........... Derma RM2.6 Bil - Teori Kebetulan SRC | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Derma RM2.6 Bil - Teori Kebetulan SRC

Wednesday, September 16, 201545comments


Isu SRC ini selalunya dikaitkan dengan dana RM4 bil yang dipinjam dari KWAP. Rakyat bertanya - Ke mana perginya RM4 bil itu ? Untuk apa SRC pinjam RM4 bil itu ?

Terlebih dahulu supaya pesara kerajaan tidak risau, pinjaman RM4 bil itu di jamin sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi sebagai pesara, anda tidak perlu risau. Yang perlu risau adalah seluruh rakyat Malaysia dan ini termasuk juga para pesara tadi ( cuma tukar kerisauan sebagai seorang pesara kepada kerisauan seorang rakyat ! )

"Sebenarnya pinjaman itu dijamin kerajaan. Justeru, tidak timbul isu pinjaman itu memberi risiko kepada KWAP " kata CEO KWAP, Wan Kamaruzaman pada 26 Mac 2015. - BH.

SRC pinjam KWAP pada tahun 2011 dan Kos pinjaman itu adalah sekitar 4.35% - 4.65%

( Its FY2012 accounts stated that the company had obtained a RM4 billion Islamic term financing from KWAP, “guaranteed by the government of Malaysia and bears a profit rate of 4.65% per annum for the first three years and a profit rate equivalent to 10 years Malaysian government securities’ profit rate plus 70 basis points for the remaining tenure of the financing, which is currently at 4.35%”.)

Menurut penyata akaun SRC 2012, SRC melabur RM2 bil melalui Aminvest Services Bhd yang hanya menjana dividen RM231,479 untuk tahun 2012 .... keuntungan yang kurang dari 1%. 

Ini menimbulkan pertanyaan ..... Pinjam RM4 bil dengan kos pinjaman lebih 4%, kemudian pi labur RM2 bil untuk dapatkan untung 1% ? ? Kan rugi namanya tuh .... pendapatan lebih rendah dari kos.

Semasa 1MDB ( melalui SRC ) mula2 pinjam RM4 bil dengan KWAP dulu, apakah tidak ada projek dalam tangan yang memerlukan modal sebagai tujuan pinjaman itu dibuat ? Kalau tidak ada projek, kenapa pinjam ? Saja2 nak pegang duit ? Siapa yang punya idea dan siapa yang luluskan ?

Eh, bukan ke SRC pinjam RM4 bil sebab nak melabur dalam lombong arangbatu di Mongolia ?

Betul, SRC ada melabur di Mongolia melalui Gobi Coal & Energy Ltd (GCE) tapi bukan sebanyak RM4 bil yang dipinjam itu, tapi cuma sebanyak RM216 juta je ( USD60 juta ) ! - Malaymailonline 26/5/2015.

Laaaa ....... semua orang ingat SRC melabur duit KWAP RM4 bil di Mongolia, kan ? 

Kerajaan dalam jawapan bertulis di Parlimen kata, SRC melabur di Indonesia, Mongolia dan beberapa negara lain ..... itu saja penjelasan yang diberikan bila ditanya mengenai pelaburan SRC. Berapa juta atau syarikat apa, tidak dijelaskan. Nak kata jawab, jawab dah tapi jawapan tak menjawap.

Selain itu, pada Disember 2011, SRC melalui anak syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island membuat usahasama dengan Aabar sebanyak USD60 juta.

Selain pelaburan di atas, pada November 2011, SRC melalui anak syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island melabur USD1.7 juta dalam syarikat PT SRC Indonesia ..... diikuti  dengan pelaburan USD60 juta melalui usahasama dengan Aabar.

( The BVI company effectively has a 50 percent stake with effect from Dec 1, 2011 in Aabar-SRC Strategic Resources Ltd - comprising 60 million shares of US$1 each.

In Nov 7, 2011, the same BVI company had acquired an 85 percent equity interest in PT SRC Indonesia, a company incorporated in Indonesia, for US$1.7 million.) - Mkini 25/4/2015.


