........... IACC - Letak Jawatanlah Najib ! @ Memang Muka Tak Malu .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

IACC - Letak Jawatanlah Najib ! @ Memang Muka Tak Malu ....

Friday, September 4, 201533comments


Tan Sri Rafidah Aziz turut meluahkan perasaan malu yang teramat sangat bila nama negara dikritik hebat dan integriti Najib dipersendakan di pentas dunia dalam Persidangan IACC.

Tetapi kita tidak boleh mengabaikan kritikan dan pemerhatian itu. Mereka betul. - TMI.

Hah, Najib mana tahu malu !

Begitu juga dengan kepimpinan Umno yang terus beri sokongan kepada Najib. Biar satu dunia memandang serong kepada Najib dan Malaysia, namun Najib tetap juga mereka julang. 

hadooooi .... mana la rakyat nak letak muka bila ditanya oleh orang luar tentang Najib. 

Kita semua dah biasa dengar cerita2 tentang betapa kagum dan cemburunya orang luar bila disebut tentang Malaysia dan nama Tun Mahathir.... tapi itu duluuuuuu ..... Sekarang ?

Semuanya angkara Najib. Takkanlah semua orang yang mengkritik Najib itu salah ? Bukan sorang dua, bukan pembangkang saja, malah jutaan rakyat Malaysia dan ratusan juta lagi rakyat dunia turut memandang serong kepada Najib !

Kalau masih tak sedar lagi, memang Najib bersama kepimpinan Umno yang terus menyokong beliau, muka tak malu !

Semalam dah ada sorang perwakilan IACC yang berkata kalau kes macam Najib ni berlaku di Eropah, dah lama orang itu meletakkan jawatan supaya siasatan dapat dijalankan bagi membersihkan namanya, kini sorang lagi yang berpengaruh, Pengerusi gabungan Konvensyen Anti Rasuah PPBB (UNCAC) Manzoor Hasan turut menasihatkan Najib supaya berundur supaya siasatan yang telus dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan.




Dalam dunia yang ideal, kita mahu melihat perdana menteri terus kekal, dan siasatan berlaku. Tetapi saya fikir realitinya adalah jika mereka tidak meletak jawatan, proses penyelidikan boleh dipengaruhi dan boleh menjejaskan keseluruhan proses. - TMI.

Apabila ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan, beliau berkata, "Ya, saya pasti akan berkata demikian bagi kepentingan siasatan yang adil."

Pandangan rakyat sendiri pun Najib tak kisah, ingat Najib nak ambil serius pandangan masyarakat dunia ?

Dan dengan Umno sekali diheretnya ke lembah keaiban ..... dengan kerelaan kepimpinan Umno.

                                                      ********************************

Saya nak sentuh komen Azalina mengenai proses Undi Tidak Percaya untuk menukar PM, kata beliau -

  “Mana ada. Kita tidak buat macam itu. Di Malaysia caranya bukan begitu.

“Kamu harus dapatkan sokongan majoriti untuk dapat sokongan dan sekarang sokongan majoriti bersama pemimpin yang memerintah iaitu perdana menteri,” - Mkini.

.
Huh ? Kalau begitu .... kenapa dalam Perlembagaan ada disebut -

Mengikut Perkara 43 - Jemaah Menteri -  fasal 4 -
(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. ( KLiK )

Bukankah ayat di atas itu merujuk kepada Usul Tidak Percaya ? Atau Azalina punya tafsiran yang berlainan ?

Ayat di atas itu juga menjawap dakwaan Said Keruak yang mendakwa usaha menjatuhkan Najib adalah sama dengan usaha menjatuhkan kerajaan BN.

Kerajaan BN akan jatuh bila ditolak oleh rakyat melalui proses pilihanraya. Pilihanraya pula berlaku setelah Parlimen dibubarkan. 

Tapi kalau Najib mahu membubarkan Parlimen sebagai reaksi kepada Undi Tidak Percaya itu, adakah itu angkara mereka yang mengundi tidak percaya atau angkara dirinya yang tidak puas hati dan tidak tahu malu ?

Kalau perlu ditukar kabinet pun tukar jerlah, itu atas budibicara PM yang baru. Kerajaan tetap BN sehinggalah rakyat memilih untuk tukar kepada kerajaan yang baru melalui Pilihanraya.

Azalina dan Saleh Keruak ni sebenarnya sokong Najib atau takut jawatan mereka pun turut tergugat ?

Kita bercakap melalui fakta bukan retorik untuk menakut2kan rakyat. Perlembagaan jelas kata boleh tapi kenapa mereka berdua ni kata macam tak boleh pula ?

                                  ***********************

Perasan tak ...... Yang vokal kuat menyokong Najib hanyalah mereka yang punya kepentingan saja. 


