........... IACC @ Derma - Seperti Kata Tun Mahathir, Hanya Kambing Jer Boleh Terima Alasan Derma itu ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

IACC @ Derma - Seperti Kata Tun Mahathir, Hanya Kambing Jer Boleh Terima Alasan Derma itu !

Thursday, September 3, 201537comments

TMI
Lagi kritikan / teguran / nasihat diberikan kepada Najib oleh perwakilan IACC di Putrajaya. Kali ini datangnya dari Pengasas bersama Transparency International Michael Hershman. Secara ringkasnya Michael nasihatkan Najib supaya Jangan Berselindung dan Jangan Halang Keadilan.

Katakan yang sebenarnya tentang dari mana wang itu datang dan tangani tuduhan itu. Dan jika beliau melakukan sesuatu yang salah, minta maaf dan berhadapan dengan akibatnya.

Perkara sebenar akan diketahui dan daripada pengalaman saya, lebih cepat ia dikeluarkan adalah lebih baik bagi tertuduh dan negara.

Pandangan yang sama turut disuarakan oleh perwakilan sebelum ini dan perkara yang sama turut disuarakan oleh majoriti rakyat kita.

Pendek kata - alasan ia adalah derma terlalu amat sukar untuk diterima oleh akal yang waras. 

Komen seterusnya dari Michael amat menarik - Tiada sebab menubuhkan panel untuk siasatan. Hanya beritahu kebenaran. Nyatakannya secara publik.

Betul juga kan..... untuk apa ditubuhkan pasukan khas untuk menyiasat tentang satu perkara yang Najib sendiri boleh sahkan ?

Lainlah kalau sesuatu penjelasan itu menimbulkan perdebatan dan percanggahan pandangan yang hebat hingga mustahil untuk dicapai kata pemutus kecuali melalui siasatan, barulah ditubuhkan panel untuk menyiasat.

Dalam kes RM2.6 billion ini Najib sendiri kalau dia jenis yang Berani Kerana Benar, dari awal lagi dia boleh mengaku dan berikan penjelasan.

Sekarang semua sudah terlambat .... gali lubang tutup lubang, tipu sana sini, cover line kiri kanan, alasan berubah2 .. semua itu hanya menambahkan masalah dan memanjangkan kemelut.

Bila difikirkan.... biasanya kalau orang yang bersalah itu jenis yang penakut untuk buat pengakuan, pelbagai alasanlah yang akan keluar. 

Kita yang waras akan hanya mentertawakan alasan2 yang diberikan itu. Bak kata Tun Mahathir baru ni di Pasir Gudang, alasan yang hanya layak diberitahu kepada kambing saja ! Cakap apapun, kambing akan balas mbeeeek ....



Hanya orang bodoh saja yang boleh terima alasan sedangkal itu !


                                             ***********************************

Artikel terbaru AKadirJasin ( KLiK) ada dikemukakan satu pandangan yang pastinya mengundang reaksi pantas dari pembaca. Kata beliau -

In the meantime, we have to be willing to open up our minds to the possibility of having to do the unthinkable, that is to offer him a “safe passage” whereby he resigns and no action will be taken against him for his alleged wrongdoings.

Kita seharusnya buka minda untuk kemungkinan melakukan sesuatu yang sukar diterima, yakni memberi jalan keluar yang selamat kepada Najib, di mana dia meletak jawatan tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Beliau mengeluarkan pandangan itu selepas mengambilkira kemungkinan Najib akan bawa sekali negara ke arah kehancuran bersama kejatuhan beliau. Ini bagi mengelakkan krisis berpanjangan dan semua pihak kerugian ....

I don't know la ..... perkara ini bukan terserah bulat2 kepada Najib seorang. Kepimpinan Umno juga seharusnya memikul tanggungjawab kerana mereka punya kuasa untuk bertindak ! MT Umno mampu selesaikan kemelut in dari berpanjangan ..... jika mereka mahu.

No... jika Najib bersalah, beliau harus terima hukuman. Dan jika Umno juga tetap mahu bersekongkol tanpa mahu bertindak tegas, rakyat akan berikan hukuman masa PRU14 kelak.

