........... Deposit USD1.4 Bil 1MDB Bayar Pada Aabar Dah Hilang ? ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Deposit USD1.4 Bil 1MDB Bayar Pada Aabar Dah Hilang ? !

Wednesday, September 9, 201544comments


Satu lagi pendedahan terbaru dari Wall Street Journal ! -  Malaysia's 1MDB Fund Scandal Spreads to U.A.E. Artikel ada diterjemah oleh TMI - Abu Dhabi dakwa AS$1.4 bilion daripada 1MDB hilang, lapor WSJ.

Ramai yang pening bila masuk bab 1MDB ni. Buat masa ni untuk mudah cerita, ingat tak gambarajah warna biru yang Arul siarkan bulan Jun baru ni -



Kemungkinan besar dana yang didakwa hilang itu adalah Deposit Aabar yang dibulatkan di atas.

Amaun ditulis TMI sebagai RM6.02 bil tapi itu kalau menggunakan kadar tukaran sekarang iaitu 4.3. Kalau didarab 3( mengikut kadar dulu ) ia bersamaan RM4.2 bil

Dari artikel, 1MDB kata jumlah USD1.4 bil itu dibayar sebagai deposit/cagaran pinjaman USD3.5 bil dari Goldman Sachs. Dibayar kepada Aabar/IPIC sebab Aabar jadi penjamin.

Laporan WSJ kata, baik IPIC ataupun Aabar tidak menerima wang itu dan tidak tahu kemana ia menghilang.

IPIC’s consolidated financial statements, however, contain no reference to the receipt of the payment. Two people familiar with the matter said IPIC and Aabar never received the money. It isn’t clear what happened to the funds. 1MDB didn’t respond to requests for comment.

WSJ ada bertanya kepada 1MDB tapi tidak dilayan. Kenapa pihak 1MDB tidak beri sebarang respon atau jawapan kepada pertanyaan yang diajukan ? Kalau ada penjelasan, takde lah jadi kecoh.

Betul ke ada bayaran itu dibuat ?

KALAU kena songlap, siapa yang harus bertanggungjawab ? Apakah ada kaitan dengan kes alHusseiny bekas CEO Aabar dan alQubassi bekas Pengarah Aabar yang dibuang kerja ? Kedua2 mereka adalah yang bergambar megah semasa majlis menandatangai MOU dengan 1MDB yang disaksikan oleh Najib dulu -



Pendedahan ini membuat kita tertanya2 lagi mengenai bayaran yang telah dibayar kepada IPIC untuk menebus kembali Option 49% yang diberikan kepada Aabar/IPIC untuk memiliki saham IPP milik 1MDB. Sebab perkara ini juga merupakan sebahagian dari perjanjian jaminan yang sama antara Aabar-1MDB.

Berapa sebenarnya JUMLAH yang telah dibayar ? Yang tercatat adalah USD2.22 bil ( ada saya tulis dulu - KLiK )

Kita tunggu perkembangan seterusnya ......

Share this article :

+ comments + 44 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 2:21 PM

bro DT,

kes 1mdb, justo... jawapan dah ada.

tapi si penglipurlara buat jadi kes ni jadi cerita hikayat 1000b malam pulak dah....

nak muntah ada, nak2 kalu tertgk berita kat tv3 tu..

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 2:27 PM

@AnonymousBezanya antara kita dengan penyokong totok Najib. Pro Najib akan terima bulat2 apa saja yang dihidangkan oleh Najib dan 1MDB. Tidak boleh bantah walaupun logiknya boleh dipertikai.

Tapi kita yang boleh berfikir dengan waras akan bertanya meminta penjelasan jika terdapat perkara yang pelik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 2:27 PM

Bangkai dinosour mana boleh ditutup. Lama-kelamaan membusuk jugak akhirnya. Sekarang ni kebusukannya bukan sahaja dapat dihidu dalam negara. Malah, sehingga ke seluruh dunia dapat dihidu.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 9, 2015 at 2:34 PM

Assalammualaikum wmt,
Ada lagi kisah penyelewengan yg membabitkan 1MDB? Tak habis-habis. Lepas satu, satu. Ada kes menipu dan ada kes kena tipu. Sama ada antara penipu dengan yg kena tipu itu satu kumpulan yg bersekongkol susah dibuktikan. Atau belum lagi ada pendedahannya.

