........... CheDet 1872 - Malaysia Hanya Akan Kembali Megah Tanpa Najib | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

CheDet 1872 - Malaysia Hanya Akan Kembali Megah Tanpa Najib

Saturday, September 26, 201555comments


Untuk kesekian kalinya Tun Mahathir melahirkan kekecewaannya terhadap Najib selaku PM dalam artikel terbaru Chedet - Najib. Saya terjemah secara mudah mengikut pemahaman saya.

Dengan sabar, sekali lagi Tun menggariskan sebab musababnya beliau tidak lagi percaya kepada kemampuan Najib menjadi PM. Kerana Najib GAGAL dengan teruk sekali.

Antara kegagalan Najib -

1 - Melantik dan terlalu bergantung kepada penasihat luar. Kos berbillion RM namun nasihat yang diberi tak boleh pakai. Ekonomi merudum, sosial kacau dan imej kerajaan punah.Nilai matawang jatuh teruk dan kos sarahidup meningkat terutamanya dengan pengenalan GST.

2 - Isu 1MDB - Syarikat yang tidak perlu diwujudkan langsung tapi menanggung hutang berbilion RM. Kos pinjaman yang merepek tinggi kepada Goldman Sachs

- Pembelian IPP dengan harga yang jauh lebih tinggi dari pasaran. Dengan hutang2 IPP pun dibeli sama ! Kerugian terlalu tinggi hingga tidak mampu nak bayar bunga pinjaman.

- Pembelian tanah dengan harga murah giler dari kerajaan, berpuluh kali ganda lebih murah dari harga pasaran. Selepas dinilai semula 50 kali ganda harga belian, 1MDB mendakwa aset mereka melebihi liabiliti.

- Perjanjian usahasama 1MDB-Petrosaudi yang meragukan. 6 bulan selepas melabur USD1 bil, usahasama dibatalkan tapi wang pelaburan tidak diambil balik. Ia ditukar jadi pinjaman kepada Petro Saudi dan ditambah lagi USD700 juta. Kini keseluruhan duit itu dah hilang.

- Aset yang nampak hanyalah IPP dan tanah yang dimiliki. Lebih RM20 bilion dari jumlah hutang RM42 bil tidak dapat dikesan ke mana dibelanjakan.

3 - Isu Derma RM2.6 bil. Tidak pernah berlaku sebelum ini Presiden Umno menyimpan duit derma untuk parti didalam akaun peribadi ( senyap2 pulak tu ! Kalau tak didedahkan WSJ, mungkin tidak ada siapa akan tahu hal derma ini sampai bila2 )

4 - Gaya hidup keluarga Najib yang begitu mewah berbelanja, jauh melebihi gaji Najib sebagai PM. Dari mana datangnya duit itu ?

5 - Task Force ditubuhkan untuk siasat derma RM2.6 bil itu tapi kemudiannya dibubarkan dengan alasan yang meragukan.

 - PAC ditubuh untuk siasat 1MDB tapi kemudiannya di tangguhkan bila anggotanya di jadikan ahli kabinet.

- Dua pegawai SPRM ditahan kemudian ditukarkan ke pejabat PM, akhirnya dikembalikan ke SPRM selepas mendapat bantahan.

- Nombor dua Special Branch juga ditukarkan

Pendek kata mereka yang mempertikaikan 1MDB dan Derma RM2.6 bil akan ditangkap, paspot di rampas dan diberi tekanan melalui soalsiasat. Tindakan mempersoalkan kedua isu itu dianggap sebagai cubaan menjatuhkan kerajaan atau dianggap setaraf pengganas. 

6 - Paling menggemparkan adalah video Al Jazeera mengenai kes bunuh Altantuya yang mengaitkan Najib. Ramai yang tidak percaya tapi kes itu sudah menjadi satu skandal antarabangsa yang memalukan negara.


Ketiga2 isu utama itu - 1MDB, Derma 2.6 bil dan kes Altantuya, telah merosakkan nama negara dan semuanya melibatkan Najib. Belum pernah terjadi rakyat kita malu dengan negaranya sendiri.

Najib sanggup bayar supaya rakyat turun berdemo bagi menunjukkan sokongan kepada dirinya tapi waktu sama mengharamkan rakyat berdemo menuntut perletakan jawatannya.

Jika mahu matawang dan ekonomi kita kembali pulih, Najib perlu meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dari segi demokrasi, tidak salah bagi rakyat menuntut Najib meletak jawatan.

