........... 1MDB - Bila Mahkamah Lepaskan TheEdge, Rakyat Makin Keliru / Esok Kita Tengok Najib Berdiri Atau Lari | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Bila Mahkamah Lepaskan TheEdge, Rakyat Makin Keliru / Esok Kita Tengok Najib Berdiri Atau Lari

Monday, September 21, 201578comments

Saya masih ingat pada 25 Julai lalu hampir semua media dan blog pro Najib memainkan isu Permit The Edge Kena Gantung ! Kita masih ingat lagi kata Rahman Dahlan waktu itu -

"Banyak persoalan akhirnya terjawab dalam temu bual eksklusif Straits Times dengan Justo. Sekarang pihak berkuasa mesti mengambil tindakan segera! " - Rahman Dahalan.

Tapi hari ini semua senyap bila mahkamah membatalkan keputusan penggantungan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri itu dengan alasan -

"Responden tidak mematuhi keadilan mengikut prosedur kerana beliau tidak memberi butiran penggantungan kepada pemohon"

TMI
Kepada yang tidak faham maksud hakim itu, apakata kita baca balik respon Tun Mahathir waktu mula2 lesen The Edge kena gantung hari tu -

"Tunjuklah apa yang dipinda. Tunjuk dokumen itu, tunjuk tang (di) mana yang dipinda. - Tun Mahathir 25/7/2015


Sebab kerajaan tidak tunjuk secara spesifik yang mana satu artikel The Edge yang dikatakan memberi persepsi negatif atau yang telah dipinda makanya tindakan itu dibatalkan oleh mahkamah.

Sebagai rakyat ..... kita keliru. Macamana kerajaan boleh bertindak sembrono begitu ? Tidak adakah sesiapa yang pakar dalam undang2 untuk beri nasihat ? Kita sekarang tertanya2 ..... benarkah apa yang disiarkan oleh TheEdge itu merupakan maklumat palsu ?

Pihak Polis pula dalam menahan Datuk Khairuddin berkata -

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menganggap tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai mensabotaj negara.
  
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu jelas merupakan langkah yang bertujuan‎ mencabar sistem perundangan Malaysia.
  
"(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.
  
"Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini.
 
"Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing berkenaan, adalah palsu," -
Sinar.



Rakyat menanti dengan penuh sabar .... Bagaimana kalau tidak dapat dibuktikan maklumat Khairuddin itu palsu ? 

Apakah tindakan Khairuddin membuat laporan di luarnegara masih merupakan satu tindakan sabotaj jika laporan dibuat bersandarkan maklumat yang betul ?

1MDB kan bersih. Tidak ada sebarang salahlaku atau apa2 yang tidak betul. Jadi jika maklumat betul yang diberikan kepada sesiapa pun baik di dalam atau di luar negara, pasti ia merupakan satu perbuatan sia2 sebab tidak ada apa2 masalah pun dengan 1MDB .... kan ?


Ketua Polis juga berkata - .... siasatan 1MDB itu turut dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara.


Menarik bila kenyataan itu dipadankan dengan kenyataan Gabenor Bank Negara yang berkata

"We know that there is ongoing investigations, but we also need to know who are doing what investigations" - Malaymailonline.

Rakyat tahu siasatan sedang dilakukan tapi rakyat juga perlu tahu siapa yang menyiasat apa !

Pulak ..... kenyataan yang datang dari Ketua salah satu pihak yang menyiasat 1MDB. Kalau Zeti sendiri keliru, apa tah lagi rakyat !

Bank Negara  hanya menyiasat dalam hal percanggahan kelulusan yang BNM berikan kepada 1MDB secara spesifik. Siasatan sudah siap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. - TMI.

Ketika ini, kita tahu orang ramai mahukan jawapan dalam persoalan ini. Dan mereka berhak untuk mendapatkan jawapan tersebut, ( dalam isu 1MDB dan isu Derma RM2.6 bil ) kata Zeti lagi.

Betul tu, saya sokong sangat2. Rakyat cuma mahu tahu Kebenaran saja. Bukan saja rakyat malah Gabenor Bank Negara sendiri mahu tahu.

Kalau Gabenor BNM sendiri tak pasti, bagaimana bos JASA boleh kata -

“Perdana Menteri sudah 48 kali menjawab isu 1MDB tapi orang ramai masih mainkan isu ini.

“Tetapi isu dikaitkan dengan penyelewengan sudah tentu Perdana Menteri tidak boleh jawab dan menyerahkan kepada PAC dan pihak berkuasa untuk menyiasat,” - kata Puad Zarkashi. Sinar 7/8/2015.




Tu dia ...... 48 kali sudah Najib jawab ! 48 kali kalu ..... Tutup mata jer boleh jawab dah, semua dalam tangan.

Tapi bagaimana The Edge boleh lepas dari penggantungan lesen ? Kenapa Zeti pun tertanya2 ?

48 kali kalu ..... Khairuddin nampaknya takde can la nak lepas sebab setakat nak buktikan maklumat yang beliau berikan kepada pihak luar itu adalah palsu, memang kacanglah.

