........... Jawapan 1MDB Yang Basi ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jawapan 1MDB Yang Basi !

Sunday, September 27, 201528comments


1MDB: Mahathir kitar semula dakwaan basi

Dua hari lepas Tun Mahathir dalam artikel bertajuk Najib, sekali lagi menyenaraikan masalah2 tentang urusniaga 1MDB yang masih belum terjawab. Ia mendapat reaksi segera dari pihak 1MDB yang mengeluarkan kenyataan memperlekehkan kerisauan Tun sebagai dakwaan basi.

Sebelum saya teruskan, suka saya ulangi gesaan kepada pihak 1MDB, memandangkan sejak akhir2 ini 1MDB begitu kenapa perihatin dengan reaksi rakyat terhadap kritikan dari Tun Mahathir dan sering mengeluarkan kenyataan membalas setiap persoalan yang dilontarkan oleh Tun, kenapa tidak adakan saja pertemuan dengan Tun sendiri dan juga wakil2 media dan mereka yang arif dalam soal bisness ?

Bentangkan dan jelaskan kepada para pengkritik supaya mereka faham keadaan sebenar 1MDB. Tidak perlu tunggu artikel baru dari chedet baru nak balas. Tun tetap bertanya lagi ..... para pengkritik lain tetap tidak puas hati juga  ...... berapa banyak sangat info yang dapat diberikan melalui kenyataan akhbar ? 

Jelaskan secara berdepan, tunjukkan bukti bagi menyokong fakta. Jika semuanya benar dan tidak ada sebarang benda pelik, 1MDB tidak perlu mengelak.

Apa yang basinya persoalan2 dari Tun ? Semua itu masih belum berjawab sepenuhnya maka Tun terus bertanya.  Yang basi adalah jawapan2 balas dari 1MDB yang sentiasa mengulangi benda sama yang tidak lengkap. 

Lagi2 diulang sindiran - dulu dakwa RM42 bilion hilang, sekarang dakwa RM20 bilion pula hilang ...... macam budak2 ! 

Memanglah pada awal isu kita tidak tahu apa2 mengenai 1MDB. Kita diberitahu hutang adalah RM42 bil, jadi bila soalan2 bertali arus tidak dilayan oleh 1MDB, secara mudahnya kita anggap semuanya dah lesap.

Selepas 1MDB jawab secara sambil lewa, kita kaji dan kita terima nilai aset yang dibeli mungkin sekitar RM20 bil, maka tinggallah lagi RM20 bil lebih yang masih belum dijawap dengan memuaskan. 

Kalau 1MDB tampil dengan jawapan baru yang lebih jelas, kita akan kaji lagi dan mungkin nilai itu akan berkurang lagi, contohnya jadi RM15 bil pula yang tidak dapat dijelaskan ( Hilang ).

Nilai itu bergantung kepada penjelasan 1MDB yang lengkap disokong oleh bukti.

1MDB terus mengulangi jawapan longgar seperti rajah di bawah yang dikeluarkan oleh Arul Kanda bulan Jun yang lalu.

Pro Najib yang memang tidak punya masalah untuk terima apa saja jawapan dari 1MDB walau jawapan yang diberi itu longgar. Contohnya pro Najib akan terima dengan bangganya bila 1MDB kata masa dia beli IPP hari tu, 1MDB beli sekali dengan hutang milik IPP ( inherited debt ) sebanyak RM6 bil tanpa soal. Bijak sungguh 1MDB ! Memang terbaik sebab beli sekali dengan hutang .... mereka akan kata ..... 

Tapi kita yang mahu menggunakan akal tidak semudah itu akan terima jawapan longgar itu. Perjelaskanlah kenapa perlu tanggung hutang lama IPP pula ?

Begitu juga pelaburan Brazen Sky, GIL Fund .... kita perlu tahu LEBIH INFO disebalik setiap angka di atas. Deposit Aabar RM4.2 bil itu pula sudah dipertikaikan oleh WSJ baru yang mendakwa amaun itu tidak ada dalam rekod kewangan IPIC.

Sekarang Penyata Akaun 2015 1MDB kenapa lambat sangat keluar ? Ramai yang menunggu ni ...... kita nak tengok apakah deposit itu masih ada dalam akaun 1MDB ? Begitu juga dengan pinjaman USD975 melalui Deustch Bank.