Rakyat juga harus menuntut siasatan yang telus dan bebas ke atas isu2 di atas, bebas dari pengaruh Najib. Jika didapati bersalah, Najib harus bersara.

Hanya dengan cara itu ( tanpa Najib ) barulah Malaysia mampu kembali berdiri megah !

Share this article :

+ comments + 55 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 2:36 AM

Alahai....jib..jib..

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 3:21 AM

Ibarat muka dah diconteng arang, hanya satu jalan terbuka untuk Najib..._"GET OUT'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 7:19 AM

Lari najib lari !, jangan biarkan mereka tangkap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 8:27 AM

Berlagak macam tuhan pulak tun m ni. Sudah mrnjawat jawatan pm selama 22 tahun, tapi masih kerap lupa punca naik turunnya matawang. Agaknya minyak jatuh sebab najib suruh kot? Malaysia sahaja yg matawangnya jatuh? Zaman 22 tahun tun m jadi pm, pernah tak matawang jatuh? Sudahlah tun m, jangan berlagak seperti polis, hakim dan tuhan utk kawal semua. Bawa bertenang. Jika najib salah, tak akan kemana. Jika bukan hari ini, esok lusa dia akan kecundang juga. Tapi sebagai orang tua yg sudah menginjak umur 90 tahun dan pernah berpengalaman jd pm yg amat lama, pernah tak terfikir bahawa hampir semua kelaku najib, pernah juga dibuatnya dahulu. Sekat akhbar? Tahan isa? Konspirasi? Politik wang? Apa lagi yg najib buat kamu tak buat tun M?

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 8:34 AM

Salam..dah letih..berbuih mulut bercakap tp tk turun turun...najib oh najib....its,ok...just let him stay n kita bersabarlah utk tempoh tk sampai dua,tahun...kemudian..kita,guna kuasa rakyat....undi lah mana mana,paeu yg bertanding kecuali bn umno....that is,the only solution dan kuasa,akhir kita,sbg rakyat...tk salah kan...kita,amalkan demokrasi..well he can use all resort to maintain his seat in pejan..go ahead..but could he use the same procedure in other seats....let his coallition party dpt minoriti..dia,menang...tp yg lain kalah...masa tu baru sedap buat gulai...kita gulaikan dia cukup cukup..masak bro...I dnt care less,anymore...I wont vote his party no more..enough is enough...well see...we wl see...insyaallah...bn is be end

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 8:42 AM

Betul, malu mengaku rakyat Msia bila diluar negara. Tp Najib muka tebal tak reti malu hadir dipersidangan antarabangsa. Pahlawan boogies alaf baru tiada perasaan malu. Bukan ke malu itu sebhgn dr iman

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 9:02 AM

Nampak gaya lepas ni TM boleh didakwa atas tuduhan menghasut nih. PDRM dah dapat peluang nih. TM memang berani!

Teringat saya kpd filem 'Hati Malaya'. Dalam filem tu ada digambarkan bagaimana pertemuan-pertemuan sulit Dato Onn dengan beberapa orang pemimpin Melayu... (U know who) berbincang bagaimana nak desak Inggeris utk bebaskan Malaya.

Mereka berbincang dalam keadaan sulit kerana Inggeris akan menangkap sesiapa sahaja yg disyaki cuba utk membebaskan Malaya.

Tapi those men tetap tabah....tetap berani.... demi Tanah Air tercinta. Dan setelah sekian orang ditangkap.... diseksa.... dipenjarakan.... akhirnya beberapa tahun kemudian, Malaya merdeka!

Di Syria..... kalaulah Basyir Assad berjiwa besar.... sanggup lepaskan jawatan daripada melihat negaranya hancur....rakyatnya menjadi pelarian.... tentunya perang saudara tu tidak akan berlanjutan selama bertahun-tahun sehingga sekarang.

Di Greece, perdana menterinya dengan rela hati meletak jawatan dan mengadakan pilihanraya semula walaupun dalam pilihanraya yang baru sahaja berlaku sebelum itu, dia telah menang secara demokratik. Saya cukup kagum dengan pemimpin muda tersebut.

Dan ternyata, dah memang rezeki dia, sekali lagi dia dipilih sebagai Perdana Menteri.