                                                  *****************************

Esok sama2 kita tunggu apakah alasan pihak Najib dan Abd Rauf  akan kemukakan untuk membatalkan saman Anina berhubung isu Derma RM2.6 billion.

Untuk rekod, Najib tidak pernah lagi membuat sebarang pengakuan tentang Derma atau sebarang penjelasan mengenai duit dalam akaun beliau itu selain menyebut yang beliau tidak pernah menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan diri sendiri.

Jika Najib dipihak yang benar, beliau tidak akan menggunakan alasan selain dari isu yang ditimbulkan. Contohnya menggunakan alasan yang Anina bukan lagi ahli Umno ke ..... itu alasan teknikal yang tidak ada kaitan dengan isu.

Gunakanlah kesempatan terbaik ini untuk memberi penjelasan tentang Derma RM2.6 billion itu dan bukannya berselindung disebalik alasan teknikal.

Berdepan dengan rakyat , Bukannya LARI ! 

PS - Saman Anina mewakili pertanyaan yang bermain di fikiran rakyat mengenai isu Derma RM2.6 bil. Kenapa senyap2 ? Di mana dan berapa baki ? Apa yang dah dibelanjakan dan kepada siapa ?

Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib wajib telus dan punya integriti. Sampai bila nak lari ni ?

Share this article :

+ comments + 78 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2015 at 10:21 PM

salam,
48 kali dah jawab, tapi kalu beri jawapan tak menepati soalan, rasanya jawapan tu gagal. tu yang kena jawab balik 48 kali dan masih lagi gagal. nampak macam pm ada masalah dalam memberi jawapan yang betul dan tepat sehingga gagal dalam 48 kali cubaan menjawab. buktinya akhbar the edge bebas daripada tindakan kerana menteri gagal dalam memberi maklumat yang jelas kepada mahkamah dalam menentukan tujuan pengantungan akhbar tersebut. jawapan untuk tindakan mereka pun gagal. kalu masuk mahkamah dah sah jawapan ahjibgor 48 kali tu tak lulus oleh hakim.
para penyokong sekarang dah tak bela dah ahjibgor, mereka serang tdm pulak. burukkan dap, serang guan eng, kit siang, serang pkr, serang mca. tapi tang 1mdb, derma, duit yang tak ada dalam akaun tak ada jawapan selain fakta sastera klasik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2015 at 10:44 PM

Anon@10:21pm

"..fakta sastera klasik.." - Hahahaha....I like!


Macamanalah agaknya muka depan edisi terkini The Edge nanti.....Confirm hot lah!

Ajib Ajib.....resign je la.....nak tunggu apa lagi.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2015 at 10:51 PM

Pak Din...
Apakah BNM dapat laporan dari MAS (aka bank negara singapura) dan BNM guna info tersebut akan dikira bersengkokol dgn gomen luar..?

Apakah pihak berkuasa hong kong, swiss, u.k dan FBI dah cuba mencampuri urusan negara kita walhal duit2 yg dibahaskan tersimpan @ ditransaksi di sana..?

Apakah negara terbabit tak boleh menerima maklumat dari orang Malaysia sendiri sedangkan kes terbabit bersifat rentas-negara..?

Apakah negara asal penderma (katalah duit tu derma) tak ada undang2 utk cross-check @ auditkan status dermanya yg telah diseleweng @ dipindah keluar dan pasti bukan diguna utk peribadi..?

Kalau benar pun duit derma pak arab tu utk tujuan politik umno tp 90% park sekejap je kat Malaysia, di mana sumber biaya najib utk politik mewahnya..? Ni mesti ada derma lain lh atau 1emdibi kedua sbg lubuk duit gelspnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2015 at 10:52 PM

Mahkahmah lepaskan Edge sebab teknikal problem...

....................
Reply To This Comment ...................
September 21, 2015 at 10:58 PM

kita tengok...sapa yg kena...lepas ni igp nk p mana...sprm nk p mana....dan yg paling hebat..mana najib mau laru..kazastan..rumah besan dia...besan pun maly jaly irg tau dia sembunyi penjenayah seantaro dunia..checkmate..adios amigos

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2015 at 10:59 PM

kesilapan teknik jer tu....
mungkin lebih baik saman dari suspend 3 bulan saja.

....................
Reply To This Comment ...................
September 21, 2015 at 11:25 PM

Salam bro DT

Isu pembatalan the Edge ini menunjukkan salah satu kelemahan dari pihak kerajaan iaitu KDN sebelum mengambil keputusan utk menggantung the Edge tempohari dan yg pasti mereka akan membuat rayuan ke mahkamah rayuan ini termasuk juga kes Anina dimana saya rasa najib akan cuba strike out semua dakwaan saman terhadap beliau. Berkenaan statement tan sri Zeti jika kita meneliti statement beliau mmg ada penyelewengan dlm isu 1mdb ini dimana jika tiada dakwaan pihak BNM tidak akan menyerahkan report tindakan kpd AG cuma pihak AG saja yg belum ambil tindakan dan saya yakin Zeti lah org yg tahu ttg transaksi wang 1mdb dan 2.6billion ini dan dgn sindiran dan statement Zeti ini serta tindakan dari luar spt FBI rasanya segala pembohongan aku diketahui tak lama lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
September 21, 2015 at 11:25 PM

biar betul 48 x...nothing to hide pun dia cabut...bila masa 48x...ish ish...sokong membuta tuli lg nih....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2015 at 11:27 PM

Sesal dulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna.....
Tiap yg mula pasti berakhir.....cuma masa saje menjadi jarak pemisah. Kesilapan beliau agak sukar utk d tebus maka jalan terbaiknya berhenti dan bersara lah. Apa yg akan berlaku selepas itu adalah kesan dari apa yg beliau lakukan sekarang. Lain kali jgn perkecilkan rakyat.......