PS - Kemaskini. Terbaru dari TheGuardian

 

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2015 at 6:52 PM

Kabinet kangkung nan hampeh

....................
Reply To This Comment ...................
Tai-pan Jr
September 4, 2015 at 6:55 PM

As'Salam... Bro DT n Sahabat3 Semua2..


"AhJibGo - The EXclusive PM"

-Alangkah indah nya hidup kita semua sekira nya ini betul2 berlaku...

-TAPI bila kita imbas balik 'Gerak-Langkah AhJibGo' ni... Mungkin kah dia ?..

-Mari kita semua berdoa moga2 Allah AWJ "buka kan" hati AhJibGo ni...


"Moga Allah SWT Sentiasa lindungi Semua3 Veteran2 Malaysia"

***Ameeenn**


"Sambut Merdeka Dalam Kesedihan"



"The AhJibGo Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 7:06 PM

Inilah yg berlaku bila mencari mereka yg cuma kononnya setia bukan mereka yg bijak. Mereka2 langsung tak boleh berfikir,yg mereka cuma tahu bodek lah najib sebaik mungkin sbb itu yg beliau perlukan. Jelas barisan MP najib adalah yg paling terkurang sangat cerdiknya. Najib pula amat suka d bodek!
Cuba lihat manakah arah ekonomi negara? Dan siapa yg ada mengeluarkan fakta2 yg baik? TIADA. Cuma apa yg mereka tahu pertahankan lah najib walaupun beliau seorang yg lemah. Kaedah mencari kekuatan dgn pasukan kaki bodek TIDAK BERKESAN dlm mentadbir negara.
Fikirlah sejenak nasib kalian bila waktunya sampai najib tersungkur dlm perjuangan nya. Mana hendak pergi? Hehe...bersaralah kot... duit pun dah berkoyan upah bodek! Tenangkah persaraan anda? TIDAK. Pastinya anda akan d buru....salleh, rahman, mail(racist,) azalina(dua identiti) syarizat(kes lembu apa mcm)...ingat tu. RAKYAT takkan lupa pada kamu!
JGN BERBOHONG UTK BERKUASA.
# Kata2 ts rafidah amat tepat dan bernilai.....org lama beb!
Sekian. Selamat bersara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 7:36 PM

Najib malu dengan malaikat maut je..

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2015 at 8:30 PM

Dah malas nk komen.....tgu pru....tolak the whole package...nk buat cmne...tk sampai 350 orng je dlm malaysia yg bermatian dan sanggup mati bkn sgt nk pertahan najib tp nk pertahankan kedudukan mereka sahaja...otak ada tp akai kat bontot...andainya tolak najib sekarang mereka masih blh berangan utk kekal dlm apapun jawatan yg mereka sandang...tp kalu simpan lg najib...hancur segalanya...pikir pikir lah...waktu itu jgn nk tagih simpati..sb rakyat dah meluat dgn mereka...tolak najib atau tolak bn...guys u have only two choice...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 8:49 PM

posting Salleh Keruak yang paling bangang (bukan perkataan aku ni).

Kalau Najib jatuh kerajaan juga akan jatuh.

Bodoh ke apa? Kalau mcm tu buat apa ada menteri, kabinet dan wakil rakyat. Biar Najib pikul semua jawatan tu.

Habis tu kalau Najib meninggal mcm mana. Kerajaan jatuh jugak?

Malu org Sabah ada menteri yg bangang mcm ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 9:36 PM

Saudara DIN,saya ingin memberi sikit pandangaan tentang TDM.Pernahkah tuan berjumpa dengan sesaorang didalam dunia ini yang pernah menjejak kakinya diketiga-tiga kutub bumi (utara,selatan dan tengah).Hanya dengan keizinaan Allah SWT saja hamba ini telah cipta.Jadi kita yang bersangka buruk dengan beliau ini dikira jarak pengalaman memihak kapada beliau.Natijahnya salahkah sekiranya beliau menaya soalan -soalan bagi mendapat jawapan yang konkrit tentang !mdb?.Malangnya hari ini beliau dituduh dengan berbagai tomohan,yang membuat tomohan adalah mereka-mereka yang boleh dikatakan duduk dikaki gunung hanya pandang keatas dengan pudar penglihatan disekiling mereka.Pada mereka-mereka ini,ingatlah anda belum nampak apa-apa yang ada disekeliling bagi menhujah tentang !mdb.Hanya seorang jaga akan bertugas untuk mengawal harta benda yang diamanak oleh majikan.Tapi anda semua adalah wakil rakyaat yang diamanah kan oleh rakyaat Malaysia untuk mewakili mereka.Jadi pilihlah ketatapan tugas yang diberi.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2015 at 9:40 PM