Pelaburan melalui anak syarikat BVI diatas berjumlah USD61.7 juta atau RM220 juta ( lebihkurang sama dengan pelaburan di Mongolia sebanyak USD60juta atau RM216 juta )

SRC juga ada meletak deposit sebanyak RM1.7 billion dengan bank2 dan ketika akaun ditutup tahun 2012, SRC ada wang tunai sebanyak RM51.7 juta.

( As at March 31, 2012, SRC had short-term deposits with licensed banks of RM1.7 billion cash and bank balances of RM51.7 million. Interestingly, it had placed RM2 billion in a unit trust investment managed by AmInvestment Services Bhd, which had a year-end dividend income of RM231,479 in FY2012. - KLiK.)


OK setakat ni ?

Jangan bebankan minda anda dengan semua yang di atas ! 
                                     ****************************************
Kesilapan besar adalah jika kita terlalu tumpukan pada mana2 satu teori spesifik seolah dari situlah datangnya duit untuk derma. Jika dapat ditimbulkan keraguan pada mana2 pelaburan spesifik itu, maka kantoilah teori itu keseluruhannya padahal kita masih yakin dari SRC lah sumbernya.

Satu perkara mengenai isu SRC yang telah mengelirukan ramai pihak termasuk saya sendiri sebelum ini adalah mengenai pelaburan SRC dalam Gobi @ arangbatu di Mongolia.

Sebelum ini bila sebut je SRC, kita akan ingat Mongolia. Ramai yang berpendirian SRC kantoi ngan dana RM4 billion dari KWAP kerana melabur di Mongolia, dan atas sebab itu diserahkan kepada Kementerian Kewangan(MOF) ..... konon nak tutup kerugian.

Tapi pelaburan SRC di Mongolia cuma RM216 juta saja atau sekadar 5% dari RM4 billion ! Bermakna ..... isu SRC bukan berkenaan Mongolia sepertimana yang kita duk ingat selama ini. 

Tumpuan kita dialihkan kepada Mongolia semata2.

Kalau kita duk tumpu pada pelaburan di Mongolia, SRC cuma perlu tunjuk je akaun terakhir mereka pada tahun 2012, semasa diserahkan kepada MOF, bahawa dalam akaun SRC masih banyak duit.

Pendek kata - kalau kantoi pelaburan Mongolia sekalipun, dana SRC tak terjejas mana. Jadi, lupakan Mongolia ! 



Hampir RM3.8 billion masih ada dalam SRC semasa diserahkan kepada MOF !

WAKTU SAMA kita akan tertanya2 pula ..... kalau SRC banyak duit ketika itu, kenapa 1MDB serahkan SRC kepada MOF ? Bukankah pada waktu itu sekitar tahun 2012, 1MDB tengah sibuk nak cari dana hingga menggunakan khidmat Goldman Sachs dan Aabar ? Tapi kenapa SRC yang masih ada lagi hampir RM4 billion itu diserahkan kepada MOF pula ? 1MDB tak nak pakai duit SRC ke ?

Apa masalahnya dengan SRC ?

Kalau dilihat pada akaun SRC semasa diserahkan kepada MOF, SRC tidak ada masalah tapi kenapa serah pada MOF ?

Kenapa SRC buat pinjaman RM4 billion dengan kos kewangan RM56 juta tanpa sebarang projek pelaburan besar, kemudian diserahkan semuanya kepada MOF setahun kemudian ? 

                                            *******************************
TEORI KEBETULAN


1 - Kita ambil teori umum yang mudah, iaitu ...... SRC banyak duit. Pelaburan yang dibuat SRC tidak banyak menjejaskan dana RM4 billion yang dipinjam dari KWAP. Setakat nak bagi derma RM2.6 billion kepada sesiapa pun memang duit SRC cukup.

2 - Duit RM2 billion .... kalau ditukar kepada USD pada kadar 3.22, kita boleh dapat USD620 juta. Kebetulan derma pertama yang diterima oleh Najib juga berjumlah USD620 juta .... e-eh, samalah ! Kebetulan jer .......