SAYA SAYANG MALAYSIA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 12:00 AM

Samajerlah.... Yg korang nak adalah Najib resign..atas alasan dah tak competent..... Abis Tu kalau semak punya semak..aleh2 persaraan dia Tu sia2 sebab didapati mmg tak salah. Agak2 koranglah, korang bagi dia naik balik tak?

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 12:09 AM

@AnonymousYang berikan persepsi negatif dari awal2 isu adalah Najib sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 12:19 AM

Anon 12.00...
Semak punya semak rasa2 nya salah atau tidak? Ambil satu contoh je....berbohong dlm parlimen. Apa cerita tu?
Nnt banyak2 tak terjawab pulak....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 12:21 AM

kes ainina tu. blongang najib dah menang sorak.
punya la seronok diorang dok ingat kes gugur sebab ainina gugur keahlian.
tapi blongang dan teuku denan tu bodoh.

pertama: ainina dipecat sebelum saman di 'serve'. saman belum 'serve' mengikut perundangan, kes belum berjalan. jadi pemecatan ainina dikira mala fide atau berniat jahat. pemecatan tu dianggap tidak sah. kalau ainina nak cabar bab pemecatan lah.

kedua: dalam akta ROS ke companies act. aku dah lupa. ada bab perlindungan minoriti. dalam bab tersebut. dinyatakan, kes dikira pada time material. maksudnya, walaupun ainina dipecat, kes dikira berdasarkan fakta, adakah pengadu/penyaman adalah ahli semasa kejadian yang diadu/disaman. maknanya, kalaupun pemecatan ainina sah sekalipun, saman tu akan tetap berjalan berdasarkan fakta ainina adalah ahli semasa aduan/saman/kesalahan itu dilakukan.

itu yang lawyer cakap dengan aku masa mula mula ainina menyaman dan kecoh belah sana suruh pecat. kononya, bila pecat, maka ainina bukan lagi ahli, maka saman ainina tidak sah.

bila ainina dipecat, ada la blongang dengan bangganya perasan dia pandai sebab dia suruh pecat ainina. aku gelak je tengok kebodohan manusia yang rasa pandai ni.

sudahnya, najib dengan rauf kena jawab. maknanya, saman tu lekat la bro.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 12:24 AM

Tang 48 kali tu aku rasalah sama ada:

48 kali tukang jawab dia yg jawab

ATAU

48 dia cuba nak jawab tapi tak tau nak jawab apa

ATAU

48 kali penasihat yahudi dia bagi skrip kat dia utk jawab

ATAU..

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 12:29 AM

Haa ni nak spin lagi la ni..

Tak pernah siapa kata pun mat najip tak competent.

Kalau dia tak competent maka tak adalah Tun M pun tolong kempen untuk dia dulu

Yang orang nak dia turun sebab dia dah jadi CRIMINAL.

Najib being incompetent is totally out ouf question here.

So young man (or lady - who knows?), nice try. But please try harder. As hard as u can.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 12:45 AM

Datuk seri najib tak mampu dikalahkan oleh manusia smua...beliau mempunyai aura sbg pemimpin yang disegani dan ditakuti oleh manusia...bongkarlah apa shj...ini smua peemainan amerika n yahudi nak bg msia sibuk dlm negara...walhal yahudi terus bantai rakyat palestin...saya menyokong kepimpinan najib dan sanjung perjuangan tun mahathir...kita patut bersama bantu najib n rosmah majukan negara dan capai wawasan 2020...ayuh..melayu mesti bersatu....penyokong tegar najib n tun mahathir....ko adoooo...

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 12:53 AM

Emmm, semak punya semak punya semak then memang tak kan kelihatan la silap PM cos dah dipenuhi semak & samun...

Awal pengantungan The Edge memang nampak dah 'Technical Problem' yang terpaksa dicipta dengan pantas untuk bendung sesuatu. Tak kan la pegawai tinggi kerajaan tak tau perundangan. Ahli politik pun tau tapi buat tak tau. Hujah hakim tepat pada akta bahawa tiada penjelasan diberi sewaktu pengantungan itu diarahkan...

