........... Isu Derma RM2.6 Bil - Kes SRC Panazzzzzz..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Derma RM2.6 Bil - Kes SRC Panazzzzzz.....

Tuesday, September 15, 201545comments

Mkini

Menarik sekali berita di atas ... tetiba jer bila isu Derma RM2.6 bil semacam terhenti tanpa sebarang perkembangan disebabkan kedegilan Najib untuk berterus terang dan sikapnya yang buat bodoh jer setiap kritikan yang datang dari seluruh dunia, dan keBLURan kepimpinan Umno yang terus menyokong buta Najib ... keluar semula isu SRC.

Selain Jho Low, SPRM juga akan siasat Pengarah Urusan SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil dan pengarahnya Suboh Mohd Yassin.

SPRM sebelum ini sudah mengeluarkan notis supaya tiga individu itu tampil pada 22 Ogos untuk membantu siasatan berkaitan kemasukan RM42 kita ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kita telah pun berhubung dengan mereka dan nampaknya mungkin merakamkan kenyataan mereka di luar negara,” kata sumber sambil menambah ia akan diketuai oleh pengarah siasatan SPRM Azam Baki.

Kenapa ya ..... berita tentang kehilangan mereka bertiga tidak mendapat perhatian meluas dari media pihak kerajaan atau yang pro Najib ....... berbanding berita mengenai Justo, contohnya ?

Mereka berkait rapat dengan siasatan SPRM mengenai duit RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib. Dan mereka LARI keluar negara ..... dengan kata lain mereka LARI dari siasatan ! 

Kenapa pihak Polis tidak minta bantuan Interpol sebelum ini ?

Sumber lain berkata ketiga-tiga mereka bimbangkan keselamatan mereka jika pulang ke Malaysia dan mahu soal siasat dibuat di luar negara.

? ? ?  huh ? Kenapa pula nak bimbangkan keselamatan ? Ancaman dari siapa ?

Sepertikata SPRM sebelum ini, siasatan mengenai Derma RM2.6 billion masih berjalan, dan mereka tidak menyiasat 1MDB ..... cuma SRC.

Mulanya saya hairan kenapa SPRM hanya siasat transaksi RM42 juta sedangkan transaksi yang jauh lebih besar berjumlah USD681 juta tidak diendahkan ?

Saya percaya ramai yang punya pandangan yang sama. Kerana ramai yang beranggapan kedua transaksi itu adalah dua isu yang berlainan sumber.

Dari awal pendedahan oleh WSJ, kita disajikan dengan gambarajah seperti di bawah -



Kelihatannya deposit USD681 juta itu datang dari Tanore Finance, dari oversea. Dan deposit RM42 juta itu pula dari tempatan. Jadi dua kumpulan transaksi yang berlainan sumber.

Bila SPRM kata akan hanya siasat SRC, kita anggap macam ada yang tak kena ..... kenapa yang USD681 juta itu tidak disiasat ?

Bagaimana kalau ada pihak yang mendakwa ada kemungkinan KESEMUA transaksi itu datang dari SATU sumber yang sama ? Iaitu SRC International Sdn Bhd .......

Secara teknikalnya, memanglah SPRM tidak siasat 1MDB. Tapi jangan lupa ...... SRC pernah jadi anak syarikat 1MDB !

SRC ditubuhkan tahun 2011 dan telah meminjam duit KWAP sebanyak RM4 billion pada tahun yang sama.

Pada Februari 2012, SRC dipindah milik kepada Kementerian Kewangan beserta dengan baki RM1.7 billion dan hutang RM4 billion itu. 

Bermakna, semasa di bawah milik penguasaan 1MDB, sebanyak RM2.3 billion telah dibelanjakan.

Apakah yang telah dibelanjakan oleh 1MDB melalui SRC itu ? Apakah aset bernilai RM2.3 billion itu ? Masih adakah aset2 itu semasa diambilalih oleh Kementerian Kewangan ?

Menarik untuk kita berikan lebih perhatian kepada SRC pula ..... bersambung di artikel seterusnya .....

Artikel seterusnya - KLiK.

Share this article :

+ comments + 45 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 1:51 AM

Terbaekkk bro DT...