3 - Kebetulan pula SRC ada melabur RM2 billion dengan Aminvestment ( anak syarikat Ambank ) dan kebetulan akaun Najib itu juga ada bunyi2 Ambank.......

4 - Derma Najib menggunakan Tanore Finance yang dimiliki oleh Aabar ..... dan kebetulan pula SRC ada melabur dengan Aabar sebanyak USD60 juta. 

5 - Kebetulan deposit kedua ke dalam akaun Najib juga dekat2 sama amaunnya iaitu USD61 juta !

Berapa banyak kebetulan daaa........ Point saya adalah, SRC ketika itu ADA duit kalau nak derma sebanyak RM2.6 billion kepada mana2 orang. Dan jika SRC nak derma duit itu dalam dua peringkat sebanyak USD620 juta dan USD61 juta kepada sesiapapun, kebetulan SRC juga ada duit terkumpul sebanyak itu dalam dua bahagian.

Saya ulang, KALAU NAK derma sebanyak itu dan dalam cara itu.... SRC boleh buat. Samada SRC buat atau tidak, itu kita tak tahulah.

Yang kita tahu adalah -

1 - Akaun terakhir SRC adalah yang berakhir 2012 sewaktu diserahkan kepada MOF. Sejak itu, SRC tidak ada kemukakan penyata akaun lagi ..... 3 tahun tertunggak.

2 - Semua pihak - 1MDB, SRC dan MOF - senyap, tidak mahu menjelaskan dengan terperinci mengenai kedudukan kewangan SRC. Masih adakah duit SRC sebagaimana yang tertera dalam akaun 2012 itu ? Masih wujudkah pelaburan RM2 billion dengan Aminvest dan juga USD60 juta dengan Aabar itu ?

3 - Dua orang kuat SRC iaitu Pengarah Urusannya Nik Faisal Ariff dan pengarahnya Suboh Mohd Yassin dah LARI ke luar negara sebaik saja isu Derma RM2.6 billion didedahkan oleh WSJ dan terdapat ura2 Task Force ( yang sudah dibubarkan oleh Najib ) akan memanggil mereka yang terlibat dan ini termasuk kedua mereka di atas.

Itu tidak termasuk Jho Low yang turut dikaitkan dengan SRC -

Kenapa mereka LARI ?

5 KEBETULAN dan 3 Persoalan di atas itu kalau dicampurkan boleh menjadi satu kes yang memerlukan pihak MOF tampil menjelaskan kedudukan kewangan SRC. Jelaskan dan buktikan yang wang SRC masih ada dan tidak digunakan untuk memberi derma RM2.6 billion kepada sesiapa.

Tapi MOF senyap .... dan dua orang lari ....

Sebab itu diartikel sebelum ini saya katakan, ADA KEMUNGKINAN siasatan ke atas SRC turut merangkumi kesemua deposit USD681 juta dan RM42 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Sumber yang sama iaitu SRC.

PS - Yang RM42 juta itu ciput je kalau kita bercakap tentang RM2.6 billion.  

Teori Kebetulan ini simple je... dan amat mudah dikantoikan, MOF cuma perlu tunjuk je akaun terkini SRC yang menunjukkan duit SRC masih wujud. 

Share this article :

+ comments + 45 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 12:27 PM

Yang pastinya kebetulan tahun ini kita gunapakai sistem percukaian GST yg digunakan lebih 100 negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 12:51 PM

Teori yg kuat..kebarangkalian kebetulan 5%>. Superb en DT!

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 12:55 PM

Tabik hormat Din.

