........... 2 Malam Berturut TV3 Main Isu Justo, Satu Soalan Saya nak Tanya ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

2 Malam Berturut TV3 Main Isu Justo, Satu Soalan Saya nak Tanya .....

Tuesday, September 8, 201549comments

Dah dua malam terlayan slot khas Berita TV3 mengenai Justo. Dan tadi Zahid pun ikut sama beri komen -

astroawani

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo Andre, menunjukkan terdapat 'usaha-usaha secara terperinci' untuk menggulingkan kerajaan.

"PDRM mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa Thailand bagi melakukan tindakan-tindakan selanjutnya terutama dalam membuka kertas siasatan sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan," katanya.

Ahmad Zahid berkata semua dokumen yang menjadi sumber berita yang disiarkan dalam akhbar (The New Straits Times) adalah dokumen yang diperoleh daripada pihak berkuasa Thailand di mana butir dan bahan dicatatkan dalam pengakuan bertulis Justo.


TV3 pula duk main isu pemimpin2 pembangkang seperti Nurul Izzah yang dikatakan offer USD2 juta nak beli maklumat Petrosaudi dari Justo. Semalam nama Tun Mahathir turut disebut2 ....

OK, saya bukan nak pertikaikan apapun. Saya tidak akan bahas tafsiran 'Guling Kerajaan' dengan 'Jatuhkan Najib'. Saya juga bukan nak pertahankan Sarawak Report atau Clare atau sapa2 yang disebut tadi.

Saya cuma tertanya2 SATU soalan je  ..... diterima bahawa maklumat Justo itu adalah yang Ori, pihak yang didakwa ubahsuai maklumat adalah SR dan/atau TheEdge. Kan ?

Yang saya heran ..... Kenapa perlu bayar USD2 juta untuk maklumat Ori dari Justo ? 

Apakah terdapat perkara yang 'pelik' terkandung dalam maklumat Ori mengenai Petrosaudi-1MDB itu ? Kenapa Nurul sebagai pemimpin pembangkang begitu berminat dengan maklumat itu hingga sanggup bayar USD2 juta ?

Soal Zahid nak bertindak atas perkara ini saya sokong sangat2 lah. Saya lebih berminat nak tahu maklumat apakah yang begitu bernilai tinggi ! Saya harap jika ada tindakan undang2 diambil, perkara ini akan didedahkan.

Tun Mahathir juga pernah tanya apakah maklumat yang dikatakan telah diubahsuai oleh SR dan/atau TheEdge itu ? 

TV3 dan pro Najib duk ulang2 sebut perkataan ubahsuai maklumat tapi sehingga kini perkara itu tidak pernah diperjelaskan.


Oya, satu lagi soalan ....... jika hasil siasatan pihak berkuasa yang diterima sebagai bukti mahkamah luar negara diterimapakai sebagai bukti kuat oleh pihak berkuasa kita, kenapa bukti yang diterima oleh mahkamah London mengenai hubungan Jho Low-1MDB dalam kes pembelian hotel mewah di London tidak dilayan ? ( ada saya tulis di SINI )


Ada beza ke mahkamah Thailand dengan mahkamah England ?

Share this article :

+ comments + 49 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 10:10 PM

TerbaikkK DT.... Teruskan Jihad Mu menentang Pembohongan....

Selepas ni kita tunggu perkembangan dari Switzerland pula

Apalah agak2nya pihak AGC Switzerland dah dapat 'korek'... Suspense le!

"Malu 1 Malaysia" kerana mu Najib

"Rakyat di-bangang-kan.....Pencapaian di-bangsat-kan"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 10:28 PM

Tuan din.
Saya dh lama tak tengok berita tv3 ni. Dulu memang kecanduan. Bila ada orang kata tv 3suku telinga pun panas. Tapi sekarang tak tengok pun takpa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 10:31 PM

Mungkin buku yg diguna oleh mahkamah thailand lebih advance dari mahkamah di england kot. He he he. . .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 10:37 PM

Asyik ubah suai je. Tunjukkan lah yang original. Tv3 pun asyik sembang je, bukti x tunjuk pun. Tv3 suku betul laaaa... Najib x reti nak cakap so kene la anta Tv3 wakilkan ayam btol. Kaya jugak izzah bleh offer sampai USD 2 juta lagi kaya dari Ahmad Najib kikikik.
Aku nampak isu nieh ade 2 benda yg nak dimainkan oleh Tv3:
1. Isu perkauman yg dicanang tv3 sbb yg nak beli doc nieh semua cina.
2. Nak sebat pambangkang ngan mahathir sebab kuat kritik najib and the gang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 11:04 PM

TV3 hanya lah saluran TV & jurnalism yg berupa 'tabloid'!
Kalau ada komen timbalan Perdana Menteri yg tak bermoral... huh...huh...phuh ada style...
Ada lah nanti follow up dari jentera penerangan yang macam tandas awam...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2015 at 11:21 PM

Saya perhati kan kebanyakan issue yang di bangkitkan oleh rakyat kepada kerajaan Ah Jib Gor,walau di jawab oleh pak2 menteri nya tapi tak PERNAH tepat pada soalan nya.

