........... Bila Isu Derma DiMainkan US .... Semoga Tidak DiKaitkan Dengan TPPA ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Isu Derma DiMainkan US .... Semoga Tidak DiKaitkan Dengan TPPA !

Tuesday, September 22, 201531comments


Ooooopsss.... silap gambar. Ni yang betulnya -

NY Times
Alahai Derma, derma ...... sejak mula didedahkan oleh WSJ hampir 3 bulan lalu, isu ini masih tak selesai lagi. Bukan saja di negara sendiri, sekarang isu Derma ni dah jadi berita dunia ! Betul2 memalukan negara lah Najib ni ....

Baru ni heboh FBI nak mula menyiasat isu 1MDB, sekarang dilaporkan oleh New York Times,  Jabatan Kehakiman US pun berminat ngan isu2 peribadi Najib.

Ingatkah lagi awal tahun ini ketika New York Times menyiarkan artikel panas mengenai kemewahan gaya hidup keluarga Najib yang kemudiannya dibalas oleh Pejabat PM sebagai bersumberkan harta pusaka ?

 Rupanya di US, isu tak selesai di situ .... 

Ditambah pula isu Derma yang bersangkut dengan bank US iaitu Wells Fargo, makin bersemangatlah pihak berkuasa US.

Mungkin patut Zahid pergi ke US dan ulangi ceritanya yang beliau sudah berjumpa dengan wakil penderma dari Arab, kemudian jelaskan transaksi ala money laundering itu sebenarnya untuk merahsiakan identiti penderma, last sekali sahkan mengenai harta pusaka Najib ....  tengok diorang terima tak alasan2 sebegitu.

Zahid kena konsisten. Jangan pula dibezakan alasan2 antara rakyat Malaysia dengan pihak luar.

Apa yang menarik perhatian pihak berkuasa US mengenai kemewahan keluarga Najib adalah cara transaksi2 yang berkaitan, baik yang melibatkan 1MDB, Derma maupun pembelian aset2 mewah di US oleh anak Rosmah, Riza Aziz.

Cara yang pelik, seolah mahu menyorokkan sesuatu.

Walaupun siasatan masih baru dimulakan dan dikatakan bakal mengambil masa bertahun lamanya, namun kita harap Najib punya sedikit perasaan malu di hatinya untuk paling tidak, tampil beri penjelasan kepada semua isu2 yang berkaitan.

Malulah nama negara kalau dibiarkan ......

Tun Mahathir glamer di seluruh dunia kerana ketegasannya, mendapat penghormatan pemimpin2 dunia dan menjadi kebanggaan khususnya kepada negara dunia ketiga dan dunia Islam, Najib pula glamer di seluruh dunia dengan isu2 peribadi yang penuh kontroversi.

Hancur segala yang telah diperjuangkan oleh pemimpin2 terdahulu ....... itu pun masih perasan hebat lagi.

PS - Anda boleh baca di TMI mengenai isu oleh New York Times itu.


                                                      **************************

Waktu sama saya berasa sedikit cuak dengan keperihatinan pihak berkuasa US yang pada saya ..... minat mereka kepada isu Najib ini secara tiba2 dihebahkan.

Najib dikatakan bakal ke US untuk menghadiri satu Konvensyen Perdagangan PBB minggu ini ..... dan berita memalukan negara ini pula dihebahkan sebagai menyambut ketibaan beliau.... hmmmm ....

Saya sedikit khuatir ..... apakah semua ini ada kaitannya dengan TPPA !

Maksud saya, apakah Najib bakal diberikan tekanan untuk menandatangai TPPA yang mendapat tentangan majoriti rakyat Malaysia ...... CONTOHNYA -  i help you, you help me.

Anda faham2lah maksud saya.