Kalaulah Najib juga percaya kpd hakikat bahawa rezeki (jawatan) itu telah ditetapkan Allah, takde sebab kenapa dia harus bimbang kehilangan jawatan kalau dia mengundur diri sementara siasatan dijalankan.

Kalau Pemimpin muda Greece tu (yg bukan Islam pun) boleh percaya kepada fate, kenapa laa Assad atau Najib tak boleh percaya kepada ketentuan rezeki daripada Allah.

Wallahu a'llam bissawab....


~Siti Abdullah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 9:04 AM

terang lagi bersuluh..

....................
Reply To This Comment ...................
Tai-pan Jr
September 26, 2015 at 9:15 AM

As'Salam... Bro DT n Sahabat3 Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Pengkhianat Mega)"

-Situasi sekarang ibarat "Terang lagi bersuluh".. Ini lah punca 'kejatuhan' Negara Kita dan inilah FAKTOR nya.. AhJibGO.. Tidak boleh dinafikan lagi!

-Makin lama makin men-jadi2 tindakan2 me-lampau2 pihak AhJibGO dah lakukan...

-Tindakan memanjangkan penahanan DS Khairuddin adalah "kelucuan terbaru" dari pihak mereka.. SUNGGUH Tak berhati-perut langsung.. Ketika Malaysia sedang dalam suasana menyambut 'Eidul Adha' mereka pergi tahan hamba Allah ni se-mata2 kerana memperjuangkan kebenaran.. Biadap Tahap Mega si AhJibGO ni!!!


"The Malaysian Dilemma"

-Sedih bila memikirkan keadaan Negara Kita di saat ini.. Rakyat Malaysia di-luar negara juga turut sama terkena tempias "bau hancing".. Semua "tunduk malu in public".. Sedih!

-Serba tak kena kita ni.. Sini tunggang-terbalik.. Sana naik menjunam.. Sinun timbul-tenggelam

-Anything Also Cannot Do... Adoi.. Habis jahanam kita semua kalau berterusan macam ni!!!


***May Allah AWJ bless n protects us all from Idiotism**


***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: Salam Eidul Adha Everyone! :-)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 9:29 AM

Harap kakitangan PMO tabah dengan artikel terbaru Tun M ni.....

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
September 26, 2015 at 10:30 AM

Jangan lupa Kak Mah tiba2 ada nank in sampai total RM2 juta. Mai mana duit tu? Menabung?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 11:48 AM

Awatnya Najib pi New York tak kena tangkap? FBI cuti raya kot?

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 11:56 AM

Najib mmg memalukan rakyat malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 11:59 AM

@AnonymousAwatnya FBI nak tangkap Najib ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 12:13 PM

Sdr Din, nak suruh ahli biasa letak jawatan pun mereka tak mahu apa lagi jawatan presiden!

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 26, 2015 at 12:35 PM

@Anonymous
Tun tak buat 1MDB, Isteri Tun tak terima duit RM2 juta dalam akaun, Tun sendiri tak terima derma rm 2bilion dalam akaun peribadi, Tun tak kenal Jho Low yg lebih hebat ilmu menghilangkan dirinya dari Harry Potter....ermm byk lagi la beza Tun M dgn DS Ah Jib Gor terchenta.

Anyway "I LOVE U" Ah Jib Gor!

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 26, 2015 at 12:38 PM

@dinturtle
FBI nak tanya
"Hang dah sign ka TPPA tu?"...heheh

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 12:56 PM

Malaysia lg aman kalo Tun M dok diam2. Badawi x leh pakai. Najip pun x leh pkai. So lepas ni sapa lg pilihan Tun M? Even if abg Din jd PM sure punya lepas tiga empat thn Tun M bg komen bla bla bla rakyat kena tolak Abg Din sbb tak leh pakai. Najip hidup mewah x setimpal gaji? Dulu tun jd PM gaji brp? Anak2 tun M pun boleh jd kaya jg.

Nak senang bgs tun M contest balik p jd PM. Bila dah jadik PM jgn lepas jawatan tu sampai mati. Malaysia pun senang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 2:10 PM

Mahathir selalu cakap, Najib kena turun, baru ekonomi Malaysia akan naik semula dan ringgit akan naik semula....