Hari apa dan tarikh mana pulak PM Najib akan saman WSJ, sama-sama kita tunggukan jawapan atau ulasan dari TPM Zahid atau Rahman Dahlan. Sekarang mereka mungkin sedang menerima taklimat dari PM Najib dan penasihat kanannya. Esok, lusa akan adalah ulasan mereka. Ungkapan 'fitnah' tak mungkin akan terkecuali sebagaimana selalunya.
Tunggggggggguuuuuuuuuu!
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 2:38 PM

Selama ni pembodak dok salahkan Yahudi walaupun 1MDB ada employ Yahudi via Goldman Sach, ni kali nak tengok diorang nak salahkan Arab Emirates pulak tak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 2:47 PM

Kita sudah boleh agak apanya reaksi Ah Jib Gor' ,peguam dia akan tulis surat kepada WSJ supaya 'çonfirm' cerita ini sebelum mereka nak saman.

Reezal Merican dengan IGP akan keluar warrant tangkap kepada INTERPOL untuk tangkap wartawan yang tulis article itu.

Rahman Dahlan 'the boy that brings a knife to a adult GUN fight' akan spin cerita melawan cerita media dari luar negara untuk neutralise image PR Ah Jib Gor yang sudah buruk.

Ku Nan akan keluar 'guideline' kepada ahli UMNO yang percaya dan bawa isu ini AKAN di buang parti.

Zahid Hamidi akan berkata dia telah berjumpa Pak Arab di UAE ini dan dia boleh confirm yang duit ini tidak hilang.

NGO India Rao akan keluar lagi satu video(in 4 parts) yang éxposure kandangan cerita ini satu lagi plot nak guling PM,kali ini 'actor"nya kaki botol dari Sabah pulak.

TV3 akan mula balik spin cerita yang semua ini agenda Dr M.

Menteri Hamzah Zainudin akan mengharamkan jualan ARAK kepada rakyat ,in case mereka nak minum dan celebrate kejatuhan Ah Jib Gor Kangkong( macam Clare Brown berniat).Hahahaha

Semua ini boleh dielak kalau Ah Jib Gor saman WSJ seperti di ugut dia sebelum ini.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 2:58 PM

Pertanyaan yg d jadikan misteri kerana sikap bisu najib. Benda asal mudah telah jadi rumit dan memalukan. Kenapa susah berkata benar...tentu ada sbb kan?
Penjelasan selepas siasatan selesai...kan siasatan telah tergantung tanpa noktah? Tu alasan...mana lah puak2 ni lari sedangkan kenyataan adalah sebaliknya!
JGN BERBOHONG

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 3:01 PM

Tunggu respons menteri. Ini kes imej dan maruah!!!! Tunggu dan lihat apa pulak jawapan kali ni.

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 3:09 PM

Sejak awal tahun lagi, saya selaku pemimpin di rumah melarang ahli keluarga menonton berita tv3 suku bagi menjamin kewarasan minda kami & tidak dikelentong dgn pembohongan Najib & aksi riak Rosmelda Rakus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 3:25 PM

@Anonymous

Gua tunggu kes di selesaikan..
banyak sangat sudu dari kuah, tak baik juga.

Cerita dah macam US dok serang arwah Saddam.. Saddam kata takde senjata pemusnah, US kata ada. Saddam musnahkan roket mereka, last2 US serang, memang takde pun senjata pemusnah. Iraq sekarang aman damai sentosa hendaknya...

Sama macam awrah Gadafi, siapaa bunuh dia, rakyat dia sendiri, kerana di hasut oleh barat dan medianya. Cukup halus, sampai rakyatnya berfikiran waras aman sentosa juga hendakna.

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 3:26 PM

Akaun yg telah diaudit berakhir mac 2015 pun belum keluar lagi .... macamana deposit itu boleh ada dlm.akaun sebelum ini ? Biasanya audit akan minta pengesahan untuk setiap aset dan liabiliti. Dlm kes ini, auditornya seharusnya sudah ada pengesahan dari pihak Aabar ttg deposit yg mrk pegang itu. Tapi wsj dakwa aabar tak terima pun deposit itu !???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 3:41 PM

Macam ni lah; banyak sangat benda yang tak clear. Tanya tak boleh.

Bangsat betul UMNO dan Najib ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 3:51 PM

Sedikit tips utk menteri kewangan uae, guna je statement : dont worry..its there...units...just units...

Tak pun blh kata the money has been transform to unta..just unta...

Penyokong yang pemikiran sealiran dgn pahlawan boogess kompem terima punya..


