........... IACC @ Derma RM2.6 Bil - Lagi Tindakan Najib Di Persoal Peserta ! Ternyata Persoalan2 Kita DiIktiraf Dunia | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

IACC @ Derma RM2.6 Bil - Lagi Tindakan Najib Di Persoal Peserta ! Ternyata Persoalan2 Kita DiIktiraf Dunia

Thursday, September 3, 201528comments

Semalam dalam ucapan pembukaan Persidangan Anti Rasuah IACC ke 16, Presiden Transparency International Dunia menempelak ketua negara tuanrumah dalam isu Derma RM2.6 bil. ( KLiK

Kenapa Najib yang dikritik hebat itu tidak hadir untuk mempertahankan diri ? Angkara Najib, kredibiliti negara dalam usaha membanteras gejala rasuah telah dipersendakan. Cakap tak serupa bikin !

Sepatutnya Najib hadir di upacara pembukaan itu bukannya lari menyorok ! Bukan saja Najib yang dikecam tapi juga negara. 

Dan seperti di duga, askar2 Najib pula menyerang balas Jose Ugaz ! Tindakan bodoh yang hanya tambah memburukkan imej negara di mata dunia.

Kalau 20 perwakilan berucap mengkritik Najib, maka kesemua 20 orang itu pun pastinya akan diserang askar Najib hahahaha ...... tolong jangan guna nama rakyat, ok. Memalukan !

Ni sorang lagi yang bakal diserang askar2 Najib -



TMI

Kali ini Ahli parlimen dari Eropah Ana Maria Gomes pula berkata, kalau perkara sama berlaku di Eropah, dah lama tertuduh akan meletakkan jawatan dan kes disiasat. 

Buktikan anda tidak bersalah dan berdepan dengan akibatnya.

Bukan pandangan baru pun.... kita sendiri dah puas sebut sebelum ini. Kita tidak mahu rakyat punya tanggapan negatif kalau kes sedang disiasat tapi Najib masih lagi berkuasa kerana terdapat kemungkinan siasatan akan diganggu. Yalah, kalau penyiasat terpaksa menjawab kepada tertuduh .... siapa yang dapat terima logiknya ?

Terbukti kerisauan kita beralas ...... pasukan penyiasat dibubarkan, PAC diganggu dan ditangguh, pegawai diberhentikan .... apa ni ? ?

Sebab itu tindakan kerajaan kita menangani kes ini dipersendakan dunia luar !

Ia dilihat tidak elok sama sekali, cara perdana menteri seolah-olah mahu menutup dakwaan serius terhadap beliau dan langkah terbaik adalah dengan meminta beliau untuk meletak jawatan.


Hah ! Usahkan jawatan PM, jawatan Menteri Kewangan pun haram mahu dilepaskannya..... sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pun tetap dipertahankannya. 

Pemimpin Umno ingat alasan derma itu sudah cukup kuat untuk melepaskan Najib dari sebarang dakwaan salahlaku. Mereka marah kalau rakyat tidak mahu terima alasan dangkal itu. Mereka mahu rakyat terima begitu saja tanpa mempersoalkan kelogikkannya. 

Nah, ternyata Pengarah Greenpeace International Kumi Naidoo juga tidak dapat menerima alasan Derma itu begitu saja - katanya, derma sebanyak AS$700 juta adalah "sangat mencurigakan dan sangat luar biasa", dan beliau berpendapat pihak berkuasa sudah mengambil tindakan jika ia melibatkan rakyat biasa.

Penjelasan Najib yang duit itu sebagai "derma politik" tidak mencukupi, kerana jumlahnya terlalu banyak.

Naidoo mungkin terlupa transaksi ala Money Laundering yang melibatkan RM42 juta dimana transaksi melalui beberapa peringkat sebelum dimasukkan ke dalam akaun Najib ..... itu lagi tidak masuk akal kerana alasan yang diberi adalah supaya penderma tidak dapat dikesan !