Contoh macam isu economi yang dibangkitkan,jawapan pak menteri Ah Jib Gor ia tak seteruk di bandingkan zaman Dr M.
Contoh isu mata wang ringgit,jawapan nya pun sama ia tak teruk macam zaman Dr M.
Kita sebagai rakyat tak perlu 'comparision analysis' oleh kerajaan dia tapi 'solution' kepada masalah ini walau pun problem tak se'MEGA'besar macam zaman Dr M tapi it is still a problem kepada rakyat. Takkan nak tunggu problem ini jadi chronic baru nak ambil affirmative action.

Isu Justo ini pun sama cara yang di layan oleh pak menteri Ah Jib Gor. Mereka tak address isu perbohongan Ah Jib Gor tapi fokus kepada isu sebab yang di timbul oleh pembangkang dan Dr M, iaitu adalah untuk menguling Ah Jib Gor. Mereka tak faham MEMANG patut Ah Jib Gor di gulingkan kerana berBOHONG dan mendapat 'habuan'$2.6B dalam akuan peribadi dia secara rahsia.

Spin yang di buat oleh pak menteri Rahman Dahlan untuk membaiki image Ah Jib Gor pun sangat incompetent dan amateurish ibarat orang putih kata 'sending a boy with a KNIFE to a gunfight'!!!! Hahahahahah!

Image si Bogus Bugis ini bukan saja rosak di Malaysia tapi global sekarang. Tindak mereka nak gertak Clare Brown menggunakan Interpol pun jadi bahan ketawa di sini. Kesimpulan nya concept 1MDB-Najib pun TELAH berjaya sekarang kerana 1Malaysia Dah Benci-Najib!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 12:00 AM

salam,
saya tak kisah sangat bab justo tu. yang saya ambil berat ialah kebenaran fakta daripada tpm zahid tong kosong.. selalunya fakta tpm zahid adalah kosong kosong dan bikin gempak ajer. apa yang nak risau, maklumat justo tentang 1mdb tu kan palsu serta telah diubah suai. apa yang nak kecoh sangat tu. tapi kalu maklumat justo betul, cuma sr dan edge ubah suai, saya setuju dgn tdm, tunjukkan maklumat yang telah diubahsuai tu. berikan maklumat yang sebenarnya. ya la bro din, kita hanya nak maklumat yang benar ajer. kalu clear satu benda, kita tanya hal derma pulak. clear derma, kita tanya pulak pasal salah guna kuasa pegawai polis untuk shoping. biar semua clear, pm clear, kita pun mati akal nak tanya. tapi kalu dok burung terbang hilang dan telur pun tak jumpa, bikin panas. orang nak tahu, mana pi telur tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 12:05 AM

dalam mana2 business dealings pun memang sentiasa ada perkara2 yang pnc eg business strategies....investments or future nvestments yg belum materialize...cost and price...etc...justo ni pun must be people in the mgt team jugak lah...so adalah benda2 yg dia tahu and he use this to ugut his ex employer which they refuse to pay of course...kalau penting and rahsia sangat mesti diaorang cuba sedaya upaya to pay him off but they didnt...and if it does affect Najib for sure dia akan ugut Najib but xde pun kan...so he decided to jualkan kat press as usual will do anything to get stories even though dah basi...petrosaudi stop dealings with 1MDB in 2009 dah pun....knowing they dont have anything to blame Najib n gov The Edge n Sarawak Reportpun start lah createtheir own stories...so Rakyat dgnTun pun melalak lah not knowing what is actually the truth..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 12:14 AM

saya pun sama lah bro. naik menyampah pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 12:24 AM

Salam Bro Din..

Cerita apanama si Justo ni memang lawak antarabangsa la. JV tahun 2009 tapi mamat justo ni masuk kerja tahun 2010 dan 2011 dah dibagi pampasan 15 juta untuk berhenti kerja. Dari tahun 2010 sampai sebelum dia kena tangkap dengan polis Thailand, sapa pun tak sebut nama dia. Tiba-tiba saja lepas polis Thailand tangkap dia atas kes 'peras ugut' minta 10 juta dari PetroSaudi tiba2 saja nama dia jadi top.

Secara logik akal la, 1.) kenapa dia dibagi pampasan yang sangat lumayan sebanyak 15 juta waktu berhenti kerja dulu.? 2.) kalau dia tak dak 'point' atau 'barang bukti' tak kan la dia berani ugut mintak duit sebanyak 10 juta sebagai buah tutup mulut kes JV 1MDB-PetroSaudi..? Dulu dah dapat 15 juta pun kira dah besaq punya pampasan. Kalau najib letak jawatan PM pun tak akan dibagi pampasan sebanyak tu oleh kerajaan Malaysia.