Betul ke???? Dia faham ekonomi tak??? ada 120 negara mengalami penurunan matawang berbanding US sekarang ni

Malaysia agak ketara sebab bergantung pada minyak dan komoditi yg sekarang kedua duanya harga turun, dan jugak rakan dagangan Malaysia yg terbesar iaitu China, yg ekonomi nya pun jatuh dan matawang China yg diturunka nilai...sebab tu Malaysia terkesan dgn byk. Ditambah buruk lagi dengan kadar faedah di Amerika yg akan dinaikkan...semua ni meneyebabkan nilai ringgit jatuh berbanding US..

semua ni diluar kawalan kita...

memang faktor 1MDB juga menyumbang, tapi ianya lebih kepada persepsi...

Persepsi buruk yg diberitakan yg bertujuan untuk merosakkan lebih teruk lagi eknomi Malaysia....tak ada satu pun dakwaan yg dibuat keatas 1 MDB yg telah dibuktikan...semuanya hanyalah berita yg tak sahih dan tak masuk akal. Blogger yg jadi agen yahudi di Malaysia pun menyumbang kepada persepsi buruk....


Kesimpulannya bukan Najib yg patut turun, Tun M yg patut berhenti bercakap sebab mulut longkang dialah mencemar nama baik 1MDB....masih ingat tak bila dia kata 42 billion hilang/lesap????? .....inilah statement yg paling celaka yg keluar dari mulut longkang dia...

Tun M perlu berhenti bercakap/menulis, insya Allah krisis ekonomi boleh reda sedikit.
Yg pasti ada 3 faktor luaran diluar kawalan kita....itu kita kena terus berdoa agar harga minyak & komoditi kembali stabil dan ekonomi china kembali rancak....

Saya yakin, dengan doa doa jemaah haji kita di tanah suci yg sentiasa mendoakan kesejhateraan dan keamanan negara Malaysia, akan dimakbulkan oleh Allah...Amin

Ya Allah kau selamatkan negara Malaysia dan berilah hidayah kepada pemimpinnya ....Amin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 2:11 PM

Kami rakyat msia...melaya...cina..india...singh...iban..melanau..dll...smua sayangkan najib...kami sanjung rosmah...najib xda lakukan apa2 kesalahan..ini smua plan yahudi utk tgk msia kucar kacir...mcm zaman melaka dulu...najib sokong hudud....najib bijak dan hebat dlm pidato di pbb..hanya najib yg sesuai perintah malaya ini...najib ada strategi yg terbaik utk malaya...sbg org muda malaya...marilah kita sokong rosmah dan najib utk perintah negara islam sederhana ini...ayuh...sayang najib n rosmah....

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 2:12 PM

@Rnzmaksud nya saudara bersetuju lah gaya hidup mewah keluarga Najib melebihi pendapatan najib sebagai PM ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 2:20 PM

@Anonymousnak buktikan macamana kalau yang berusaha membuktikan ditangkap dan dituduh mengancam keselamatan negara? Nak bersemuka tanya pun asyik lari memanjang mengelak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 3:23 PM

Apa yg gaya hidup Najib yg hebat tu????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 3:29 PM

Kalau bukan Najib lai jadi PM, korang nak siapa jadi PM???

Atau Najib ni kambing hitam ajer....sebenarnya nak jatuhkan BN

Supaya pembangkang yg didomnasi oleh DAP menang dan jadi PM

Nak macam tu ke??? DAP ni cerdik tapi dia ingat dia boleh tipu melayu

Dalam pakatan harapan, nak jadikan anwar ibrahim sbg PM...

Ini muslihat DAP untuk tarik sokongan org melayu.
DAP tahu anwar tak boleh jadi PM

Bila dah menang nanti, anwar terus duduk kat penjara untuk habiskan tempoh tahanan
Lim Kit Siang atau melayu DAP yg akan jadi boneka jadi PM


Kerajaan sekarang BN perlu dipertahankan sebab kita tak ada pilihan sekarang ni



....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 3:29 PM

Ada sy kata sy ok ngan najip? Korang pertikai apa yg najip ada tp x pertikai apa yg tun M ada. Tak payah la nak fikir byk. Igt pendapatan najip datang dr gaji sbg PM je ke? Kebanyakan ahli politik lazim nya ada business sendiri so apa nak heran mereka ada duit? Lagi2 ada pengaruh so lg senang nak bt bisnes dr rakyat biasa.