Naidoo menasihatkan Najib supaya tampil ke hadapan dan berikan penjelasan .... Saya rasa kegagalan untuk berbuat demikian akan menjadikan beliau sebagai yang sangat dikompromi dan hanya menyebabkan demokrasi Malaysia dipersoalkan.

Ni sorang lagi yang perlu askar Najib serang balas ..... Lise Stensrud, pengarah dasar anti-rasuah Agensi Pembangunan bersama rakyat Norway (Norad) yang menggesa orang ramai untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan berhubung dana itu.


                                       *******************************************

Semalam Khairuddin bertanya perkembangan siasatan Polis ke atas laporan yang dibuatnya terhadap Najib, Rosmah dan Jho Low.... apa cerita ? FBKhairuddin.

Adakah polis sudah memanggil mereka untuk proses siasatan?  Kalau belum, kenapa?

Sudah kot ..... sebab saya teringat satu artikel Mkini bertarikh 9 Mac lalu di mana Ketua Polis Negara dilaporkan berkata ,

Sementara itu, ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga akan disiasat, Khalid menjawab “ya”.


Mkini 9/3/2015
6 bulan berlalu sejak kenyataan itu .... takkanlah pihak Polis belum siasat Najib lagi !

Akhir sekali saya ingin berkongsi satu video menarik mengenai isu Derma RM2.6 billion dan persoalan2 yang sering kita tanyakan -




KLiK untuk ke Youtube.

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 1:59 PM

Hak dia ler siapa nak bagi duit kat dia , hak dia juga nak terima atau tidak .kalau dia menipu dia lar berdosa .apa nak susah sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 2:36 PM

Assalamualaikum,

Ybhg. Dato' saya ingin membuat aduan dan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang boleh mengesahkan mengenai derma USD 700 juta yang dikatakan derma dari Arab Saudi kepada Malaysia sebagaimana pendedahan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Y.B. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi, serta Y.H. Datuk Seri Wan Adnan bin Wan Mamat, Ketua UMNO Bahagian Kuantan mengenai pendedahan mereka berhubung 'derma' yang berjumlah RM 2.63 bilion yang bersamaan USD 700 juta yang daripada derma kepada UMNO kini dah bertukar menjadi derma kepada kerajaan pula.

Saya dengan ini berharap pihak Wisma Putra agar dapat mendapatkan pengesahan dari Kerajaan Arab Saudi apakah benar mereka mendermakan wang USD 700 juta tersebut kepada Malaysia dan menyuruh wang itu disimpan di dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib yang merupakan Perdana Menteri Malaysia. Apakah tujuan mereka berbuat demikian, adakah kerana derma itu untuk menentang Yahudi atau DAP sebagaimana pendedahan oleh Y.B. Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan atau kerana Malaysia mengamalkan ahli sunnah wal jamaah serta bantuan untuk melawan IS sebagaimana pendedahan oleh Y.A.B. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri baharu? Rakyat ingin tahu apakah benar wang itu adalah wang derma dari kerajaan Arab Saudi bagi tujuan yang dinyatakan di atas.

Malahan Pihak Kementerian Kewangan Malaysia patut memberikan penjelasan mengenai apakah ada undang-undang dan peraturan kewangan negara samada dalam Perlembagaan Persekutuan, Arahan Perbendaharaan, mana-mana surat pekeliling perbendaharaan atau mana-mana pekeliling perbendaharaan yang menjadi rujukan dalam pegurusan kewangan negara membenarkan wang milik negara disimpan di dalam akaun peribadi dan bagaimanakah pengelolaan wang tersebut?

Saya berharap pihak Biro Pengaduan Awam dapat memberikan penjelasan mengenai perkara yang tersebut di atas berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pihak yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,

Abu Bakar

Dari Rakyat Untuk Rakyat, Keranamu Malaysia.

Saya telah membuat e-mel ini kepada Pengarah Biro Pengaduan Awam untuk mendapatkan penjelasan.

Saya turut membuat e-mel salinan kepada Bahagian Perhubungan UMNO Selangor dan Johor, DAP, PKR, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Razali Ibrahim, Harakah serta Sinar Harian.