Si mamat lester kunyit tu yang berstatus muflis pulak boleh buat pengakuan jumpa justo ni kat london banyak kali. Yang aku tau sapa2 yg muflis, mana boleh pi luar negeri suka-suka macam tu saja. Yang si Rao yang buat video pengakuan tu pun muflis jugak. Setau aku jugak, sapa2 yang muflis mana boleh pegang jawatan dalam persatuan, pertubuhan dan juga syarikat walau pun syarikat bini sendiri.... Tapi janji dia nak boh video 4 siri tak kesampaian pun.

Dan setau aku lagi la, ketua polis negara Malaysia dah pun pi Bangkok nak jumpa si justo ni dalam penjara tapi apa polis thailand buat kat dia. Depa suruh dia balik Malaysia dan ikut prosedur pasal nama negara Malaysia tak ada dalam list kes pun. Yang ada hanyalah Arab Saudi, England, Swiss dan Singapura saja. Jadi macamana pulak NST dengan BH boleh dapat cerita sensasi yang dikatakan pengakuan bertulis dari justo. Aku baca cerita ni dalam paper BH, nama wartawan yang tulis cerita pun tak dak, nama sumber berita pun tak dak. Yang ditulis pun sumber berita adalah daripada "pihak yang rapat dengan polis Thailand saja" tanpa nama dan tanpa pangkat ka apa-apa ka. Jadi cerita dari sumber hantu macam tu boleh percaya ka..???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 12:40 AM

Saya pun merasa pelik dengan penglipur lara TV3 ni, dalam kes Justo di Thailand tu, dia ditahan kerana mengugut bekas majikannya iaitu Petrosaudi, bukannya kerana dia berikan dokumen itu kepada The Edge bagai.

Kalau betul dokumen yang disiarkan oleh Sarawak Report dan The Edge itu palsu, pihak polis patutnya mengadakan siasatan segera dan mengheret Sarawak Report atau The Edge ke mahkamah, kerana bolehlah kita tahu mana satukah dokumen yang dikatakan dipalsukan itu.

Bukan apa, si kaki gebang Zahid ni bukannya boleh pakai sangat, dulu kata ada dalang dari kalangan ahli parlimen Barisan Nasional dari parti UMNO yang nak menggulingkan kerajaan, malahan dia dah ada bukti dokumen kertas kuning bagai, lepas tu dia dah tahu dalangnya, malahan dalang itu nak jumpa dengan Najib kononnya, tapi sampai ke sudah tak ada bukti pun. Malahan Zahid juga kata dia dah berikan bukti mengenai kegiatan 'menggulingkan' kerajaan kepada pihak polis, tapi sampai sekarang, ada apa perkembangan mengenai perkara ini? Tak ada apa pun, Zahid ni tin kosong sahaja, buat cerita palsu tak tentu hala untuk alihkan perhatian dari isu yang sebenar iaitu penyelewengan wang hutang 1MDB oleh Najib dan kuncu-kuncunya serta pengubahan wang haram melibatkan Najib berjumlah RM 2.63 billion @ USD 700 juta itu.

Malahan kita semua tentu masih ingat lagi, bahawa Zahid kata wang USD 700 juta @ RM 2.63 billion itu adalah derma dari sebuah keluarga diraja Arab iaitu Arab Saudi. Zahid juga kata dia dah jumpa dengan salah seorang dari keluarga diraja Arab tu kononnya wakil keluarga diraja Arab tu dan dah dapat penjelasan dan jawapan dari wakil keluarga diraja Arab tu kononnya wang USD 700 juta @ RM 2.63 billion itu adalah memang derma dari keluarga diraja Arab itu untuk kerajaan Malaysia kononnya kerana menghargai Malaysia mengamalkan ahli sunnah wal jamaah dan untuk menentang IS dan Zahid juga kata dia dah tengok semua dokumen derma itu. Tapi sampai ke sudah, Zahid tak berani nak dedahkan siapakah tok Arab yang dia jumpa itu.

Bersambung..............

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 12:41 AM

Sambungan................

Semuanya hanyalah auta dengan dongeng si Zahid ni sahajalah, sebenarnya dia tak jumpa pun tok arab tu, malahan dia tak pernah tengok pun segala dokumen tu, kerana kalau dia kata dia jumpa tok arab tu, di mana dia jumpa tok arab tu? Di negeri tok arab tu? Di Putrajaya? Di Bagan Datoh? Lepas tu pasal dokumen yang kononnya derma itu, dia tengok dokumen tu di mana? Tok Arab tu tunjuk ke Zahid ke? Atau Tok Arab tengok dokumen tu dari pihak AmBank, atau Bank Negara atau SPRM yang tunjukkan? Boleh ke suka-suka hati Zahid yang bukannya penyiasat SPRM atau penyiasat PDRM untuk tengok dokumen berkenaan sesuka hatinya kalau dokumen yang dia lihat tu dalam jagaan AmBank, Bank Negara, atau SPRM? Dia tak ada lokus standi untuk tengok semua tu pun. Jadi pasal apa Zahid tak ditangkap macam Rafizi atas isu BAFIA? Atau ditangkap kerana menghebahkan dokumen peribadi sebagaimana yang dituduhkan kepada The Edge sebelum ini?