Saya yang berkerja swasta ini pun tidak terus dibuang kerja selepas memukul staff sub-con 1996. Hadir 'Domestic Inquiry', both pihak berikan hujah then baru diputuskan siapa yang bersalah berlandaskan undang-undang syarikat or undang-undang buruh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 12:55 AM

Semoga Allah panjangkan umur datuk seri najib n ds rosmah...tak lupa utk bapa pemodenan kita tun mahathir yg bergeliga idea n pengorbannya....ds seri najib seorang yg jujur dan disukai semua rakyat jelata...dlm pd ramai yg membenci beliau sebenarnya mrk sayang ds najib sbb masih ambil berat...contohnya bro din turtle...sbb sayangkan najiblah hari2 keluarkan isu najib n yg berkaitannya...benci jadi sayang...jom umat melayu kita sokong najib jadi pm utk lama lagi...jgn bimbang khazanah kita masih banyak...najib guna sikit utk bantu org melayu...mcm brim ramai yg dpt...bersyukurlah...najib is the best pm...buktinya..rsmai yg boleh makan nasi..mc d...kfc...anw...x percaya...pi tgk mcd...kfc...penuh org melayu kat sana...x caya lg...tgk kedai mamak...melayu yg kaya ramai d sana...x caya lg...pi uptown...ramai melayu yg berbelanja d sana...x caya lagi...ramai warha asing d bandar n kampung2 la ni sbb msia murah rezeki...gaji mahal...kat kampung2 pun dah xda pemuda nak duduk..jd warga asing ambil kesempatan sewa tanah..sewa rumah...saya sokong najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 1:11 AM

Just wonder how the 2 umno phd holders got their degrees and jobs,

One who cannot handle KDN with quacky decisions and actions and the other who failed JASA and cannot understand issues facing a propaganda agency

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 1:32 AM

"Talian hayat" PM semua sudah tertutup. Yang ada cuma satu lagi...melalui politik...dan itulah yang sedang dilakukannya sekarang. Sesiapapun tak mahu bersara dalam penjara. Good Luck!!

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 3:29 AM

TS Zetty Aziz dalam sindir Bugis pukul Jawa pun mengaku selagi kemelut/skandal 1mdb tidak dituntaskan, selagi itulah Ringgit akan terus kuncup macam duit cap pisang zaman Jepun.

Dalam pada itu heran bin ajaib...kenapa media mainsteam khususnya tv3 suku tidak menyiarkan berita berkenaan, serta berita berikut yg turut sensasi & penting.........
1. Mahkamah Tinggi mengarahkan Najib membela diri saman Puan Anina berhubung duit RM2.6 billion yg depositkan ke dalam akaun peribadi Najib.
2. Mahkamah Tinggi juga mengarahkan Najib memfailkan affidavit jawapan terhadap permohonan Puan Anina membekukan harta/aset Najib.
3. Mahkamah juga menolak arahan Mat Zahid di atas kegopohan & syok sendiri beliau melanggar prosedur ketika menggantung penerbitan majalah "The Edge Weekly". Tak malu ke Zahid...macam mana dia nie dapat jawatan TPM...???

Kelihatan jerebu yg memuramkan negara pun mulai pudar & ikut bersahabat dgn rakyat yg tertindas & tertipu oleh penguasa2 yg tidak amanah & salah guna kuasa.

Satu dunia kini memerhatikan skandal yg berpunca dari cetusan slogan Najib Satu Malaysia dan 1MDB yg entah apa-apa.....!!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 4:06 AM

memalukan lah kdn ni semakin lama nampak semakin bodoh kerana mau mengikut telunjuk pemimpin bodoh maka tindakan pun jadi bodoh, seluruh kementerian kdn termasuk pdrm terpalit sama berkongsi rasa malu tataulah kalau kpn tadak perasaam malu, aku sebagai rakyat biasa yg menyanjung tinggi undang2 & perlembagaan negara pun terasa malu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 4:21 AM

Kalo masuk penjara kompem ahjibgor dgn kak mah tak dpt tittle TUN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 5:44 AM

Yang jawab 48 kali tu bukan untuk orang awam tapi untuk ketua-ketua cawangan umno je! Jawapannya ialah duit itu untuk digunakan untuk ketua-ketua cawangan umno @ penyokong-penyokong ....buat pembangunan untuk rakyat dan tiada !ain melainkan semuanya untuk parti dan rakyat.....sebab tu lah mereka tak nampak tang mana salah PM......sebab yang dia buat tu bukan untuk kepentingan diri.Jadi apa masalahnya duit tu masuk akaun sapa pun.....kita yang ramai-ramai apa tau asyk nak memfitnah dan nak menjatuhkan kerajaan je!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 6:58 AM

".kita patut bersama bantu najib n rosmah majukan negara dan capai wawasan 2020..."... apahal ke jemah tu pulak ada... dia tu sapa... x da kena mengena dengan urisan pentadbiran negara la bro... mgkin dia le yg punca kerosakan negara ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 7:10 AM

Najib ni adalah satu PM yang muka tak malu. SEmua persoalan perlu ada jawapan,tapi pada Najib semua soalan biar terus di persoal. Yang Bos JASA tu pun satu...kami tahu dia dah kalah PRU 13 hari tu tapi bila nak jawatan..takpela Puad,jilat mana yang boleh. Dalam kabinet Najib ada 2 org barua yg cuci taik PM yakni Salleh Said Keruak dan Rahman Dahlan. Ini 2 org tak boleh pakai. Rakyat bukan bodoh. Pada waktu sekarang apa yg di katakan oleh Putrajaya memang tak boleh pakai di sebabkan PM kaki penipu. Sapa nak percaya lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 7:38 AM