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2015 at 3:05 AM

Bersilat lagi macai Najib Din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 6:42 AM

BROTHER DIN,nampaknya SPRM ini sudah hilang pedoman dan kehilangan SOP.Dulu bukan main garang ,apabila mendapat laporan samar2 terus pergi tangkap hingga lontar keluar tingkap. Sekarang mana taring kamu,letak dekat mana kepala lutut ke.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 6:51 AM

Najib telah menjadikan institusi2 perundangan saperti SPRM ,BANK NEGARA ,AG,dan mungkin juga KEHAKIMAN lemah lunglai tak bermaya macam kena pukau,tidak tahu hendak melakukan sesuatu takut periok nasi terbalik.baik tutup saja bagi kpd polis KBAB51 untuk menjaga perundangan negara malaysia INI supaya cepat jadi FAILED STATE

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 7:52 AM

Do we have an honest and sincere MACC Head and IGP in Malaysia?

Why the need for MACC to go overseas to interview wrongdoers @ the accessories to najib's thievery?

Is the IGP not using his power correctly by seeking interpol to locate and bring them back to malaysia?

Waste of tax payers money.

I personally think IGP and MACC heads are having psychiatric problems or hallucinating?.......no?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 8:25 AM

Saya lihat cara pdrm dalam mengendalikan kes 1mdb ibarat badan yang Baru ditubuhkan semalam.....agak2 Cuba teka kpn bakal jd duta negara mana selepas beliau bersara nanti!!???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 8:47 AM

pak din cukup cukup lah memfitnah, masih mencari glamor mempengaruhi minda untuk membetulkan yang salah, saya selalu berkata kalau ade solid evidence pak din bawak lah pi jumpa sprm dan polis, asyik guna bukti orang lain, bila justo kata laporan di manipulasi bermaksud semua bukti tak boleh guna pakai, masih buta apabila senarai nama nama yang terlibat termasuk tun m, nurul, tony pua, dan aku hairan mereka ini tak ditangkap mengikut ISA, kalau duduk di singapore dengan pak din sekali dah masuk dalam, cukup lah pak din nanti mati mata terbeliak sama dengan pak kadir bukan sahaja menghina bangsa tetapi menghina ugama gak, istifarlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 9:56 AM

Korek Din... jangan tak korek. Melampau betul Najib dan penyamun2 dia. Tak main juta-juta. Semua beliyon-beliyon. Lepas tu bila nak kaburi mata Melayu Islam, dia hantar imam-imam pergi haji. Bila rahsia rasuah terbongkar, bolehlah imam-imam tu defend Najib sebab dia orang pun merasa hasil "derma" tu. Hai.. kadang-kadang tengok orang "alim" ni nak ketawa pun ye... nak nangis pun ye jugak. Cakap pasal ugama berdekah-dekah tapi bila kena batang hidung sediri.. baru nampak yg mereka tu sebenarnya bertuhankan duit lebih dari segalanya. Munafiq!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 10:00 AM

Siasat jgn tak siasat... letih dah dok tunggu.. asyik2 tunggu siasatan... asyik2 tunggu audit... takkan nak tunggu hukuman dari Allah baru nak bersuara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 10:09 AM

Sdra 8.47,

Bukti apa lagi?

Inilah bezanya antara IQ mat maslan (the macai boys) and rational thinking citizen..
One seeking the truth, the other issuing denials of the truth.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 10:23 AM

dalam islam memfitnah dan rasuah adalah dosa dosa besar, sekiranya najib melakukan nya dia patut dihukum dan allah akan menghukum dia dan keluarga nya sekiranya dia tidak mengaku, dan allah akan bayar cash, sekiranya dia tidak bersalah allah akan melindungi dia, keluarganya dan sahabatnya, tetapi bagimana kita yang sentiasa memftnah beliau, aku amat takut memikirkannya, renungkan lah. allah maha besar,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 10:26 AM

Anon 8:47 am.
Kalau tak paham lebih baik diam dari memfitnah blog DT. Semua dah jelas depan mata lagi mau tanya ? Sebabnya semua salah sr ? Swj ? Justo ?
Lepas tu suruh tangkap dr m bawah ISA ?
Dari pelenet mana kamu datang ? Kalau tak tau lebih baik diam. Negara ni dah tak ada ISA. Siapa yg mansunkan ISA ? Bercakap keluar dari lubang ju*ur itulah jadinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 10:35 AM

Anon 8:47 am.
Komen kamu menunjukan kamu tak guna akal. Cuma guna emosi.
Sebelum kamu komen lg elok kamu guna otak fikir apa bezanya maknusia dgn haiwan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 11:12 AM

Pembaca2 yg komen dan marah sprm kerana nak antar pegawai2 mereka utk soal-siasat tiga hamba Allah tu, apa sal? Biarlah sprm buat kerja mereka setakat yg mereka mampu.

