........... Isu Deposit USD1.4 Bil - IPIC Kena Sahkan Dakwaan WSJ itu Palsu ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Deposit USD1.4 Bil - IPIC Kena Sahkan Dakwaan WSJ itu Palsu !

Friday, September 11, 201515comments


Bersambung dari artikel sebelum ini, 1MDB segera membuat penafian pendedahan WSJ yang mendakwa deposit USD1.4 bil yang dibayar 1MDB kepada IPIC telah hilang.- astroawani. Kenyataan akhbar 1MDB - KLiK.

Kenyataan 1MDB menyatakan -

1 - 1MDB tidak boleh komen akaun pihak lain. Akaun 1MDB sendiri ada menyatakan amaun dan tujuan dana itu dibayar

2 - 1MDB mengesahkan pihak IPIC menyediakan jaminan itu, yakni tujuan dana itu diberikan kepada IPIC

3 - 1MDB mengesahkan pihak auditor Deloitte telah membuat pengesahan mengenai deposit itu

4 - Deloitte mempertahankan proses audit yang telah mereka jalankan semasa bertemu PAC


Sebenarnya 1MDB tidak menafikan dakwaan WSJ bahawa deposit itu telah hilang di pihak IPIC kerana bagi mereka, itu bukan masalah 1MDB. 

Setakat yang 1MDB tahu, semuanya OK di pihak 1MDB. Kalau nak pengesahan atau berita lanjut, itu kena tanya IPIC la ! Kehilangan itu berlaku dipihak IPIC. Begitulah lebihkurang maksudnya.


Ya, kita kena terima audit yang telah dilakukan oleh Deloitte. Deloitte dah sain penyata itu, dan penyata itu tulis ADA dibayar deposit kepada IPIC. Apa2 hal, Deloitte bertanggungjawab.



Soal samada info itu adalah rahsia dan ia dibocorkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi saya tidak penting sebab info mengenai pembayaran deposit itu sudah diumumkan dalam penyata kewangan 1MDB malah turut dinyatakan oleh Arul Kanda bulan Jun lalu.



Kan terang dan nyata disebut Aabar Deposit tuh !

Dan penyata akaun IPIC juga terbuka kepada umum, dan WSJ tidak menjumpai sebarang rujukan kepada deposit itu di pihak IPIC..... makanya artikel mereka itu.

Bila tidak dinyatakan dalam akaun IPIC, maka disebutlah bahawa pihak IPIC tidak menerima wang itu dan tidak dapat dipastikan apa yang sudah berlaku kepada wang deposit itu.

IPIC’s consolidated financial statements, however, contain no reference to the receipt of the payment. Two people familiar with the matter said IPIC and Aabar never received the money. It isn’t clear what happened to the funds. 1MDB didn’t respond to requests for comment.
.
Setakat itu, tidak ada sesiapa yang menuduh 1MDB menghilangkan wang USD1.4 bil itu. Pihak yang  kena jawab atau mengesahkan dakwaan WSJ itu adalah IPIC.

OK setakat ini ?

Pada pandangan saya, pihak 1MDB seharusnya berasa cuak atau risau lah juga dan mengambil inisiatif untuk mengesahkan dakwaan itu dengan pihak IPIC. Tanya IPIC, betul ke mereka tidak ada terima deposit itu ?

Kalau IPIC jawab , Ya, betul IPIC tidak ada terima deposit itu ...... maka pihak Deloitte lah pulak kena jawab, bagaimana mereka boleh sahkan dalam akaun yang mereka audit bahawa deposit itu wujud.

Kalau IPIC jawab Dakwaan WSJ itu tidak benar, deposit itu wujud dan ADA dalam akaun mereka .......... selesai cerita. Dan semua pihak boleh kritik WSJ atau saman WSJ sebab siarkan maklumat palsu.

Bukankah itu jalan yang terbaik dan menyenangkan semua pihak ?

Taklah isu ini jadi panas atau berpanjangan ...... jangan salahkan rakyat yang melompat sebab sememangnya apasaja isu mengenai 1MDB ini dianggap sensitif.

Duit 1MDB adalah duit rakyat ! Walaupun ada pihak yang cuba menafikan perkara itu, hakikatnya jika 1MDB kantoi bayar hutang, rakyatlah yang akan menanggungnya secara tak langsung.