Inilah antara sebab2 utama kenapa seseorang yang memegang jawatan penting harus mengundurkan diri sementara siasatan ke atas dirinya atas sebarang dakwaan sedang dilakukan. Selain dari mengelakkan persepsi pengaruh ke atas siasatan yang sedang berjalan, suspek juga bakal berdepan dengan situasi terpaksa berkompromi sekiranya ada pihak berkepentingan mengambil kesempatan atas keadaan.

TPPA ini mendapat tentangan hebat dari rakyat Malaysia. Tapi jangan terkejut ...... sekiranya media termasuk sibertrooper Najib tetiba mula bercerita yang baik2 tentang TPPA satu hari nanti. Itu petanda awal Malaysia akan menandatangani TPPA !

Langkah awal adalah dengan saiko rakyat kononnya TPPA itu bagus untuk rakyat dan negara.

                                    *********************
Mengenai saman Anina, peguam Najib, Hafarizam sudah memfailkan permohonan untuk mengetepikannya tapi beliau enggan mendedahkan apa2 butiran.

Semua main senyap2 ......

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 7:22 PM

Semua ni ada lah perkara dan masalah kecil bagi Ah Jib Gor. Nanti di UN assembly semasa ucapan dia nanti dia hannnyyyaaa perlu naik kan nada suara dia sambil mengguna jari nya mencucuk udara, mereka disana akan percayakan dia. Dia akan mengaku walau anak tiri nya hidup mewah di apartment mahal di New York yang di beli dari duit derma yang dia terima tapi dia TIDAK pernah guna apartment itu untuk peribadi nya!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 22, 2015 at 8:10 PM

Assalammualaikum wmt,
Biasa yg kita dengar, apabila seseorang pemimpin sesebuah negara itu tercela atau tercemar dgn skandal wanita atau rasuah atau salahguna kuasa, cepat-cepat mereka letak jawatan kerana tidak mahu isu mereka diperpanjang ke seantero dunia.

Keadaan seperti itu tidak mampu dilakukan PM Malaysia bernama Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Kenapa dan mengapa dia sangat berdegil untuk terus kekal jadi PM menimbulkan perlbagai persepsi. Ada yg kata itu bukan kehendak dia sendiri tapi atas kehendak 'orang lain'.

Ada juga yg berpersepsi bahawa Majib jadi macam itu kerana diyakinkan oleh penasihat yg paling rapat dgnnya, konon kedudukan Najib tidak akan tergugat selagi ada kuasa-kuasa ghaib yg disediakan untuknya. Semua manusia yg ada didunia ini akan tunduk dan tidak akan mampu mengapa-apakan PM ke-6 Malaysia itu. Semua orang akan ikut dan taat setia kpdnya tanpa banyak soal. Siapa yg berani sanggah akan terima padah masing-masing dgn pelbagai cara.

Apapun sama-samalah kita nantikan apa kesudahan 'drama kedegilan' Najib ini. Yg pasti rakyat negara ini dah tak mampu buat apa selain menanti tarikh PRU-14 yg tak pasti entah bila. Kalau pemilihan pimpinan UMNO boleh ditangguhkan selama 18 bulan lagi, apakah PRU-14 juga mampu ditangguhkan PM Najib?
Wakkahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 8:20 PM

Tuan2 semua kena tahu, Najib ada Ilmu Selamba Peringkat Tertinggi dgn jurus yg paling hebat yaitu Jurus Buat Bodoh Aje. Siapa buleh lawan? Ilmu2 yg rakyat ada cuma Ilmu Pasrah aje...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 8:48 PM

Ahjib akan hadir perhimpunan PBB tuu nanti??? Hah!! Impossible.....

Nak hadir kan diri di majlis2 di tanah air pun dah terkencing-kencing... (Contoh macam 'Nothing2Hide', IACC, MT Umno haritu Ahjib datang n balik guna "lorong tikus")

Ahjib nak pegi majlis PBB tuu?? Hah! Potong teloq dulu laa.....Pahlawan konon....