Share this article :

+ comments + 37 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 11:51 PM

Umno sekrang mesti bermula dgn tanggapan umno sudahpon kalah
Pru akan dtg...jgn nk buat perangai eksklusif lg...menteri jgn ckp benda bodoh
Sekarang semua ini bukan atas tangan najib seorg...ttp seluruh ahli MT umno..
Najib cuka sorg....yg ade hanya kroni yg membentuk umno skrang
Membiarkan najib lepas sgtlah buruk padahnya..korupsi bkn suatu yg aneh dlm umno.jgn nk deny the facts..
Kerana sikap umno lah terjerumus skali dgn mslh najib..skrang 1mdb adalah kes umno
Umno masih ada masa lg tp kena bermula dr bawah,anggap sudah kalah dlm pru kelak.
Sebenarnya ini sudah bkn pasal najib...tp pasal umno & perangainya..
Sebab itu umno perlu dihapuskan oleh pengundi krn tanggapan umno mmg korup
Sy lebih berminat nak tgk perangai umno dr najib..sb sy tau najib mmg kekal krn die mahu mcm tu. Najib tetap diktator,korup no.1.
Its umno call...either to call a spade is a spade or wilingness to go along with diktator najib razak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 12:17 AM

Hanya monyet2 yang tak percaya walau di terang macama pun..itulah komunis2 dan kuncu2nya..termasuk negarasawan nyanyuk tu
.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 12:34 AM

Umno mesti di overhaul,selagi bertuhan kan kuasa monopoli dan duit,akan rosak lah parti.Mereka yg diatas suka pakai formula buat duit dulu.stratergi hancur.semua short term dan masuk kocek dahulu.Yg ahli ni dok la setia bagai nak mati dok jaga maruah.Semua main ckp shj x pakai otak.Umno2..x pernah serik!.Pm skrg mengheret Umno ke lembah yg hina dan amat rendah nya maruah umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 12:46 AM

anak org kaya ni x tau apa itu amanah. that amount is too much for the small little country like malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 1:05 AM

terang kepala bapak ko!!!
opps..sory abg brader din t.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 1:17 AM

Sebab si Ahjib sorang ni....Kita semua satu negara HANCUR...

"MALU 1 Malaysia"

"Rakyat di-bangsat-kan... Pencapaian di-bangang-kan"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 3:16 AM

Adoi!! Kambing kah kita semua ??

Jib!! Tak kasihan kat kami rakyat marhaen ni semua ke??

Seluruh dunia dok cakap tentang Malaysia skrang nie...

Malu Oooooooooo!!! Nak letak muka kita semua kat mana skrang ni??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 3:54 AM

Anon 12.17am

Ko la salah sekor bapak kambing yg mengembek tu kan? Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 5:20 AM

Anon 12.17 AM

Boleh tolong beri satu contoh yang betul2 fakta....jawapan diberi "macamana pun" tak diterima rakyat.

Please be brave and stand to be counted. Jawapan yang ada adalah seperti "jalan menuju ke genting highland...belok kanan belok kiri" namun tak pernah2 kesampaian. Kena accident kali, kut?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 7:14 AM

Itu pun Jibby masih batu kapla ada dalam lagi...tak mau letak jawatan. Sudah2 la Jibby. Asyik nak konar je,kalu mung anok jantan...mu mari depang kabor ke rakyat mana mung dapat seng banyok tu. Jangan wat senyap je. Ini dok, mung pakai 2 ekor barua dari Saboh utk jadi front runner. Mu wat lok je.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 4, 2015 at 8:20 AM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Kalau nak diletakkan kesalahan siapa yg menyebabkan PM Najib jadi macam sekarang, saya sangat setuju kalau dikatakan semuanya kerana 'sokongan membabi-buta' para ketua bahagian UMNO kpd PM Najib.

Kerana suara sokongan mereka itulah yg menyebabkan Najib 'perasan' dia sangat kuat dan punyai ramai penyokong. Walhal jumlah ketua bahagian UMNO yg ada tak sampai pun dua ratus orang. Ahli UMNO cuma tiga juta, sedangkan jumlah warga Malaysia 30 juta orang.

Para pemimpin UMNO diperingkat bahagian 'tak perasan' atau buat tak faham - kerana sebab-sebab tertentu, bahawa PM Najib telah berjaya meletakkan masalah ciptaannya itu menjadi masalah UMNO bukan masalah peribadi beliau. Hinggakan pemimpin UMNO boleh terima kenyataan bahawa Najib itu UMNO dan UMNO itu Najib. Menjatuhkan Najib bererti menjatuhkan UMNO.