Rakyat Malaysia sudah tidak mampu nak bertahan lagi dengan pemimpin yang korup, menyelewengan, perasuah seperti Najib ini.

Sedarlah semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 2:46 PM

En din,
Xnk komen isu surat palsu luahan hati tan sri syed mokhtar bukhari?
Skrg dh sah palsu,tp byk blog pro najib yg pernah siar artikel tersebut nk spin lg.wlw dh dinafi tuan punya badan.
Bg saya,tindakan tu pon adalah tindakan yg sgt tdesak sampai guna nama tokoh yg dihormati utk tikam Tun Dr Mahathir. Hmmm...apa lg la pro najib nk guna utk pertahan boss diorg asalkan najib xkata diorg ni bkn blog bangang.saya baca artikel mykmu.net yg byk serang tun,pon nk tegak benang basah isu ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 2:52 PM

ada tukang komen yang suruh bro din berhemah sikit dalam menghentam ajib..

berhemah pada mamat yang tak habis2 memalukan negara dan rakyatnya itu? dah la penuh skandal...kantoi menipu...rakyat diGSTkan akaun laki bini dijuta2kan,,,bla bla bla

masih nak berhemah lagi? sorrrryyyyyy

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 3:04 PM

Suka hati dia ler. Negara ni dgn rakyatnya harta bapak dia. Yer tak ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 3:05 PM

Syabas tuan2 kerana berjaya memecah belahkan perpaduan melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 3:16 PM

Lagi lama dia di situ lagi hancur melayu. Suruh berenti taknak. Orang lain pulak dia berentikan. Pencacai mcm kamu ni jenis sokong membabi buta. Sokong bawak rebah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 3:20 PM

pecahbelahkan perpaduan melayu? Melayu mana yang anda maksudkan? umno?

kesian betul...anda ada dapat juta2 macam amat maslang tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 4:03 PM

@Anonymous

Aisehman...

Ini isu rasuah, kalau pemberi tu rakyat Malaysia oklah

Ini orang asing - apa pula yaang diminta sebagai membalas budi??

ray

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 4:22 PM

Ya Allah, selamatkanlah tanah air ku
Aminnn..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 3, 2015 at 4:40 PM

Assalammualaikum wmt,
Panas nampaknya untuk Najib dan Rosmah untuk berada di Putrajaya sekarang.
Patutlah mereka berdua terpaksa tinggalkan Putrajaya untuk sehari dua ni. Mungkin sehingga persidangan anti-rasuah itu selesai barulah mereka pulang.
Mereka berdua tak boleh tahan......
Panassssssssssssssss!

Itu baru panas di dunia....
Kalau di dunia dah rasa panas yg amat sangat, bagaimana di sana nanti? Hanya Allah swt saja yg tahu, yer tak?
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 4:48 PM

nasib baik la low suruh ahjibgor lari menyorok. puas la dia menjawab kalu pi iacc tu. bukan telur ajer hilang. burung pun boleh terbang kalu ahjibgor pi seminar rasuah tu. dengan pahlawan boooogis, kapal , sauh, layar habis hilang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 5:14 PM

-luv tun m .

- najib berada kedudukan yang amat merbahaya bagi dirinya. akibat ketamakannya itu haruslah ia juga menanggung sendiri . namun sayang, najib mengheret parti serta negara berada di dalam kancahnya itu.

- NAJIB, UNDURLAH...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 5:19 PM

Paul Low tu ada kena mengena dengan Low satu lagi ke. Sekadar pertanyaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 5:38 PM

Sungguh kurang ajar peserta persidangan. Dah datang negara org berani dikutuknya pemimpin kita. Berani kencing bersepah dia org ini.
Mana Datuk Jamal. Kumpulkan sejuta org, kita demo depan persidangan.
Jangan bandingkan disini dgn di eropah. Di Eropah tidak ada ketua bahagian yg akan mengiakan apa saja demi Najib. Jadi salah ke Najib.
Ayuh kita ajar semua perwakilan tersebut. Ini Malaysia yg boleh. Jangan samakan negara lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 6:05 PM