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 1:00 PM

Patutla dia orang cakap duit dari Pak Arab sebab banknya bernama Arab rupanya.Terkantoi lah pulak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 1:23 PM

Baguslah ko Din! Teori "kebetulan" yang terbaik! Jawab jangan tak jawab macai2 Najib. Nak harapkan Najib jawab... alahai.. sampai kucing bertanduk pun dia tak berani jawab. Lepas tu nak salahkan rakyat dan internet pulak bila rakyat tak sokong dia (walaupun dia masih perasan yg rakyat sokong dia.. hahaha Najib.. Najib).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 2:29 PM

Saya peliklah, apakah pihak berkuasa meminta bantuan Interpol untuk mencari ketiga-tiga malaun tersebut? Mustahil Interpol tidak boleh menjejaki mereka. Ini mesti drama untuk selamatkan malaun-malaun tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 3:07 PM

Bukanlah Teori sebenarnya tapi satu analisi mudah untuk menunjukkan bahawa TIDAK MUSTAHIL derma rm2.6 bil itu boleh datang dafi SRC ...... sehinggalah MOF jelaskan kedudukan kewangan SRC yang membuktikan wang SRC masib ada dlm akaun

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 3:39 PM

Baju merah tak nak desak ahjibgor bawa balik 3 penyangak diketuai jho low dan adili mereka di mahkamah? Oh terlupa.... kata nak saman WSJ tak jadi ke? Pahlawan tahi kucing… taraf kangkong!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 4:11 PM

Jawabnya SRC tu jadi washing mesyen jer lar ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 4:41 PM

Pendermanya adalah Arab Malaysian Investment Berhad yang sakau dari wang SRC yang berhutang dari KWAP.

Apa sudah jadi dengan badan penguatkuasaan dan badan perundangan negara?

Kalau macam ini punya penyelewengan pun dibiarkan, perlu lagi individu yang sedang menjawat jawatan Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, serta Gabenor Bank Negara dan Peguam Negara sekarang ini masih memegang jawatan tersebut? Kita boleh percaya lagi ke dengan integriti mereka ini semua selepas satu persatu terdedah mengenai penyelewengan Najib ini tanpa tindakan yang sepatutnya daripada pihak yang berkenaan?

Rakyat sedang menilai, tapi ahli UMNO, ahli parti komponen Barisan Nasional masih lagi tidur dan tak sedar diri kerana asyik dibuai oleh mimpin mainan Najib lagi, keterangkuman, rasionalisasi, transformasi, inilah mimpin yang sangat syok dibuai oleh para ahli UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional.

Sedarlah semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 5:30 PM

BARUA tu ckp dia x ambik rakyat. Tp kalau KEBETULAN d atas memang BETUL..
Sah2 BARUA tu dah hentam duit rakyat secara terang2an !!

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 7:15 PM

Apabila pinjaman dijamin kerajaan, kalu apa2 berlaku rakyat la yg tanggung. Duit kerajaan datang daripada pembayar cukai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 7:47 PM

kalau x tau citer sebenar jangan pandai2 nak sebarkan...

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 8:59 PM

Macai takan jawab.
Himpunan ari ni diharap dapat menguburkan semua isu.
Tapi jangan lupa...PRN 14....lebih ramai menentukan untung nasib pemimpin sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 9:03 PM

Kebetulan pulak PM dgn menteri kewangan orang yang sama bang din....haishhhh

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 10:03 PM

@Anonymousmasalahnya orang yang tahu cerita tak mahu ceritakan walaupun di Parlimen ! Bila dah jadi masalah atau nampak mcm ada masalah, rakyat berhak tanya dan dapat jawapan yang jelas.lainlah rakyat jenis yg ikut buta jer apa yang pemimpin cakap.....

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 10:06 PM

@Anonymouswoit,hati2 bro... saya tak tuduh direct mcm tu.saya cuma kata, kalau SRC nak derma ikut cara mcmana Najib terima tu, boleh sangat dah. Dan apa yang berlaku sekarang ni, menguatkan lagi tandatanya.ditambah pula fakta bahawa kerajaan mengelak dari beri penjelasan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2015 at 10:20 PM

Klu SPRM benar2 telus...
Umumkan saper penderma tu..
Klu x umum.. sah lah SPRM pun dah jadi barua Najib !

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 11:51 PM

Betul tu. Dijamin oleh kerajaan bukan bermaksud dijamin oleh PM dan ahli kabinet. Tetapi duit pembayar cukai.

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2015 at 11:58 PM

Salam Bro Din...