-anti bangang-

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 3:58 PM

Bro...sebesar mana bangkai yg ada kat planet ni blh ditutup..p baca wipedea...yg tk blh tutup bangkai najib je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 4:28 PM

@AnonymousBro, tak boleh tanya pun!!! Untuk menyakinkan kita yang si Ah Jib dan Zahid Jawa bercakap BENAR,mereka akan guna taktik biasa mereka dengan menaikkan SUARA mereka dan menggunakan JARI mereka mencucuk udara semasa memberi ceramah.

Best cara untuk mengelak situasi bila di suruh menjawab soalan dan tak mahu melalu kan nya adalah naik kan suara dengan LANTANG dengan emosi MARAH,mengapa kita tanya soalan itu!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 5:30 PM

Masa berceramah si Najib beriya2 melalak berapi2 sambil jari telunjuk tangan mencucuk2 udara...tunding jari sana sini mcm si Zahid...abis ceramah jari yg sama dok guna korek hidung bagi juak2 diorang rasa masin taik hidung diorang...bagitau yg masin tu sebenarnya manis...sambil menyumbat $$$ dlm mulut masing2...sbb tu la tak sedar2 gi puak2 Najib nie yg diorang kena kelentong sampai masin pon rasa manis mcm madu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 5:40 PM

Kes 1mdb masih tgantung kumpulan yg jln siasatan tlh dibubar....tp yg pasti mmg sah 2.6 masuk akaun peribadi yg pd mulanya dinafikan...

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 5:53 PM

Gua dah tak jumpa lagi perkataan yang sesuai dalam dunia ni....speechless....mcmana lagi nak gambarkan akan kebangangan menteri2 UMNO yg duduk keliling Najib.....seriously!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 6:21 PM

Tunggu kes diselesaikan??... Teruskan menunggu...sambil tu telan je bulat2 apa ahjib gor dan kuncu2nya maklumkan...tv3suku tiap2 malam akan hapdate drama sinetron terkini...layannnnn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 7:04 PM

so ...
bulam 4 Dubai pecat khadem al qubaisi (yang pakai igal. pegang mou tu). bukan setakat dari Aabar je. dari semua Dubai based post iaitu Ipic dan Arabtec. Chairman Aabar tu.

selang 4 bulan kemudian. bulan Ogos. orang kuat dia pulak. CEO Aabar, mohammed al hoseiny pulak kena pecat.

sekarang. keluar cerita ada uang sudah hilang. uang tau. bukan unit.

masa pemecatan al hoseiny, memang banyak spekulasi kata ada masalah dengan diorang ni. ye lah. mana ada syarikat pecat pengerusi dan ketua pengarah dalam tempoh yang sangat dekat. itu dua key position. bukan mudah nak ganti.

kami lah penyamun didalam negeri.
kami penyamun didalam ini negeri.
kami menyamun merompak dan mencuri.
uang dan unit semua kami kebas.
siapa melawan ku tunjal tunjal.
penyamun. penyamun.

lagu dan lirik asal: Tan Sri P. Ramlee.
diubahsuai sesedap rasa oleh: jiwa kacau.

defend la lagi penyamun penyamun tu. esok. pandai pandai lah jawab.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 7:41 PM

Lu sembang baik2 bro, Umno tak salah.
Datuk nenek aku mati2 an berhabis berjuang utk merdeka melalui Umno.
Jangan samakan Najib dan balaci2nya dgn Umno.

Kau nak belasah Najib tu kau punya pasal.

....................
Reply To This Comment ...................
eri
September 9, 2015 at 8:42 PM

tok hang dulu sama la ngan tok aku berjuang dlm umno yang original nyer....yang bangsat skarang ni umno baru n najib....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 9:00 PM

Jeng Jeng Jeng......

"The Sang Kelembai Effects" dah sampai ke Dubai...


Siakap Senohong Gelama Ikan Berduri

Dah terang2 si Ahjib ni berbohong....Sekarang makin2 jelas si Ahjib ni mencuri


"Jahanam 1 Malaysia"

"Rakyat di-bangang-kan....Pencapaian di-bangsat-kan"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 9:01 PM

OK lah tu jangan tanya banyak-banyak. Sekarang sudah sah tak ada pemecatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 9:17 PM

Woi adzzam adzzam! Ko nak gertak gertak ni apahal??? Ko ni orang Zahid eh??

SEMUA ORANG TAHU Umno (parti yg dikatakan "keramat" tuu) tak bersalah.....MANUSIA2 DI DALAM Umno tuu yg bersalah..... INI Fakta!!!

Kalau dah tau, lakukan lah perubahan, ini biar aje..."Maintain Status Quo"..... Apa cerita??? Gertak gertak....Eh jalan la!!!