Malahan kalau USD 700 juta @ RM 2.63 billion itu adalah derma kepada kerajaan, mengapakah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib? Isu ini saya tanya sudah lama, kerana wang yang kononnya derma itu untuk kerajaan, maka wang itu jadi wang kerajaan dan perlu disimpan di dalam akaun kerajaan, bukannya akaun Najib, kerana tak ada dalam system perakaunan wang milik negara yang membenarkan wang milik disimpan dalam akaun peribadi individu, semuanya mesti dalam akaun kerajaan samada atas nama kementerian atau nama jabatan kerajaan. Sila tengok dalam Perlembagaan Malaysia, Arahan Perbendaharaan, pekeliling perbendaharaan, surat pekeliling perbendaharaan, tak pernah ada kebenaran untuk menyimpan wang negara dalam akaun peribadi, malahan menyimpan wang milik negara dalam akaun peribai adalah suatu kesalahan kerana boleh ditafsirkan sebagai pecah amanah dengan mengambil wang milik negara dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi sendiri.

Apa yang saya nyatakan di atas, jika pihak TV3 lihat, sila ulas dan berikan jawapannya.

Jika nak viralkan komen saya ini ke mana-mana laman social, laman web, laman blog atau nak dicetak dan diedarkan untuk pengetahuan rakyat, saya amat alu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari


Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 12:56 AM

Terbaik bro DT, teruskan..blog anda mmg antara rujukan saya bro DT..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 1:15 AM

Saja je tv3 nak gemburkan isu justo. Polis thailand pun malas nak layan kerenah msia. Selalu yg pandai buat cerita utk dpt bayaran ialah msia today rpk yg lari keluar negara.

Serius lepas kes 2.6b aku dah tak tekan chanel tv3. Nak muntah tgk bodek keras tv3. Tak faham aku camner diaorg boleh kerja di station yg tiada integriti tu. Carilah rezeki halal di tempat lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 2:53 AM

Maksudnya zahid dah jadi saksi palsu la kan??? Boleh tak sape2 ingatkan dia pasal betapa besarnya dosa sbg saksi palsu?

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 3:24 AM

Si Zahid tak serik ke? Dulu waktu dia mengampu Anwar Gay pun dialah berapi-api mentohmah Tun M di PAU 1988. Alih2 keesokannya nacam anak kecil menyembah ampun beribu ampun pd Tun disaksikan seluruh tanah air. Memang beruk Ma'rif sekor ini tak kenang budi & sanggup buat apa saja demi mendapat kedudukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 6:05 AM

Semua 3 suku. Muhung sana mujung sini..
Apalah sgt dgn maruah dan harga diri. Dah jd barua najib.. apa pun sanggup buat !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 7:38 AM

Bodoh la pi ugut najib direct. Lebih baik sykt petro saudi. Risiko lebih rendah. Setakat syarikat....ape ade...boleh report polis je. Tpi kalau najib....segala mak nenek polis boleh kerah utk tangkp dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 8:28 AM

Saya tengok berita AWANI beritanya quite balance.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 8:47 AM

Blog bdak2 beringus ni... soalan darjah 3... hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 9:08 AM

Kalau kali pertama berbohong orang boleh pecaya lagi, kalau kali kedua dan seterusnya akan rasa tertipulah pula!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 9:11 AM


.@AnonymousJanganlah rasa menyampah ini sampai ke PRU14 nanti. Tentunya rakyat akan bosan dan bosan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 9:22 AM

Mahkamah kat England tu dipengaruhi konspirasi Yahudi APCO untuk menjatuhkan kerajaan Bugis Malaysia kah kah kah
Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga tapi nak buat camana susu susu pun masyuuk bah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 9:41 AM

bodohlagh DT ni...BRO...kalau kau tak dapat yang ORI kau boleh ubah suai ker? dah tentulah IZAH bersemangat nak baca apa kandungan e-mail yang ada ngan tarikh.. nga.. segala maklumat...dan kalau org letak harga dah tentulah kena beli pada harga yang di tetapkan. Bagi manusia bangkai macam dia org ni 2,3,4,5 juta tu macam duit kertas bakar musim hantu lapar jer beb. sebab kalau dia nak free punya cerita tak payah bayar pun...dia boleh reka jer tanpa tarikh dan appun asal org percaya... contohnya cerita fitnah nong chik tu kan..kan..kan.. lagipun SR tak nafi pun dia ubah suai...yang dia ngaku dia nak ubah kerajaan malaysia... kan..kan..kan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 10:12 AM

Cerita dongeng justo ni nampak makin menarik bila ditouch-up ngan macam2 teori. Harap lepas ni, Tuan Pengarah createlah watak2 baru supaya penonton tak rasa bosan. Nak lagi sedap, kena tambah unsur2 klimax dan saspen dalam plot jalan cerita ni. Pandangan aku sebagai penonton drama justo ni takde feel sebab jalan cerita dia macam dah boleh agak. Boring jer sebab lebih kepada watak2 khayalan semata-mata. Tak realistik langsung.