Honestly kalo tun m nak jd PM balik pun sy sokong. Mgkn lg baik utk malaysia. Rakyat x perlu tau apa gomen bt. Give 100% support and faith to goverment. Mana2 yg nak buat kecoh sumbat terus masuk ISA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 4:31 PM

Anon 2.10pm

Memang Tun bukan ahli ekonomi tapi setahu saya Tan Sri Zeti (Gabenor Bank terbaik dunia) dan DS Nazir Razak (seorang banker) ialah orang-orang yang pakar dalam ekonomi.

Menurut mereka, kerana PERSEPSI terhadap 1mdb lah matawang Ringgit semakin terjejas. Benar, 1mdb BUKAN satu-satunya penyebab tapi persepsi yang timbul itulah yang menyebabkan Ringgit semakin merudum.

Persepsi ini boleh dihilangkan JIKA Najib benarkan siasatan dijalankan dengan telus. Selesaikan segala masalah yang timbul.

Jangan suruh para menteri yang kurang bijak bagi jawapan yang pelbagai.
Jangan disekat siasatan dengan memecat, menukar jawatan, suruh polis tangkap orang tu orang ni.... dan sebagainya.

Ini semua hanya menambah rencah kepada PERSEPSI negatif tersebut!


Adakah Tun yang mencipta persepsi ni?

Adakah Tun yang bersubahat dengan tok Arab tu untuk bagi derma politik sebanyak RM2.6 billion dan pujuk Najib masukkan duit tu ke dalam akaun peribadi?

Adakah Tun yang paksa Najib supaya sembunyikan hal derma politik tu daripada MT Umno?

Adakah Tun yang ajar Najib supaya ambik pinjaman dari KWAP sebanyak RM42 billion, supaya buat JV dengan Petrosaudi, supaya tukar pelaburan sebanyak RM1 billion dalam JV tu kepada pinjaman dan kemudian ghaibkan duit tu.

Adakah Tun yang buat semua ni?
Adakah kalau Tun senyap, maka soal derma berbilion ringgit yang misteri, urus niaga 1mdb yang membawa hutang berbilion ringgit tu akan jadi "tidak apa' ?

Memang Tun bukan maksum. Tun juga manusia biasa yang juga ada kelemahan. Kita semua begitu.

Tapi salahkah Tun minta supaya Najib jawab segala persoalan yang ditanya?

Salahkah bila kita minta Najib jawab apa yang ditanya?


~Siti Abdullah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 4:44 PM

Yg kenyataan najib bayar rakyat turun demo tu tak blh blah. Saya dari keluarga peneroka. Mak saya turun demo baju merah tempohari. Sgt mengejutkan,mak saya bagitahu dia ditipu oleh pengurus FELDA wilayah JENGKA. Diberitahu pada mulanya dibawa ke KL utk meraikan HARI MALAYSIA. Sampai pertengahan jalan di genting Sempah,disuruh pakai baju merah dgn nada paksaan. Berhenti di masjid Negara berjalan kaki ke padang Merbuk. Utk usia 50an,saya sgt respek pd mak saya kerana berjaya berjalan dlm jarak yg jauh. Kasihan ?semesti teramat sgt. Benci dan marah? Sudah tentu pada pengurus Felda dan Umno terutama Najib. Dan mak saya ditipu dan dibayar hanya RM20. Sebangsat2 pemimpin adalah pemimpin yg gunakan rakyat utk kepentingan diri sendiri. Sesiapa yg tidak percaya,sila ke wilayah JENGKA utk siasat sendiri. Malah saya dpt tahu setiap wilayah jengka diperuntukkan 3 bas dgn setiap bas dibayar Rm8 ribu. Ada tempat dibayar rm100,ada yg dibayar rm50. Ada yg diberitahu mmg ke perhimpunan baju merah,ada yg ditipu bulat2. Org tua2 menjadi mangsa. Sedih,sokongan terhadap UMNO selama ini hanya sia2 semasa pemerintahan NAJIB.
I LUV PM. LUV UNTILL THIS PM PAY FOR HIS "CRIME"

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 4:49 PM

Nak minta kits do'akan beri hidayah macam mana kalau yg empunya badan sendiri degil & bongkak melanggar larangan Allah swt.

Firman Allah swt (Surah Al-Ma'idah, ayat 51) yang bermaksud....

Wahai orang yg beriman. Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kpd setengah mereka yg lain; dan sesiapa di antara kamu yg menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kpd kaum yg berlaku zalim.

