........... (Video) TS Sanusi - Alasan Derma 2.6 Bil Untuk Lawan Pengaruh Yahudi Hanya Memperbodohkan Rakyat ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

(Video) TS Sanusi - Alasan Derma 2.6 Bil Untuk Lawan Pengaruh Yahudi Hanya Memperbodohkan Rakyat !

Wednesday, August 26, 201525comments

Masih belum habis lagi mesyuarat Umno bahagian jadi rasanya masih belum selesai pemimpin2 Umno bercakap tentang keperluan Derma RM2.6 billion untuk melawan pengaruh Yahudi melalui Dap.

Seriusli la .... korang boleh terima ke alasan sebegitu dangkal ? Pemimpin2 Umno yang bercakap tentang benda ni, anda sendiri percaya ke apa yang keluar dari mulut anda itu ?

Rakyat ketika ini sedang mentertawakan gelagat kepimpinan Umno yang secara terang2an memperbodohkan diri sendiri dengan alasan2 yang memakan diri.

Nak mempertahankan bos pun agak2lah. 

Inilah satu lagi contoh bagaimana Najib mengheret Umno ke dalam masalah peribadinya seterusnya membangangkan Umno dan saf kepimpinannya di mata rakyat !





KLiK untuk ke Youtube.

.. ada juga taktik untuk mengaitkan derma RM2.6 billion sebagai duit untuk lawan dengan Yahudi yang membantu Dap.  .. tak mungkin Yahudi akan membantu Dap untuk mengalahkan kita kerana ... sebenarnya kita lebih rapat dengan Yahudi !

Yang bagi pinjam duit kepada 1MDB itu bank Yahudi. Dan Ceo2 dalam Goldman Sachs itu semuanya Yahudi belaka. Tak mungkin orang akan percaya kita perlu 2.6 billion untuk lawan pengaruh Yahudi sedangkan kita sendiri kawan dengan Yahudi.

... logik macam ni membodohkan rakyat.  Jadi kita tak payahlah guna (alasan ) macam tu. Kenalah cari jalan lain. Tentu ada yang otaknya CGPA sampai 3.85 yang kita boleh pakai untuk cuba berfikir cara yang lebih baik untuk mengembalikan kekuatan Umno.

                                     *****************

Tapi bila difikirkan .... kesian pun ada kat pemimpin2 Umno ni. Bila transaksi itu sudah diSAHkan wujud, jadi satu kerja la pulak nak beri justifikasi dalam bentuk yang tidak perlu menunjukkan sebarang bukti. 

Baik bukti penerimaan dalam bentuk penyata bank ( sebab penyata itu akan menunjukkan BAKI akaun dan kemungkinan wujud transaksi2 lain yang mengundang persoalan lain ) mahupun bukti penyaluran keluar ( senarai nama dan berapa yang setiap mereka terima ) .... itu wajib dielakkan !

So ..... ada sesiapa nak tolong fikirkan alasan yang Umno boleh gunakan untuk disogokkan ke dalam minda ahli2 untuk apa derma itu diberikan kepada Najib ?

Mungkin kerana itu pihak SPRM menegaskan yang SIASATAN BELUM SELESAI walaupun selepas mengesahkan pihak kami hanya menyebut yang dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana 1MDB.

"Sehubungan itu, SPRM menekankan siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan," 

SO ..... SPRM dah panggil Najib ke belum ?

 
mStar 23/8

Maknanya, apapun alasan yang diberikan oleh pemimpin2 Umno mengenai Derma RM2.6 billion itu, perlu diingat yang SIASATAN MASIH BERJALAN.


PS - Persoalan untuk difikirkan - Kalaulah Najib bukan Perdana Menteri, apakah pak Arab itu akan berikan derma RM2.6 billion itu kepada beliau ?

atau dalam bentuk lain - Apakah pemberian derma RM2.6 billion kepada akaun peribadi Najib itu ada kaitan dengan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri ?

Ada hujah yang boleh disebut berkaitan persoalan derma @ jawatan itu tapi takperlah ...

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 12:05 PM

Senyum ....tak perlu kata apa-apa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 12:24 PM

nak buat mcm mana TS..2x5 jg mcm yg duduk dlm penjara tu...

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 26, 2015 at 12:27 PM

Assalammualaikum wmt,
Memanglah alasan derma untuk hapuskan pengaruh Yahudi melalui DAP itu satu alasan bangang yg tidak ada siapa pun percaya. Digelakkan rakyat ajer....