Klu tiga orang tu tak mahu balik Malaysia kerana bimbangkan keselamatan mereka, maka apa salahnya sprm pergi ke tempat mereka. The fact that sprm has managed to communicate with them and they are willing to be 'interviewed' is already an achievement on sprm's part given all the obstacles they are facing now.

Pembaca2 yg marah ni, saya nak tanya, pernah tak anda disuruh buat kerja hingga berjaya tetapi kaki dan tangan anda diikat. Bila anda berjaya lepaskan ikatan, nak berjalan selangkah ada batu besar diletak di hadapan anda, berjaya lepasi batu besar, langkah beberapa langkah lagi jumpa kaca2 pecah.... dan paku2 berkarat.... macam-macam... masa tu anda mungkin pikir, okaylah kalau sebenarnya big boss memang tak mau kerja tu terlaksana, aku tak payah teruskan lah, apa aku susah.. gaji tetap masuk setiap bulan.

Anda mahu ke pegawai2 sprm bersikap begitu?

The fact that they (sprm officers) didn't give up should be appreciated. Janganlah nak hentam sedangkan mereka sedang berdepan dgn segala hadangan yang disediakan oleh pemerintah negara. Sepatutnya kita beri mereka semangat.

Saya masih ingat lagi peristiwa pegawai bank Bumiputera yg dibunuh di Hong Kong pada tahun 80'an dahulu ketika menjalankan siasatan ke atas skandal bank kebanggaan melayu tersebut. Arwah terkorban kerana dia semakin hampir menemui jawapan kepada misteri skandal bank itu (sudahkah anda lupa nama besar implicated dalam skandal tersebut? yg sekarang masih lagi menjawat kedudukan sebagai ahli parlimen)

Pegawai2 sprm juga mungkin akan menemui nasib yang sama tetapi hakikat bahawa mereka sanggup teruskan siasatan menunjukkan mereka meletakkan kepentingan negara lebih dari nyawa mereka.

may Allah protect them.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 11:36 AM

@Anonymous
Salam DT & Anon September 15, 2015 at 8:47 AM,
1. Sedare lebih percaya Justo (hanya kata2) drp berita2 (WSJ, SR, Blog2, Portal2, Akhbar2 SEDUNIA) yg tersiar di depan mata?
2. Apa perkara ini tidak pernah difailkan ke tengah (legal) dgn bukti2 oleh org2 tertentu? dahlah bro...tp apa terjadi... yilekssss
3. Toloooong jgn libatkan TDM & jgn guna agama utk menjustifikasikan kenyataan sedara yg "tak nyata" tuu..
4. Tolooong Cerdiklah sikit..please
tq

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 11:44 AM

Kalau baca blog-blog pro-najib, mereka selalunya akan guna alasan SRC tu bukan lagi anak syarikat 1mdb so kenapa perlu kaitkan dengan 1mdb lagi.

Sesungguhnya itu alasan yg sangat rapuh.

Kita ambil berat teramat sangat tentang hal-ehwal (translate=> untung/rugi) 1mdb sebab:

1) ia syarikat pelaburan milik Negara (bawah Menteri Kewangan)

2) ia melabur guna wang yang dipinjam sebahagian besarnya daripada KWAP (harta para pesara kita tuu.... mak bapak kita dan kita sendiri)

3) hasil pelaburannya sedikit yg untung, banyak yang rugi!

4) dan kemudian 1mdb pinjam duit lagi untuk bayar hutang yg tertangguh (bunganya aje berjuta-juta)

kita bimbang sbb kita duk kerja siang-malam cari duit bayar cukai. Duit cukai tu patut guna utk tambah baik prasarana Negara. Tambah hospital ke, besarkan university dan gaji lebih ramai pensyarah ke, tambahkan gerabak lrt/komuter ke... banyak lagi.

Sekarang nak buat projek tambatan banjir yg janji banyak tahun (in fact setiap kali lepas banjir berlaku), masih duk janji aje lagi.

Saya yakin, kalau banjir besar berlaku lagi bulan disember ni, depa akan janji lagi.

Kita nak orang lain pula ambil alih MOF.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 11:51 AM

Ko ni Din. Tak habis2 spin kes rm2.6 bilion.

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2015 at 12:15 PM

@Anonymoustang mana yg spin ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 12:53 PM

Din,

FYI, cuba bukak Australia punya news hari ni example www.ninemsn.com.au
PM Tony Abbott dah kena buang dengan undi tak percaya!