Jadi agak mushkil jugaklah kerana dalam kesemua 'kes' samada yg melibatkan 1MDB, SRC, derma 2.6 billion dan juga kes 'Najadi' kesemuanya ada melibatkan Arab yakni Bank Arab Malaysia. Bukan nak menuduh tapi agak mushkil tak adakah mana2 pihak berkuasa nak menyiasat aktiviti bank ni. Samada terlibat dalam sebarang salahlaku pembersihan wang haram atau apa2 jenayah kolar putih yang membaitkan bidang kewangan. Selama ini kita semua asyik bercakap pasal individu tertentu tetapi kenapa tidak ada pun yang bercakap pasal bank tersebut yang semestinya ada menyimpan kesemua bukti transaksi wang ke akaun peribadi si jibby ni..

Bank pun sama mcm syarikat lain jugak, ada yang baik dan ada jugak yg jahat.. betul tak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2015 at 12:35 AM

Kebetulan Sabah gempa, Bugis bersama Zahid dan Hishamuddin ke Mekah (UMRAH lah jangan fitnah!) apabila Muhyiddin, Syafie mula lantang bersuara!

Kebetulan isu panas SRC dan 1MDB timbul Pak Arab jemput kenduri!

Kebetulan isu 'tuduhan' WSJ US$700 million masuk account PERIBADI dinafi dan di taichi....

jadi derma politik
jadi derma peribadi
jadi derman lawan DAP-JEWS
jadi derma lawan ISIS
jadi derma ASWJ
jadi derma dari Al-Waleed

bla bla bla masih ada ruang putar DERMA...

Adakah disitu bermula nya KEBETULAN scheming to,

DUMP Muhyiddin???
To make CONTIGENCY excuse on,
1MDB,
DERMA 2.6 Billion that went into PM's PERSONAL ACCOUNT
and (some separate 40 million still not being deliberated just yet)...

Adakah itu hanya kebetulan apabila rakyat yang ramai ahli dalam bidang finance-accounting hanya menambah resam pertanyaan hanya kerana berasa GUSAR tapi hanya mendapat jawapan yang berputar keliling dunia juga KEBETULAN wahai sang bugis?

Ahli UMNO saja sekarang yang mempunyai kelebihan ditangan mereka dimana ALLAH beri mereka AMANAH memperbetulkan keadaan...tapi nampak gaya selepas 9-9-2015 masih belum ada tanda tanda usaha kearah itu.

Maka adakah nanti satu kebetulan apabila UMNO terburai di GE14 dan melayu-muslim kehilangan AMANAH tampuk kerajaan satu demi satu setiap orang yang bersongkokol dengan isu DERMA akan diheret ke mahkamah selepas kerajaan baru membuat satu 'KERJA KOREK' terbesar sebagai agenda utama hanya untuk melondeh selondeh londeh nya UMNO yang terpalit dicucuk hidung Presiden nya?

Adakah KEBETULAN bermula di Tanah Suci?

TIDAK MUSTAHIL KEBETULAN ITU adalah PIECES of the PUZZLE!

Melayu-muslim ihklas bertanya saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2015 at 8:05 AM

Jangan risau sahabat,
Tak payah sibuk bertanya
just siapkan diri dan family
Umno akan tersembam
malaysia diperintah pembangkang

cacai umno hnya tau salahkan org
bkn nak celik mata hati
nak betulkan apa yg silap

bersiaplah wahai sahabat smua
unt terima baik atau buruk
kerajaan baru nanti.
yang pasti kita akan lbih payah
bila bumi dipijak milik orang

pastinya inilah kerjabuat jibon
pm pertama menguburkan umno.
disokong pengampu yg xde otak.

masih ada masa unt kita bsedia
tak guna buang masa bercerita
dan mengharap jibon ni berhenti.
hanya Allah saja yg menbalik hati dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2015 at 8:08 AM

En. Din.
Teori saya senang aje. Duit derma 2.6b Jibby tu datang dari KWAP. As simple as that...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2015 at 8:53 AM

DARI awal lagi orang dah TANYA....

SIAPA malaun yang LULUSKAN aka APPROVE semua perjanjian/JV/loan dll semua tu?
Tapi takde seorang pun boleh jawab termasuklah para penjilat tegar ajip.