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 10:33 AM

@Anonymousjusto miliki salinan asal .... sebarang pengubahsuaian boleh dikesan dan dikantoikan dgn mudah dan cepat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 10:37 AM

masalah skang ni bukan pasal SR THE EDGE nak jatuh kan kerajaan.. tu mmg kita tau niat diorang sejak azali.. masalah nya skang Najib ada buat benda tu ke tak.. kalau buat mmg la korang sendiri yg bagi bola tanggung mintak org jumping smash tepat ke batang hidung.. pastu nak marah pasal konspirasi.. konspirasi tengkorak kalau ko tak buat mana diorang ada modal nak jatuh kan kerajaan.. sengal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 10:54 AM

aku masa hari pertama tv3 keluar cerita justo dan konspirasi ni. aku rasa nak tulis komen kat sini. tapi din tengah cerita benda lain. karang lari tajuk pulak.

soalan basic yang aku terfikir.

justo mencuri data petrosaudi. disahkan.
data tu berkenaan kerjasama petrosaudi dan 1MDB. disahkan.
justo tidak mengubahsuai dokumen yang dia curi. disahkan.
justo memeras ugut petrosaudi dengan dokumen tersebut. disahkan.

ini semua disahkan oleh tv3/kerajaan sendiri dan fakta justo ditahan, didakwa dan dihukum dimahkamah thailand.

tapi dalam tv3 dok syok dan bersemangat cerita tentang konspirasi.menjatuhkan najib. diorang ni 'lupa' beberapa perkara.

dulu dulu bagai nak rak cerita dokumen diubahsuai. tapi sampai hari ni takde bukti/orang yang mengaku/membuktikan bahawa dokumen tu diubahsuai.

asalnya dituduh justo mengubahsuai, kononnya syarikat swasta berpangkalan di UK, yang dibayar oleh petrosaudi, cakap justo ubahsuai dokumen. bersorak gembiralah penyokong najib. sekejap je lah. sekarang kemana pergi syarikat tu pun tak tahu.

kemudian. bila masuk mahkamah thailand. semua orang setuju justo tidak mengubahsuai dokumen. pulak dah. keluar tuduhan baru. dokumen diubahsuai oleh pembeli dokumen dari justo. tapi sampai hari ni, takde satu pembuktian pun dokumen tu diubahsuai.

tetapi. sebab tuduhan ini dari dari kem pahlawan bugis, maka dia bukannya fitnah. hanya syak wasangka sahaja. fitnah tu kalau geng pengkritik yang cakap. baru fitnah. walaupun yang diulas tu datang dari kenyataan geng najib.

macam pas lah. orang buat semua haram. bila dia buat semua halal.

tv3 dan blongang/cytro najib dok membesarkan statement clare pasal dia akan celebrate dengan arak kalau najib tumbang. motif? clare minum air haram? clare sanggup minum air haram kalau dapat jatuhkan najib?

macam budak kecik.

clare tu kapir. arak bukan haram bagi dia. memang mat saleh celebrate occasions dengan champagne. tengok f1, race motor, bola. semua celebrate dengan champagne.

sama macam kita. kalau ada orang kita cakap. dia nak tumbangkan lembu kalau najib tumbang atau najib jadi pm 1000 tahun (ikut kem lah). adakah orang hindu patut offended? apa komen korang kalau tiba tiba hindu marah sebab kita sembelih lembu?

tak ke bodoh nama nya tu.

soalan paling asas yang sengaja dielak oleh geng najib.

dokumen dicuri justo adalah benar dan tidak diubahsuai dan dicuri dari petrosaudi.
dokumen itu diguna untuk mengugut petrosaudi berkenaan kerjasama petrosaudi dan 1MDB.

kalau kerjasama petrosaudi-1MDB ni takde isu. bersih, suci dan normal. bolehkah justo peras ugut petrosaudi?

contohnya, kalau kawasan minyak yang dicagar oleh petrosaudi supaya 1MDB bayar duit tu memang wujud, kenapa petrosaudi nak takut dokumen tu didedahkan? dedahlah.

orang takut dokumen atau apa apa yang dicuri dari kita ni boleh menyebabkan kerosakan kepada kita.