Selagi pemimpin-pemimpin UMNO berpendirian seperti sekarang, selagi itulah masalah PM Najib ini tak mampu diselesaikan sehingga PRU-14. Lagi lama PRU akan diadakan, selama itulah masalah ini berlarutan.

Pemimpin-pemimpin UMNO itu tak sedar bahawa isu PM Najib kini telah menarik perhatian dunia. Bukan lagi berlegar sekitar Putrajaya atau KL saja. Nama baik Malaysia kini tercemar kerana masalah ciptaan PM Najib.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 8:32 AM

Hanya monyet dan kambing saja dgr kata najib..kakakakaka.. monyet bg buah mkn..kambing bg rumput mkn..begitulah najib jadikan org2 yg sayangkan dia spt binatang kesayangan..

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2015 at 8:55 AM

Cepat beto kambing masuk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 9:01 AM

Saya juga adalah antara monyet-monyet yang tak dapat terima jawapan yang diberikan. Iaitu derma dari jutawan Arab. Kita faham kalau Zahid Hamidi, Salleh Keruak, Rahman Dahlan dan lainnya dapat terima jawapan itu. Yang kita tak faham macammana bijak pandai lain seperti Rocky, Big Dog dan ramai lagi dapat menerimanya tanpa banyak soal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 9:13 AM

Saya hairan mengapa Najib masih DIAM. Mungkin dia betul betul tak tahu.

Apa kata kita tanya Rosmah Mansor. Dia pernah menjawab soalan begini, "I am not a politician, I'm just a politician's wife".

Hahh itu dia - matlamat hidup dia adalah menjadi isteri pada Perdana Menteri.

Mungkin Rosmah lebih tahu daripada Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2015 at 9:20 AM

Kalau setakat terang dgn ckp "saya tak curi" org lain pon blh buat... jgnkan negarawan, mmg patut monyet pun tak percaya.. duit dah masuk,siap confirmkan tu... mula2 siap berapi nk saman.. itu blm skandal 1mdb blm settle lagi... mmg patut pun kambing je percaya najib tu.. mungkin lembu nfc tu pon percaya jgk..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 9:26 AM

Mahkamah Arah Najib Bela Diri..!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 9:44 AM

semua org boleh berpinar mata klw boleh dapt duit kaw2 berkepok2 wlwpun dgn cara salah. nk buat camna... sbb tu ada HUKUMAN supaya org takut. tp kenapa org x takut??? salah satunya sbb rasa KUAT.....

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2015 at 10:05 AM

Dia ni tak baca berita lain, hanya TV3 di hatinya. Sebab tu dia lembab.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2015 at 10:16 AM

Adakah ketua2 bahagian telah dibeli oleh Jibby? Maka dengan itu terpaksa beri sokongan tak berbelah bagi sebab imbuhan dah dpt..patutla dari dulu byk tempat UMNO kalah sbb ada ketua2 bahagian yg bertembolok besar, peruntukan semua masuk kocek sendiri..maaf kalau tak betul..thanks

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 4, 2015 at 11:59 AM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din!
Kini TPM Zahid salahkan NGO antarabangsa kerana mendengar penjelasan salah sebagaimana apa yg dibangkitkan para perwakilan dlm persidangan antarabangsa anti-rasuah yg diadakan di Putrajaya, termasuklah ucapan Presiden Transparency itu sendiri.

Sedarkah TPM kita itu bagaimana isu itu boleh timbul? Bukankah segalanya terjadi kerana PM Najib gagal hadir meresmikan persidangan sebagaimana yg diagendakan sebelumnya?

Lagipun, kalau dah tahu mereka tersalah terima berita, kenapa TPM yg sering menuding jari ketika berucap itu tidak pergi menjelaskan segala-gala yg dia ketahui dan mengenai isu derma USD700juta yg diterima dan dimasukkan ke akaub peribadi PM Najib?
Mengapa hanya melalak kepada rakyat Malaysia saja? Wajarkah mereka dipersalahkan sedangkan penjelasan sebenar dari pihak yg diisukan tidak diberi, samada oleh PM Najib sendiri atau TPM Zahid yg begitu garang mempertahan dan membetulkan apa yg telah dilakukan boosnya?