Mai pakat tutup bangkai gajah dengan kain sarong.Inilah yang dilakukan oleh saldadu-saldadu beliau.Mau duit jangan susah "money is king".Busuk yang teramat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 6:17 PM

Najib, kalau nak korup pun pilihlah macam Ghadaffi atau Saddam Hussin. Apahal nak jadi macam Suharto atau Marcos. Ghadaffi dan Saddam walaupun korup tapi masih ramai yg puja tak macam Suharto dan Marcos yg dilaknat seluruh rakyatnya.
Seperkara lg nak menjatuhkan Saddam dan Ghadaffi unsur luar digunakan. Mrk yg menggunakan org luar nak jatuhkan pemimpin sendiri digelar pengkhianat dan gelaran itu mmg layak utk mrk. Tapi disini terpaksa guna org luar tp tak layak digelar penghianat krn seluruh rakyat mmg mahu Najib turun.
Oh Najib mengapalah pilih Marcos sebagai idola. Patut pilih Saddam Hussin walaupun dah tiada tetap dikenang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 6:47 PM

"Saya ingin mengulangi, setelah layar telah dikembangkan, apabila sauh telah dilabuhkan, pantang ketua kapal dan anak-anak kapal menoleh ke belakang" - Najib

Setau aku, apabila sauh telah dilabuhkan atau didaratkan, kapal tak boleh bergerak langsung sebab dah tersangkut. Jika layar dikembangkan sekalipon, kapal tetap tak boleh bergerak. Senang cerita, campak jer nakhoda kapal ke tengah laut.

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2015 at 8:46 PM

Bersepah duit yg disonglapkan.... sekejap di Cayman Island, pastu di Spore, pindah pulak ke akaun peribadi di negara...alih2 muncul pulak di Hong Kong...?
Betullah nasib malang kita rakyat Malaysia seperti dalam lagu Mat Sentul. "Oh malang, nasibku malang. Ikan ku panggang dah tinggal tulang. Ayam di reban, disambar dek musang". MUSANG TAK BERJANGGUT, BERPERUT GENDUT.

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2015 at 9:15 PM

Tuan Din, bagaimana dengan AG pulak? Apa jadi pasukan tugas khas menyiasat 1MDB/DS Najib?

Mohon kongsi tulisan diblog saya http://1mdbscandal.blogspot.com/ dimana saya memetik laporan Swiiss yang seolah mengejek AG.

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2015 at 9:28 PM

@Anonymous ini bukan isu ketua kampung nak buat suka hati. Ini juga bukan hal dlm kelambu boleh disorok2. Ini adalah hal yg jika penjawat awam blh dikenakan tindakan atas derma atau apa saja pemberian sehingga 20 tahun penjara, kenapa Najib yg melampui menerima sehingga 52,000 kali ganda dari gaji dia sebagai PM boleh terlepas?

Adakah anon ingin mengutarakan bhw sebagai PM dia bebas melakukakn apasaja tetapi tidak org lain. Adakah undang2 tidak blh digunapakai utk PM tp bebas dikenakan kpd rakyat? Adakah Malaysia mengamalkan dwi-undang2 yg berbeda utk PM dan konco2nya dan rakyat biasa.


Adakah cukup Najib mengutarakan bhw ianya derma dan semua akan menerimanya? Adakah tidak blh tidak, najib mesti membuktikan bhw derma tersebut tanpa ada apa2 saduran atau syarat2? Tidak kah najib harus dihukum kerana berbohong di dalam parlimen, berbohong dengan kenyataan tunai,aset dan unit, berbohong berkenaan dengan tujuan derma yg diubah2 disesuaikan mengikut jalan selamat secara tergopoh-gapah?