contohnya. ada orang curi gambar kita tengah sembahyang. tengah berzikir. kemudian dia ugut kita supaya bayar sekian sekian jumlah wang. kalau tak dia nak sebar gambar tu. korang bayar tak?

lain lah kalau gambar korang bogel atau korang tengah 'projek' dengan bini orang.

so. kalau petrosaudi kalut sangat. adakah dokumen tu berkenaan petrosaudi tengah 'berzikir' atau petrosaudi tengah 'projek dengan bini orang'?

ada orang tak faham sarcasm/metafora.

soalan mudah. kalau kerjasama petrosaudi-1mdb tu takde unsur tipu dan khianat. macamana justo nak ugut petrosaudi? buat apa petrosaudi nak kalut?

ada faham sekor sekor blongang najib bangsat?
(najib guna sekor sekor, bangsat dan blogger bangang. kira perkataan tu halal lah kan - kalau tak halal. kau delete je lah ayat last ni din)

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 11:11 AM

Soklan aku
Kenapa Jutso peras ugut majikannya?

Mengapa data bisnes 1MDB dan Petrosaudi yg dicuri?

Adakah Jutso dapat kesan keganjilan/penipuan dlm data tersebut?

Pihak mana yg dah tengok dan sahkan dokumen itu telah diubahsuai?

Adakah Jutso sangat bodoh menjual maklumat profil tinggi dgn harga cuma 2 juta?

Mengapa The Edge sanggup bayar hingga 2 juta?

Sekali lagi, Jutso adalah beks eksekutif kanan syarikat, adakah dia begitu bodoh utk dikelentong oleh The Edge yg konon2nya berjaya tipu Jutso tanpa bayar sesen pun?

Satu soklan utk direnungkan tentang Tok Dalang Zahid.

Teori konspirasi Zahid kononnya ada usaha guling kerajaan telah menimbulkan suasana panik di kalangan rakyat, menjejas keselamatan dan ketenteraman negara dan mengancam sektor ekonomi negara?

Kenapa tidak ada satu report pun dibuat ke atas malaun ni.

Jika di negara luar, Zahid mmg berpotensi duduk sebelah sel Anwar. !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 11:29 AM

Siapa dia nak ubh kerajaan.... Kita tak merdeka lg ke?...apa guna pilihanraya? Apa guna parlimen? Org perseorangan pun leh jatuhkan satu kerajaan Yg dipilih olih rakyat? Ni semua takut bayang bayang sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 12:05 PM

@Anonymous serupa la apa yang ada dalam kapla. rasanya ramai lagi mempunyai pandangan yang sama. hanya sekor sekor bloger bangang yang bangsat gagal untuk memahami isu dan asyik putar spin pusing cerita. memang betul la mereka ni berbayar. ada satu blog tu ada iklan lagi tajuk, tapi belum siar lagi tulisannya. agaknya sedang runding harga untuk tidak siar agaknya. tajuk 1mdb, dan ada nama. so, kalu nak duit boleh main tarik tali.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 9, 2015 at 12:12 PM

Assalammualaikum wmt,
Biarkanlah polis kita siasat dan dakwa mereka yg cuba beli dokumen rahsia kerjasama Petrosaudi-1MDB tu. Kita tunggu sejauh mana mereka boleh pergi.

Pihak pembangkang yg nak dituduh itu hanya kerana cuba dapatkan dokumen tersebut dari Justo. Mereka tak dapat belipun kerana tak cukup duit. Tak jadi kenyataan pun.

Kepada fahaman saya, mereka berminat dgn dokumen itu kerana terbaca iklan Justo yg mencari pembeli untuk dapatkan duit. Oleh kerana dokumen rahsia itu ada kaitan dengan 1MDB, maka berminat sangatlah para pemimpin pembangkang kita. Itu ajer.
Dalam masa sama iklannya itu adalah jadi bahan ugutannya terhadap bekas majikannya - Petrosaudi. Bukan Justo yg offer kpd pembangkang Malaysia, tapi pemimpin tertentu pembangkang Malaysia yg berminat dgn iklan Justo itu untuk dijadikan modal politik menewaskan BN dlm PRU14 nanti.

Malang bagi mereka, isu 1MDB telah didedahkan secara terbuka oleh SR dan The Edge. Ianya ditambah lagi oleh WSJ yg mendedahkan mengenai 'derma' Pak Arab bernilai USD700 juta. Maka pembangkang pun kantoi untuk jadikan isu 1MDB sebagai modal politik PRU akan datang.

Kalaulah mereka yg cuba beli dokumen itu didakwa dimahkamah negara ini, sudah tentu Justo terpaksa jadi saksi dan dokumen itupun akan jadi bahan bukti juga. Ketika itu akan pecahlah tembelang bagaimana Petrosaudi perdayakan 1MDB berbilion ringgit.