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 4:53 PM

Sehubungan dgn ayat 51 surah Al Ma'idah yg tersebut di atas, Najib telah melanggar perintah Allah swt bila dia melantik syarikat yahudi Apco sebagai Penasihat & Juru Perunding negara, dan juga Banker yahudi Goldman Sachs bagi urusan pinjaman multi billion US$ yg membebankan dgn riba yg tak munasabah. Allah swt telah menunjukkan kemungkaran Najib dgn musibah bertali arus di negara baik di darat, udara, gunung maupun di laut serta keaiban besar hingga menjadi tajuk berita & cemuhan seluruh pelusuk dunia.

Itulah padahnya bila menderhaka kpd orang tua dan khianat pd agama, bangsa & tanah air. Fahaman Liberal, slogan Satu Malaysia serta dayus mengikut telunjuk Bini punca Najib hilang pedoman & menyimpang.

Najib tidak layak & harus digugurkan sebagai pemimpin negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 5:17 PM

Mak Enon 2:10 PM

Apa ke bahlol kau ni.
Tak baca statement Zeti, Gabenor Bank Negara baru2 ni.
Kerajaan perlu buat pencerahan ttg 1MDB kalau nak ringgit melonjak semula.
Apa maksud tu, ekonomi mikro, makro?
Bukan semua boleh jadi alasan politik cetek.
Tun M bercakap ada fakta, ' orang2 ' dia, pemberi maklumat dalaman masih bersepah disekeliling Tun.
Tak perlu dia nak tunggu report WSJ, The Edge etc.
Dia yg susun strategi selama 22 tahun, ada lompang2 kebocoran, awal2 dia dah tahu.
Al maklum, Tun M seorg yg sgt rajin membaca dan mencari maklumat, secara terus kpd sumber bukan main petik2 drpd sumber murahan.
Sebenarnya, kau yg kena henti komen, yg buat rakyat makin menyampah dan meluat, perangai2 penyapu2 ampu bodek Najib ni.
Rakyat bukan bodoh.
Rakyat semakin bermaklumat dan sentiasa memerhati serta menganalisa.
Teruskan membodek.

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 5:18 PM

Hehehe...sokong2
Dalam kenanya tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 5:58 PM

Setuju tanpa Najib & 1MDB, pelabur lebih beryakinan & rigggit akan lebih baik.
1. Najib wajib udur
2. 1MDB dibubar & siasatan terperinci dibuat
3. CEO & pengarahnya dipecat & paspot ditahan
Baru rakyat lega....

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2015 at 7:14 PM

Ramai lagi yg layak jadi PM, dan jika mereka dipilih sebagai PM sudah lama mereka jawab saolan mudah Mahathir.
Mahathir adalah manusia yang paling mudah didekati, difahami dan ditangani.
Syaratnya pemimpin itu mesti bersih, telus dan ikhlas.
Jika seorang pemimpin itu benar, 100 orang macam Mahathir pun dia berani bersemuka.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 26, 2015 at 8:42 PM

Saya percaya sebagaimana Anwar yang korup dan mempunyai kehidupan rahsia yang pelik begitu juga Najib.

Selain daripada masalah bebanan hutang negara disebabkan ketamakan mungkin ada perkara pelik yang tak dijangka....

Ya Allah, selamatkanlah negara ini dari dipimpin oleh pemimpin yang tidak bermoral.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2015 at 10:46 PM

210 Lembab....hang lg haram jadah x tau ekonomi...lg mau tanya tun...hang ti baru idup klu x tau apa senyap la...e

Toksah nak mimpi la...skali tun bg hang soalan2 mampuih hang nak jawab...

Klu nak tau hal ekonomi cer cek 22 thn dia perintah apa yg malaysia dpt...pembangunan, minyak naik brp sen time dia? Takde krisis? Gulf war, soros etc.., brp ramai dpt kerja? Brp ramai melayu jd kontraktor? Brp ramai yg idup makin baik klu x kaya, brp pulangan ASN utk org melayu dan byk lgi....

Len kali sebelum nak ckp, buat kajian dulu...g org kata awak mangkuk, marah...

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
September 27, 2015 at 9:52 AM

Anon 2:10pm,
Nampaknya pada pemahaman anda kegawatan ekonomi hanya tertaluk kepada kejatuhan matawang sahaja ye? Faktor lain, tak perlu di ambil kira ke?
Bagaimana dengan beribu-ribu pekerja yang terpaksa dihentikan kerana syarikat mereka tidak lagi mampu beroperasi akibat ekonomi yang merudum?