Masuk ni dah paling kurang tiga kali PM kat Australia ni bertukar dengan cara tersebut...

Kat Malaysia ni????

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2015 at 1:05 PM

Justo ckp laporan dimanipulasi.. mana laporannya?.. apa yg diberi pada SR.. apa yg dimanipulasi? Sebenarnya kita skrg hanya dgr ckp org,laporan?..tunggu penyiasat,task force dgn PAC sediakan. Mana agaknya mereka ni semua skrg...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 1:05 PM

Anon 11:51.. RM2.6B itu hanya 10% drp RM26B hutang 1MDB yg tak dapat dikesan..

Ini bukan spin.. ini duit hutang yg anak cucu kita kena tanggung..

Sedangkan bunganya pun tak mampu nak bayar, pokoknya sampai bila pun tak anak cucu kita tak boleh bayar..

~ Biar buta mata, jgn buta hati..

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2015 at 1:46 PM

Encik Din
Saya ingin tahu sama ada Ketua MACC sekarang ini masih cuti rehat ke atau cuti sakit. Mengikut peraturan General Orders kalau ketua bercuti lama jawatan mesti dipangku oleh Timbalan. Tapi nampaknya Timbalan tidak memangku jawatan Ketua Pesurohjaya dan Ketua Pesurohjaya tak nampak kelibatnya. Ini berbeza dengan Ketua Polis Negara yang dapat dilihat kelibatnya dan juga selalu keluar kenyataan akhbar/tv mengenai isu semasa.
Harap dapat En Din beri sedikit maklumat.

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2015 at 1:46 PM

Kalu gitu...boleh kira ke Haji macam jenis itu haji mahbrur....????

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2015 at 2:34 PM

Masih khayal dgn perpepsi. I'm quit...
Doa yg terbaik utk semua.... As Salam.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 15, 2015 at 3:03 PM

Assalammualaikum wmt,
Kesian SPRM. Terpaksa buat soalsiasat diluar negara. Ikut kehendak tiga ekor pecacai yg kononnya takut balik ke Malaysia kerana keselamatan mereka tak terjamin. SPRM terpaksa jalankan tugas juga walaupun terpaksa ke luar negara. Syabassssssss!

Persoalannya apa maksud 'keselamatan tak trjamin' tu? Apakah mereka takut akan diculik atau dibunuh kerana isu yg membabitkan tugas mereka selama ini yg ada sangkut paut dgn 1MDB?

Siapa yg mereka takutkan sangat hingga terpaksa lari ke luar negara macam seorang pembunuh wanita Mongolia yg telah dijatuhi hukum gantung sampai mati tu. Tidak mustahilkah mereka diarah melarikan diri sebagai mana pesalah yg terhukum membunuh Altantuya?

Entahlah! Lagi banyak kemusykilan, macam-macam persepsi yg boleh diluahkan. Seram dan ngeri untuk disebut dikhalayak umum.

Apapun persoalan demi persoalan tetap akan tercetus hari demi hari. Antara satu saling kait berkait. Dah jadi macam jaring perangkap. Henjut di sana, di sini bergerak. Meronta disana, semakin menjerut di sini.....

Hanya Allah swt saja yg tahu apa kesudahan cerita yg semakin bercelaru itu....
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
September 15, 2015 at 3:18 PM

kami yg bukan pro najip sebenarnya tidak memfitnah pun...tak pernah kami fitnah pada najip...tidak pernah...kami hanya bertanya "tanya" "tanya" "tanya"
atau kata lainnya persoalkan kekalutan yg dibawa oleh najip itu.
tak boleh ke?

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
September 15, 2015 at 3:29 PM

apa kena mengena justo ni dgn kes 2.6bilion tu.orang tanya betul ke duit ada masuk kat akaun peribadi?dia xngaku pun...org lain yg telebih tau yg jawap..mana hilangnya 3 orang penting tu?mungkin mereka pun takut dihilangkan agaknya kalau terus duk kat malaysia ni.
i.s.a puihlawan najip dah mansuhkan laaamaaa dah.tu laa dok dlm gua lama sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
September 15, 2015 at 5:40 PM

Salam Sdr. Din & Semua pengomen-pengomen budiman sekalian,
Pada pendapat saya, kita tidak seharusnya merasa marah kerana SPRM terpaksa keluar negara untuk mengambil kenyataan mereka yang terlibat itu, Kita harus memahami bahawa mereka ini takutkan keselamatan mereka sekiranya berada di Malaysia kerana ianya sudah ternyata PDRM sendiri tidak mampu menjamin keselamatan Perdana Menteri Malaysia ketika beliau hendak hadir ke Majlis Tertutup Nothing2Hide dulu yang bertempat di dalam bangunan UMNO itu sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 6:31 PM