BOD? Chairman? mesti ada dokumen kan? so tunggu apa lagi?

tapi macam biasa la...rakyat tahu memang kaber up berlaku...yang berkuasa tu..tunggulah balasan dunia dan akhirat...yang diberi amanah untuk tegakkan keadilan tu...tunggu je la balasan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2015 at 11:38 AM

@dinturtle

Saudara Din, lagi lama Najib menjadi Perdana Menteri, lagi lingkup negara ini.

Malaysia dan harta milik negara dah dijadikan harta milik Najib secara persendirian, ikut suka hatinya nak buat apa, rakyat hanya disogokkan dengan alasan 'agenda nak menjatuhkan kerajaan' oleh juak-juak Najib jika kita pertikai cara penyamun Najib ini.

Sedarlah semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2015 at 11:38 AM

Ketika ramai mempertikaikan kekayaan dan kemurahan hati negara-negara Arab ini terutama dalam bab memberi derma, pemerintah Arab Saudi, Raja Salman semalam mengumumkan sumbangan wang sebanyak RM 1.14 juta untuk setiap mangsa yang meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal dalam kejadian kren runtuh mengorbankan ratusan jemaah haji minggu lepas,

Pengumuman ini merupakan satu tamparan yang hebat ke muka pemimpin pembangkang seperti Mahathir kerana dia pernah berkata Arab ini tidak mungkin memberi wang yang banyak bila mengulas derma politik RM 2.6 billion yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013,

Nah, sekarang Raja Salman dah umum derma sebegini besar untuk setiap mangsa dalam kejadian itu, apa agaknya Mahathir nak kata?

Walaupun ini sumbangan kerajaan Arab Saudi, tapi kita perlu ingat, pemerintahan di negara itu adalah pemerintahan beraja mutlak. Justeru, kalau nak kata ini keputusan peribadi Raja Salman pun tak mengapa sebab baginda sememangnya berkuasa penuh di negara itu.

Jangan samakan macam disini dimana sumbangan dari kerajaan adalah diambil dari wang kerajaan yang kemudiannya ditafsir sebagai wang rakyat!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2015 at 1:50 PM

Tapi diumumkan sampai satu dunia maklum.
Yg menjadi tanda tanya dlm ked 2.63 billion ada pulak dirahsiakan. Pendermanya dirahsia. Masuk dlm akaun pun rahsia.
Apa hubungan duit 2.63 billion tu dgn pampasan yg diumumkan oleh raja salman kpd waris mangsa ? ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2015 at 2:56 PM

derma sebab kecelakaan yang berlaku di tanah arab tak sama dengan derma yang masuk ke akaun peribadi sorang pemimpin secara senyap2...

tengok tu...belum derma pun dah DIMAKLUMKAN berapa akan diderma dan kepada siapa akan diderma.

ini rm 2.6billion apecer beb? kepada siapa dan untuk apa? jawab...jangan tak jawab...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2015 at 3:16 PM

ANON 11:38AM yang...

DERMA SEBAB TRAGEDI CAMTU MEMANG BIASA DILAKUKAN PON. contohnya kes MH370 dan MH17 pun negara ada dermakan jumlah tertentu kepada waris mangsa. di mana2 pun begitu.

yang pelik ni duit billion2 masuk akaun peribadi hanya seorang mamat apehal? duit juta2 masuk akaun bini pun entah dari mana..secara rahsia pulak tu. itu pun hang masih nak percaya? memang lah hang sesuaaaaiii sangat jika ajip kata hang bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2015 at 3:52 PM

Betul bro. . . Pasal ada yg bangang mcm ni yg mudah ahjib gor menipu.

....................
Reply To This Comment ...................
eri
September 17, 2015 at 6:47 PM

awat hg tau ka???share la sama...