Berani resign?.. Terus penyokong sendiri sumbat dia dlm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 8:04 AM

Anon 7.10

As a sabahan.....saya malu dan kecewa dengan ketidakcelikan rahman dahlan dan salleh keruak

As a malay.....i am ashamed of pro najib malays who only angguk, tunduk dan geleng tanpa guna kewarasan berfikiran

As a muslim.....sangat kecewa dengan para ilmuwan seperti harussaini dan mufti2 lain yang tidak bertindak dan menasihat najib atas perkara kemungkaran viz 1MDB dan "derma" RM2.6 bil

Apa dah jadi????????


....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 22, 2015 at 8:20 AM

Assalammualaikum wmt,
Tak malukah TPM Zahid yg jadi menteri KDN bila mahkamah dgn mudah membatalkan arahan/tindakannya? Mana nak letak muka? Cakap berdegar-degar, kerja tak seberapa.

Yg jelas kpd rakyat kini ialah TPM kita tu melakukan tugasnya tergesa-gesa tanpa merujuk kpd pegawainya yg tahu Undang-undang' Beliau buat kerja ikut arahan Najib yg juga dapat nasihat dari penasihat yg paling akrab dgnnya. Penasihat yg degil mahu Najib kekalkan jawatan PMnya.

Nampaknya mahkamah putuskan kes tu macam 'kacang' jer.
Maka terjadilah 'Dengar cakap enggang, makan buah belolok. Dengar cakap orang. terjun masuk lubuk'. Zahiddddd... Zahidddddddddddd!

Patutlah ramai rakyat yg memperlekeh dan mempersenda kebolehan dan kepakaran sebahagian besar para menteri 1MDB Najib. Kabinet yg ikut kata 'enggang'.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 9:07 AM

Yang menentukan dia bersalah atau tidak nanti adalah sistem pengadilan. Yang dituntut selama ni adalah Najib berundur sementara bagi memberi laluan kepada siasatan dilaksanakan secara telus dan tanpa tekanan.

So, at the end of the day kalu dia didapati tidak bersalah...alhamdulillah dan pastinya rakyat akan terima dia dengan hati yang terbuka malahan dia sendiri akan bertambah kuat dalam arena politik negara. Period...!!

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 9:10 AM

Din,
Dari segi undang2 mungkin The Edge menang dalam kes ini. Tapi saya masih puji KDN kerana menggantung permit. Win or lose does not matter. Tapi kita telah memberi kesan kewangan kepada the edge kerana mereka tak dapat menjual selama 3 bulan dan overhead masih mereka keluarkan. It was the right decision by KDN. Selepas ini mereka akan lebih berhati-hati memainkan sesuatu isu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 9:33 AM

Setuju 100%

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 9:46 AM

48 kali jawab, maknanya sudah 49 kali bohong. Hakikat dia tak pernah pun jawab, hanya lari dari soalan dan terus menipu. Rakyat Malaysia dah jemu kena tipu, minta Allah s.w.t. turun bala ke atas penipu besar ini juga rakan-rakan subahat beliau. Amin..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 9:55 AM

Saya penyokong UMNO tp tolak kepimpinan najib. Full stop

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 9:56 AM

Apakah isu sebenarnya Tuan? Menegakkan kebenaran dan memerangi rasuah ataupun sebaliknya?

Bila lagi DSN nak menebus maruah bangsa Melayu yg tercabar & tercemar dimata dunia dgn MENYAMAN the AWSJ di US dan The Sarawak Report di UK?

Maaf bertanya..

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 9:59 AM

@Anonymous

Saya sangat setuju. Jika duit rm2.6 bilion tu najib nak songlap dia tak akan bagi tahu jumlah sebenar kepada Muhyiddin. Dia boleh kata kat Muhyiddin rm800 juta dan selebihnya dia songlap. Tapi duit tu dia agih2kan kepada grassroot. Itu sebab ketua2 bahagian sokong dia termasuk komponen dalam bn. Jika sejumlah besar duit tu pergi kepada orang melayu apa salahnya. Yang tak dapat tu yang iri hati dan tuduh macam macam. Itu memang dah peragai sebahagian besar orang kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 10:06 AM

Jiwa kacau

Apasal lama tak kasi sengat? Apa apa pun welcome back to the frays.....kasi kacau!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 10:16 AM

Huh? Trying to illicit double-edged support only because Najib is being overwhelmed?

While Najib's camp on the upperhand you gave Tun M left right hooks. Seeing you cannot fell a 90 year old you changed tact to employing sympathetic card!

You guys are pathetic defending the bugis!