Mengikut sop SPRM apabila seseorang itu disyaki terlibat dalam rasuah individu itu akan ditahan dan disiasat di pejabat SPRM. Di luar negeri SPRM tidak dapat membuat apa2 .TAK USAH DOK BOHONG RAKYAT MALAYSIA LAH.HAMPA DAH HILANG TARING.dan bolih tutup dan dissolve SPRM.Tak palah kalau nak makan gaji untuk nak hidup pergilah tangkap"small fish"dan lepas itu buat berita BESAR2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 6:43 PM

kelak pasti akan terbongkar. mereka yg menipu dan bersalah hidup tak akan tenang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 7:14 PM

@Anonymous
Anon 6.31pm,

Ko ni pun satu. SPRM gi oversea bukan nak tangkap depa, tapi nak dapatkan keterangan mereka....macam interbiu. Dari keterangan itu bley lah disangkutkan sesapa yg sebenarnya bersalah dalam hal ini. Jelas mereka yg nyorok oversea ni tak bersalah kot, jadi macai n balaci saja. Apa boss suruh kena ikut. So, tak bley ka? Melanggar SOP ka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2015 at 9:22 PM

Bro din...
Adakah undang2 malaysia terpakai untuk merakamkan percakapan mereka2 di luar negara itu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2015 at 9:32 PM

Teman dah letih..dah naik meluat..kalau lah najib n kroni buat kesilapan..dan rakyat menanggung kerugian..kehidupan terhimpit kerana isu ini melibatkan kewangan yg besar..kita terkesan akibatnya..maka kita tergolong dlm kumpulan mereka yg dizalimi..maka senjata kita adalah....berdoa..kerana doa mereka yg dizalimi...tiada hijab...mohon lah kpd allah agar diberi petunjuk..ingat jgn dia mohon bala kpd najib..mohon allah tunjuk kebenaran..janj allah adalah benar..lakukan lah..dari kita pot pet pot pet...kita serah diri pd allah..ingat..balasan allah....cash...so kita tunggu lah..penguasa yg zalim..syurga bukan .'....'..'dan pasti bukan miliknya..insyaallah..

....................
Reply To This Comment ...................
September 15, 2015 at 9:33 PM

Teman dah letih..dah naik meluat..kalau lah najib n kroni buat kesilapan..dan rakyat menanggung kerugian..kehidupan terhimpit kerana isu ini melibatkan kewangan yg besar..kita terkesan akibatnya..maka kita tergolong dlm kumpulan mereka yg dizalimi..maka senjata kita adalah....berdoa..kerana doa mereka yg dizalimi...tiada hijab...mohon lah kpd allah agar diberi petunjuk..ingat jgn dia mohon bala kpd najib..mohon allah tunjuk kebenaran..janj allah adalah benar..lakukan lah..dari kita pot pet pot pet...kita serah diri pd allah..ingat..balasan allah....cash...so kita tunggu lah..penguasa yg zalim..syurga bukan .'....'..'dan pasti bukan miliknya..insyaallah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 3:04 AM

714...ikut ckp boss di kira 'ACCESSORIES'...ada paham ka?

Ada baju biru wat per? X ke patut demand baju biru flag dorang? Klu bju biru x mau x ke blh kluar warrant? G mahkamah?

Ko ingat ni negara koboi? Buat salah dlm negara, kerakyatan negara ni, sykt negara ni pasai pe plak na kat luar? Byk cantik! Ingat duit yg dorang guna nak g obersee tu duit mak bapa dorang?

Ada rakyat otak udang camni ler negara hancur...ada undang2 guna cara koboi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 3:08 AM

Doa bagus tapi perlu ada tindakan...tu yg bezakan manusia ngan binatang...manusia diberi otak utk fikir, kaki tangan utk mengerjakan.

Klu semua nak berserah, x yah keje, x yah blaja, x yah wat apa2...g sembahyang dan menetap terus kat masjid2...doakan supaya anda dimurahkan rezeki dan semua yg baik TANPA buat apa2

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 3:17 AM

Eleh.. itu je yg kau dapat cakap wahai penjilat kahak mat najip? Hanya kerana ntah berapa sen kau dibayar, benda yang terang lagi bersuluh spot light stadium di tengahari buta pun kau kata spin?