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 8:52 PM

Alaaa...klu Najib letak jawatan tak best lah....sape nak bg kita BRIM, sape nak bagi kita BRIM, sape nak bg kita BRIM....?? I love PM....#IM4U#

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 9:00 PM

Mungkin jugak. Tapi sapa suruh bagi peluang? Depan mata ok....kena henjut sapa tau...
Sbb tu dari awal lagi berhenti je.Ia akan berkait2. Contohnya pdrm tak siasat...fbi siasat. Tak ke bahaya tu?
Nak buat mcm mana jika keaiban menanti najib. Beliau degil sangat tak mahu ikut cakap rakyat yg ternyata lebih bijak dari beliau.....
Kuasa apa ada?....sementara je tapi kebijaksanaan sampai bila2 beb!
Walaupun saya amat marah dgn beliau tapi saya tetap kesian.....tapi sapa suruh buat tak tahu....salah sendiri. Ingat najib mentadbir negara bukan semudah akal penasihat je.....
Fikir2 lah utk bersara pulak wahai en najib. Itu yg terbaik buat anda. PERCAYA LAH.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 9:09 PM

Kesian arwah Tun Razak anaknya gila glamer. Tanya mana2 orang yg celik internet dalam dunia ni termasuk di ceruk benua Afrika, pasti tau psl najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 9:49 PM

Satu DUNIA sudah tahu siapa NAJIB?
Hanya masa menentukan WIRA BUGIS kecundang ditangan Polis Dunia?
POLIS Malaysia..... ada ke atau tiada... he he he...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 10:19 PM

Oh boy...!!!
TPPA.....mungkinkah ini sbbnya US minat sangat nak siasat? harapnya janganlah...

Klu lah task force yg AG Ghani bentukkan dahulu dibiarkn terus menyiasat, mungkinkah lain jalan cerita 1mdb ni....?

Hmmm......
I have a dream... That at this very moment there is a group of people trying hard to find ways to give najib a chance to leave the post honourably..

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:41 AM

Takkan dia dah derma rumah tu buat rumah anak yatim macam saddiq segara dalam 3 abdul tu kot hihihi

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:43 AM

Tak berapa sennya BR1M tu berbanding kita kena takik dek GST hari2..

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:50 AM

Rasanya mat najip tak goyang nak gi amrika. Obama geng dia. Bab malu, dia memang muka tak malu pun. Bab reporter, dia boleh cabut ikut longkang bawah jalan macam ninja turtle (bukan kau din - jangan terasa pulak). Silap2 dia bawak golf set siap2 masa ke sana. Melopong je kita nengoknya nanti huhu..

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
September 23, 2015 at 12:56 AM

PDRM skrg sgt2 sibuk.....

Sibuk bertweeter.....drp constable sampai ke IGP.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 1:30 AM

Yang bugis nih panas kenapa hanya dengan WSJ je? NYT nih ada banyak lagi articles yang tebar kes bugis nih, anak tiri dia, kawan baby-face yang dia ngaku 'tak kenal' tapi exactly tahun lepas jumpa di Time Warner House tuh!

Bila nak kasi warning dengan NYT pulak lepas tuh kata nak saman selasa yang baru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 2:44 AM

Ini semua mengarut....hari ni ds najib berada d london...najib seorg yg berani...sbg pemimpin yg bnyk ujian...tandanya Allah sayang dia sbg pemimpin....bro din...bro shahbudin...najibx bersalah...dia buat smua ni utk org melayu...ada cina nak bg kita mcm tu....najib seorg yg berani dan pakar dlm politik...belajar dr pakar2 old school juga...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 4:03 AM

Saya dah kena tanya pasal Najib kat orang kemboja semalam masa tengah relaks kat hotel Phnom Penh. Rupa2nya radio dan akhbar depa riuh dgn cerita si Najib ni. Malu ngaku orang Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 5:10 AM