Kita nak tengok berapakah hutang dan aset 1MDB setakat Mac 2015. Atau mungkinkah kali ini Deloitte pula akan tarik diri ?


chedet - Najib

Di bawah adalah komen seorang rakan watsup yang ingin saya kongsikan berkaitan jawapan yang diberi 1MDB.  Tapi dalam omputih la....

1. Mahathir continues with same question since there are never any answer other than diversion. Mahathir started with 42 bil since that is known debt by 1mdb not including the 4 bil through SRC from KWAP that 1mdb conveniently forgot. The onus is on 1mdb to prove otherwise not tun.

2. One sheet of summary of account cant be comprehensive and audit account which is as good as management account with limited jurisdiction are not credible when it comes to public fund. Why do auditor general just able to come up with preleminaries report 3 month ago with some caveat and no comprehensive report up to now.

3 - Tun didnt recycle question, he is asking for logical answer which is never given other than general statement and diversion. Yes total debt exposure is 42 bil not including the billion of KAWP money thats lost by SRC international which was owned by 1mdb when they made that questionable investment especially in mongolia. The onus is on 1mdb to give credible answer. 

4 - The management cost of 5 bil is mind boggling and the offshore investment co is questionble and it does not support the argument of maintaining USD account when the three entity is an investment co not a bank. The credibility, track record and size of fund managed by them is never revealed. 1mdb is goverment owned, anything wrong the goverment meaning the tax payer will have to pay for it. Summary of account without corroborative document or qualification is just a matter of creative accounting.

5 - There were never comprehensive disclosure of the account, even the preleminaries AG report has a lot of caveat such as the bank statement, contract and agreement or the minutes of meeting was never submitted for qualification and that has prompted the task force to raid 1mdb office and all hell broke loose after that. So in accounting, you cant just push one sided logic to an experienced man such as tun.

6 - Question of land, the goverment has lost oppurtunity cost either commercial or political when giving that land to 1mdb for peanuts, a prime land compare to the 100 acres of land that 1mdb bought for 1.2 bil in penang through jho low's father. Further more, the TRX land are meant to be land bank for AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA, this is great lost to the goverment policy in maintaining assets for bumiputera in prime area when 1mdb need to sale those property motivated by greed. The goverment has several properties base vehicle with established procedure and system that will support the DEB in implementation or ownership. The investment made by 1mdb into the property are all generated through goverment own system such as glc or sme bank etc, there were no value added input by 1mdb other than taking the goverment for a ride.

7 - Without 1mdb, the land value will go up through market forces. Now the question is, what is the cost in between and what will be the nett back to goverment when you factor in all the mismanagement and leakages ?



1mdb

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 9:37 PM

Siapa ye tun m sekarang. Masih pm ke xpm? Kalau nk adakan pertemuan, biarlah tun m yg dtg kpd 1mdb minta penjelasan. Jgn pulak lebih sudu dari kuah, minta 1mdb dtg sembah tun m. Past is past, zaman arah2 org dh berlalu. Tun m boleh berperanan dgn lebih adil & berprotokol jika mengemukakan soalan secara bersemuka, jika bentuk tuduhan, sediakan dgn bahan buktinya sekali. Dgn menggunakan blog sebagai medium utk bertanya dan menuduh (?) akan kelihatan kurang formal. Seorang negarawan bukan sahaja perlu bijak tetapi kelihatan sentiasa bijak. Adakah gerakerja tun m sekarang memang memenuhi kriteria di atas 100%?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 10:10 PM

Saya baca artikel sinar... disebut 1mdb m3njawab persoalan yang diutarakan Tun M... sejak bila 1mdb boleh bersuara? Selalunya yang dirujuk adalah presiden, ceo etc..... mungkin tak ada seorang pun dlm 1mdb yang berani bersuara atau berani mengaku mewakili 1mdb....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 10:41 PM

Macai pmo @ 1mdb @ ahjibgor dah bersuara.... sebenarnya bukan Tun m shj yg nak tau secara detail transaksi2 1mdb, rakyat biasa pun nak tau juga. Kalau setakat summary macam yg dinyatakan tu macai2 ahjib shj yg boleh terima sebab telah di bangang dan di bangsat oleh ahjib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 10:58 PM

Tun tak buat 1MDB, Isteri Tun tak terima duit RM2 juta dalam akaun, Tun sendiri tak terima derma rm 2bilion dalam akaun peribadi, Tun tak kenal Jho Low yg lebih hebat ilmu menghilangkan dirinya dari Harry Potter....ermm byk lagi la beza Tun M dgn DS Ah Jib Gor terchenta.