Dah din toksah layan beruk macamni. Baru dapat upah pisang dah meloncat macam kena belacan

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 3:19 AM

Keselamatan tak terjamin? Ye la ada C4 tunggu mereka agaknya..

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 3:21 AM

Silap2 C4 yg tunggu org SPRM kt oversea tu..

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 3:53 AM

Ada sesiapa drp SPRM yg boleh komen bab ni?

Tapi ayat u ni pun funny jugak.

"Jelas mereka yg nyorok oversea ni tak bersalah kot"

Ok skg tgk betul2. Mula2 u kata dah jelas, tp kenapa u akhiri dgn 'kot'? U sendiri pun xconfident dgn statement u so mcmana tu?

Memang pada kebiasanya SPRM akan ambil keterangan atau adakan soal siasat di premis SPRM sendiri. Jika soal keselamatan yang timbul, mereka sepatutnya meminta pihak SPRM memberi jaminan keselamatan kepada mereka untuk balik ke Malaysia bagi membantu siasatan. Bukannya suka2 hati panggil SPRM masuk mengadap mereka di ntah mana negara mereka berada. Tambang pegawai SPRM tu mereka nak payung ke? Duit rakyat lagi terbazir.

Tambahan pula, dengan secara umum mereka menyatakan rasa tak selamat untuk balik ke malaysia, bukankah itu petanda sejelas2nya bahawa ada sesuatu (atau banyak), yg tak kena mengenai kes SRC tu, sehingga keselamatan jadi taruhan jika mereka balik dan 'buka mulut'?

Saya tertarik dengan statement seorang yg memberikan komen iaitu:

"Bila bertanya disamakan dengan fitnah, maka maknanya anak2 kita yg baru lepas upsr, bakal duduki pt3 & spm serta stpm berhadapan dengan fitnah juga pada skala yg lebih dahysat - ada dalam bentuk objektif, struktur malahan esei!"

Tolonglah jangan pura2 samakan bertanya dengan fitnah. Fitnah adalah satu dosa besar, sedangkan bertanya bukanlah satu dosa pun dalam Islam. Malah digalakkan terutamanya dalam mencari kebenaran.

Dalam mahkamah, peguam dan pendakwa juga bertanya mcm2 soalan. Adakah itu juga satu bentuk fitnah?

Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan anak2 Adam a.s. sehingga hari kiamat. Maka janganlah ada di antara kita ni jadi setan juga dengan menyesat2kan manusia yg lain demi imbuhan yang tak seberapa (jika ada - jika tak ada lagi parah sebab rugi dunia rugi akhirat).

Wassalam.

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 4:01 AM

Pembetulan. 'Kesilapan' bermaksud sesuatu perbuatan yang dilakukan untuk tujuan yang menguntungkan/baik tetapi akibat keputusan yang diambil secara terburu2 atau pertimbangan yg x tepat maka hasilnya merugikan pelakunya. Boleh juga ditafsirkan sebagai 'Tidak sengaja'.

Tetapi jika perbuatan itu dirancang supaya hasilnya memang merugikan pihak lain tapi menguntungkan pelaku, itu bukan lagi 'Kesilapan'. Ia sudah menjadi satu

"JENAYAH"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 6:34 AM

Off topic..

Tgk...si abbot kena undi tak percaya...ok je ostrolia tu. Takdenya tumbang kerajaan ke...perang ke...apa ke...

Mana dia pencacai umno bertaraf mentri yg bangang sangat tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 6:36 AM

Sprm...

Baik bubarkan je jabatan ni...membazir duit cukai rakyat je

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 16, 2015 at 6:54 AM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Betul sangat ler tu.
Macam kes derma USD700 juta tu kan?
Kalau SPRM tak sahkan ianya duit derma takkan Najib dan konco-konconya mengaku ada. Dan baru diberitahu ianya dari Pak Arab. Barulah TPM Zahid kata dia dah jumpa Pak Arab tuuuuuu......

Sabar jer lah. Kita tunggu apa pulak yg akan dijelaskan SPRM hasil soalsiasatnya ke atas tiga ekor tukang urus kongkalikong 1MDB tu nanti.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 2:06 PM

daripada jawapan kamu, jelas bahawa kamu tak tahu dan tidak mahu mengambil tahu apa isu ini sebenarnya.
Kalau kamu mahu mengambil tahu kamu akan tahu banyak benda yang kamu tak tahu...

Post a Comment