....................
Reply To This Comment ...................
eri
September 17, 2015 at 6:51 PM

tu dia bagi pampasan la bangang bukannya derma....kalau xda yang mati hang ingat arab tu saja2 nak bagi ka???nasib baik la aku tau dah cai najib sumernya bangang kalau tak sti aku herannya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2015 at 7:56 PM

Alamak! Pampasan dgn derma mcm mana buleh tak paham weh? Kesian nya nasib kau ye......buleh tlg sikit tak? Tlg pikir dan guna otak sikit supaya ada kefahaman......ok?

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2015 at 7:59 PM

Laaaa dia ni budak cerdik ke...nak bandingkan derma mangsa kemalangan dgn derma Najib. Nampak sangat penyokong Najib nii ..........h.

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2015 at 1:02 AM

Teringin nak dengar jawapan mat maslan hihihi

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2015 at 1:05 AM

Bukan setakat aku tapi 30juta rakyat malaysia nak tahu..kalau ye la kau tahu cerita 'sebenar'..

Bak kata usop wicha "CECITE..CECITE.."

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2015 at 1:17 AM

Waa.. ni kes parah ni.. lepas ni:

Tiap2 bulan cucuk gaji namanya DAPAT DERMA

Bayar bil2 dan ansuran rumah dan kereta namanya BERI DERMA

Tanggung GST namanya DERMA PADA KERAJAAN

Kereta eksiden claim insuran namanya TUNTUT DERMA

Masakla kalau semuanya asal terima duit namanya DERMA

Tu lah yang jadi bidalan sekarang:

"Kalau jodoh tak ke mana,
kalau bodoh pun tak ke mana jugak"

Punyala panjang putar alam kau. Tak pepasal kau nak seret nama Tun M. Mungkin melayu macam kau ni la yg mat najip katakan BANGSAT agaknya..

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2015 at 1:18 AM

Dia bukan bangang bro.. dia BANGSAT je..

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2015 at 1:21 AM

Good hipothesis. Kipidap Din!

Now what Tun M said about the origin of that RM2.6b rooted from 1MDB started to make sense..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2015 at 2:24 AM

Memang mamat mabuk ketum.... Lets say mmg itu duit derma keluarga diraja arab, kenapa baki derma ditransfer semula ke bank singapore?? Guna le sampai abis..skang suda kena beku...tengok je la dari jauh yeob oiii......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2015 at 6:57 AM

Sdra Din,

1. Biarlah pengampu najib terus difantasikan duit yang najib terima duit derma.....realiti pasti memalukan mereka semua

2. Minta sdra fokus pada berita dari switzerland berkenaan dengan siasatan keatas 1MDB dan aktiviti dipercayai MONEY LAUNDERING AND THEFT.

3. Heard that Hongkong dan Singapura akan mengeluarkan kenyataan mengenai akaun yang di TUTUP tak lama lagi sementara UK pula menyusuli.

4. Kita tunggu saat dan ketika berita ini dikeluarkan.....apakah pemuja najib masih mahu berfantasi!

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 18, 2015 at 9:10 AM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Yg diumum Raja Arab Saudi itu bukannya derma. Itu adalah pampasan kerana kemalangan yg berlaku di negara mereka. Mereka rasa bertanggungjawab.

Kalau tak berlaku peristiwa itu akan adakah pampasan itu? Dan siapa yg dapat?

Kalau ikutkan teori drama PM Najib, wang pampasan untuk mangsa dari Malaysia itu sepatutnya dimasukkan ke akaun Najib ler yer?

Janganlah ketaksuban menyokong Najib menyerlahkan kebangangan kalian...
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2015 at 9:49 AM

percayalah... persepsi rakyat sekarang memang semua mengatakan wang masuk akaun peribadi, wang bikin filem, wang enjoy, wang naik kapal mewah dll adalah berasal dari company tersebut. hanya si penipu yang sanggup jadi saksi palsu dan si bangang je yang percaya itu adalah derma dari pak arab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2015 at 4:24 PM

Ingatkan derma dr Arab d tanah arab
Rupanya derma dr ArabMalaysian...
Cibai sungguh

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2015 at 9:41 PM

GST kan ado........tu lah guno ea jadi rakyat yg BANGANG.
Ker Guaner Tuang Presideng !!!!!!!!

Post a Comment