Boleh tolong jangan jadi Mat Maslan part 2 tak?? Kita dah ada cukup ramai orang bangang sekarang ni, anda tak perlu tambah lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 10:16 AM

Saudara Anon 8.27, semua matawang di Asia Tenggara merudum kecuali Singapura dan Brunai sahaja TETAPI Ringgit Malaysia paling teruk dan Gabenor Bank Negara komen apa!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 2:11 PM

Anda bagi nasihat ke atau pendapat atau membuat pengesahan apa yg Najib dah buat? Dan perdana menteri yg mempunyai pengalaman 22 tahun cuba berlagak macam tuhan kerana menyoal?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2015 at 2:26 PM

Anon 2.10pm ni Ahmad maslan yg bijak tu ke? Steady lah komen kamu!

....................
Reply To This Comment ...................
September 27, 2015 at 10:15 PM

Mak Enon 3:29

Persoalannya, kenapa DAP menjadi begitu kurang ajar,lantang menghina Islam dan org2 Melayu?

Kenapa Najib mansuhkan ISA?
Apa itu ISA dan kenapa akta ini dianggap benteng terakhir perpaduan rakyat dan keselamatan negara?
Tahun2 70an hingga awal 2000, kenapa puak2 ini tidak berani membuat demo/ menyertai demo di jalanan?

Rakyat sekarang masih mahukan kerajaan BN memerintah.
Tetapi rakyat memang sudah meluat, bukan setakat benci lagi dengan Najib.
Menyuruh Najib turun/letak jawatan tak sama dengan menggulingkan kerajaan seperti yg dimomok2kan oleh Najib, Zahid, Jamal Sekinchan dan pengampu2nya yg lain.
Kenapa semasa rakyat minta Pak Lah letak jawatan dulu, Najib tak kata rakyat nak guling kerajaan pulak. Di sinilah nampak sgt permainan Najib utk memperbodohkan rakyat Malaysia.
Dia ingat rakyat tak tau langsung bab perlembagaan negara ke.
Dia ingat rakyat tak faham langsung undi tak percaya ke.

Anon 3:29
Akhir sekali, tolong percaya kpd bangsa sendiri, bangsa Melayu.
Sejarah dah membuktikan, Empayar Melayu memang terbilang sejak ribuan tahun dahulu, kemuncaknya di negara ini ialah dikala Kesultanan Melayu Melaka
Ini tercatat dlm Suma Oriental karangan Tom Pires sebelum dan selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis.
Kemerdekaan negara ini juga dimulakan oleh org2 Melayu, seawal menentang penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Penentangan org2 Melayu tambah memuncak bila org2 Inggeris datang kembali selepas Jepun menyerah kalah, berikutan Malayan Union yg cuba diperkenalkan.

Melayu tidak bodoh dan lemah utk diperdaya atau dipijak2 maruahnya.
Hanya mereka yg berkepentingan seperti Najib dan juak2 pengampunyalah yg mengkhianati perjuangan Melayu selama ini.
Pepatah ada menyebut ' seekor kerbau membawa lumpur, semua akan terpalit '.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Baru
September 28, 2015 at 10:09 PM

Pak2 Anon n Mak2 Anon Pengampu Ahjib....

Dah "terang lagi bersuluh"....Terima la hakikat bahawa kapten kamu semua tuu dah buat jenayah....jenayah MEGA!

Kali ni bukan kita yang dalam Malaysia sahaja yang tahu.....sekarang seluruh dunia dah tahu.... "Bangkai gajah tuu" sekarang ni satu dunia dah nampak....DAN masih lagi nampak...

Takyah la nak berdemo sana-sini konon nya nak pertahankan maruah bangsa la apa la.....Si Ahjib ni yang menjahanamkan maruah bangsa......Dia ni yang kamu semua patut "selesaikan"......Lagi lama tunggu, lagi macam2 benda mengarut Si Ahjib ni akan buat....

Si Ahjib ni yang sepatutnya dikenakan SOSMA, AMLA n ATFA....