....................
Reply To This Comment ...................
September 27, 2015 at 11:05 PM

Tuan penasihat pun cabut lari bila nak sosl jawap. Bukan hanya tun tapi seluruh rakyat dan dunia nak tau jawapan. Tuan penasihat hanya tau jawap pada perwakilsn secara tertutup tapi bukan pada rakyat. Tukang jawap pun tak tau apa satu asal masuk semua ok x ada masalah. Tapi bila ada siasatan semua yg menyiasat disejuk bekukan, bila ada yg buat laporan di luar negara terus d tangkap bawah sosma. Telus apa kejadah, kalsu telus, jawaplsh dalam mahkamah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 11:06 PM

seorang pemimpin bukan saja harus bersih tapi sentiasa kelihatan bersih...period!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 11:09 PM

How much you been paid to cover up 1MDB issue?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 11:23 PM

Betul bro. Bukan Tun M saja nk tau. Satu malaysia mau tau. Malah satu dunia mau tau.
Anon 9:37 pm. Lu jgn cakap serupa orang munafik panggil Tun M datang ke pejabat 1mdb.
Hari tu Tun sudah turun mau jumpa pengerusi 1mdb mau jumpa menteri keewangan mau jumpa perdana menteri mau tanya pasal 1mdb di pwtc dlm program N2H. Ada ingat lg ? ? ?
Apa sudah jadi ??? Ads dengar cerita LORONG TIKUS ? ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 11:25 PM

Bro. . .tak siapa berani mengaku mewakili 1mdb pasal jawapan semua tu Tipu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 11:30 PM

Jawapan yang bikin orang berfikir itu bodo. jawapan 1mdb itu hanya untuk orang tidak berfikir. betul dan setuju bahawa bukan tdm sahaja yang inginkan jawapan, tetapi juga orang ramai. saya bersetuju bahawa pertemuan 1mdb dengan tdm, akj, ostb, bro din penyu, dan beberapa orang yang mahir dalam bisnes dan juga blogger pro ahjibgor perlu diadakan. berikan jawapan yang mampu memuaskan hati dan menutup semua persoalan. jika jawapan itu menimbulkan persoalan, jawapan diperlukan bagi menjawab setiap persoalan yang timbul. tak perlu untuk semua rakyat dengar. jika para pengkritik tetap 1mdb menerima jawapan tersebut, maka mereka tidak akan kritik lagi. jika masih lagi kritik, menunjukkan bahawa mereka ada masalah dalam memahami 1mdb dan agenda peribadi. rakyat pun tak mampu nak memahami 1mdb ni, cukup la dengan puluhan orang yang bersoal jawab.kes tutup jika para penyoal 1mdb dah tiada soalan nak ditanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 11:31 PM

Kena cerdik sikitlah kalau ye nak jack duit 2.6 beliyun pun. Tak payah nak tunjuk bebal sangat.

Yang Dr M start guna blog tu sebab apa? Sebab dah berapa kali dia jumpa, tapi tak de hasil. Sama dengan kenapa Muhyiddin mula bising juga. Kalau jawapan yang didapati rasional, boleh diterima akal, takkan sampai kena jawab 42 kali.

Jangan ingat Dr M bertanya untuk diri dia saja. Kita rakyat yang 30 juta tolak 3 juta ahli UMNO ni pun, nak tahu juga!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 11:53 PM

Apa susah sangat nak faham?

Pinjam RM42 Billion
Beli barang2 RM14 Billion
Baki RM28 Billion mana?

Mana datang duit untuk -
Biaya Apartmen2 mewah
Biaya Filem2 Hollywood
Biaya "Derma" (1% aje)
Banyak lagi (99%) yg belum terjawab!!!

~ Panglima Jub#h Merah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 12:00 AM

Penipuan terbesar kerajaan pimpinan najib kepada seluruh rakyat malaysia...1mdb,2.6 bil derma serta pembubaran siasatan. 3 org penjenayah lari ke luar negara tanpa ada usaha mencari dan menangkap oleh pdrm. Ketua bahagian dah boleh ugut sana sini.
Agak2 sampai bila mesti begini? Negara ni milik mereka kah?
Pandangan dan pertanyaan Tun d perlekehkan. Sbb ramai yg tak paham kenapa hal2 melibatkan negara perlu d tangani dgn pantas. Banyak yg tersirat....tak caya tanya Tun.....