Adakah Anon ingin mengatakan bahawa Najib ini kebal dari undang2 dan cukup utk rakyat sekadar mendengar ckpnya tanpa meneliti semua bukti terhidang? Semoga kamu anon tidak menjadi salah seorang pemimpin Malaysia, kerana kamu jahil dan merosakkan. Dosa itu hitungan peribadi dia dgn penciptanya, tp hitungan dunia perlu dilunaskan terlebih dahulu. Jika tidak knp kita meminta dihalalkan hutang utk simati?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 11:34 PM

"Naidoo mungkin terlupa transaksi ala Money Laundering yang melibatkan RM42 juta dimana transaksi melalui beberapa peringkat sebelum dimasukkan ke dalam akaun Najib .... "

Ooh.... maknanya.... tok arab tu bukan bagi cek berjumlah USD700 juta sekali gus pada Najib? Maknanya.... duit tu diberi secara berperingkat-peringkat laa...?

Abis tu.... cek yg Zahid Hamidi cakap dia tengok dengan mata kepala dia sendiri tu, yg bernilai berapa dollar ya?

Duit tu "didermakan" pada tahun 2013. Masa tu, Zahid menteri dalam negeri kan?

Awat Zahid dapat tengok cek "derma" tu dan bercakap sendiri dengan tok arab tu sedangkan Muhyiddin sebagai TPM tak tahu menahu langsung? Zahid memang dah kamcing dengan Najib sejak dari dulu ke?

Laporan The Star:

"...Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau dan bendahari parti tahu tentang duit RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najb Razak, lapor The Star Online hari ini."

Tp Muhyiddin dan ramai ahli MT juga yg tak tahu.....

p/s:
Lucu pulak bila tgok video kat atas tu. Rupanya dalam satu ucapan beliau, Najib dah "tercakap" banyak yang dah diberi kepada ketua bahagian (minit ke 2.09).

Dan ari ni IGP kata Tun Mahathir akan disiasat kerana telah "membuat kenyataan fitnah bahawa banyak ketua bahagian terima wang".

Klu saya jadi Tun, saya akan petik ucapan Najib dalam video tu.... hihihi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 3, 2015 at 11:42 PM

Kenapa Najib tidak beria-ria mahu Interpol tangkap Jho Low ya sepertimana dia nak Interpol tangkap Claire Brown?

Bukan ke Najib cakap yg jika benar 1MDB bermasalah, dia nak selesaikan. Sepupu dia Hishamuddin dah siap-siap cakap isu skandal 1mdb akan selesai hujung tahun ni tapi Jho Low masih menyembunyikan diri. Klu tak bersalah, kenapa lari ya?

Pengampu Najib boleh bagi penjelasan tak?

Macamana nak selesaikan skandal tu klu watak utama si Jho Low tu tak disoal-siasat? Dan bagaimana Hishamuddin boleh bagi deadline bila boleh selesai kes ni? Skrip drama dibuat utk tamat bulan Disember ke?

....................
Reply To This Comment ...................
September 3, 2015 at 11:44 PM

@AnonymousTransaksi yang berperingkat itu yang melibatkan SRC. Yang ini bernilai RM42 juta dan belum dijawab lagi.SPRM masih siasat. Dua mamat yang lari keluar negara juga berkaitan kes ini.

Zahid yang kaitkan transaksi ini sebagai cara penderma tidak mahu dikenali

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2015 at 12:05 AM

Nak buat macam mana...prepaid blogger bro...dah kantoi berpuluh kali pun dia peduli apa...asalkan masyuk...

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2015 at 12:07 AM

Aduss

Ni la rupa rakyat kangkung
Pagi2 bangun mencekik, lepas tu lepak2 main tipon, dulu main dam aji.

Dia tak pedulik negara nak melingkup ke, apa ke...sbb dia cuma tunggu BR1M.

Macam hampeh.

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2015 at 2:04 AM

Ye la tu agaknya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2015 at 2:06 AM

Najeb mmg suke mangkuk anon mcm ni...telan bulat2 apa yang dikata...inilah manusia yang tidak bangsat...dapat tanglung percuma tak dr najib?? Cina yg tak sokong dia pun dpt...kau dapat apa??

-anti bangang-

Post a Comment