Seharusnya diambil pendekatan yang tidak menjadikan perkara sebegini panas atau menjadi polemik kalau jalan penyelesaiannya ada.

Tapi yang ini agak kelakar sikit -

astroawani

Kenapa SKMM pula yang nak bertindak jika ada berita palsu mengenai 1MDB ? Kenapa tidak 1MDB sendiri yang bertindak ? 
  

PS - Bulan Mac lalu saya ada tulis mengenai Deloitte - 1MDB - Maksumkah Deloitte ?,


Ada dinyatakan -

2. The infamous RM7 billion Caymans account (SPC). As you know, Segregated Portfolio Companies (SPCs) are notoriously difficult to value.



Deloitte took pains to highlight in the notes that they depended on unidentified “independent third party valuers”, meaning they themselves did not do a mark-to-market or other valuation. Furthermore much of 1MDBs total RM16 billion cash and portfolio investments held abroad is classified by Deloitte in the notes as "Level 3 assets", i.e., illiquid assets whose fair value cannot be determined by observable measures (high levels of Level 3 assets have been implicated in insolvent companies of the 2007 global financial crisis).

PS2 - Bagi saya, adalah PENTING untul disahkan apakah benar dakwaan WSJ bahawa deposit itu tidak diterima oleh IPIC sebab implikasinya besar. Siapa yang harus bertanggungjawab jika benar IPIC tidak ada terima duit itu ? Takkan nak dibiarkan hangus begitu saja ? ? ?

Pihak IPIC pula seharusnya segera buat pengesahan supaya dapat meredakan sebarang spekulasi negatif.

PS3 - Najib pula harus mencontohi reaksi pantas 1MDB ini dalam menjawab isu derma.... Sehingga kini Najib masih belum keluarkan sebarang kenyataan resmi mengenai RM2.6 billion itu. Dakwaan Tun Mahathir dalam artikel terbaru (KLiK) chedet akan saya ulas selepas ini !

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 6:58 AM

Senang je...

Jika 1mbd dah bayar...
Tp epic/abar pula tak terima...ie takde dlm akaun depa (audited account)...
Kesimpulannya...yg kantoi adalah audit firm iaitu deloit..

Sbg sebuah firma besar...yg sdh tentu nak jaga maruah dan reputasi depa...sudah tentu deloit akan bertindak....unless mmg depa yg kantoi cuai...itu je..

Tak sabar nak tunggu episod seterusnya...interesting story..full of lies...deceives...irresponsilities...pondans....opppps....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 7:05 AM

Biasalah bagi pihak-pihak yang boleh digelar" vested interest" memang tugas mereka menegakan benang basah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 9:22 AM

Hati syahbandar terasa sebak
singapura dilanggar todak
Orang lain yang kena tembak
orang lain pula bertindak

-anti-bangsat-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 10:09 AM

Perniagaan berbilion RM yang sangat rapuh. Hasilnya kalau rugi tentunya berbiliion juga tetapi untungnya entah ke mana! Kerajaan yang memerintah tak perlulah berniaga kerana berisiko cuma kemaskinikan saja sistem percukaian dan rangsangkan ekonomi berasaskan pengeluaran industri makanan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 10:22 AM

Selalunya bila melakukan audit bahagian "investment", auditor akan hantar surat pengesahan kepada pihak yg berkenaan untuk sahkan akan adanya "investment" tersebut. So in this case, Deloitte akan hantar surat ke IPIC. Deloitte tak boleh keluarkan audited account selagi IPIC tak confirm akan adanya investment tu. If ada surat pengesahan dari IPIC, maknanya Deloitte dah buat kerja dia.

Jika ada surat pengesahan dari IPIC tapi takde duit recorded dalam akaun IPIC.. jeng jeng jeng maknanya ada corruption di IPIC. Collusion dengan 1MDB? Semakin menarik drama arahan Najib-Rosmah-Jho Low ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 10:45 AM

Bro Din, Malaysia punya fiasco version similiar to the Enron case audited by Arthur Anderson before the collapse of the company!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 11:28 AM

BRO DIN..

Ko kena ingat nie Mazhab Najib... Mazhab Najib duit haram sama macam duit derma.. ramai menteri BN dah berbaiah dengan Mazhab baru MAZHAB NAJIB.