Kepada saya, alasan itu bukan saja bertujuan memperbodohkan rakyat tapi yg lebih jelas membodohkan diri mereka sendiri. Kenyataan mereka menampakkan betapa bodoh dan bangangnya mereka dlm mencari alasan membela Najib selaku boss.

Menyentuh soal ini, seorang sahabat berpendapat bahawa keadaan mereka (menteri dan juak-juak Najib) yg membela PM bagaikan kena pukau. Mereka sendiri tak tahu apa yg dicakapkan. Macam orang mabuk yg meracau.

Tapi takkan mereka cakap dlm keadaan mabuk?
"Tak mustahil mereka semua dah dipukau oleh satu kuasa jahat (ilmu hitam) yg mengikut saja apa yg dijelas dan dikatakan oleh seseorang yg memukau mereka," tambahnya.
Eh! Biar betul! Kenapa sahabat itu berperasangka demikian?

Bila saya mintakan buktinya, dia kata. "Kawan saya, jadi kaya raya sekarang kerana tolong kenalkan seorang 'bomoh' kpd keluarga Najib. Dia dapat kerja dan kontrak lagi....", jawabnya.

Betulkah cerita ini. Ada sesiapa kekawan yg boleh sambung dgn bukti lain yg senagkatan dgn kisah sebegini?
Tak mustahilkah semua ini cerita rekaan dan fitnah semata-mata?
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 12:45 PM

Lebih baik kalau diberi alasan bahawa najib razak tergolong dalam golongan asnaf (layak terima sedekah), dan lain-lain yg tumpang sekaki macam shahrir dan 3.85 pun adalah dari golongan yang sama. Mudah lah lepas ni tak perlu ke majlis zakat, bank in saja dalam akaun mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 12:52 PM

BNM lebih mengetahui issue ini. Peting nya sekarang ialah macama mana boleh bocor maklumat acount peribadi seseorang? Ini ada bahaya kepada negara. Bafia act untuk lindungi kita. Kita di breach maka selamatkan kita semua? Kalau Najib di turunkan apakah pemnganti nya akan selamat atau akan mengahadai situasi sama. Tak kiralah pengantinya pemimpin DAP sekali pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 12:59 PM

@Hasnul.....
Tang bomoh ni saya tak dengar la...cuma nak sambung sikit. Dari cerita kawan2 yg dapat....hmmm lumayan pulak tu!
Nak projek kerajaan? Terutama yg besar2? Mudah sangat bunyi nya ni.....
1.Siapkan project paper yg detail dan complete
2. Bawak meeting dgn 'budak rosmah'...dulu pompuan (terkenal dia ni)...skrg lelaki.
3. Jika semuanya ok....dia akan bawak jumpa kak ros.
4. Kak ros tengok....ok je dia akan panggil samada joint breakfast atau minum teh ptg....
5. Masa ni lah kak ros akan taburkan keperluan yg patut d penuhi....utk badan ni sekian...... utk beliau sekian.........syarat utama tu!
6. Setuju dgn syarat confirm tender atau job tu kita punya...selalunya pemohon pasti setuju.
7. Satu budak muda dapat projek cara d atas....mampu beli 2 biji ferrari beb! Ingat tu....2!
8. Projeknya? Maintenance job satu msia...projek gomen. Mmg lumayan......
9. Nah, susah ke? Sapa yg buat keputusan d situ? Pikir la sendiri........
#Pastikan job nilainya puluh atau ratusan juta! Lebih besar lebih bagus. Dan ada beberapa lagi yg melibat kan org yg sama yg telah d jalankan melalui cara d atas.
Kongsi cerita je......

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
August 26, 2015 at 1:27 PM

Sekiranya di teliti maka kita boleh membuat satu kesimpulan bahawa jawapan-jawapan yang diberi bukannya dari tuan punya badan tetapi para menteri yg tidak ada sebarang kena mengena lansung dengan empuya diri. Maka mereka ini boleh ditafsirkan sebagai pengampu-pengampu yang sanggup melakukan apa saja (secara sedar atau tidak) demi mendapar sebahagian dari 2.6 billion itu.

Jawapan-jawapan yang tidak konsisten juga menunjukkan bahawa mereka ini sebenarnya tidak tahu lansung tentang cerita yang betul.