Justeru, Petrosaudi takut tembelangnya memperdaya 1MDB pecah. Itulah yg jadi alat ugutan Justo terhadap bekas majukannya itu. Sementara 1MDB takut tembelangnya 'kena tipu' dgn Petrosaudi juga pecah jika jatuh ketangan musuh politik Najib.

Kesimpulannya, apa yg diuar-uarkan TPM Zahid tu hanyalah satu gimik untuk menyedapkan telinga Najib dan penasihat kanannya saja. Tak lebih dari itu. Itu tugas dia. Kalau Zahid tak buat macam mana yg dilakukannya sekarang, dia tak akan terpilih jadi TPM gantikan TSMY. Kerana dia sanggup jadi alat dan tukang jawab bagi pigak Najiblah, dia diangkat jadi TPM.

Nanti bila mereka disedarkan bahawa pendakwaan kes itu boleh membocorkan lebih banyak rahsia 1MDB yg sangat disembunyikan itu, maka Zahid akan diam dan akan cari gimik lain pulak untuk alihkan isu dan lambatkan masa.

Biarkanlah TPM Zahid dengan Najib dan panasihat kanannya syok sendiri. Jelas nanti apa yg mereka syokkan itu menambah lagi kisah 'karut-marut' Najib dan gengnya saja. Masalah tak selesai dan Najib tetap tak akan undur dari jawatan PM yg maha berkuasa itu.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 1:10 PM

Apa yang diubah suai? Org luar mati2 nk dedahkan salah laku hl 1mdb kenapa? Nak jajah malaysia balik? Tp kenape kebanyakkan yg didedahkan di akaui oleh 1mdb kemudiannye ?? Aku keliru....kenapa

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 1:10 PM

Excelente si senior... Padan muka si Pencacai Najis... bak kena firing squad tepat..tepat & padat.....!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 1:48 PM

Berhingus pun rajin jugak kau baca ye...

Unitss..just units.....nanti kalau matawang units sudah ada, jangan lupa blanja kami minum teh tarik ye

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 2:16 PM

hahaha... bleh pulak tv3 keluarkan berita nie... walhal benda masih dalam siasatan..... dakwa pun dak lagi...

xmo tunggu siasatan dulu ka.. xmo tunggu audit dulu ka...

caaiiittt...

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 3:21 PM

Kalau dah tahu begitu, apa kejadahnya Najis lantik si Yahudi Apco & Paul Linden sebagai juruperunding di Putrajaya...????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2015 at 6:31 PM

Dulu, masa slps serangan pengganas Sulu di Sabah, katanya ada dalang2 dari ahli politik pembangkang yg membantu dlm serangan tersebut. (Ingat tak video2 ahli politik pembangkang yg menyanyi di pentas2 ceramah politik sebelum serangan di Sabah tu tntg kejatuhan Sabah). Kata nak amik tindakan terhadap dalang2 tersebut. Apasal dah senyap jer sampai skrg?

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2015 at 7:58 PM

AAAPAAA POLIS?

Rentikanlah bro, aku dah tak berapa yakin dgn sistem polis yg ada sekarang ni.
90% rasuah.
Bila cakap nanti dia org kata mana bukti.
Nak bukti, cuba jadi pemandu lori 1 tan cukuplah.
Atau join dgn kaki2 mesin slot.
Kat tempat aku, pekan kecik je, tapi yg jual nombor ekor haram ada lebih dari 3 org, kedai minum cina yg jual nombor ni jaraknya sepelaung je dari balai polis.
Kalau diorg kata tak tahu, mmg bohong besar, sbb terang2 diorg pun jd pelanggan tetap.
Kalau menyamar jd kuli kang Indon kilang ayam, construcion, confirm kau akan tahu perangai polis2 ni.

Aku tak kata semua, tapi kebanyakkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 12:52 AM

Memang tepat sekali apa yg Anon 10.27am tulis. Kalau tak beri bola tanggung, takkan dapat kena smashed.

Walau apa sekalipun niat si Claire/SR/The Edge, kalau Najib dan 1mdb tak buat onar, 3 pihak tu takkan dapat goyahkan apa-apapun.

Kalau mereka ubah suai cerita ka, sogok orang utk reka cerita ka... atau apa-apa saja lah, kalau Najib dan 1mdb buat kerja dengan cara bersih dan mengikut undang-undang, segala fitnah pasti akan dapat ditepis dengan mudah. Rakyat pun tak rasa syak wasangka.

Tapi Najib dan 1mdb duk buat onar. Bulan Julai cakap lain, masuk Ogos cakap lain, ni dah September, cakap lain lagi.

Tgok aje berita ari ni, apa yg si Arul (CEO 1mdb) respons tentang kenyataan TS Samad. Katanya beliau dah jumpa TS Samad dalam bulan January dan Mac utk "... discuss the company's affairs and shared details of its strategic review and rationalization plan...." (The Sun, Sept 9, 2015, pg 2).
Semasa skandal 1mdb mula-mula pecah dan pihak Jabatan Audit Negara diminta buat siasatan, si Arul cakap macam ni juga.... mereka akan beri kerjasama sepenuhnya, segala dokumen akan diberi... bla..bla...bla...