BERSARA LAH NAJIB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 12:48 AM

Rakyat mahu tahu apa yang dah jadi sebenarnya dengan 1MDB ini? Pelaburan sebanyak RM 15.4 billion dalam GIL Fund, Brazen Sky, dan Aabar Deposit, melabur dalam bidang apa, di mana pelaburan itu dibuat? Hingga kini tak dapat dijelaskan oleh 1MDB, mengapa?

Sebabnya Najib dan kuncu-kuncunya membohong dalam jawapan-jawapan mereka sebelum ini, yang diberi bukannya jawapan, tapi pembohongan untuk menipu rakyat.

Begitu juga dengan pembelian stesen janakuasa elektrik yang nak tamat tempoh lesen operasi dengan harga yang sangat tinggi, apakah ini mendapat persetujuan dari jemaah kabinet sebab melibatkan kos yang sangat besar atau Najib pandai-pandai sendiri buat keputusan? Bukan apa, sampai beli stesen janakuasa yang dah nak tamat tempoh lesen operasi, macam Genting Sanyen, harga pasaran RM 400 juta, tetapi 1MDB beli dengan kelulusan oleh Najib dengan harga RM 2.3 billion, apakah rasional Najib buat keputusan begini, apakah ini mendapat kelulusan dari lembaga pengarah, lembaga penasihat 1MDB serta jemaah kabinet?

Hingga kini tak berjawab kerana Najib dan kuncu-kuncu hanya membohongi rakyat Malaysia, mereka tak berikan jawapan, tetapi mereka hanya mereka cipta pembohongan untuk disogokkan kepada ahli UMNO yang mudah diperbodohkan, ahli UMNO yang cerdik menentang Najib.

Begitu juga dengan syarikat SRC International, apa dah jadi dengan syarikat itu? Rakyat mau tahu apa dah jadi dengan pinjaman RM 4 billion oleh SRC dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan Diperbadankan (KWAP). Apa dah jadi dengan pelaburan di lombong arang batu di Mongolia? Apa dah jadi dengan pelaburan RM 2 billion di AmInvestment, sebuah bank yang mana Najib pernah buka akaun yang ada RM 2.63 billion di dalamnya, malahan apa dah jadi dengan USD 60 juta di Tanore Financial?

Rakyat mau tau apa dah jadi dengan RM 4 billion itu, kerana ia dipinjam dan dijamin oleh kerajaan, malahan sekarang ni SRC International ni wujud lagi ke? Apahal dua orang pengarah SRC International iaitu Suboh Mat Yasin dan Nik Faisal larikan diri ke luar Negara? Pasal apa mereka lari, ada buat salah ke? Kementerian Kewangan tak teringin ke buat laporan polis jika mereka ada buat salah?

Semua ini melibatkan rakyat, wang rakyat berpuluh billion menjadi taruhan untuk hutang 1MDB, begitu juga wang rakyat berjumlah RM 4 billion lagi menjadi taruhan untuk hutang SRC International, sebabnya semuanya dijamin oleh kerajaan.

Kalau 1MDB nak telus sangat, sila buat forum dengan Tun Dr. Mahathir dan rakan-rakannya, Tun Dr. Mahathir boleh tanya dan 1MDB boleh jawab, adakan siaran langsung untuk membuktikan ketelusan 1MDB itu. Siarkan secara langsung di semua rangkaian televisyen, stesen radio pun buat liputan secara langsung, itu pun kalau nak membuktikan kebenaranlah, jangan jadi macam Nothing To Hide sudahlah, Tun Dr. Mahathir datang dengan kawan-kawannya nak tanya Najib terus program dibatalkan dengan alasan ancaman keselamatan hanya disebabkan Ali Tinju seorang diri menggelupur dan terkinja-kinja sambil menjerit-jerit macam orang tak siuman di luar pintu dewan program tersebut.

Itu pun kalau beranilah.

Salam perjuangan a ba ta, ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2015 at 7:30 AM

konon nak divert isu guna kepak MH370 la hari tu..sian..buat la muka sedih mcm mana sekali pun...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 8:43 AM

Satu malaysia mau tau lah. Bukan Tun saja. Nothing to hide lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 8:59 AM

Yelaa..dh jumpa kepak mh370 tp badan sebesau bangunan tak plakboleh jumpa...apsal ek?? Najib suruh letak katsitu kot..pastu sruh media lapor bgai nk kiamat dunia..hilang skejap isu wan em dibi. Boleh dia perbodohkan kita semua mcmtu jer??
Huh..malaysia..malaysia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 9:06 AM

Oh ya, nak tanya sikit..