Cannot wait for Jiwa Kacau or Ayer Lombong to add insults to your self-inflicted injuries!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 10:42 AM

Maaf kata lah esa....takkan anda tak tahu kdn kena tanggung kerugian the edge....tu hukuman sbb undang2 buta. Pusing2 sama jugak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 11:06 AM

Ha...ha semakan saya rasa tidak perlu kerana alasan tidak kompeten adalah salah satu dari banyak kompetensi2 lain yg beliau miliki seperti keupayaan temberang dan berbahasa pasar, manipulasi, menggunakan kuasa bagi kepentingan diri, berbelanja besar & membazir, memberi galakan kewangan kepada rakan & ahli2 pasukannya, menyelenggara ekonomi rumahtangga dan banyak lah lagi...juga tidak ketinggalan kompeten dalam seni mendiamkan diri dan cabut lari...
# I love PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 11:10 AM

Anon 5:44

Andai seorang Doctor Pakar melihat dengan simpati pesakit nya menderita dan dia boleh membantu membedah.

Dengan syarat cost 260,000 RM je (tak banyak mana kosong di belakang) 'DERMA' bantuan kos masuk account Doctor tuh!

Itu rasuah atau bantuan?

Pusing lah satu dunia bugis busuk kan Malaysia tahap alam maya oi!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 11:12 AM

Kamu nih bikin Mad Maslan kecik hati tau!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 11:17 AM

Kesan kewangan?
Kalau tak silap mereka juga akan diberi pampasan (kewangan).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 11:20 AM

hahaha...lucu la kamu ni.

ketua cawangan tmn perumahan aku mungkin salah seorg yg tak terima dana najib.

utk cawangan kami dia tak buat program apa pun. jamuan raya hari tu pun tak ada.

tapi selepas pemilihan lalu, rumah dia dah ada ubah suai di bahagian depan. Kereta Vios lama masih ada tapi dah tambah CRV baru. hehehe...

Jadi dia bukanlah kalangan ketua cawangan yang terima dana tu ye...

Lucu kan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 11:25 AM

bila masa pulak yang dia beritahu muhyiddin. jangan la buat kelakar bro.

kita hanya dengar versi cerita muhyiddin yang bocor dalam perbualan dia dengan rakan2.

bro. mungkin hakikat ini pahit tapi najib sendiri TIDAK PERNAH mengesahkan cerita muhyiddin itu.

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
September 22, 2015 at 11:27 AM

sekali pun dia xjawapa

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
September 22, 2015 at 11:31 AM

ayat xbleh tahan...najip dan rosmah...kah kah kah...saya faham...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 11:42 AM

kalu dah 48 kali jawab pasai pa sy masih tercari2 jawapan najib mengenai duit tunai yang di bawa balik dari Cayman tapi terpaksa di park kat Singapura yang kini dah jadi 'units'...hehehe..

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
September 22, 2015 at 11:46 AM

isunya ialah penyelewengan...xada langsung sebut hasad dengki dr rakyat.bertanya...bila jawapan keluar dari bukan punya mulut rakyat tak puas hati.mana bukti duit diagih agihkan pada grassroot..kasi tunjuk lah

....................
Reply To This Comment ...................
eri
September 22, 2015 at 1:09 PM

anon 11.25....
sejak bila najib pernah sahkan apa2???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 1:51 PM

Buat Saudara Esa dan yang sealiran,

Saya ingin menulis dari pendirian ajaran Islam yg di ajar oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Katakan ada seorang muslim yang baik, warak, patuh beribadah dan mulia akhlaknya, Katakan suatu waktu dia diuji Allah dengan diperdengarkan hasutan Iblis. Iblis ni memang akan hasut manusia untuk lakukan kejahatan.

Katakan Iblis menghasut dia untuk mengambil rasuah. Dan malangnya, dia tumpas dengan hasutan Iblis itu. Bila duit jutaan ringgit dihidang depan mata, nafsu mengatasi aqal dan iman.

(dalam hidup saya yg hampir setengah abad ni, saya dah jumpa ramai good muslims yang tewas dengan duit)

Pada pandangan Allah, dia tidak lagi seorang yang baik. Bukan lagi seorang muslim yang bertaqwa.

Dalam Islam, bagaimana baik sekalipun permulaan seseorang itu, yang penting adalah pengakhirannya.

Hanya Allah yang tahu apa yang sedang disembunyikan oleh pihak2 yang mentadbir 1mdb.

Hakikatnya, yakni faktanya:

1) 1mdb ialah entity perniagaan milik Kerajaan (maknanya milik rakyat)

2) 1mdb (melalui bekas anak syarikatnya iaitu SRC) telah pinjam duit KWAP berbilion ringgit dan belum bayar. KWAP juga milik rakyat.

3) Pinjaman itu dijamin oleh Kerajaan (maknanya dijamin oleh rakyat iaitu kita melalui cukai yg diperah dari kita)

4) Perniagaan 1mdb pada masa ini tidak memberi pulangan yg cukup untuk membayar segala hutang yg tertunggak. Usahkan hutang, bunga/faedah pun tak mampu nak bayar.

En Esa, memang BR1M membantu rakyat marhaen tapi encik tak kisah ke kalau wang untuk bayar BR1M tu datang dari wang yang dipinjam dari agensi pemberi hutang?