Tup...tup... bila Jab Audit Negara bagi interim report, TS Ambrin cakap mereka tidak dapat melengkapkan siasatan kerana 1mdb "belum" menyerahkan penyata kewangan yg telah diminta berkali-kali.

Nampak tak persamaan jalan cerita di sini?
Si Arul ni, depan media dia sentiasa cakap dia beri kerjasama... beri maklumat sepenuhnya... hakikatnya.. yg dia beri agaknya dokumen pasal teh tarik aje kut...


Si PM pulak, (biarlah pengampu dia nak kata ni tulisan budak hingusan ke... darjah 3 ke..)

kalau 1mdb tak ada isu,

kenapa anda bubar Task Force?

kenapa anda pecat AG (hanya kerana dia sakit? Kalau semua penjawat awam dipecat kerana sakit, ramai lah yg dah kena pecat sebenarnya... TS Hamsa takkan tak mahu rujuk Peraturan Am Civil Service?)

kenapa tetiba aje anda naikkan pangkat 4 MP dalam PAC jad ahli kabinet? Kebetulan ke 4 nama tu memang menjadi 'pilihan hati' anda?

kenapa anda arahkan 2 Pegawai penyiasat SPRM ke jabatan anda tanpa pengetahuan Ketua Pengarah JPA dan KSN? Serta-merta pulak tu?

kenapa anda pecat Ketua Special Branch dan pindahkan Timbalannya ke jabatan anda juga. Yg lucunya bila Datuk Hamid pergi lapor diri 2 Sept baru-baru ni, ketua opis dia pun tak tahu pasal transfer tu. Hahahaa..... kan dah nampak sangat itu adalah transfer yg bermotifkan politik? Semua penjawat awam maklum sangat tentang transfer jenis ni sbb ia adalah transfer yg tak perlu ikut prosedur.

Wahai Najib, kalau anda tak ada apa-apa yg nak disorokkan, kenapa anda buat semua perkara tu? Anda mungkin cakap bukan anda yg suruh semua tu... anda mungkin boleh halakan kesalahan kepada sekor kambing hitam suatu hari nanti (Ku Nan ke... sapa ka...) tp tindakan itu hanya akan lebih menunjukkan kelemahan anda sebagai PM yg harus turun tahta.

Anda minta diberi peluang utk perbaiki kelemahan.

Tapi kami mahu pemimpin UMNO lain (bukan Zahid... bukan kuncu2 anda) yang selesaikan masalah yg anda dan kuncu2 anda dah create ni.

Anda bersara lah.... jaga cucu... jaga bini... jaga keluarga. Cukup-cukuplah onar yg anda telah buat....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 12:09 PM

@Anonymous
Setuju sangat dengan pandangan tuan. Berita TV3 dah tak jelas, tulus dan berwibawa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 12:25 PM

Ntah2 si Justo ni dah kena 'ugut/offer' kot.....itu yg dia mengarut macam2 skrang ni.....mungkin jugak kot

"Justo, if U cakap 'macam ni macam ni'.....hukuman akan diringankan n U dapat sikit pampasan" ATAU "Justo, if U tak nak cakap 'macam ni macam ni'.....U akan dok lama dalam jail n U akan dimufliskan"

Mungkin jugak kan???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 4:56 PM

Marahkan nyamuk, rumah dibakar
Terbakar jugak rumah sang jiran
Rakyat bertanya, topik ditukar
si Justo jugak yang jadi bahan

-anti-bangsat-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2015 at 5:30 PM

Sekarang apa saja perkataan yang keluar dari mulut najib dan menteri penjilatnya aku dah tak percaya. Banyak yang dia orang spin.Slogan dia orang sekarang jawatan didahulukan,wang diutamakan.Bila mereka ni bercakap conform bodoh dan sombong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2015 at 2:11 AM

Maaflah..kami bkn bodoh tv3 oii...jual maklumat dgn duit 2.6b masuk akaun adalah berbeza.Nak guling kerajaan dah x laku.Dah pru 13 pun x guling2.Tv3 jgn dok propa la,meluat org..Kami org umno yg bwh2 ni bkn bodoh pun.

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 12:21 AM

Setuju yang amat2.

Nak buat camne, dah sauh dilabuh layar dibentang mcmtula bangangnya penjilat2 tegar ni

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 12:31 AM

TV3 skg hanya 2 berita sahaja yg boleh pakai:

- Berita Sukan (tu pun kdg2 berat sblh)
- Waktu solat

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2015 at 12:33 AM

Jom boikot tv3 ramai2

....................
Reply To This Comment ...................
November 4, 2015 at 3:02 PM

apa la kau ni... benda kalau penting bagi kita, kita sanggup beli barapa sahaja..

Post a Comment