APA DAH JADI DGN USAHA2 & PELABURAN RM XXXXXXXXXX DALAM KEMPEN "1 MALAYSIA" YG TELAH DI PROMOSIKAN OLEH SIMUNAFIK ITU?

Sekarang suda terang bahawa SEMUANYA ITU TELAH MENJADI PEMBAZIRAN SEMATA2!!!

Saja nak tanya, jangan marah ye..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 10:10 AM

Laporan audit tahun terakhir 1mdb adalah pada 31 mac 2014, sekarang sudah hujung september 2015 dimana laporan audit 31 mac 2015 ?, belum siap lagi kaa ? berapa tahun mahu siap audit ? berapa lama lagi mahu tunggu ? Soalan-soalan tu semua sudah lama tergantung tak terjawab dengan konkrik jadi aku bagi satu soalan mudah cepumas
Berapa lama Najib mahu kencing rakyat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 10:37 AM

Cuma orang yg tidak bermaruah dan tidak bermoral ke hulu ke hilir menggemis kesian dgn mempromosikan diri sendiri sehingga ke tahap memujuk orang pencen dan kanak2 tadika untuk menagih simpati.
Berjaya kah ? Tunggu pru 14. Bye. .bye. . ! ! !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 10:58 AM

KWAP bukan duit perwakilan semata tapi duit org ramai... jawab lah dgn rakyat... apasal jawab behind closed door... tunjuk lah jawapan dgn bukti dan fakta yg benar...

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2015 at 2:58 PM

Kalau 1MDB tampil dengan jawapan baru yang lebih jelas, kita akan kaji lagi dan mungkin nilai itu akan berkurang lagi, contohnya jadi RM15 bil pula yang tidak dapat dijelaskan .
"Maaf Pak Din mencelah sikit - lama-lama kalau 1MDB terus menjawab dengan fakta-fakta baru nilai hutang tu akan berkurang ke RM2.6 bil. kut, lepas tu dah tak boleh jawab lagi....

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2015 at 3:10 PM

@Anonymous
"seorang negarawan bukan sahaja perlu bijak tetapi kelihatan bijak" Adakan gerakkerja tun m sekarang memeang memenui kriteria diatas 100%?,

Hehe macam lawak pun ada , patutnya soalan tu kena Tanya si Najib. Seorang PM bukan sahaja perlu bijak tetapi kelihatan sentiasa bijak untuk menjawab soalan dan sentiasa berani berdepan dengan masyarakat yang di pimpinnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 3:18 PM

Bersih bukan baju kuning saja,tapi bersih mesti ada pada PM.tolong bersihkan presepsi rakyat.PM bersihkan diri anda

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2015 at 5:46 PM

Anon 9:37 sembang kencang ar bro. Yg forum nothing to hide tu dah lupa ke? dr.M dtg utk semuka, Sapa lari? Tak nak jumpa?
PAC suruh ceo dtg semuka siapa tak hadir konon ke luar negara.
Gabenor Bnm suruh dedahkan apa yg disiasat awat degil sgt utk jwb?
Annual financial report awat xkluar lg?
Kalau nak bandingkan awk n sy, sy rasa tun lebih negarawan n jasa beliau lebih2 berbanding kita2 ni..melayu kan mudah lupa.
Jgn sudu lebih kuah? Klu xreti nk wt biz xyah ar nk bonggak sgt.hutang bertimbun2 ada hati nk berlagak.
Sudu=1mdb
Kuah=tun

....................
Reply To This Comment ...................
Razlan
September 28, 2015 at 9:09 PM

Satu lagi pertanyaan basi.

Mana pergi US700 million dalam akaun peribadi tu ?
Saya ulangi, Mana pergi US700 million dalam akaun peribadi tu ?
Saya ulangi, Mana pergi US700 million dalam akaun peribadi tu ?
Saya ulangi, Mana pergi US700 million dalam akaun peribadi tu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2015 at 4:29 AM

@Razlan

Dan Ahjib akan jawap...

...satu lagi jawapan basi...

Saya tak pakai untuk kegunaan peribadi!
Saya tak pakai untuk kegunaan peribadi!
Saya tak pakai untuk kegunaan peribadi!

Ahjib Ahjib....Resign je la....tunggu apa lagi?!

....................
Reply To This Comment ...................
eri
September 29, 2015 at 12:29 PM

1mdb tu menatang apa pulak???

Post a Comment