........... Berundurlah Raja Bahrin .... Pilihanraya Kecil KT Adalah TERBAIK Buat Rakyat KT Dan Malaysia ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Berundurlah Raja Bahrin .... Pilihanraya Kecil KT Adalah TERBAIK Buat Rakyat KT Dan Malaysia !

Monday, September 7, 201510comments


Dilaporkan oleh Mkini, antara sumpah baiah yang dilafazkan oleh Raja Bahrin semasa PRU13 dulu -

"Antara yang terkandung dalam lafaz sumpah itu ialah beliau perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen sekiranya meninggalkan parti, melompat parti atau dipecat," 

"Selain itu, lafaz sumpah yang dibaca ialah sekiranya beliau melakukan perkara tersebut, maka pendapatannya dan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat itu adalah haram.
 
"Sebab PAS Terengganu mendesak agar beliau segera meletak jawatan kerana beliau sendiri yang bersetuju untuk melakukan baiah ini ketika mahu menjadi calon," 



Raja Bahrin kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan menjadi Pengerusi Terengganu.


Buat masa ini saya malas nak komen isu2 selain yang berkaitan dengan 1MDB dan Derma RM2.6 bil tapi isu Raja Bahrin ini menarik jika kita mahu berfikir di luar kotak kerana kaitannya tetap ada.

Bagi saya, samada mahu meletak jawatan sebagai wakil Parlimen Kuala Terengganu atau tidak, itu adalah atas keputusan beliau sendiri. Yang saya tahu, jika Raja Bahrin lepaskan jawatan itu, maka Kuala Terengganu akan berdepan dengan satu Pilihanraya Kecil dalam masa terdekat ! ( YESSS !!!! )

OK, bila ada PRK, selalunya apa yang berlaku ? Siapa yang dapat untung ? Yalah, yang pegang kantung dana pilihanraya partilah yang untung tapi bagaimana dengan rakyat dan kawasan itu sendiri ?

Pastinya banyak projek2 yang sudah lama dirancang dulu akan tetiba muncul untuk disegerakan pelaksanaannya ! kan, kan ?

Saya percaya apapun jasa dan sumbangan seorang wakil rakyat dalam tempoh sepanjang penggal perkhidmatannya tidak akan dapat menandingi jumlah sumbangan kerajaan yang akan ditaburkan dalam masa berkempen PRK !

Pendek kata - Menjadi satu pengorbanan paling besar seorang wakil rakyat kepada kawasan yang diwakilinya jika beliau meletak jawatan dan memungkinkan sebuah Pilihanraya Kecil diadakan.

( bab wakil rakyat mati tu tak payah cerita lah .... )

Dalam kes Raja Bahrin, apalah sangat nilai kerusi Parlimen beliau kepada PAN ? Kalau PAN ada 10 kerusi Parlimen pun ..... so what ? Bukannya ada beza pun kepada rakyat Kuala Terengganu parti mana yang pegang kerusi itu pada ketika ini.

Tapi kalau dilepaskan .......... WOW ! Mungkin RM2.6 billion yang bakal mengalir di Kuala Terengganu !


Juga sama pentingnya, PRK itu bakal dijadikan Pentas Nothing2Hide antara Najib dengan rakyat dalam isu 1MDB dan RM2.6 bil kerana sudah pasti kedua2 isu itu bakal menghiasi kempen PRK.

Dan Umno juga boleh jadikan PRK itu sebagai kayu pengukur sejauhmana sokongan orang Melayu kepada parti itu. Buktikan bahawa Umno mendapat sokongan padu ahli2nya dan juga dari orang Melayu.

Umno BN boleh jadikan Najib sebagai faktor pemilih kepada pengundi Kuala Terengganu - Jika anda suka Najib sebagai PM maka Pilihlah BN - boleh dijadikan slogan kempen BN.

Tidak ada siapa yang rugi ... semua untung. Well .... mungkin Raja Bahrin sendiri akan kehilangan segala yang dinikmatinya sebagai seorang wakil rakyat .... eleh, 2 tahun setengah jer lagi. Berkorbanlah demi rakyat !

( Raja Bahrin boleh bertanding semula ... dan nilaikan sambutan rakyat kepada PAN .... tapi bab itu saya tak minat nak ulas ) 

Pendek kata lagi, Letak Jawatanlah Raja Bahrin ! Demi Rakyat !

Bukan anda tidak layak atau tidak menyumbang apa2 ( itu bukan isunya di sini ) tapi pengunduran anda akan menyebabkan berlakunya PRK dan itu sememangnya dinanti2kan bukan saja oleh rakyat Kuala Terengganu tapi juga seluruh rakyat Malaysia.

PRK Kuala Terengganu = Nothing2Hide

PS - Asal Najib jangan jadi Burung Unta ( seperti kata Zahid baru ni ) sudah la...

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 3:30 PM

Buat apa buat kerja sia2. Kalau dia lepaskan jawatan, dia tak boleh bertanding lagi dlm masa 5 thn akan datang. Terlepaslah PRU14 nanti. Bukanke begitu?

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2015 at 3:54 PM

Lantak dialah nak letak ke tak.
Dis tahu hukum. Tak minat nak baca bab pakatan pembangkang punya hal.

Yang penting sekarang,

Najib mesti letak jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 4:57 PM

Din tak buat home work sebelum suruh Raja Bahrin letak jawatan. Dia taksub nak kaitkan Najib aja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 5:29 PM

Letak jawatan dengan sengaja..tak boleh tanding balik ..kena gam untuk satu tempoh..

Kalau PRK..gerenti Ameno/BN menang..sebab undi pembangkang pecah dua..PAS dan PAN..BN meneguk di air keruh..PM akan tersenyum lebar..of course Money is King policy la..BDW..inilah masanya BN terengganu tagih Derma..jika ada PRK untuk KT...ha ha ha..

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2015 at 6:19 PM

@Anonymoustinggal dua tahun setengah je lagi, apakah ada beza siapapun yang menang kalau ada prk ? Yang pasti, rakyat yg untung !
Saya tak kisah sangat politik kepartian buat masa ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 8:58 PM

Apa la kau Din Penyu..... kalau BN tak bertanding apa ke untungnya
kalau BN tak tanding pun tak ada bezanya..... PAS pasti menang dan kekalkan kerusi. Dan tak ada apa yg. berubah.... hanya tukar Ahli Parlimen PAS aje

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 9:18 PM

Lebeh molek semua MP dari Pas yang bertukar parti letak jawatan ramai-ramai,lepas itu minta diadakan PRU.Save sikit cost dan tak buang masa.Boleh juga buang semua pengampu-pengampu yang berkeliaran tak tentu hala.Kaki ini semua lain dimulut lain dihati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2015 at 9:45 PM

kalu melayu RAJE..... kalu india RAJA...
kite tgk che din mamat nie yg mne satu....kalu melayu sifat nya mndahulukan rakyat... kalu sebalik nya.... sendri mau igt.....: )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 7:27 AM

Bah kata don't be a dead hero.mungkin bang Din terlepas ambil fakta ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 11:39 AM

Kalau dia lepaskan jawatan hilanglah kelayakkan pencen.

Post a Comment