TPPA akan ditandatangani .... insyallah dalam masa terdekat ini.
Menteri MITI sudah memberikan isyarat melalui pernyataan kebaikan TPPA.
Perdana Menteri telah memberikan isyarat melalui perlawanan golf dengan Presiden Amerika ketika rakyat dilanda musibah bankir.
Menteri Kewangan sudah memberikan isyarat melalui penambahan peruntukan BRIM. Engkau ingat senang ke nak cekau duit berjuta2 nak bayar BRIM Melalui TPPA inilah kerajaan akan dapat kutipan cukai untuk membayar BRIM. Engkau tahu ke tidak sekarang ini kerajaan kekurangan dana perbelanjaan mengurus, bahkan beberapa peruntukan perbelanjaan mengurus telah dipotong. Tetapi gaji menteri dinaikkan. Banyak peruntukan pembangunan ditolak oleh EPU kerana ketiadaan wang untuk peruntukan itu.
1MDB akan berjaya dipulihkan dengan menjual asetnya kepada pelaburan yang dibawa masuk melalui TPPA. Penasihat TPPA sudah memberitahu bahawa dia ada cara dalam menyelesaikan masalah 1MDB ini dan dia hanya perlukan masa.

Manakala Amerika ... sebuah negara benua yang kita tahu akan menekan negara kecil dengan menggunakan apa sahaja isu atau masalah yang dihadapi oleh negara kecil itu akan menggunakan permasalahan Najib dan 1MDB akan menggunakan kesempatan itu untuk menekan Najib bagi menandatangani TPPA. Dahulu kita takut Anwar akan menandatangani TPPA kerana tekanan Amerika melalui salah laku sodomi Anwar. Tetapi akhirnya kita terpaksa menelan suatu hakikat yang pahit bahawa Najib akan menandatangani TPPA kerana dia juga adalah jenis pemimpin bermasalah.

Falsafah money is king amat dipercayainya. Melalui penambahan peruntukan BRIM dia yakin rakyat akan kembali menyokongnya.

Engkau jangan terkejut jika selepas persidangan itu Najib akan bermain golf dengan Presiden Amerika dengan penuh santai tetapi engkau hendaklah sedar bahawa Najib telah menandatangani TPPA dan Amerika telah melaksanakan strategi I help you, you help me. Amerika akan memanjangkan tempoh siasatan untuk memberi ruang dan peluang kepada Najib menguruskan masalah 1MDB dan pada masa yang sama sebagai tekanan kepada Najib untuk terus tunduk dan patuh kepada kehendak mereka.

Tidak lama lagi gambar Najib dan Presiden Amerika bermain golf akan diwar-warkan oleh penyokong Najib dengan menyatakan bahawa Najib pergi ke luar negara menarik pelaburan untuk pembangunan negara manakala Mahadir keluar negara untuk mengikat namanya yang kian ditolak oleh rakyat Malaysia.

Hanya masa yang akan menentukan semua perkara itu akan berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 5:24 AM

I'm sure many people are following the 1MDB issue with great interests.

Looks like so many funny things have happened in relation to 1MDB sampai saya nak komen pun dah malas. Except for the above two press reports.

IMHO, the effects of all the international investigations on the PM are;

1. It has battered and will continue to batter his international standing.

2. It may (or has) cut his access to some of his funds (by freezing of accounts pending investigations).

3. Increasing pressure for him to resign.

4. May expose him to the risks of being blackmailed by others abroad (other governments?) pending their investigations.

5. But to say that he may potentially face arrest abroad is i think a very, very remote possibility.

Why remote possibility?

Well, the key is to understand how (some of) the transactions in 1MDB have been structured.

Of course the suspicion is that 1MDB funds have been used to buy properties in the U.S, or have ended up in someone's bank account. If that is the case, then money laundering, corruption or misappropriation would have deemed to have occurred. (That is the subject of the U.S investigation as i understand it from the above article).

If that is what they are all investigating, then I think they will find nothing substantial!

Why?

If the funds did originate from the USD1.83bio 1MDB failed business venture with petrosaudi, then it would NOT be illegal!