NANTI AKU MINTA JAKIM SIASAT MAZHAB NAJIB NIE..

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2015 at 11:47 AM

Alasan nak terminate kan guarantee mereka terhadap 1mdb sebab dah IPIC dan nampak malapetaka dibadan 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 11:52 AM

setuju. saya sentiasa percaya bahawa kerajaan tak perlu berniaga tetapi hanya berfungsi sebagai pemudahcara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 2:36 PM

Jangan-jangan 'on paper' saja nyatakan 1MDB bayar kpd IPIC, tetapi sebenarnya telah dibayar kpd pihak lain.

Kita kena tunggu pengesahan dpd IPIC dan Auditor berkenaan. Harap-harap jangan tiada dikatakan ada sudahlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 4:22 PM

Hahaha....ko caya ker????!!!
Dpd ko bawa bhn yg boleh jadi kutukan dan fitnah...silap2 hari bulan...ko tggung dosa mrk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 4:42 PM

Betul kata Encik Din, si Arul ni jawab macam 1mdb tak risau lansung bila kluar berita yg duit tu 'tidak tercatat' dalam akaun IPIC. Bukan ke duit tu duit deposit? atau istilah yg 1mdb guna ialah 'financial asset'... haah... kalau dah 'aset', kenapa tak risau pulak?

Kalau saya beli rumah, dan saya dah bayar kpd pemaju duit berpuluh ribu sebagai deposit, dan saya ada resit sah sebagai bukti pembayaran, tup ... tup ... saya diberitahu yg si pemaju cakap mereka tak terima duit tu. Saya pasti akan risau! Duit berpuluh ribu tu!

Takkan saya dgn selamba je cakap, eh... saya ada resit, saya dah bayar deposit tu. Kalau duit tu takde dalam akaun awak, itu bukan masalah saya.... Takkan saya tak risau!?

Buatnya pemaju cakap oleh kerana mereka tak terima duit tu, maka rumah yg saya booked dah dijual kpd orang lain. Abis tuu.... deposit saya??? hangusss...???

Cara si Arul ni jawab macam dia lebih risau pasal transcript prosiding PAC bocor. Pasal deposit tu mungkin dah hilang, 1mdb tak risau langsung.

Ketika WSJ dedahkan pasal duit berbilion RM dalam akaun peribadi PM.... ramai yg tuduh WSJ menipu. ...... tapi kemudian ternyata dakwaan tu benar.

Sekarang..... bagaimana kalau dakwaan ini juga benar?

Atau.... siapa yg dah menipu dan siapa yang dah kena tipu....???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 5:19 PM

Semalam saya terbaca satu posting oleh blogger pro-PM.
Selama ni saya tertanya-tanya kenapa blogger pro-Najib masih tak mahu lihat dari perspektif kita.

Sekarang baru saya faham kenapa.
Rupa-rupanya mereka berpegang kepada fakta bahawa 1mdb telah diaudit oleh firma2 audit tersohor dunia makanya "mustahil" 1mdb ada buat perniagaan yg 'pincang'.

Macam DT tulis laa.... maksum ka firma2 tu? Dah lupa ka kes Enron tu? Bukan ke Arthur Anderson tu juga ialah sebuah firma audit yang Gah (once upon a time) ?

So, kata si blogger ni, kalau laporan audit firma2 yang Gah ni (seperti Ernst & Young dan Deloitte) silap... maka gawat lah ekonomi dunia sebab banyak syarikat besar dunia juga menggunakan khidmat firma2 ni. Aiyoo.... sampai ke tahap tu equation nya!

Justeru... si blogger ni kata takde sebab nak percaya segala 'fitnah' terhadap 1mdb.

hmmm.....

tapi.... atas dasar apa pula mereka boleh terima alasan 'derma' tu ya?

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2015 at 6:58 PM

Kita diberi akal untuk fikir .... kalau ada keraguan, kita bertanya minta kepastian. Artikel ini lebih kepada bertanya. Salahkah ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 11:19 PM

Apa2 hal pun banyak yg dah kantoi,pusing2 d katakan fitnah.tapi tengok PM muka dan suara dah lain.Mati beragan nampaknya

Post a Comment