Encik kata khazanah Malaysia masih banyak. Betul, tapi hutang Negara juga teramat banyak encik ooiii..... adakah kita nak tinggalkan Negara dengan hutang keliling pinggang kepada anak cucu kita?

Pikir lah baik-baik... Pasti ada seseorang dalam UMNO yang jujur dan mampu mengemudi Negara dengan lebih baik.... in shaa Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 4:00 PM

Sabuah kapal layar yang mana layarnya telah rabak,lebeh baik diganti dengan layar baru daripada membiarkan kapal itu hanyu tak tentu arah.Harap sempena hari raya korban nanti DSN berkorbanlah jawatan anda bagi memulihkan negara dengan rela hati.Contohilah Nabi Ibrahim Aw yang menjadi kekaseh Allah.Inilah masa mencari pahala ketika maseh hidup.Dengan rela serah jawatan kapada timbalan perisident UMNO ,biar beliau mengemudi bagi mencapai wawasan 2020.

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 5:00 PM

Mana buktinya duit derma tu diagih2kan? Soalan aku kalau betul tu duit derma? Kenapa dari dulu tak nak mengaku? Kenapa ugut2 nak saman wsj? Last2 memang betulkan? Sapa fitnah sapa sebenarnya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 5:18 PM

Dalam kertas karangan peperiksaan pun jika jawapan lari dari kehendak soalan takkan diterima sebagai betul. Walaupun di ulang 48 kali....

....................
Reply To This Comment ...................
ahmad albab
September 22, 2015 at 6:36 PM

isunya ialah penyelewengan...xada langsung sebut hasad dengki dr rakyat.bertanya...bila jawapan keluar dari bukan punya mulut rakyat tak puas hati.mana bukti duit diagih agihkan pada grassroot..kasi tunjuk lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 6:58 PM

Cara Ah Jib the Bugis and Zahid the Jawa bertindak Draconion macam lah ISA masih wujud lagi, zaman ISA dulu orang2 Cina nak membuat sesuatu benda mereka berfikir panjang.

Semenjak Ah Jib memansuhkan ISA untuk mengambil hati dan undi orang Cina, dia dengan Zahid PATUT SEDAR yang mereka sudah tak boleh buat sesuka hati mereka walaupun mereka MURKA,sebab ini bukan lagi negeri ' pak tiri laki mak depa punya"

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 8:49 PM

Aku sebenar nya memang selut kat Ahmad Zahid Hamidi....tau, psl apa.....sbnr nya dia sengaja buat The Egde d gantung bkn TPM x tahu yg Thw Edge mwnyiarkan berita benar, kebenaran akn terjawab akhir nya, mmg itu lah yg d jangkakan oleh TPM A.Zahid utk tujuan huru harakan pentadbiran Najib, bg menghilangkan kepercayaan rakyat akan Penipuan Najib yg kian Terserlah Keayuan nya......masa ini lah TPM menunjukkan kuasa beliau bg terus menyerang Najib dgn Tipu Helah nya.....caya lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 10:26 PM

@Anonymous
terima kasih sebab rajin baca bebelan saya yang panjang tu.

tapi kita sebagai rakyat yang tak dapat derma bilion bilion ni atau tempias gaji bulan bulan dari derma bilion bilion ni. kena kerja la tuan. kadang kadang tu, ada sikit sibuk. sempat baca je.

ada tu, isu semua dah diulas dengan baik oleh pembaca dan pengkomen (ada ke pengkomen?). kalau saya komen pun. kang benda sama jugak. buat rugi bandwith semua orang nak download page je. ha. ha. ha.

orang yang dapat duit blogging ni lain macam la sikit. ada satu blongang tu, konon blongang elit la, pendekar bugis bayar tau.

bukan apa. nak tergelak baca posting dia. dia cakap lebih kurang.

tun dulu paint pak lah black. sekarang paint najib pulak black.

tapi dulu tun betul. sekarang tun salah.

dalam bahasa mudah. tun suka cakap orang tu salah orang ni salah.

tapi yang paling tak boleh blah, bila dia cakap, zaman pak lah dulu. apa yang tun cakap tu betul. sekarang ni tun salah.

ye lah. zaman tu, dia duduk belah tun. tun betul.

sekarang ni, dah dapat tempias derma, duduk belah laki rosmah. tun salah lah pulak.

jadi nya. salah atau betul sesuatu isu tu sebenarnya diukur pada dia. kalau dia cakap betul. betul lah. kalau dia cakap salah. salah lah.

dia rasa dia Allah Taala ke apa?

kalau macam tu, kita lantik dia jadi ketua hakim negara lah. nanti semua keputusan akan betul dan tepat. takde khilaf lagi dah.

inilah antara masalah blogger yang rasa dia paling bijak. dia paling handal. posting dia paling hebat.

itu posting level blogger elite team najib.

blongang cap ayam toksah cerita la level bengap dan merapunya.

- jiwa kacau -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 10:37 PM

tanyalah najib pula... dia nk ambik muhyiddin semula ke hanya kerana mendedahkan derma yg akhirnya diakui oleh najib

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 11:46 PM

Adohai anon 12.45..

1) Datuk seri najib tak mampu dikalahkan oleh manusia smua...