Why?

Remember that what they have done is a series of SWAP (where cash is being given out and eventually in return 1MDB got "units" in some trust funds).

In essence, what this means that it is their cash and they can do whatever they want with it! Whether to buy properties or to make a donation!

So tracing the money for suspicion of money laundering would be pointless as nothing illegal have occurred.

But......

..........what should have been investigated is firstly whether the ASSETS that have been SWAPPED along the way, each are of equivalent value.

If the value falls short (of the cash swapped), then fraud would have deemed to have taken place.

Secondly, if OWNERSHIP of assets underlying these units, at any time from after being swapped to until today, is NOT related to the registered fund (say assets are parked under Jho Cow for example), then fraud would have deemed to have taken place.

Why?

Bear in mind that although 1MDB is the owner to these "units", it is only a BENEFICIAL owner to the ASSETS underlying the units, under a trust fund arrangement.

(Kalau tak faham, let me explain. U invest kat Amanah saham under PNB. What u get is "units". But these units are backed by assets which generate returns. And these assets are owned by PNB or the fund itself. Means u r only the beneficial owner to these assets as the real owner is PNB or the fund itself. What u don't want is a scenario where instead of PNB, Jho Cow is the real owner of these assets...hehe).

Bear in mind that these units are under trust funds registered in the cayman islands!
.
Itu under the U.S. jurisdiction ke? or the swiss? Or hong kong? Bukan kan?

So macammana nak investigate?

(Laaaa....guna common sense le..)

Plus if the PM can show that these "units" are all of equivalent value, then he would be vindicated. Then no fraud would have deemed to have taken place. (Or best to just redeem those units & bayar hutang).

(The above scenario is assuming the funds are being traced to 1MDB but from the cash that was being swapped with "units". If it is from other arrangements but related to 1MDB (for example the allegedly missing over USD2bio in IPIC books), then he would be in trouble. But if it can be shown that it has nothing to do with 1MDB, then he will be vindicated).

CONCLUSION :

The key to unravelling whether 1MDB's funds are missing or not is to investigate the "units" and the underlying assets.

Salam,
Don

p.s errrr....ini percubaan saya untuk beri an objective analysis of the scenario, bukan pilih bulu punya analysis...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 5:26 AM

Selagi dia tak saman wsj...selagi tu la dia menipu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 8:21 AM

bila kita membuat komen tanpa usul periksa samada bukti itu benar atau tidak. kita akan berkata sesuka hati dan itu jatuh fitnah nama nya. apabila tun m di sabitkan dengan kenyataan merugikan kan malaysia 100 billion sebagaimana yang dikatakan syed keruak, tidak pulak letak jawatan semua diam, bila anwar disabitkan dengan kes liwat dan dibicarakan bertahun tahun sanggup berdemonstrasi ramai ramai semua percaya dan buat tak tau je, najib seorang islam sedikit sebanyak ade iman hari ini dia menyerahkan beratus ekor lembu dikawasan dia sebagai korban sekiranya dia bersalah tentu sedikit sebanyak akan mengugat dirinya sebagai seorang islam dan allah akan melakhnat dia dan keluarga, sekiranya dia tidak bersalah tuhan akan melindungi nya, tetapi bagaimana dengan kita yang telah memfitnah dia sekian lama, balasan allah akan tetap ade. kita tunggu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 8:35 AM

@AnonymousKomen yang menuduh melulu artikel sebagai fitnah saya tidak akan siarkan lagi jika tidak disebut bahagian mana yang fitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 9:02 AM

Anifah Aman bila lagi nak hantar surat ke NYT macam dia hantar kat WSJ dulu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 9:19 AM

AGREE with you don...

i personally think this might be another act or drama by them..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 9:45 AM

