........... Isu Deposit USD1.4 bil - Dalam Nota Penyata IPIC Pun Tidak Disebut Tentang Deposit ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Deposit USD1.4 bil - Dalam Nota Penyata IPIC Pun Tidak Disebut Tentang Deposit !

Saturday, September 12, 201514comments

Rakan blogger, SatDee ada menulis di status FBnya dua hari lepas satu skrinshot Nota Akaun IPIC untuk tahun kewangan 2012 dan 2013 ( keduanya sama ) yang ada sebut tentang Perjanjian Penjamin antara 1MDB dengan Aabar/IPIC. 

Ingat balik artikel WSJ baru ni yang mendakwa USD1.4 billion deposit yang dibayar oleh 1MDB kepada IPIC sebenarnya tidak diterima pun oleh IPIC berdasarkan akaun IPIC yang langsung tidak sebut tentang deposit itu. 1MDB mempertahankan kewujudan deposit itu bersandarkan akaun mereka yang telah disahkan oleh juruaudit Deloitte ( KLiK ) .



Nota dari penyata kewangan IPIC itu langsung tidak sebut tentang sebarang deposit pun ! 

In respect of these financings, the Company benefits from co-guarantess and support from 1MDB and has secured for its Group the right to acquire up to a 49% stake in  bla bla bla ( IPP milik 1MDB )

Sebagai balasan menjadi penjamin kepada 1MDB, IPIC menerima hak untuk memiliki 49% pegangan  ......  tak disebut pun tentang sebarang deposit.

Pelik juga ..... deposit kan duit dan nilai USD1.4 billion adalah satu amaun yang besar dan seharusnya disebut dalam akaun IPIC, paling tidak pun, disebut dalam Nota Akaun.

Apakah mungkin Deposit berkenaan merupakan satu transaksi off balance sheet seperti juga transaksi off balance sheet Derma RM2.6 billion ? yalah .... ia wujud cuma tak dimasukkan dalam penyata kewangan jer ..... dan hanya di akui SELEPAS didedahkan oleh paper !

Saya berpendapat pihak 1MDB seharusnya lebih serius dalam menangani isu ini, bukan sekadar menyatakan bahawa dalam akaun 1MDB ada disebut, dan ia telah disahkan oleh Deloitte.

Pihak Deloitte pasti ada surat pengakuan dari pihak IPIC yang mengesahkan kewujudan deposit itu sebelum mereka memasukkan amaun itu ke dalam akaun 1MDB ( itu SOP biasa audit )

Dan pihak 1MDB pun pastinya simpan rekod transaksi semasa penyerahan/transfer wang itu dengan resit penerimaan dari IPIC, atau dokumen perjanjian yang ada sebut tentang deposit itu.....  semuanya pasti ada bukti.

1MDB tak risau ke duit rakyat sebanyak USD1.4 bil yang didakwa dipegang oleh IPIC sebenarnya tidak diterima pun oleh IPIC ?

Kita cuma nak pastikan saja yang wang 1MDB selamat. Deloitte walau antara syarikat audit terbesar dunia pun, tak semestinya telus. Ini terbukti dengan beberapa kes penipuan yang melibatkan syarikat2 gergasi lain yang turut diaudit oleh syarikat audit besar yang pernah beri kesan negatif kepada ekonomi negara besar seperti US.

Kita tidak mahu tuduh sesiapa dalam isu ini, kita sekadar mahu kepastian saja. Kalau deposit itu masih ada, alhamdulillah ..... tapi bagaimana kalau takde ? Kita tidak mahu lihat 1MDB kena tipu jer...

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 2:52 PM

Nampak gaya deposit USD1.4 bil pun dah 'gone with the wind'.
1MDB tak perlu risau kerana itu bukan duit mereka, duit rakyat, peduli apa..

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2015 at 3:17 PM

KANTOI......dah kena tangkap basah...!!! Tepat..1MDB adalah 1Malaysia Di Bodohkan...seluruh rakyat Malaysia dibodohkan. A broad daylight robbery by 1MDB steered by Najis, wife & gang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 4:15 PM

DT,kemungkinn baju merah akan buat kenayaatan /menyelesaikan kemelut yang anda tanya itu.Yang lain banyak kelentong,lain ditanya lain jawapanya.Jawapan asik menyatakan kompromi nak guling kerajaan.tak ada masa nak siasat komplin rakyaat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 8:38 PM

salam,
jawapan daripada penjawab ialah tunggu audit, tunggu pac siasat dengan ahli baru, buat laporan polis, buat laporan sprm, biar bank negara siasat. semua laporan akan dihantar kepada menteri kewangan, dan dibincang dalam kabinet, pm akan ambil tindakan. sabar, tungguuuuuuuuu, pru14 lambat lagi. banyak hari lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 8:51 PM

Najib pernah berbicara apa itu seorang munafik:

1. Bila bercakap, cakap bohong
2. Bila berjanji, mungkir janji
3. Bila diberi amanah, mengkhianati amanah

Kita renung dengan teliti tanpa prasangka dan prejudis;

1. Bercakap pasal duit dipindah dari cayman island ke akaun di singapura, najib BERCAKAP BERBOHONG DALAM PARLIMEN........No?

2. Berjanji menubuh Task Force/PAC menyiasat 1MDB, najib MUNKIR JANJI DENGAN MEMBUBAR KEDUA2 BADAN TERSEBUT........No?

3. Diberi amanah dalam syarikat 1MDB, najib MENGKHIANATINYA DENGAN MENERIMA RM2.6 BIL WANG RASUAH DALAM AKAUN PERIBADI........No?

Persoalannya siapakah sebenarnya MUNAFIK?