Tidakkah semua itu membuatkan rakyat tempatan dan masyarakat dunia semakin bertambah besar 'gelaknya'.

Siapa yg mereka gelakkan? Rakyat Malaysia? Tidak.... Sudah tentu tidak. Yg mereka gelakkan ialah kepimpinan PM Najib berserta para menterinya yg ramai dan tak sepadan dgn nisbah penduduk negara ini.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2015 at 12:16 PM

Sdr Din
Pandangan Sdr Hasnul Rahman bahawa semua ketua bahagian UMNO menyokong Najib dan semua ahli UMNO berada dibelakang beliau tidak dapat diterima. Ketua bahagian yang menyokong adalah terdiri dari mereka yang mendapat habuan dan mereka ini akan dihukum oleh pengundi dalam PRU ke 14 akan datang. Mereka senyap kerana takut atas sebab2 yang boleh merugikan mereka seperti kehilangan bantuan, jawatan serta projek dan yang paling ditakuti ialah dipecat dari UMNO dan kehilangan segala kemudahan (benefits) yang dinikmati.

Ahli UMNO yang berada diluar bandar dan kurang pendidikan serta tidak berpeluang membaca media sosial memang menyokong Najib kerana mereka hanya membaca Utusan Malaysia sahaja dan akhbar ini secara terang dan jelas menyokong Najib (buat masa ini). Utusan Malaysia akan menyokong siapa saja yang berkuasa dalam UMNO. Apabila Najib tidak lagi berkuasa beliau tidak akan dipedulikan lagi. Oleh itu angka 3 juta ahli UMNO menyokong Najib amatlah mengelirukan kerana bukan semua ahli UMNO tinggal diluar bandar.

Sekiranya diadakan pungutan suara dikalangan ahli-ahli UMNO pada masa ini saya rasa Najib tidak akan diberi kepercayaan untuk memimpin UMNO dan juga negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 12:35 PM

Najib is holding our country as a ransom..if he goes down so will be the whole nation..like a spoilt brat that couldn't take no as an answer to anything he wants.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 4, 2015 at 1:24 PM

1) Dengar kata pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO nanti akan ada beberapa orang penting berjawatan dalam UMNO yang akan dipecat.

2) Ingin saya cadangkan kepada ahli2 MT UMNO sekiranya ada di antara mereka telah menerima duit "upah" daripada Najib sila pulangkan kembali wang tersebut kepadanya. Kemudian, ramai2 sebulat suara mengundi menyuruhnya meletak jawatan dengan kadar segera.

3) Ini adalah langkah pertama dalam usaha menyelamat kedudukan negara dari persepsi buruk pelabur2 dan menjaga kestabilan ekonomi negara. Sekiranya ahli2 MT UMNO tidak berbuat demikian bermakna mereka adalah pengkhianat kepada harapan rakyat. Oleh itu, pada PRU nanti semua mereka ini jika dicalonkan dalam PRU nanti sepatutnya dihukum oleh para pengundi.

4) Jangan jadi dayus. Malulah pada saudari Anina dari Langkawi. Beliau perempuan yang berani walaupun dikecam oleh sesetengah ahli UMNO sendiri.

5) Berani kerana benar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 1:34 PM

busuk hati dan buruk laku betoi anon kat atas yg implied tun M nyanyuk .
dosa fitnah sama mcm mkn daging saudara hang sendiri tau. tak takut kat tuhan ka
itupun kalau hang Islam la
oh ya .... sila faham betoi2 na maksud implied

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 1:39 PM

saudara mara aku yg dok kat pampung pun x sokong najib dah
walau tak educated depa madih waras dan rational

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2015 at 2:26 PM

Alkisah Abdul Wahub memberitahu Sabarina jgn ambil peduli dgn Sadiq Segaraga sebab dia hanya tukang pencacai (angkat najis).