Sedarlah wahai bangsaku...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2015 at 11:30 PM

Rnz, saya fikir Kalau saudara berumur 90tahun, mesti duduk terbaring atas Katil di Rumah atau di kerusi roda Dan tidak berdaya kemana mana. Sebab saudara bukan lah Seorang pejuang bangsa. Allah memberI TM kesihatan dan kekuatan yg luar biasa untuk meneruskan perjuangan agar kita Dan anak cucu terbela. Mampukah saudara lakukan semua itu even at the age of 70? Pernahkan terfikir from this perspective? Akai tang lutut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 12:00 AM

Anon 210 "the economist".

1mdb ialah Alleged economic scandal. Bukan Persepsi. Perlu disiasat. Apa yg didedahkan terlalu menakutkan. Bukan Susah pun nak siasat. money trail will tell you. Biar siasatan habis, Kalau tak salah Ok lah. But beware , economic scandal telah menjatuhkan banyak negara Dan pemimpin dunia termasuk one American president.

Caption anon 210 "the economist".....Tun M yg patut berhenti bercakap sebab mulut longkang dialah mencemar nama baik 1MDB....masih ingat tak bila dia kata 42 billion hilang/lesap????? .....inilah statement yg paling celaka yg keluar dari mulut longkang dia....>>>>lepas tu kau minta doa. Bagus la tu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:18 AM

Kutuk Tun M beriya2 tapi nama sendiri pun setakat guna Anon je. Poorah.. kau sama macam mat najip jugak, tak ada telor. Berapa sen la kau dapat agaknya tulis macamtu. Bangsa tak sedar diuntung. Hanya kerana imbuhan tak seberapa sanggup kau mengutuk orang yang dah berjasa. Inilah contoh terbaik si kitul zaman moden ni. Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:22 AM

Malaysia akan bertambah2 amannya kalau makhluk macam kau ni pun diam RNZ oi!

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:35 AM

Ni satu lagi pengampu mat najip yang tak ada telor - setakat guna nama mat anon je. Maklumlah mat najip pun dah tak bertelor juga.

Setakat kau nak bentang 'fakta' versi tv3 tu baik kau tak payah bercakap kat sini. Orang pun naik jijik membaca komen murahan kau.

Duit negara lain jatuh jugak, tapi apahal duit malaysia yg paling teruk jatuh? Kalau kau dah buta sangat pergi la check kat google.

Semua isu wan emdibi tak dibuktikan? Kau ni baru sampai dari planet mana? Katak bawah tempurung pun tak sejumud kau.

Nak Tun M diam? Aku rasa lebih baik orang yang sesat lagi menyesatkan macam engkau yang diam. Kata bodoh karang tau pulak marah.

Patutlah malaysia makin jahanam - sebab masih ada warganegaranya yang pemikirannya macam kau ni. Buat semak je. Kalau dah bodoh tu diam je la.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:36 AM

Memang sah la kau ni dari planet mana ntah. Dah berzaman malaysia dah tak ada ISA la woi.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:39 AM

Plan yahudi kau cakap? Habis tu yang mat najip sebok nak pakai jugak tuan penasehat yahudi tu sapa suruh woi?

Malam ni tido jangan lupa pelok gambar mat najip n kak mah kesayangan kau tu ya. Paling tak pun buat wallpaper henset kau.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:43 AM

Kalau dah tak ada sangat orang melayu lain yang boleh jadi PM, bak sini je ha biar aku yang jadi PM. Payah sangat.

Ada ke pulak boleh kau kata tak ada orang boleh ganti mat najip. Woi budak kecik boleh la kau ugut2 dengan rotan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:46 AM

Buat saudara, saya juga terserempak dengan budak2 muda yang dihangkut dengan bas2 daripada gugusan felda palong ketika saya minum pagi di rnr seremban arah utara masa hari malaysia tu. Memang mereka dibayar (tapi berapa ringgit tu saya xtanya pulak)

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:48 AM

Sangat setuju

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:50 AM

Ni bukan mat maslan 2 tapi anak murid mat maslan..

Pepatah melayu menyebut..

Guru kencing berdiri

Anak murid kencing berlari..

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:51 AM

Duit siam malahan duit indon pun xjatuh banyak mana. Duit malaysia je dah dekat nak jadi duit pokok pisang zaman jepun dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2015 at 2:53 AM

Mat non 210 ni la yg patut kita longkangkan dahulu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 8:37 AM

sudah2 lah tu tajul, makin banyak awak cakap makin banyak silapnya... tapi kalau hati sekeras batu, manakan nak nampak salah pendapat sendiri kan?

Post a Comment