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2015 at 10:46 PM

Perjalanan segala urusniaga 1MDB ini memang amat sukar untuk kita ni orang biasa-biasa untuk fahaminya. TS Muhyiddin sendiri sukar nak fahami, Deloitte pun pening but siapkan juga audit. Ernst & Young pun pening then tak mahu muktamadkan audit mereka terhadap accounts 1MDB. But sebahagian ketua bahagian Umno ( yang SPM pun tak lulus) ini pula seolah-olah menyatakan 1MDB ini lancar tanpa ada any 'hanky panky'...

As part the state-to-State relationship between the Emirate Abu Dhabi and Malausia, the Company agreed in 2012 to guarantee the obligation of certain subsidiaries 1MDB, a strategic development Company wholly-owned bybthe Goverment of Malaysia. :- Pencacai bukan main lagi menyatakan yang 1MDB tidak gunakan duit rakyat. Kenyataan atas kan jelas menyatakan urusniaga itu dijamin oleh kerajaan Malaysia. Sangat jelas...

In respect of two financing in the enegy and power sector amaunting to US3.5 billion in total. In respect of these financing, the Company benefit from back-to-back guarantee and support from 1MDB and has secured for its group the right. :-

Saya suka tumpu pada 'in respect of the financing' & 'back-to-back guarantee' ini. Lihat la, untuk US3.5 billion ini, IPIC minta jaminan kan...? So, adakah 2.6 billion ini pula dengan senang hati sesorang itu nak derna sahaja pada presiden Umno tanpa seorang pun ahli Umno lain tahu berkenaannya...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 1:23 AM

Sdr DT,

Kalau melihat kepada kedua-dua petikan Annual Report IPIC di atas, adakah ia bermaksud bahawa jaminan itu cukup dengan option untuk membeli share 49% dari aset2 tersebut? Dan adakah ia bermaksud bahawa deposit tunai tidak perlu sama sekali ada untuk tujuan jaminan ini?

Kalau begitu, kenapa 1MDB beria-ia mengatakan deposit itu ada...sampai ada dalam senarai belanja 1MDB? Kenapa harus 1MDB membayar deposit tunai tersebut?

1MDB bayar deposit ni kepada siapa sebenarnya?

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 1:59 AM

@Anonymousperlu atau tidak deposit tunai.... wallahualam. Yg tertera di atas adalah - deposit tunai usd1.4 bil tidak tercatat dalam Nota Penyata Kewangan Ipic

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 2:27 AM

Apa apa bentuk bayaran kecil maupun besar tentu ada dalam penyataan setuju bayar setuju terima dari kedua2 belah pihak, bagi pihak pembayar pula akan keluarkan vaucher spesifikasi bentuk bayaran yg dibuat kemudian pihak penerima bayaran pula akan keluarkan receipt of acceptance @ sebarang statement pengesahan terima bayaran, 1mdb ada tak ni semua nampak kalut cam takda jer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 2:49 AM

oh ya satu lagi dgn jumlah besar usd1.4B bayaran tentu sekali libatkan akaun bank penerima & tentu sekali mustahil bila tidak terdapat dalam penyata kewangan IPIC jika betul bayaran sudah dibuat melainkan bayaran dibuat tidak mengikut terma yg mengakibatkan IPIC tidak menerima jumlah tersebut jika benar kemana wang itu pergi?

minta bro din tulis pasai Antatuya Al Jazeera plak hot ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 3:28 AM

1mdb mengatakan yg mereka tiada hak untuk mencampuri urusan audit IPIC adalah satu alasan longgar bagi mengaburi keresahan rakyat Malaysia walhal 1mdb boleh mendapatkan pengesahan daripada bank pembayar (1mdb) & bank penerima (IPIC) berkenaan dengan transaksi usd1.4B yg dibuat jika benar ada dibuat supaya dapat di jelaskan kepada rakyat.

Aku lebih cenderung mengatakan tiada sebarang bayaran yg 1mdb buat kepada IPIC sebaliknya apa yang berlaku ialah 1mdb membuat gadaian tanah TRX kepada IPIC sebagai pertukaran jaminan dari IPIC serta tawaran melabur di TRX manakala usd1.4B telah dibawa berpusing pusing utk di lenyapkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2015 at 5:34 AM

Yes... Agak tinggi peratus betulnya fakta tuan. Ingat semula awal perjanjian antara 1MDB ➕ Petrosaudi. Memang betul ada pembayaran or wang keluar dari account 1MDB, yang tak betulnya duit itu bukan direct to Petrosaudi but to account Jho Low. Ini urusniaga yang sangat pelik.

Mungkin ini la persamaan hal IPIC dimana memang ada pembayaran dari account 1MDB but entah pada siapa then 'missing in action' la jawapan tepat. Maybe ini juga punca pada April lepas Khadem out dari IPIC then Mohamad Hisseiny out dari Aabar Ogos lepas.

In Malaysia yang peliknya belum ada sesiapa lagi didapati bersalah dalam urusniaga 1MDB. Bak tragedi mammoth crawler crane (bukan tower crane) tumbang in Makkah, punca salah diletak pada tempat lain. Saya masih tetap 'hati panas' tentang sukar sangat ke untuk kerajaan kita kesan dimana Nik Faisal, Mohd Suboh & Jho Low ni sembunyi diri...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2015 at 12:46 PM

Hitam-hitam si buah manggis
walaupun hitam manis isinya
duit hilang bagaikan magis
sudah dibayar mana hilangnya?

-anti-bangsat-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2015 at 9:02 AM

Bila org tanya kau tuduh org nk guling kerajaan.. org nk guling penipu bkn kerajaan. Masa kau tak lama.

Post a Comment