........... Bila Pembayaran Lebih RM8 Bilion 1MDB DiRagui Masuk Akaun Penerima .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Pembayaran Lebih RM8 Bilion 1MDB DiRagui Masuk Akaun Penerima ....

Saturday, September 19, 201516comments


Ramai juga rakan2 yang masih tidak berapa nak faham isu 1MDB kalau nak dibandingkan dengan isu Derma RM2.6 bil. Isu derma itu very the straight forward, duit masuk akaun Najib dan Najib buat bodoh jer. Isu 1MDB ini orang takut nak komen sebab tak berapa faham. Begitu juga dengan isu SRC ( KLiK )

Contohnya pendedahan oleh WSJ bahawa dalam akaun IPIC tidak ada dinyatakan tentang bayaran oleh 1MDB sebanyak USD1.4 bil (KLiK) dan yang terbaru mengenai satu lagi bayaran oleh 1MDB sebanyak USD993 juta yang turut didakwa tidak diterima oleh IPIC.

Saya beri satu contoh ...... kita nak beli rumah berharga RM300k. Kita bayar deposit kepada agen perumahan sebanyak RM30k. Resit kita simpan. Alih2 ada orang kata pihak syarikat perumahan itu tidak ada menerima deposit yang kita bayar itu. Kita pula baca paper, pengurus syarikat sama telah dibuang kerja. Ahli keluarga kita bertanyakan tentang perkara ini. 

Betul ke ko dah bayar deposit RM30k itu ?   Dah .......

Habis tu, kenapa ada orang kata syarikat tu tak terima pun deposit tu ?   Entah .... yang aku tahu aku dah bayar melalui agen.

Ko tak nak cek ngan syarikat perumahan tu ? Sahkan jer. Bukannya susah, talipon jer.   Tak payah, aku ada resit yang agen keluarkan.

Laaa.... ko tak takut ke mungkin agen tu dah tipu ko ?   Tak takut pun .... aku yakin dengan agen tu.

Yalah... tapi bukannya susah pun nak buat pengesahan dengan syarikat itu sendiri. Diorang boleh cek dengan akaun mereka dan sahkan betul ke duit deposit itu mereka terima dan masuk akaun mereka. 
Tak payah percaya sangat berita tu .... lagipun adalah satu kesalahan mendapat info dalaman mana2 syarikat tanpa kebenaran. 

Ya.... tahu. Tapi apa salahnya ko talipon jer minta pengesahan ? Susah sangat ke ?   Tak perlu .....

Ko tak takut kerugian deposit RM30k tu ? Kita korang pun ada share tau !   Tak perlu lah takut.


Begitulah kira2nya  ...... Bukannya susah pun nak dapatkan pengesahan dari pihak IPIC. Kenapa yang payah sangat ? Bukannya kita nak pertikaikan kesahihan audit yang telah dibuat oleh Deloitte tapi sekadar nak dapatkan kepastian. 

Bukan 2-3 ribu hinggit beb tapi USD2.393 bil atau mengikut kadar tukaran wang 3.3 - hampir RM8 billion ! Kalau ikut kadar 4.3, ia akan jadi lebih RM10 billion !!

Kerajaan tak risau ke duit 1MDB ADA KEMUNGKINAN dah lesap sebanyak RM8 billion - RM10 billion ?

Bukannya susah nak dapatkan kepastian. Hubungi jer IPIC. Lagipun ia tidak berkaitan maklumat rahsia syarikat IPIC. Ia adalah maklumat umum sebagaimana tercatat dalam Penyata Kewangan IPIC.

WSJ dakwa amaun itu tidak ada dalam Penyata Kewangan IPIC.

Mungkin 1MDB dan kerajaan akan mengambil pendirian buat bodoh jer, macam biasa .... walaupun ia membabitkan duit 1MDB ( yang dijamin oleh kerajaan di mana akhirnya rakyat juga yang bakal mendapat tempiasnya ) sebanyak RM10 billion !

Mungkin kita patut bertanyakan kenapa akaun 1MDB bagi tahun berakhir Mac 2015 masih belum siap diaudit oleh Deloitte ? ! Dah masuk 6 bulan lewat. Katanya 1MDB mengikut standard antarabangsa, apakah kelewatan akaun merupakan satu standard antarabangsa juga ?

Kalau dah keluar penyata kewangan 2015 nanti, kita boleh lihat apakah benar deposit yang dibayar kepada IPIC itu masih wujud. Dengan publisiti yang meluas tentang perkara ini, pihak Deloitte akan memastikan kesahihannya dengan teliti kerana kredibiliti mereka dipertaruhkan. Tanpa kredibiliti, Deloitte boleh tutup kedai .....