Maksud dia bro....klu Najib jatuh, 'kerajaan' juga akan jatuh....kerajaan yg dimaksudkan tu adalah kabinet kaki bodek bangang yg salah sorangnya dia lah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 10:27 PM

@anon 9.36....
Sbb tu negara2 luar,lebih menghargai pandangan TDM. D sini beliau d caci seolah2 tiada langsung yg d buat nya utk memajukan negara semasa menjadi PM. Apakah bangsa kita mmg tiada integriti dan digniti?
Mengenali TDM secara dekat adalah satu pengalaman yg cukup berharga....kenapa? ...banyak rahsia yg tersimpan dlm pemikiran beliau.....tapi beliau melalui nya dgn tenang. Tanpa FAKTA yg lengkap beliau tidak akan mengeluarkan apa2 pandangan dan teguran.Tetapi beliau seorg yg amat tegas ttg agama bangsa dan negara.Apa yg buat beliau sedih? BANGSA NYA masih tercari2 erti berfikir dan berjuang dlm kehidupan. Keutamaan beliau?ILMU PENGETAHUAN. Kebencian beliau? Berkata bohong dan menyusahkan orang ramai iaitu RAKYAT.
Itulah TDM YG SAYA KENAL.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 10:29 PM

Saudara DT.
TDM bukan sahaja telah menjejakkan kaki di ketiga2 khutub dlm dunia ini malah TDM telah menjejakkan kakinya ke dlm kaabah.
Jgnlah kita tergoda dgn hasutan syaitan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 11:07 PM

salam
pertahankan ahjibgor. ini semua cara nak jatuhkan kerajaan yang dilantik secara sah. mereka mendapat maklumat yang tidak tepat. apa kejadahnya duta malaysia kat luar negara makan gaji buta. orang melayu akan dimusnahkan apabila ahjibgor letak jawatan. dah tak ada pemimpin melayu dalam umno yang lain melainkan bodoh belaka seperti yang telah dibuktikan dengan ucapan dan tindakan kecuali ahjibgor yang amanah. pemimpin umno yang lain hampas dan tidak amanah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 11:37 PM

Bukan Najib sahaja yang mesti undur, malahan semua jemaah menteri mesti turut berundur kerana sokongan merekalah yang membuat PM Najib masih berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2015 at 1:51 AM

Termanggu seketika sewaktu mendengar Khutbah Jumaat kali ini but inilah yang relevan bila khutbah menyentuh perkara semasa... Syabas untuk JAKIM yang memberi pencerahan sinis tentang rasuah/penyelewengan ini.

"Mana ada. Kita tak buat macam tu. Di Malaysia caranya bukan begitu." -Azalina.

Emmm, seingat saya la brother Din, Azalina ini seorang peguam, awal dulu beliau menjadi pengacara program ntv7 'Soal Jawap'. Beliau ini type recyle je dalam kabinet now, jap ada jap tak ada. Tak kan seorang peguam tak faham undang-undang perlembagaan negara...?

Memang bukan ini caranya tetapi bukan salah atau melanggar perlembagaan jika ini caranya. Lupa kah beliau tentang DUN Perak dulu...? Juga bukan ini caranya tetapi telah pun berlaku then tetap sah.

Ramai kalangan rakyat yang telah suarakan pendapat sebelum ini but Najib tetap pekakkan telinganya. Kini bila isu ini dibangkitkan oleh pihak luar then ada yang melenting. So, kenapa tak nak dengar keluhan rakyat sendiri sebelum ini..? Kenapa biarkan sampai pihak luar timbulkan? 22 tahun Tun bersama rakyat usaha untuk harumkan nama Malaysia even (betul & tak betul) mewarnai 22 tahun itu. Kini lihat laa, betapa buruknya pandangan dunia pada Malaysia ini disebabkan oleh beberapa pemimpin yang rakyat memang sudah tak mahu mereka pun untuk pimpin Malaysia.

Sama-sama la kita nantikan apa yang akan berlaku selepas mesyuarat MT pada 09/09/2015 Rabu depan. Sama ada pembetulan akan berlaku atau kepincangan dibiarkan berterusan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 2:09 AM

Tun M memartabatkan Melayu......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 2:33 AM

Kalau mat najib berundur (atau diundurkan), yang lain2 tu xpayah suruh kompom depa dulu dah cabut lesap

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 2:37 AM

Betul bro..keruak ni kaki ampu,kaki bangu,kaki songlap,semua lengkap.mcm xde menteri lain nak jadi menteri.gara2 nak hentam dato shafei apdal.low kelas punya menteri.sanggup beri jd senator.puiiih..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 2:42 AM