- Patutlah najip angkuh sungguh.. dah lupa kisah firaun?

2) beliau mempunyai aura sbg pemimpin yang disegani dan ditakuti oleh manusia...

- Takutlah sangat sampai keluar miting pun ikut jalan tikus.. siapa yg takut siapa?

3) Bongkarlah apa shj...ini smua peemainan amerika n yahudi nak bg msia sibuk dlm negara...walhal yahudi terus bantai rakyat palestin...

- How ironic.. mat najip main golf dgn obama, ambik tuan penasehat yahudi belaka

4) Saya menyokong kepimpinan najib dan sanjung perjuangan tun mahathir...

- 2nd part tu ya sbb Tun M mmg byk jasa, tp part mula tu entahlah..

5) Kita patut bersama bantu najib n rosmah majukan negara dan capai wawasan 2020...

- Dah nak lingkup malaysia ni pun nk bantu lg? Ramai lg org susah di malaysia yg perlu bantuan.. n apahal nak tolong rosmah pulak?

6) ayuh..melayu mesti bersatu....

- Apalah sangat sokongan kami ni yang dah dicop BANGSAT..

SEMUA AYAT KAU MEMANG TAK BOLEH BLAH

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2015 at 11:48 PM

Hai.. penjilat najip dah tukar cara spin nampak.. kau sokong je la mat najip n kak mah kau tu.. kami tak nak ikut..

BIAR LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2015 at 11:57 PM

@Anonymous

Kalau dia bersara, apa yg sia-sianya? Sekarang bukan alasan tak kompeten lagi, dah banyak terbukti dia tidak transparent, tidak amanah, salah guna kuasa bagai. Duit RM2.6b, kalau dia amanah tahun 2013 lagi dia dah beritahu sekurang-kurangnya MT UMNO dan jemaah menteri, bukan tunggu WSJ pecah tembelang. Kenapa guna kuasa rentikan AG dan tukar pegawai SPRM dan SB serta merta.

Negara lain, kalau tak bersara, coti dulu, bagi can pihak berwajib siasat n clear his name.

Macam lah takda orang lain yg bley jadi PM dengan lebih baik lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:00 AM

Ahaiii
Najib ingat akak tu anak2 ikan ke.
Pensyarah u dia tu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:15 AM

Apa masalahnya duit tu masuk akaun siapa pun?

Kalau macamtu gaji kau tiap2 bulan masuk akaun aku je lah. Boleh kan? Macam kau cakap la, apa masalahnya akaun siapa pun.

Melayu macam kau ni la yang dicop BANGSAT dek mat najip tu agaknya

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:17 AM

Jadi BANGSAT la jawabnya..

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:19 AM

Dah kurang sikit berdegar2nya mat zahid ni akhir2 ni. Terasa bangang sendiri agaknya

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:20 AM

Kalau dia didapati bersalah?

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:25 AM

Memang sah la si esa tu tak tau yg kdn kena tanggung sebab kalah kes.

Tapi biasalah penyokong mat najip memang banyaknya buat statement main 'agak2' je. Mat najip pun teragak2 nak saman WSJ. Dari sebelum puasa sampai nak raya haji ni xsaman2 lagi.

Yang betul derma ialah yg mat najip sedekah lembu 45 ekor utk korban kat tempat dia. Duit sumber mana Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:30 AM

Tak ada mananya rakyat malaysia dengkikan duit yang entah mana datang sumbernya tu Esa oi..

Tapi kalau kau sendiri yang iri hati sebab tak merasa atau merasa sikit je maka tak taulah aku..

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:32 AM

Yang ni baru saya setuju. Alhamdulillah..

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:33 AM

Melainkan yang menanda kertas periksa tu dah dibayar 48 kali..

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 12:37 AM

Aku rasa aku pernah tengok blog tu. Memang nak termuntah baca nasib baik tak kena sawan babi je aku masa tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 5:32 AM

Esa adam...klu dah the edge menang kes tu...confirm depa akan saman tuntut kerugian depa 3bulan lalu melalui saman dll...

Jadi kdn nak bayar guna duit sape? Duit cukai rakyat jugak....takkan nak guna duit kak ros kot? Beliau kan surirumah je...takde income...LHDN tak kejar punya...hehe

Itu pun hang tak reti ke? Aduhai...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 6:27 AM

Kalau NajibRosmah dipenjarakan, akulah orang paling bahagia dalam dunia ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 6:28 AM

Amin Ya Allah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2015 at 6:30 AM

Mungkin semua yg sokong NajibRosmah kebanyakannya diberi makan kenyang2 sampai terlena dibuai mimpi..sedar2 dah kat penjara.

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2015 at 4:06 PM

isu teknikal.... anina masih ahli umno ketika aduan pada mahkamah dibuat... jadi dia ada hak... selepas digantung umno baru anina hilang hak... mahkamah kena dijelaskan bahawa hak anina sebagi ahli masih wujud semasa saman dibuat... anina hanya hilang hak selepas itu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2015 at 4:40 AM

Rilek bang, dia sarcasm laa...jgn serius sgt..huhu

Post a Comment