Tingkah Anon 12:27 am sebiji menyerupai Pencacai/Tukang Angkat Najis Nazak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 2:48 PM

salam,
penyokong yang buta mata, buta hati, buta fikiran memang ramai ka malaysia ni. penyokong yang tak boleh menganalisa fakta jika terkena batang hidung sendiri. penyokong bang non, tak percaya walaupun ada video dan saksi. penyokong pas mana nak percaya pemimpin mereka berbohong dan buat jahat serupa orang biasa yang lain. begitu juga la penyokong umno ahjibgor. percaya segala yang dikatakan oleh ahjibgor. mungkin terasa ada yang tak benar, tapi lebih kepada terhutang budi dan perasaan tiada penganti yang lebih baik daripada ahjibgor. selepas era tdm, ahli umno memang tercari pemimpin unggul yang hebat. selepas tun lah menang besar dalam pru11, mereka beranggapan tun lah hebat sehingga takut nak lawan cakap pak lah sehinggalah bn kalah teruk dalam pru12, ganti pulak ahjibgor, ditanam pulak bahawa ahjibgor yang terbaik dan tiada orang lain selain ahjibgor. kalah teruk juga pru13, tapi masih takut berubah kerana tiada pemimpin yang bagus selain ahjibgor. pemimpin pulak kena beli, lagi la mabuk duit. so, macam mana la mereka nak jatuhkan ahjibgor yang sedang beri duit belanja kat mereka. kalu turun ahjibgor, sapa nak bayar segala hutang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 3:13 PM

Hallo. . . Ko ketinggalan keretapi lar bangsat. Itu cerita al juburi dah tamat. Tidak berkaitan langsung di sini. Dia telah menerima hukumannya.
Yg dipersoallan di sini sekarang adalah tentang 1mdb dan kaitannya dgn derma 2.63billion.
Kalau amek upah jadi keybord warrior pun kenalah pakai sikit otak. Bukan asal layar dikembang tapi sauh dilabuh. Mati kebulor anak kapal. Bengong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2015 at 3:49 PM

Susah payah mak aku lahir kan aku sebagai MANUSIA....last2 bila dah besar-panjang ni ada pulak pihak2 yang confuse...dok ingat aku ni KAMBING....

Ahjib Ahjib.... Seluruh dunia dah 'condemn' negara kita Malaysia..... Ko tunggu apa lagi ni ?? RESIGN JE LA !!!

Ko memang takde sifat 'kemaluan' ke Ahjib ???

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 4, 2015 at 5:14 PM

@ibrahim darusAssalammualaikum wmt,
Terima kasih atas respon anda!
Memanglah bukan semua terutama KB yg dipecat dari kabinet. Tapi tindakan mereka mendiamkan diri menjadikan saya beranggapan demikian.

Lihat apa yg berlaku diGuatimala. Presidennya dipaksa letak jawatan oleh para pemimpin lain. Mereka sepakat meminta Presidennya letak jawatan dan digantikan dgn Naib Presiden.
Itu macam laaaa!

Bayangkan kalau majoriti MT Umno desak Najib undur dan majoriti KB Umno juga sama, adakah Najib masih mendabik dada dia dapat sokongan Umno?
Itulah maksud saya.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 2:15 AM

Ni kambing baru sampai ni.. nak buat kambing golek pun tak boleh lagi.. bahaya kambing ni ada sawan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 2:24 AM

Macamana MT/KB Umno tak sokong mat najip bila masing dah ambik duit 'deposit' siap2..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 10:22 AM

Jawapannya duit. Dah kena bela dah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 10:24 AM

Kita patut tanya jugak bomoh mana dia pegi sampai najib jadi bodoh teramat dan cuma dengar cakap dia. Ataupun mmg najib sedia ada bodoh dari azali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 10:33 AM

Umno dah rosak sb pemimpin2 Dari dulu ajar politik Wang ni. Bermulanya dri Anwar Ibrahim yg membeli sokongan dan pengaruh. Dia dah jadi disease mcm kanser susah nk sembuh. Tak bagi duit, tak sokong. Di peringkat atas pulak, yg cerdik tidak disokong sb susah nanti. Yg bodoh dam bangang, bagus sb senang nanti. Senang nk buat duit dan senang nak pegi jauh. Kalau pilih yg cerdik tentu pemimpin ni tak mahu ambil yg bangang dam tongong yg kecik2 tak nak mampus dah besar menyusahkan orang. Macamana kita nk maju.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 8:31 PM

You get my vote no more Umno on next Pru.

Post a Comment