Umpama seorang pesakit yang ingin mendapatkan rawatan tetapi merujuk kepada pomen kereta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 1:34 PM

macam mana nak tutup siasatan 2.6b jika ahjibgor tak lagi jumpa pegawai sprm untuk beri kenyataan atau disoal siasat. selagi ahjibgor tak jumpa untuk beri keterangan, mana mungkin kes ini selesai. yang dok jawab kat orang ramai ialah orang yang tak ada pun duit yang masuk akaun peribadi 2.6b. orang yang masuk akaun peribadi 2.6b diam ajer. tu tak kira lagi yang masuk 42m dalam akaun peribadi. yg orang dok bising yang banyak ribu juta, yang ciput puluh juta orang belum tanya lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 1:46 PM

Tebal betul muka Najib ni. Boleh lagi bertahan dia. Ingatkan Anwar je tebal muka. Si Najib ni lagi tebal muka dia.

Gila dua dua ekor ni. Tak sampai ke pemikiran kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 1:55 PM

Elekkan fitnah saudara..psl najib he has to go..najib gagal tadbirnegara. Dia biarkan ringgit jth mc tue je..arghh meluat ak pd yg msh sokong self proclaim pendekar nie.hrp2 ramai yg join 29 nie.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 2:36 PM

betul tan sri kerajaan perlukan lebih banyak menteri CGPA3.85 ... kah kah kah

Bangang tetap bangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 3:58 PM

Mmg alasan yg terlalu Dangkal!! Minta si buggis bangsat tu buat peraduan cari alasan paling lojik la, terbuka utk semua, jgn main dgn kroni2 jer.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
August 26, 2015 at 5:06 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Terima kasih kerana respon komen teman.
Kisah macam yg anda tulis ni memang ada saya dengar. Banyak kali. Mungkin ada benarnya kerana cerita seperti itu selalu sangat kita boleh dengar.

Bagaimanapun, belum ada blog yg berani dedahkan dgn bukti yg sahih kisah sebegini.

Setakat yg kita dengar cuma ada didedahkan akaun Kak Ros di bank tempatan tak lama dulu. Tapi isu itu lenyap kerana isu RM2.6n lebih memonopoli senerio. Selamat dia dari jadi isu panas.

Apapun. kalau Marcos di Filipina jatuh kerana Imeldanya, apakah tak mustahil kisah sama juga akan jatuhkan PM Najib?.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
aku
August 26, 2015 at 6:20 PM

Nak duit senang, jadi la pengampu..peduli apa orang nak cakap apa, janji duit masuk..

....................
Reply To This Comment ...................
August 26, 2015 at 7:44 PM

Ahaii
Sebenarnya memang ada bukti jelas derma ni
Mungkin ada yg perasan, semasa diumumkan 2.6 b itu adalah derma dari pak Arab, ada juga disebut 4 keping surat sebagai bukti duit itu bukan 1MDB punya tapi dari sumber ysng sahih, pak Arab.

Masalahnya ke mana dan di mana surat itu sekarang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 8:10 PM

