2015 at 9:38 PM

Firman Allah swt (Surah Al-Ma'idah, ayat 51) yang bermaksud....

Wahai orang yg beriman. Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kpd setengah mereka yg lain; dan sesiapa di antara kamu yg menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kpd kaum yg berlaku zalim.

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2015 at 9:41 PM

Bersesuaian dgn ayat 51 surah Al Ma'idah yg tersebut di atas, Najib telah melanggar perintah Allah swt bila dia melantik syarikat yahudi Apco sebagai Penasihat & Juru Perunding negara, dan juga Banker yahudi Goldman Sachs bagi urusan pinjaman multi billion US$ yg membebankan dgn riba yg tak munasabah. Allah swt telah menunjukkan kemungkaran Najib dgn musibah bertali arus di negara baik di darat, udara, gunung maupun di laut serta keaiban besar hingga menjadi tajuk berita seluruh dunia.

Itulah padahnya bila menderhaka kpd orang tua dan khianat pd agama, bangsa & tanah air. Fahaman Liberal, slogan Satu Malaysia serta dayus mengikut telunjuk Bini punca Najib hilang pedoman & menyimpang.

Najib tidak layak & harus digugurkan sebagai pemimpin negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 10:02 PM

Omg kat TIM datuk khairudin msk hospital, btl ke? Sebap apa? Agk Scary. Moga2 beliau tak apa2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2015 at 11:19 PM

Biarlah masing-masing buat kerja. Blogger dengan cara blogger dan sebab tersendiri, penguatkuasa dengan caranya sendiri dan sebab tersendiri. Bukan semua cerita kita betul dan bukan semua cerita mereka tu salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 8:40 AM

Dengarnya Dtk Khairuddin dimasukkan ke hospital akibat demam panas dan disyaki denggi.

Blogger pro-najib ada tulis a few days ago masa mula2 Khairuddin ditahan that Khairuddin akan guna taktik sakit ni seperti Anwar.

Tapi kalau dah jelas demam panas, takkan ini pun nak dituduh taktik juga kan.

Harap2 blogger pro-najib tidak akan mencerca orang yang sedang sakit.

~Siti Abdullah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 11:51 AM

Sekarang dia dimasukkan ke hospital pulak. Jangan2 selepas beberapa hari dia meninggal dunia pulak. Yelah,semua yang ada kaitan dengan pendedahan berkenaan 1MDB samada dipecat,dipenjara atau dijumpa mati dalam tong simen.

Post a Comment