Retorik je banyak....yg terbaru ni "Himpunan Baju Merah" pulak dah..... Apa nak jadi ni???

Tak tahu malu ke?? Macam presiden nya jugak....takde sifat 'kemaluan'...

Nama aje 'Parti Bangsa'....Tapi asyik 'Memalukan Bangsa' je....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 11:00 PM

Betul sangat tu...yg salah adalah NAJIB bukan umno. Cuma umno tumpang lah keburukan itu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2015 at 7:56 AM

Ahaii mak enon 9:17
Lu baca betul2 komen aku.
Ada cara nak jilat pungkoq Tok Dalang Zahid ka.
For real, aku guna nama ori, bukan mak enon2 ni.
Aku dah lama berkeliaran dlm blog2 dan perjuangan aku tetap sama.
Najib mesti letak jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 9:59 AM

Din,
Kalau Aabar nak hilangkan duit tu kenapa kita pulak yang sibuk. Aabar tu kita punya ke.

....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2015 at 10:16 AM

@Anonymouskalau saudara baca artikel itu, dinyatakan duit itu tidak masuk akaun aabar IPIC. Ipic tidak terima duit itu. Di sini akaun 1mdb tulis ADA bayar, di sana takde tulis apapun. Nampak masalahnya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 10:44 AM

Bro adzam. ...jgn amek hati. Kekadang kekawan kita ada yg jenis baca terus hentam. Tak sempat fikir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 10:51 AM

Masaalahnya bila duit itu tak masuk dlm akaun aabar IPIC masuk akaun siapa ? ? ? 1mdb pinjam kerajaan jadi penjamin. Siapa kena bayar ? ? ? Arrulkandar ? J low ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 11:53 AM

apelah hang ni anon 9;59am

memangla kita nak menyibuk sebab kanda arul hari tu siap bentang lagi kononnya billion2 tu perbelanjaan kepada aabar..

tapi aabar pula kata takde terima duit tu..jadi ke mana duit itu?

so kesimpulannya kanda arul menipu rakyat malaysia sebelum ni semata2 nak cober 1mdbangang...

itu pun hang tak nampak lagi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 12:30 PM

Blh tahan bebal kau ni...ke tak reti baca english???... 1mdb kata dah bayar...ipic plak kata tak terima...dah tu mana peginya duit tu??? Malaysia bayar sesaja ke ni???? So lepas ni adakah 1mdb kena keluarkan lagi pitih utk tampung duit yang tak sampai tu??? Faham ke tak ni?? Ke nak guna duit kau & keturunan kau??? Sayang boogess kat org bebal mcm kau ni

....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2015 at 12:33 PM

Adzam Adzam...prinsip anda sama seperti saya. Kita tak perlu menyamar..berani kerana benar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 2:10 PM

Anak siapa ar punya bebal kt atas ni. Mati2 ko kata dh bayar tapi orang tak terima bayaran. Senang ler hidup ko tujuh keturunan. Anon 12:30 ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2015 at 2:27 PM

Datuk Sri Najib boleh minta Derma sekali lagi dgn Tok Arab supaya semua harta yg dimiliki oleh orang CINA boleh di beli balik. Barulah kita boleh sanjungnya hingga ke langit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 2:36 PM

Orang bangang mcm anon 9:59 tu mudah terpedaya dgn pembohongan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 4:40 PM

Kesimpulannya sape tanggung???? Rakyat la tanggung bayar GST

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 4:41 PM

Kalau kulit dijangkit kuman
Rasa gatal nak garu-garu
Belum sempat orang nak saman
Wall Street dah bagi skandal terbaru

-anti-bangsat-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 7:34 PM

Rasa gatal d garu2
Rupanya isi telah d potong
Ada lagi kes terbaru
Tak habis2 si kaki kelentong

-anti najib-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 9:19 PM

Terbaik komen bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 9:21 PM

Bangkai gajah bro...mana bolih tutup

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 1:56 AM

Camne nk bc FY report Ipic?Apa jd kat perjumpaan umno hr tue?senyaap je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 6:14 AM

Alang2 hang dah sebut pasal gst...

Boleh sape2 bgtau harga barang apa yg turun sejak gst dilaksanakan?

Yg aku tahu...
Ringgit yg turun menjunam..
Jumlah pekerja di sykt2 dan bank yg turun sebab diberhentikan atau vss...
Ekonomi yang turun sebab rakyat tak mampu nak belanja...
Mood dan sokongan rakyat yg turun serendah2nya untuk sokong kerajaan lagi...

Confirm tumbang la jawabnya...

Post a Comment