@ hasnul.
Waalaikumussalam wbt.
Anda cuma ada dengar? Baiklah saya bukak sikit lagi....
Lokasi bunglow mewah d kawasan elit yg d jadi kan ofis. Hadirin dlm 5 atau 6 org...tokey2 melayu... confirm jutawan. Seorg lagi billionaire! Pun melayu jugak. Hebat org kita ni....
Kat parking tu merz 350..audi q7 serta s class Latest model. Nombor single dan double digit je! Bersusun....dan ada sebijik kereta yg pelik sikit.
Seorg tu confirm budak kak ros...seorg lagi budak MB....negeri belah2 selatan la gitu.Dia jaga pelaburan kat negeri tu. Kami berdua.....
Berkenal2 lah dan perbualan jadi bertambah rancak. Tiba bab projek....sipolan budak akak ni offer on the dot kpd kami spt yg telah saya cerita kan. Tak lah terkejut....cuma saya fikir...wow! Confirm millionaire lepas ni. Tapi hati saya jadi teramat sedih cara yg d praktikkan. Nisbah kata jika d turut kan saya akan dapat apa yg saya idamkan dlm sekelip mata! Tapi demi harga diri demi agama...kami menolak usul itu. Bayangkan. Depan mata tu semua berlaku. Saya takkan jual maruah saya demi wang ringgit.Menafikan peluang org2 lain.Jadi apa yg berlaku d msia hari ini saya tak hairan....mmg benar2 berlaku. Termasuk pengakuan seorg kerabat yg terlibat secara langsung dgn en najib sewaktu beliau d kementah. Tak cukup2 beb....dah setuju satu figure...saat nak award mintak lagi. Akhirnya dia turndown offer tu. Melampau katanya....bayangkanlah. Sbb tu jgn nak tipu rakyatlah, mcm beliau ni teramat baik sangat.Kerabat ini merupakan klien saya semasa saya menjadi trader dulu. Seorg yg amat baik. Beliau akhirnya sukses dgn oil and gas company.
Pendapat saya mereka2 ini akan terus diam membisu....buat apa nak bising2 yg penting duit banyak....jam nya rolex berpuluh ribu harganya...kereta porsche..merz rumah bunglow berjuta....kemeja 500 sehelai kasut 1000 lebih sepasang seluar 600...nak bising? Oversea trip ni mcm pergi penang je! Duit banyak! Bisnes entah apa pun...tapi company wajib la ada.....wayang. Apa rasa berdepan dgn mereka yg tiada integriti ni?
Bangsa saya tu.....
Tu semua pengalaman saya yg saya lalui....mmg bukan benda baru,dah lama bertapak. Job juta2 ni main campak je! Yg bawah2 ni berangan lah nak dapat. Mereka petik jari je. Tu,tak masuk direct offer melalui phone call! Bukan kecik....juta. Sbb tu d msia ni...you must know who bukan know how. Sbb tu banyak kelemahan pada projek bila dah siap. FAKTA tu.
Cukuplah setakat tu.....walau ada banyak lagi saya simpan jadi koleksi minda je. Apa pun ingat lah RASUAH pembunuh jiwa bangsa.
Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 8:38 PM

kalau ada pilihanraya kecil baru umno akan sedar :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 9:05 PM

Betul la tu. Murah sangat la maruah. Kita hidup bukan peduli apa org nak cakap. Kita beragama,bermaruah. Bila anak bini tanya jawab je la la abg kaki ampu...duit tu pun rasuah. Sanggup kah kita beri org yg kita sayang makan hasil haram? Ish....ish...jgn beb! Allah tetap jamin rezeki setiap hambanya yg rajin berusaha.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 10:13 PM

Bukan ke ada Bendera Negara Israel di salah-satu barisan tiang bendera di bangunan UMNO di PWTC... Yg itu macam mana plak kita nak beri komen? Cuba citer cuba citer..

'Rasuah' boleh jadi 'Derma'... Last2 kita semua ni yg di-BANGSAT-kan..

Ada ke patut ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 10:57 PM

Saya setuju dengan pendapat tuan tentang bocor rahsia & bafia ini. Mesti disiasat, ada bukti then dakwa mereka. Persoalannya, till now belum ada lagi yang telah didakwa sebab bocorkan rahsia bank ini. Kenapa...?

Keadilan juga penting, bagaimana dengan AMLA ini? Penerima derma ini ada patuhi ke? Ada istihar pada Bank Negara & LHDN ke? Mana buktinya...?

Kenapa satu kesalahan ditegakkan then satu kesalahan lain diletakkan "tak apa la, biaq pi laa"...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 6:30 AM

Kita takkan lupa...akaun kak ros seorang surirumah sepenuh masa boleh masuk juta2 dlm 3bulan sahaja....

Mamat yg jadi suspek org tengah tu pun entah kat mana...menghilang jugak macam 3orang mamat yg dicari oleh sprm..

Percayalah...pada kempen pru 2018 nanti..ini semua akan jadi modal kempen pembangkang. Waktu itu baru nak jelaskan semuanya atau nak mengelak je? Dah terlambat beb...dah terlambat. Sepatutnya waktu inilah najip dan para tentera dia settlekan dengan tuntas. Tapi semuanya makin berbelit....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 6:33 AM

Bro...org2 yg dah biasa makan hasil haram tak kisah dah semua tu..yg pntg duit mudah hidup kaya raya boleh berlagak dgn kereta mewah mahligai indah asyik melancong ke oversea bla bla bla..semua tu boleh bawak masuk kubur kan kan? Hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 7:05 AM

Nasiblah rkyaat Malaysia, yang memerintah menerima wang sebagai derma!....... Bagi mereka dibawah apabila menerima sebagai rasuah.????.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2015 at 11:31 AM

Betul tu beb....puak2 ni ramai pulak tu.
Dunia....Dunia apa saja jadi....ye?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2015 at 8:19 PM

Betul ke bro ada bendera isreel kt bgunan umno, brsirap darah ni...

Post a Comment