Umno adalah parti yg amat bijak dan cekal.Kerana terlalu untuh lah maka parti ini sedang menuju ke zaman lingkup.Mungkin senasib parti golkar kot..so yg kat atas tu mungkin dah tau nak lingkup,baik sapu apa yg ada.Rakyat dan org melayy peduli apa!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 6:01 AM

Kalau malu sekadar malu kucingku pun tahu malu. Kalau mahu jadi ketua sekadar mengetuai saja, Tai Gor pun ketua samseng juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 7:14 AM

Azalina dan Saleh Keruak ni sebenarnya sokong Najib atau takut jawatan mereka pun turut tergugat ?
hahaha..itulah yang sebenarnya..sokong sebab jawatan. Lu ingat rakyat bodoh sgt ke nak pikir..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 7:16 AM

Perasan tak ...... Yang vokal kuat menyokong Najib hanyalah mereka yang punya kepentingan saja.
hahaha..MEMANG PERASAN SANGAT2..sampai sanggup mati pun ada maaa..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 5, 2015 at 7:55 AM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Jasa Tun M mudah dilupakan kerana beliau tidak mampu menghulur jutaan ringgit kpd KB Umno.

Tun juga tidak mampu melantik ramai orang untuk jadi menteri dan tim. menteri sebagaimana yg dilakukan PM Najib. Untuk perhatian, 'kabinet 1MDB' Najib telah melantik seramai sebelas (11) orang menteri untuk bertugas bersamanya di Jabatan Perdana Menteri.

Itulah antara sebab Tun M tidak lagi disanjung mereka yg mengutamakan kepentingan diri semata-mata. Jasa Tun kpd negara tak seberapa berbanding ringgit yg duhulur Najib dlm prinsip 'cash is king'.

Segala projek pembangunan yg Tun buat tidak memberi faedah peribadi kpd mereka.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 10:13 AM

Salah satu ciri pengampu dan pegangan najib ni jangan takut Allah dan jangan takut api neraka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 11:50 AM

Najib (and walrus) memang kulit tebal. Sebijik macam Anwar Ibrahim. Satu scandal sex.. satu lagi scandal curi duit. Both liat nak lepaskan kuasa. Tak kisahlah Malaysia hancur, pokoknya mereka selamat. Both pandai berpura-pura. Satu berpura alim (tak sudah2 quote Arabic language masa berkuasa) tapi sebenarnya gila sex luar tabie. Satu lagi konon berpura bersih (champion transparency), rupanya belakang kita involve dengan mega money laundering.

Apalah salah kita Malaysians ye dapat pemimpin-pemimpin setan berupa manusia ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 12:05 PM

Tahun 2014 saya ke Vancouver Canada apabila naik teksi dari airport ke hotel drivernya warga Afghanistan bila cakap dari Malaysia terus dia cakap Malaysia great country Tun Mahathir bagus dsb. Rasanya kalau sekarang apala komen diorang mungkin dia tanya apasal datang Canada mau collect donation ka
Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 12:34 PM

Din, viralkan soalan ni:

Macamana duit sumbangan derma politik boleh masuk, tapi duit 1MDB yang lebih kurang sama banyaknya tak boleh dibawa masuk atas alasan Bank Negara banyak songel?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 3:35 PM

Menteri luar yg dulu kutuk Tun M memalukan Malaysia di luar negara takde komen? Najib ni dah masuk skop jenayah 'treason'. Full stop!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 3:37 PM

Yup..soalan yg bernas bro.Heran bin ajaib.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
September 5, 2015 at 4:53 PM

Anob 3:35PM,

And the punishment for treason is?

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2015 at 5:37 PM

Kesian betul tengok gmbar abg Najib tu nampak desprate jer ... Pandai laa admin pilih gambar .

....................
Reply To This Comment ...................
September 6, 2015 at 1:49 AM

Ini hanja tunjukkan Najib takut siasatan dan dakwahan daripada MACC jika ia turun daripada kerusi PM/FM dan dia cuba nak pegang atas kuasanya dlm kerajaan sehingga 2018, supaya dia mungkin boleh cari jalan lain yang sesuai untuk melepaskan sendiri daripada tunduhan kelak. Amat teruknya sebagai seorang yang tidak jujur dan tidak lagi di percayakan oleh semua rakyat sekarang sebagai seorang pemimpin rakyat dan perdana menteri kerajaan Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 12:52 PM

jgn terlalu celupar. Satu hari nnt apa yg anda tulis akn jadi kenyataan dan jatuh pada diri anda SENDIRI. Watch my words.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 12:54 PM

Soalan yg sgt bagus bro.. harap bro din highlight n bt article ke..msti kepanasaan keyboard warrior najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 12:38 PM

tuan rumah tak boleh pakai
sidang rasuah sibuk membantai
nama negara busuk membangkai
kerana derma maruah tergadai

-anti-bangsat-

Post a Comment