Begitu juga dengan Penyata Kewangan SRC yang sudah 3 tahun tertunggak ! Kali terakhir adalah untuk tahun berakhir 2012. 

Jangan pihak Deloitte pun tarik diri dari jadi juruaudit 1MDB sepertimana dua tiga auditor sebelum ini ..... syarikat mereka pun besar macam Deloitte !

Kalau 1MDB malas nak layan dakwaan WSJ itu, apakata perjelaskan berapa sebenarnya yang perlu dibayar kepada IPIC untuk tebus Option itu ? Dah jadi merepek perjanjian penjamin antara IPIC-1MDB ni !

Deposit USD1.4 juta ..... USD2.22 juta untuk tebus Option ..... buta jer IPIC dapat duit. Bukannya beli saham atau beli aset tapi bayar bodoh begitu saja kepada IPIC.



PS - Baca komen JMD dalam isu sama - KLiK.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2015 at 12:39 PM

Lama tak posting kat sini, sibuk kerja brother Din cos nak makan maggie pun kena GST. Penjelasan yang mudah seperti diatas, jika ada yang kata tak faham & masih kata tak logik then memang sah la otak dah beku.

Sama macam pinjam pada ceti berlesen, 'collector' datang jumpa kita minta/ambil duit tiap bulan. Kita pun bagi lah pada collector ini cos percaya & yakin akan sampai pada pejabatnya. 6 bulan kemudian, seseorang dari pejabat ceti itu call kita kata sudah 6 bulan mereka tak terima bayaran bulanan dari kita. Sure kita terkejut cos ada resit bank-in atas nama collector itu yang kita masih simpan.

Then collector dah hilangkan diri. Even kita ada bukti namun pejabat masih tuntut juga bayaran 6 bulan ini cos perkara ini salah kita yang percaya then berurusan dengan pihak ketiga, yang sepatutnya kita berurusan dengan pejabat ceti sahaja & melalui resit rasmi or account bank rasmi pejabat ceti. (Kisah benar...)

Ini lah persamaan hal berlaku isu 1MDB ini, sama-ada tak disengajakan atau memang disengajakan. Khadem & Mohamad Hussieny sudah tiada lagi dalam IPIC & Aabar, then nak salahkan siapa...? 1MDB berurusan dengan Khadem & Husseiny ini melalui Jho Low. So, tangkap Jho Low then semua masalah akan terungkai. Yang hairannya, macam nak tangkap tapi tak nak tangkap pun, macam nak siasat tapi tak siasat pun.

Dalam isu ini, Aabar & IPIC memang masih berhak tuntut kembali duit tersebut dari 1MDB even 1MDB ada bukti bahawa pembayaran tersebut memang ada berlaku dah telah pun dibayar. Kesilapan tidak sengaja or memang sengaja ini tetap salah. Kita mahu siasatan Di-Raja dilakukan. Sangat jelas 'hanky-panky' memang berlaku. Siasat then dakwa mereka2 yang terlibat bak kata TS Muhyiddin waktu berucap di Janda Baik.

Kepada sebahagian ahli Umno & kita yan Melayu ini yang masih rasa diri ada maruah then bertindak lah cepat sebelum PM berterusan berselindung silapnya disebalik Umno & Melayu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2015 at 12:41 PM

Analogi penerangan yg cukup baik!
Apa perlu baju merah, kuning, hijau, oren dsb... Najib yg tak bermoral tak perlu nak maki hamun...Ahmad maslan et al boleh faham atau buat2 tak faham!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2015 at 1:50 PM

Kenaoa percaya yahudi wsj ni? Osl dia bg berita benar dan jujur? Kenapa x percaya dgn islam pondan bugis ni? Psl dia ni penipu/pengkhianat/perompak negara.

Utk yg sibuk 24 jam kata yahudi ni semua jahat terutama yg suka gunakan agama tu, cuba terangkan knp org islam sendiri pun kuat nipu/sombong/curi/khianat dll lagi? Kalau hangpa blh jawab penganut islam 100% baik baru lah blh labelkan bangsa lain jahat dsbgnya

Kalau tanya saya, saya lebih rela berpemimpinkan yahudi yg baik, jujur dan berhemah drpd seorang islam pondan/penipu/perompak/pengkhianat bangsa,, agama & negara

Baik buruk seseorang tu bkn dr nama bangsa mereka!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2015 at 1:56 PM

Kalau susah nak paham saya tak boleh kata apa lah. Yang susah nak d fahamkan kenapa isu 1mdb cukup susah utk d siasat? Siasatan semua telah d gantung jadi bila rakyat nak dapat keputusan nya? Semua jalan utk siasat telah d tutup secara rasmi melalui rasuah kuasa. Penubuhan suruhanjaya siasatan d raja amat perlu. Kenapa sampai sekarang tak d tubuhkan? Ini bukan soal najib,ini soal duit rakyat dan soal pentadbiran negara. Penyelewengan ini telah d halalkan dgn pelbagai cara dgn pelbagai helah dan alasan yg tidak relevan langsung.
Soalan terbaiknya mengapa rakyat takut bertindak? Najib ni hanya seorang yg lemah serba serbi. Sbb tu dia berlindung dari siapa yg boleh mengampunya sebaik mungkin.
LENA YG PANJANG AMAT MEMBEBANKAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2015 at 2:24 PM

Penyokong2 pro Ah Jib duk sibuk jaja cerita yang apa di tulis di WSJ adalah satu fitnah dan angkara untuk gulingkan kerajaan.