@ din.....
Saya pun pelik la cik din.....terang dan nyata isu yg anda tulis...mcm mana boleh jadi begitu. Jika saya mampu paham dan fikir hujah cik din kenapa tidak dgn mereka? Saja2 menolak dgn alasan remeh pun payah jugak. Tu lah pentingnya seni berfikir...paling tidak buat kajian sikit baru berhujah. Come on la...matang la sikit..eh matang banyak lah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 9:51 AM

Orang bodoh mcm anon 8:21 am yg tidak menggunakan akal yg di anugrah Allsh swt saja tak dapat membezakan antara yg fitnah dan bukan. Golongan inilah yg menghuruharakan maknusia.
Nauzzubillah minzalik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 9:56 AM

Anon 8:21 am.
Dlm akaun peribadi bini dia pun masuk juta2. Berapa sangatlah harga lembu tu. Kekadang sifat orang munafik tu nampak lebih alim dari orang Islam sendiri. Canang seluruh negara korban lembu 500 ekor dgn riak ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 10:07 AM

allah maha besar, semua komen adalah bersumberkan bukti yang telah dimanipulasi, melalui bukti yang dikemukakan oleh claire, tetapi mengapa semua yang dikemukakan justo tentang manipulasi dokumen tidak diakui. malah sebuah syk telah memperakui kepalsuan nya. saya telah beberapa kali mendengar penerangan tentang cara pelaburan 1mdb, tun m juga telah melakukan perkara yang sama tetapi kita masih tidak menerima penjelasan yang diberikan oleh najib, semalam saya mendengar perbincangan mengenai ekonomi malaysia yang mana panel nya adalah dari syarikat penarafan dunia, salah satu sebab mengapa penarafan malaysia dinaikan adalah kerana GST saya faham tetapi mengapa GST masih dimanipulasi. kita ingin penarafan yang tinggi bagi membantu ekonomi negara tetapi tidak mahu berkorban bagi membantu negara. bila kita bercakap tentang jatuh nilai ringgit saya mendengar penerangan wahid di tv kelmarin saya faham tetapi mengapa masih ramai yang tidak faham keadaan sebenarnya, inilah orang malaysia apabila dunia dilebihkan. kita hanya ingin mengambil tetapi tidak mahu memberi. kadang saya hairan juga mengapa dikelantan ramai yang hidup susah tetapi masih menyokong pas, keimanan mereka yang membezakan kita. allah maha besar dan setiap perbuatan kita akan menerima balasan. yang melakukan rasuah sudah tentu, ape tah lagi yang memfitnah, kata mereka allah akan bayar cash.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 10:50 AM

Ya betul... Allah azza wajalla juga menyruruh para pemimpin bersikap AMANAH dalam menjadi pemimpin.

nak tanya je..mengapa para sahabat dan tabi tabiin semua dulu amat berat hati bila disuruh jadi pemimpin?

bandingkan dengan pemimpin2 skrg...

tunggu je balasan Allah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 2:00 PM

Alahai pahlawan Bugis.
Tak lama lagi orang Bugis pun tak nak mengaku yang dia tu "pahawan" Bugis.
Buat ngabihkan bogheh jo.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 11:27 PM

tulis panjang berjela pun tak guna sila nyatakan kat mana fitnah yg kata tum m merugikan 100 billion kenapa tak buat report esok pepagi minta saleh keruak buat report polis & sprm jgn gebang kosong tun m pun sudah bagitau sila buat report kalau betul dia buat salah ada brani tak brani sebab tu baru betul dikatakan dikatakan fitnah terhadap tun m, apa ingat 500 ekor lembu korban tu boleh hapuskan bukti 2.6b dlm akaun personal dia biar panjang akal lah kawan jgn sampai org gelak kat kita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 11:35 PM

errr ada pergi dengar tak apa kata gabenor bank negara berkenaan ekonomi & 1mdb kalau tak dengar boleh minta sdr din berikan suntingan videonya, lepas tgok video tu jgn pulak kondem gabenor bank negara tidak arif dlm bidang ekonomi & kewangan negara

Post a Comment