Kita tahu budaya 'corporate Amerika' di mana sebelum sesuatu yang controversial di publishkan mereka akan berbincang dengan lawyer2 mereka dari angle pendirian mereka jika mereka di saman.

The fact Ah Jib Gor di dapati berBOHONG dan TIDAK menyaman WSJ telah memberi 'creditibility'kepada suratkhabar ini.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2015 at 3:00 PM

alamak tak payah call ipic call bank 1mdb duit 1mdb ada transfer ke akaun bank ipic tak? amik pengesahan bank tepek lam paper buletin tv3 pun boleh ulas tiap2 malam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2015 at 3:14 PM

Coba tanya kat Ali Tinju atau Datuk Jamal Yunus Ikan bakar, dapatkan penjelasan tentang 1MDB, IPIC dll. Kan depa ada maklumat insider dari Big Boss depa kat Putrajaya, dan lebih cerdik dari kita yg tak mampu paham isu ini....Mat Maslan 3.85 pon kalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2015 at 4:39 PM

ceo 1mdb : aloo itu wang 1.4b sama 1b u transfer masuk sape punya akaun?

pengurus bank : itu wang sudah transfer masuk akaun dolah saleh bos

ceo 1mdb : ayoyoo apa pasal u masuk kasi dolah dia apa tau 1mdb dia bola saja tau

kalu call bank kan senang sekejap saja sudah tau bukan kena check akaun ipic pun hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2015 at 6:14 PM

Saya rasa makin kesian pd si Arul tu.

Agaknya masa dia terima job offer sebagai Ceo 1mdb dulu, dia tentu tak sangka yg dia dah ambil alih urus syarikat yang banyak skeletons in the closet.

I wonder berapa lama dia dapat bertahan hahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2015 at 10:06 PM

wsj mendedahkan ipic tak terima bayaran dari 1mdb wsj tak kata 1mdb tak buat sebarang bayaran kepada ipic, pihak abu dhabi & ipic yakni tuan badan sendiri tak komen & tak menafikan pendedahan wsj tapi pihak 1mdb plak yang melompat lompat cam beruk serang wsj kata 1mdb sudah bayar & tuduh wsj menipu ni pehal lebih sudu dari kuah, pengurusan 1mdb ni mabuk ketum kaa

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2015 at 2:42 AM

Saya ada baca la blog pro mat najip ni sekejap aritu. Sebab teringin nak tgk pola pemikiran mereka tu tahap mana.

Katanya (mereka katalah) IPIC dah terima duit tu tapi sebab akaun tu tak disatukan maka figure tu tak keluar.

Tapi sekadar tu je la

- figure xada
- proof xada
- siapa yang kata pun tak ada

Pendek kata, cakap2 pro mat najib ni serupa ubat gigi je - ANGIN JE LEBIH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 9:11 AM

@Anonymous ya DT... kali ini nampak jelas sikit apakebenda yang berlaku ... bagi saya yang buta sistem kewangan ni...
Bab ini saya kenal DT sejak dulu... kelas ko DT!!
Artikel pertama DT yang saya baca dan terus tertarik kat ko ialah bab LGE kena baling senduk dengan bini dia ... ditulis dlm loghat cina bukit... (ada ke lagi artikel tu? )

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2015 at 9:29 AM

@Anonymouswah... artikel 3 tahun dulu tuh :)

http://dinturtle.blogspot.my/2012/05/ini-dahi-sebab-bersih-ok-bukan-wa-bini.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2015 at 11:43 AM

memang jelas ada hanky panky, tu sebab siasatan 1MDB tergantung...

....................
Reply To This Comment ...................
September 21, 2015 at 12:18 AM

Bukan tergantung, tapi DIGANTUNG

Atau lebih tepatnya DIGANTUNG TAK BERTALI

Entah sampai bila la 1MDB dapat menuntut 'fasakh' dengan semua masalah ni

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 8:35 AM

Setuju sgt2 dgn tuan..tq. Nmpak sgt depa dh seleweng duit yg dijamin kerajaan.

Post a Comment